The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber As-Sofiyyah, 2020-11-21 22:49:48

Warga Emas Terengganu dapat pencen

HARAKAH DAILY

HARAKAH DAILY

Warga emas di Terengganu dapat
pencen

MARANG: Kerajaan Terengganu meluluskan pemberian wang pencen sebanyak RM50
sebulan kepada warga emas yang layak serta cukup syaratnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan
Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pemberian wang pencen kepada warga emas bagi
melengkapkan janji manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, lalu.

Menurutnya, borang permohonan skim Pencen Rakyat Warga Emas itu diedarkan melalui
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

■ “Penerima akan ditentukan melalui analisa data yang ada di pejabat daerah. Bakal
penerima pencen dipastikan bukan penerima bantuan bulanan daripada mana-
mana agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis
Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam), Perkeso dan penerima pencen sedia
ada.

■ “Skim ini hanya dibuka kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tiada
sumber pendapatan tetap lain,” ujarnya selepas penyerahan sumbangan mereka
yang dikuarantin di Pusat Kuarantin Covid-19, Akademi Bomba dan Penyelamat di
Wakaf Tapai, Marang semalam. – HARAKAHDAILY 20/11/2020


Click to View FlipBook Version