2 ISI KANDUNGAN BAHAGIAN PERKARA MUKA SURAT MAKLUMAT ASRAMA Sekapur Sirih Puan Pengetua 3 Tinta Bicara Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 4 Visi, Misi, Moto Asrama SMKPK Bumbong Lima 5 Piagam Pelanggan 6 BIDANG TUGAS Jawatankuasa Pengurusan Asrama 7 - 13 Homeroom Sesi 2024/2025 14 Perincian Tugasan 15 - 23 DASAR / PERATURAN Peraturan-peraturan Asrama SMKPK Bumbong Lima 24 - 31 SOP / Carta Alir Pelbagai 32 - 38 JADUAL Jadual Semakan Buku Laporan / Rekod Asrama 39 Jadual Harian MBPK Asrama SMKPK Bumbong Lima 41 Takwim Tahunan Asrama Sesi 2024/2025 ➢ Jadual Pergerakan Asrama Pada Bulan Ramadan 42
3 Sekapur Sireh Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita semua masih berada di sini dalam keluarga besar asrama SMKPK Bumbong Lima. Semoga sesi 2024 / 2025 memberi seribu kebaikan kepada kita semua. Terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) kerana berjaya mengharungi sesi 2023 / 2024 dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Semoga kita semua, hadir dengan semangat baru dalam memajukan dan mencemerlangkan asrama SMKPK Bumbong Lima. Dalam mendepani segala permasalahan pada tahun 2023 / 2024, saya amat berharap agar kita semua mengambil permasalahan itu sebagai iktibar dan lebih bersedia menghadapai sesi yang akan datang. Dalam menjalankan tugasan yang lebih baik dan cemerlang kita semua perlu ada 3K. Iaitu semua mesti Kompeten, Komited dan Konsisten dalam bidang tugas masingmasing. Saya juga berharap, semua warga asrama SMKPK Bumbong Lima dapat menggembleng tenaga dalam usaha memajukan asrama kita dalam semua bidang. Kerjasama dan komitmen semua amat diperlukan, agar tercapai cita-cita kita ke arah kebolehpasaran MBPK dalam bidang pekerjaan selepas tamat pembelajaran di sini. Akhir kata, semoga sesi persekolahan tahun 2024 / 2025 akan berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua warga asrama SMKPK Bumbong Lima dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program bagi memastikan perjalanan tahun 2023 / 2024 berjalan lancar. Sekian, terima kasih. PN. ROSIAH BINTI MOHAMED ARIFF Pengetua SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima, Pulau Pinang.
4 Tinta Bicara Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Alhamdulillah, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Pengurusan Asrama SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima, kerana berjaya menghasilkan buat julung kalinya Panduan Pengurusan Asrama SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima ini dengan jayanya. Dengan adanya Manual Pengurusan Asrama ini membolehkan semua pihak yang terlibat dalam komuniti asrama mengetahui peraturan dan bidang tugas masing-masing dalam melaksanakan pelbagai aktiviti atau program serta pentadbiran dalam membangunkan asrama dengan lebih berfokus dan berkesan. Menjadi tanggungjawab semua pihak dalam memastikan usaha menyediakan asrama yang kondusif kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dapat dilaksanakan dengan baik. Peranan dan tanggungjawab semua komuniti pengurusan asrama sangat besar dan memberi impak kepada diri MBPK. Akhir kata dari saya, marilah kita bersama-sama dalam satu kumpulan organisasi mengorak langkah menjadi sebuah pasukan yang berkesan demi anak-anak MBPK kita. Hindarkan diri dari sifat negatif dalam kalangan kita supaya kita dapat bangunkan Asrama SMKPK Bumbong Lima ini ke mercu kejayaan. Ingatlah, rezeki yang kita perolehi ini kerana amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dalam mendidik MBPK ini. “Adab Dijulang, Ilmu Diutamakan, Akhlak Disanjung”. PN. SUZANA BIN TOHA Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima, Pulau Pinang.
5 VISI MISI MOTO Asrama Sekolah Menengah Pendidikan Khas Bumbong Lima Kepala Batas, Pulau Pinang Menjadikan asrama yang kondusif dan selamat serta sebagai pusat kecemerlangan bagi melahirkan MBPK yang cemerlang di dunia dan akhirat Membentuk dan meningkatkan sahsiah MBPK yang berdisiplin, berdikari, efisien, efektif dan gigih berusaha untuk mencapai kecemerlangan akademik dan kemahiran “Adab Dijulang, Ilmu diutamakan, Akhlak Disanjung”
6 • Meningkatkan komitmen pengurusan asrama dan pengurusan sekolah terhadap asrama dengan mengamalkan sifat kepedulian terhadap perkara yang berkaitan dengan penghuninya. • Membantu penghuninya mengembangkan potensi, bakat kendiri dan menjana kemahiran diri melalui aktiviti, suasana dan iklim di asrama yang kondusif • Memberikan layanan yang cekap, baik dan mesra dan penuh kasih sayang kepada semua mbpk • Menyediakan tempat tinggal yang selesa, bersih, selamat dan kondusif untuk penghuni asrama serta mengamalkan konsep 5S dalam menguruskan kediaman asrama. • Mempastikan penyediaan makanan yang seimbang, berkualiti dan mencukupi. • Menyediakan program akademik dan kokurikulum, pengurusan masa, pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang cemerlang • Menghasilkan individu yang berketrampilan tinggi, berkeyakinan dan berdikari. PIAGAM PELANGGAN Asrama Sekolah Menengah Pendidikan Khas Bumbong Lima, Kepala Batas, Pulau Pinang
7 CARTA ORGANISASI INDUK PENTADBIRAN ASRAMA SMK PENDIDIKAN KHAS BUMBONG LIMA SESI 2024/2025 TIMBALAN PENGERUSI PN. SUZANA BINTI TOHA NAIB PENGERUSI 1 EN.KHAIRUL AZWAN BIN AHMAD NAIB PENGERUSI 2 PN. ZURIATI BINTI OSMAN KETUA WARDEN EN. SUPARDI BIN HUSSIN SETIAUSAHA CIK NOOR AIZIDAWANIE BINTI TAHIR PENGERUSI PN. ROSIAH BINTI MOHAMED ARFIFF WARDEN USTAZAH MAHIRAH BINTI MT ZIN PUAN NORFATIN BINTI ZULKAFLI ENCIK MOHD IKHMAL AFIF BIN NOR SHAHRIZAL USTAZ KHAIRUL SULHI BIN MOHD SOBRI PENYELIA ASRAMA PN. NUR RAFIZA BINTI MD EUDIN PENGAWAS ASRAMA PEMBANTU PENGURUSAN MURID PN. SITI RAHAYU BINTI HASAN PUAN SITI ASMA BINTI SELEMAN
