The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-folio ini bertajuk TEKNOLOGI PERUBATAN BERKAITAN PENGHASILAN VAKSIN,DIALISIS,PENDAKAP GIGI DAN LAIN-LAIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Syahid, 2023-05-10 11:28:01

E-Folio

e-folio ini bertajuk TEKNOLOGI PERUBATAN BERKAITAN PENGHASILAN VAKSIN,DIALISIS,PENDAKAP GIGI DAN LAIN-LAIN

E-FOLIO Presented by Al-Khawarizmi NAMA : 1) Mohammad Ashraf Bin Othman (35DNA22F1013) 2) Muhammad Ikmal Aliff bin Mohd Nazri (35DNA22F1010) 3) Ahmad Syahid bin Mohd Yuddin (35DNA22F1011) NAMA PENSYARAH: Ammar Badruddin Bin RomlI


ISI KANDUNGAN TAJUK PRINSIP SYARIAH MAQASID SYARIAH ETIKA ISLAM KAEDAH FIQH CADANGAN RUJUKAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.


TAJUK TEKNOLOGI PERUBATAN BERKAITAN: PENGHASILAN VAKSIN,DIALISIS,PENDAKAP GIGI DAN LAIN-LAIN


Pemberian suntikan vaksin kepada kanak-kanak merupakan satu tahap atau proses yang penting untuk pencegahan penyakit berjangkit tertentu. Ini kerana pembasmian dan pengurangan kadar penyakit cegahan vaksin dalam kalangan kanak-kanak mampu meningkatkan jangka hayat dan kualiti hidup seseorang. Dalam merungkai dilema masyarakat berkaitan pemvaksinan, selain usaha yang digembleng untuk meningkatkan kesedaran dan kadar liputan imunisasi, perlu juga ada penelitian dan pertimbangan hukum menurut kerangka maqasid syariah. Pertimbangan ini akan menentukan justifikasi ibu bapa dalam membuat pilihan sama ada menerima atau menolak vaksin. PRINSIP SYARIAH


MAQASID SYARIAH Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perubatan membawa maksud semua perkara yang bersangkutan dengan hal berubat. Dalam bidang perubatan, prinsip maqasid syariah diaplikasikan secara meluas bagi memelihara agama, nyawa, akal keturunan, dan harta. Di sini kami bawakan beberapa contoh aplikasi maqasid syariah dalam perubatan:


MAQASID SYARIAH Memelihara agama Antara tujuan utama bidang perubatan adalah untuk mencegah dan merawat pesakit supaya seluruh manusia secara amnya kekal sihat atau kembali sihat. Badan yang sihat dan kuat akan membawa kepada tertegaknya dengan sempurna ajaran-ajaran Islam serta syiarnya seperti ibadah solat, puasa, zakat, haji, kerja-kerja dakwah, berjihad dan sebagainya. Oleh itu, bidang perubatan merupakan salah satu cara tidak langsung yang boleh membawa kepada pemeliharaan agama. Memelihara akal Islam menuntut kita untuk menjaga akal kerana akal merupakan satu anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia dan telah menjadikan manusia lebih mulia berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Contohnya, Islam melarang untuk meminum arak dan perkara-perkara yang memabukkan kerana perbuatan tersebut boleh merosakkan akal.


