PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Majlis Perasmian Penutupan 10 November 2023 9.00 pagi Medium : Atas Talian Youtube
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Isi Kandungan Kata Alu-aluan Perasmi Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA Kata Alu-aluan Pengetua MRSM Tun Mustapha Pengenalan Objektif Tarikh-tarikh penting Atur cara Majlis Penutupan Ahli Jawatankuasa Pengelola Panduan Pertandingan Senarai Penyertaan Keputusan Pertandingan Sekalung Penghargaan Penaja Pertandingan
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Kata Alu-aluan peRASMI Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat dan inayah-Nya, kita dapat bersama-sama dalam majlis yang penuh barakah dalam mengingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW iaitu Majlis Perasmian dan Penutupan Pertandingan Seni Khat Jawi MRSM Se-Malaysia & Jemputan Nusantara. Kokurikulum merupakan elemen yang sama penting dengan kurikulum akademik dalam pendidikan negara yang berobjektif untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tahniah dan syabas buat para peserta yang menyertai pertandingan seni khat jawi MRSM Se-Malaysia & Jemputan Nusantara. Alam Nusantara mendapat tempias daripada seni khat ini apabila tulisan Jawi menjadi tulisan utama masyarakat Nusantara sebelum kedatangan penjajah. Sehingga kini penulisan khat dan jawi menjadi salah satu simbol penyatuan antara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Buktinya, pada hari ini kita dapat menghimpunkan penyertaan daripada 3 buah negara dalam pertandingan seni Khat Jawi MRSM Se-Malaysia dan Jemputan Nusantara yang telah diadakan secara dalam talian bermula 22 September sehingga 25 Oktober 2023. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan pertandingan ini khususnya pihak penganjur MRSM Tun Mustapha Tawau atas usaha murni menyuntik rasa kecintaan serta memartabatkan seni khat jawi di peringkat antarabangsa. Diharapkan pertandingan seumpama ini dapat diteruskan dan menjadi penanda aras kepada sekolah - sekolah atau institusi lain dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing, berkualiti, kreatif dan inovatif. Kepada yang bakal diumumkan sebagai pemenang nanti, syabas dan tahniah juga diucapkan dan teruslah berusaha meneroka potensi diri. Sekian, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji Nizam Bin DSP Haji Abu Bakar Titingan Pembantu Menteri Kewangan Sabah Merangkap ADUN 68 Apas, Tawau
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Kata Alu-aluan pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. juga ahli keluarga dan keturunan baginda sekalian. Segala kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T. dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Maktab Rendah Sains Tun Mustapha Tawau atas penganjuran Pertandingan Khat Jawi Peringkat MRSM Se-Malaysia & Jemputan Nusantara bagi tahun 2023 yang julung-julung kali diadakan. Kejayaan penganjuran Pertandingan Khat Jawi Peringkat MRSM Se-Malaysia & Jemputan Nusantara bagi tahun 2023 hasil daripada kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada ahli jawatankuasa MRSM Tun Mustapha Tawau sebagai satu inisiatif untuk memupuk minat para pelajar khususnya dalam penulisan jawi dan khat. Tahniah dan syabas kepada 24 buah MRSM seluruh Malaysia yang telah mengambil tempat dalam menyertai pertandingan seni khat jawi ini. Demikian juga kepada para peserta daripada sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seterusnya penyertaan daripada 2 negara jiran iaitu Indonesia dan Brunei Darussalam kerana sudi memberikan sokongan dalam merealisasikan program yang julung-julung kali diadakan di peringkat Nusantara ini. Ucapan penghargaan juga saya tujukan khas kepada pihak Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Sabah kerana sudi berkolaborasi dengan pihak MRSM Tun Mustapha Tawau dalam menjayakan penganjuran pertandingan ini. Akhir kalam, saya menaruh penuh keyakinan dan harapan agar pertandingan seperti ini diteruskan lagi penganjurannya dalam melahirkan anak bangsa yang berkompetensi serta dapat mencipta