8 JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA SESI 2024 / 2025 NAIB PENGERUSI 2 PN. ZURIATI BINTI OSMAN TIMBALAN PENGERUSI PN. SUZANA BINTI TOHA NAIB PENGERUSI 1 EN.KHAIRUL AZWAN BIN AHMAD KETUA WARDEN EN. SUPARDI BIN HUSSIN SETIAUSAHA CIK NOOR AIZIDAWANIE BINTI TAHIR PENGERUSI PN. ROSIAH BINTI MOHAMED ARFIFF EXCO DISIPLIN DAN SAHSIAH MURID EN. SUPARDI BIN HUSSIN PN. SITI RAHAYU BINTI HASAN PENYELIA ASRAMA PN. NUR RAFIZA BINTI MD EUDIN PENGAWAS ASRAMA EXCO KEROHANIAN & KHIDMAT SOSIAL USTAZ KHAIRUL SULHI BIN MOHD SOBRI USTAZAH MAHIRAH BINTI MT ZIN EXCO KEBAJIKAN DAN KESIHATAN CIK NOOR AIZIDAWANIE BINTI TAHIR USTAZ KHAIRUL SULHI BIN MOHD SOBRI EXCO PENGANGKUTAN & KEUSAHAWANAN EN. MOHD IKHMAL AFIF BIN NOR SHAHRIZAL EXCO KECERIAAN DAN KESELAMATAN EN. MOHD IKHMAL AFIF BIN NOR SHAHRIZAL PN. SITI ASMA BINTI SELEMAN EXCO MEDIA DAN REKREASI PN. NORFATIN BIN ZULKAFLI EN. MOHD IKHMAL AFIF BIN NOR SHAHRIZAL
9 EXCO (JAWATANKUASA) BIDANG TUGAS EXCO PENGANGKUTAN DAN KEUSAHAWANAN ➢ Membantu mengurus hal berkaitan pengangkutan bagi MBPK asrama. ➢ Menyediakan takwim tahunan balik kampung MBPK. ➢ Menyediakan data berkaitan urusan balik kampung dan pengangkutan. ➢ Mengadakan program / aktiviti yang berkaitan jika perlu. ➢ Bertanggungjawab dalam merangka strategi ke arah keusahawanan dan penajaan. ➢ Bertanggungjawab menjalankan aktiviti keusahawanan asramadan mengilap potensi MBPK di dalam bidang keusahawanan. ➢ Mengadakan aktiviti keusahawanan yang boleh memberi keuntungan kepada asrama dalam jangka masa panjang. EXCO KECERIAAN DAN KESELAMATAN ➢ Merancang dan melaksanakan program kebersihan dan keceriaan di asrama dari masa ke semasa. ➢ Memastikan MBPK menjaga kebersihan dan keceriaan di bilik, bilik air, tandas, bilik utiliti dan persekitaran asrama. ➢ Memastikan pejabat asrama dan dewan makan sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih. ➢ Membuat laporan kebersihan dan keceriaan dari masa ke semasa. ➢ Memastikan alatan kebersihan mencukupi dan membuat laporan jika perlu. ➢ Membantu mengurus dan melaksanakan program yang berkaitan dengan keselamatan di asrama. ➢ Membantu mengelola latihan kebakaran (firedrill) di asrama sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun. ➢ Bekerjasama dengan penyelia asrama dalam memantau system siaraya di asrama. ➢ Memastikan penghuni asrama mematuhi jadual harian dan peraturan asrama. ➢ Memantau penggunaan peralatan elektrik bagi mencegah kemalangan di asrama. ➢ Mengadakan program / aktiviti yang berkaitan jika perlu
10 EXCO MEDIA DAN REKREASI ➢ Membantu pengurusan asrama dengan penyediaan dan menyebarkan info, berita, maklumat atau pengumuman mengenai aktivitiaktiviti asrama kepada semua para MBPK atau pihak luar jika perlu. ➢ Merangka dan menyediakan poster,banner, bunting atau t-shirt bagi setiap program mengikut persetujuan bersama. ➢ Bekerjasama dengan setiausaha dalam mendokumentasikan semua aktiviti asrama dalam bentuk gambar dan video. ➢ Membantu pengurusan asrama berkaitan grafik dan media. ➢ Menguruskan aktiviti sukan dan riadah di asrama. ➢ Memastikan semua MBPK terlibat dalam aktiviti sukan dan jadual aktiviti sukan dipatuhi oleh MBPK. ➢ Mengadakan program / aktiviti asrama yang berkaitan jika perlu. EXCO KEBAJIKAN DAN KESIHATAN ➢ Membantu mengurus berkaitan dengan kebajikan dan kesihatan di asrama. ➢ Mengurus dan mengendalikan lawatan ke hospital bagi kes tertentu. ➢ Mengenalpasti MBPK yang tidak sihat akibat sakit yang berterusan, alah kepada makanan atau perkara tertentu, kekerapan mengambil ubat dan sebagainya lalu dimaklumkan kepada komuniti asrama. ➢ Membimbing MBPK dalam menguruskan diri di asrama dan melaporkan perkembangan diri MBPK dari masa ke semasa untuk tindakan pihak pengurusan asrama jika perlu. ➢ Memastikan alatan kesihatan (first-aid kit) mencukupi dan kemudahan bilik rawatan asrama adalah berkeadaan baik dari masa ke semasa dengan kerjasama penyelia asrama. ➢ Mengadakan program / aktiviti asrama yang berkaitan jika perlu. EXCO KEROHANIAN DAN KHIDMAT SOSIAL ➢ Membimbing MBPK membentuk akhlak dan peribadi dan melaporkan perkembangan MBPK dari masa ke semasa untuk Tindakan pihak pengurusan asrama jika perlu. ➢ Membantu dan membimbing MBPK yang kurang kefahaman dalam penghayatan agama dan aktiviti bagi MBPK non-muslim. ➢ Bekerjasama dengan unit BADAR dan KAUNSELING di sekolah dalam melaksanakan aktiviti kerohanian di asrama. ➢ Bekerjasama dengan pihak luar dalam menjalankan aktiviti yang menyumbang kepada pembentukan sahsiah dan interaksi sosial seperti
11 khidmat komuniti, kem sahsiah dan lain-lain. ➢ Mengadakan program / aktiviti asrama yang berkaitan jika perlu. EXCO DISIPLIN DAN SAHSIAH MBPK ➢ Mempastikan peraturan asrama dipatuhi oleh penghuni dan dikuatkuasakan pelaksanaannya. ➢ Menyediakan sistem pemantauan disiplin yang sesuai dan mampu menangani permasalahan penghuni asrama. ➢ Membantu lembaga disiplin sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahankesalahan yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2023. ➢ Mewujudkan sistem rekod disiplin asrama dan sistem pemantauan yang berkesan. ➢ Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua. ➢ Menjalankan rondaan termasuk pemeriksaan mengejut (spot check) dengan kerjasama warden dan ppm bertugas harian / mingguan untuk mengesan MBPK yang melanggar disiplin asrama. ➢ Menyedia dan membekalkan data dan maklumat disiplin. ➢ Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin murid.
