The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NORSHAHFIRA BINTI RAZAK (22C-BM)
BSMM KUMPULAN 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp21250734, 2024-02-26 14:11:44

BUKU LOG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

NORSHAHFIRA BINTI RAZAK (22C-BM)
BSMM KUMPULAN 3

Tujuan Penubuhan BSMM Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bukanlah merupakan satu penubuhan persatuan yang dilakukan secara spontan. Sebaliknya, ianya ditubuhkan atas tujuan-tujuan tertentu seperti : • Pertubuhan terbuka tanpa membezakan agama, bangsa atau politik kepada semua orang untuk melakukan segala hal yang ditakrifkan oleh pertubuhan atau majlisnya berfaedah untuk mencapai tujuan tersebut. • Menjalankan usaha memperbaiki taraf kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan di seluruh dunia dalam masa aman atau perang. • Memberikan bantuan sukarela kepada orang cedera sama ada daripada angkatan tentera atau pihak yang menderita akibat peperangan. • Menjalankan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah satu pihak kepada konvensyen tersebut. • Mengesan perkembangan dan penguasaan ahli-ahli secara menyeluruh dalam aspek-aspek pengetahuan, intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.


• PRINSIP-PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH KEMANUSIAAN KEBERKECUALIAN KEBEBASAN KESAKSAMAAN Mencegah dan meringankan kesengsaraan dengan sedaya upayanya dimana sahaja ia wujud. Tujuan utamanya ialah melindungi nyawa dan kesihatan serta memastikan wujudnya sikap hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk sifat persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian antara manusia. Bantuan diberi tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau pendapat politik. Usaha utamanya ialah meringankan kesengsaraan dan keutamaan diberi berdasarkan kes-kes yang paling memerlukan. Untuk mempertahankan kepercayaan yang ada padanya , ia tidak menyebelahi manamana pihak atau menyertai apa-apa pertikaian yang berbentuk politik, perkauman ,agama atau ideologi. Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah pergerakan yang bebas. Walaupun Persatuan-persatuan Palng Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan membantu badan-badan awam yang berkuasa tetapi ia diberi kuasa untuk bertindak secara bebas. Pada setiap masa ia berpandu kepada prinsip-prinsip Pergerakan Palang Merah danBulan Sabit Merah


KESEJAGATAN PERKHIDMATAN KETUNGGALAN SUKARELAWAN Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan. Hanya terdapat satu Persatuan Bulan Sabit Merah atau Persatuan Palang Merah di dalam sesebuah negara. Ia adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli. Ia harus menjalankan aktiviti-aktivitinya yang berbentuk kemanusiaan diseluruh negara. Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah pergerakan antarabangsa. Persatuan-persatuan di peringkat kebangsaan mempunyai taraf, tanggungjawab dan tugas yang saksama untuk menolong antara satu sama lain.


• STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada tiga badan berasingan iaitu : 1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah - The International Committee of the Red Cross (ICRC) 2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah - International Federation of Red Cross and Red Crescent Socities (IFRC) 3. Persatuan-Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah


Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) / (ICRC) Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) adalah merupakan institusi kemanusiaan persendirian yang bertapak di Geneva, Switzerland. Negara-negara yang menan datangani keempat-empat Konvensyen Geneva pada tahun 1949 dan juga Protokolprotokol. Tambahan tahun 1977 dan 2005, telah memberi mandat kepada ICRC untuk melindungi mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsa serta konflik dalam negeri. Dalam hal ini, mangsa-mangsa tersebut termasuk mangsa kecederaan perang, tawanan, pelarian, orang awam serta mangsa lain yang tidak turut berperang. ICRC ini telah ditubuhkan pada tahun 1863 dan dianggotai rakyat Switzerland dan telah diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada 16 Oktober 1990. ICRC juga merupakan sebahagian daripada Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dan juga 186 Persatuan Kebangsaan. Ia juga merupakan satu pertubuhan yang tertua dan paling dihormati dalam pergerakan tersebut serta merupakan salah satu daripada pertubuhan yang paling diiktiraf di dunia. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, pergerakan ini pernah memenangi tiga Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1917, 1944 dan juga tahun 1963. ICRC telah hadir di Malaysia semenjak awal dekad 1970-an lagi dengan menjalinkan kerjasama bersama dengan pihak-pihak berkuasa dalam melawat orang dalam tahanan serta mempromosikan dan menyebarkan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) selaras dengan mandatnya yang telah diberikan di bawah Konvensyen Geneva pada tahun 1949. Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Kuala Lumpur menempatkan Delegasi Serantau yang meliputi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan juga Jepun serta Pusat Sumber Serantau yang menyokong kerja Delegasi-delegasi ICRC di Asia Tenggara dan Asia Timur. Cogan kata asal Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah adalah InterArma Caritas yang bermaksud “Di Tengah-tengah Peperangan, Perbuatan Amal”. Ia mengekalkan cogan kata ini sementara Pertubuhan-pertubuhan Palang Merah lain telah menerima pakai cogan kata lain. Oleh kerana kedudukan Geneva di bahagian Switzerland yang bertutur bahasa Perancis, ICRC juga dikenali dengan nama Perancisnya yang asal iaituComite International de la Croix-Rouge (CICR). Walaupun demikian, ICRC mempunyai empat bahasa rasmi iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis dan juga Bahasa Sepanyol.


