The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9010569, 2020-11-08 12:05:55

KERJA KURSUS SEJARAH IFFAH FIRZANAH

KERJA KURSUS SEJARAH IFFAH FIRZANAH

NAMA CALON : IFFAH FIRZANAH BINTI FIRMAN
NO KAD PENGENALAN : 071119-14-0288
TINGKATAN : 1 ARIF
TARIKH : 9 NOVEMBER 2020
NAMA GURU : CIKGU AFIF BIN ROSLAN
SEKOLAH : SMK PANDAN JAYA, 55100, AMPANG,

TAJUK FOLIO SELANGOR
: SENI BINA TAMADUN ROM
(BANGUNAN COLOSSEUM)

Bil Tajuk Muka
surat
1. Pengenalan
2. Latar belakang pembinaan 1
2-4
Colosseum
3. Kepentingan memelihara dan 5-6

memulihara bangunan bersejarah 7-8
4. Langkah-langkah untuk
9
memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah 10
5. Mengapa Colosseum mampu 11
bertahan sehingga kini
6. Rumusan
7. Sumber rujukan

KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN SEJARAH 2020

1.1 TAJUK

BANGUNAN BERSEJARAH COLOSSEUM

1.2 JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK

BIL. TARIKH PERKARA CATATAN

1. 28/10/2020 Memuat turun soalan tugasan yang diberikan oleh
guru melalui aplikasi Whatsapp.
2. 29/10/2020
Menerima taklimat guru daripada mata pelajaran
3. 29/10/2020 Sejarah berkaitan penulisan tugasan.

4. 1/11/2020 Membuat rujukan awal ke laman web yang
berkaitan dengan tajuk sebagai persediaan awal.
5. 3/11/2020
6. 4/11/2020 Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk
tugasan menerusi internet, buku, jurnal untuk
7. 4/11/2020 mendapatkan bahan penulisan.
8. 4/11/2020
Menulis kerangka kasar penulisan.
9. 5/11/2020
10. 6/11/2020 Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan guru
dengan lebih teliti dan kemas.
11. 6/11/2020
Menulis pengenalan bangunan bersejarah.
12. 7/11/2020
Menulis penerangan mengenai struktur
bangunan/binaan.

Menulis sebab bangunan/binaan tersebut dibina.

Menulis kepentingan memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah.

Menulis langkah-langkah untuk memelihara dan
memulihara bangunan bersejarah.

Menulis rumusan yang merangkumi segala aspek
yang berkaitan dengan tugasan.

KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN SEJARAH 2020

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif kajian bagi tugasan Sejarah saya iaitu Bangunan bersejarah :

1) Mengenal pasti bangunan bersejarah seni bina Tamadun Rom iaitu Bangunan
Colosseum.

2) Mengetahui latar belakang dan sebab pembinaan bangunan bersejarah Colosseum.

3) Memahami tujuan dan fungsi bangunan bersejarah pada masa dahulu dan masa kini.

4) Mengenali peranan pihak terlibat dalam usaha memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah.

5) Mengetahui apakah kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah.

6) Mempelajari cara dan kaedah mencari maklumat dalam kajian sejarah.

1.4 KAEDAH KAJIAN

INTERNET
Selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini, internet adalah satu gerbang
limpahan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat. Melalui beberapa laman
sesawang saya dapat memuat turun bahan berkaitan kajian / tugasan ini sebagai
rujukan tambahan.

BIMBINGAN GURU MATA PELAJARAN SEJARAH
Tanpa bimbingan guru Sejarah saya iaitu Cikgu Afif bin Roslan, sudah tentu saya tidak
dapat menyiapkan tugasan kajian yang telah diberikan mengikut tempoh masa yang
telah ditetapkan.

BUKU ILMIAH SEJARAH TINGKATAN SATU
Dalam menyediakan tugasan ini juga saya tidak lupa untuk merujuk buku teks Sejarah
Tingkatan Satu dan bahan-bahan rujukan yang lain bagi memastikan fakta yang
diperoleh tidak bercanggah dengan peristiwa bangunan bersejarah yang sebenar.

KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN SEJARAH 2020

2.1 PROSES MENGUMPUL MAKLUMAT

a) Buku Teks Sejarah Tingkatan 1

Nama pengarang : Mohd bin Samsudin

Azharudin bin Mohamed Dali

Sharifah Afidah binti Syed Hamid

Tahun terbit : 2016

Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka

b) Artikel dari Internet

i) PROCEEDINGS OF THE 2nd. BUILDERS SYMPOSIUM (BuSY 2010) "BROADENING HORIZON
THROUGH BUILT ENVIRONMENT", 25th. MARCH 2010, UNIVERSITY TECHNOLOGY MARA,
MALAYSIA

ii) Academia.edu

The Colosseum or Coliseum ,also known as the Flavian Amphitheatre (Latin:Amphitheatrum
Flavium; Italian: Anfiteatro Flavio [amfiteˈaːtro ˈflaːvjo] or Colosseo [kolosˈsɛːo]), is an
ovalamphitheatre in the centre of the city of Rome, Italy. Built of concrete and stone, it is the
largest amphitheatre ever built and is considered one of the greatest works of architecture and
engineering.

The Colosseum is situated just east of the Roman Forum. Construction began under the
emperor Vespasian in 72 AD, and was completed in 80 AD under his successor and
heir Titus.[4] Further modifications were made during the reign of Domitian (81–96). These three

KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN SEJARAH 2020

emperors are known as the Flavian dynasty, and the amphitheatre was named in Latin for its
association with their family name (Flavius).
The Colosseum could hold, it is estimated, between 50,000 and 80,000 spectators,[6][7] having an
average audience of some 65,000; it was used for gladiatorial contests and public spectacles such
as mock sea battles, animal hunts, executions, re-enactments of famous battles, and dramas based
on Classical mythology. The building ceased to be used for entertainment in the early medieval era.
It was later reused for such purposes as housing, workshops, quarters for a religious order,
a fortress, a quarry, and a Christian shrine.
Although partially ruined because of damage caused by earthquakes and stone-robbers, the
Colosseum is still aniconic symbol of Imperial Rome. It is one of Rome's most popular tourist
attractions and has also links to the Roman Catholic Church, as each Good Friday the Pope leads a
torchlit "Way of the Cross" procession that starts in the area around the Colosseum.
The Colosseum is also depicted on the Italian version of the five-cent euro coin.

iii) https://jurnaltrip.pikiran-rakyat.com/ Misteri di sebalik keindahan Colusseum di Rom, Itali

Misteri di Balik Keindahan Colosseum
Roma Itali

M Elgana Mubarokah
- 15 Agustus 2020, 09:00 WIB

PAUS Francis memimpin prosesi "Jalan Salib" pada peringatan di Colosseum Roma, pada 3 April 2015.*/CNN /

JURNAL TRIP - Colosseum Roma meruakan destiansi wisata yang selalau masuk daftar para
wisatawan ketika menginjakan kaki di Itali. Bangunan megah yang bertahan ratusantahun ini sering
membanjiri unggah instagram para penggila traveling.

Sejarah yang membalut bangunan ini pun menarik untuk diketahui, tak aneh jika para wisatawan
berupaya mendapatkan langsung sejarah dari guide yang menjaga destiansi wisata tersebut.

Coloseum Roma di bangun oleh Wali Kota Vespasian pada masa Domitanus dan diselesaikan
anaknya Titus.

Baca Juga: Ini Fakta dibalik Panorama Indah Kepulauan Selayar

Pada masa itu raja-raja sangat meningmati hiburan yang berbau kekerasan, maka di bangun lah
Colosseum sebagai ajang unjuk gigi para petarung yang disebut Gladiator.

KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN SEJARAH 2020

Colosseum Roma merupakan bangunan termegah, dikatakan bangunan di Roma Itali ini merupakan
karya terbaik Roma.
Pada masanya, Colosseum mamapu menampung penonton sebanyak 50.000 orang, selain itu
bangunan ini merupakan simbol kejayaan dari kekaisaran Roma.

Tercatat, 500 ribu jiwa dan 9ribu hewan buas nyawanya melayang di arena ini.

