The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafizatun Hana, 2024-04-16 08:59:00

Buku Log PPIM

Buku Log PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN BUKU LOG Disediakan oleh: HAFIZATUN HANA BINTI AHMAD SHUKOR PENDIDIKAN ISLAM 2 PISMP JUN 2021/2026 MPU3461a KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM


BIODATA DIRI Hafizatun Hana Bt Ahmad Shukor PPIM Pendidikan Islam 2 Angka Giliran: 2021182340318 Jawatan: AJK Keceriaan


PENGENALAN& SEJARAH PPIM1


Falsafah PPIM PPIM adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah di Institut Pengajian Tinggi, Maktabmaktab perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai KoKurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan Negara selaras dengan ajaran Islam. 2


Matlamat PPIM Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut : Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteriputeri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. 1. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri. 2. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti. 3. 4.Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. 5. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat. 6. 3


Objektif PPIM Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan : 2.1 Melahirkan pemimpin yang cekap, berketerampilan, berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T., Rasulullah S.A.W dan pemerintah serta cintakan negara. Menguasai berbagai bidang ilmu. Berakhlak mulia. Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat. 2.2 Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan berketerampilan. 2.3 Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. 2.4 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat. 2.5 Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru 4


LOGO PPIM Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau, diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam linkungan bertulis ‘PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA’. Di tengah logo ada suatu bulatan PUTIH dan di dalamnya dtulis dengan huruf jawi [Permulaan daripada perkataan ‘PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA’ : (Pa Pa Alif)]. Di bawah logo ini tertulis perkataan : ‘PUTERI’- bagi ahli-ahli puteri ‘PEMIMPIN PUTERI’ -bagi pemimpin Pengertian Logo 1.Merah samar- Melambangkan keharmonian dan kelembutan 2.HIjau- Agama dan takwa sebagai TERAS 3.Putih- Kesucian 4.Kuning- Kesetiaan dan ketaatan Pengertian Warna Logo 5


BENDERA PPIM Merah Samar-Keharmonian dan kelembutan Hijau- Agama di mana taqwa sebagai teras Putih- Kesucian Kuning-Ketaatan dan kesetiaan 6


BERILMU BERIMAN BERAMAL COGAN KATA 7


Lagu Tema PPIM Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia Berusaha Mencari Pengetahuan Berbakti Membuat Kebajikan Belajar Mencapai Kemajuan Bersemangat Penuh Keimanan Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia 8


Bahawa kami, ahli-ahli PPIM, berikrar akan: Taat kepada Allah , Rasul, Pemerintah, Gurudan Ibu bapa· Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak· Membangunkan diri dengan sempurna· Mengukuhkan silaturahim sesama puteri· Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara Ikrar Puteri 9


Suluh Kata P Patuh kepada ibubapa E T U R I ugama/ agama berteraskan AlQuran dan Al-Hadith Taat kepada Allah dan Rasul Erat Ukhuwah Islamiyah Rela berbakti kerana Allah Iman dipupuk ilmu dituntut 10


Suluh Kata Insaf diri. Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun) I A L S M Solat ditunai setiap waktu Larangan Allah dijauhi Akhlak mulia pengukuh keimanan Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan. 11


VISI PPIM Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut: Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsipprinsip Islam. Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. 12


MISI PPIM Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Memperlihatkan kepada puteri kebenaran AlQuran dan hadis di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui programprogram yang dijalankan. Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik. 13


Sejarah Penubuhan PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, RajaPermaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. T a h u n 6 0 - a n Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan bintiAlmarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun AbdulRazak, Universiti Kebangsaan Malaysia. T a h u n 6 0 - a n 14


Sejarah Penubuhan Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. 2 0 J u n 1 9 8 7 Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam KoKurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. 1 1 S e p e t e m b e r 1 9 9 3 Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. 2 3 N o v e m b e r 1 9 9 6 15


Sejarah Penubuhan PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 olehY.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. 8 A p r i l 2 0 0 0 Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah AbdulManan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011. 2 4 M a c 2 0 0 7 Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah),ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh SeriPaduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24Ogos 2005. 2 4 O g o s 2 0 0 5 16


Perlembagaan PPIM Pada mematuhi subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)1998, Akta Pendidikan 1996 seper Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No 11, Tambahan No. 41,Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) PergerakanPuteri Islam yang selepas ini disebut sebagai Persatuan sahaja PERATURAN 1. NAMA DAN ALAMAT PERSATUAN 1.1.Nama : Pergerakan Puteri Islam 1.2.Di alamat : PERATURAN 2. MATLAMAT Memberi peluang kepada seap pelajar untuk mengembangkan potenssecara seimbangdan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. PERATURAN 3. OBJEKTIF 3.1.Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam)dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk semangatbertanggungjawab dan disiplin diri. 3.2.Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya 17


