MPU23043 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
TUGASAN BERASASKAN MASALAH
TAJUK: CINTA AKAN NEGARA
KUMPULAN 3
NAMA NO. PENDAFTARAN
Chlarista Jiliuh 07DHR21F1017
Marliana Marudin 07DHR21F1028
Yannvit Chellcy Binti Yanam 07DHR21F1029
NAMA PENSYARAH:
MDM CHRISTABLE POISOL
1
Penghargaan
Selamat sejahtera dan bersyukur kerana ke hadrat ilahi dengan limpah
rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh
jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Christabel Poisol,
Pensyarah mata pelajaran Nilai Masyarakat Malaysia (MPU 23042), di atas kesudian
beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami
sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, tidak "lupa juga
penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi
fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, sebagai wakil dari
kumpulan ini juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan ai itu
ahli kumpulan 3 yang telah banyak memberi kerjasama dalam membantu
menyiapkan tugasan ini secara langsung atau lidak langsung sepanjang proses
merialisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai
sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh
ahli kumpulan sendiri teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan
tugasan yang diberi. Tapa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan sempura.
2
Pegenalan
Sebagai seorang rakyat malaysia, kita seharusnya mempunyai sifat-sifat
mulia dan berbangga menjadi salah seorang penduduk di negara yang aman dan
makmur ini. Modal insan yang patriotik ini juga boleh dibentuk sejak kecil lagi. Hal ini
bagi mengekalkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan di negara kita.
Cinta akan negara dalam sesebuah negara merupakan suatu unsur yang
amat mempengaruhi pembangunan negara.Oleh sedemikian, sikap yang positif
haruslah ditanam pada setiap individu supaya dapat membuat sesuatu dengan
berdasarkan cinta akan negara.
Memupuk semangat patriotik juga perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa
henti.Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini juga penting untuk melahirkan
warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang
berguna kepada bangsa ,agama dan negaranya sendiri maka semangat patriotik
seseorang individu itu juga akan tinggi dan semangat cinta akan negara lebih
menguatkan jati diri mereka.
Setiap mahasiswa juga perlu menyemai dalam diri mereka semangat cinta
akan negara kerana generasi muda ini lah mempunyai peranan yang besar dalam
pembangunan negara dan merupakan pewaris masa hadapan diharapkan menjadi
rakyat yang cinta akan negara mereka sendiri.
3
Terdapat sesetengah rakyat Malaysia yang tidak menghormati bendera negara
Malaysia seperti mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik dan melukis
bendera Malaysia dengan tidak menepati bucu yang betul. Sebagai rakyat
yang sayang akan negara, bincangkan bagaimana cara untuk memupuk
semangat cintakan negara dan mengatasi masalah tersebut.
Sebagai rakyat yang sayang akan negara,cara untuk memupuk semangat
cintakan negara ialah menaikkan semangat sayang akan negara dalam kalangan
masyarakat ialah kerajaan perlu menyelaraskan silibus kelas moral dalam kalangan
pelajar sejak di bangku sekolah rendah lagi. Hal ini kerana, sikap sayang akan
negara adalah salah satu sikap yang amat penting dalam diri setiap penghuni
negara dan perlulah dicorak dalam diri masyarakat sejak kecil lagi agar sikap
patriotik ini terus bersemadi dalam diri mereka hingga ke akhir hayat. Peribahasa
melayu ada menyatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika masyarakat
sudah dididik daripada bangku persekolahan betapa pentingnya sikap sayangkan
negara, pasti perkara-perkara yang bakal merendahkan martabat Malaysia di mata
dunia tidak akan dilakukan. Oleh itu, kerajaan perlu bersinergi bagi merealisasikan
usaha dalam meningkatkan sikap sayangkan negara demi kelestarian hidup
berbilang kaum di negara ini.
Selain itu,menggiatkan kempen dengan menayangkan iklan-iklan tentang
pentingnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat agar rasa sayang
tersebut tidak sirna ditelan zaman. Pada zaman moden kini, mata masyarakat lebih
tertumpu ke skrin telefon pintar dan juga muka televisyen. Oleh itu, Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu mengambil langkah bijak dan berkesan
bagi menggiat dan menyiarkan sebanyak mungkin kempen seperti “Aku Negaraku
Sedunia” ataupun poster bagi menyuburkan sifat patriotisme ini dalam diri mereka.
Sebagai contoh, media massa perlu sentiasa menayangkan filem-filem yang
menonjolkan kesungguhan dalam menyelamatkan negara daripada pihak musuh.
Konklusinya media massa memainkan peranan penting dalam melahirkan
masyarakat yang cinta akan tanah air.
Seterusnya,generasi pada masa kini perlu menyertai program yang dilakukan
oleh pihak kerajaan .program-program tersebut lazimnya dipenuhi dengan aktiviti
yang memupuk semangat patriotic seperti kawad kaki dan Latihan berkumpulan.
Program seperti ini dapat memupuk semagat patriotic di mana para peserta akan
lebih merasai semangat cinta akan negara.
