The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU CERITA KANAK-KANAK KISAH DUA SAHABAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp21250734, 2024-03-06 07:47:24

BUKU CERITA KANAK-KANAK KISAH DUA SAHABAT

BUKU CERITA KANAK-KANAK KISAH DUA SAHABAT

KISAH DUA SAHABAT Buku Cerita Kanak-Kanak SHAHFIRA RAZAK


Buku ini mengisahkan tentang kisah seorang hamba Allah yang bernama Laila. Laila hidup bersama-sama dengan ibu dan ayahnya yang sudah tua di sebuah rumah yang usang. Mereka tinggal di sebuah kampung yang terpencil di hujung kampung.


Laila mempunyai seorang sahabat karib yang bernama Meryem. Laila sangat sayang akan sahabatnya itu. Mereka berdua tinggal di sebuah kampung yang sama. Mereka tinggal di sebuah kampung yang bernama Kampung Buluh Perindu. Kampung mereka sangat cantik dan indah.


Laila dan Meryem masing-masing berumur 11 tahun. Mereka telah bersahabat sejak dari kecil lagi. Mereka selalu melakukan segala hal bersama-sama. Dua sahabat ini mempunyai perwatakan yang berbeza. Laila seorang yang pemalu. Meryem pula seorang yang periang dan suka membuat jenaka.


Setiap petang, Laila dan Meryem akan bermain bersama-sama. Sebelum keluar bermain, mereka meminta izin daripada ibu masing-masing. Laila dan Meryem suka mengayuh basikal di hujung kampung sehingga larut petang. Mereka suka menjelajahi kawasan kampung. Apabila pulang ke rumah, ibu Laila akan membebel kerana pulang lewat petang.


Kamu ke mana Laila? Lewat petang baru nak balik? Laila ke paya dengan Meryem, mengail ikan haruan mak.


Laila dan Meryem berasal dari keluarga yang susah. Mereka berdua tidak bersekolah. Kehidupan mereka tidak sama dengan kanakkanak lain. Kehidupan sehari-hari mereka adalah menolong ibu dan ayah mereka bekerja. Laila menolong ibu dan ayahnya di sawah padi. Meryem pula menolong ibu dan ayahnya menanam ubi-ubian.


Pada setiap pagi, Laila akan ke sawah padi bersama ibu dan ayahnya. Sebelum berangkat pergi, Laila akan membuat bekal. Mereka hanya makan ubi kayu rebus sahaja setiap hari. Mereka tidak pernah mengeluh sedikit pun dengan kehidupan serba kekurangan mereka.


“Laila Oh Laila” , jerit ibunya. Laila susah bangun pagi. Ibunya akan menjerit setiap pagi untuk membangunkannya. “Ya mak, Laila dah bangun” , jawab Laila. “Bangun mandi dan buat sarapan” , arah ibunya. “Baik mak” , jawab Laila dengan suara yang serak dan mengantuk.


Apabila pulang daripada sawah padi, Laila akan terus pergi ke rumah Meryem untuk bermain. Tanpa berfikir panjang, Laila terus memanggil Meryem dari luar rumah. “Meryem oh Meryem, jomlah main, kita pergi mengail ikan di paya. “Ya Laila, sekejap nak bagitahu mak” , sahut Meryem”.


Dalam perjalanan hendak ke paya, basikal yang ditunggangi Laila terbabas dan masuk ke dalam semak. Laila cedera pada bahagian kaki dan tangan. Meryem cemas kerana tidak ada seorang pun yang lalu di kawasan tersebut untuk meminta tolong.


Selepas beberapa minit, lalulah sebuah kereta di kawasan tersebut. Meryem terus menahan kereta itu untuk mendapatkan pertolongan. Turunlah tiga orang daripada kereta tersebut. Seorang lelaki sebaya ayah mereka berdua. Seorang wanita sebaya ibu mereka dan seorang gadis sebaya mereka.


Meryem dengan gelisah meminta Pak Cik itu supaya menolong Laila, “Pak Cik, tolonglah sahabat saya ini. Dia luka teruk” , minta Meryem. Tanpa melengahkan masa, Pak Cik itu sekeluarga terus membawa Laila ke hospital. Laila dirawat di hospital.


