The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasihahsalihin17, 2022-11-29 02:35:34

E-FOLIO GROUP 4

E-FOLIO GROUP 4

Sirah Khulafa ar-
Rasyidin:

Abu Bakar as-S
iddiq, Umar al-
Khattab, Usman bin Affan, Ali

bin Abi Talib

ISI KANDUNGAN

ahli kumpulan ...... 3-4



pengenalan ...... 5-6



ABU BAKAR AS-SIDDIQ ...... 7-8



UMAR AL-KHATTAB ...... 9



USMAN BIN AFFAN ...... 10-11

ALI BIN ABI TALIB ...... 12



puisi/teka silang kata ......
13-14



KESIMPULAN ...... 15



Rujukan ...... 16



carta gantt ...... 17

RUANG EDITOR

Pensyarah

Puan Rahimah binti Halim

Ketua Editor

SITI NURFARAHANA BINTI
MOHAMMAD SHARIFF
F2032

Editor 1

WAN NASIHAH SALIHIN BINTI
WAN MUSTAPHA
F2028

Editor 2

NUR IMAN FARZANA BINTI
TAJUL SHAHRIL
F2073

Artikel

ZAINAB BINTI ZAINAL
F2004

Grafik

NURUL SYAMIMI BINTI
MOHD SAM
F2060

~ PENGENALAN ~

Khulafa' ar-Rasyidin ialah gelaran yang
diberikan kepada empat orang khalifah
selepas kewafatan Rasulullah SAW. Empat
orang khalifah tersebut ialah Abu Bakar as-
Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan
dan Ali bin Talib. Mereka digelar Khulafa' ar-
Rasyidin kerana memerintah mengikut cara
Nabi Muhammad SAW dalam setiap aspek
pemerintahan. Mereka telah memerintah
selama 29 tahun bermula tahun 11 Hijrah
iaitu pada 632 Masihi sehingga 40 Hijrah iaitu
pada 661 Masihi. Setiap khalifah mempunyai
keperibadian dan cara pelantikan yang
berbeza sebagai seorang khalifah. Mereka
dikenali dalam golongan Sunni sebagai
Rasyidun yang bermaksud "khalifah-khalifah
yang mendapat petunjuk." Istilah ini tidak
digunakan oleh golongan syiah kerana
mereka menganggap tiga khalifah pertama
sebagai tidak sah. Sistem syura iaitu
perbincangan para sahabat menjadi salah
satu daripada tonggak kerajaan sebelum
melaksanakan sesuatu keputusan.

Era pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin
dibahagikan kepada perkembangan
mendadak dalam tempoh 25 tahun dan 5
tahun konflik dalaman. Tentera Rasyidin
sewaktu kemuncak kerajaan mempunyai
lebih daripada 100,000 orang. Menjelang
tahun 650-an, khalifah telah merangkumi
Semenanjung Tanah Arab, Syam,
Transcaucasus di Utara, Afrika Utara dari

Mesir ke Tunisia di barat dan kawasan

plateau Iran ke Asia Tengah dan Asia Selatan
di Timur. Tamadun Islam pada zaman
Khulafa' ar-Rasyidin
banyak memberikan

sumbangan besar di dalam perkembangan
Islam di seluruh dunia dan menjaga
kehormatan serta keagungan agama Islam di
mata dunia. Tamadun Islam pada zaman
Khulafa' ar-Rasyidin sememangnya amat
digeruni tamadun-tamadun lain kerana
kekuatan dan keteguhan syiar Islam waktu
itu. Zaman Khulafa' ar-Rasyidin berkembang
dengan cara dan sumbangan yang berbeza
daripada setiap khalifah yang memerintah
pada masa tertentu. Corak kepimpinan dan
pentadbiran yang digunapakai sangat adil
kepada semua kaum pada zaman itu dan
rakyat dapat hidup dengan aman dan
tenteram.

ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Nama sebenar Saidina Abu Bakar ialah Abdullah
bin Abu Quhafah. Beliau dilahirkan 2 tahun
selepas kelahiran Rasulullah SAW dan
berketurunan Bani Tamim/Taim. Sebelum
memeluk Islam, beliau merupakan saudagar yang
kaya dan selepas memeluk Islam, beliau
menggunakan harta beliau untuk kepentingan
Islam. Melalui pengorbanannya, beberapa orang
sahabat telah berjaya diislamkan termasuklah
Uthman bin Affan, Zubair bin al-Awwan, Abdul
Rahman bin Auf dan ramai lagi. Beliau
merupakan sahabat yang paling rapat dengan
Baginda Rasulullah SAW. Semasa Nabi
Muhammad SAW berhijrah dari Mekah Ke
Madinah pada tahun 622, hanya Abu Bakar as-
Siddiq sahaja yang menemani Rasulullah SAW.
Baginda Rasulullah SAW mengahwini puteri Abu
Bakar as-Siddiq iaitu Saidatina Aishah tidak lama
selepas penghijrahan ke Madinah. Selain pernah
menjadi kaya, Abu Bakar as-Siddiq dikenangi
kerana jasanya membebaskan beberapa hamba
yang beragama Islam daripada tuan mereka yang
kafir termasuklah Bilal bin Rabbah. Abu Bakar as-
Siddiq merupakan salah seorang Muslim yang
pertama memeluk Islam. Beliau mendapat
gelaran as-Siddiq kerana membenarkan setiap
perkataan dan perbuatan Rasulullah SAW.

Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini
adalah apabila berlakunya peristiwa Isra'
dan Mikraj yang dialami Rasulullah SAW.
Pada saat ada dalam kalangan sahabat dan
orang ramai meragukan Rasulullah SAW
malah mengatakan Baginda berdusta,
Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama
yang mempercayai peristiwa tersebut
dengan penuh keyakinan. Semasa Rasulullah
SAW sedang sakit tenat, Baginda
mengarahkan Saidina Abu Bakar supaya
mengimamkan solat orang Islam. Selepas
kewafatan Nabi Muhammad SAW, satu
majlis Syura' diadakan untuk melantik
seorang khalifah bagi memimpin umat Islam.
Majlis itu dihadiri oleh golongan Muhajirin
dan Ansar. Saidina Abu Bakar telah dilantik
menjadi khalifah pertama bagi umat Islam
melalui majlis tersebut. Perlantikan Saidina
Abu Bakar sebagai khalifah telah mendapat
tentangan daripada orang-orang yang ingin
melantik Saidina Ali bin Abi Talib sebagai
khalifah kerana Saidina Ali merupakan
menantu dan sepupu Rasulullah SAW.
Tentangan yang berlaku itu tamat selepas
Saidina Ali membaiahkan Saidina Abu Bakar.

Umar Al-Khattab

Biodata Saidina Umar Al-Khattab

Nama : Umar bin Al-Khattab Bin Nufail bin Abdul Uzza
Tempat Lahir: Mekkah al-Mukarramah
Tahun Lahir : 584 Masihi, 13 tahun selepas Kelahiran Rasulullah SAW
Keturunan : Bani Adi, Quraisy
Gelaran : Al-Faruq (pemisah antara hak dengan batil)
Jawatan : Khalifah kedua daripada Khulafa ar-Rasyidin
Tarikh Menjadi Khalifah : Selasa, 22 Jamadilakhir 13 Hijrah, bersamaan
23 Ogos 634 Masihi
Tempoh Pemerintahan : 10 tahun 6 tahun
Tarikh Wafat : Bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun
Sebab Kewafatan : Ditikam oleh Abu Luklu’ah Fairuz Al-Farisi (hamba
kepada Al-Mughirah bin Syukbah)
Makam : Di sisi Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Saidina Umar Pahlawan Berani

Beliau seorang yang berani dan diberi kepercayaan oleh orang jahlilyah untuk
menentang dakwah Rasullah SAW. Ketika berusia 33 tahun beliau mendapat
hidayah Islam. Ia berani mengisytiharkan keislaman beliau kepada masyarakat
Arab tanpa rasa takut. Keberanian beliau ketara apabila mencabar sesiapa
yang berani menghalangnya daripada berhijrah ke Madinah secara terbuka.
Keberanian beliau juga memberi inspirasi kepada umat Islam berjihad
memartabatkan agama.Di samping itu, ia menjadi perangsang kepada umat
Islam untuk terus berjuang mempertahankan Islam dan umatnya daripada
kemunduran dan kemiskinan.