12 JAWATANKUASA UTAMA PIHAK BERKEPENTINGAN ASRAMA SESI 2024 / 2025 LEMBAGA DISIPLIN DAN TATATERTIB ASRAMA Pengerusi : Pengetua Timbalan Pengerusi :GPK Hal Ehwal Murid Ketua Warden : En. Supardi Bin Hussin Setiausaha / Penyelaras : Pn. Norfatin Binti Zulkafli AJK : Kaunselor Sekolah : Ketua Guru Disiplin : Semua Warden Asrama PENGURUSAN ASRAMA KAUNSELOR BADAN DISIPLIN PIBG BADAR DAN SURAU
13 JAWATANKUASA PENGAWAS ASRAMA Pengerusi : Pengetua Timbalan Pengerusi :GPK Hal Ehwal Murid Ketua Warden : En. Supardi Bin Hussin Setiausaha / Penyelaras : Pn. Norfatin Bin Zulkafli AJK : Semua warden : Pengawas Asrama Sesi 2024 / 2025 JAWATANKUASA SURAU AR-RAUDHAH Pengerusi : Pengetua Timbalan Pengerusi : GPK Pentadbiran Naib Pengerusi 2 : GPK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 2 : GPK Kokurikulum Setiausaha / Penyelaras : En. Khairul Sulhi Bin Mohd Sobri AJK : Semua warden dan PPM : MBPK (AJK surau) JAWATANKUASA PENGURUSAN RUMAH TAMU Pengerusi : Pengetua Timbalan Pengerusi :GPK Hal Ehwal Murid Ketua Warden : En. Supardi Bin Hussin Setiausaha : Pn. Nur Rafiza Binti Md. Eudin AJK : Semua warden : Semua Pembantu Pengurusan Asrama : Pengawas Asrama sesi 2024 / 2025
14 HOMEROOM SESI 2024 / 2025 Program “HOME ROOM” adalah program berkonsepkan ibu / bapa angkat bagi penghuni asrama. *Tertakluk kepada perubahan DORMITIRIES WARDEN / PPM L-1-1 L-1-2 EN. SUPARDI BIN HUSSIN L-2-1 L-2-2 EN. MOHD IKHMAL AFIFI BIN NOR SHAHRIZAL L-3-1 L-3-2 USTAZ KHAIRUL SULHI BIN MOHD SOBRI P-1-1 P-1-2 USTAZAH MAHIRAH BINTI MT ZIN P-2-1 P-2-2 PN. NOOR AIZIDAWANIE BINTI TAHIR P-3-1 P-3-2 PN. NORFATIN BINTI ZULKAFLI
15 BIDANG TUGAS A) KETUA WARDEN 1. Mewakili Pengetua / Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam asrama dan bertanggungjawab mengenai dasar dan tatatertib kakitangan asrama serta penghunipenghuni asrama. 2. Menentukan dasar-dasar asrama yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Asrama dilaksanakan sepenuhnya. 3. Menyelia dan menentukan segala tugas warden asrama, penyelia asrama dan pembantu pengurusan murid dilaksanakan dengan berkesan. 4. Memeriksa Buku Laporan Harian Warden Bertugas dan Buku Laporan Pembantu Pengurusan Murid serta melaporkannya kepada Pengetua / Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 5. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Asrama sekurang-kurangnya empat kali yang dipengerusikan oleh Pengetua. 6. Mengadakan perjumpaan bersama Warden dan Pembantu Pengurusan Murid sekurangkurangnya tiga bulan sekali dan merekodkan perjumpaan tersebut untuk dikemukakan kepada Pengetua. 7. Mengadakan perjumpaan dengan penghuni asrama sekurang-kurangnya dua bulan sekali. 8. Bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas Warden dan Pembantu Pengurusan Murid. 9. Memantau dan memastikan kerja semua warden, penyelia dan pembantu pengurusan murid berjalan dengan lancar. 10. Menjalankan pemantauan kekemasan, kebersihan, keceriaan dan keselamatan asrama. 11. Memastikan pengurusan fail, dokumen dan rekod asrama teratur dan sentiasa kemaskini. 12. Memastikan semua laporan berkaitan asrama dikemaskinikan pada setiap masa. 13. Bertanggungjawab dalam pengurusan disiplin, kaunseling dan program pembangunan insan di asrama. 14. Bertanggungjawab dalam memantau penyediaan manual pengurusan asrama, perancangan aktiviti asrama dan takwim berkaitan.
16 15. Memeriksa laporan dan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti bekerjasama dengan kaunselor dalam membantu penghuni bermasalah sama ada masalah disiplin, akademik atau peribadi. 16. Bekerjasama dengan penyelia asrama bagi memastikan kelengkapan dan prasarana asrama mencukupi dan berada dalam keadaan baik. 17. Memantau tugas dan laporan yang dikemukakan oleh Penyelia Asrama. 18. Membantu menguruskan kemasukan penghuni asrama seperti penyediaan borang / dokumen, penempatan bilik, taklimat kemasukan, orientasi penghuni baru dan sebagainya. 19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari masa ke semasa. B) WARDEN 1. Mengurus kemasukan penghuni asrama dan menyediakan jadual waktu harian asrama dan menentukan penghuni-penghuni asrama mematuhi 2. Bertanggungjawab ke atas disiplin asrama dan menentukan bahawa para penghuni mematuhi peraturan asrama dan sekolah. 3. Bertanggungjawab ke atas kelakuan / tingkahlaku penghuni asrama dan memberi tunjuk ajar yang sewajarnya. 4. Membantu mengurus dan melaksanakan program yang berkaitan dengan sahsiah dan disipilin di asrama. 5. Melakukan pemeriksaan mengejut (sport-check / roll-call) 6 kali setahun. 6. Mengemaskini fail yang berkaitan dengan kerjasama ketua warden asrama dari masa ke semasa. 7. Mengawasi dan memantau keluar masuk para penghuni asrama pada hujung minggu, masa cuti dan masa-masa tertentu seperti keluar ke pekan atau balik ke rumah. 8. Melatih dan melantik pengawas asrama dan memastikan mereka yang dilantik menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan. 9. Bertanggungjawab mengawasi perkembangan para penghuni asrama seperti memeriksa kad kemajuan, kelas persediaan,memberi nasihat serta teguran untuk memperbaiki pencapaian prestasi penghuni asrama.
17 10. Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan di asrama seperti menu makanan, pengelolaan kebersihan dewan makan, kebersihan pekerja dewan makan, mutu dan sukatan menu. 11. Menjalankan aktiviti dan program asrama yang bersesuaian bagi penghuni asrama. 12. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan jika terdapat penghuni asrama sakit. 13. Bertanggungjawab menghubungi dan memberitahu ibu bapa / penjaga mengenai masalah kesihatan para penghuni (contohnya penghuni asrama dimasukkan ke hospital). 14. Bertanggungjawab mengawasi kebersihan penghuni, dorm, keseluruhan bangunan dan kawasan asrama. 15. Menerima dan menjalankan arahan Pengetua / Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Ketua Warden dari masa ke semasa. C) PENYELIA ASRAMA 1. ASPEK PENTADBIRAN 1.1 Menjalankan tugas pendaftaran masuk / keluar penghuni asrama. Contohnya membantu Warden Asrama dalam urusan pendaftaran dan penempatan penghuni asrama. 1.2 Membantu merancang, memantau dan mengemaskini senarai nama dan kedudukan / pembahagian bilik penghuni asrama setiap masa. 1.3 Memeriksa dan merekod maklumat penghuni asrama. 1.4 Menyediakan laporan statistik bulanan dan tahunan penghuni asrama. 1.5 Membantu memantau salah laku penghuni asrama, mendokumentasi dan mengemukakan kepada Warden / PKHEM (sekiranya perlu). 1.6 Menerima laporan salah laku penghuni asrama, mendokumentasi dan mengemukakan kepada pihak atasan serta bertanggungjawab ke atas disiplin anggota di bawah jagaan. 1.7 Menyedia dan merancang jadual tugas dan cuti anggota serta membuat perancangan dan kawalan kewangan asrama (pembelian / perolehan aset asrama). 1.8 Mengurus stok inventori dan harta modal di asrama termasuk penerimaan, hapus kira dan pelupusan aset alih kerajaan. 1.9 Mengurus surat menyurat, fail dan surat-surat pekeliling yang berkaitan.
