The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ~bint@ng~..., 2020-03-14 08:47:53

Manual Keselamatan Sekolah

Manual Keselamatan Sekolah

PERATURAN KESELAMATAN BILIK DARJAH
SEKOLAH MENENGAH TAMAN INDAH

1. Hanya pelajar kelas berkenaan sahaja boleh berada di dalam kelas
tersebut.

2. Pelajar lain yang ingin menggunakan kelas lain perlu mendapatkan
kebenaran daripada kelas tersebut.

3. Jika terdapat orang luar yang tidak berkenaan, laporkan kepada guru
tingkatan atau Pihak Sekolah dengan kadar segera.

4. Jangan berada di dalam kelas sewaktu rehat.

5. Padamkan suis lampu dan kipas apabila berada/meninggalkan kelas.

6. Jangan berlari-lari dan membuat bising di dalam kelas.

7. Pastikan tiada benda tajam atau berbahaya di dalam kelas.

8. Pastikan sampah disapu setiap hari.

9. Tidak dibenarkan makan di dalam kelas.

10.Sila pastikan bakul sampah sentiasa nosong dan pelajar
hendaklah menjalankan tugas harian agar kebersihan dan keceriaan
kelas dijaga.

11.Sekiranya berlaku sebarang keadaan kecemasan, sila keluar dari kelas
mengikut pelan tindakan keselamatan dan arah yang disediakan.

12.Pelajar bertanggungjawab memastikan semua peralatan kelas masing-
masing (penyapu, pemadam, bakul sampah dsb) berada dalam kelas
sepanjang masa.

-SMK TAMAN INDAH 2010-

PERATURAN KESELAMATAN PENGGUNAAN TANDAS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH

1. Pelajar digalakkan agar menggunakan tandas hanya pada
waktu rehat sahaja.

2. Penggunaan tandas pada waktu selain waktu rehat hendaklah
mendapat kebenaran daripada guru pada waktu tersebut
dengan menggunakan ”Pas Kebenaran Keluar”.

3. Jangan membuang tisu atau sebarang sampah ke dalam sinki
tandas.

4. Gunakan pam/’flash’ selepas menggunakan tandas

"UTAMAKAN KESELAMATAN
DAN KEBERSIHAN TANDAS
KITA"

-SMK TAMAN INDAH 2010-

PERATURAN KESELAMATAN PENGGUNAN
PERALATAN STOR PERTANIAN
SMK TAMAN INDAH

1. Sila masuk dengan kebenaran guru.
2. Rekodkan peralatan yang dipinjam/bahan yang

digunakan dalam buku rekod yang telah disediakan.
3. Berhati-hati denganperalatan yang tajam.
4. Jangan bergurau atau bermain-main di dalam stor ini.
5. Sila bersihkan peralatan yang telah digunakan.
6. Simpan semula peralatan yang telah dipinjamkan ke

tempat yang betul/asal.
7. Rekodkan tarikh pinjaman dan pemulangan peralatan.

"UTAMAKAN KESELAMATAN"
"KERJASAMA ANDA SANGAT

DIHARAPKAN"

-SMK TAMAN INDAH 2010-

PERATURAN KESELAMATAN MENGGUNAKAN
MAKMAL SAINS

SMK TAMAN INDAH

1. Kebenaran guru hendaklah diperoleh sebelum memasuki
makmal sains dan bilik persediaan.

2. Peralatan dan bahan dalam makmal sains tidak boleh di
bawa keluar tanpa kebenaran guru sains.

3. Peralatan dan bahan sains hanya boleh digunakan atas
arahan guru.

4. Semua peralatan dan bahan-bahan sains yang telah
digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal atau
seperti yang diarahkan oleh guru.

5. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas
digunakan.

6. Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan
dan kebenaran guru.

7. Peralatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan segera
kepad guru atau staf sokongan makmal tersebut.

8. Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan
segera.

-SMK TAMAN INDAH 2010-

9. Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan
perabot supaya kemas da teratur.