kejayaan dalam kesenian kaligrafi dan jawi pada masa hadapan. Sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada warga MRSM Tun Mustapha yang terus mengambil langkah aktif dan proaktif dalam menganjurkan Pertandingan Khat Jawi Peringkat MRSM Se-Malaysia & Jemputan Nusantara bagi tahun 2023. Sekian, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. En. Shahrizal Bin Mohd Saderi Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Kata Alu-aluan pengetua mrsm tun mustapha Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama dalam Majlis Perasmian & Penutupan Pertandingan Seni Khat Jawi MRSM Se-Malaysia & Jemputan Nusantara bagi tahun 2023 pada hari ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak jawantakuasa, atas usaha yang ditunjukkan sehingga majlis pada hari ini dapat jua akhirnya dilaksanakan. Pertandingan Seni Khat Jawi MRSM Se-Malaysia ini adalah merupakan penganjuran kali kedua. Manakala bagi pertandingan Jemputan Nusantara merupakan julung-julung kalinya diadakan oleh Kelab Khat dan Kaligrafi, MRSM Tun Mustapha, Tawau. Sememangnya hubungan ini diharapkan menjadi satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan MRSM Tun Mustapha Tawau sebagai salah sebuah institusi Pendidikan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Justeru, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua yang terlibat khususnya kepada kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Brunei Darussalam, Madrasah Tsanawiyah Al-Hikmah Kutai Barat Indonesia, Persatuan Seni Khat Sabah kerana sudi berkolaborasi dengan pihak MRSM Tun Mustapha Tawau dalam menjayakan penganjuran Pertandingan Khat Jawi MRSM Se-Malaysia & Jemputan Nusantara bagi tahun 2023. Juga jutaan terima kasih kepada pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA kerana meluluskan penganjuran pertandingan ini dan sentiasa memberikan sokongan dalam setiap pertandingan yang dianjurkan. Dengan perlaksanaan pertandingan ini, saya berharap agar kesenian khat dan jawi dalam kalangan generasi muda akan semakin diminati dan menjadi salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar dalam membangun dan mengembangkan bakat dan kebolehan masingmasing. Mudah-mudahan segala usaha yang disumbangkan untuk memartabatkan kesenian khat dan jawi dapat melahirkan generasi muda yang cakna dan celik khat jawi. InsyaAllah. Sekian, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. En. Jalaini Bin Ismail Pengetua MRSM Tun Mustapha
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Pengenalan Pertandingan Seni Khat Jawi ini adalah kesinambungan daripada penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan yang telah diadakan julung-julung kalinya pada tahun 2022. Justeru, pada tahun ini sekali lagi Kelab Seni Khat & Kaligrafi MRSM Tun Mustapha Tawau berhasrat untuk membawa objektif pertandingan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru pada tahun ini, bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul, Kelab Khat dan Kaligrafi sekali lagi ingin mengadakan Pertandingan Khat Jawi peringkat antarabangsa melibatkan 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darusalam yang mana penyertaan ini menyasarkan pelajar daripada tingkatan 1 hingga 5 dari ketiga-tiga buah negara secara atas talian. Semoga dengan adanya pertandingan ini dapat memberikan suntikan semangat dan peluang kepada semua ahli Kelab Khat dan Kaligrafi khususnya dan para pelajar amnya agar seimbang dalam membina kecemerlangan Akademik dan Ko-kurikulum.
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Objektif Mencungkil bakat pelajar dalam kesenian tulisan khat. Memupuk minat pelajar khususnya dalam penulisan jawi dan subjek Pendidikan Islam amnya. Memenuhi KPI tertinggi bagi PAJSK melalui sumbangan mengelolakan program dan penyertaan khususnya kepada ahli kelab Khat dan Kaligrafi dengan menyertai pertandingan di peringkat tertinggi iaitu antarabangsa. Menghubungkan hubungan antarabangsa antara MRSM Tun Mustapha, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei Darussalam dan Madrasah Tsanawiyah Al-Hikmah, Indonesia.