Taka aneh, dibalik keuanggunandan sejarah yang melekat dengan Colosseum, banyak cerita-
cerita mistis yang sering dibicarakan orang.

iv. http://www.sabah.edu.my/hc004.wcdd/courseware/tamadun_rom.htm

Tamadun Rom

Tamadun Rom mengamalkan kerajaan bercorak republik.Kerajaan

Republik tidak mempunyai raja dan prinsip demokrasi diamalkan.Ciri-ciri kerajaan
republik di Rom ialah :

Dua konsul dilantik untuk memerintah negara menjamin kedaulatan dan kebajikan
rakyat

Konsul dibantu oleh Dewan Senat

Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan

Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang dianggotai oleh semua rakyat
Rom

Kuasa Dewan Perhimpunan terhad

Dewan Perhimpunan bertanggungjawab mengesahkan undang-undang yang diluluskan
oleh Senat

Undang-undang Rom ditulis buat pertama kali pada tahun 451 - 450 SM.Empayar
Rom muncul sebagai sebuah kuasa besar pada kurun ke-3 dan ke-2 SM semasa
dipimpin oleh julius Ceasar.Di bawah pemerintahannya , Empayar Rom meliputi
Makedonia , Yunani , Syam , Mesir , Gaul , Brittania dan kawasan puak Jerman.Julius
Ceasar dikenal dengan kata-kata ' veni , vedi , vinci ' yang bererti 'saya datang ,

KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN SEJARAH 2020

saya lihat dan saya takluk'.Pada tahun 59 SM , beliau telah dilantik sebagai
konsul.Pada 44 SM beliau dilantik pula sebagai diktator seumur hidup.Pada 15 Mac
44 SM , Ceasar telah dibunuh oleh sekumpulan senatornya yang diketuai oleh
Brutus.Pada tahun 27 SM , Octavius pula memerintah Rom dengan gelaran Maharaja
Augustus.Tempoh 27 SM - 180 TM dikenali sebagai Zaman Keemasan Kesusasteraan
dan Seni Bina Rom.

Tamadun Rom banyak menyumbang dalam bidang pembinaan.Bangunan
terkenal yang dibina pada zaman Rom ialah Colosseum , Pantheon dan
Circus Maximus.Colosseum ialah sebuah panggung terbuka dan berbentuk
bulat yang dibina pada tahun 80 M.Ciri istimewanya ialah ia berbentuk
melengkung dan dapat memuatkan 50 000 orang penonton.Pantheon ialah
sebuah kuil yang berbentuk bulat yang dibina pada tahun 2 M.Saliran air
yang dikenali sebagai aqueduct juga telah dibina.Orong Rom juga membina
jalan raya , tempat mandi awam , air pancuran dan kolam renang.Seni bina
Rom ini memaparkan gabungan tradisi Etruscan , Yunani dan Rom yang
dipanggil Graeco-Roman.Masyarakat Rom dibahagikan kepada 3 kelas
utama iaitu Patrician , Plebeian dan Hamba.

Falsafah Rom berasaskan ajaran Stoisisme Zeno.Namun Stoisisme Rom
lebih praktikal dan memberi penekanan kepada keadilan ,
bertanggungjawab , keberanian serta berperikemanusiaan.Penganut
Stoisisme yang berpengaruh di Rom ialah Marcus Tullius Cicero ( 106 - 43
SM).Beliau merupakan seorang negarawan dan pemidato yang
terkenal.Retorik mula diajar dalam bahasa yunani dan Latin semasa
pemerintahan Julius Ceasar.

KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN SEJARAH 2020

2.2 KERANGKA KASAR PENULISAN BUTIR

BIL TUGASAN  Definisi bangunan bersejarah.
1. Pengenalan  Menceritakan latar belakang kemunculan

2. Latar belakang pembinaan Tamadun Rom dan seni bina tamadun Rom.
Colosseum  Menyatakan contoh-contoh seni bina

3. Struktur bangunan tamadun Rom.

4. Tujuan bangunan dibina  Menceritakan asal usul bangunan tersebut.
5. Cadangan langkah-langkah  Pengasas bangunan dan tarikh pembinaan.
 Sejarah pembinaan bangunan.
memelihara & memulihara
bangunan  Reka bentuk bahagian hadapan dan
6. Rumusan bahagian dalam bangunan Colosseum
7. Rujukan
8. Penilaian umum  Ciri-ciri reka bentuk bangunan sebelum
dibaiki.