10. Penunu bunsen hendaklah dinayalakan dengan pemetik
api, kertas , lidi dan mancis tidak dibenarkan.

11. Sebarang benda yang masih menyala atau berbara tidak
boleh dibuang ke dalam tong sampah.

12. Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk
pepejal ke dalam sinki. Sisa-sisa bahan sains hendaklah
dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.

13. Hanya buku dan peralatan pelajar yang dibenarkan sahaja
boleh di bawa masuk ke dalam makmal sains semasa
pengajaran dan pembelajaran sains.

14. Bahan dan alat dalam kit pertolongan cemas boleh
digunakan dengan kebenaran dan pengurusan guru.

15. Pelajar dilarang bermain-main di dalam makmal sains.

-SMK TAMAN INDAH 2010-

PERATURAN PENGGUNAN BENGKEL
SMK TAMAN INDAH

1. Dilarang masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru.

2. Tinggalkan beg anda di luar bengkel.

3. Gunkan apron dan pakaian yang sesuai semasa menjalani
tugasan amali.

4. Jika memakai baju lengan panjang, butangkan cekak atau
gulung lengannya hingga ke siku.

5. Jangan bermain, bergurau atau berlari semasa berada di
bengkel.

6. Semasa penggunaan mesin mestilah di bawah pengawasan guru.

7. Dilarang sama sekali mengeremuni mesin yang sedang
digunakan oleh rakan anda.

8. Laporkan segala kecederaan atau kemalangan dan kerosakan
kepada guru dengan segera.

9. Jangan bawa keluar sebarang peralatan tanpa kebenaran guru.

10.Tutup suis lamu, kipas dan mesin sebelum keluar dari
bengkel.

11.Pastikan bengkel berada dalam keadaan bersih dan kemas
sebelum anda meninggalkannya.

-SMK TAMAN INDAH 2010-

PERATURAN PENGGUNAAN ALATAN
SMK TAMAN INDAH

1. Gunakan alatan pertukangan mengikut fungsinya dengan
betul.

2. Jika anda tidak tahu menggunakan sesuatu alatan,
bertanyalah kepada guru terlebih dahulu.

3. Jangan gunakan alatan yang tumpul kerana ia mudah
tergelincir dan boleh mengakibatkan kecederaan.

4. Jika anda mengasah sesuatu alatan, gunakan gogal untk
mengelakkan serpihan besi memasuk mata.

5. Kembalikan alatan yang telah digunakan ke tempat asalnya.
6. Laporkan segala kecederan atau kemalangan dan kerosakkan

kepada guru dengan segera.

"BERINGAT SEBELUM KENA"

TERIMAKASIH DI ATAS KERJASAMA
ANDA...

-SMK TAMAN INDAH 2010-

PERATURAN DAN KESELAMATAN STOR
PERALATAN MPV

SMK TAMAN INDAH

1. Asingkan bahan kimia dengan peralatan yang lain.
2. Susun peralatan mengikut kedudukan yang betul dan selamat.
3. Periksa dahulu peralatan sebelum digunakan.
4. Berhati-hati semasa menggunakan peralatan yang tajam dan

merbahaya.
5. Jangan bergurau dengan kawan-kawan semasa berada dalam

stor.
6. Bersihkan peralatan selepas digunakan dan disimpan di tempat

asalnya semula.
7. Beritahu guru dengan segera jika berlaku sebarang

kemalangan.
8. Pastikan stor sentiasa dalam keadaan bersig, kemas dan

teratur.

-SMK TAMAN INDAH 2010-

PERATURAN KESELAMATAN MENGGUNAKAN
BILIK SUMBER KEMANUSIAAN
SMK TAMAN INDAH

1. Semua pelajar dibenarkan menggunakan bilik dengan iringan
guru mata pelajaran masing-masing.

2. Bahan banu mengajar yang rosak seperti TV, video , radio dan
OHP perlulah dimaklumkan kepada guru bertugas.

3. Pelajar-pelajar dan guru matapelajaran diharapkan dapat
memastikan semua suis, tingkap dan pintu ditutup dengan rapi
semasa meninggalkan bilik untuk keselamatan.