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Tarikh Penting
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Aturcara Program 09.00 Pagi : Pautan majlis secara maya dibuka : Peserta dan tetamu jemputan berada dalam talian 09.10 Pagi : Tetamu Kehormat berada dalam talian 09.30 Pagi : Kata alu-aluan Pengacara Majlis : Nyanyian Lagu “Negaraku” , “Sabah Tanah Airku” dan “Amanah Rakyat” 09.40 Pagi : Ucapan Pengetua MRSM Tun Mustapha Tawau 09.50 Pagi : Ucapan Perasmi YB Datuk Hj. Nizam bin DSP Abu Bakar Titingan 10.00 Pagi : Tayangan Montaj 10.10 Pagi : Keputusan Pertandingan 10.15 Pagi : Bersurai
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Jawatankuasa Pengelola Penaung : En. Shahrizal Bin Mohd Saderi - Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah Pengetua : En. Jalaini Bin Ismail - Pengetua MRSM Tun Mustapha Pengerusi 1 : En. Mussimar Bin Berto - Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat Pengerusi 2 : En. Zakaria Bin Japri - Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar Penyelaras : En. Zaliezan Bin Wahid Setiausaha : Pn. Ruhainah Binti Radin Bendahari : Pn. Rohaida Binti Yahaya AJK Teknikal & : En. Muhammad Syafiq Bin Pingi Siaraya AJK Pertandingan : Pn. Norzalinah Binti Kasim Pn. Salmiawati Binti Mohammad Ali Pn. Nurhafizah Binti Nurdin Pn. Nik Mimi Wahedah Binti Nik Mustaffa Kamal Pn. Saida Binti Addaluddim En. Mohamad Nazri Bin Kamarozzaman AJK Sijil & Hadiah : Pn. Nurul Fatihah Binti Mohd Razali Pn. Marlinah Binti Md. Nasir Pn. Hazirah Binti A Huzaimi AJK Majlis Penutupan : Pn. Nor Rizan Binti Osman @ Mohd Nor En. Mohd Syahril Bin Mohd Sarip Pn. Darna Binti Shafie En. Nursalam Bin Husin AJK Persiapan Tempat : En. Mohd Ismail Azdlien Bin Hj. Harun En. Kamsah Bin Samaran En. Ruslan Bin Pata AJK Tugas-tugas Khas : Pn. Norhuzaima Binti Mahadi AJK Pengacara Majlis : Pn. Najwa Binti Ahmad Shahrir Pn. Nurrajatul Aswa Binti Hj. Yappa
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Peraturan Pertandingan Hanya peserta yang didaftarkan dalam pendaftaran rasmi sahaja layak untuk menghantar bahan pertandingan (Karya Khat yang dihasilkan sendiri dan video rakaman menyediakan karya khat). Bahan-bahan untuk menyediakan penulisan khat dan pengeposan adalah di bawah tanggungan peserta sendiri. Penulisan khat hendaklah menggunakan kertas putih, Glossy, ataupun kertas Muqahhar bersaiz A3 ( 297 x 420 mm). Peserta perlu menggunakan sekurang kurangnya 70 peratus ruang saiz kertas bagi setiap kategori. Peserta hanya dibenarkan menggunakan tidak melebihi 3 warna dakwat bagi setiap karya, termasuk bagi hiasan tepi atau awan larat. Semua karya hendaklah asli dan bukan plagiat serta tidak pernah dipamerkan atau dipertandingkan. Penghantaran setiap hasil karya khat kepada pihak urusetia hendaklah dalam bentuk asli tanpa bingkai kayu, balutan kekal dan