18 2. ASPEK PERKHIDMATAN ASRAMA 2.1 Bertanggungjawab dalam pengendalian dan rekod kunci. Memberi dan menerima kunci daripada penghuni asrama dan menyimpan ditempat yang disediakan. 2.2 Memantau anggota bawahan dalam aspek pengendalian kunci. 2.3 Memastikan penghuni asrama mematuhi peraturan asrama dari semasa ke semasa. 2.4 Menyedia dan mengemaskini peraturan asrama dari semasa ke semasa. 2.5 Bertanggungjawab dalam merancang dan memantau penyediaan bilik asrama dan kelengkapan asrama. Menyelaras penggunaan bilikasrama supaya digunakan secara optimum. 2.6 Mengurus penggunaan kemudahan penginapan,makan/minum dan prasarana asrama oleh pihak luar. 3. ASPEK PENYELENGARAAN FASILITI DAN ASET 3.1 Memeriksa peralatan dan mengenalpasti keperluan kelengkapan asrama. 3.2 Menyediakan laporan anggaran keperluan kelengkapan asrama. 3.3 Memastikan asrama dan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan selesa. 3.4 Memantau dan memeriksa proses kerja pembersihan di asrama oleh syarikat konsesi. 3.5 Memastikan pemeriksaan harian mengikut skop yang telah ditetapkan serta menerima aduan kerosakan, memeriksa dan membuat laporan kerosakan peralatan dan kelengkapan asrama kepada pihak konsesi. 3.6 Menghantar Laporan Kebersihan Bangunan dan Kawasan Asrama kepada pihak pentadbir sekolah. 4. ASPEK KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN 4.1 Menyelia dan menyediakan kemudahan di bilik rawatan serta memastikan kesihatan penghuni asrama sentiasa baik dan melaporkan kepada Warden Asrama jika terdapat kes-kes yang berbahaya. (i) Pengurusan berkaitan aspek kesihatan penghuni asrama seperti: (a) Pengurusan bilik rawatan. (b) Pengurusan keperluan pergerakan penghuni asrama ke klinik / hospital (penghuni asrama akan diiringi oleh Warden / Guru Bertugas Harian ke klinik / hospital untuk mendapatkan rawatan). (c) Memberi bantuan kecemasan awal kepada penghuni asrama; dan (d) Menyediakan dan mengemaskini Rekod Kesihatan penghuni asrama (digalakkan) (ii) Mengurus kebersihan, keceriaan, dan keselamatan (3K) bilik rawatan. (iii) Memastikan keperluan alat bantuan keselamatan dan kemudahan di bilik
19 rawatan adalah mencukupi. (iv) Membantu dalam mematuhi prosedur pencegahan wabak penyakit. 4.2 Memastikan penghuni asrama mematuhi Polisi / Peraturan Keselamatan dan Kesihatan. 4.3 Melakukan rondaan bagi memastikan penghuni asrama, aset, bangunan, kemudahan dan persekitaran (dormitri, tandas, bilik air, bilik-bilik khas, surau, dewan makan dan lain-lain) berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat untuk digunakan. 4.4 Menyediakan pelan tindakan keselamatan dan senarai pegawai yang boleh dihubungi semasa berlaku kecemasan. 4.5 Membantu merancang pelan tindakan kebakaran dan memastikan pelaksanaan latihan pencegahan kebakaran dijalankan. 5. ASPEK KAWALAN KUALITI 5.1 Melaksanakan dan memantau setiap proses kerja mengikut arahan pekeliling atau piawaian. 5.2 Mengambil tindakan sewajarnya jika menerima sebarang aduan berkenaan kemudahan asrama, keselamatan dan kebajikan. 5.3 Mengumpul, menganalisis, menyediakan laporan kajian dan mendokumentasi. 6. PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN ASRAMA 6.1 Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) tahunan asrama 6.2 Mengurus permohonan perolehan bagi pembelian dan perkhidmatan yang melibatkan kelengkapan serta peralatan asrama. 6.3 Mengurus pembayaran bil-bil bekalan kelengkapan dan peralatan asrama. 6.4 Mengurus perbelanjaan yang menggunakan peruntukan Baki Peruntukan Bantuan Makanan Asrama. 6.5 Membantu dalam urusan yang berkaitan Yuran Makan Asrama (YMA) 7. PENGURUSAN PERKHIDMATAN BEKALAN MAKANAN BERMASAK 7.1 Memantau kebersihan dan keceriaan dewan makan dan dapur asrama serta memastikan pekerja dewan makan mematuhi garis panduan kesihatan / kebersihan dewan makan. 7.2 Membuat tempahan makanan melalui Jadual 8 berdasarkan bilangan penghuni asrama semasa tidak kurang dari 48jam sebelum masa sajian. 7.3 Bertanggungjawab sepenuhnya dalam aspek berkaitan bekalan makanan bermasak di asrama. (Mengikut Kontrak Perjanjian Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Asrama).
20 7.4 Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam menangani kes keracunan makanan. 8. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Pentadbir dari masa ke semasa. Nota: Sila rujuk Penghuraian Kerja Perkhidmatan Penyelia Asrama (Lampiran P, P1, dan P2) dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009 yang berkuatkuasa pada 2 Julai 2009 dan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. D) PEMBANTU PENGURUSAN MURID TUGASAN SYIF PAGI 1) Mengawasi murid-murid bersarapan pagi. 2) Memastikan murid-murid pergi ke sekolah tepat pada masa yang ditetapkan. 3) Memastikan domitri, katil, tandas serta bilik mandi kemas dan bersih. 4) Memastikan kebersihan bilik-bilik khas,bilik gosok dan bilik basuh pakaian. 5) Memastikan murid membasuh, mengemas, menggosok, mengagihkan dan menyusun pakaian murid-murid ke dalam almari. 6) Memastikan tiada murid yang berada di asrama sewaktu persekolahan kecuali dengan kebenaran. 7) Mengawasi dan melayan murid semasa sarapan, minum pagi dan makan tengahari. 8) Memastikan murid membasuh tangan dan beratur semasa sarapan, minum pagi dan makan tengahari. 9) Memastikan murid semasa solat Zohor berjemaah. 10) Memastikan pergerakan murid adalah terkawal dan hadir ke aktiviti kelas tambahan dan kokurikulum mengikut jadual yang telah ditetapkan. 11) Membantu mengawasi / mengiringi murid ketika mereka bermain di luar waktu persekolahan dan waktu kegiatan kokurikulum. 12) Mengiringi dan mengawasi murid ke bank bagi tujuan pengeluaran wang dengan kebenaran. 13) Melayan keperluan murid yang sakit atau mengalami masalah emosi. 14) Membantu memberikan rawatan awal (first aid). 15) Mengiringi murid yang sakit / temu janji berkala ke hospital atau klinik. 16) Melatih murid menjaga keceriaan dan keselamatan di asrama pada setiap masa. 17) Membimbing dan mengasuh murid supaya sentiasa berakhlak baik, berdisiplin, dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.
21 18) Membina hubungan yang baik dan menjadi pengantara dengan ibu bapa / penjaga. 19) Membantu warden menghantar murid ke stesen bas / keretapi / lapangan terbang berdekatan atau mengiringi murid balik kampung ke stesen berdekatan. 20) Melaporkan sebarang kerosakan dari masa ke semasa. 21) Memastikan laporan keberadaan murid adalah sahih dari masa ke semasa. 22) Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan sekolah dari semasa ke semasa. TUGASAN SYIF PETANG 1) Mengawasi murid semasa solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak berjemaah. 2) Mengawasi dan melayan murid semasa makan tengahari, makan malam dan minum malam. 3) Melatih dan memastikan murid mengangkat pakaian yang telah dijemur (jika kering). 4) Memastikan murid membasuh tangan dan beratur sebelum dan selepas makan serta bacaan doa. 5) Melatih murid membasuh, mengemas, melipat, menggosok, mengagihkan dan menyusun pakaian ke dalam almari. 6) Memastikan pergerakan murid adalah terkawal dan hadir ke aktiviti kelas tambahan dan kokurikulum mengikut jadual yang telah ditetapkan. 7) Membantu mengawasi / mengiringi murid ketika bermain di luar waktu persekolahan dan waktu kegiatan kokurikulum. 8) Mengawasi murid membersih dan mengemas diri. 9) Memastikn murid menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran. 10) Mengiringi dan mengawasi murid ke bank bagi tujuan pengeluaran wang dengan kebenaran. 11) Melayan keperluan murid yang sakit atau mengalami masalah emosi. 12) Membantu memberikan rawatan awal (first aid). 13) Mengiringi murid yang sakit / temu janji berkala ke hospital atau klinik. 14) Memaklumkan kepada warden / penyelia asrama mengenai murid yang mengalami masalah kesihatan atau gangguan emosi. 15) Melatih murid menjaga keceriaan dan keselamatan dan keselamatan di asrama pada setiap masa. 16) Membina hubungan yang baik dan menjadi pengantara dengan ibu bapa / penjaga. 17) Membimbing murid-murid dalam persiapan balik kampung dan membantu urusan berkaitan. 18) Membantu warden menghantar murid ke stesen bas / keretapi / lapangan terbang berdekatan atau mengiringi murid balik kampung ke stesen berdekatan.