Ibu dan ayah Laila bergegas ke hospital setelah mendapat sebuah panggilan daripada hospital. Laila menceritakan apa yang terjadi kepada ibu dan ayahnya. Ibu dan ayah Laila berterima kasih kepada keluarga Pak Cik itu kerana telah menolong anaknya. Pak Cik itu juga membayar bil hospital Laila.


Sewaktu di hospital, Laila telah berkenalan dengan anak Pak Cik tersebut. Anak Pak Cik itu bernama Hajar. Hajar dan sekeluarga selalu melawat Laila sewaktu dia berada di hospital. Sejak hari itu, mereka berdua mula rapat.


Setelah beberapa hari, Laila sudah sembuh. Laila hendak ke kedai runcit untuk membeli gula. Gula dirumahnya sudah habis. Tanpa sengaja, Laila bertemu dengan Hajar. Mereka pun saling menyapa. “Laila, beli apa?” , tanya Hajar. “Laila beli gula” , jawab Laila. Hajar pula beli apa?” , tanya Laila. “Hajar beli coklat, Laila” , jawab Hajar.


Hajar pun menjemput Laila untuk ke rumahnya. Laila pun pergi ke rumah Hajar. Laila menyampaikan pesanan terima kasih ibunya kepada ibu dan ayah Hajar setelah sampai di rumah Hajar. Keluarga Hajar menghidangkan makanan yang sedap kepada Laila. Laila berasa terharu kerana ibu dan ayah Hajar sangat baik.


Selepas pertemuan itu, Laila dan Hajar semakin rapat. Mereka sentiasa bermain bersama. Suatu petang, Meryem datang ke rumah Laila. Meryem mengajak Laila untuk bermain bersama. Tetapi Laila menolak kerana dia hendak bermain dengan Hajar.


Tak nak lah, aku nak pergi rumah Hajar. Kami dah janji nak main sama-sama. Laila, jom kita kayuh basikal ronda kampung. Tak payahlah sebab dia tak ajak kau, lain kali sajalah kita main sama-sama. Oh, aku nak main sekali, boleh?


Esoknya, Meryem datang lagi ke rumah Laila untuk mengajak Laila bermain basikal samasama. Sekali lagi ajakan Meryem ditolak. Laila tidak mahu bermain dengan Meryem. Dia mahu bermain dengan Hajar sahaja. Pulanglah Meryem dengan sedih. Meryem pun berkata dalam hati, “Laila sudah berubah, dia dah tak nak kawan dengan aku, dia dah ada kawan baru”. Diseretnya basikal itu.


Seperti waktu pagi kebiasaannya, Laila akan ke sawah padi bersama ibu dan ayahnya. Sewaktu berangkat pergi, ibu Laila menanya Laila kenapa dia sudah lama tidak bermain dengan Meryem. Sudah beberapa kali Meryem datang ke rumah mengajak dia bermain tetapi ditolak begitu sahaja.


Laila, kenapa buat Meryem macam tu, kamu berdua dah berkawan sejak kecil lagi, susah senang bersama. Tak baik tau, Meryem selalu tolong Laila kalau Laila ada masalah, jangan lupa Laila jasa orang. Laila dah bosan main dengan Meryem, Laila nak main dengan Hajar, kawan baru Laila lebih seronok.


Pada malam hari, Laila pun merenung apa yang dikatakan ibunya pagi tadi. “Ya Allah, apa yang aku dah buat ni, Meryem sahabat baik aku sejak kecil lagi, dia ada dengan aku susah senang bersama” , keluh Laila.


Tiba waktu pagi, Laila terus ke rumah Meryem. Laila sudah tidak sabar lagi ingin meminta maaf dengan Meryem. Sampai di pintu rumah Meryem, Laila memanggil Meryem, “Meryem oh Meryem, Laila ni”. Meryem pun keluar. Laila terus memeluk Meryem dan minta maaf. Meryem maafkan Laila. Laila berkata kepada Meryem yang dia sudah menyesal dan dia tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.


Akhirnya, Laila dan Meryem kembali menjadi sahabat karib seperti dulu. Mereka sentiasa ada bersama dan bahagia dengan kehidupan mereka.


Moral: Hargailah sahabat yang ada susah senang bersama kita.


Click to View FlipBook Version