seumpamanya. Urusetia berhak menolak mana-mana karya yang didapati melanggar syarat pertandingan. Yuran sebanyak RM40.00 dikenakan kepada setiap Maktab bagi kategori MRSM SeMalaysia dan RM20.00 dikenakan kepada setiap peserta kategori Jemputan Nusantara. Bagi kategori MRSM Se-Malaysia, setiap pusat hanya dibenarkan menghantar 4 penyertaan sahaja iaitu 2 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan yang terdiri daripada pelajar dari menengah atas dan menengah rendah. Pemenang tempat pertama kategori MRSM Se-Malaysia layak secara automatik bertanding dalam kategori Jemputan Nusantara. Pelajar hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat semasa rakaman video menyediakan karya khat. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Peraturan Pertandingan 12. Rakaman Video Penyedian Penulisan Khat Pelajar hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat semasa rakaman video menyediakan karya khat. a. Masa rakaman video menyediakan karya khat adalah tidak melebihi 15 minit. b. Video hendaklah dirakam dari sudut yang boleh menampakkan muka peserta dan proses penulisan khat secara keseluruhan. c. Penyediaan video perlulah di edit dengan meningkatkan kelajuan video (timelapse) pada pertengahan rakaman. Manakala pada awal dan akhir video dirakam dengan menggunakan kelajuan biasa (normal) d. Penyertaan yang tidak menghantar video, penyertaan adalah terbatal. e. Penghantaran pautan video akan diberikan dalam group telegram pertandingan. 13. Potongan Ayat Pertandingan a. Potongan ayat mestilah di tulis dalam tulisan jawi. b. Potongan ayat pertandingan akan dimaklumkan dalam group Telegram pertandingan. c. Peserta hanya boleh menggunakan jenis khat yang telah ditentukan. 14. Keselamatan dan Hak Milik Hasil Penulisan Khat a. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya penghantaran hasil penulisan khat tidak sampai kepada penganjur. b. Penulisan khat yang telah dihantar akan menjadi milik penganjur. 15. Pemarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian:- a. Kaedah penulisan dan Tanfiz Lauhah ( penyediaan karya ) ( 50 markah); b. Kreativiti dan kekemasan ( 30 markah); dan c. Susunan dan ketepatan huruf ( 20 markah). 16. Penghakiman a. Keputusan akan diadili oleh tiga orang hakim termasuk ketua hakim. b. Jika terdapat persamaan markah, maka penentuan pemenang hendaklah dirujuk kepada markah tulisan yang tertinggi. c. Jika masih lagi berlaku persamaan hendaklah dirujuk kepada markah persembahan dan seterusnya. d. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Penyertaan MRSM MERBOK MRSM FELDA TROLAK MRSM SUNGAI BESAR MRSM SERTING MRSM TUN GHAFAR BABA MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS MRSM ATM BERA MRSM TUN DR ISMAIL MRSM MUKAH MRSM GERIK MRSM BALIK PULAU MRSM BETONG MRSM TAIPING MRSM SEMPORNA MRSM KOTA PUTRA MRSM BESERI MRSM TUN ABDUL RAZAK MRSM PDRM KULIM MRSM KUCHING MRSM KEPALA BATAS MRSM BALIK PULAU MRSM BAGAN DATUK MRSM ARAU MRSM TUN MUSTAPHA