 Bahan binaan.
 Cara pembinaan.

 Menyatakan tujuan asal bangunan dibina.
 Kegunaan dahulu bangunan.

 Merupakan tanggungjawab rakyat.
 Menyatakan peranan kerajaan.
 Agensi-agensi kerajaan.
 Menyatakan sebab bangunan Colosseum

kekal sehingga kini.

 Memberi pengetahuan.
 Memupuk nilai-nilai patriotism.
 Menyatakan harapan yang relevan.

 Berdasarkan buku teks Sejarah Tingkatan 1
 Internet
 Artikel jurnal ( dari internet )

 Memupuk semangat patriotik dan cinta
akan warisan bangsa.

 Menghargai dan berbangga dengan sejarah
seni bina negara asing.

KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN SEJARAH 2020

BIL. TARIKH PERKARA CATATAN

1. 28/10/2020 Memuat turun soalan tugasan yang diberikan oleh
guru.
2. 29/10/2020
3. 29/10/2020 Mengenal pasti cara penulisan tugasan.
4. 1/11/2020
Menentukan tajuk penulisan.
5. 3/11/2020
6. 4/11/2020 Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk
tugasan menerusi internet,buku,jurnal untuk
7. 4/11/2020 mendapatkan bahan penulisan.
8. 4/11/2020
Menulis kerangka kasar penulisan.
9. 5/11/2020
10. 6/11/2020 Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan guru
dengan lebih teliti dan kemas.
11. 6/11/2020
Menulis pengenalan bangunan bersejarah.
12. 7/11/2020
Menulis penerangan mengenai struktur
bangunan/binaan.

Menulis sebab bangunan/binaan tersebut dibina.

Menulis kepentingan memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah.

Menulis langkah-langkah untuk memelihara dan
memulihara bangunan bersejarah.

Menulis rumusan yang merangkumi segala aspek
yang berkaitan dengan tugasan.

Seni bina Tamadun Rom : Bangunan Colusseum 1

3.1 PENGENALAN

Jabatan Warisan Negara (2009) mendefinisikan bangunan bersejarah sebagai satu
bangunan atau kumpulan bangunan yang berasingan atau bersambungan yang disebabkan
oleh seni binanya, kehomegenannya atau tempatnya dalam landskap, mempunyai nilai
sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains.

Sementara itu, Fielden (2000) pula mendefinisikan bangunan bersejarah sebagai
sebuah bangunan yang dapat memberi kita perasaan kagum dan menjadikan kita ingin
mengetahui lebih lanjut mengenai bangsa dan budaya yang menghasilkannya. Beliau turut
menambah bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu telah bertahan sehingga 100 tahun
usia penggunaannya, sewajarnya ia patut digelar bangunan bersejarah. Dalam erti kata
lain, sesebuah bangunan itu bolehlah digelar sebagai bangunan bersejarah sekiranya ia
mempunyai nilai seperti seni bina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomi, sosial,
politik, rohani dan simbolik.

Latar Belakang Kemunculan Tamadun Rom

Empire Rom merupakan fasa tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh sebuah
kerajaan yang otokratik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan oleh pertikaian antara
Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara Gaius Julius Caesar terhadap Pompey.
Semasa perebutan kuasa ini, beratus-ratus senator telah bertempur dihukum mati,
dibunuh atau membunuh diri. Senat Rom dipenuhi semula dengan kawan-kawan yang setia
kepada Pemerintahan Bertiga Pertama dan kemudian oleh penyokong-penyokong
Pemerintahan Bertiga Kedua. Pada akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai
“Augustus”) menewaskan pesaingnya, Mark Antoniy dan secara beransur-ansur melalui
penyusunan semula Republik Rom menjadi (empayar Rom).

