The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liana, 2022-11-13 22:09:23

Glosari MySPC

Glosari MySPC

GLOSARI
PERLINDUNGAN SOSIAL

MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA
MALAYSIAN SOCIAL PROTECTION COUNCIL - MySPC

JABATAN PERDANA MENTERI
MALAYSIA
1 MAC 2022



KERAJAAN MALAYSIA

GLOSARI
PERLINDUNGAN SOSIAL

MASLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA
MALAYSIA SOCIAL PROTECTION COUNCIL - MySPC

JABATAN PERDANA MENTERI
MALAYSIA
1 MAC 2022



GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC i

ISI KANDUNGAN Muka Surat
2
No. Kandungan
1. Tujuan 2
2. Perlindungan Sosial
3. Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) 3
4. Glosari Teras Bantuan Sosial
• Definisi 4
• Ciri-ciri Am 4
• Objektif 4
• Skop 5
• Kumpulan Sasar 5
• Kumpulan Fokus 5
• Bidang Fokus 6
• Kategori 6
• Kaedah Pemberian Bantuan 6
• Ketetapan Penentuan Bantuan Sosial 7
8
5. Glosari Teras Insurans Sosial
• Definisi 9
• Ciri-ciri Am 9
• Objektif 9
• Skop 9
• Kumpulan Sasar 10
• Kumpulan Fokus 10
• Bidang Fokus 11
• Lain-lain 11
• Ketetapan Penentuan Insurans Sosial 13
20
6. Glosari Teras Intervensi Pasaran Buruh
• Definisi 21
• Ciri-ciri Am 21
• Objektif 21
• Skop 21
• Kumpulan Sasar 22
• Kumpulan Fokus 23
• Bidang Fokus 23
• Lain-lain 23
• Ketetapan Penentuan Intervensi Pasaran Buruh 25
26
7. Data Structure Definition (DSD) – Bantuan Sosial
8. Tarikh Kuat Kuasa 27

32

2 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL

1. TUJUAN

1.1 Glosari Perlindungan Sosial ini disediakan sebagai rujukan dan
panduan kepada setiap kementerian/ agensi berkaitan dalam
pelaksanaan program perlindungan sosial di Malaysia.

2. PERLINDUNGAN SOSIAL

2.1 Perlindungan sosial merujuk kepada perlindungan yang
diberikan kepada rakyat melalui satu siri tindakan asas sebagai
persediaan kepada pelbagai risiko ekonomi, sosial dan alam
sekitar untuk memastikan kesejahteraan rakyat sepanjang
kitaran hidup mereka.

2.2 Struktur perlindungan sosial dibentuk berasaskan kepada

keperluan untuk melindungi kepentingan dan memenuhi

keperluan spesifik rakyat, dalam menghadapi kehidupan dan

cabaran semasa serta persekitaranyang berisiko. Ia dilaksanakan

bukan sahaja bagi menangani isu-isu berkaitan keperluan

asas dan kemiskinan tetapi juga bagi meningkatkan potensi dan

keupayaan kumpulan sasar bagi menghadapi cabaran semasa

dan melindungi mereka daripada masalah-masalah persekitaran

yang tidak menentu.

2.3 Terdapat empat elemen utama yang perlu diambil kira dalam

menyediakan perlindungan sosial yang komprehensif dan

bersepadu iaitu perlindungan, pencegahan, promosi dan

transformasi. Perlindungan sosial di Malaysia terbahagi kepada

tiga teras utama iaitu Bantuan Sosial, Insurans Sosial dan

Intervensi Pasaran Buruh. Bagi memastikan asas penyediaan

perlindungan sosial ini cekap dan berkesan serta sampai kepada

kumpulan sasar yang layak dan tepat, maka ketiga-tiga teras t

ersebut perlu disokong oleh pengurusan data yang efisien dan

bersepadu.

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 3

Rajah 1 : Teras Perlindungan Sosial Malaysia

3. MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA (MySPC)

3.1 Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) yang ditubuhkan
pada 28 Oktober 2016 telah diaktifkan semula sebagai
badan induk penyelarasan dasar dan program perlindungan
sosial bagi memperkasakan sistem perlindungan sosial negara.

3.2 Empat Jawatankuasa Kerja di bawah MySPC diwujudkan bagi

menyokong fungsi MySPC.

3.3 Struktur MySPC adalah seperti berikut: (Sila rujuk muka surat
sebelah)

4 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

Rajah 2 : Struktur Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC)

4. GLOSARI TERAS BANTUAN SOSIAL

4.1 Definisi
Bantuan Sosial ialah sebarang bentuk usaha untuk meningkatkan
kesejahteraan hidup kumpulan sasar/ rakyat dalam meneruskan
kelangsungan hidup, mengubah status sosial dan menambah
nilai dalam kehidupan.

4.2 Ciri-Ciri Am

(a) Pemberian bantuan atau subsidi (bersasar) melalui

kelulusan permohonan bantuan kepada individu atau

institusi;

(b) Kadar dan nilai bantuan serta kekerapan adalah

berdasarkan skop pelaksanaan program kendalian

agensi berkenaan; dan

(c) Kaedah pemberian bantuan sosial lazimnya diberikan
berbentuk tunai, barangan, subsidi dan inisiatif khusus.

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 5

4.3 Objektif

a) Menyelaras pelaksanaan dasar dan strategi bantuan

sosial merentasi kementerian/jabatan/agensi;

(b) Merangka pelan tindakan bagi bantuan sosial untuk

kelulusan Jawatankuasa Teknikal Perlindungan Sosial

(JTPS);

(c) Memantau pelaksanaan program-program dan aktiviti

dalam pelan tindakan bantuan sosial oleh kementerian/

jabatan/agensi yang bertanggungjawab; dan

(d) Menyediakan laporan berkala berdasarkan input

daripada kementerian/jabatan/agensi yang

bertanggungjawab untuk dilaporkan kepada JTPS.

4.4 Skop

(a) Menganalisis dan mengenal pasti jurang bantuan sosial;

(b) Mewujudkan lantai perlindungan sosial;

(c) Merasionalkan dan menggabungkan program bantuan

sosial;

(d) Meningkatkan akses kemudahan dan liputan bagi
tempat tinggal, pendidikan, pendapatan, nutrisi,
penjagaan kesihatan dan mobiliti; dan



(e) Mengkaji semula dan mengenal pasti bantuan untuk

kumpulan rentan dan kumpulan sasar.

4.5 Kumpulan Sasar

(a) Kanak-kanak

Individu yang di bawah umur 18 tahun.

(Akta Kanak-Kanak 2001 – Akta 611)

(b) Dewasa

Individu yang berumur 18 hingga 59 tahun.