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 BIL NAMA PESERTA MRSM 1 MUHAMMAD ASHRAF MUKHRIZ BIN AHMAD MUZAKKIR MRSM FELDA TROLAK 2 NAZRIN SHAH BIN MOHD SABRI MRSM SUNGAI BESAR 3 AQID FARWIZZ BIN AKSAR ADHA MRSM TUN GHAFAR BABA 4 ILYAS BIN MOHAMED ASRI MRSM TUN GHAFAR BABA 5 MOHAMMAD NAZRIN SYAH BIN ABDUL SHAH MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS 6 AHMAD DANII BIN AHMAD SYUKRI MRSM ATM BERA 7 ZALMIZAN BIN ZALHALIM MRSM GERIK 8 MUHAMMAD AKID ASYRAF BIN MAHAZAN MRSM GERIK 9 MUHAMMAD HARIZ MUAZZAM BIN MOHAMAD FAIRUS FAIZAL MRSM BETONG 10 MUHAMMAD ISYRAQ YASIN BIN KHAIRUNNIZAM MRSM TAIPING 11 MOHAMAD ZAIRI BIN MOHD LADZIM MRSM TAIPING 12 JAZMI BIN JOHAN SHOFWAN MRSM SEMPORNA 13 MUHAMMAD HAZIQ ILMAN BIN MOHD ROSLI MRSM KOTA PUTRA 14 HASIF NAQIUDDIN IMTIYAZ BIN NAJHAN MRSM BESERI 15 MUHAMMAD SYAHIDAN BIN MOHD ZAIDI MRSM TUN ABDUL RAZAK 16 MOHAMAD KHALIS MUAYYAD BIN SAZRIN MRSM TUN ABDUL RAZAK 17 MOHAMMAD HAZIQ HAZMI BIN ROSZAIMI MRSM KEPALA BATAS 18 AZFAWZAN AKHTAR FAHMI BIN AZRI MRSM ARAU 19 NASBHIL BIN NASIF MRSM TUN MUSTAPHA Nama Peserta KATEGORI MENENGAH ATAS (LELAKI)
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Nama Peserta KATEGORI MENENGAH ATAS (PEREMPUAN) BIL NAMA PESERTA MRSM 1 NUR SHAMILA BT NORAFENDI MRSM FELDA TROLAK 2 NUR RIHANA SAFIYYAH BINTI MOHAMAD RIZAL MRSM SUNGAI BESAR 3 NOR SHAFINAZ BINTI ABDUL RAHIM MRSM TUN GHAFAR BABA 4 ASMA' ALMAS NAWWARAH BINTI KAMARUZZAMAN MRSM TUN GHAFAR BABA 5 AIN NAYLA BINTI SUDIRMAN MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS 6 PUTRI SYAZREEN AIRIS BINTI SUDIRMAN MRSM ATM BERA 7 NURAIN BATRISYIA BINTI NOR ANUAR MRSM TUN DR ISMAIL 8 NURHAZIRAH SYAHIRAH BT MOHD HAFIS MRSM TUN DR ISMAIL 9 PUTRI SASHA AIRIN BINTI ISUANDI MRSM MUKAH 10 DIAN NUR ADRIANA BT SARIZA MRSM BALIK PULAU 11 NURIN UMAIRAH BINTI MOHD JAMSARI MRSM TAIPING 12 LAILA NAJIHA BINTI SHU-HIZAMIR MRSM TAIPING 13 IFRAH NURSYAFIQAH BINTIMUHAMAD RAMLI MRSM SEMPORNA 14 NUR SYAZWANA AUNI BINTI MOHD HARDI MRSM KOTA PUTRA 15 NUR NAYLI LIDIYA BINTI MOHD NASER MRSM BESERI 16 QATRUNNADA SYIFA BINTI ZULKIFLI MRSM PDRM KULIM 17 NOOR AFIQAH MADIHAH BINTI MOHD NOOR AZLAN MRSM PDRM KULIM 18 ALYA NOUR NASHWA BINTI MUHAMMAD FAIRUZ MRSM KUCHING 19 NOOR ZHARIFAH MARYAM BINTI NOOR AZLAN MRSM KEPALA BATAS 20 NURSYAHIRAH BINTI MUHAMMAD ASWAN MRSM BAGAN DATUK 21 NURHAFIZA HUSNA BINTI MOHD HATA MRSM BAGAN DATUK 22 NUR FAEZAH NADIHA BINTI MOHD SHAHRIN MRSM TUN MUSTAPHA