Seni bina Tamadun Rom

Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina. Orang Rom
membina bangunan bersaiz besar dan mempunyai nilai estetika. Setiap bangunan
mempunyai kegunaan yang khusus. Segalanya tercapai kerana wujud kepimpinan yang
beribawa dan kuat yang dapat menyatupadukan rakyat dan meningkatkan jati diri mereka
serta meyakini bahawa usaha mereka akan mencapai kejayaan.

Seni bina Tamadun Rom : Bangunan Colusseum 2

Contoh-contoh Seni Bina Tamadun Rom

Terdapat tujuh seni bina yang terkenal dan masih kekal sehingga hari ini iaitu :

 Colosseum
 Pantheon
 Amfiteater
 Akueduk
 Jalan Raya Rom
 Tembok pertahanan

 Tempat Mandi Awam

3.2 LATAR BELAKANG PEMBINAAN COLOSSEUM

Colosseum ialah salah satu Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman
Pertengahan Awal. Ianya terletak di Rom, iaitu ibu negara bagi negara Itali. Colosseum ialah
sebuah monumen bersejarah yang terdiri daripada bangunan terbuka separa bulat,
berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada
zaman Rom kuno. Selain itu, binaan berbentuk kubah ini juga dibina sebagai tempat
pahlawan Rom bertarung. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di
Empayar Rom dan melambangkan keagungan Rom. Pembinaanya telah dimulakan oleh
Maharaja Vespasian antara tahun 70 dan 72M. Bangunan ini telah disiapkan pada tahun
80M oleh anak lelakinya, Titus.

Asal nama Colosseum berasal daripada sebuah patung setinggi 130 kaki atau 40
meter yang bernama Colossus. Patung Colossus dibuat kembali sebagai pengganti Nero
sebagai perumpamaan dari Sol, Dewa Matahari dengan menambahkan mahkota matahari.
Pada pertengahan tahun, patung Colossus telah menghilang.

Seni bina Tamadun Rom : Bangunan Colusseum 3

Seorang ahli sejarawan mengatakan bahawa sejak patung itu dibuat daripada
tembaga, patung itu telah dileburkan untuk digunakan kembali. Selain diambil dari nama
Colossus, Colosseum juga disebut sebagai Flavian Amphitheatre yang tidak diketahui siapa
yang memberi nama itu.

SEJARAH COLOSSEUM

Colosseum digunakan sehingga tahun 217M meskipun telah rosak akibat kebakaran
kerana disambar petir. Colosseum telah dibaiki pada tahun 238M dan menjadi tempat
pertunjukan gladiator sehingga ia secara beransur-ansur dihentikan. Bangunan ini
kemudian digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis binatang sehingga tahun 524M. Dua
gempa bumi yang berlaku pada tahun 442M dan 550M menyebabkan kerosakan teruk
pada struktur bangunan tersebut. Semasa zaman pertengahan, Colosseum mengalami
kerosakan yang lebih teruk sekali lagi disebabkan oleh gempa bumi pada tahun 847M dan
1349M.

Seni bina Tamadun Rom : Bangunan Colusseum 4

CIRI-CIRI REKA BENTUK COLOSSEUM

Colosseum atau nama asalnya Flavian Amphitheatre adalah amfiteater berbentuk
ovul yang terletak di pusat Kota Rom, Itali. Bangunan ini ialah salah satu peninggalan
paling ikonik peradaban Rom kuno. Struktur binaan ini mempunyai ketinggian 50 meter
panjang, lebar 156 meter dan luas 2.5 hektar. Manakala kawasan arena pula seluas 85
meter x 54 meter. Terdapat 80 pintu masuk dan bangunan ini setinggi empat tingkat
dimana penonton duduk menikmati pertandingan gladiator dan pertunjukan yang lain.
Tingkat bangunan tersebut dibina secara tersusun daripada tiang-tiang gaya Rom dan
Yunani. Tingkat Colosseum diperbuat daripada batu dan marmar yang membentuk
gerbang melingkar. Bahagian tengah Colosseum adalah lapangan atau arena yang
diperbuat daripada pasir sebagai tempat pertandingan dan pertunjukan. Pasir ini
digunakan sebagai tempat gladiator bertanding sama ada sesama gladiator ataupun haiwan
buas yang lain. Manakala, di bawah arena terdapat bahagian bawah tanah yang merupakan
tempat gladiator dan haiwan yang buas disimpan. Ketika pertandingan dimulakan,
gladiator dan binatang buas akan keluar dari ruang bawah tanah ke arena pertandingan di
atasnya. Colosseum ini dapat memuatkan 50,000-80,000 penonton.