Badan Pentadbir ICRC PERHIMPUNAN - Menentukan dasar am dan prinsip-prinsip yang didokong. LEMBAGA EKSEKUTIF - Bertanggungjawab terhadap hal operasi dan penyelia hal ehwal pentadbiran. DIREKTOR (Ibu Pejabat) - Mengenali pelbagai perkhidmatan yang menyokong aktiviti di medan. OPERASI (MEDAN) - Pengurusan Pentadbiran Wilayah seperti perlembagaan undang-undang kemanusiaan dan prinsip asas sumber manusia, sokongan kewangan dan pentadbiran, komunikasi dan perhubungan raya.


Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah - International Federation of Red Cross and Red Crescent Socities (IFRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ialah pertubuhan bantuan kemanusiaan di seluruh dunia yang mencapai 160 juta orang setiap tahun melalui 190 anggota Persatuan Kebangsaannya. Ia bertindak sebelum, semasa dan selepas bencana dan kecemasan kesihatan untuk memenuhi keperluan dan memperbaiki kehidupan orang yang lemah. Ia berbuat demikian dengan tidak memihak kepada kewarganegaraan, bangsa, jantina, kepercayaan agama, pendapat kelas dan politik. IFRC adalah sebahagian daripada Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa bersama dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan 190 Pertubuhan Kebangsaan. Kekuatan IFRC terletak pada rangkaian sukarela, kepakaran berasaskan komuniti dan kemerdekaan dan berkecuali. Ia berfungsi untuk memperbaiki piawaian kemanusiaan, sebagai rakan dalam pembangunan dan sebagai tindak balas kepada bencana. Ia memujuk para pembuat keputusan untuk bertindak demi kepentingan orang yang lemah. Ia berfungsi untuk membolehkan komuniti yang sihat dan selamat, mengurangkan kelemahan, menguatkan daya tahan dan memupuk budaya keamanan di seluruh dunia. Tujuh Prinsip Asas yang membimbing kerja IFRC dan anggotanya adalah: kemanusiaan, kesaksamaan, berkecuali, kemerdekaan, perkhidmatan sukarela, perpaduan dan kesatuan.


Badan Pentadbir IFRC PERHIMPUNAN AGUNG - Menentukan dasar umum yang harus diikuti oleh persatuan kebangsaan. MAJLIS EKSEKUTIF - Bertindak atas segala keputusan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung. SURUHANJAYA STATUT -5 suruhanjaya iaitu kewangan, belia, bantuan bencana, pembangunan dan kesihatan SEKRETARIAT - Mempratikkan segala keputusan yang dibuat oleh badan pemerintahan di Ibu Pejabat Geneva.