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Nama Peserta KATEGORI MENENGAH RENDAH (LELAKI) BIL NAMA PESERTA MRSM 1 MUHAMMAD SAIFUL IKHWAN BIN ZAINUL AZMIR MRSM MERBOK 2 MUHAMMAD RAID SYAZWAN BIN MOHD RAIS MRSM FELDA TROLAK 3 MUHAMMAD HANIF HAIKAL BIN ZAHRI MRSM SUNGAI BESAR 4 MUHAMMAD HADIF GHAZI BIN MOHD REDHUAN MRSM SERTING 5 ADAM HAIKAL BIN JAMIL MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS 6 ISQANDAR YUSUFF BIN ROHAIZAT MRSM ATM BERA 7 MUHAMMAD HANIFF BIN MOHD AZLAN MRSM MUKAH 8 MUHAMMAD FAIZ BIN SYAMSULALI MRSM BETONG 9 MUHAMMAD AMIEN ZUHAIRI BIN HUSSIN MRSM SEMPORNA 10 TENGKU MUHAMMAD NAWFAL BIN TENGKU EZWARDI MRSM KOTA PUTRA 11 MUHAMMAD DARWISY ZAFRAN BIN MOHD FAKHRUL ANUAR MRSM TUN ABDUL RAZAK 12 MUHAMMAD AMIRUL ZAQWAN BIN AHMAD TARMIZI MRSM PDRM KULIM 13 MOHD ALI NASRULLAH BIN MOHAMED FIRDAUS MRSM PDRM KULIM 14 AHMAD SYAHMI BIN MOHAMMAD NAZRI MRSM KUCHING 15 MUHAMMAD THAQIF AMZAR BIN MOHAMAD HUSNI MRSM KEPALA BATAS 16 MUHAMMAD HADIF BIN SAMSUDIN MRSM BAGAN DATUK 17 MUHAMMAD FAHIM WAJDII BIN RUSHDI MRSM ARAU 18 MUHAMMAD SYAZRAN KHUZAIRIE BIN AZHARUDDIN MRSM TUN MUSTAPHA
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Nama Peserta KATEGORI MENENGAH RENDAH (PEREMPUAN) BIL NAMA PESERTA MRSM 1 NUR IMAN QAIRINA BINTI MOHD FIRZUAN MRSM MERBOK 2 SERI BATRISYA FATIMAH BINTI BAIDULLAH AHMAD SUKRI MRSM FELDA TROLAK 3 ZULFA ADENIN BINTI RAZALI MRSM SUNGAI BESAR 4 NUR AQILAH MAISARAH BINTI MOHD HISHAM MRSM SERTING 5 NUR IZZATI ALIYA BINTI BIDIN MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS 6 IZZATUL HUDA BINTI HISHAM MRSM ATM BERA 7 NUR ALLESSYA BINTI JUDIN MRSM MUKAH 8 NUR KASIH BINTI JAMIL MRSM BETONG 9 NAZIFA ALIEYA BINTI SALIMAN MRSM BETONG 10 NURUL AUNI IZZATI BINTI HARFIZAN MRSM SEMPORNA 11 NUR ALEESYA ZAFIRAH BINTI ALI AMZARI MRSM KOTA PUTRA 12 NOR MAYZATUL FARIEYZA BINTI IBRAHIM MRSM TUN ABDUL RAZAK 13 NUR ALESSYA QAISARA BINTI IBRAHIM MRSM KUCHING 14 NUR RUSYDINA BATRISYIA BINTI MOHD ROHAZAN MRSM KEPALA BATAS 15 NUR IMAN AYUNI BINTI MUKHAINIZAM MRSM BALIK PULAU 16 NURSYADIAH BINTI OTHMAN MRSM BAGAN DATUK 17 NUR HANAN NISA SYAKIRIN BINTI YUSOFF MRSM ARAU 18 NUREEN AFIENNA BINTI HAMIZAN MRSM TUN MUSTAPHA
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 BIL NAMA PESERTA 1 NURUL AFIQAH BINTI AWANG 2 EMEE ZAHRA BINTI ABDUL LATIFF 3 NUR IZZ ZAYANI BINTI ABDUL GHANI 4 ANNISSA ZAQIAH BINTI ABD ZAIN 5 MUHAMMAD NOR AKMAL BIN KAMSAINI 6 AMIERUL ANWAR BIN ARBIN 7 MOHAMMAD AMIRUL ARSYAD BIN ALIAS 8 DAMIA SYAFIYYA BINTI SHAIFFULNIZAM 9 NAZRIN SHAH BIN MOHD SABRI 10 NUR RIHANA SAFIYYAH BINTI MOHAMAD RIZAL 11 MUHAMMAD HANIF HAIKAL BIN ZAHRI 12 NUR ALEESYA ZAFIRAH BINTI ALI AMZARI Nama Peserta KATEGORI JEMPUTAN NUSTANTARA (MALAYSIA) BIL NAMA PESERTA 1 MOHAMAD LUQMAN AL HAKIM BIN MOHAMAD PIADILLAH KATEGORI JEMPUTAN NUSTANTARA (BRUNEI)
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Nama Peserta KATEGORI JEMPUTAN NUSTANTARA (INDONESIA) BIL NAMA PESERTA 1 NAZWA PUSPITA 2 RADITYA ADIBAH 3 ACHMAD CHOLIQURRIDLO 4 NUR ROKHIM 5 NADILA AULIA RAHMA
