MATLAMAT
HIDUPKE
AN
MANUSIA
APAKAH PANDUAN YANG MOTIVASI UNTUK DIRI
SELALU DIBUAT? SENDIRI
APAKAH TUJUAN SEJAUH MANAKAH
HIDUP KITA DI MANUSIA MELANGKAH?
DUNIA INI?
DUA 6022
KOMUNIKASI DAN
PENYIARAN ISLAM
E-MAJALAH
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ MUHAMMAD
ZAN BIN SAILAN
EDITOR
MUHAMMAD SUFYAN BIN YAACOB@YAAKOB
17DHF17F2999
DHF5B
MATLAMAT KEHIDUPAN MANUSIA
Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri
yang kecil itu terdapat satu alam yang besar.
-Saidina Ali Abi Talib r.a-
KATA-KATA ALUAN
Alhamdulillah hirabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh
kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya
dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini
dengan penuh jayanya.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz
MUHAMMAD ZAN BIN SAILAN, Pensyarah DUA 6022 bagi
kelas DHF5B ,di atas kesudian beliau memberi tugasan ini
kepada saya dan rakan sekelas yang lain.
Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini. Kita dapat tahu dan mengenali
mengapa dan matlamat kita hidup di muka bumi ini.
Semoga dengan perkongsian melalui e-majalah ini dapat
memberi manfaat kepada para pembaca untuk dijadikan
teladan yang baik kepada semua.
SEKIAN.
ISI KANDUNGAN 7
8 - 13
PENGENALAN 14 - 20
TUJUAN KEHIDUPAN
SEJAUH MANAKAH KITA MELANGKAH ? 21 - 22
MOTIVASI
PANDUAN HIDUP 23 - 29
KESIMPULAN 30
PENGENALAN
Matlamat utama kejadian manusia di dunia ini adalah untuk
menjadi makhluk yang mengabdikan diri kepada Allah dengan
mentaati suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Perkara ini
disebutkan al-Quran dalam Surah al-Dzariyat, ayat 56 yang
bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk
mengabdikan diri kepada Ku”. Penjelasan dan penentuan matlamat
hidup yang diajar al-Quran ini bertujuan memandu manusia dalam
menjalani kehidupan dunia yang penuh mencabar ini dan dalam
masa yang sama membantu mempersiapkan diri untuk kehidupan
akhirat. Tindakan menjauhkan diri daripada panduan ini akan
menyebabkan manusia tersasar jauh daripada jalan kehidupan
yang digariskan Allah yang secara tidak langsung menghakis
daripada dalam diri manusia rasa keterikatan kepada Allah.
7
TUJUAN
KEHIDUPAN
Hidup ini ibarat suatu perjalanan. Ia
bermula tanpa pernah dipinta, dan
ianya akan berakhir dengan tanpa
diduga. Siapa sahaja yang hidup,
pasti akan menemui kematian. Ini
menunjukkan kepada kita
bahawasanya, kehidupan ini
sememangnya suatu perjalanan,
yang ada permulaan baginya dan
akan berakhir jua suatu hari nanti.
8
Namun, di sebalik sebuah perjalanan yang
bernama kehidupan ini, ada sebuah pengertian
yang perlu dihayati, dan sebuah matlamat hakiki
yang perlu dilaksanakan. Seseorang yang hidup
tanpa mengenal erti kehidupan yang sebenar,
dan menjalani kehidupan tanpa melaksanakan
matlamat hakiki kehidupannya, pasti akan
menanggung derita di sepanjang kehidupannya,
dan lebih malang lagi, dia akan menangggung
penyesalan yang kekal setelah kematiannya.
9
Orang yang hidup tanpa memahami hakikat
sebenar kehidupannya, pasti akan tersiksa dalam
menanggung onak dan duri dalam kehidupan ini,
dan jiwanya pasti akan merasa kekosongan. Dia
hidup dalam sebuah kehidupan yang penuh
kepalsuan dan kesamaran, serta dia akan mati
dalam sebuah kematian yang penuh dengan
penyesalan.