Persatuan-Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Peranan utama : memberi penjagaan perubatan kepada mereka yang sakit dan luka di medan perang. Pada Oktober 1863, kerajaan Genevat elah menghantar wakil-wakil mereka ke sesuatu perhimpunan di Geneva yang memutuskan bahawa Persatuan Bantuan Perubatan perlu ditubuhkan. STRUKTUR ORGANISASI BULAN SABIT MERAH PERINGKAT KEBANGSAAN Satu organisasi pusat mengandungi: a) Senat PBSMM b) Majlis Kebangsaan c) Jawatan kuasa-jawatan kuasa Kebangsaan. • Mempunyai cawangan-cawangan dan jawatankuasa serta beberapa jawatan kuasa kecil masing-masing di setiap negeri dan wilayah-wilayah Persatuan Malaysia. • Setiap cawangan mempunyai unit-unit kecil dan jawatan kuasa masing-masing. SENAT PBSM • Senat PBSM merupakan badan tertinggi dalam struktur organisasi PBSMM tetapi tidak mempunyai kuasa ekseutif dan mengandungi tidak lebih daripada 25 senator pada suatu masa.


• Pelantikan Senator PBSMM akan ditentukan atas budi bicara Majlis Kebangsaan dan dilantik daripada kalangan ahli-ahli PBSMM yang terkenal sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan mereka yang cemerlang. • Peranan utamanya adalah untuk meningkatkan imej dan matlamat persatuan. MAJLIS KEBANGSAAN Merupakan badan terpenting yang mempunyai kuasa mengendalikan pengurusan serta pengawalan semua hal ehwal persatuan. Majlis ini mengandungi anggota-anggota seperti berikut :- a) Pengerusi Kebangsaan. b) Timbalan Pengerusi Kebangsaan. c) Empat orang Naib PengerusiKebangsaan. Seorang daripadanya dipilihdi kalangan Pengerusi Cawangan. d) Pengerusi Jawatankuasa-JawatankuasaKebangsaan. e) Pengarah Perkhidmatan Perubatanangkatan Tentera Malaysia. f) Ketua Pertubuhan Perubatan Malaysia. Majlis Kebangsaan mengadakan sekurang-kurangnya tiga mesyuarat dalam setahun dan memerlukan 1/3 kehadiran ahli untuk membentuk kumpulan.


• STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT CAWANGAN PENGERUSI PENASIHAT KEHORMAT TIMBALAN PENGERUSI NAIB PENGERUSI PENGARAH PEGAWAI PERUBATAN KEHORMAT SETIAUSAHA CAWANGAN BENDAHARI KEHORMAT PENOLONG PENGARAH LATIHAN PENOLONG PENGARAH PBS PENOLONG PENGARAH BELIA DAN KANAK-KANAK KUARTER MASTER AJK KECIL WAKIL DAN JABATAN KERAJAAN CABANG DAERAH KECIL PASUKAN BERUNIFORM


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT IPG


• UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA APAKAH ITU UUKA? Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) ialah satu set peraturan yang bertujuan untuk mengehadkan kesan konflik bersenjata ke atas manusia dan objek-objek awam. UUKA juga dikenali sebagai undang-undang peperangan atau undang-undang konflik bersenjata. UUKA melindungi manusia dalam kategorikategori tertentu dan mengehadkan kaedah dan cara berperang. Mesej-mesej utama UUKA adalah • Dilarang menyerang orang yang tidak terlibat atau sudah tidak lagi terlibat dalam konflik bersenjata. • Dilarang menggunakan senjata-senjata yang tidak boleh membezakan antara orang awam dan kombatan atau senjata yang mengakibatkan penderitaan dan kerosakan yang tidak munasabah. UUKA melindungi orang yang tidak terlibat atau yang sudah tidak lagi terlibat dalam pertempuran seperti orang awam, golongan yang tercedera, mereka yang sakit, tawanan perang, tahanan-tahanan lain, mangsa kapal karam dan anggotaanggota tentera perkhidmatan perubatan dan keagamaan. Nyawa mereka hendaklah dihormati dan pihak-pihak kepada konflik mesti memberi mereka bantuan dan layanan berperikemanusiaan tanpa diskriminasi. Contohnya, orang awam tidak boleh menjadi sasaran serangan, mereka yang tercedera dan sakit mesti dikumpul dan dijaga, tawanan dan tahanan mesti dilayan dengan perikemanusiaan dan mendapat jaminan kehakiman. UUKA melindungi objek-objek awam seperti hospital, ambulans dan harta kebudayaan yang penting, termasuk rumah ibadat, karya seni dan monumen bersejarah. UUKA juga melarang pemusnahan infrastruktur yang diperlukan demi kelangsungan kehidupan orang awam (seperti sumber dan bekalan air bersih dan selamat) dan yang bersifat berbahaya (seperti stesen-stesen jana kuasa nuklear).