22 19) Melaporkan kerosakan berkaitan asrama dari semasa ke semasa. 20) Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan sekolah dari semasa ke semasa. TUGASAN SYIF MALAM 1) Mengawasi dan melayan murid semasa minum malam dan sarapan pagi. 2) Memastikan murid membasuh tangan dan beratur sebelum dan selepas makan serta bacaan doa. 3) Melatih murid membasuh, mengemas, melipat, menggosok, mengagihkan dan menyusun pakaian ke dalam almari. 4) Memastikan semua murid masuk tidur dan bangun tidur mengikut masa yang telah ditetapkan. 5) Memastikan semua lampu dipadamkan dan membuat rondaan serta memastikan murid telah tidur. 6) Mengawasi murid membersih dan mengemas diri. 7) Mengawasi murid semasa solat Subuh berjemaah. 8) Melatih dan memastikan murid membersih dan mengemas tempat tidur dan mengasuh mereka melipat cadar, melipat selimut,dan meletak bantal dengan kemas. 9) Melatih dan menentukan murid berpakaian kemas dan sesuai ke sekolah mengikut masa yang ditentukan. 10) Memastikan pergerakan murid adalah terkawal dan murid-murid menghadiri sesi persekolahan atau aktiviti berkaitan pada masa yang telah ditetapkan. 11) Melayan keperluan murid yang sakit atau mengalami masalah emosi. 12) Membantu memberikan rawatan awal (first aid). 13) Mengiringi murid yang sakit / temu janji berkala ke hospital atau klinik. 14) Memaklumkan kepada warden / penyelia asrama mengenai murid yang mengalami masalah kesihatan atau gangguan emosi. 15) Melatih murid menjaga keceriaan dan keselamatan dan keselamatan di asrama pada setiap masa. 16) Membina hubungan yang baik dan menjadi pengantara dengan ibu bapa / penjaga. 17) Membimbing murid-murid dalam persiapan balik kampung dan membantu urusan berkaitan. 18) Membantu warden menghantar murid ke stesen bas / keretapi / lapangan terbang berdekatan atau mengiringi murid balik kampung ke stesen berdekatan.
23 19) Melaporkan kerosakan berkaitan asrama dari semasa ke semasa. 20) Memastikan laporan keberadaan murid adalah sahih dari masa ke masa. 21) Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan sekolah dari semasa ke semasa. TUGASAN SEMASA CUTI PERSEKOLAHAN 1) Membantu penyelia asrama mengemaskini / menyemak stok dan inventori. 2) Membantu membuat pelupusan / hapus kira peralatan asrama. 3) Memastikan keadaan dormitri / asrama kemas dan bersih. 4) Membantu membuat keceriaan asrama 4.1 Landskap 4.2 Mural 4.3 Sudut / papan kenyataan 4.4 Perlabelan 5) Mencuci peralatan sembahyang murid di surau. Contoh: telekung, sejadah dll. 6) Mencuci langsir, sarung kusyen dan lain-lain. 7) Memastikan tilam dan bantal dijemur. 8) Memastikan tingkap, kipas angin, lantai dan lain-lain dibersihkan dan dilap. 9) Membantu menyediakan persiapan pendaftaran murid pada hujung dan awal tahun. 10) Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pihak pentadbir dari semasa ke semasa.
24 PERATURAN AM ASRAMA Sebarang pindaan tertakluk pada perubahan dari masa ke semasa 1. KESIHATAN MURID Ibu bapa / penjaga dikehendaki memberitahu mengenai kesihatan anaknya kepada pihak sekolah seperti yang disahkan oleh Pegawai Perubatan semasa pendaftaran dan dari masa ke semasa jika perlu. 2. PAKAIAN 2.1 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH MBPK-MBPK hendaklah memakai pakaian seragam sekolah pada waktu sekolah dan untuk upacara rasmi 2.2 PAKAIAN ASRAMA MBPK-MBPK dimestikan memakai pakaian yang kemas di asrama dan tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata serta bertudung bagi MBPK perempuan yang beragama Islam 2.3 PAKAIAN OUTING / BALIK KAMPUNG MBPK-MBPK yang keluar hujung minggu untuk “outing” atau balik kampung dikehendaki memakai baju batik rasmi asrama dan dilarang memakai jeans 2.4 PAKAIAN SUKAN MBPK-MBPK hendaklah memakai t-shirt sukan dan seluar sukan. MBPK perempuan yang beragama Islam henndaklah memakai pakaian sukan yang sesuai dan menutup aurat, manakala MBPK perempuan bukan beragama Islam pula hendaklah memakai pakaian sukan yang tidak menjolok mata. 2.5 PAKAIAN BENGKEL MBPK-MBPK dikehendaki memakai pakaian seperti yang diarahkan oleh guru sahaja. 2.6 PAKAIAN KOKURIKULUM MBPK-MBPK dikehendaki memakai pakaian unit beruniform dan kokurikulum pada hari yang telah ditetapkan dan seperti yang diarahkan oleh guru dari masa ke semasa. 3. KOKURIKULUM 3.1 Masa untuk aktiviti kokurikulum ialah antara jam 5.00 petang hingga 6.00 petang (tertakluk pada pindaan)
25 3.2 Semua MBPK dimestikan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum KECUALI MBPK-MBPK yang sakit dan tidak sihat (atas nasihat Pegawai Perubatan). 4. MAKANAN 4.1 Makanan yang dihantar oleh ibu bapa / penjaga mestilah berada dalam keadaan bersih. 4.2 Waktu makan di asrama adalah seperti berikut (tertakluk kepada pindaan): Sarapan : 6.45 pagi (Isnin hingga Jumaat) : 8.00 pagi (Sabtu / Ahad / Cuti Umum) Makan Tengahari : 2.45 petang (Isnin hingga Khamis) : 12.30 tengahari (Jumaat hingga Ahad / Cuti Umum) Minum Petang : 4.30 petang Makan Malam : 6.30 petang Minum malam : 9.00 malam 5. SURAT MENYURAT 5.1 Surat-surat yang dikirim kepada pihak sekolah mestilah ada nama pengirim. 5.2 MBPK-MBPK tidak dibenarkan menghantar surat, melainkan melalui pejabat sekolah. 5.3 Surat-surat yang dihantar dan diterima hendaklah ditapis terlebih dahulu oleh Warden Asrama. 6. KELUAR / MASUK ASRAMA 6.1 MBPK-MBPK hanya dibenarkan ke bandar sekali sebulan mengikut giliran. Sebelum keluar, MBPK-MBPK hendaklah mendapatkan kebenaran Warden Asrama yang bertugas / Ketua Warden dan berpakaian rasmi yang telah ditetapkan. 6.2 Buku rekod asrama hendaklah digunakan setiap kali seseorang MBPK asrama keluar atau pulang ke rumah. Mereka yang tidak menggunakan buku tersebut akan dianggap keluar tanpa kebenaran. 6.3 Buku tersebut perlu di beri kepada pengawal keselamatan yang bertugas di
