The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nysaazizi, 2022-05-18 10:35:30

MPU23072

MPU23072

MPU23072

PERANAN KAEDAH FIQH DALAM PELANCONGAN DAN
HOSPITALITI

E-MAJALAH

NAMA PENSYARAH : PUAN. DINA BT ABDUL KHALIK

AHLI KUMPULAN

NADHIRAH UZMA BT MOHD NUR ADIBAH SYAHIRAH BT KHAIRUNNISA BT MOHAMAD QATRUL NAJJA BT
HUSSIN ZULKEFLI HAZIZI AZIZAN

26DRT21F1002 26DRT21F1020 26DRT21F1003 26DRT21F1006

PENGENALAN FIQH

Syariat islam ialah penutup segala syariat
yang diturunkan oleh allah SWT bersifat
syumul, mudah serta sesuai diamalkan
sepanjang masa dan tempat. Antara ciri
kesyumulan ajaran ini ialah ia mampu
menyelesaikan pelbagai persoalan yang
timbul dan dihadapi oleh manusia
berdasarkan pelbagai pendekatan dan
kaedah yang ditetapkan oleh syarak.
Salah satu pendekatan yang digunakan
oleh ulama silam dalam menyelesaikan
persoalan yang berlaku ialah dengan
menggunakan pendekatan kaedah fiqh.

PENGERTIAN FIQH

Menurut ensiklopedia fiqh, pengertian fiqh menurut
bahasa ialah mengetahui sesuatu dan memahami
tentangnya. Kebiasaannya perkataan fiqh digunakan
untuk ilmu-ilmu keagamaan kerana kemuliaan ilmu itu.
Manakala menurut Muhammad Mustafa Shalabi, al-
quran menggunakan perkataan fiqh untuk memahami
sesuatu perkara dengan mendalam. Bukan itu sahaja,
pengertian fiqh dapat ditafsirkan melalui istilah juga.
Menurut al-Zarkhasi, pengertian fiqh menurut istilah
ialah mengetahui hukum hukum syarak yang
berbentuk praktikal yang diambil daripada dalil dalil
yang terperinci.Menurut al-Amidi pula,fiqh bermaksud
ilmu yang terhasil secara jumlahnya daripada hukum
hukum syarak yang far'i dengan cara memerhati dan
menggunakan dalil. Secara kesimpulannya,yang
dimaksudkan dengan fiqh ialah mengetahui hukum
hukum syarak yang berbentuk amalan seperti
ibadat,perkahwinan,penceraian dan lain lain
berdasarkan dalil dalil yang terperinci sama ada al-
quran atau al-sunnah.

PENGERTIAN KAEDAH FIQH

Menurut bahasa, perkataan 'kaedah' merupakan jamak
bagi perkataan qawaid. Ia membawa beberapa maksud
seperti asa, dasar atau pun asal. Perkataan qawaid dari
sudut bahasa mempunyai beberapa sandaran daripada
al-Quran antaranya : Firman Allah SWT : Maksudnya : Dan
(ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail
meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (kaabah)
itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata : Wahai
Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami). (surah
al-baqarah : 127). Menurut istilah pula, terdapat pelbagai
pengertian kaedah fiqh yang diberikan oleh ulama
antaranya Al-Jurjani, Dr Mahmud Ismail, Ibn al-Subki dan
Al-Hamawi. Pengertian kaedah fiqh menurut Al-Jurjani
ialah persoalan umum yang boleh diaplikasikan ke atas
kesemua cabang.Manakala,menurut DrMahmud Ismail
membawa maksud hukum fiqh yang berbentuk umum
yang dapat diketahui hukum darinya bagi persoalan-
persoalan cabang dari pelbagai bab.Selain itu, menurut
Ibn al-Subki,pengertian kaedah fiqh ialah sesuatu yang
kulli (keseluruhan) yang boleh diaplikasikan kepada juzuk
juzuk yang banyak,serta serta dapat difahami hukum
darinya. Akhir sekali, menurut Al-Hamawi ialah hukum
akhtari dan bukan kulli (keseluruhan) yang boleh
diaplikasikan kepada kebanyakan juzuk-juzuk, untuk
mengetahui hukum daripadanya.