Seni bina Tamadun Rom : Bangunan Colusseum 5

3.3 KEPENTINGAN MEMELIHARA DAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan
nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Walau
bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah
seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu
bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat
pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di
negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan
bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu
era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Walaupun Malaysia telah mencapai
kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti
British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk
dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan
juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat
membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang
terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau
lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-
15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja
Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul.

Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu
diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat
memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang
mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan
bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati
sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada
peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi
kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A
Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh
Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini

Seni bina Tamadun Rom : Bangunan Colusseum 6

terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga
kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang
setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan
mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita
sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk
dijadikan sempadan.

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan
monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong
dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu
faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar
Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan
diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan
muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu
perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan
Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England
telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan
baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat
menjadi sumber pendapatan negara.

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik.
Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan
monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse
di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di
Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur
dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan
tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah
dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang
berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19.

Seni bina Tamadun Rom : Bangunan Colusseum 7

3.4 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMELIHARA DAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH

Bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara oleh semua pihak. Berikut
merupakan antara langkah yang boleh diambil untuk memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah.

 Peranan ibu bapa

 Ibu bapa perlu membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah ke tempat-tempat

yang menarik termasuk melawat bangunan bersejarah agar anak-anak dapat
melihat keunikan binaannya seterusnya mampu memupuk semangat patriotisme
dalam diri mereka.

 Ibu bapa perlu menceritakan sejarah mengenai bangunan-bangunan bersejarah

kepada anak-anak supaya anak-anak dapat menghargainya.

 Peranan pihak sekolah

 Pihak sekolah perlu melukis bangunan-bangunan bersejarah di dinding sekolah
untuk memupuk perasaan sayang dan bangga akan bangunan bersejarah dalam
kalangan murid-murid.

 Pihak sekolah perlu mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha
menjaga bangunan bersejarah kepada murid-murid sempena menyambut Bulan
Kemerdekaan Negara di peringkat sekolah.

 Kelab dan persatuan di sekolah perlu merancang program lawatan ke tempat-
tempat bersejarah yang terdapat di negara kita untuk memberi peluang kepada
murid-murid mengenali bangunan bersejarah dengan lebih dekat.

 Peranan media massa

 Media massa sama ada media cetak atau media elektronik perlu membuat
dokumentari mengenai bangunan-bangunan bersejarah sebagai tatapan generasi
akan datang.

Seni bina Tamadun Rom : Bangunan Colusseum 8

 Peranan pihak kerajaan

 Kerajaan perlu mengekalkan tajuk mengenai bangunan-bangunan bersejarah di
Malaysia dalam buku teks untuk menjadi rujukan kepada murid-murid sekolah.

 Kerajaan perlu mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara
bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia kepada masyarakat.

 Kementerian Pelancongan perlu memasukkan lebih banyak bangunan bersejarah
dalam pakej pelancongan untuk dipromosikan kepada masyarakat antarabangsa.

 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu menjaga struktur
binaan bangunan-bangunan bersejarah supaya keunikan seni binaannya dapat
dikekalkan.

 Kerajaan perlu menyediakan dana yang besar untuk mengekalkan bangunan-
bangunan bersejarah di Malaysia.

Seni bina Tamadun Rom : Bangunan Colusseum 9

MENGAPA COLOSSEUM MAMPU KEKAL HINGGA KINI ?

Pada pendapat saya, seni bina yang hebat seperti Colosseum dapat dibina kerana
tamadun awal ini tidak menggunakan jenis pemerintahan demokrasi. Apabila tiada jenis
pemerintahan demokrasi, golongan bawahan seperti hamba akan dipaksa untuk membina
seni bina ini. Jikalau dibandingkan dengan zaman sekarang, pada zaman ini tiada golongan
yang sanggup membina seni bina tanpa upah.