26 pondok keselamatan apabila keluar dari sekolah dan kembalikan semula ke Pejabat Warden apabila masuk asrama. 7. PULANG HUJUNG MINGGU 7.1 Semua MBPK dibenarkan pulang sebulan sekali sahaja dengan kebenaran ibu bapa / penjaga (tertakluk kepada pindaan. Bagaimanapun cuti hujung minggu akan dengan sendirinya terbatal sekiranya sekolah mempunyai aturcara tertentu pada hari itu. 7.2 Permohonan cuti hujung minggu pada minggu yang tidak dibenarkan pulang hendaklah dimajukan kepada pengetua untuk kebenaran tidak lewat daripada hari jumaat pada minggu berkenaan. 7.3 MBPK-MBPK juga tidak dibenarkan balik awal dan menambah cuti tanpa kebenaran. Disamping itu, MBPK perlu kembali ke asrama sebelum atau pada hari terakhir cuti. 7.4 MBPK yang kembali ke asrama perlu mendaftar masuk asrama mengikut masa yang ditetapkan iaitu sebelum atau pukul 6.00 petang. 8. TATACARA PELAWAT ASRAMA 8.1 Ibu bapa / pelawat hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak Pengetua / Warden Asrama bertugas sebelum melawat ke asrama. 8.2 MBPK-MBPK tidak dibenarkan keluar atau dibawa keluar oleh ibu bapa / penjaga pada waktu persekolahan (kecuali dengan dengan kebenaran Pengetua / wakilnya). 9. TEMPAT LARANGAN BAGI IBU BAPA / PENJAGA Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik-bilik asrama dan perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengetua / Warden Asrama. 10. TEMPAT LARANGAN BAGI PELAJAR 10.1 Kawasan dapur / tempat memasak. 10.2 Pejabat sekolah (kecuali ada urusan) 10.3 Pejabat guru (kecuali ada urusan)
27 10.4 Bengkel-bengkel vokasional tanpa guru 10.5 Asrama lelaki (bagi MBPK perempuan) 10.6 Asrama perempuan (bagi MBPK lelaki) 10.7 Pejabat warden 10.8 Bilik PPM 11. PERATURAN AM DEWAN MAKAN 11.1 Semua MBPK dikehendaki berada di dewan makan pada waktu yang ditetapkan dan berpakaian kemas dan memelihara kesopanan diri ketika berada di dewan makan. Pakaian sukan (seluar pendek) yang lusuh dan berpeluh, pakaian tidur atau baju singlet TIDAK dibenarkan di dalam dewan makan. 11.2 MBPK perlu beratur ketika mengambil makanan dan mengikut giliran. 11.3 MBPK hanya dibenarkan mengambil makanan yang disediakan untuknya sahaja dan tidak boleh bersifat tamak atau mengambil hak MBPK lain. 11.4 MBPK mesti makan bersama dengan tertib dan membaca doa 11.5 MBPK bertanggungjawab menjaga kebersihan dewan makan (termasuk meja makan, kerusi, tong sampah, sisa-sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah) 11.6 MBPK tidak dibenarkan menggunakan “sinky filter” untuk membasuh tangan atau mencuci pinggan. 11.7 MBPK dilarang makan diluar asrama. Setelah selesai makan, MBPK mesti menyusun semula kerusi dan peralatan lain yang telah digunakan. 12. PERATURAN AM RAWATAN PERUBATAN 12.1 Rawatan / perubatan ringan dijalankan di asrama pada setiap dijalankan di asrama pada setiap hari, bagaimanapun, jika keadaan bertambah teruk, MBPK perlu dirujuk kepada klinik atau hospital berdekatan. 12.2 Bagi MBPK-MBPK asrama yang menghidapi penyakit yang serius atau berjangkit, ibu bapa / penjaga diminta membawa pulang anak mereka. 12.3 MBPK-MBPK asrama yang didapati sakit akan ditempatkan di bilik rawatan asrama dan tidak dibenarkan berada di bilik-bilik asrama, bilik-bilik darjah atau merayau-rayau di sekitar sekolah atau asrama.
28 13. PERATURAN AM SURAU 13.1 MBPK beragama Islam diwajibkan menunaikan solat fardhu secara berjemaah di surau setiap hari. 13.2 Khusus di bulan Ramadhan, semua MBPK beragama Islam digalakkan menunaikan Solat Tarawih secara berjemaah di surau. 13.3 MBPK tidak dibenarkan tidur atau lepak di dalam surau. 13.4 Aktiviti di surau perlu mendapatkan kebenaran warden dan ada pemantauan. 13.5 MBPK hendaklah menjaga kebersihan surau dan peralatan di surau, memastikan suis lampu, kipas dan pintu surau ditutup setelah selesai digunakan. 13.6 Kain telekung dan sejadah hendaklah disusun secara kemas dan diletakkan ditempat yang betul. 13.7 Surah Yassin dan kitab-kitab Al-quran mestilah diletakkan di tempat yang disediakan. 14. PERATURAN AM RIADAH / REKREASI 14.1 Semua kegiatan sukan hendaklah bermula selepas solat Asar dan hendaklah berakhir 15 minit sebelum waktu makan malam atau sebelum jam 6.30 petang atau lebih awal. 14.2 Pakaian pada waktu riadah hendaklah bersesuaian dan tidak menjolok mata 14.3 Aktiviti sukan / rekreasi hanya boleh dijalankan di dalam kawasan yang ditetapkan 14.4 Penggunaan televisyen perlu mendapat kebenaran dari warden jika melebihi waktu yang telah ditetapkan. 14.5 Pastikan barangan untuk kegunaan riadah / rekreasi berada dalam keadaan baik dan dipulangkan selepas digunakan. 14.6 Penggunaan bilik rehat perlu mendapat kebenaran warden terlebih dahulu dan dibenarkan sehingga pukul 6.30 petang sahaja (tertakluk kepada pindaan) 15. PERATURAN AM BILIK MANDI / BASUH 15.1 Penghuni asrama adalah bertanggungjawab secara berkumpulan ke atas kebersihan bilik mandi dan bilik basuh MBPK serta laluan aras masing-masing dan memastikan kebersihannya dijaga.
29 15.2 Pembaziran adalah ditegah dan penghuni hendaklah mempunyai rasa bertanggungjawab ke atas penggunaan air dan elektrik. Segala kerosakan atau kebocoran hendaklah dilaporkan segera kepada pihak pengurusan asrama. 15.3 Penghuni asrama TIDAK dibenarkan membuang sampah atau sebarang jenis bahan asing ke dalam tandas. Penghuni aras akan dipertanggungjawabkan ke atas kes-kes tersumbat yang disebabkan oleh kecuaian atau salahguna oleh penghuni aras berkenaan. 15.4 Pastikan tuala wanita telah dicuci dengan bersih sebelum dibuang ke dalam tong sampah. 15.5 MBPK tidak dibenarkan merendam pakaian lebih daripada 2 hari untuk mengelakkan bau busuk. 15.6 MBPK ditegah berebut dan hendaklah bergilir apabila menggunakan mesin basuh. Penggunaan mesin basuh tertakluk kepada pindaan. 15.7 Sekiranya ada kerosakan, MBPK perlu segera melapor kepada warden atau pembantu pengurusan murid yang bertugas dengan segera. 16. PERATURAN AM BILIK TIDUR ASRAMA (DORM) 16.1 Bilik tidur asrama hendaklah sentiasa bersih dan kemas setiap hari. 16.2 Tempat tidur hendaklah dikemaskan dengan teratur sebelum jam 6.45 pagi 16.3 MBPK tidak dibenarkan berpindah ke bilik tidur lain tanpa kebenaran Ketua Warden. Bertukar bilik tanpa kebenaran daripada Ketua Warden atau wakil kuasanya adalah TIDAK dibenarkan. 16.4 Sampah hendaklah dibuang di tong sampah yang disediakan dalam keadaan yang bersih dan kemas. 16.5 MBPK dilarang membawa dan menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran . telefon bimbit hendaklah diserahkan kepada pejabat asrama untuk disimpan. 16.6 MBPK lelaki DILARANG memasuki kawasan asrama perempuan atau sebaliknya. 16.7 MBPK TIDAK DIBENARKAN memiliki, menghisap dan menggunakan ROKOK, ROKOK ELEKTRONIK, DADAH, MINUMAN KERAS dan BARANG-BARANG TERLARANG makanan yang memabukkan di dalam bilik asrama. 16.8 Sebarang bentuk buli atau ‘ragging’ TIDAK dibenarkan. 16.9 MBPK hendaklah tidur selewatnya pada pukul 11.00 malam dan semua lampu hendaklah dipadamkan selesai pengumuman penutup dibuat.