(c) Warga emas

Individu yang berumur 60 tahun dan ke atas.

(Dasar Warga Emas Negara 2011)

6 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

4.6 Kumpulan Fokus

(a) Individu atau Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah had

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

(b) Individu/keluarga/komuniti yang tergolong sebagai

kumpulan sasaran agensi pemberi bantuan sosial dan

tertakluk kepada kriteria khusus skop program agensi.

(c) Individu Kumpulan B40 dan M40, tertakluk kepada syarat

dan kriteria program bantuan sosial oleh agensi pemberi

bantuan.

4.7 Bidang Fokus

(a) Kelangsungan Hidup (KH)

Pemenuhan keperluan hidup (survival) sebagai asas

bagi meneruskan kehidupan daripada aspek makanan,

pakaian dan tempat kediaman.

(b) Mobiliti Sosial (MS)

Penyediaan peluang peningkatan taraf kehidupan

penerima bantuan sosial, kumpulan sasar/klien

yang berbentuk intervensi bagi menangani isu

kemiskinan (poverty), ketidaksamarataan peluang

(inequality) dan keadaan rentan (vulnerablitity) dalam

aspek sosial seperti kesihatan dan pemakanan,

pendidikan, perumahan, pengangkutan termasuk

keluarga dan komuniti bagi mencapai kesejahteraan

hidup.

(c) Nilai Tambah (NT)

Penyediaan peluang bagi meningkatkan keupayaan untuk

menghadapi risiko dan meningkatkan akses untuk

mendapat perkhidmatan yang memberi nilai tambah

kepada kesejahteraan kehidupan dalam aspek

kerohanian, spiritual, sistem sokongan (material & bukan

material), pengukuhan dan intervensi khusus.

4.8 Kategori

(a) Umum

Program bantuan sosial yang diberikan kepada semua

golongan masyarakat, tidak perlu mengemukakan

permohonan, layak mendapat manfaat secara automatik.

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 7

Manfaat secara menyeluruh kepada semua masyarakat
tanpa mengira had pendapatan tertentu.

(b) Khusus (Individu)

Bantuan sosial yang diberikan kepada individu tertentu

yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan

oleh agensi pemberi bantuan setelah permohonan

diluluskan. Individu perlu mengemukakan permohonan.

(c) Khusus (Institusi)

Bantuan sosial berbentuk penyaluran dana Kerajaan

kepada institusi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

(NGO) dalam bentuk geran, insentif, elaun khas,

tabung, perlaksanaan program tertentu bagi sesuatu

kelompok tertentu bagi menyediakan perkhidmatan dan

melaksanakan program bantuan sosial kepada kumpulan

tertentu yang telah ditetapkan.

4.9 Kaedah Pemberian Bantuan

(a) Tunai

Pemberian secara tunai kepada penerima manfaat.

(b) Barangan

Pemberian bantuan dalam bentuk barangan atau bukan

tunai.

(c) Inisiatif

Pelaksanaan program tambahan bersasar dan berbentuk

sokongan kepada penerima manfaat.

(d) Subsidi

Pemberian oleh Kerajaan kepada golongan

berpendapatan rendah sama ada dengan menampung

sebahagian kos yang perlu dibayar oleh rakyat atau

pemberian subsidi sepenuhnya bagi meringankan beban

kewangan rakyat sebagai penerima manfaat.

8 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

4.10 Ketetapan Penentuan Bantuan Sosial
(a) Sektor Berkaitan Bantuan Sosial

Sektor Bantuan Sosial Bukan Bantuan Sosial
Pendidikan
Bantuan sosial yang Keistimewaan kerana
diberikan kepada individu perkhidmatan,
atau kumpulan sasaran contohnya:
tertentu bagi menyokong i. Hadiah Latihan
pelaksanaan program
yang menjurus dalam Persekutuan (HLP)
aspek pendidikan bermula kepada penjawat
daripada peringkat awam.
pendidikan awal kanak-
kanak, peringkat sekolah ii. Program Pendidikan
rendah, menengah, kepada Pegawai
Institut Pengajian Perkhidmatan
Tinggi (IPT) dan institusi Pendidik (PPP) dan
pendidikan lain serta Bakal PPP.
aktiviti yang berkaitan
dengannya. iii. Program kepada
tenaga pengajar di
Universiti Awam (UA).

Kesihatan Kemudahan dan Kemudahan kesihatan
perkhidmatan kesihatan yang hanya boleh
yang boleh dinikmati dinikmati oleh penjawat
oleh semua golongan awam, pesara dan
masyarakat sama ada keluarga dianggap
yang bersifat saringan, sebagai insurans sosial
rawatan dan perubatan, kerana kemudahan
peralatan, sokongan dan ini boleh dinikmati
subsidi. sebagai balasan kerana
berkhidmat dalam
perkhidmatan awam
(manfaat perkhidmatan).

(b) Lain-lain Ketetapan

Sektor Bantuan Sosial Bukan Bantuan Sosial
Am
Dinikmati oleh semua Program yang
Caruman golongan masyarakat merupakan manfaat
yang menepati syarat dan kepada perkhidmatan
kriteria kelayakan bagi (Contoh: Perkhidmatan
sesuatu program bantuan. Awam – Penjawat
Awam dan Pesara).
Dikategorikan sebagai
program Insurans Sosial.

Tidak melibatkan Program Insurans Sosial
sumbangan/ caruman sekiranya melibatkan
individu. elemen sumbangan/
caruman individu.

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 9

Sektor Bantuan Sosial Bukan Bantuan Sosial

Pekerjaan Program latihan Program latihan dan
dan kemahiran yang kemahiran ke arah
melibatkan elemen pekerjaan dianggap
pekerjaan (Bantuan Sosial sebagai program
– Nilai Tambah) Intervensi Pasaran
Buruh.

Elaun Pelatih Bayaran elaun ke arah Bayaran elaun pelatih
kelangsungan hidup. dalam program latihan
dan kemahiran ke arah
pekerjaan dianggap
sebagai program
Intervensi Pasaran
Buruh.

Sumber Peruntukan: -
Kewangan • Persekutuan (Fasa 1)
• Kerajaan Negeri (Fasa

2)
• NGO dan Korporat

(Fasa 3)

5. GLOSARI TERAS INSURANS SOSIAL

5.1 Definisi

Satu set faedah terjamin tertakluk kepada caruman/sumbangan

individu, pekerja dan/atau majikan, institusi atau Kerajaan bagi

perlindungan daripada bencana pekerjaan, keilatan, kehilangan

pekerjaan, kesihatan, persaraan dan kematian.

