The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatinafiqah, 2021-11-07 23:12:45

KK GWCP1042 Penulisan Ilmiah

KK GWCP1042 Penulisan Ilmiah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR

TUGASAN KERJA KURSUS
GWP1042 WACANA PENULISAN

NAMA PELAJAR : FATIN AFIQAH ZAFEERAH BINTI MOHD
KHAIRUDIN
ANGKA GILIRAN
NOMBOR KAD PENGENALAN : 2021292310214
KUMPULAN/ UNIT : 031107100602
KOD DAN NAMA KURSUS : PPISMP/ PA4
NAMA PENSYARAH : GWP1042 WACANA PENULISAN
TARIKH HANTAR : PUAN ZURAIDA BINTI TALIB
: TUGASAN 2 : 21 OKTOBER 2021

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh: 21 OKTOBER 2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : FATIN AFIQAH ZAFEERAH BINTI MOHD Angka Giliran: 2021292310214
KHAIRUDIN Nama Kursus: GWCP1092 WACANA PENULISAN

Kod: 1042

Pensyarah : PUAN ZURAIDA BINTI TALIB

Tarikh Hantar : 22 OKTOBER 2021 Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 21.10.2021

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan:
Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 21.10.2021

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN 3
TUGASAN 2 : 4
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF
UNTUK PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG PERBINCANGAN 4

CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF 5
5-6
1.0 Google Classroom 6
2.0 YouTube
3.0 Online Chatrooms 6

PENUTUP

BIBLIOGRAFI 7-8

LAMPIRAN 9

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah saya dapat menyiapkan tugasan kerja
kursus ini dengan jayanya. Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan ribuan terima
kasih kepada pensyarah yang mengajar saya subjek ini iaitu Puan Zuraida Binti Talib.Begitu
juga dengan ibu bapa saya yang tidak jemu memberi dorongan dan semangat untuk saya
menyiapkan tugasan ini.Tanpa sokongan mereka,mungkin saya tidak akan berjaya
menyiapkan tugasan ini memandangkan proses menyiapkan kerja kursus memerlukan
kepada motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.Tidak lupa juga buat rakan-rakan
seperjuangan yang lain atas bimbingan dan dorongan juga kesudian meluangkan masa
bersama saya sepanjang tempoh melengkapkan penulisan ini. Akhir kalam, saya
mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam pembikinan kerja kursus ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi
kalian.

3

TUGASAN 2 :

CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK PELAJAR DI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Oleh :
FATIN AFIQAH ZAFEERAH BINTI MOHD KHAIRUDIN
GWCP1092 WACANA PENULISAN

PENDAHULUAN

Menurut kamus dewan edisi keempat, pembelajaran membawa maksud proses iaitu
kegiatan untuk belajar manakala dalam talian pula bermaksud berada dalam keadaan giat
dan bersambung terus pada sistem utama komputer. Dalam penulisan ini, penulis secara
amnya akan memfokuskan penerangan mengenai cara-cara pembelajaran dalam talian
yang efektif untuk pelajar khasnya pelajar di Institut Pendidikan Guru. Penulisan ini
bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada golongan penuntut ilmu berkaitan
langkah yang boleh diamalkan supaya proses pembelajaran secara dalam talian mereka
menjadi lebih produktif dan berkesan. Seterusnya penulisan ini turut dikarang bagi
membantu para pelajar mengatasi pelbagai permasalahan yang wujud semasa belajar
secara dalam talian yang mungkin berpunca daripada cara pengurusan sesuatu atau
kaedah yang kurang berkesan.

LATAR BELAKANG PERBINCANGAN

Boleh dikatakan kemunculan kaedah pembelajaran secara dalam talian masih baru
dalam kalangan masyarakat negara kita jika dibandingkan dengan negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea. Namun impak daripada pendemik Covid-19
telah memberikan evolusi dalam teknologi pendidikan di negara kita Malaysia amnya dunia
di mana kaedah pembelajaran ini kini telah menjadi suatu kaedah yang penting bagi
pembelajaran kerana ianya terbukti dapat melicinkan proses pembelajaran. Konsep
pembelajaran ini menumpukan kepada kebolehan untuk menguasai serta memahami
sesuatu pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran itu berlaku.
Justeru itu, teknologi telah membantu para pelajar dalam proses pembelajaran dan telah
menggalakkan pelajar meneroka set data dengan lebih mendalam serta mampu
mempertimbangkan isu berkait rapat dengan konseptual.(e.g.,Erickson 2001). Menurut
Buabeng-Andoh pada tahun 2012, sebilangan besar institut pendidikan tinggi
mengeluarkan belanja yang banyak setiap beberapa tahun bagi meningkatkan lagi sistem
mereka dengan tujuan merapatkan jurang teknologi dalam kurikulum.

