z
BUDAYA
SEMANGAT
sa
KEJIRANAN
"Sekiranya kita
sanggup menghadapi
risiko dan bersikap
berani, tidak ada
sebab mengapa kita
tidak boleh berjaya”.
Tun Dr. Mahathir
Mohamad,
1 APA ITU SEMANGAT KEJIRANAN ?
PUNCA-PUNCA SEMANGAT 2
KEJIRANAN SEMAKIN MELUNTUR
3 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK
SEMANGAT KEJIRANAN
4
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
5 KEBAIKAN MENGAMALKAN SEMANGAT
KEJIRANAN
KESIMPULAN 6
Sidang redaksi
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat
berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Puan Mimi Aineen Binti
Abu Mansor,selaku Pensyarah Komunikasi Dan
Penyiaran Islam kerana telah meletakkan
sepenuh kepercayaan beliau kepada saya dan
ahli kumpulan saya untuk melunaskan tugasan
❖ Ketua Editor yang diberikan. ❖ Editor
❖ Vishnu A/L Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima ❖ Shaktyariraj
Muttamil kasih kepada semua pihak yang tidak putus- A/L Krishnan
Vaanan putus dalam usaha membantu ❖ 06dkm17f201
❖ 06dkm17f2011 menyempurnakan tugasan ini terutamanya 0
kepada pensyarah saya Puan Mimi Aineen Binti
Abu Mansor,selaku atas budi bicara beliau
dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa
tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut
berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak
yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan
ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung . Segala bantuan yang telah mereka
hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa
bantuan dan sokongan mereka semua tugasan
ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan
baik.
❖ Grafik Sekian, terima kasih ❖ Laman Web
❖ Saggish A/L ❖ Surenn
Sangar Kumar A/L
❖ 06dkm17f2003 M.Murugaiah
❖ 06dkm17f201
0
Apa itu semangat kejiranan ?
DEFINISI
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang
membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan
dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar
daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga
bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah
individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda
Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa
walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia
juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu
Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian
darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni
oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah
yang dihuni oleh kita.
PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN
MELUNTUR
“Sikap membezakan agama dan
bangsa sebenarnya akan
memusnahkan nilai-nilai
kemasyarakatan kita dan
merosakkan komuniti dan negara,”
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan
semakin luntur,antaranya adalah perubahan gaya hidup
masyarakat yang terlalu sibuk dengan hal sendiri serta sibuk
mencari rezeki masing-masing. Tiada lagi masa untuk berborak
dan saling tegur menegur antara satu sama lain. Kos sara hidup
yang tinggi menyebabakan masyarakat perlu mencari duit lebih
sehingga berkerja lewat malam. Akibatnya, mereka keletihan dan
kesuntukan masa dan tiada masa untuk berkomunikasi dengan
jiran. Berbeza dengan zaman dahulu yang saling memerlukan
kerjasama antara mereka seperti melakukan pekerjaan bercucuk
tanam,pertanian dan sebagainya.
Seterusnya, kemajuan dalam bidang teknologi atau media
massa merupakan faktor lunturnya kejiranan.Masyarakat sekarang
terlalu menggunakan kemudahan tersebut dan tidak memerlukan
mereka untuk keluar dan bersusah payah untuk
mendapatkannnya.
Dengan adanya kemudahan yang lebih canggih mereka tidak hiraukan orang sekeliling dan budaya
sebegini menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi sesame jiran semakin berkurangan. Ini menyebabkan
komunikasi dan sikap bertegur kurang dalam pergaulan antara satu sama lain. Mereka lebih suka
berkomunikasi dengan kemudahan canggih tersebut.Disamping itu, arus pembangunan negara yang
semakin pesat menyebabkan menjadi punca semangat kejiranan berkurangan. Mereka lebih banyak
menghabiskan masa dengan mengunjungi tempat berkaroke,membeli-belah ,taman permainan dan
sebagainya. Kita haruslah mengurangkan masyarakat yang mementingkan diri sendiri dengan tidak bergaul
antara satu sama lain. Ini akan menyebabkan masyarakat tidak akan berjaya kerana perpaduan mereka
amatlah rapuh dan mudah dipengaruhi oleh pengaruh barat. Kesimpulannya , pembangunan yang begitu
pesat yang melanda negara menjadi punca lunturnya semangat kejiranan.dalam masyarakat hari ini
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK SEMANGAT
KEJIRANAN
Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti
gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul
dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat
berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus
membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan
lebih dekat. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara
bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman,
menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.
Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan
sesama jiran.
Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah
terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat
membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat
kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah
terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang
pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah
terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk
berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang
disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan
sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara
tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli
masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat
lagi.
Cara yang afdal untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa
perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu
bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada anak-anak.
Jika ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak
maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan
kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sekiranya ibu bapa
menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka
mereka akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk
lagi. Hal ini boleh dianologikan seperti anak burung yang baru
belajar terbang daripada ibunya. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah
mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka
berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa
haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar
dapat memupuk semangat kejiranan.