ETIKA ISLAM Pendakap gigi dibolehkan bagi tujuan rawatan disebabkan aib pada kerosakkan selain dapat mengembalikkan fungsi gigi yang asal. Pendakap Gigi Huraian: Veneer (sarung gigi) ialah bahan lapisan buatan yang digunakan untuk dilekatkan ke atas permukaan gigi untuk memperbaiki penampilan struktur gigi dari sudut bentuk, panjang, atau lebar gigi, warna selain dapat melindungi permukaan gigi daripada kerosakan. Pendakap gigi (braces) ialah alat yang digunakan untuk meluruskan (menjajarkan) gigi, dan memperbaiki jurang gigi. Pakar Ortodontik menyatakan ia merupakan satu rawatan yang dibuat berdasarkan pengkelasan pergigian supaya susunan gigi yang dianggap tidak normal dan tidak terurus dibetulkan kepada susunan yang betul. Pendakap gigi juga membaiki kedudukan gigitan gigi di dalam sesebuah rahang. Pada asalnya perbuatan merubah anggota asal manusia tanpa keperluan (hajiyyah) adalah diharamkan oleh syarak. Hal tersebut berdasarkan hadis bahawa Nabi SAW bersabda: 1. 2. 3. 4. 5. ْلُمَغِّيَراِت َخْلَقِهَّللا ْسِن ا ُح ْل َجاِت ِل ِّل ْلُمَتَف ْلُمَتَنِّمَصاِت َوا ْلُمْسَتْوِشَماِت َوالَّناِمَصاِت َوا َواِشَماِت َوا ْل َلَعَنُهَّللا ا Maksudnya: “Allah SWT melaknat wanita-wanita yang melukis tatu dan wanita yang meminta dibuat tatu, wanita-wanita yang mencukur bulu kening dan wanita yang meminta mencukur bulu kening dan wanitawanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana ia merubah ciptaan Allah SWT".


KAEDAH FIQH Vaksin Dialisis Keadaan darurat menyebabkan diharuskan untuk melakukan perkara-perkara yang terlarang. Ini berdasarkan satu kaedah fiqh yang masyhur: ِبيُح المْحُظوَرات ُت الَّضُروَرات Maksudnya: “Keadaan-keadaan darurat itu mengharuskan perkara-perkara yang terlarang”. Rujuk al-Asybah wan Nazhoir, Ibn Nujaim (Hlm. 85) Contoh bagi kaedah ini: Vaksin yang berasal daripada bahan-bahan yang haram dibenarkan dalam perubatan jika disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil. Apabila bertembung dua mafsadah (kerosakan), maka dibenarkan untuk melakukan mafsadah (kerosakan) yang lebih ringan kesannya di antara dua kerosakan tersebut. Ini berdasarkan sebuah kaedah yang mashyur: ا َألَخّف ُيَزال ِبالَّضَر ِر الَّضَرر ا َألَشّد Maksudnya: “Kemudharatan yang lebih berat dihilangkan dengan kemudharatan yang lebih ringan” Rujuk Syarh alQawa’id al-Fiqhiyyah (hlm. 199-200). Contoh bagi kaedah ini: Seorang doktor memberikan saranan kepada pesakitnya untuk menggunakan kaedah dialisis. Ini bertujuan proses penyingkiran toksin, air dan pelarut berlebihan dari darah menggunakan mesin khas yang meggantikan peranan ginjal manusia yang tidak mampu berfungsi secara normal lagi.


CADANGAN Penghasilan Vaksin Negara kita haruslah mempunyai satu syarikat membuat vaksin yang berlandaskan agama , mengikut syariat Islam dan dibincangkan di peringkat sebelum diedarkan di klinik atau hospital supaya vaksin itu lebih diyakini untuk digunakan oleh masyarakat dalam negara kita kerana ada diantara kita yang masih tidak mempercayai vaksin atas sebab kebanyakan vaksin dibuat di negara barat dan China sebelum diimport masuk ke Malaysia. Hal ini menyebabkan ramai yang meragui kandungan vaksin yang menggunakan bahan-bahan yang haram dan tidak mengikut syarak.


3. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyadfatwa/irsyad-fatwa-umum/5101-irsyad-alfatwa-siri-ke-663-hukum-memakai-pendakapgigi-braces-dan-sarung-gigi-veneer 4.https://www.utusan.com.my/nasional/komuni ti/2022/01/hukum-pakai-pendakap-gigi-dansarung-gigi-adalah-harus/ RUJUKAN https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/a rtikel-soal-jawab/3541-bayan-linnas-siri-ke189-maqasid-syariah-dalam-perubatan https://www.ikim.gov.my/index.php/2016/10/ 31/vaksin-dan-tuntutan-maqasid-syariah/ 1. 2. 5.https://www.astroawani.com/beritamalaysia/dewan-rakyat-kkm-pantaupenghasilan-vaksin-covid19-generasi-baharukhairy-371816 6.https://ms.wikipedia.org/wiki/Dialisis 7. https://people.utm.my/norsharina/hukummelakukan-rawatan-dialisis/


Soalan Time


Click to View FlipBook Version