4

CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF

1.0 Google Classroom

Pada tahun 12 Ogos 2014 perisian ini telah diperkenalkan sebagai sebahagian
daripada Google Apps For Education (GAFE). Google Classroom telah menjadikan
penglibatan pelajar dalam sesuatu kelas secara maya di dalam talian menjadi lebih mudah
(Northey, Bucic,Chylinski & Govind, 2015). Ia merupakan suatu platform yang menawarkan
pembelajaran secara gabungan serta mampu memberi jalan mudah kepada para pelajar
dalam urusan membuat tugasan secara maya tanpa penggunaan kertas (Donald Yates,
2017). Selain itu, ia juga merupakan web 2.0 popular dan memiliki aplikasi yang menarik
serta pelbagai kemudahan lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, aplikasi google
classroom mempunyai potensi untuk mengajar dan belajar memandangkan binaan
fungsinya yang unik menyediakan kemampuan pedagogi, sosial juga teknologi (Wang, Q
et al: 2012).

Bukan itu sahaja, kelebihan yang paling berpengaruh yang terdapat pada aplikasi ini
terletak pada fleksibiliti penjadualan pelajar, aksesibilitinya juga kebolehsuaian untuk
bekerja (J.E. Gallagher, K: 2005). Ini menjadikan pengagihan tugasan oleh guru juga
komunikasi antara pelajar dengan guru bertambah cekap melalui peluang yang wujud buat
para pelajar iaitu semasa berlakunya proses penghantaran tugasan dalam tempoh yang
telah ditetapkan bagi dinilai oleh guru. Seterusnya, penyimpanan segala tugasan yang
diberikan oleh guru menerusi fail secara maya dan bukannya kertas menjadikan ia satu
proses yang lebih teratur (I.N.M. Shahanee,et al: 2016). Oleh itu,aplikasi google classroom
sememangnya dapat membantu pelajar dalam pembelajaran secara atas talian kerana ia
menyediakan garis aliran komunikasi dan menjadikan kerja bebas daripada penggunaan
kertas. Ia boleh dianggap penting oleh pelajar dalam menaik taraf strategi pembelajaran
mereka.

2.0 YouTube

Platform ini dicipta oleh 3 bekas pekerja PayPal pada 14 Februari 2005 (Jefferson,
2005). Ia adalah sebahagian daripada sebagai media sosial kerana wujudnya interaksi
antara seorang manusia dengan yang lain melalui perkongsian video dan pembalasan
komen di platform tersebut (Dewitt et al., 2013). Di samping itu, aplikasi ini mampu menjana
pengetahuan masyarakat khusus buat golongan pelajar memandangkan ia menawarkan
bentuk pendidikan multimedia. Menerusi YouTube, tahap kebolehan pelajar untuk
mengingat dan memahami sesuatu pembelajaran bertambah baik kerana mereka
memperoleh pengalaman penuh iaitu belajar dengan melihat, mendengar dan melakukan.
Tahap kefahaman sesuatu mata pelajaran adalah lebih tinggi daripada 75% apabila pelajar
melihat, mendengar dan menghasilkan sesuatu semasa proses pembelajaran. Manakala
20% adalah untuk pelajar yang hanya memahami semasa persediaan dan 40% sahaja
adalah dalam kalangan mereka yang melihat dan mendengar (Lindstrom, 1994).

Seperti yang dijelaskan, YouTube merupakan alternatif yang boleh dimanfaatkan
oleh pelajar dalam pembelajaran yang menyediakan pelbagai maklumat audio-visual.
Sesungguhnya, 98% pelajar menggunakan YouTube sebagai sumber maklumat, 86%
daripada mereka mengesahkan ia membantu dalam proses pembelajaran (Jaafar,
2012).Tambahan pula, 95% pelajar melaporkan bahawa mereka memahami kandungan
pembelajaran yang dipelajari daripada tutorial yang terdapat di YouTube (Frdlinger & Owen,
2009). Maka video merupakan salah satu cara pembelajaran yang berkesan dan memberi
impak yang baik buat pelajar. Pembelajaran kaedah ini mampu mendatangkan kesan yang
signifikan kepada pelajar supaya memahami dengan lebih jelas suatu topik pembelajaran.
Aplikasi ini juga turut membantu dan merangsang semangat belajar pelajar sekaligus
meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam proses pembelajaran dari aspek
komunikasi,pengambilan nota dan sebagainya.

5

3.0 Online Chatrooms (Whatsup, Telegram etc)
Penyelidikan sedia ada menyatakan bahawa dalam persekitaran pembelajaran

maya, perbualan sembang segerak secara dalam talian iaitu online chat mampu
meningkatkan proses pemikiran dan refleksi kendiri pelajar melalui kaedah pembelajaran
koperatif di samping bimbingan rakan sebaya (Kruger,2006). Selain itu, jenis interaksi yang
wujud hasil daripada online chat ini turut mampu menambah lagi informasi yang diperoleh
hasil daripada interaksi tidak segerak (Mclnnerney & Robert, 2004). Bilik sembang atau
chatrooms membuka peluang buat para pelajar supaya mengambil pelbagai cara berfikir
yang membolehkan mereka meneliti pembelajaran dari perspektif yang lebih luas dan
bukan hanya satu aspek daripadanya (Kruger, 2006). Hasil daripada itu, pelajar mendapat
pengetahuan yang pelbagai daripada proses pertukaran idea antara satu sama lain.
Kemudian mampu melihat konflik atau perselisihan pendapat yang wujud antara
pandangan mereka dengan pelajar lain sekaligus mengkaji dan mencari pandangan baru
bagi menyelesaikan konflik pandangan yang timbul akhirnya mampu membentuk makna
baru daripada itu (Marttunen & Laurinen, 2007).

Bukan itu sahaja, menurut kajian online chatrooms ini juga memberi implikasi yang
besar kepada golongan pelajar yang malu atau lebih dikenali sebagai pelajar yang kurang
berkeyakinan dalam menyertai proses pembelajaran (Tare et al., 2014). Hal ini dikatakan
sedemikian kerana,penggunaan online chats memberi kemudahan dan kelebihan buat
pelajar yang kurang keyakinan untuk menyerlahkan diri mereka di dalam kelas semasa
proses pembelajaran secara bersemuka dilaksanakan untuk tampil dengan lebih berani
dalam mengutarakan sebarang pendapat (Bowler, 2009). Aplikasi sebegini memberi
inspirasi kepada peningkatan interaksi dan kemasukan sosial dalam persekitaran
pembelajaran secara dalam talian memandangkan pelajar kurang berkeyakinan berasa
lebih selesa untuk berkongsi pandangan mereka dengan pelajar lain secara tidak langsung
menyumbang kepada wacana yang sedang dilaksanakan (Bowler, 2009). Justeru itu,
proses pembelajaran melalui online chatrooms sememangnya membantu mengukuhkan
lagi hubungan yang terbina antara pelajar dan pensyarah selain dapat membantu memberi
kemudahan kepada segelintir pelajar yang berhadapan dengan masalah peribadi seperti
malu semasa proses pembelajaran dilaksanakan. Aplikasi digital ini juga boleh merangsang
pelajar untuk berfikir dengan lebih mendalam dan membenarkan pelajar dari persekitaran
geografi yang pelbagai menjalankan komunikasi secara interpersonal sesama sendiri.

PENUTUP

Sebagai penutup penulisan, kewujudan pelbagai aplikasi teknologi pendidikan tidak
dapat dinafikan mampu meningkatkan kemahiran dan ciri kognitif pelajar. Pembelajaran
secara dalam talian sememangnya persekitaran pembelajaran yang berbeza daripada
kebiasaan. Walaubagaimanapun, ia tetap mempunyai persamaan dengan pembelajaran
secara tradisional contohnya dari segi matlamat. Terdapat banyak alat digital yang tersedia
hari ini bagi mengetengahkan lagi kreativiti pelajar, suara pelajar dan membantu
mengembangkan lagi cara belajar pelajar. Untungnya penggunaan alat digital ini adalah
percuma di mana para pelajar boleh memanfaatkannya secara bijak. Melalui pembelajaran
secara dalam talian, para pelajar diharapkan dapat menambah baik kebolehan mereka
dalam menuntut ilmu ke arah yang lebih maju dan efektif.