4. Untuk mengelakkan sebarang risiko atau kejutan elektrik,
pastikan tangan anda kering ketika membuka atau menutup
suis.

5. Keluarkan palam jika tidak digunakan sebelum memasang atau
membuka sebarang alatan.

-SMK TAMAN INDAH 2010-

PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN
MENGGUNAKAN BILIK SUMBER PJPK DAN STOR SUKAN

SMK TAMAN INDAH

1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru
atau pengawas yang bertugas.

2. Guru-guru yang mengajar PJPK atau ketua kelas sahaja
dibenarkan mengambil peralatan di stor sukan.

3. Setiap pinjaman peralatan, si peminjam hendaklah
mencatatkan nama alatan yang dipinjam dan bilangan dibuku
rekod pinjaman di stor sukan.

4. Selepas tamat PJPK, alat-alat yang dipinjam hendaklah
dikembalikan ke tempat asal dan tandatangani pemulangan alat
dalam buku rekod pinjaman.

5. Awas! Guru-guru atau pelajar yang meminjam peralatan yang
berat dan tajam peluru, cakera atau lembing diminta berhati-
hati semasa mengambil dan memulangkan peralatan tersebut.

6. Sebarang kerosakan peralatan semasa penggunaan, sila
laporkan kepada guru atau pengawas yang bertugas. Alat-alat
yang rosak semasa penggunaan akan diganti dengan alat yang
baru.

7. Kerjasama anda sekelian mematuhi dan mengikuti peraturan
serta langkah keselamatan menggunakan stor sukan amat
dihargai.

-SMK TAMAN INDAH 2010-

PERATURAN KESELAMATAN PENGGUNAAN
PERPUSTAKAAN

SMK TAMAN INDAH

1. Pakai pakaian yang kemas.
2. Bawa masuk perlu untuk membaca/menelaah sahaja.
3. Jaga kebersihan/keceriaan dan harta perpustakaan.
4. Sila susun semula kerusi pada tempat/asalnya semula.
5. Sila letakkan buku yang telah dibaca di atas troli yang telah

disediakan.
6. Jangan membuat bising semasa berada di dalam perpustakaan.
7. Simpan majalah dan akbar di tempatnya semula.
8. Hanya 2 buah buku sahaja dibenarkan meminjam dalam

tempoh sekali pinjaman.
9. Hantar/pulangkan buku berkenaan sebelum/tamat tarikh

pinjaman.
10.Proses peminjaman buku hendaklah melalui penggunaan kad

pelajar itu sendiri.

-SMK TAMAN INDAH 2010-

RULES AND REGULATIONS OF THE SAL ROOM
SMK TAMAN INDAH

1. Leave your bags outside the room before enter.
2. A teacher must be present before you enter.
3. Do not scribbe on the tables.
4. Do not remove any chairs from their original places.
5. Put back the chairs neatly before you leave.
6. Handle all materials and equipment with care.
7. Switch all materials and equipment with care.
8. Put back whatever material you have taken in their original

places.
9. Dot not litter. Please keep the room clean.
10. Every student must observe all the rules and regulations when

using the room.

-SMK TAMAN INDAH 2010-

PERATURAN MENGGUNAKAN BILIK INKLUSIF
SMK TAMAN INDAH

1. Waktu operasi:
a) Sebelum dan selepas waktu persekolahan
b) Waktu rehat
c) Waktu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni
d) Waktu malam (pelajar lelaki sahaja)

2. Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam bilik resos.
3. Pelajar-pelajar normal(reader) sahaja diberi kebenaran

menggunakan bilik resos.
4. Pelajar –pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas semasa

berada di bilik resos.
5. Sebarang peralatan bilik resos yang hendak dikeluarkan

mestilah mendapat kebenaran daripada mana-mana guru resos
yang bertugas.
6. Orang luar ataupun waris dikehendaki mendapatkan
kebenaran terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan pelajar
resos.
7. Semua pelajar resos bertanggungjawab menjaga kebersihan
bilik resos.
8. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising semasa berada di
bilik resos.
9. Sila buang sampah ke dalam tong sampah yang telah
disediakan.
10.Segala peralatan bilik resos yang telah digunakan hendaklah
disimpan semula di tempat asal.

-SMK TAMAN INDAH 2010-

PERATURAN KESELAMATAN PENGGUNAAN
STUDIO LUKISAN KEJURUTERAAN
SMK TAMAN INDAH

1. Dilarang memasuk studio LK tanpa kebenaran guru.

2. Tanggalkan kasut dan susun kasut di atas rak dengan kemas.

3. Pelajar dilarang memasuk beg dan diminta menyusun beg
dengan kemas di luar studio LK.

4. Pelajar dilarang membawa memasuk makanan ke dalam
studio.

5. pelajar hendaklah membuat dua barisan sebelum masuk ke
dalam.

6. Pelajar tidak dibenarkan mengubah meja melukis.

7. Pelajar haruslah berkelakuan baik semasa berada dalam
studio

8. Gunakan peralatan yang diperlukan sahaja.

9. Gunakan peralatan dengan tertib dan cermat.

10.Dilarang menconteng dan merosakkan sebarang peralatan.

11.Simpan peralatan dengan kemas di dalam almari sebelum
keluar dari studio.

12.Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar sebarang
peralatan dari studio tanpa kebenaran guru.

13.Pastikan kerusi disusun dengan kemas sebelum keluar dari
studio.

14.Pastikan tingkap ditutup dan semua suis lampu dan kipas
angin ditutup sebelum keluar dari studio.

-SMK TAMAN INDAH 2010-

MANUAL/PERATURAN KESELAMATAN BILIK
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK TAMAN INDAH

1. Waktu berurusan:
- para pelajar atau individu yang ingin menggunakan bilik/unit
”Khidmat Bimbingan dan Kaunseling” perlu mengisi borang
temujanji atau berjumpa dengan Kaunselor.

2. Waktu Perkhidmatan adalah seperti berikut:
**Sesi Pagi ( Isnin – Jumaat)
8.30 pagi – 12.45 tgh.

**Sesi petang ( Isnin – Khamis)
2.30 ptg – 5.00 ptg

3. Etika di bilik kaunseling:
-setiap pelajar atau individu yang mengunjungi bilik kaunseling
seharusnya memelihara tingkah laku dan menjaga keharmonian bilik
kaunseling.
-para pelajar tidak dibenarkan melepak dan membuat bising ketika
mengunjungi bilik ini pada waktu rehat/waktu kelas.

4. Penggunaan peralatan atau bahan pembelajaran:
-penggunaan peralatan serta bahan pembelajaran perlu didahului
dengan kebenaran kaunselor.
-sila pastikan penggunaan peralatan tidak akan menyebabkan
kerosakan dan dijaga dengan baik.

5. Kebersihan:
-para pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di dalam
bilik ini.
-aspek kebersihan harus dijaga dari semasa ke semasa.

-SMK TAMAN INDAH 2010-

PERATURAN MENGGUNAKAN BILIK BOSS
SMK TAMAN INDAH

1. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik Boss jika tiada urusan.
2. Pelajar hanya dibenarkan masuk untuk mengambil buku

pinjaman dengan ditemani oleh guru SPBT.
3. Buku-buku pinjaman hendaklah diletakkan di bilik stor yang

selamat da berkunci.
4. Memastikan bilik Boss sentiasa bersih dan kemas.
5. Menyediakan rak buku yang dibuat daripada logam agar

terhindar daripada serangga perosak anai-anai, tikus dan lipas.
6. Gunakan racun perosak atau perangkap dan sistem ventilasi

mestilah baik.
7. Menyediakan alat pemadam api yang berfungsi.
8. Bilik Boss hendaklah ditempat berhampiran punca air agar

tindakan mudah diambil jika berlaku kebakaran.
9. Sentiasa memeriksa sistem pendawaian elektrik.

-SMK TAMAN INDAH 2010-


Click to View FlipBook Version