4
Rajah 1.0
KETERANGAN
Terdapat beberapa individu yang berkolompok dan bersama - sama melakukan
menginjak bendera Malaysia dengan rasa tidak hormat kepada bendera Negara
Malaysia, sehingga sanggup menginjak dan menconteng bendera Negara Malaysia
sambil mengejek
CARA MENGATASI MASALAH TERSEBUT
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-
besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat
patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian
Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan
radiomemang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat.
IKTIBAR
Iktibar yang perlu di jelaskan bagi gambar rahjah di atas adalah , mereka haruslah di
beri pengajaran dan kesedaran agar tidak melakukan perkara tersebut .Hal ini di
katakan kerana perbuatan tersebut bole memberikan impak kepada nama baik
negara malaysia ia juga bole mmeberikan contoh negatif yang tidak baik kepada
anak muda akan datang.Oleh itu sebagai bergelar mahasiswa mamembantu dalam
memberikan iktibar . Kerana kita sebagai masyarakat malaysia juga berperanan
dalam memberikan iktibar terutamanya kepada individu yang telah melakukan
perkara yang tidak baik seperti tertunjuk di gambar rajah atas.
5
Rajah 2.0
KETERANGAN
Terdapat golongan masyarakat yang tidak menghormati bendera Malaysia dan
membuang di tong sampah tanpa rasa bersalah mereka seharusnya tidak
melakukan perkara tersebut kerana bendera Malaysia melambangkan
CARA MENGATASI MASALAH TERSEBUT
Bendera Jalur Gemilang yang yang sudah uzur ini tidak boleh dibuang di dalam tong
sampah sebaliknya perlu dimusnahkan dengan cara yang sopan dan dengan penuh
rasa hormat seperti dibakar secara tertutup dan bukannya dilakukan di tempat
tempat awam. Bendera kebanggaan negara kita perlu dijaga dan dikibarkan dengan
baik, sempurna serta dikibarkan dengan penuh rasa hormat dan bangga pada setiap
masa. Bendera kebanggaan negara kita perlu dijaga dan dikibarkan dengan baik,
sempurna serta dikibarkan dengan penuh rasa hormat dan bangga pada setiap
masa.
IKTIBAR
pengajaran yang perlu diambil melalui gambar tersebut,kita sebagai rakyat malaysia
janganlah melakukan penghinaan jalur gemilang kita ( Bendera Malaysia) seperti
membakar . membuang bendera jalur gemilang dan sebagainya yang boleh
menjatuhkan jalur gemilang. Kita sebagai masyarakat Malaysia perlu menunjukkan
teladan yang baik kepada orang-orang luar agar mereka nampak dan tahu yang kita
ini bangga menjadi rakyat Malaysia.
6
Rajah 3.0
KETERANGAN
Gambar tersebut menunjukkan seorang individu membakar bendera negara
Malaysia tanpa rasa hormat dan tidak mempunyai moral didalam diri ,sehingga
sanggup membakar bendera negara Malaysia hanya kerana rasa tidak puas hati.
CARA MENGATASI MASALAH TERSEBUT
Pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan terhadap individu tersebut atas
kesalahan membakar bendera Malaysia dengan rasa tidak hormat,Sebarang
tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai menghina dan tidak menghormati Jalur
Gemilang adalah perbuatan yang mencabar maruah negara dan pihak berkuasa
harus memberikan tindakan yang tegas pihak kerajaan boleh penjarakan mereka ataupun
pihak kerajaan boleh melakukan dua-dua terus menerus iaitu denda melalui bayaran dan
penjarakan.
IKTIBAR
Sebagai seorang rakyat,kita hendaklah menghormati jalur gemilang kerana bendera
merupakan lambang negara kita. Sebagai seorang rakyat juga haruslah berfikiran
rasional dalam melakukan sesuatu iaitu tahu membezakan mana yang baik dan
buruk sebelum melakukan sesuatu perkara.
7
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan bagi keseluruhan tajuk, semangat cinta akan negara
perlu disemarakkan di pelbagai lapisan masyarakat malaysia bukan hanya
bermusim. Kerana tanpa usaha dariapada setiap pihak semangat cinta akan negara
ini mungkin semakin pudar dan banyak generasi yang tidak mengenal hormat
kepada negara sendiri contohnya seperti gambar yang telah di tunjukkan di atas.
Oleh itu, kami sebagai mahasiswa mahasiswi juga mengambil peranan dalam
membantu mengatasi masalah -masalah ketidakhormatan kepada negara
sendiri.selain itu juga , kita perlu suburkan jiwa semangat cinta akan negara yang
sebenar terutamanya bagi generasi muda dan semua pihak juga haruslah Bersama-
sama berganding bahu bagi memainkan peranan masing-masing agar semangat
patriotik dapat disuburkan dan dipupuk dalam generasi akan datang.
8
References
1. https://www.ipendidikan.my/langkah-memupuk-semangat-patriotik.html
2. https://www.ipendidikan.my/semangat-cinta-akan-negara.html
9