Inilah yang dibawa oleh Islam:
— tujuan jelas yang boleh memacu segala
tindak-tanduk kita.
10
Ada dua ayat di dalam Al-Quran di mana
Allah dengan jelas menyatakan tujuan
hidup kita:
Ayat pertama mengatakan:
Dan Aku (Allah) tidak menciptakan
jin dan manusia melainkan untuk
menyembah kepada-Ku”
— Surah Adz-Dzaariyat ayat 56
11
Ayat kedua mengatakan:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada
Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka
bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu
dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan
kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang
akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?”. Tuhan berfirman:
“Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang
kamu tidak mengetahuinya”.
— Surah Al-Baqarah ayat 30
12
Berdasarkan kepada kedua-dua ayat ini,
ada dua fungsi yang dispesifikasikan
oleh Allah untuk manusia:Untuk menjadi
delegasi pemerintah atau penguasa di
bumi
1.Untuk menjadi hamba Allah
2.Untuk menjadi delegasi
pemerintah atau penguasa di
bumi
13
SEJAUH MANAKAH KITA
MELANGKAH?
Dari mana kita berasal, sama ada kaya
atau miskin, keluarga bahagia atau
bermasalah tidaklah penting.
Sebenarnya yang penting sejauh mana
kita telah melangkah dari tempat kita
bermula. Kita tidak mempunyai hak
untuk menentukan dari mana kita
dilahirkan. Semuanya telah pun
ditentukan oleh Allah S.W.T sebelum
kita dilahirkan. Namun, kita sentiasa
mempunyai peluang ke mana dan
sejauh mana kita mahu melangkah.
14
REALITI SEBUAH KEHIDUPAN:
KITA IALAH HAMBA TUHAN
Memang realiti sebuah
kehidupan iaitu kita adalah
hamba tuhan. Tidak kira
perkara yang kita lakukan
semuanya dalam pengetahuan
Allah S.W.T. Kesedihan,
kegembiraan, kemarahan yang
dirasai adalah liku-liku
kehidupan yang menjadikan
kehidupan kita penuh warna-
warni.Sedarkah kita yang
kadang-kadang kita berusaha
sedaya mungkin tetapi masih
gagal merealisasikan cita-cita
dan harapan. Kita bukannya
tidak bekerja bersungguh-
sungguh, malah telah mencuba
yang terbaik untuk
meningkatkan prestasi
dibidang yang kita ceburi.
15
"Apakah pilihan kita?"
Jika kita berasa kecewa dengan apa yang
kita miliki tentu kita akan terus beroleh
kekecewaan. Perkara yang kita fikir itulah
yang kita akan dapat. Lebih baik untuk kita
muhasabah diri dan merenung hikmah yang
tersembunyi disebalik perkara yang terjadi.
Jika kita memilih untuk terus berusaha dan
tidak membelakangkan Allah S.W.T, pastinya
kita akan diberi laluan untuk berjaya kelak.
Pada masa yang sama, jangan lupa untuk
mencari tempat untuk meluahkan
perasaan. Manusia memerlukan manusia lain
untuk hidup. Hiduplah bermasyarakat supaya
di waktu kita susah, ada yang sudi membantu
dan mahu berkongsi cerita. Orang yang
mempunyai masalah dan tidak menjumpai
tempat meluahkannya akan merasa bebanan,
dia akan merasai kehidupan di dunia terlalu
berat dan sarat dengan masalah. Perasaan ini
jika tidak dikawal boleh menyebabkan
berlakunya perkara-perkara yang tidak
diduga. Justeru, untuk bangkit semula kita
harus mencari teman dan rakan yang
dipercayai dan akan bersama-sama melayari
kehidupan dengan kita.
16
UJIAN:BUKAN UNTUK
DIKESALKAN
"Pernahkah anda rasa keseorangan, rasa
tidak mempunyai sesiapa, rasa yang hidup
anda sudah tidak berguna?"