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Senarai Pemenang KATEGORI MENENGAH ATAS (LELAKI) NAMA PESERTA MRSM KEDUDUKAN NAZRIN SHAH BIN MOHD SABRI SUNGAI BESAR JOHAN JAZMI BIN JOHAN SHOFWAN SEMPORNA NAIB JOHAN NASHBIL BIN NASIF TUN MUSTAPHA KETIGA MUHAMMAD ASHRAF MUKHRIZ BIN AHMAD MUZAKKIR FELDA TROLAK KEEMPAT MUHAMMAD SYAHIDAN BIN MOHD ZAIDI TUN ABDUL RAZAK KELIMA KATEGORI MENENGAH ATAS (PEREMPUAN) NAMA PESERTA MRSM KEDUDUKAN NUR RIHANA SAFIYYAH BINTI MOHAMAD RIZAL SUNGAI BESAR JOHAN NOOR ZHARIFAH MARYAM BINTI NOOR AZLAN KEPALA BATAS NAIB JOHAN IFRAH NURSYAFIQAH BINTI MUHAMAD RAMLI SEMPORNA KETIGA NURIN UMAIRAH BINTI MOHD JAMSARI TAIPING KEEMPAT NUR SYAZWANA AUNI BINTI MOHD HARDI KOTA PUTRA KELIMA
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Senarai Pemenang KATEGORI MENENGAH RENDAH (LELAKI) NAMA PESERTA MRSM KEDUDUKAN MUHAMMAD HANIF HAIKAL BIN ZAHRI SUNGAI BESAR JOHAN MUHAMMAD THAQIF AMZAR BIN MOHAMAD HUSNI KEPALA BATAS NAIB JOHAN MUHAMMAD HADIF BIN SAMSUDIN BAGAN DATUK KETIGA TENGKU MUHAMMAD NAWFAL BIN TENGKU EZWARDI KOTA PUTRA KEEMPAT MUHAMMAD AMIEN ZUHAIRI BIN HUSSIN SEMPORNA KELIMA KATEGORI MENENGAH RENDAH (PEREMPUAN) NAMA PESERTA MRSM KEDUDUKAN NUR ALEESYA ZAFIRAH BINTI ALI AMZARI KOTA PUTRA JOHAN ZULFA ADENIN BINTI RAZALI SUNGAI BESAR NAIB JOHAN NUR IMAN QAIRINA BINTI MOHD FIRZUAN MERBOK KETIGA NUR RUSYDINA BATRISYIA BINTI MOHD ROHAZAN KEPALA BATAS KEEMPAT SERI BATRISYA FATIMAH BINTI BAIDULLAH AHMAD SUKRI FELDA TROLAK KELIMA
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Senarai Pemenang KATEGORI JEMPUTAN NUSANTARA NAMA PESERTA NEGARA KEDUDUKAN NUR RIHANA SAFIYYAH BINTI MOHAMAD RIZAL MALAYSIA JOHAN MUHAMMAD HANIF HAIKAL BIN ZAHRI MALAYSIA NAIB JOHAN NAZRIN SHAH BIN MOHD SABRI MALAYSIA KETIGA NUR ALEESYA ZAFIRAH BINTI ALI AMZARI MALAYSIA KEEMPAT NUR IZZ ZAYANI BINTI ABDUL GHANI MALAYSIA KELIMA
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Sekalung Penghargaan Ahli Jawatankuasa pengelola Pertandingan Seni Khat MRSM Se-Malaysia & Jemputan Nusantara 2023 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji Nizam bin DSP Haji Abu Bakar Titingan selaku perasmi, Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA, Persatuan Khat Kebangsaan Cawangan Sabah, Pengetua-pengetua MRSM, Timbalan-timbalan pengetua khususnya Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Se-Malaysia, Guru-guru pengiring, Peserta Pertandingan Seni Khat MRSM Se-Malaysia & Jemputan Nusantara 2023 dan warga MRSM Tun Mustapha Tawau serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis ini.
PERTANDINGAN SENI KHAT JAWI MRSM SE-MALAYSIA & JEMPUTAN NUSANTARA 2023 Penaja Pertandingan ALC TAWAU
Terima Kasih Bersyukur kini kami panjatkan, Majlis anugerah telah disempurnakan, Sekalung penghargaan kami hulurkan, Segulung tahniah kami ucapkan Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan, Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan.