SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG En Abd Manab Bin Abdul Majid PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA Prof Dato' Sr Dr Omar bin Osman PERASMI MAJLIS GRADUASI MRSM TAR KALI KE-13 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita berpeluang untuk berkongsi kejayaan para graduan dan kegembiraan para ibu bapa serta penjaga dan usaha murni guru-guru dalam majlis graduasi yang penuh gemilang ini. Majlis Graduasi MRSM merupakan satu pengiktirafan atas usaha, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh para graduan sepanjang pengajian di MRSM. Pada tahun ini, MRSM telah mengadakan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan MRSM di arus perdana pendidikan negara. Sebanyak 55 buah MRSM yang sedang beroperasi sejak penubuhan pertama MRSM dalam tahun 1972 telah membuktikan bahawa sistem pendidikan MRSM telah diterima dan terus relevan dan menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat. Tumbuhnya MRSM di setiap negeri sudah tentu dirasai oleh setiap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan sebagai peneraju kemajuan negara pada masa akan datang. Sistem pendidikan MRSM telah melahirkan seramai 204,957 orang graduan sama ada sedang meneruskan pengajian dalam berbagai-bagai disiplin ilmu mahupun yang sedang dan telah memberi khidmat bakti dalam pelbagai bidang kerjaya di negara ini. MARA fokus melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dan penguasaan bidang STEM yang berupaya mengenal pasti, mengaplikasi serta mengintegrasi konsep STEM dalam penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif. Justeru, sistem pendidikan MRSM diharapkan dapat melahirkan modal insan yang mampu menjadi pencipta teknologi, bukan pengguna teknologi semata-mata. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para graduan Maktab Rendah Sains MARA 2022. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM 2022 kepada semua calon SPM tahun ini. Semoga usaha anda semua selama berada di MRSM membuahkan keputusan cemerlang yang akan membanggakan keluarga,bangsa,agama dan negara. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Syabas dan tahniah diucapkan kepada 125 orang graduan MRSM Tun Abdul Razak yang diraikan dalam Majlis Graduasi Kali Ke-13 Tahun 2022. Semoga segala rintangan, halangan , dan cabaran yang ditempuh sepanjang berada di MRSM Tun Abdul Razak menjadi inspirasi untuk terus meraih kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Kejayaan pelajar-pelajar ini sudah tentu adalah hasil keazaman yang tinggi para pelajar disusuli dengan didikan dan bimbingan guru-guru yang begitu prihatin dan komited serta harapan, impian dan doa daripada ibu bapa yang sentiasa menyokong para pelajar ini. Semoga perjalanan para pelajar adalah kecemerlangan pengakhirannya. Kami sentiasa mendoakan para pelajar batch Victorians turut meletakkan nama MRSM Tun Abdul Razak sebaris di kalangan sekolah/MRSM terbaik dalam pencapaian SPM 2022. Yakinlah setiap usaha, setiap pengorbanan dan setiap halangan yang ditempuhi pasti ada hasil nanti. Insya-Allah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtehtera. Kejayaan pelajar pada hari ini adalah menjadi simbol kejayaan sistem MRSM dan pendidikan hasil kerjasama antara pentadbir, guru, sokongan ibu bapa dan pelajar sendiri. Hubungan erat pihak MRSM dengan ibu bapa juga dapat merealisasikan hasrat MRSM untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang, melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berkeperibadian mulia, berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta berdaya saing. Setiap pelajar memiliki potensi yang tersendiri. Potensi yang menjadi anugerah Allah S.W.T ini boleh dibangunkan dan dikembangkan ke tahap maksimum melalui program-program kurikulum dan kokurikulum yang disediakan oleh pihak MRSM. Melalui pengisian yang dirancang dengan teliti ini, diharapkan modal insan yang lahir daripada sistem MRSM dapat mencapai kematangannya melalui ilmu yang dihayati, diamalkan dan seterusnya dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada 125 orang graduan MRSM Tun Abdul Razak yang diraikan dalam majlis graduasi ini. Semoga segala rintangan, kekurangan, dan masalah yang ditempuh sepanjang berada di MRSM Tun Abdul Razak menjadi inspirasi untuk terus meraih kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada permulaan untuk pembentukan pelajar menjadi generasi pemimpin pada masa hadapan. Generasi muda negara kita pada hari ini amat perlu berilmu, berfikiran kreatif,berinovatif,bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada antarabangsa yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, pelajar haruslah berani meneroka, mencari dan mengkaji setiap ilmu baharu bagi memperkukuh penguasaan dalam sesuatu bidang. MRSM merupakan tapak semaian dalam menghasilkan modal insan cemerlang dan berketrampilan. MRSM telah berjaya melahirkan insan-insan yang berketerampilan, cemerlang dan berpengetahuan tinggi serta mampu bersaing menelusuri laluan berliku dalam dunia teknologi masa kini. Mudah-mudahan kejayaan yang dicapai hari ini akan terus dinikmati hasil penyuburan budaya yang positif dalam diri pelajar sepanjang mereka berada dalam sistem pendidikan MARA. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para graduan yang diraikan dalam majlis graduasi ini. Selamat menghadapi peperiksaan SPM 2022. Semoga daya usaha, kegigihan dan kesabaran dalam mengharungi dunia pembelajaran, akhirnya akan membuahkan hasil yang cemerlang, seterusnya sama-sama memainkan peranan dalam memastikan kelangsungan kemajuan negara pada masa hadapan. En Ibrahim bin Abdullah PENGETUA MRSM TAR En Mohamad bin Ismail YDP MUAFAKAT MRSM TAR ATUR CARA MAJLIS 8:40 Pagi Perarakan masuk graduan ke dalam dewan 9:00 Pagi Perarakan masuk guru-guru ke dalam dewan Perarakan masuk VVIP dan ahli senat ke dalam dewan 9:30 Pagi Majlis Graduasi bermula Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu MARA Bacaan doa Ucapan Pengetua MRSM Tun Abdul Razak Ucapan Perasmi Pengisytiharan Graduasi Penyampaian Sijil dan Anugerah Nyanyian Lagu Maktab 12:40 Tengah hari Majlis Graduasi Tamat ANUGERAH KHAS Anugerah Tokoh Pelajar Akan diumumkan pada Majlis Graduasi ke-13, MRSM Tun Abdul Razak Anugerah Sahsiah Terpuji Wan Adam Hazim Bin Wan Zalini Nur Ain Mardhiah Binti Mohd Fadly Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Muhammad Haziq Bin Hanisham Nor Aina Sufiya Bt Shahrul Amin Anugerah Akademik Tertinggi Ahmad Faris Bin Mohd Khair
MATEMATIK WAN NABIL HUSAINI BIN WAN ASRI MATEMATIK TAMBAHAN WAN NABIL HUSAINI BIN WAN ASRI BAHASA INGGERIS AMMAR SYAHMI BIN EDDY RASHDAN BAHASA MELAYU NURIN HUMAIRAH BT MOHD FAZLI PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KHAIRUL ZAFRY BIN KHAIRUL RULAM SEJARAH KHAIRUL ZAFRY BIN KHAIRUL RULAM FIZIK THISHA SREE A/P K ANBARASAN BIOLOGI WAN NABIL HUSAINI BIN WAN ASRI KIMIA KHAIRUL ZAFRY BIN KHAIRUL RULAM PENDIDIKAN MORAL THISHA SREE A/P K ANBARASAN PRINSIP PERAKAUNAN AMEERA DAMIA BINTI AMEHISAM PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN MUHAMMAD BADRUL SYAMIL BIN BADHISHAM ANUGERAH SUBJEK TERBAIK GRADUAN MRSM TUN ABDUL RAZAK TAHUN 2022