Selain itu, Colosseum mampu dibina oleh generasi tamadun awal kerana wujudnya
kepimpinan yang beribawa dan kuat. Hal ini dapat menyatupadukan rakyat dan
meningkatkan jati diri mereka bahawa usaha akan mencapai kejayaan. Di samping itu,
mempunyai rakyat yang ramai dan bersatu padu membolehkan generasi tamadun awal
dapat membina binaan tersebut.

Seterusnya, generasi tamadun awal pada ketika itu mempunyai ilmu pengetahuan
yang tinggi seperti ilmu geometri dan astronomi yang membolehkan generasi tamadun
awal membina seni bina yang unik. Akhir sekali, Colosseum mampu kekal sehingga kini
adalah kerana mereka mempunyai ketahanan dalam menghadapi cabaran untuk
menghasilkan monumen yang dapat diabadikan sebagai pencapaian yang paling agung
demi bangsa, agama dan rajanya. Hal ini adalah kerana, mereka ingin monumen yang
terdiri daripada binaan-binaan yang cantik dan unik ini dapat diabadikan dan menjadi
peringatan kepada generasi yang akan datang.

Peningkatan dalam seni bina menunjukkan kemampuan dan kebolehan orang Rom
menghasilkan binaan yang menonjolkan kebijaksanaan mereka. Binaan-binaan ini juga
menunjukkan kebesaran dan keagungan Tamadun Rom. Kecemerlangan Tamadun Rom
bukan sahaja ditunjukkan dalam bidang seni bina tetapi dalam bidang lain seperti
pentadbiran dan pemerintahan,ekonomi, ketenteraan, pertahanan, perundangan
pendidikan,sains dan teknologi. Sehingga hari ini, sebahagian daripada kecemerlangan
Tamadun Rom boleh terus dinikmati dan kekal menjadi warisan dunia. Memahami dan
mengetahui ketinggian tamadun boleh menjadi inspirasi kepada peningkatan penciptaan
dan kemajuan di negara kita.

Seni bina Tamadun Rom : Bangunan Colusseum 10

3.5 RUMUSAN

Pengetahuan : Melalui kerja khusus ini, saya mendapati pelbagai maklumat secara
terperinci mengenai bangunan bersejarah iaitu Colosseum yang merupakan seni bina
Tamadun Rom yang terunggul. Selain itu, saya juga dapat mengetahui lebih lanjut tentang
latar belakang kemunculan Tamadun Rom dan sejarah pembinaan Colusseum.

Nilai : Saya sedar bahawa usaha untuk memulihara dan memelihara bangunan atau binaan
bersejarah bukanlah sesuatu usaha yang mudah dan perlu dipertahankan oleh pelbagai
pihak. Semua pihak perlu menggembleng tenaga kerana bangunan dan monumen yang
bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi.

Harapan : Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda
generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara.
Saya berharap dengan terdapatnya bangunan bersejarah seperti Colusseum ini generasi
baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara.
Sesungguhnya, bangunan bersejarah Colusseum ini bukan sahaja unik dari segi binaannya
malah sejarah pembinaan bangunan bersejarah ini juga memberi pengajaran yang
bermakna kepada generasi kini supaya sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa
sejarah yang lepas.

Seni bina Tamadun Rom : Bangunan Colusseum 11

SUMBER RUJUKAN

BUKU ILMIAH
1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, Mohd bin Samsudin, 2016 : Dewan Bahasa dan Pustaka

INTERNET
1. “PENGENALAN KEPADA PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH”
Kamarul Syahril Kamal
PROCEEDINGS OF THE 2nd. BUILDERS SYMPOSIUM (BuSY 2010) "BROADENING
HORIZON THROUGH BUILT ENVIRONMENT", 25th. MARCH 2010, UNIVERSITY
TECHNOLOGY MARA, MALAYSIA

2. Academia.edu – The Colusseum

3. http://www.sabah.edu.my/hc004.wcdd/courseware/tamadun_rom.htm

4. www.ideaterkini.com

5. https://jurnaltrip.pikiran-rakyat.com/ Misteri di sebalik keindahan Colusseum di Rom,
Itali


Click to View FlipBook Version