5.2 Ciri-Ciri Am

(a) Dibiayai melalui caruman atau sumbangan pekerja/

majikan/kerajaan/individu;

(b) Manfaat berdasarkan caruman/pekerjaan yang

ditakrifkan dalam rang undang-undang berkenaan; dan

(c) Manfaat dibiayai oleh pengumpulan sumber dan

perkongsian risiko atau simpanan individu.

5.3 Objektif

(a) Mengkaji dan merangka dasar, strategi dan pelan

tindakan bagi Insurans Sosial;

10 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

(b) Menyelaras pelaksanaan program-program dan aktiviti

dalam pelan tindakan Insurans Sosial oleh kementerian/

jabatan/agensi yang terlibat; dan

(c) Menyediakan laporan prestasi pelaksanaan berdasarkan

program dan aktiviti dalam pelan tindakan Insurans

Sosial berdasarkan input daripada kementerian/

jabatan/agensi yang terlibat.

5.4 Skop

(a) Mengkaji dan mengenal pasti jurang dalam cabang

keselamatan sosial bagi kumpulan sasar;

(b) Menambah baik skim perlindungan sosial bagi

memastikan manfaat adalah mencukupi untuk taraf

hidup yang wajar;

(c) Memastikan skim perlindungan sosial adalah, mampan,

cekap dan berkesan;

(d) Memperluas perlindungan sosial kepada semua

golongan dewasa di Malaysia;

(e) Menjadikan Insurans Sosial sebagai inisiatif perlindungan

selain kemudahan yang sedia ada bagi skim pencen

sektor awam;

(f) Mengukuhkan perlindungan sosial untuk kesihatan; dan

(g) Menyediakan pendapatan seumur hidup bagi
meningkatkan taraf hidup rakyat.

5.5 Kumpulan Sasar

(a) Kanak-kanak

Individu yang di bawah umur 18 tahun.

(Akta Kanak-Kanak 2001 – Akta 611)

(b) Dewasa

Individu yang berumur 18 hingga 59 tahun.

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 11

(c) Warga emas

Individu yang berumur 60 tahun dan ke atas.

(Dasar Warga Emas Negara 2011)

5.6 Kumpulan Fokus

(a) Pekerja Formal

Pekerja formal merujuk kepada pekerja atau orang

bekerja lain dalam perusahaan yang diperbadankan

dan berdaftar yang dilindungi oleh perundangan buruh

negara, mendapat perlindungan wajib skim keselamatan

sosial atau faedah pekerjaan seperti cuti bergaji.

Pekerja dalam sektor formal juga berada di bawah tahap
kawalan tertentu daripada majikan ke atas terma dan
syarat pekerjaan, seperti waktu bekerja, gaji dan faedah
lain, tertakluk kepada sebarang larangan nyata di
bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) atau mana-mana
peraturan, perintah atau perundangan subsidiari lain.

(b) Pekerja Tidak Formal

Pekerja yang memenuhi kriteria sektor informal, iaitu

merangkumi pertubuhan yang tidak berdaftar dengan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan badan-badan

profesional, saiz pertubuhan kurang daripada 10 orang

pekerja dan semua atau sekurang-kurangnya satu

barangan atau perkhidmatan adalah untuk jualan atau

transaksi barter.

(c) Penduduk di Luar Pasaran tenaga Buruh

Orang yang tidak dikelaskan sebagai bekerja atau

menganggur termasuklah suri rumah, pelajar, pesara,

Orang Kurang Upaya (OKU) dan individu yang tidak

berminat mencari pekerjaan atau tidak dapat bekerja

disebabkan oleh keadaan tertentu.

5.7 Bidang Fokus

(a) Kehilangan Pekerjaan

Berlaku sekiranya kontrak perkhidmatan Orang

Berinsurans (OB) telah ditamatkan atau menjadi tidak

sah. Hal ini termasuk pemberhentian kerja biasa; Skim

Pemisahan Sukarela/Skim Persefahaman Bersama

12 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

(Voluntary Separation Scheme - VSS/ Mutual Separation

Scheme - MSS); penutupan tempat kerja kerana bencana

alam (force majeure); bankrap atau penutupan

perniagaan; pembuangan kerja secara konstruktif;

peletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau

ugutan di tempat kerja; dan peletakan jawatan apabila

diarah melaksanakan kerja di luar skop yang

membahayakan keselamatan.

(b) Keilatan/ Kecacatan

Keilatan ialah suatu keuzuran yang berkekalan sama ada

tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak

berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan

dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya

satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang

normal. Kecacatan yang dilindungi di bawah insurans

sosial/ Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah

bagi bencana pekerjaan. Bencana pekerjaan bermaksud

kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang terbit

daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya.

(c) Kesihatan

Satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu

itu sejahtera daripada segi fizikal, mental dan sosial dan

bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak

berdaya.

(d) Persaraan Umur Tua/ Persaraan

Persaraan bermaksud penamatan kontrak perkhidmatan

seseorang pekerja atas alasan umur.

(e) Kematian

Orang yang mati di Malaysia dan sebabnya telah

didaftarkan oleh Pendaftar bagi kawasan pendaftaran di

mana kematian itu berlaku. Butiran yang berkenaan

dengan kematian haruslah dicatatkan dalam daftar

pendua sebagaimana yang ditetapkan.

(f) Faedah Orang Tanggungan

Faedah yang dibayar kepada orang tanggungan yang

layak sekiranya Orang Berinsurans meninggal dunia

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 13

akibat bencana pekerjaan atau sebarang sebab yang
tidak berkaitan dengan pekerjaan.

5.8 Lain – Lain Definisi
Bil. Perkara
1. Bencana Kerja (Anggota Kemalangan yang berlaku di
Perkhidmatan Awam) luar kawalan pegawai semasa
menjalankan tugas rasmi; atau
2. Bencana Kerja (Bukan kemalangan yang berlaku pada
Anggota Perkhidmatan bila-bila masa disebabkan
Awam) oleh perbuatan anasir-anasir
jahat seperti balas dendam dan
3. Caruman sebagainya akibat tugas rasmi
pegawai; atau penyakit khidmat.
4. Ex-Gratia Kematian
Bencana pekerjaan meliputi
5. Ex-Gratia Bencana Kerja kemalangan perusahaan semasa
menjalankan pekerjaannya,
kemalangan semasa dalam
perjalanan, kemalangan semasa
kecemasan dan penyakit khidmat.

Caruman bermaksud pembayaran
sejumlah wang yang biasanya
diperuntukkan untuk membiayai
faedah sosial dan sering
dibayar kepada institusi yang
memberikan faedah tersebut.
Caruman tersebut akan menjadi
hak untuk pemberian faedah
sosial kepada pencarum pada
masa hadapan.