Sumbangan Umar Al-Khattab

Sumbangan umar al-Khattab beliau telah membentuk Majlis Syura iaitu lembaga atau majlis perundangan negara yang tertinggi
telah ditubuhkan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab. Antara tanggungjawab majlis tersebutadalah menentukan polisi negara
yang berkaitan dengan hubungan luar danpemerintahan negara. Majlis Syura juga membincangkan masalah tentang politik,
sosial dan keselamatan. Ia juga menegaskan al-Diwan. Al-Diwan ialah daftar atau buku catatan.Diwujudkan untuk mencatatkan
nama-namatentera dan keluarga mereka serta jumlah sara hidup masing-masing.Bayaran sarahidup dibuat berdasarkan jasa
seseorang terhadap Islam, terutama semasa proses peluasan wilayah. Memperbaharui Taraf dan Kedudukan Golongan Hamba-
Dalam hal-hal tertentu, taraf golongan hamba akan disama hamba akan disamakan dengan tuannya. Bagimenjaga kepentingan
sosial, iaitu taraf dan kedudukan golongan hamba dalam masyarakat, satu perubahan telah diadakan. Hamba tidak boleh
ditindas manakalahamba yang mempunyai keluarga dilarang daripada dipisah-pisahkan. Selain itu, Penubuhan Baitulmal. Beliau
menubuhkan baitulmal kerajaan.Buku kira-kira juga disediakan kewangannegara.- Sumber-sumber kewangan negara
menguruskan harta untuk mengetahui jumlah ialah zakat, ghanimah dan jizyah. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh
khalifah Umar Al Khattab sepanjangpemerintahannya selama 10 tahun. Kejayaan yang dicapai oleh Khalifah umar al
Khattab ekoran kewujudan iklim politik yang stabil, terutamanya musuh musuhkerajaan islam seperti Rom dan Parsi telah
berjaya dilemahkan disamping sokongan rakyat termasuk dalam kalangan bukan islam disebabkan keadilan dan prinsip terbuka
dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Utsman bin 'Affan

Utsman bin Affan bin Abi Al-Ash bin

Umayyah bin Abdu Syams bin Abdu


Manaf bin Qushay bin Kilab.

'Utsman bin 'Affan (bahasa Arab: ‫عثمان بن‬
‫عفان‬,‎ 579 – 17 Juni 656 M/12 Dzulhijjah 35
H)[5] adalah khalifah ketiga yang berkuasa
pada tahun 644 sampai 656 dan merupakan

Khulafaur Rasyidin dengan masa
kekuasaan terlama. Sama seperti dua
pendahulunya, 'Utsman termasuk salah
satu sahabat utama
Nabi Muhammad.
Pernikahannya berturut-turut dengan dua
putri Nabi Muhammad dan Khadijah
membuatnya mendapat julukan Dzun

Nurrain (pemilik dua cahaya).

Utsman bin Affan adalah sahabat nabi dan
juga khalifah ketiga dalam Khulafaur

Rasyidin. Beliau dikenal sebagai pedagang
yang kaya raya dan handal dalam bidang
ekonomi namun sangat dermawan. Banyak
bantuan ekonomi yang diberikannya kepada

umat Islam di a
wal dakwah Islam. Ia

mendapat julukan Dzun Nurain yang berarti
yang memiliki dua cahaya. Julukan ini
didapat karena Utsman telah menikahi

puteri kedua dan ketiga dari Rasullah ‫ﷺ‬
yaitu Ruqayyah dan Ummu Kultsum.

Utsman bin Affan lahir pada 574
Masehi dari golongan Bani

Umayyah. Nama ibunya adalah
Arwa binti Kuriz bin Rabiah. ia
masuk Islam atas ajakan Abu
Bakar dan termasuk golongan

As-Sabiqun al-Awwalun
(golongan yang pertama-tama

masuk Islam). Rasulullah ‫ﷺ‬
sendiri menggambarkan Utsman
bin Affan sebagai pribadi yang

paling jujur dan rendah hati di
antara kaum muslimin.

Ia adalah khalifah kali pertama yang

melakukan perluasan Masjid al-Haram

kaMreenkakashemdaankiMn arasjmitd
aNi uambaawt iIsMlaamdinyaahn
g

menjalankan rukun Islam kelima (haji).

Pada masa jahiliyyah ia disebut dengan nama

panggilan Abu Amr. Setelah masa Islam, ia lebih

sering dipanggil Abu Abdullah, yang diambil dari


nama putranya dari Ruqayyah. Ada pula yang

menyebutkan , pada masa jahiliyyah Utsman

sering dipanggil Abu Layla, karena kelembutan


dan keramahannya kepada sesama.
Julukannya yang paling terkenal adalah

Dzunnurain—Sang Pemilik Dua Cahaya. Itulah

julukan yang paling disukainya. Julukan itu

diberikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Ia mendapat julukan itu karena keutamaannya

menikah dengan dua putri nabi, Ruqayyah dan


Ummu Kultsum.

Ali bin Abi
Thalib

Biodata Saidina Ali

Nama lengkap beliau adalah Ali bin Abi Talib bin Abdul
Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf. Ibunya bernama Fatimah
binti As’ad bin Hasyim bin Abdi Manaf.
Beliau dilahirkan di kota Mekah dan tempatnya di dalam Ka’bah
pada tahun 601 Masihi iaitu 10 tahun sebelum kenabian.

Masuknya Saidina Ali ke
dalam Islam

Beliau memeluk agama Islam pada saat
beliau masih di usia kanak-kanak lagi, iaitu
pada umur 6 tahun. Beliau merupakan
orang ke-2 yang memeluk agama islam
selepas keislamannya Khadijah binti
Khuwailid iaiatu istri pertama Rasulullah
SAW dan beliau juga merupakan kanak-
kanak pertama yang memeluk agama Islam.

Sumbangan Saidina Ali

Saidina Ali bin Ali Talib merupakan khalifah terakhir dalam
pemerintahan KhulafaAr-Rasyidin.Beliau terpaksa mengubah
corak pemerintahan yang dilakukanoleh khalifah-khalifah
sebelumnya. Antara perubahan itu adalah pemecatan
gabenor-gabenor yang dilantik oleh Saidina Uthman.

PUISI TENTANG KHALIFAH UMAR AL-
KHATT
AB

Dialah seorang sahabat Nabi
sebelum Islam,

menentang Nabi kuat sekali
menjadi seorang yang disegani.



Dialah Al-Faruq
pemisah antara hak dan batil
demi Islam yang agung.



Dialah seorang khalifah
kehidupannya sangatlah sederhana
rela berkorban demi rakyatnya.



Dialah Amirul Mukminin

memerintah dengan adil
dengan ketegasan yang menyedarkan…..



Dialah seorang penakluk
Yang banyak menguasai wilayah
demi Islam yang suci…..



Dialah Umar Al-Khattab
dialah Khulafa Ar-Rasyidin kedua
dialah pemimpin berjiwa hamba…..

TEKA SILANG KATA

MELINTANG MENEGAK
1.Siapakah khalifah Ar- 8.Siapakah kanak-kanak

Rasyidin yang pertama? pertama yang memeluk

5.Saidina ...... telah memeluk
Islam melalui Saidina Abu Islam?
2.Apakah gelaran bagi khalifah

Bakar.
4.Siapakah wanita pertama yang ketiga?
9.Saidina Ali berketurunan

yang memeluk Islam?
10.Apakah yang Bani
?
dimaksudkan dengan Allah
memuliakan wajahnya 7.Saidina Uthman pernah

membeli perigi .... untuk

kerana beliau tidak pernah kegunaan orang ramai.
menyembah berhala? 3.Siapakah yang membunuh


11.Siapakah puteri Saidina khalifah yang kedua?
Abu Bakar yang berkahwin

dengan Rasulullah SAW.
6.Siapakah yang telah
menubuhkan baitulmal

ketika pemerintahannya?

Kesimpulan

Selepas pemerintahan khulafa' al-

rasyidin, sistem pemerintahan islam

telah bertukar daripada sistem syura


kepada sistem warisan, namun

begitu,sistem berkhalifah masih kekal

hingga ke zaman Turki Uthmaniyyah.


Antara kerajaan yang memerintah

zaman itu ialah kerajaan Bani


Umaiyah,kerajaan Abbasiyah,kerajaan

Turki uthmaniyaht dan diikuti oleh

kerajaan islam di India, China dan

Nusantara.

Banyak permasalahan yang berlaku dalam

pemerintahan keempat-empat khalifah

akibat sikap perebutan kuasa dikalangan

masyarakat.
Pemerintahan khulafa tersebut telah

banyak memberi sumbangan kepada

tamadun islam serta meluaskan wilayah

islam.

RUJUKAN



https://ms.wikipedia.org/wi

ki/Abu_Bakar_as-Siddiq



https://www.slideshare.ne

t/realkamy/saidina-umar-


al-khattab
-58238262



https://www.studocu.com/

my/document/universiti-


malaya/malaysian-

history-1800-


1941/sumbangan-khalifah-

umar-al-khattab/10858759

PROJEK E-FOLIO

Carta Perbatuan

Pengurus
an Masa

TUGAS/
SELASA KHAMIS AHAD ISNIN SELASA
PROSES 24/11
22/11 27/11 28/11 29/11
agihan
soalan

mengkaji
soalan

agihan
tugasan

mengumpul
info

menggabungkan
info

penghasilan
e-folio

penyerahan
tugasan

~TAMAT~


Click to View FlipBook Version