PERATURAN 4. KEAHLIAN 4.1.Dibuka kepada semua murid beragama Islam (perempuan) 4.2.Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. 4.3.Ahli-ahli meslah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan danakan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini. PERATURAN 5.PENASIHAT 5.1.Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah di UTHM. 5.2.Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan danpelaksanaan sesuatu aktiviti. 5.3.Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan 18


PERATURAN 6.AHLI JAWATANKUASA 6.1.Dilantik semasa Mesyuarat Agung kali pertama. 6.2.Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang tidakhadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa. 6.3.Pemilihan ahli jawatankuasa dijalankan secara undian. 6.4.Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. 6.5.Ahli jawatankuasa yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Penasihat. 6.6.Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri daripada: 6.6.1.Pengerusi 6.6.2.Naib pengerusi 6.6.3.Setiausaha 6.6.4.Naib setiausaha 6.6.5.Bendahari 6.6.6.Naib bendahari 6.6.7.Ahli jawatankuasa (bilangan bergantung pada keperluan) 19


PERATURAN 7.TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 7.1.Pengerusi 7.1.1.Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab ataskesempurnaan semua mesyuarat. 7.1.2.Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya 7.1.3.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat. 7.2.Naib pengerusi 7.2.1.Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yangdiberi. 7.2.2.Mempengerusikan mesyuarat semasa keadaan pengerusi. 7.2.3.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat. 7.3.Setiausaha 7.3.1.Menguruskan hal surat menyurat. 7.3.2.Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan aktiviti persatuan. 7.3.3.Mencatat kehadiran ahli. 7.3.4.Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. 7.3.5.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat darisemasa kesemasa. 7.4.Naib setiausaha 7.4.1.Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab. 7.4.2.Menjalankan tugas setiausaha sewaktu keadaan setiausaha. 7.4.3.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat darisemasa kesemasa 20


7.5.Bendahari 7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan. 7.5.2.Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangandan bertanggungjawab ke atas kesahihannya. 7.5.3.Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan sertamenandatanganinya. 7.5.4. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. 7.5.5.Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalammesyuarat agung. 7.5.6.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat darisemasa kesemasa. 7.6.Naib bendahari 7.6.1.Menjalankan tugas-tugas Bendahari semasa keadaan Bendahar7.6.2.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat darisemasa ke semasa. 7.7.Ahli jawatankuasa (bilangan bergantung pada keperluan) 7.7.1.Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan akvi yangdilaksanakan. 7.7.2.Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. 7.7.3.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihatdarisemasa ke semasa. 21


PERATURAN 8.KEWANGAN 8.1.Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui yuran yang diputuskan semasamesyuarat agung dan telah diputuskan sebanyak RM20.00 seorang bagi satusemester. 8.2.Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti. 8.3.Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besarboleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut. PERATURAN 9.KEHADIRAN / PENYERTAAN 9.1.Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuansepanjang semester. 9.2.Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut, ahli dikehendakimenulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaiankokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian. PERATURAN 10.AKTIVITI 10.1.Aktiviti dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuaratahli jawatankuasa. 10.2.Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli melalui laman web sosial persatuan iaitu di Facebook dan e-mail persatuan. PERATURAN 11. PERATURAN-PERATURAN 11.1.Peraturan universiti adalah menjadi peraturan asas. 11.2.Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi semua ahli. 11.3.Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan ndakan tatatertib 22


PERATURAN 12.TINDAKAN DISIPLIN 12.1.Tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan12.2.Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: 12.2.1.Amaran lisan diberikan kepada ahli yang melakukan kesalahan buat pertama kali. 12.2.2.Amaran bertulis akan diberikan kepada ahli yang melakukan kesalahan buatkali kedua. 12.2.3.Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Penasihat Persatuan secara bertulis dan keputusan Penasihat adalah muktamad. PERATURAN 13.PINDAAN PERLEMBAGAAN 13.1.Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. 13.2.Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh AJK PersatuanPenasihat atau pentadbir fakulti / universiti secara bertulis. 13.3.Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskanjika perlu. 13.4.Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan olehPengetua/ Guru Besar. PERATURAN 14.PEMBUBARAN PERSATUAN 14.1.Dekan diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. 14.2.Segala hutang wajib dijelaskan. 14.3.Baki kewangan diputuskan dalam perjumpaan kedua persatuan. PERATURAN 15.HAL-HAL LAIN 15.1.Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab terhadap aktiviti yang dijalankan. 15.2.Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat. 23


Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa senarai AJK di atas adalah mematuhi subseksyen 6.1.1 dalam artikel enam dan perlantikan mereka mematuhi subseksyen 6.1.2 dalam artikel yang sama seperti dalam undang-undang dan peraturan-peraturan persatuan Pengerusi Setiausaha Tarikh Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa senarai AJK di atas dan perlantikan mereka adalah mengikut undang-undang dan perlembagaan Puteri Islam .…………………………….. [ ] Guru Penasihat PPI Tarikh: 24


BIDANG KOKURIKULUMPPIM 25


Sijil, Lencana & Pangkat Tahap Puteri Bongsu 26


Puteri Bongsu Cemerlang 27


Anugerah Khas Bagi Sekolah Rendah 28


Sijil, Lencana & Pangkat Tahap Puteri Kecil 29


Sijil, Lencana & Pangkat Tahap Puteri Tengah 30


Sijil, Lencana & Pangkat Tahap Puteri Sulong 31


Puteri Sulong Cemerlang 32


Anugerah Khas bagi Sekolah Menengah 33


Struktur Organisasi Peringkat Kebangsaan 34


Peringkat Negeri 35


Peringkat Daerah 36


Peringkat IPT dan IPG 37


Peringkat Sekolah 38


Dr. Wan Fadzli Wan Haron (Pengarah) Ustaz Mohd Hafni bin Abd Halim (Ketua Jabatan) Puan Fadzliyah binti Hashim Dr. Fatahiyah binti Elias Nur Alya Izzati binti Mazlan (Pengerusi) Nur Irdina Adiba binti Yusri (Naib Pengerusi) Peringkat IPGMKDA Nur Muti'ah binti Malik Maisarah Ayuni binti Mazhar AJK Program / Aktiviti Nurul Nasuha bt Mohamad Asri Nor Atiqah bt Ibrahim AJK Perkhemahan Nurul Adrianna bt Norhisham Syarifah Nur Adawiyah Syed Agil AJK Kehadiran Shaza Farahiya bt Shaik Amair Deena Husna bt Mohamad Amir AJK Keceriaan Hafizatun Hana bt Ahmad Shukor Nursyiffa bt Bukhori 39


PROSEDUR PENGURUSAN DANPENTADBIRAN 40


Pendaftaran Ahli dan Kumpulan a) Borang Kebenaran Ibu bapa ✓ Sebelum didaftarkan kebenaran daripada ibu bapa perlu diperolehi b) Borang Ahli ✓ Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan kemudian disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk mendapatkan Nombor Pendaftaran Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah c) Pendaftaran Pensyarah/Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform ✓ Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar dengan menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak Beruniform) Borang hendaklah disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat PPIM Pembahagian ahli Mengikut Pasukan dan Menamakan Kumpulan a) Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40 50 orang dan terdiri daripada beberapa kumpulan b) Setiap kumpulan adalah terdiri danpada 10-15 orang c) Nama setiap kumpulan adalah terpulang kepada sekolah berkenaan d) Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negen masing-masing mengut format berikut 41


Kuasa Penganjur Meluluskan pendaftaran tahunan unit Puteri Islam dengan ibu pejabat PPIM Menguruskan permohonan aktiviti kembara luar Mengesahkan penyata unit akaun yang disediakan oleh pemimpin Menyelia dan mengawal kemajuan unit PPIM di sekolah a merupakan salah seorang penurun tandatangan bagi akaun simpanan atau semasa unit PPIM 42


Fungsi Majlis Tadbir Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang sesama ahli serta dengan pihak pengurusan yang berkaitan. Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang masing-masing dan seterusnya menjadi contoh/rujukan kepada semua pihak Menjadi salah satu institusi yang menggerak. mengeratkan dan mengukuhkan hubungan kebaijkan, kerjasama, dan kesejahteraan bekerja sesama ahli. Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa 43


Pengurusan Folio / Buku Log/ Laporan Aktiviti CARA MENULIS CATATAN AKTIVITI 1. Tarikh/hari: 2. Masa: 3. Tempat 4. Tahap puteri bongsu/puteri kecil 5. Aktiviti/ catatan: a) Pengenalan PPIM membaca ikrar dan menyalin dim buku log menyalin suluh kata PPIM melukis logo PPIM b) Pendidikan rohani ceramah/tayangan video sumber makanan adab semasa makan makanan seimbang doa sebelum dan selepas makan c) Kesihatan dan Pembangunan diri mencatat dan mengelaskan makanan menampal gambar d) Pesanan guru pemimpin tentang aktiviti minggu seterusnya e) Tatacara Penutup membaca tasbih kafarah membara surah Al-Asr berselawat sambil bersalam 44