Pemberian Kerajaan kepada
tanggungan penjawat awam
yang meninggal dunia dalam
perkhidmatan.

Skim yang memberi pampasan
kepada Anggota Perkhidmatan
Awam yang memberi pampasan
kepada Anggota Perkhidmatan
Awam yang ditimpa bencana
kerja semasa menjalankan tugas
rasmi hingga menyebabkan
hilang upaya kekal atau kematian
termasuk yang teraniaya
disebabkan perbuatan balas
dendam akibat daripada
tindakan semasa menjalankan
tugas rasmi.

14 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

Bil. Perkara Definisi

6. Hilang Upaya Tidak berupaya daripada segi
fizikal atau mental selepas
mencapai Pemulihan Perubatan
Maksimum (Maximum Medical
Improvement - MMI) atau
kehilangan keupayaan fungsional
kekal untuk memperoleh
pekerjaan yang setara dengan
pekerjaan atau pendapatan
terakhir.

MMI ialah suatu keadaan atau
situasi yang stabil dan tidak
mungkin bertambah baik secara
substansil, dengan atau tanpa
rawatan perubatan.

7. Hilang Upaya Kekal (HUK) Hilang upaya yang berkekalan

(Anggota Perkhidmatan hingga menghilangkan atau

Awam) mengurangkan upaya seseorang

pegawai menjalankan aktiviti

yang boleh dilakukannya sebelum

ditimpa bencana kerja. Taksiran

HUK adalah ditentukan oleh

Lembaga Perubatan/ Lembaga

Perubatan Khas yang ditubuhkan

di Hospital Kerajaan tertakluk

kepada kadar yang ditetapkan

dalam Garis Panduan PERKESO.

8. Hilang Upaya Kekal Hilang upaya yang berkekalan
(Bukan Anggota hingga mengurangkan upaya
Perkhidmatan Awam) mencari nafkah seseorang
pekerja atau menghilangkan
upaya seseorang pekerja untuk
menjalankan segala pekerjaan
yang sanggup dijalankannya
pada masa kemalangan yang
mengakibatkan hilang upaya itu.

9. Hilang Upaya Sementara Suatu keadaan yang diakibatkan
oleh suatu bencana kerja yang
memerlukan rawatan doktor
dan menyebabkan seseorang
pekerja, sebagai akibat bencana
itu, tidak dapat buat sementara
membuat kerja yang dibuat
olehnya sebelum atau pada masa
bencana itu.

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 15

Bil. Perkara Definisi
10. Kumpulan Wang
Institusi yang menganjurkan
11. Orang Berinsurans (OB) skim persaraan melalui caruman
12. Orang Tanggungan oleh pekerja dan majikan, di
mana pencarum boleh membuat
(Anggota Perkhidmatan pengeluaran simpanan persaraan
Awam) apabila mencapai umur yang
ditetapkan.
13. Orang Tanggungan
(Bukan Anggota Seorang pekerja yang
Perkhidmatan Awam) carumannya dibayar.

14. Pencarum Faedah Orang Tanggungan
adalah faedah yang dibayar
kepada Orang Tanggungan yang
layak sekiranya OB meninggal
dunia akibat bencana pekerjaan
atau sebarang sebab yang tidak
berkaitan dengan pekerjaan.

“Orang Tanggungan” ertinya:

a. balu kepada si mati;

b. duda kepada si mati;

c. anak kepada si mati; dan

d. ibu kepada pegawai yang
mati, atau jika ibunya telah
mati, bapa tanggungannya.

Mana-mana daripada saudara
yang berikut bagi OB yang mati,
iaitu:

• balu atau duda atau anak;

• jika tiada balu, duda atau
anak;

i. ibu atau bapa;

ii. adik beradik; atau

iii. nenek atau datuk
(sekiranya ibu bapa tiada)

Pencarum ialah pihak yang
membuat caruman kepada
institusi yang memberikan
faedah bantuan sosial, sama
ada melalui bahagian pekerja,
majikan ataupun daripada pihak
Kerajaan.

16 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

Bil. Perkara Definisi
15. Anggota Perkhidmatan
Perkhidmatan awam adalah
Awam merujuk kepada Perkara 132
Perlembagaan Persekutuan iaitu:
16. Pekerja Swasta
17. Pencen Sektor Swasta “Bagi maksud Perlembagaan
ini, perkhidmatan-perkhidmatan
18. Pencen Pekerjaan awam ialah:
(Employment Related
Pension) a. angkatan tentera;

b. perkhidmatan kehakiman dan
perundangan;

c. perkhidmatan awam am
Persekutuan

d. pasukan polis;

e. (Dimansuhkan)

f. perkhidmatan awam
bersama yang disebut dalam
Perkara 133;

g. perkhidmatan awam setiap
Negeri; dan

h. perkhidmatan Pendidikan”

Individu yang diambil bekerja
oleh majikan di bawah satu
kontrak perkhidmatan atau
perantisan dalam sektor swasta.

i. Sistem persaraan untuk
pekerja di sektor swasta
adalah melalui caruman
wajib di Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP)
atau caruman sukarela di
Skim Persaraan Swasta (PRS).
Caruman terkumpul adalah
dalam bentuk simpanan dan
pengeluaran penuh boleh
dilakukan apabila mencapai
umur 55 tahun.

Pencen pekerjaan ditubuhkan
sebagai skim yang dibiayai
(funded scheme) kebiasaannya
melalui sumbangan yang diterima
dalam suatu tempoh dan
digunakan untuk menampung
manfaat pencarum pada masa
akan datang.

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 17

Bil. Perkara Definisi
19. Pencen Ilat
Pencen yang dibayar kepada
20. Pencen Asas pekerja yang layak dan disahkan
menghidap keilatan oleh Jemaah
Doktor atau Jemaah Doktor
Rayuan. Pencen ini dibayar
bermula daripada tarikh Notis
Keilatannya atau tarikh berhenti
kerja jika pekerja berhenti kerja
selepas Notis Keilatan diterima
PERKESO, selama pekerja
mengalami keilatan atau hingga
meninggal dunia.

Pendapatan tunai bukan caruman
yang diberikan kepada warga
emas yang biasanya dibiayai oleh
kerajaan. Pencen Asas bertindak
sebagai pendapatan asas
warga emas dan biasanya akan
dilapisi dengan program pencen
yang lain untuk memastikan
pendapatan persaraan yang
utuh.

