The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

sumber semulajadi, kegiatan ekonomi dan kerjasama antarabangsa di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adilahmajid2006, 2021-08-25 12:36:12

Buku Skrap Geografi

sumber semulajadi, kegiatan ekonomi dan kerjasama antarabangsa di Malaysia

SUMBER SEMULA JADI DI MALAYSIA

NAMA=FARAH ADILAH BINTI ABDUL MAJID
GURU=PUAN NORAINI BINTI
KELAS=3K2
SUBJEK=GEOGRAFI

PENTAKSIRAN SUMATIF UNIT 3 GEOGRAFI TINGKATAN 3 TAHUN 2021

TABURAN SUMBER BOLEH BAHARU DAN TIDAK BOLEH BAHARU DI MALAYSIA

Peta di bawah menunukkan lokasi stesen penjanaan tenaga hidroelektrik di Malaysia. Namakan
lokasi-lokasi tersebut.

E1 Pergau E6 Kenyir
E2 Temenggor E7 Batang Ai
E3 Bersia E8 Bakun
E4 Kenering E9 Murum
E5 Chenderoh E10 Tenom Pangi

TERDAPAT 2 JENIS SUMBER SEMULA JADI IAITU:











-Merupakan sektor perkhidmatan yang utama di Malaysia sejak awal tahun 1980-an
-perkembangan sektor pelancongan secara tidak langsung meningkatkan keperluan
perkhidmatan yang lain seperti pengangkutan, perhotelan dan perhubungan.

Taburan kawasan pelancongan di Malaysia:

-Pulau Langkawi
-Pulau Ferringhi
-Pulau Pangkor
-Cameron Highlands
-Genting Highlands
-Port Dickson
-Pantai Klebang
-Desaru
-Pulau Tioman
-Cherating
-Taman Negara Pahang
-Rantau Abang
-Pulau Perhentian
-Pantai Irama
-Pantai Damai (Santubong)
-Taman Negara Niah
-Taman Negara Gunung Mulu
-Gunung Kinabalu
-Pulau Sipadan

Namakan Kawasan perindustrian yang ditandakan dalam peta di bawah

A Gurun G Pasir Gudang
B Bayan Lepas H Gebeng
C Tasek I Gong Badak
D Tanjung Malim J Kidurong
E Shah Alam K Sepanggar
F Senawang L Sandakan

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI MALAYSIA

FAKTOR FIZIKAL FAKTOR MANUSIA

● Bentuk muka bumi Dasar Kerajaan
-Tanah pamah Infrastruktur
-Tanah beralun Teknologi
-Tanah pamah
-pinggir laut
● Tanih
-Aluvium
-Laterit
-Gambut
-Pasir
-Beris
● Iklim
-Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa
● Saliran
-Malaysia memiliki saliran yang baik
● Bahan mentah
-kayu balak
-kelapa sawit
-getah
-petroleum dan gas asli
-Kaolin
-Batu kapur

KEPENTINGAN KEGIATAN EKONOMI DI MALAYSIA

Peningkatan taraf hidup

-Penduduk dapat meningkatan taraf hidup
mereka apabila melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi
-Petunjuk taraf hidup boleh dilihat melalui peningkatan jumlah pendapatan per
kapita keluarga, perumahan yang selesa, tahap pendidikan dan lain-lain kemudahan
-Peningkatan pendapatan penduduk membolehkan kuasa beli, taraf kesihatan dan
tahap pendidikan penduduk turut meningkat

Kemajuan ekonomi negara

-Kegiatan ekonomi dapat menyumbangkan pendapatan untuk membiayai perbelanjaan
Mengurus dan mentadbir negara.
-Pendapatan negara diperoleh daripada cukai,hasil eksport,kedatangan pelancong
asing dan keuntungan aktiviti perniagaan
-Menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia,setor perkhidmatan
khususnya pendidikan dan pelancongan telah menjadi pemacu utama kepada
pertumbuhan ekonomi di Malaysia

Pemindahan teknologi

-Pemindahan teknologi melibatkan pemindahan kemahiran,kepakaran dan teknik dari
Satu negara ke negara lain melalui proses pembelajaran,pengalaman dan latihan
-Di Malaysia, terdapat dua cara pemindahan teknologi dilaksanakan iaitu
1. Latihan pekerja
2. Latihan sambil bekerja
-Pemindahan teknologi juga dilakukan melalui proses penyelidikan dan pembangunan
(R&D)

Mewujudkan peluang pekerjaan

-Kepelbagaian kegiatan ekonomi dapat menyediakan peluang pekerjaan menyebabkan
Kadar pengangguran di Malaysia berkurangan
-Prestasi eksport dan pengeluaran perindustrian yang semakin kukuh juga telah
mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor primer, sekunder dan tertier

CONTOH KERJASAMA EKONOMI ANTARABANGSA

Kerjasama ekonomi antarabangsa diwujudkan atas dasar ingin membantu
sesama negara dalam bidang ekonomi.

-Kerjasama hubungan dua hala
-Kerjasama pelbagai hala
-Kerjasama serantau
-Kerjasama kumpulan negara
-Kerjasama sedunia
-Kerjasama segi tiga pertumbuhan

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara atau Association of Southeast Asian
Nations (ASEAN)
-menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang antara negara anggota seperti
pendidikan, pelancongan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Segi Tiga pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Singapura
-Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi seperti pelaburan,
perdagangan, perindustrian, pertanian, perikanan dan pelancongan.

Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia,Malaysia dan Thailand
-Bidang fokus utama ialah pertanian dan industri asas tani,
pelancongan,produk halal dan perkhidmatan

Kesatuan Eropah atau European Union (EU)
-Perniagaan dan perdagangan bebas antara negara EU tanpa had kuantiti
import dan eksport

Pertumbuhan Ekonomi Negara-negara Asia Pasifik
Atau Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC)
-Menggalakkan perdagangan bebas dan pelaburan dalam kalangan negara
anggota

Pertumbuhan Perdagangan Dunia atau World Trade Organization (WTO)
-Mengendalikan sistem perdagangan global, berfungsi sebagai forum untuk
rundingan perjanjian perdagangan, menyelesaikan pertikaian perdagangan
antara anggota dan menyokong keperluan negara-negara sedang membangun

KEPENTINGAN KERJASAMA EKONOMI ANTARABANGSA

Kerjasama ekonomi antarabangsa menjadi pemangkin kepada pembentukan
hubungan perdagangan antara negara dan menjadi pengerak kemajuan
ekonomi sesebuah negara.


Click to View FlipBook Version