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
Malaysia terkenal dengan kaum rakyatnya yang penuh diversiti, bangsa, pakaian tradisi
dan makanannya. Namun, semangat kejiranan kurang dipraktikkan di negara kita,
khususnya di bandar. Hal ini kerana rakyat masing-masing mempunyai pekerjaan dan
sentiasa sibuk sehingga tiada masa menghiraukan jiran sebelah mereka.
Semangat kejiranan dapat membenarkan masyarakat untuk memupuk semangat
bekerjasama. Dengan ini, masyarakat dapat berganding bahu dan sama-sama
mengendalikan sesuatu majlis seperti kenduri, perkahwinan dan kenduri kesyukuran.
Tugas dapat dibahagikan kepada mereka dan akan menjimatkan masa, kos dan tenaga
secara tidak langsung. Bertitik tolak daripada itu, mereka akan berbual-bual dan
mengenali jiran mereka masing-masing. Masyarakat juga dapat menghulurkan bantuan
kepada jiran yang memerlukan dan perkara ini dapat dilakukan secara gotong-royong.
Seterusnya, kita dapat menyaksikan betapa pentingnya semangat kejiranan untuk
melahirkan semangat kekitaan. Perpaduan amat penting bagi sesebuah negara agar
keadaan aman dan stabil. Sekiranya masyarakat mengenali jiran pelbagai kaum, maka
mereka akan berinteraksi dan memupuk hubungan silaturahim yang erat dengan
menyelami pantang larang, cara hidup, adat dan tradisi kaum lain. Rakyat akan saling
membantu untuk menjayakan perayaan dan menghormati identiti kaum jiran. Dalam
konteks ini, masyarakat tidak akan menimbulkan masalah perkauman atau isu sensitif
yang menggugat hubungan dan keamanan negara serta mengakibatkan huru-hara.
Masyarakat tentu tidak menginginkan negara lain memandang serong terhadap negara
kita.
Sebagaimana yang kita maklumi, semangat kejiranan mampu melahirkan masyarakat
yang harmoni. Sebagai analoginya, jikalau masyarakat tidak mengenali antara satu sama
lain, dan berlakunya perselisihan faham antara mereka. Satu pihak tidak bertoleransi dan
bertengkar dengan jiran sebelah. Hal ini adalah disebabkan oleh kurangnya bergaul
sesama sendiri dan tiada persefahaman. Mereka akan saling berprasangka buruk dan
bersifat individualistik sehingga menganggu keharmonian. Oleh itu, masyarakat harus
mendekati jiran dan mengenali mereka dengan lebih mendalam. Mereka boleh mengambil
inisiatif dengan menyertai Rukun Tetangga yang merupakan kumpulan yang terdiri
daripada penduduk sesebuah kawasan petempatan.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa semangat kejiranan dapat memudahkan
kerajaan melaksanakan program pembangunan. Masyarakat yang hidup bersama secara aman
dapat membenarkan kerajaan melakukan pembinaan tanpa tentangan daripada masyarakat.
Mereka akan bertoleransi dan menerima tindakan kerajaan secara terbuka. Masyarakat akan
bekerjasama dan menyokong usaha kerajaan. Sekiranya tiada kerjasama daripada rakyat, maka
tidak hairanlah program yang dijalankan oleh kerajaan akan gagal. Keadaan ini akan menundakan
proses pembangunan sebagai negara maju dan memberi impak buruk kepada kita. Adakah kita
ingin melihat tanah air musnah di tangan kita sendiri? Oleh hal yang demikian, masyarakat perlulah
mengamalkan semangat kejiranan untuk kebaikan semua.
Walhasil, setiap anggota masyarakat hendaklah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing
dan janganlah sesekali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing. Sinergi daripada semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh dan luka
sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan aradigma yang mementingkan semangat kejiranan.
Kita tidak seyogianya bersikap tutup sebelah mata, sebaliknya buka mata, buka minda, buka hati
dan kenali diri. Semangat kejiranan wajib disemarakkan dalam kalangan masyarakat dan
dimantapkan lagi. Guru-guru, ibu bapa dan pihak kerajaan juga memainkan peranan vital dalam
menggiatkan lagi prakarsa dengan memberi didikan, menjadi suri teladan dan mengadakan
kempen yang melibatkan masyarakat pelbagai usia dan kaum. Dengan ini, masyarakat dapat
menyedari akan kepentingan semangat kejiranan dan bertindak secara global.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Daripada contoh-contoh yang dijelaskan
bahawa semangat kejiranan adalah amat penting dalam
kehidupan kita seharian. Jadilah jiran yang baik dan
bertanggungjawab. kita perlu memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan penduduk setempat.
Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri
dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal
seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.Jika hal
ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan
seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada
pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh”.Oleh itu, dengan meningkatkan
semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan
teguh.
Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha
untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara
supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera,
usaha memperkukuh tradisi hidup berjiran yang harmoni
menjadi aset penting untuk membentuk sebuah negara yang
maju dan selamat.