PERANAN KAEDAH FIQH DALAM
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

Dalam bidang pelancongan dan hospitaliti, terdapat beberapa
peranan kaedah fiqh yang dapat kita ketahui.Antaranya ialah
dapat membentuk gambaran umum tentang fiqh.Pengajian kitab
fiqh di Malayasia untuk masyarakat awam kebanyakannya tidak
sempat untuk diselesaikan.Jadi dengan adanya pengajian kaedah
fiqh ini, akan membuka membuka peluang kepada masyarakat
awam untuk mendapat gambaran umum tentang topik yang
terkandung dalam ilmu fiqh.Seterusnya,dapat memudahkan
individu memahami hukum.Ilmu kaedah fiqh merupakan salah
satu pendekatan dalam memahami hukum.Ilmu kaedah fiqh
merupakan salah satu pendekatan dalam memahami hukum
syarak dalam pelbagai bidang sama ada ibadat,muamalat,jenayah
pentadbiran dan lain persoalan termasuklah pelancongan dan
hospitaliti.Selain itu, memandu setiap usrusan supaya mencapai
maqasid syariah.Contohnya,undang-undang yang digubal oleh
pemerintah dalam apa jua bidang hendaklah tidak bertentangan
dengan hukum syarak.Justeru dalam menggubal undang-undang
tersebut,al Quran dan al-sunnah dan juga kaedah-kaedah yang
berdasarkan kepada sumber tersebut tidak diabaikan agar ianya
tidak bertentangan dengan maqasid (tujuan) syarak.Dalam pada
itu,kaedah fiqh dapat memainkan peranan untuk dijadikan
sumber hujah dalam menangani isu-isu yang
terbaru.Misalnya,banyak persoalan yang timbuk di kalangan
masyarakat memerlukan jawapan dan penyelesaian darpada
cendiakawan islam.Dengan menguasai ilmu ini ianya mampu
untuk menyelesaikan persoalan tersebut.Akhir sekali, syariat islam
sesuai diamalkan kerana sesuai dengn kedududkannya sebagai
penutup segala syariat maka ianya sesuai diamalkan sepanjang
zaman dan masa.

PERANAN PENGERTIAN FIQH DALAM
BIDANG PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

Memudahkan pemahaman terhadap hukum yang digunakan
dalam bidang pelancongan dan hospitaliti. Dengan adanya,
ilmu kaedah Fiqh, umat islam dapat memahami hukum yang
digunakan terhadap sesuatu perkara tanpa membabi buta.
Penentangan dan pertikaian terhadap hukum yang lahir tidak
akan timbul apabila masyarakat islam memahami bahawa
keselamatan akidah, nayawa , keturunan , akal dan harta
adalah maqasid yang perlu dijaga. Contohnya, percampuran
antara lelaki dan perempuan dikolam perlu diasingkan demi
menjaga maruah manusia, terutamanya kaum wanita. Sebagai
contohnya, sumber alam digunakan untuk menghasilkan
produk yang mampu menjadi tarikan pelancong seperti
perabot serta melakukan pelbagai serta melakukan pelbagai
usaha ke arah menjaga kebersihan dan kesejahteraan alam
seperti aktiviti riadah , penanaman semula pokok dan lain-lain
lagi.Sebagai pendorong kepada umat islam untuk
membangunkan industri pelancingan dan hospitaliti dalam
islam bukanlah agama yang sempit dan sukar, malahan islam
agama yang realistik. Dengan memahami ilmu kaedah Fiqh ,
daya kreativiti umat islam dapat dipupuk, khususnya dalam
menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan
dan hospitaliti berlandaskan kepada pendekatan dan prinsip
yang diredai oleh Allah S.W.T.

SUMBER KAEDAH FIQH

Terdapat tiga sumber kaedah fiqh yang perlu diketahui:
Antaranya ialah al-Quran . AL-QUran merupakan
sumber hukum utama dlaam islam yag sesuai
dipraktikkan untuk semua zaman dan masa. Para ulama
menjadi al-Quran sebagai panduan dalam melakukan
ijtihad untuk mengeluarakan kaedah-kaedah fiqh
daripada isi kandungan.