Pencen Asas boleh dilaksanakan
dengan menggunakan
pendekatan berikut:

a. Pencen Asas Universal:
Pendapatan asas yang diberi
kepada semua warga emas,
tanpa mengira status sosio-
ekonomi mereka; dan/atau

b. Pencen Asas Means-
tested: Pencen asas yang
diperuntukkan bagi golongan
berpendapatan rendah dan
merangkumi sebahagian
besar warga emas.
Berdasarkan amalan terbaik
antarabangsa, Pencen Asas
Means-tested yang berkesan
merangkumi sekurang-
kurangnya 60% populasi
warga emas.

18 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

Bil. Perkara Definisi
21. Pengeluaran Penuh
KWSP membenarkan
22. Persaraan (Awam) pengeluaran penuh daripada
simpanan untuk memenuhi
23. Persaraan (Swasta) keperluan tertentu berhubung
kait dengan persaraan selari
24. Penyakit Khidmat dengan polisi KWSP sedia ada,
(Anggota Perkhidmatan seperti Pengeluaran Umur 55
Awam) dan 60, Pengeluaran Pekerja
Berpencen dan Pesara Pilihan
25. Penyakit Khidmat (Bukan serta Pengeluaran Hilang Upaya,
Anggota Perkhidmatan Meninggalkan Negara dan
Awam) Kematian.

Merujuk kepada Perkara 132
Perlembagaan Persekutuan:

a. Penjawat Awam: Akta Pencen
1980 (Akta 227) dan Akta
Pencen Pihak-pihak berkuasa
Berkanun dan Tempatan
(Akta 239);

b. Tentera: P.U.(A) 298 Akta
Angkatan Tentera 1972 (Akta
77) Peraturan-Peraturan
Angkatan Tetap (Pencen,
Ganjaran dan Faedah-
Faedah Lain); dan

c. Hakim: Akta Saraan Hakim
1971 (Akta 45)

Di bawah Seksyen 4(1) Akta Umur
Persaraan Minimum 2012 (Akta
753), umur persaraan minimum
seseorang pekerja ialah 60 tahun.
Ini bermaksud, pekerja boleh
terus bekerja selepas umur 60
tahun berdasarkan tawaran kerja
oleh majikan.

Penyakit yang disebabkan atau
berpunca daripada aktiviti dan
faktor persekitaran di tempat
kerja.

Penyakit yang berpunca atau
terbit daripada pekerjaan
sebagaimana yang disenaraikan
dalam Jadual Kelima, Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969
(Akta 4).

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 19

Bil. Perkara Definisi
26. Program Kesihatan
Bermaksud:
27. Umur Persaraan
a. Penyertaan terhadap skim
adalah wajib, sama ada
oleh perundangan yang
diperuntukkan kepada
kumpulan tertentu, sama ada
pekerja atau bukan pekerja,
atau di bawah terma rujukan
penggajian seseorang
pekerja, atau sekumpulan
pekerja;

b. Skim kolektif yang
dikhususkan bagi tujuan
manfaat sekumpulan
pekerja, sama ada pekerja
atau bukan pekerja, dengan
penyertaan dihadkan
kepada ahli dalam kumpulan
berkenaan; dan

c. Tiada elemen bayaran
premium.

Umur persaraan minimum yang
diperuntukkan di bawah Akta 753
subseksyen 4(1).

Sekiranya Menteri menetapkan
suatu umur persaraan minimum
yang lebih tinggi, umur ini
akan ditakrifkan sebagai umur
persaraan minimum seperti yang
tertakluk di bawah subseksyen
4(2).

Kini, di Malaysia, umur persaraan
minimum ialah 60 tahun.
Seorang majikan tidak boleh
membersarakan pekerja secara
pramasa sebelum mencapai
umur persaraan minimum, kecuali
dipersetujui dalam kontrak
perkhidmatan atau perjanjian
kolektif sebagai persaraan
pilihan.

20 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

Bil. Perkara Definisi
28. Waris
Waris bermaksud:
29. Pesara
(Anggota Perkhidmatan a. Balu atau duda iaitu suami
Awam) atau isteri yang masih hidup
kepada seseorang anggota
30. Pesara yang meninggal dunia yang
(Bukan Anggota mana perkahwinannya
Perkhidmatan Awam) diiktiraf di Malaysia sebagai
suatu perkahwinan yang
sah di bawah mana-mana
undang bertulis, agama,
adat, atau kelaziman; dan/
atau

b. anak bermaksud anak
kepada anggota yang
meninggal dunia sepertimana
ditafsirkan mengikut undang-
undang pencen, sama ada
anak kandung, anak angkat,
anak tiri atau anak tak sah
taraf; dan/atau;

c. ibu bapa bermaksud ibu
kandung anggota yang
meninggal dunia, atau, jika
ibunya telah meninggal
dunia, bapa kandungnya.

d. balu/duda dan anak; atau
ibu bapa, jika tiada balu/
duda dan anak.

Pesara bermaksud anggota
perkhidmatan yang telah bersara
atau dibersarakan di bawah
undang-undang pencen.

Orang yang sudah bersara
daripada bekerja atau
berkhidmat.

5.9 Ketetapan Penentuan Insurans Sosial

(a) Kecacatan

Kecacatan dalam konteks insurans sosial adalah

berpunca daripada bencana pekerjaan.

(b) Pencen

Pencen yang diambil kira di bawah insurans sosial ialah

pencen sektor swasta, pencen ilat dan pencen pekerjaan

(funded scheme) kecuali pencen asas.

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 21

(c) Program Kesihatan

Program kesihatan yang tidak melibatkan bayaran

premium daripada produk insurans dan takaful yang

ditawarkan oleh pihak insurans dan pengendali takaful.

(d) Manfaat

Program-program Terdapat program-program tertentu di

bawah program Insurans Sosial yang merupakan

penunggang (rider) bersifat manfaat yang datang

bersekali dengan program Insurans sosial sebagai contoh

Pengeluaran Haji dan Pengeluaran Pendidikan tidak

diambil kira sebagai program Insurans Sosial.

6. GLOSARI TERAS INTERVENSI PASARAN BURUH

6.1 Definisi

Intervensi Pasaran Buruh (LMI) merujuk kepada sebarang

intervensi secara aktif atau pasif yang memberi kesan jangka

panjang atau jangka pendek terhadap semua kumpulan sasar

pasaran buruh formal dan tidak formal.