Tanggungjawab Pemimpin Berikut adalah senarai tugas dan tanggungjawab yang perlu diketahui oleh seorang guru penasihat: 1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK baru. 2. Memastikan ada perlembagaan atau peraturan. 3. Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan objektif sekolah 4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang terkandung dalam perlembagaan atau peraturan. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan Kerjasama pelajar. 6. Memastikan aktiviti berjalan seperti yang dirancang. 7. Memikirkn strategi untuk peningkatan kecemerlangan pelajar/pasukan. B. Memastikan kewangan persatuan/kelab/unit diurus dengan baik dan beretika. 9. Memastikan tidak ada kutipan kewangan tanpa melalui mesyuarat AJK dan tanpa kelulusan oleh pihak pentadbir. 10 Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tersedia dan difailkan. 11. Membuat laporan lengkap atau surat rasmi mengenai sebarang kejadian yang perlukan tidakan/perhatian/semakan/penyiasatan pihak pentadbir. 12. Memastikan bahawa pasukan yang guru anggotai sebagai penasihat adalah berdaftar dan diluluskan oleh pihak pentadbir 45


14. Memohon kebenaran kepada ibu bapa/penjaga pelajar melalui pengurusan sekolah jika khidmat/kepakaran/kebolehan mana-mana pelajar diperlukan di luar sekolah. 15. Bersedia untuk menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan pelajar tanpa mengira peringkat pertandingan/pengelolaan/anjuran/projek/lawatan dan sebagainya. 16. Memastikan aktiviti yang disertai di mana-mana peringkat adalah diakui oleh kementerian Pendidikan Malaysia atau wakilnya. 17. Bertanggungjawab merekodkan penglibatan dan pencapaian pelajar. 18. Memastikan unit yang dipimpin itu berada dalam keadaan harmoni. 19. Memastikan ruang dan aktiviti adalah selamat untuk pelajar melakukan sebarang penyertaan atau penglibatan dalam apa jua situasi. 20 Memberi kebenaran kepada ahli yang berkebolehan/menunjukkan bakat untuk menyertai aktiviti mana-mana unit/kelab/persatuan yang mana difikirkan atau dikehendaki ahli berkenaan untuk mewakili sekolah/daerah/bahagian dan peringkat yang lebih tinggi. 21. Memastikan batas aktiviti/perkumpulan/penglibatan mengikut kesesuaian norma jantina pelajar dan kesesuaian berpakaian. 22. Memastikan semua pelajar tidak terkecuali daripada melakukan aktiviti kecuali mengikut keadaan yang wajar. 23. Menanda rekod kehadiran/buku rekod kehadiran ahli. 24. Menghadiri mesyuarat/kursus/taklimat berkaitan dengan unit. 25. Memastikan tidak ada unsur khianat/penganiayaan/diskriminasi terhadap ahli 26. Mencadang dan memberikan penghargaan kepada ahli yang berketerampilan. 27. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. 28. Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan perjawatan ketika melakukan tugasnya sebagai guru penasihat/pebimbing. 29. Bekerjasama dan menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Penolong Kanan Kokurikulum atau Guru Besar 30. Bekerjasama dan menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Penolong Kanan Kokurikulum atau Guru Besar 46


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 7.1Pengerusi 7.1.1 Mempengerusikan setiap mesyuarat 7.1.2 Meneliti minit mesyuarat dan mempastikan segala keputusan mesyuarat adalah wajar dan mengikut agenda yang ditetapkan 7.1.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa kesemasa 7.2 Naib Pengerusi 7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi 7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi 7.2.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa 7.3Setiausaha 7.3.1 Mengurus surat-menyurat 7.3.2 Mencatat minit mesyuarat/laporan dan menandatanganinya 7.3.3 Menyimpan fail/dokumen berkaitan dengan persatuan 7.3.4 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa kesemasa 7.4Penolong Setiausaha 7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya 7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha 7.4.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa kesemasa 7.5Bendahari 7.5.1 Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan persatuan 7.5.2 Membuat penyata dan menyimpan kira-kira berkenaan kewangan persatuan 7.5.3 Menyediakan laporan wang terimaan dan wang perbelanjaan dan dibentangkan semasa mesyuarat agung 7.5.4 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa kesemasa 7.6Penolong Bendahari 7.6.1 Menjalankan tugas bendahari semasa ketiadaan bendahari 7.6.2 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa kesemasa 7.7Ahli Jawatankuasa 7.7.1 Membantu mekalsanakan program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan 7.7.2 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa kesemasa 47


Click to View FlipBook Version