UUKA mengehadkan jenis senjata dan taktik ketenteraan yang boleh digunakan dalam konflik bersenjata. Senjata dan kaedah peperangan yang tidak membezakan antara mereka yang mengambil bahagian dalam pertempuran (kombatan) dan mereka yang tidak mengambil bahagian (orang awam serta harta benda awam), adalah dilarang di bawah UUKA. UUKA juga mengharamkan penggunaan senjata yang mengakibatkan kecederaan atau penderitaan yang tidak munasabah. Taktiktaktik yang mengakibatkan kerosakan dan pencemaran teruk atau berpanjangan terhadap alam sekitar juga adalah dilarang. UUKA hanya terpakai ketika konflik bersenjata, antarabangsa (iaitu antara dua atau lebih negara) dan konflik bersenjata bukan antarabangsa (iaitu yang berlaku di dalam wilayah sesebuah negara). Apabila sesuatu konflik bermula, UUKA berkuat kuasa secara sama rata ke atas semua pihak tanpa mengambil kira punca-punca berlakunya konflik tersebut atau siapa yang memulakannya. UUKA adalah suatu bidang undang-undang yang hakikatnya adalah praktikal dan mengimbangi secara cermat matlamat kemanusiaan dengan kehendak ketenteraan. UUKA terkandung dalam triti, konvensyen dan undang-undang adat antarabangsa (iaitu peraturan-peraturan yang berkembang mengikut masa berlandaskan amalan negara-negara yang konsisten, dengan kepercayaan bahawa amalan tersebut mengikat secara sah di sisi undang-undang). Elemen-elemen utama UUKA terkandung dalam keempat-empat Konvensyen Geneva 1949 dan ketiga-tiga Protokol Tambahannya; selain triti antarabangsa lain yang relevan, seperti yang berkaitan dengan kawalan senjata tertentu dan pendakwaan penjenayah perang. Senarai triti antarabangsa yang utama serta ringkasannya terkandung di bahagian belakang buku panduan ini.


• PEMBANGUNAN KONVENSYEN-KONVENSYEN GENEVA PENGENALAN • Konvensyen Geneva adalah satu siri istilah umum konvensyen antarabangsa mengenai perlindungan orang awam dan mangsa perang di 1864-1949 menyimpulkan di Geneva, Switzerland. Konvensyen Geneva pada 21 Oktober 1950 yang berkesan 10 Jun 1977 dan ditandatangani dua Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva di Geneva, dan 7 Disember 1978 berkuat kuasa. Konvensyen ini dianggap sebagai bahagian penting dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa, adalah di bawah kekangan keadaan perang dan konflik menentang pihak peraturan berwibawa kelakuan dokumen undang-undang. China menyertai Konvensyen pada tahun 1956. 12 Ogos 2009, "ulang tahun ke60 Konvensyen Geneva 'telah ditandatangani. • Geneva sedia ada (empat) Konvensyen, termasuk 12 Ogos 1949 di Geneva membuat kesimpulan lagi empat undang-undang asas kemanusiaan antarabangsa, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang antarabangsa untuk standard kemanusiaan. Mereka terutamanya yang berkaitan kepada mangsa-mangsa perang, rawatan tawanan perang dan orang awam di masa perang. Mereka tidak menjejaskan penggunaan 1899 dan 1907, "Konvensyen Hague" merangkumi penggunaan senjata dan pada tahun 1925 untuk gas dan biologi dalam "Perjanjian Geneva". Sehingga 2007, sebanyak 194 buah negara dan wilayah dengan cara yang berbeza untuk menjadi Pihak "Konvensyen Geneva" adalah. Konvensyen ini dianggap sebagai bahagian penting dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa, adalah di bawah kekangan keadaan perang dan konflik menentang pihak peraturan berwibawa kelakuan dokumen undang-undang. Pada tahun 1906, kerajaan Qing menandatangani pengiktirafan "Konvensyen Geneva." New China menyertai Konvensyen pada tahun 1956, manakala konvensyen yang dicadangkan empat tempahan: bukan melindungi negara ini mesti diluluskan oleh pelindung persetujuan negara; tawanan perang atau orang awam telah diserahkan negaranya, yang asli masih Kuasa menahan hendaklah menetapkan kewajipan; di luar wilayah yang diduduki juga perlu memohon kepada perlindungan Konvensyen orang awam; penjenayah perang tidak menikmati tawanan perang status.


SEJARAH • Penubuhan Konvensyen Geneva adalah hasil daripada usaha-usaha Henry Dunant, pada tahun 1859, beliau menyaksikan kengerian perang di Solferino perang. Pada tahun 1862, Henry Dunant "Shafeililuo kenangan" dalam keterangan Akta tahun 1859, bertujuan untuk kengerian perang Austria kempen Shafeililuo untuk membangkitkan dunia untuk menyelamatkan mangsa yang cedera dalam masalah perhatian masa perang, dan Amerika menyokong pembentukan badanbadan ambulans. • 1863 mengasaskan Persidangan Antarabangsa Geneva organisasi Palang Merah ingin kakitangan cedera dan perubatan "berkecuali." 22 Ogos 1864, Switzerland, Perancis, Belgium, Belanda, Portugal, 12 negara menandatangani "peningkatan Battlefield cedera dan sakit dalam Angkatan Tentera dalam keadaan Konvensyen Geneva" di Geneva. Konvensyen menyediakan kedudukan neutral dan kecederaan tentera di hospital tentera dan kakitangan perubatan harus diterima tanpa mengira kewarganegaraan, dan penjagaan dan sebagainya. • Pada tahun 2005, tiga pada tahun 1977 dan menjadi sebahagian daripada pengubahsuaian Konvensyen Geneva. Dengan pertama kirakira ICRC telah ditubuhkan pada tahun 1863 dan diperolehi dengan menggunakan. Text muncul di resolusi Persidangan Antarabangsa Geneva 26 oktober 1863 hingga 29 Oktober masuk Dalam 2 Ogos 2006, apabila Republik Montenegro menerima pakai empat konvensyen, mereka telah diiktiraf oleh 194 buah negara. Semua kawasan menguncup perlu untuk membangunkan undang-undang yang mencukupi telah dilanggar apabila Konvensyen Geneva untuk membuat kesalahan jenayah yang serius.


Konvensyen Battlefield 22 Ogos 1864 kepada Konvensyen Geneva "kepada memperbaiki keadaan Konvensyen cedera" 6 Julai 1906 kepada Konvensyen Geneva "untuk meningkatkan Battlefield Konvensyen cedera dan sakit dalam Angkatan Tentera dalam keadaan." 27 Julai 1929 Konvensyen Geneva Pertama "Meningkatkan Konvensyen Battlefield cedera dan sakit dalam Angkatan Tentera dalam keadaan." 12 Ogos 1949 Konvensyen Geneva Pertama "Meningkatkan Konvensyen Battlefield cedera dan sakit dalam Angkatan Tentera dalam keadaan." Perlindungan Maritim 2. Jul 29, 1899 Konvensyen Hague III, "Prinsip-prinsip atas permohonan Konvensyen Geneva pada konvensyen tentera laut" 18 Oktober 1907 Kesepuluh Hague Konvensyen "terpakai prinsip-prinsip Konvensyen Geneva, Konvensyen tentera laut" 12 Ogos 1949 Konvensyen Geneva Kedua "Meningkatkan Angkatan Tentera di Konvensyen Laut cedera, sakit dan terdampar Keadaan". 3 Rawatan Tawanan Perang "Undang-undang dan Kastam Tanah Peperangan Konvensyen" Hague Konvensyen II 29 Julai 1899


• PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN o Protokol Tambahan kepada Konvensyen-Konvensyen Geneva bertarikh 12 Ogos 1949, berkaitan perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsa (Protokol I) 8 Jun 1977 Memperluas perlindungan kepada orang awam dan mengehadkan cara dan kaedah peperangan. o Protokol Tambahan kepada Konvensyen-Konvensyen Geneva bertarikh 12 Ogos 1949, berkaitan perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjata yang bukan antarabangsa (Protokol II) 8 Jun 1977 Mengandungi jaminan-jaminan asas untuk orang yang tidak terlibat dalam pertempuran ketika konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyatakan peraturan-peraturan tentang perlindungan orang awam dan objek-objek serta pemasangan-pemasangan yang penting untuk kemandirian mereka. o Protokol Pilihan kepada Konvensyen Hak Kanak-Kanak tentang Penglibatan Kanak-Kanak dalam Konflik Bersenjata 25 Mei 2000 Menghendaki negara-negara pihak untuk mengambil semua langkah munasabah bagi memastikan bahawa anggota-anggota angkatan tentera mereka yang belum mencapai umur 18 tahun tidak terlibat dalam permusuhan. o Protokol Tambahan kepada Konvensyen-Konvensyen Geneva bertarikh 12 Ogos 1949, berkaitan dengan penerimapakaian lambang tambahan tersendiri (Protokol III) 8 Disember 2005 Memperuntukkan lambang baharu, lazimnya dikenali sebagai kristal merah, untuk digunakan di samping palang merah dan bulan sabit merah sebagai lambang perlindungan


• TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA Menggesa setiausaha agung melantik lebih banyak wanita sebagai wakil dan utusan khas untuk menjadi penghantar bagi pihaknya. Melahirkan kesanggupan untuk mencantumkan perspektif jantina ke dalam operasi menjaga keamanan dan menggesa setiausaha agung supaya memastikan di mana sesuai operasi lapangan meliputi komponen jantina Melindungi wanita dan gadis dari berlainan jantina terutamanya jenayah rogol, penganiayaan seks dan bentuk lain keganasan dalam keadaan konflik bersenjata. Menggesa negara-negara yang menganggotai PBB supaya memastikan perwakilan wanita dipertingkatkan di semua peringkat. Negara-negara yang terlibat perlu berunding dan melaksanakan perjanjian keamanan dan mengamalkan perspektif jantina termasuk: Langkah-langkah yang menyokong usaha wanita tempatan dan peribumi bagi penyelesaian konflik.


Memberikan hak kepada kaum wanita untuk membuat keputusan dalam institusi nasional dan dalam mekanisme bagi mencegah pengurusan serta menyelesaikan konflik. Menggesa setiausaha agung mencari jalan untuk meluaskan peranan serta sumbangan wanita dalam operasi lapangan PBB dan pemerhati tentera, polis awam dan personal hak asasi manusia. Menghormati sepenuhnya undang-undang antarabangsa mengenai hak-hak dan perlindungan wanita serta gadis terutama kewajipan yang dikaitkan dengan mereka di bawah Konvensyen Geneva (1949). Negara-negara agung perlu menambahkan sokongan sukarela kewangan, teknikal dan logistik bagi usaha latihan yang peka terhadap jantina. Menghentikan inpuniti dan mendakwa di mahkamah mereka yang bertanggungjawab bagi penghapusan genosid, jenayah terhadap manusia, jenayah perang termasuk yang berkaitan dengan keganasan terhadap wanita dan gadis-gadis.


• KONVENSYEN-KONVENSYEN HAGUE OBJEKTIFOBJEKTIF KONVENSYEN HAGUE Perbincangan barkaitan Undangundang Antarabangsa Perlindungan mangsa-mangsa perang daripada senjata Tandatangani persetujuan dan persefahaman perjanjian antarabangsa Perlindungan kepada objekobjek balai seni dan tugu peringatan


HAGUE I • Pacifif Settlement of International Disputes • Ditandatangani pada 29 Julai 1899 • Dikuatkuasa pada 4 September 1900 • Bertujuan mengekalkan keamanan antara negara • Jika terdapat pertelingkahan hendaklah ditandatangani secara rundingan sebelum mengangkat senjata HAGUE II • Ditandatangani pada 29 Julai 1899 • Dikuatkuasa pada 4 September 1900 • Diilhamkan semasa persidangan Brussels 1874 • Pihak yang bertelagah perlu menghormati undnag-undang dengan cara-cara peperangan perlu dipatuhi oleh semua pihak • Sekiranya mereka ditawan, mereka berhak dilayan sebagai tahanan perang HAGUE III • Undang-undang peperangan adalah adaptasi peperangan maritim (22 Ogos 1864) • Prinsip Konvensyen Geneva: Penyesuaian peperangan di laut • Kemudahan perubatan (hospital kapal tentera) • Kapal tersebut tidak boleh digunakan dalam tujuan peperangan • Dicat dengan warna putih dengan garisan melintang bewarna merah HAGUE IV • Contracting Power telah bersetuju untuk menyekat pembebasan gas beracun • Kewujudan deklarasi tersebut terikat kepada Contracting Power dalam kes peperangan antara dua atau lebih pihak yang terlibat • Deklarasi harus disahkan segera dan pengesahan seharusnya dimulakan di Hague dengan cara menulis notis kepada Kerajaan Netherland.


• LAMBANG/LEMBLEM PENGENALAN LAMBANG • Idea awal untuk menggunakan tanda pengenalan (lambang/emblem) atau warna untuk menandakan ambulans atau hospital bukannya direka oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) • Tanda-tanda yang berbagai saiz, rupa bentuk dan warna telah digunakan oleh pelbagai negara beberapa tahun sebelum penubuhan ICRC


SEJARAH PEMBENTUKAN LAMBANG 17 Februari 1863: Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orangorang Cedera semasa Perang sewaktu mesyuarat pertamanya mengemukakan cadangan supaya satu lambang digunakan oleh sukarelawan, ambulans dan hospital yang mana dihormati oleh semua pihak terlibat dalam konflik. 22 Ogos 1864: Diiktiraf sebagai lambang perkhidmatan perubatan dalam perang melalui Persidangan Diplomatik 1864 dan dimasukkan dalam peraturan peperangan Lambang ini dipakai pada bendera yang digunakan di hospital, ambulans dan pasukan penyelamat. Ia juga dipakai pada lengan menandakan si pemakainya berada di pihak neutral. Bangunan, kenderaan atau orang yang memakai lambang ini tidak boleh diserang malah sepatutnya diberi perlindungan dan pertolongan oleh mana pihak pun. 13 April 1877-13 Januari 1878: Perang Russia - Turki (The Russo-Turkish War) meletus. Walaupun telah menandatangi Konvensyen Geneva I, Turki mengisytiharkan akan menggunakan lambang Bulan Sabit Merah tetapi pada masa sama masih menghormati penggunaan lambang Palang Merah oleh pihak lawan. ICRC memberikan persetujuan sementara kepada Turki untuk menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sewaktu konflik ini 26-29 Oktober 1863: Cadangan penggunaan lambang Palang Merah dikemukakan semasa Persidangan Antarabangsa Geneva 1863. Lambang ini secara khususnya ialah lambang palang berwarna merah yang diletakkan di atas permukaan berwarna putih. Lambang ini merupakan bendera Switzerland yang diterbaikkan warnanya yang merupakan penghormatan kepada negara tersebut.


1929: Persidangan Diplomatik telah diadakan bagi menyemak Konvensyenkonvensyen Geneva. Persidangan bersetuju dengan cadang Turki. Mesir dan Parsi untuk memberi pengiktirafan kepada lambang Bulan Sabit Merah dan lambang Singa dan Matahari Merah. Lambang Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Singa dan Matahari Merah adalah setaraf di dalam Konvensyen Geneva 1999: Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merahmengemukakan cadangan penubuhan Kumpulan Kerja Bersama Negara dan Persatuan Kebangsaan bagi membentuk lambang yang boleh diterima oleh semua pihak. 1949: Tiga cadangan dikemukakan sewaktu Persidangan Diplomatik yang akhirnya ditolak: → Cadangan oleh Belanda supaya menggunakan satu lambang baru → Cadangan supaya kembali menggunakan hanya lambang Palang Merah 2000: Kumpulan Kerja mengemukakan penyelesaian iaitu lambang tambahan. Rekabentuk lambang tambahan ini membolehkan: → Memasukkan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah sebelah menyebelah → Memasukkan lain-lain lambang yang diiktiraf oleh Negara tersebut berdasarkan penerimaan Konvensyen Geneva dan ICRC 2005: Protokol Tambahan III diterima sewaktu Persidangan Diplomatik yang diadakan di Geneva. Maka lambang Kristal Merah diiktiraf setaraf dengan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.