Sesungguhnya Allah S.W.T, Maha Mengetahui.
Justeru, usah dikesal dan dirungut jika ujian
datang tanpa disangka dan tanpa diminta.
Hadapinya dengan penuh ketenangan dan
percaya yang Dia akan sentiasa bersama kita
selagi kita percaya. Tiada siapa yang boleh
memberi jaminan bahawa kita akan kekal
menjadi diri sendiri tatkala kita berada di
puncak. Kita mungkin berubah tanpa kita
sedari, namun segala sesuatu yang akan
berlaku esok sudah berada di dalam
genggaman-Nya.
17
Allah S.W.T mencintai kita lalu dia memberi
ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran
dan keimanan kita sebelum kita mencapai ke
puncak. Tujuannya, agar kita sentiasa
mengingati-Nya dalam perjalanan kita
mencapai impian diri. Namun manusia,
seringkali melupakan tanggungjawabnya
sebagai hamba sewaktu senang. Apabila
musibah datang, barulah mahu diingati
pencipta-Nya dan pada waktu ini, bibir mula
tidak kering dari meminta pertolongan Allah
S.W.T, meminta agar diberi kesabaran dalam
menempuh ujian-Nya. Baru kita ingat akan
musibah itu ialah ujian. Di waktu senang, kita
lupa tentang ujian daripada Allah S.W.T untuk
melihat masih bolehkah kita mengingti-Nya
atau terus hanyut dalam kesenangan hidup di
dunia.
Namun, selalu kita kehairanan. Sudah letih
bibir menyebut nama Allah S.W.T, meminta
agar diberi pertolongan dan kekuatan untuk
bangkit semula daripada kegagalan. Hidup ini
terasa perit dan jerih tetapi sayang, doa
masih tidak dimakbulkan. Jadi, adakah kita
mahu berputus asa? Usah begitu kerana Allah
S.W.T masih mahu kita merintih kepada-Nya
sebelum doa kita dimalbulkan.
18
Kita sudah lama hidup dalam
kesenangan jesteru apabila jatuh, Allah S.W.T
memberi masa yang lama dan panjang untuk
bangkit semula dengan harapan agar kita
sedar dan bangun daripada tidur yang
panjang. Jadi, apabila kita sudah berada
dipuncak semula, kita tidak akan mengulangi
perkara yang telah berlaku yakni hanya
mengingati Allah S.W.T di waktu susah.
Firman Allah S.W.T :
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah
beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji orang-
orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-
orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut : 2-3)
19
Jadi ingatlah, yang penting di dalam
kehidupan adalah sejauh mana kita
telah melangkah dari tempat kita
bermula. kita tidak punyai pilihan untuk
menentukan tempat kita bermula
kerana itu adalah takdir Allah S.W.T
tetapi kita mempunyai kemampuan
untuk ke mana dan bagaimana kita
melangkah. Di dalam langkah kita itu,
pasti akan diberi ujian. Namun, ujian itu
bukan untuk ditangisi dan dikesalkan
tetapi untuk menguatkan keimanan
kita kepada Allah S.W.T.
20
MOTIVASI
01 Berhenti Menyalahkan
02 Segalanya
Ambil Risiko, Bermimpi Lebih
Besar, dan Berharap Besar
03 Nikmati dan Hargai Perubahan
04 dalam Kehidupan
Selalu Lakukan Perubahan Kecil
ke Arah yang Lebih Baik
21
Kehidupan itu laksana lautan. Orang yang
tiada berhati-hati dalam mengayuh perahu,
memegang kemudi dan menjaga layar, maka
karamlah ia digulung oleh ombak dan
gelombang. Hilang di tengah samudera yang
luas. Tiada akan tercapai olehnya tanah
tepi.
HAMKA.
22
PANDUAN
KEHIDUPAN
23
AL-QURAN
Al-Quran adalah manual kehidupan dan kitab
petunjuk ke jalan yang sebaik-baiknya sebagaimana
firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya al-
Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat
betul (agama Islam) dan memberikan berita yang
menggembirakan orang-orang yang beriman yang
mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka
beroleh pahala yang besar.”