6.2 Ciri-Ciri Am

(a) Peningkatan kemahiran sedia ada dan latihan kemahiran

baharu ke peringkat yang lebih tinggi untuk meningkatkan

produktiviti dan kebolehpasaran pekerjaan;

(b) Padanan pekerjaan dengan kemahiran, pengetahuan

dan pengalaman yang dimiliki oleh pekerja dan pencari

kerja sama ada dalam pasaran buruh atau luar pasaran

buruh; dan

(c) Program/ inisiatif/ bantuan yang diberikan kepada

kumpulan sasar untuk menjana pendapatan yang adil

dan mampan.

6.3 Objektif

(a) Mengkaji dan merangka dasar program dan strategi

intervensi pasaran buruh;

(b) Meningkatkan peluang pekerjaan melalui pewujudan

peluang pekerjaan, pemadanan pekerjaan dan

22 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

peningkatan kemahiran supaya bersesuaian dengan

permintaan pasaran buruh;

(c) Mempromosikan dasar pasaran buruh aktif kepada
kumpulan yang boleh menyumbang kepada pasaran
buruh termasuk yang berada dalam sektor informal untuk
meningkatkan pendapatan. (termasuk wanita dan OKU);




(d) Meningkatkan mobiliti pekerjaan dan kualiti kerja dengan

memudahkan peralihan pekerja;

(e) Memantau dan menilai keberkesanan program intervensi
pasaran buruh dan seterusnya menganalisis impak
ekonomi dan sosial; dan



(f) Memberi sokongan kepada Majlis Perlindungan Sosial

Malaysia dalam menyelaras perancangan, pemantauan

dan penilaian cadangan di bawah pelan tindakan,

merentasi Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan

Badan Bukan Kerajaan.

6.4 Skop

(a) Menganalisis dan mengenal pasti jurang pasaran tenaga

kerja;

(b) Menggalakkan penerimagunaan polisi tenaga kerja

yang aktif dan terangkum (inclusivity);

(c) Memperkenalkan pemberian insentif dan mewujudkan

infrastruktur bagi menggalakkan Pendidikan TVET,

penyertaan tenaga kerja dan pewujudan peluang

pekerjaan;

(d) Menggalakkan penerimagunaan polisi pengambilan

semula pengurusan umur (Reemployment and Age

Management Policy);

(e) Memperkasakan pembangunan modal insan melalui

pembangunan kepakaran dan latihan semula;

(f) Menggalakkan ketangkasan (agility) antara sektor yang

pelbagai;

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 23

(g) Penerimaan upah yang dikaitkan dengan
produktiviti (Productivity Link Wage System
- PLWS) di seluruh negara; dan

(h) Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja

asing.

6.5 Kumpulan Sasar

(a) Kanak-kanak

Individu yang di bawah umur 18 tahun.

(Akta Kanak-Kanak 2001 – Akta 611)

(b) Dewasa

Individu yang berumur 18 hingga 59 tahun.

(c) Warga emas

Individu yang berumur 60 tahun dan ke atas.

(Dasar Warga Emas Negara 2011)

6.6 Kumpulan Fokus

(a) Peringkat Umur Bekerja

Merujuk kepada ahli isi rumah yang berumur 15-64 tahun

sama ada berada dalam tenaga buruh atau di luar

tenaga buruh.

(b) Kumpulan mudah terjejas

Warga emas, pesara, gelandangan, OKU, bekas banduan,

orang diparol (ODP), pesalah juvana dan penagih dadah.

(c) Golongan wanita

Wanita ertinya ialah orang perempuan dan lawannya

ialah lelaki.

6.7 Bidang Fokus

(a) Peningkatan kemahiran (upskilling)/ Latihan semula

(reskilling)/ Kemahiran silang:

(i) Program latihan kemahiran yang ditawarkan

kepada warganegara Malaysia dalam bentuk

bantuan kewangan/bimbingan/kursus untuk

peningkatan kemahiran sedia ada, latihan

baharu; dan

24 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

(ii) Latihan kemahiran yang diikuti oleh masyarakat
sama ada dalam atau luar pasaran buruh.


(b) Padanan dan penempatan pekerjaan:

(i) Program yang dilaksanakan bagi membantu

masyarakat mendapatkan pekerjaan yang sesuai

serta sepadan dengan kelayakan dan

pengalaman meliputi semua kumpulan sasar

dalam pasaran buruh; dan

(ii) Program berbentuk internship atau latihan

industri bagi graduan lepasan sekolah atau

institusi pengajian tinggi.

(c) Penggajian kumpulan mudah terjejas:

(i) Semua bentuk program yang dilaksanakan bagi

memastikan kumpulan ini tidak tercicir dalam

mendapatkan pekerjaan; dan

(ii) Program berbentuk sokongan dan galakan

kepada majikan untuk mengambil kumpulan ini

bekerja.

(d) Pendapatan mampan:

(i) Program yang diberikan kepada masyarakat

umum dalam bentuk bantuan kewangan/ alatan/

barangan untuk meningkatkan pendapatan isi

rumah;

(ii) Program yang meliputi bidang keusahawanan

dan perniagaan; dan

Jika program keusahawanan dan perniagaan

hanya meliputi bimbingan/latihan/kursus,

program akan diletakkan di bawah bidang

fokus peningkatan kemahiran, latihan semula dan

kemahiran silang kerana melibatkan peningkatan

kemahiran kendiri.

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 25

6.8 Lain – Lain Definisi
Bil. Perkara
1. Buruh formal Tenaga kerja yang terlatih,
mempunyai kontrak kerja yang
2. Buruh tidak formal rasmi, mempunyai perlindungan
undang-undang dan sistem
3. Gelandangan keselamatan sosial.
4. Intervensi aktif
5. Intervensi aktif a. Tenaga kerja yang tidak
6. Jangka panjang mempunyai perlindungan
7. Jangka pendek undang-undang atau
8. Orang Kurang Upaya sekurang-kurangnya satu
sistem keselamatan sosial
(OKU) sama ada di dalam sektor
formal dan sektor tidak
9. Orang diparol (ODP) formal;
10. Perintah Parol
b. Tidak bergaji tetap; dan

c. Self-employed.

Orang yang pekerjaannya atau
tempat tinggalnya tidak tetap.

Intervensi yang dilaksanakan
dengan giat dalam membantu
masyarakat untuk berada dalam
pasaran buruh.

Intervensi yang dilaksanakan
dengan giat dalam membantu
masyarakat untuk berada dalam
pasaran buruh.

Tempoh masa melebihi 6 bulan.

Tempoh masa 6 bulan dan ke
bawah.

Seseorang yang mempunyai
ketidakupayaan jangka masa
panjang daripada segi fizikal,
mental, intelektual atau
pancaindera yang apabila
berhadapan dengan pelbagai
halangan mungkin tidak dapat
melibatkan diri sepenuhnya dan
secara efektif dalam masyarakat.