2. Sumber kaedah fiqh yang seterusnya ialah al-Hadis.
Allah menganugerahkan Rasullulah dengan
keistimewaan ' jawami al kalim' yang bermaksud ucapan
yang ringkas tetapi mempunyai makna yang mendalam.
Banyak hadis Baginda yang mengandungi lafaz-lafaz
hadis yang dijadikan sebagai lafaz kepada kaedah-
kaedah fiqh. Antara lafaz hadis yang dijadikan sebagai
lafaz kaedah antaranya al-din, al-nasihah, al-muslimun
a'la syurutihin dan lain-lain lagi.

3.Sumber kaedah fiqh yang terakhir pula ialah Athsar
sahabat (pendapat sahabat).Para sahabat merupakan
insan yang bertuah kerana dapat hidup dan menimba
ilmu secara langsung daripada Rasulullah SAW dalam
memahami nas-nas syarak semasa menerangkan
falsafah Syariat Islamiah.Lantaran itu,banyak kaedah
kaedah fiqh yang boleh dijadikan panduan dalam
mengeluarkan hukum.

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Secara umumnya ulama telah membahagikan
kaedah fiqh kepada dua bahagian utama iaitu
Al-Kuliyyah Al-Kubra dan Keadah Fiqh Al-
Sughra. Al-Kuliyyah Al-Kubra merupakan
kaedah yang disepakati yang merangkumi 5
kaedah. Manakala Kaedah Fiqh Al-Sughra
merupakan himpunan sejumlah besar
kaedah-kaedah fiqh yang skop aplikasinya
lebuh kecil berbanding kaedah fiqh al-kuliyyah
al-kubra.

KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG
BERTETAPAN DENGAN BIDANG PELANCONGAN

DAN HOSPITALITI

Unit ini akan membincangkan secara ringkas 5
kaedah Kuliyyah Al-Kubra yang merupakan
kaedah asa dalam ilmu kaedah fiqh.
Perbahasaan ini akan merangkumi makna
kaedah serta dalil-dalilnya . 5 Keadah Al-
Kuliyyah Al-Kubra antaranya segala urusan
berdasarkan niat, keyakinan tidak hilang dengan
keraguan, kesukaran menjadi sebab kepada
kemudahan dan keringanan, kemudaratan
hendaklah dihilangkan dan adat sebagai
sumber hukum.

A. Keadah yang pertama ialah urusan berdasarkan niat. Maksud

kaedah ini ialah penilaian terhadap perbutan mabnusia smaa ada

baik atau buruk berbentuk perkataan atau perbutan penentuan

dosa atau pahala berdasarkan niat orang yang melakukan sesuatu

amalan baik seperti menziarahi ornag sakit tetapi tidak dapat

ditunaikan keran suatu halangan ianya tetap diberikan ganjaran

oleh Allah S.W.T. Ganjaran juga akan diberikan kepada orang yang

meninggalkan perbuatan yang dilarang seperti berzina, minum

arak kerana takutkan Allah S.W.T.Sebaliknya seseorang yang

meninggalkan sesutau larangan seperti melakukan perbuautan

tersebut dia tidak akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah. Dalil

dan sandaran kaedah ini berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Menurutkan sandaran Al-Quran, Allah S.W.T berfiman:

Maksudnya : Sesipa yang menghendaki (dengan amal usahanya)
mendapat faedah di akhirat kami akan memberinya mendapat tambahan
pada faedah yang dikehendakinya; dan sesipa yang menghendakinya
(dengan amal usahanya ) kebaikan di dunia semata-mata , Kami beri
kepadanya dari kebaikan dunia itu ( sekadar yang Kami tentukan ) , dan
ia tidak beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.(Surah al-
Syuura:20)
Menurut sandaran al-sunnah pula ,
Daripada Umar Ibn al-Khattab : Rasulullah telah bersabda :
Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat, dan hanyasanya individu
itu berdasarkankepada niat, sesipa yang berhijrah keran dunia , maka dia
akan memperolehinya atau kerana perempuan maka perempuan itu akan
dinikahinya, maka hijrah seseorang itu berdasarkan niat tersebut.

Secara kesimpulanya , ayat al-Quran dan hadis di atas menjelaskan
tentang kepentingan niat dalam melakukan sesuatu amalan
dikalangan manusia. Oleh itu , setiap perbuatan baik dan terpuji
yang dilakukan oleh seseorang hendaklah disertai dengan niat ikhlas
kerana Allah S.W.T agar ianya diberikan ganjaran yang setimpal oleh
Allah S.W.T.

B. Kaedah yang kedua ialah keyakinan tidak
hilang dengan keraguan. Maksud kaedah ini
ialah suatu perkara yang telah diyakini
ketepatan atau hukumnya. Justeru, sebarang
keraguan yang timbul untuk mengubah
ketepatan tersebut tidak boleh diambil
kira.Dengan perkataan lain hukum yang telah
tetap tidak akan berubah semata -mata
dengan adanya keraguan tersebut.
Contohnya , seseorang yang syak tentang
pakaian yang dipakainya sama ada bersih
atau sebaliknya. Syak tersebut tidak
mengubah status pakaian tersebut dalam
keadaan bersih. Kaedah ini juga berdasarkan
dalil dan sandaran daripada al-Quran dan al-
sunnah.

C. Kaedah yang ketiga ialah kesukaran
menjadi sebab kepada kemudahan dan
keringanan. Maksud kaedah ini ialah
apabila berlaku sesuatu kesulitan dan
kesukaran dalam melaksanakan kewajipan
yang diperintahkan oleh Allah SWT , maka
islam memberi jalan keluar untuk
mengatasi kesulitan yang dihadapi. Jalan
tersebut adalah memberi beberapa
kelonggaran dalam melaksanakan
kewajipan tertentu. Cntohnya orang yang
sakkit dibenarkan untuk solat dalam
keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia
boleh berbaring, Keadah ini menggunakan
sandaran al-Quran dan al-sunnah.

D. Kaedah yang keempat ialah mudarat
mesti dihilangkan. Maksudnya kaedah ini
ialah suatu perbuatan yang boleh
mendatangkan kemudaratan kepada
mana-mana pihak hendaklah dielakan.
Begitu juga apabila berlaku mudarat ke
atas seseorang ,maka islam memberi
jalan keluar dan keizinan kepadanya
untuk menghilangkan mudarat yang
menimpanya tersebut dengan syarat
ianya tidak memudaratkan pihak lain.

E. Keadah yang terakhir ialah adat sebagai
sumber hukum. Maksud kaedah ini
sesuatu menjadi amaln kebiasaan orang
atau sebahagian daripada mereka.
Kaedah yang keempat ini juga
menggunakan dalil dan sandaran
daripada al-Quran dan al-sunnah .
meniurut sandaran al-Quran ,
Maksudnya : Terimalah apa yang mudah
engkau lakukan, dan suruhlah dengan
perkara yang baik , serta berpalinglah (
jangan dihiraukan ) orang-orang yang jahil
(yang degil dengan kejahilannya).

KESIMPULAN

Kesimpualnya , agama islam adalah agama yang
mudah. Islam memudahkan perkara yang kita
telah anggap sebagai beban. Islam merupakan
agama yang lengkap dan mencukupi dalam
semua aspek kehidupan kita. Ia bermula dari diri
kita sendir , keluarga , negara seterusnya ke
peringat antarabangsa. Islam juga menekankan
persoalan rohani dan jasmani secara seimbang.
Pelancong islam dapat dijalankan dengan
sempurna jika konsep fiqh dihayati dengan
mendalam. Kebolehan memnuhi keinginan
pelancong dari segi keperluan kerohanian seperti
kemudahan patut syariah atau kemudahan
keperluan solat . Untuk tujuan penambahbaikan
konsep pelancongan dan hospitaliti dalam islam,
dengan itu perkara ini memerlukan konsep nilai-
nilai murni atau seperti sopan santun atau
berbudi bahasa . Oleh itu kaedah fiqh telah
membuktikan kepada kita bahawa islam ini
memudajkan urusan orang lain.

SEKIAN TERIMA KASIH !


Click to View FlipBook Version