(Surah al-Isra, ayat 9)
24
Al-Quran adalah hidayah dan petunjuk dalam pelbagai
persoalan kehidupan manusia. Ia memberi panduan mengenai
dasar asasi dan utama persoalan dalam setiap bidang
kehidupan sebagaimana Allah menugaskan Rasulullah SAW
memberi keterangan lengkap dasar berkenaan melalui
firman-Nya bermaksud: “Dan Kami turunkan kepadamu
(wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan agar
kamu menerangkan kepada manusia apa yang telah
diturunkan kepada mereka dan supaya mereka
memikirkannya.”
(Surah an-Nahl, ayat 44)
25
SOLAT
KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN
Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib
ditunaikan setelah mengucap dua kalimah
syahadah. Perintah mendirikan solat ini
telahpun bermula semenjak berlakunya satu
peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh
baginda Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk
dan Mikraj.Solat mestilah dilaksanakan dengan
segera mengikut waktu-waktu yang telah
ditentukan oleh Allah SWT. Ibadat solat
mempunyai kepentingannya dan berkait rapat
dengan kehidupan manusia.
26
Antara kepentingan solat
dalam kehidupan seharian
ialah:
1.Dapat mempengaruhi kehidupan seharian kita ialah
solat dapat membina keperibadian dan akhlak yang
mulia. Apabila solat dapat dikerjakan secara istiqamah,
maka jiwa kita akan mengalami perubahan dari satu
keadaan yang buruk ke satu tahap yang lebih baik.
Dengan solat, seseorang akan belajar mengenai sifat
sabar, tenang, bersopan dan berlemah lembut.
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah
gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan,
dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh
kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang
yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap
mengerjakan sembahyangnya".
(Surah al-Maarij ayat 19 – 23)
27
2.Dapat menjaga pelakunya daripada melakukan
perkara-perkara mungkar dan dosa serta
mengikut hawa nafsu. Apabila solat dilakukan
dengan sempurna dan khusyuk, ia akan dapat
mempengaruhi jiwa pelakunya untuk tunduk dan
taat kepada perintah Allah SWT.
3.Solat menjadi jalan keluar bagi orang yang
beriman apabila menghadapi sebarang kesulitan
atau kesusahan. Dengan solat, jiwa orang yang
beriman akan menjadi tenang dan tenteram,
lantas mereka dapat mengharungi segala ujian
dan cubaan dengan tabah.“Dan demi
sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau
bersusah hati dengan sebab apa yang mereka
katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan
memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang
yang sujud(solat)".
(Surah al-Hijr ayat 97-98)
28
4.Sebagai pembuka jalan atau pemudah cara yang
dapat mempermudahkan rezeki kita."Dan (Tuhan
berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu,
beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan
membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang
melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi,
tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu
Kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka telah usahakan".
(Surah al-A'raf ayat 96)
29
KESIMPULAN
Sementara dunia telah melakukan
langkah-langkah yang besar dalam
ekonomi, saintifik dan kemajuan
teknikal, kenyataannya kita semakin
miskin daripada generasi sebelumnya
dari segi kebahagiaan iaitu tujuan
paling asas dalam kehidupan.
Memandangkan kita semua mahukan
kebahagiaan, kelahiran semula dan
kehidupan pada masa hadapan tidak
akan memberikan kebahagiaan puncak
dan kekal yang kita idami. Hanya
kemajuan rohani dan bersatu dengan
Tuhan akan memberikan kita
kebahagiaan berkekalan dan
berpanjangan.
30
“SESUNGGUHNYA ALLAH
TIDAK MELIHAT KEPADA
RUPA DAN HARTA KAMU,
TETAPI ALLAH MELIHAT
KEPADA HATI DAN AMALAN
KAMU.”
SEKIAN TERIMA
KASIH