LAMBANG


LAMBANG-LAMBANG YANG DITOLAK


• PENGENALAN/INDIKATIF & PERLINDUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LAMBANG DAN SIGNIFIKANNYA PERLINDUNGAN DENGAN MENGGUNAKAN LAMBANG • kegunaan tanda penyampai sebagai sesuatu maksud di segi undang-undang bukanlah sesuatu yang biasa kegunaaan lambang palang merah/ bulan sabit merah: ✓ kegunaan yang asal adalah untuk perlindungan yang lebih terpakai semasa peperangan atau konflik ✓ kegunaan yang lebih baru adalah untuk pengenalan yang lebih terpakai semasa aman MASA PERLINDUNGAN TANDA PERLINDUNGAN TANDA PENGENALAN Sewaktu konflik Perkhidmatan perubatan dan kakitangan agama angkatan tentera Kakitangan perubatan, unit perubatan dan pengangkutan Persatuan Kebangsaan dengan kebenaran kerajaan, hospital awam, unit perubatan awam dan lainlain badan khidmat sukarela, kemudahan perubatan, kakitangan dan pengangkutan perubatan awam Persatuan Kebangsaan IFRC ICRC Sewaktu aman Perkhidmatan perubatan dan kakitangan agama angkatan tentera Kemudahan perubatan dan pengangkutan persatuan kebangsaan Badan, individu dan objek yang berkaitan dengan Persatuan Kebangsaan, ICRC dan IFRC Ambulans dan pusat rawatan kecemasan percuma yang mendapat kelulusan Persatuan Kebangsaan


• UNDANG-UNDANG ASAS KONVENSYEN x Melindungi kombatan yang tercedera dan sakit, kakitangan yang merawat mereka, bangunan tempat mereka berlindung dan peralatan yang digunakan untuk manfaat mereka. Memperluas perlindungan kepada orang awam dan mengehadkan cara dan kaedah peperangan Melindungi anggotaanggota angkatan tentera yang telah ditawan. Memperuntukkan peraturan tentang layanan terhadap mereka serta hakhak dan kewajipan kuasa yang menahan Memperluas perlindungan kepada kombatankombatan yang karam dan mengawal selia keadaan di mana mereka boleh dibantu PERLINDUNGAN MASA PERANG


PERLINDUNGAN MASA PERANG Melarang negara-negara pihak daripada membangunkan, mengeluarkan, mengumpul stok atau sebaliknya, memperoleh atau menyimpan dalam apa jua cara Mengawal selia pemindahan antarabangsa senjata-senjata, amunisi dan bahagian-bahagian serta komponenkomponen konvensional, demi meringkan penderitaan manusia Melarang penggunaan senjata-senjata pembakar terhadap orang dan objek awam dan mengehadkan penggunaannya terhadap sasaran ketenteraan Melarang penggunaan senjata yang mencederakan melalui serpihan-serpihan yang tidak dapat dikesan oleh sinar-X


Melindungi monumenmonumen seni bina, kesenian atau bersejarah dan harta kebudayaan yang lain Memperkasa perlindungan harta kebudayaan, penguatkuasaan terhadap pelanggaran dan memperluas aplikasinya kepada konflik dalam negeri Melarang penggunaan bagi tujuan ketenteraan atau kegunaan untuk pertempuran yang lain, iaitu sebagai senjata peperangan, teknik-teknik pengubahsuaian alam sekitar atau geofizikal yang mempunyai kesan meluas berterusan atau teruk Memperuntukkan langkahlangkah pencegahan eksport harta kebudayaan dari wilayah yang diduduki dan memastikan penjagaan dan pemulangan harta tersebut PERLINDUNGAN OBEJK-OBJEK TERTENTU


BAB 3: ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH


• PROGRAM UNIT BERUNIFORM BSMM DI SEKOLAH RENDAH PROGRAM BSMM DI SEKOLAH RENDAH (SK SUNGAI PASIR KECHIL) SESI TAKLIMAT SEBELUM PROGRAM


SESI TAKLIMAT BERSAMA MURID DAN PEMBAHAGIAN MURID MENGIKUT STESEN


AKTIVITI BALUTAN DI SETIAP STESEN


MAJLIS PENUTUP


SESI FOTOGRAFI


RUJUKAN


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version