30 16.10 Penghuni asrama tidak dibenarkan memberi tumpangan penginapan kepada mana-mana individu lain tanpa kebenaran pihak pengurusan asrama. 16.11 Semua peralatan yang terdapat di bilik asrama TIDAK boleh diubah kedudukan atau diubahsuai tanpa kebenaran Ketua Warden atau wakil kuasanya. 16.12 Keselamatan harta benda penghuni adalah di bawah tanggungjawab penghuninya. 16.13 Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan dihujung katil. 16.14 Pakaian yang kering hendaklah dilipat kemas dan disimpan dalam almari masing-masing. 16.15 Pakaian dan tuala yang basah hendaklah disidai di ampaian yang disediakan 16.16 Barang-barang yang tidak digunakan seperti beg dan kotak hendaklah disimpan di dalam stor / tempat yang ditetapkan. 16.17 Dilarang meletakkan sebarang alatan / barangan ditingkap asrama. 16.18 Kasut dan selipar hendaklah disimpan di tempat yang disediakan. 16.19 Ampaian hendaklah dikosongkan apabila MBPK pulang ke kampung. 16.20 Semua jenis makanan basah termasuk makanan yang boleh mengotorkan bilik atau yang menyebabkan kerosakan salur air dan elektrik juga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan penghuni lain tidak dibenarkan di asrama. 16.21 Pemeriksaan asrama akan dijalankan setiap hari sebelum kelas bermula. 16.22 Alatan berbahaya seperti pisau, racun, asid dan sebagainya tidak dibenarkan dimiliki / disimpan / digunan di asrama. 16.23 MBPK hendaklah sentiasa menghormati semua kakitangan asrama. 16.24 MBPK tidak dibenarkan membuat bising yang keterlaluan di asrama. 16.25 MBPK bertanggungjawab memastikan semua suis alatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan asrama dan hendaklah mengamalkan amalan penjimatan air dan elektrik bagi mengelakkan pembaziran. 16.26 MBPK hendaklah berada di asrama sebelum jam 11.00 malam sehingga jam 6.30 pagi . 16.27 Pemasangan lilin, ubat nyamuk dan pelita tidak dibenarkan. 16.28 MBPK ditegah tidur lebih daripada seorang sekatil. 16.29 MBPK ditegah tidur atau menggunakan alat selain miliknya. 16.30 MBPK DILARANG keras pergi ke bilik / aras lain untuk tujuan berlepak. 16.31 MBPK DILARANG memasak didalam bilik asrama dan menggunakan pemanas air jenis gegelung (immersion heater).
31 16.32 Memakai pakaian yang dianggap kurang sopan seperti seluar pendek, baju yang tidak berlengan atau pakaian yang tertulis kata-kata yang hina,logo pasti atau mempunyai gambar atau lukisan yang tidak bersesuaian dengan budaya ketimuran TIDAK dibenarkan. 16.33 Rambut hendaklah sentiasa kemas. Rambut yang mengerbang atau rambut yang beraneka fesyen TIDAK dibenarkan. 16.34 Semua MBPK adalah dilarang memakai pakaian seluar jeans sepanjang nerada di asrama dan sekolah. MBPK perlu memakai pakaian yang ditetapkan mengikut hari berkaiatan. 16.35 MBPK tidak dibenarkan bermain lif untuk keseronokkan turun dan naik. 16.36 MBPK tidak dibenarkan merosakkan harta benda asrama dan sekolah. 16.37 MBPK tidak dibenarkan makan di bilik tidur.
32 CARTA ALIR PELBAGAI CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENDAFTARAN DAN PENEMPATAN Menerima senarai nama daripada GPK HEM / Pengetua Mengenalpasti bilik perabot/ alatan Tidak Lengkap? Ya Menentukan agihan mengikut bilik Murid melapor diri / taklimat Menyemak peralatan diri / keperluan tinggal di asrama Tidak Lengkap? Ya Murid dibawa ke bilik pengawas asrama/ Warden/ Penyelia asrama Murid mengemas katil dan peralatan di almari yang di sediakan
33 CARTA ALIRAN PENGURUSAN MAKANAN Membuat pesanan Menerima bahan mentah Memeriksa kualiti dan kuantiti Tidak Puashati? Ya Bahan mentah dimasak Memeriksa kuantiti dan kualiti masakan Tidak Puashati? Tindakan Susulan/ Ganti Ya Makanan disajikan Murid makan Tolak/Ganti
34 CARTA ALIRAN PENGURUSAN KESIHATAN Membuat laporan Terima laporan Pemeriksaan awal Tidak Serius? Ya Isu borang rawatan Sediakan pengangkutan ke hospital Cuti sakit? Rawatan hospital Ya Tidak Masuk wad? Masuk bilik rawatan / Balik ke rumah Tidak Ya Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga pentadbir Hadir ke sekolah Pembedahan Tidak Ya Tandatangan kebenaran Hantar peralatan / pakaian murid Terima lawatan / ziarah Keluar wad Rawatan ringan Balik ke asrama
35 CARTA ALIRAN PENGURUSAN SEMASA GANGGUAN BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK Membuat aduan Terima aduan Menyiasat punca kejadian Membuat laporan kepada Penyelia Asrama / GPK HEM / Pengetua Hubungi pihak berkenaan (JBA / TNB / JKR) Tindakan susulan segera
36 CARTA ALIRAN PENGURUSAN LATIHAN KEBAKARAN Merancang dan menetapkan tarikh Latihan kebakaran Menyediakan pelan laluan kebakaran Menghubungi pihak bomba Taklimat latihan kebakaran Latihan kebakaran dilaksanakan Tidak Puashati? Ya Laporan Arahan buat semula pada masa lain
37 CARTA ALIRAN PENGURUSAN AKTIVITI ASRAMA Menubuhkan ahli jawatankuasa Merancang aktiviti dan anggaran kos Kemukakan kepada Pengetua Tidak Dipersetujui? Ya Taklimat, panduan, bimbingan Laksanakan aktiviti Sediakan laporan dan penilaian Tidak Berkesan? Ubahsuai Ya Aktiviti diteruskan Ubahsuai