Ertinya seseorang banduan yang
dilepaskan atas suatu perintah
parol.

Ertinya perintah pelepasan
secara parol yang dibuat oleh
suatu Lembaga Parol.

26 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

Bil. Perkara Definisi
11. Pendapatan yang adil
12. Sektor formal Pekerja mendapat pendapatan
13. Sektor tidak formal yang setimpal dengan kerja yang
dilaksanakan.
14. Umur belia
a. Pertubuhan yang berdaftar
dengan SSM atau mana-
mana badan profesional,
termasuk Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT).

Sektor informal meliputi
pertubuhan informal yang
memenuhi kriteria seperti berikut:

b. semua atau sekurang-
kurangnya satu barangan
atau perkhidmatan yang
dikeluarkan adalah untuk
jualan atau transaksi barter;
dan

c. pertubuhan yang tidak
berdaftar dengan SSM
atau mana-mana badan
profesional, termasuk Pihak
Berkuasa.

Individu yang berumur 15 tahun
dan sebelum mencapai umur 30
tahun.

6.9 Ketetapan Penentuan Intervensi Pasaran Buruh

(a) Padanan dan Penempatan Pekerjaan

(i) Program yang dilaksanakan bagi membantu

masyarakat mendapatkan pekerjaan yang sesuai

serta sepadan dengan kelayakan dan

pengalaman meliputi semua kumpulan sasar

dalam pasaran buruh; dan

(ii) Program berbentuk internship atau latihan

industri bagi graduan lepasan sekolah atau

institusi pengajian tinggi.

(b) Pendapatan Mampan

(i) Program yang diberikan kepada masyarakat

umum dalam bentuk bantuan kewangan/alatan/

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 27

barangan untuk meningkatkan pendapatan isi

rumah;

(ii) Program yang meliputi bidang keusahawanan dan

perniagaan; dan

(iii) Jika program keusahawanan dan perniagaan

hanya meliputi bimbingan/latihan/kursus,

program akan diletakkan di bawah bidang fokus

Peningkatan Kemahiran (Upskilling)/Latihan

Semula (Reskilling)/ Kemahiran Silang kerana

melibatkan peningkatan kemahiran kendiri.

(c) Peningkatan Kemahiran dan Latihan Semula

(i) Program latihan yang ditawarkan kepada

warganegara Malaysia dalam bentuk bantuan

kewangan/bimbingan/kursus untuk peningkatan

kemahiran sedia ada/latihan baharu;dan

(ii) Latihan kemahiran yang diikuti oleh masyarakat
sama ada dalam atau luar pasaran buruh.


(d) Penggajian Kumpulan Mudah Terjejas

(i) Semua bentuk program yang dilaksanakan bagi

memastikan kumpulan ini tidak tercicir dalam

mendapatkan pekerjaan; dan

(ii) Program berbentuk sokongan dan galakan

kepada majikan untuk mengambil kumpulan ini

bekerja.

7. DATA STRUCTURE DEFINITION (DSD) – BANTUAN SOSIAL

7.1 PDPS terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Portal, Pengurusan

Maklumat dan Dashboard yang meliputi 3 modul iaitu Modul

Bantuan Sosial, Modul Insurans Sosial dan Modul Intervensi

Pasaran Buruh.

7.2 Terdapat 73 variabel yang telah dikenal pasti bagi Modul

Bantuan Sosial seperti berikut: (Sila rujuk muka surat sebelah)

28 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

Bil. Nama Variable Definisi Variable
A. PENGENALAN
1. No. Kad Pengenalan Baru Nombor pengenalan untuk
mengenal pasti seseorang
2. No. Kad Pengenalan individu seperti diberi oleh
Lama/ No. Tentera/ No. Jabatan Pendaftaran Negara.
Polis
Nombor pengenalan yang
3. No. Passport digunakan sebelum tahun
4. No. Sijil Kelahiran 1990/ Nombor pengenalan
B. DEMOGRAFI yang digunakan oleh anggota
5. Nama Penerima polis/ Nombor pengenalan yang
6. Nombor telefon digunakan oleh anggota tentera.
7. Tahun Lahir
8. Jantina Nombor Passport penerima.

9. Agama No sijil lahir.
10. Kumpulan Etnik
11. Kluster Etnik Nama penuh penerima bantuan
12. Warganegara seperti di dalam kad pengenalan.
13. E-mel
Nombor telefon penerima
14. Status Perkahwinan bantuan.
C. GEOGRAFI
15. Alamat 1 Tahun lahir penerima mengikut
tahun Masihi.
16. Alamat 2
17. Alamat 3 Jantina penerima. Terbahagi
18. Poskod kepada dua kategori iaitu Lelaki
dan Perempuan.

Pegangan agama penerima.

Kumpulan etnik penerima.

Kluster etnik penerima.

Taraf kewarganegaraan
penerima.

Maklumat atau mesej yang
dihantarkan secara elektronik
dari satu terminal komputer ke
terminal komputer yang lain.

Status perkahwinan penerima.

Nombor rumah atau nombor unit
termasuk aras dan blok kediaman
penerima.

Nama jalan atau nama bangunan
kediaman penerima.

Nama taman atau kampung atau
kawasan kediaman penerima.

Poskod alamat berpandukan
pejabat pos berhampiran
penerima.

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 29

Bil. Nama Variable Definisi Variable

19. Negeri Negeri kediaman penerima.

20. Daerah Daerah kediaman penerima
berdasarkan persempadanan
daerah pentadbiran.

21. Mukim Mukim kediaman penerima
berdasarkan persempadanan
mukim pentadbiran.

22. Parlimen Kawasan kediaman penerima
berdasarkan persempadanan
kawasan undian Parlimen.

23. DUN Kawasan kediaman penerima
berdasarkan persempadanan
kawasan undian DUN.

24. Strata Penentuan kawasan kediaman
sama ada kawasan Bandar atau
Luar Bandar.

D. MAKLUMAT PENDIDIKAN

25. Peringkat Pendidikan Peringkat Pendidikan penerima
Tertinggi yang dicapai berdasarkan peringkat institusi
pendidikan tertinggi yang pernah
diduduki.

26. Sijil Tertinggi yang Peringkat Sijil Pendidikan
diperoleh penerima berdasarkan peringkat
sijil pendidikan tertinggi yang
pernah diperoleh.

E. MAKLUMAT KEDIAMAN

27. Jenis Pemilikan Kediaman Status pemilikan kediaman
penerima yang sedang diduduki.

28. Jenis Tempat Kediaman Menerangkan jenis tempat
kediaman yang terdapat dalam
unit perumahan dan tempat
kediaman beramai-ramai.