(1077 patah perkataan)

6

BIBLIOGRAFI

Allen, I. E., & Seaman, J. . ((2010).). Class differences: Online education in the United States, 2010.
Retrieved from Babson Park, MA: Babson Survey Research Group. :
http://www.sloanconsortium.org/sites/default/files/class_differences.pdf

Chew, Shiun Yee. . ( 2011,). Perceptions of online learning in an Australian university : Malaysian
students' perspectives. Retrieved from Degree: Queensland University of Technology:
https://eprints.qut.edu.au/46133/

DeWitt, D., Alias, N., Siraj, S., Yaakub, M. Y., Ayob, J., & Ishak, R. (2013). The Potential of Youtube
for Teaching and Learning in the Performing Arts. Retrieved from Procedia - Social and
Behavioral Sciences,: https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.10.439

Erickson, T. (2001). Data in depth: Exploring mathematics with Fathom. Emeryville, CA: Key:
Curriculum Press.

Frdlingcr, B. & Owens, R. (2009). YouTube as a learning tool. Journal of College Teaching and
Learning, 6(8), 1–15.

I. N. M. Shaharanee, J. E. (2016). “The Application of Google Classroom as a Tool for Teaching and
Learning. vol. 8, no. 10, pp. 5–8.

J. E. Gallagher, K. E. (2005). “Webbased vs . Traditional Classroom Instruction in Gerintology. A
Pilot Study, vol. 79, no. 3, pp. 1–10.

Jaffar, A. A. (2012). YouTube: An Emerging Tool in Anatomy Education. Anatomical Sciences
Education, 5(3), 158–164.

Kamus Dewan. (4th ed.). (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kaviza., M. ((2020).). Kesediaan Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom Sebagai
Platform Pembelajaran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH),, 108-115.

Kui Xie, Vance, D., & Ling, L. (2011). Relationship between Students’ Motivation and their
Participation in Asynchronous Online Discussions.

L, M. M. (2007). Collaborative learning through chat discussions and argument diagrams in
secondary school. Journal of Research on Technology in Education, 40(1):109-126.

Lindstrom, R. (1994). The Business Week Guide to Multimedia Presentations: Create Dynamic
Presentations that Inspire. New York: McGraw-Hill.

M, B. (2-5 September, 2009). Learning to 'chat' in a virtual learning environment: Using online
synchronous discussion to conduct a first year undergraduate tutorial. Retrieved from
Paper presented at the British Educational Research Association Annual Conference,
University of Manchester: Available at
http://www.leeds.ac.uk/educol/documents/184295.pdf. Accessed 10 November 2015

Majid, M. A. (27 May, 2020). Adaptasi Pembelajaran Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu
Bidang Pendidikan. Retrieved from UMP News:
https://news.ump.edu.my/experts/adaptasi-pembelajaran-secara-maya-dalam-
kebiasaan-baharu-bidang-pendidikan

Norliza, A. (2013.). Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) Untuk Tujuan Pembelajaran Dalam
Kalangan Pelajar Kejuruteraan UTHM.

Rosmani Ali,Nik Azleena Nik Ismail,Salma Abd. Razak,Fathiah Mohd Yusof, Norihan Mat Zin. (03-
05 August, 2021). Tahap Kepuasan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Atas
Talian. Retrieved from 5th International Conference on Teacher Leraning and
Development(ICTLD): https://www.researchgate.net/profile/Ahmad-Mat-

7

Yusoff/publication/354811250_5th_International_Conference_on_Teacher_Learning_and
_Development_ICTLD_2021_Proceedings/links/614dbeef522ef665fb5809bc/5th-
International-Conference-on-Teacher-Learning-and-Develop
S, K. (10-12 April, 2006). Students' experiences of e-learning: a virtual ethnography into blended
online learning. Retrieved from Paper presented at the Networked Learning Conference,
Lancaster University, UK: Available at
http://www.networkedlearningconference.org.uk/past/nlc2006/abstracts/pdfs/P22%20Kr
uger.pdf. Accessed 11 November
TS, M. J. (2004). Online learning: Social interaction and the creation of a sense of community.
Retrieved from Educational Technology & Society: Available at
http://www.ifets.info/journals/7_3/8.pdf. Accessed 13 November 2015.
Yates., D. (2017). Google Classroom Easiest Teacher's. Retrieved from
https://www.pdfdrive.com/google-classroom-easiest-te

8

LAMPIRAN
9


Click to View FlipBook Version