38 CARTA ALIRAN PENGENDALIAN KES DISIPLIN Menerima aduan dan menyiasat kes yang berlaku Tidak Puas hati / ada kes Membuat laporan kes Membuat siasatan kes Mengumpul bukti / saksi Perbicaraan Tidak Bersalah Ya Catatan pada buku rekod asrama Hukuman / Tindakan susulan Buang kes Buang kes
39 JADUAL SEMAKAN BUKU LAPORAN / REKOD ASRAMA BIL BULAN SEMAKAN 1 MAC / 2024 GPK HEM 2 APRIL / 2024 PENGETUA 3 MEI / 2024 GPK HEM 4 JUN / 2024 PENGETUA 5 JULAI / 2024 GPK HEM 6 OGOS / 2024 PENGETUA 7 SEPTEMBER / 2024 GPK HEM 8 OKTOBER / 2024 PENGETUA 9 NOVEMBER / 2024 GPK HEM 10 DISEMBER / 2024 PENGETUA 11 JANUARI / 2025 GPK HEM 12 FEBRUARI / 2025 PENGETUA
40 JADUAL HARIAN MBPK ASRAMA HARI PERSEKOLAHAN (ISNIN-KHAMIS) MASA AKTIVITI 5.15 AM – 6.00 AM PENGURUSAN DIRI 6.00 AM – 6.30 AM SOLAT SUBUH BERJEMAAH 6.30 AM – 7.15 AM SARAPAN PAGI 7.15 AM – 7.30 AM PERHIMPUNAN HARIAN 7.30 AM – 1.30 PM SESI PERSEKOLAHAN 1.30 PM – 3.00 PM SOLAT ZUHUR / MAKAN TENGAHARI 3.00 PM – 4.30 PM PREP 4.30 PM – 5.00 PM SOLAT ASAR BERJEMAAH 5.00 PM – 5.15 PM MINUM PETANG 5.15 PM – 6.30 PM RIADAH / REKREASI / PENGURUSAN DIRI 6.30 PM – 7.15 PM MAKAN MALAM 7.15 PM – 8.45 PM SOLAT MAGHRIB & ISYAK BERJEMAAH AKTIVITI KEROHANIAN BACAAN SURAH AL-MULK 8.45 PM – 10.00 PM PREP 10.00 PM – 10.30 PM MINUM MALAM 10.30 PM – 11.00 PM PENGURUSAN DIRI 11.00 PM LAMPU BILIK DIMATIKAN (LIGHT OFF) HARI PERSEKOLAHAN (JUMAAT) MASA AKTIVITI 5.15 AM – 6.00 AM PENGURUSAN DIRI 6.00 AM – 6.30 AM SOLAT SUBUH BERJEMAAH 6.30 AM – 7.15 AM SARAPAN PAGI 7.15 AM – 7.30 AM PERHIMPUNAN HARIAN 7.30 AM – 12.00 PM SESI PERSEKOLAHAN 12.30 PM – 3.00 PM SOLAT JUMAAT / SOLAT ZUHUR / MAKAN TENGAHARI 3.00 PM – 4.30 PM AKTIVITI ASRAMA / PENGURUSAN DIRI 4.30 PM – 5.00 PM SOLAT ASAR BERJEMAAH 5.00 PM – 5.15 PM MINUM PETANG 5.15 PM – 6.30 PM RIADAH / REKREASI / PENGURUSAN DIRI 6.30 PM – 7.15 PM MAKAN MALAM 7.15 PM – 9.00 PM SOLAT MAGHRIB & ISYAK BERJEMAAH AKTIVITI KEROHANIAN BACAAN SURAH AL-MULK 9.00 PM – 10.00 PM AKTIVITI ASRAMA 10.00 PM – 10.30 PM MINUM MALAM 10.30 PM – 11.00 PM PENGURUSAN DIRI 11.00 PM LAMPU BILIK DIMATIKAN (LIGHT OFF)
41 HUJUNG MINGGU (SABTU – AHAD) / CUTI UMUM MASA AKTIVITI 5.15 AM – 6.00 AM PENGURUSAN DIRI 6.00 AM – 6.30 AM SOLAT SUBUH BERJEMAAH 6.30 AM – 8.00 AM PEMANTAUAN ASRAMA 8.00 AM – 8.30 AM SARAPAN PAGI 8.30 AM – 12.30 AM PREP (HARI SABTU) GOTONG-ROYONG (AHAD) AKTIVITI ASRAMA (AHAD) 12.30 AM – 1.30 PM MAKAN TENGAHARI 1.30 PM – 2.30 PM SOLAT ZUHUR BERJEMAAH 2.30 PM – 4.30 PM AKTIVITI ASRAMA / LAIN-LAIN 4.30 PM – 5.00 PM SOLAT ASAR BERJEMAAH 5.00 PM – 5.15 PM MINUM PETANG 5.15 PM – 6.30 PM RIADAH / REKREASI PENGURUSAN DIRI 6.30 PM – 7.15 PM MAKAN MALAM 7.15 PM – 8.45 PM SOLAT MAGHRIB & ISYAK BERJEMAAH AKTIVITI KEROHANIAN BACAAN SURAH AL-MULK 8.45 PM – 10.00 PM AKTIVITI ASRAMA / PENGURUSAN DIRI 10.00 PM – 10.30 PM MINUM MALAM 10.30 PM – 10.45 PM PENGURUSAN DIRI 11.15 PM LAMPU BILIK DIMATIKAN (LIGHT OFF) Nota:- *Waktu solat MBPK berdasarkan waktu solat semasa. MBPK perlu datang lebih awal ke surau sekolah atau 10 minit sebelum masuk waktu solat.
42 JADUAL PERGERAKAN ASRAMA PADA BULAN RAMADAN MASA / HARI ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT VANUE 04.30 AM - 05.00AM PENGURUSAN DIRI DORM 05.00AM - 05.45AM SAHUR DEWAN MAKAN 05.45AM - 06.45AM SOLAT SUBUH BERJEMAAH, TADARUS ALQURAN SURAU AR-RAUDHAH 06.45AM - 07.00AM ROLL CALL PAGI SURAU AR-RAUDHAH 07.00AM - 02.20 AM WAKTU PERSEKOLAHAN SEKOLAH 02.20AM - 03.00PM PENGURUSAN DIRI DORM 03.00PM - 05.00PM PREP PETANG DAN SOLAT ASAR BERJEMAAH SURAU AR-RAUDHAH 05.00PM - 06.00PM RIADAH / ESPORT PUSAT SUKAN ASRAMA 06.00PM - 06.30PM PENGURUSAN DIRI DORM 06.30PM - 07.45PM TADARUS AL-QURAN, HIMPUNAN DOA IFTAR, SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH SURAU AR-RAUDHAH 07.45PM - 08.15PM MAKAN MALAM DEWAN MAKAN 08.15PM - 09.30PM TADARUS AL-QURAN. SOLAT ISYAK, SOLAT TARAWIH, PREP MALAM SURAU AR-RAUDHAH 09.30PM - 10.00PM SEHARI SELEMBAR AL-QURAN, AL-MULK, MINUM MALAM, ROLL CALL DEWAN MAKAN 10.00PM - 10.25PM PENGURUSAN DIRI, PERSEDIAAN JADUAL DORM 10.25PM - 10.30PM LANTUNAN DOA TIDUR DORM 10.30PM - 04.30AM LIGHT OFF DORM 1. WAKTU BALIK A) MURID DIBENARKAN NAIK KE DORM UNTUK MENUKAR PAKAIAN SELAMA 15 MINIT SAHAJA 2. PINTU PAGAR ASRAMA A) PINTU PAGAR ASRAMA AKAN DITUTUP PADA PUKUL 5.45 PAGI. MURID HENDAKLAH SIAP BERPAKAIAN SEKOLAH KETIKA MENINGGALKAN ASRAMA. B) PINTU PAGAR AKAN DIBUKA PADA PUKUL 2.30 - 2.45 PETANG / 3.30 - 3.45 PETANG (15 MINIT) C) PINTU PAGAR AKAN DI BUKA SEMULA PADA PUKUL 5.00 PETANG. D) PINTU PAGAR AKAN DITUTUP SEMULA PADA PUKUL 6.30 PETANG SEHINGGA PUKUL 10.00 MALAM. E) PUKUL 10 MALAM PINTU PAGAR ASRAMA AKAN DIBUKA. 3. PADA PUKUL 5.45 PAGI ASRAMA HENDAKLAH DIKOSONGKAN.MURID PERLU SIAP BERPAKAIAN SEKOLAH, MEMBAWA BEG DAN PAKAIAN SOLAT KE SURAU . MURID YANG LEWAT MENINGGALKAN ASRAMA AKAN DIDENDA. *TERTAKLUK KEPADA PINDAAN SEMASA
43