F. MAKLUMAT KENDERAAN

29. Jenis Pemilikan Kenderaan Status pemilikan kenderaan
penerima yang sedang diguna
pakai.

30. Jenis Kenderaan Jenis kenderaan penerima yang
sedang diguna pakai.

31. No. Plat Kenderaan Plat kenderaan penerima yang
sedang diguna pakai.

F. MAKLUMAT PEKERJAAN

32. Status Pekerjaan Kod 2 digit bagi mewakili status
pekerjaan seseorang.

33. Jenis Pekerjaan Jenis pekerjaan yang dibuat oleh
penerima.

30 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

Bil. Nama Variable Definisi Variable

34. Nama Majikan Nama majikan penerima.

35. No. daftar Majikan (SSM Nombor daftar majikan penerima.
NO)

36. Kemahiran Penerima Kemahiran penerima.

H. MAKLUMAT KESIHATAN DAN KETIDAKUPAYAAN

37. Jenis Penyakit Jenis penyakit yang dihidapi oleh
penerima.

38. No. Pendaftaran OKU Nombor OKU penerima mengikut
kad OKU yang dikeluarkan oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat.

39. Jenis Ketidakupayaan Jenis ketidakupayaan penerima.

40. Sejarah Rawatan Sejarah rawatan yang pernah
dijalankan oleh penerima.

I. MAKLUMAT BANK

41. No. Akaun Bank Nombor akaun bank penerima.

42. Nama Bank Nama bank yang didaftarkan
oleh penerima.

43. Jenis Akaun Bank Jenis akaun bank yang
didaftarkan oleh penerima.

J. MAKLUMAT PENDAPATAN BULANAN PENERIMA/ISI RUMAH

44. Pendapatan Sebulan Pendapatan bulanan penerima.
Penerima (RM)

45. Sumber Pendapatan Sumber pendapatan yang
diperoleh penerima.

46. Jumlah Pendapatan Pendapatan bulanan isi rumah

Bulanan Keseluruhan (RM) penerima.

K. MAKLUMAT BANTUAN

47. Nilai Bantuan Diterima Nilai keseluruhan bantuan yang
(RM) diperoleh penerima mengikut
program bantuan.

48. Kadar Bantuan Diterima Kadar bantuan yang diperoleh
(RM) penerima.

49. Status Permohonan Status permohonan bantuan
Bantuan yang dimohon oleh penerima.

50. Tarikh Lulus Bantuan Tarikh lulus bantuan.

51. Tarikh Terima Bantuan Tarikh terima bantuan

52. Tarikh Tamat Bantuan Tarikh tamat bantuan

L. MAKLUMAT BANTUAN

53. Kategori Bantuan Kategori bantuan yang diperoleh
penerima.

54. Bidang Fokus Sub kategori bantuan yang
diperoleh penerima.

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 31

Bil. Nama Variable Definisi Variable
55. Kumpulan Fokus
56. Teras Jenis sub kategori bantuan yang
diperoleh penerima.
57. Kaedah Pemberian
58. Kekerapan Bantuan Teras program bantuan sama
59. Sektor ada bantuan sosial, insurans
60. Status Pelaksanaan sosial atau intervensi pasaran
61. Kumpulan Sasar buruh.
62. Nama Program
63. Skop Program Kaedah pemberian bantuan
64. Papar Umum kepada penerima.
65. Sebab Tidak Aktif
66. Syarat Program Kekerapan bantuan yang
67. Status Pelaksanaan diterima.
68. Tarikh Mula
69. Tarikh Tamat Sektor program bantuan.
70. Jumlah Peruntukan
71. URL Status pelaksanaan program
sama ada aktif atau tidak aktif.
M. MAKLUMAT AGENSI
72. Agensi Pemberi Bantuan Kumpulan sasar program
73. Kementerian bantuan.

Nama bantuan yang diperoleh
penerima.

Skop/ Penerangan program
bantuan.

Program bantuan dipaparkan
kepada umum (Ya / Tidak).

Sebab program bantuan tidak
aktif.

Syarat kelayakan penerima
program bantuan.

Status pelaksanaan program
bantuan (Aktif / Tidak Aktif).

Tarikh mula program bantuan.

Tarikh tamat program bantuan.

Jumlah peruntukan program
bantuan.

Pautan laman sesawang bagi
agensi pemberi bantuan atau
program bantuan.

Nama agensi pemberi bantuan
kepada penerima.

Kementerian pemberi bantuan
kepada penerima.

32 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

8. TARIKH KUAT KUASA

8.1 Glosari ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2022.

9. PENUTUP

9.1 Pindaan kepada Glosari Perlindungan Sosial ini akan dibuat dari
semasa ke semasa berdasarkan keperluan.

9.2 Segala pertanyaan mengenai Glosari Perlindungan Sosial ini
dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Merangkap Urus Setia Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC)
Aras 3, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA

No. Telefon : 03- 8872 3901/ 3801/ 3803/ 6515/ 3807/ 6516
No. Faks : 03-8888 3528/ 3685
E-mel : urusetiamyspc@icu.gov.my

Ketua Setiausaha
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bantuan Sosial (JKSA)
Aras 36, No. 55, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 PUTRAJAYA

No. Telefon : 03-8323 1003/ 1313/ 1346/ 2596
No. Faks : 03-8323 2003/ 2019
E-mel : bdps_jksamyspc@kpwkm.gov.my

GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC 33

Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Insurans Sosial (JKSI)
Aras 10, Blok Tengah, Kompleks Kementerian Kewangan
No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 PUTRAJAYA

No. Telefon : 03- 8882 3333/ 3562/ 4636
No. Faks : 03-8882 4224/ 3817/ 8893
E-mel : jksi@mof.gov.my

Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Manusia (KSM)
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Intervensi Pasaran BURUH
(JKLMI)
Aras 9, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

No. Telefon : 03-8886/7 5020/ 1202/ 1297/ 1331
No. Faks : 03-8889 2402/ 2377
E-mel : jklmi@mohr.gov.my

Ketua Perangkawan Malaysia
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pengurusan Data (JKPD)
Jabatan Perangkaan Malaysia
Blok C6, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62514 PUTRAJAYA

No. Telefon : 03-8885 7007/ 7447/ 7856/ 7219
No. Faks : 03-8888 9255
E-mel : myspcdosm@dosm.gov.my

34 GLOSARI PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA - MySPC

SENARAI AKTA

1. Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)
2. Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45)
3. Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77)
4. Akta Pencen 1980 (Akta 227)
5. Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Akta 239)
6. Akta Kerja 1955 (Akta 265)
7. Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)
8. Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)




Click to View FlipBook Version