The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BM C_NURUL AIN NADHIAH BINTI MD.AZLAN_TUGASAN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL AIN NADHIAH BINTI MD.AZLAN IPG-Pelajar, 2024-02-23 21:27:41

TUTU

BM C_NURUL AIN NADHIAH BINTI MD.AZLAN_TUGASAN 1

NURUL AIN NADHIAH @C T U T U


Di sebuah perkampungan yang terpencil, ada seorang gadis comel yang bernama Tutu. Tutu sangat menyukai haiwan. Hobinya ialah menyanyi. Dia tinggal bersama keluarganya yang sangat harmoni dan saling menyayangi antara satu sama lain. Ibu bapanya menjalankan aktiviti tanaman lobak merah di belakang rumah mereka dan menjual hasil tanaman tersebut. Dia suka membantu ibu bapanya menanam lobak merah tersebut. 1


Pada suatu pagi, ibu Tutu menyuruh Tutu untuk menghantar lobak merah ke rumah ibu saudaranya, Mak Som yang terletak di hujung kampung. “Di dalam bakul itu, ada empat batang lobak merah yang dipesan oleh Mak Som. Pastikan kesemuanya sampai kepada Mak Som. Jangan hilangkannya, ” pesan ibu Tutu kepada Tutu. 2


Selepas mendengar pesanan daripada ibunya, Tutu terus mulakan perjalanannya. Dia melalui jalan hutan untuk cepat sampai ke rumah Mak Som. Dia berjalan-jalan sambil membawa bakul yang berisikan lobak merah. Dia turut menyanyi dengan riang. Riang hati Tutu, Tutu tolong ibu, Tolong beri lobak, Beri pada Mak Som. Tutu suka jalan, Jalan-jalan kampung, Kampung sangat cantik, Cantik macam Tutu. (Irama lagu Tiga Kupang) 3


Semasa dalam perjalanan, Tutu terjumpa seekor arnab berbulu putih yang datang melompat ke arahnya. Dia berasa teruja dan terus membelai arnab putih tersebut. “Tolong saya, saya sangat haus, ” kata arnab putih itu secara tiba-tiba. Alangkah terkejutnya Tutu apabila arnab putih tersebut boleh bercakap. “Hah ? Bagaimanakah seekor arnab boleh bercakap ?” tanya Tutu kepada arnab putih. “Saya memang dilahirkan dengan kelebihan bercakap seperti manusia, ” balas arnab tersebut. “Bolehkah kamu tolong carikan bekalan air kepada saya ? Saya sangat dahaga, ” sambung arnab tersebut lagi. 4


Tutu kasihan akan arnab putih itu dan mengambil keputusan untuk membantunya. Namun, sebelum itu, Lulu meminta arnab itu menjaga bakul yang dibawanya itu sementara dia mencari bekalan air. Tutu terus pergi ke sungai yang berdekatan untuk mengambil bekalan air. Setelah itu, dia kembali ke tempat arnab tersebut. 5


Setibanya di sana, arnab tersebut hilang. Dia juga mendapati bahawa dua batang lobak merah dalam bakulnya itu hilang. Tutu teringat akan pesanan yang diberikan oleh ibunya sebelum dia pergi menghantar lobak merah tersebut. Dia terus menangis kerana takut dimarahi oleh ibunya. Namun begitu, Tutu tidak berputus asa. Dia mengambil keputusan untuk pergi mencari arnab putih itu di kawasan sekitar. 6


Tiba-tiba, Tutu berasa seperti ditarik masuk ke dalam sebuah lubang yang gelap. “Dimanakah aku ?” bisik Tutu di dalam hati. Dia takut kerana lubang tersebut sangat gelap dan dia tidak menjumpai jalan keluar. Dia terduduk dan menangis teresak-esak apabila memikirkan nasib yang menimpa dirinya hari ini. Tiba-tiba, datang seekor kucing ke arahnya. “Kenapa kamu menangis wahai gadis yang comel ?” tanya kucing tersebut. Tutu terkejut apabila kucing tersebut juga boleh berbicara. Walaupun dirinya masih terkejut dengan kehadiran kucing ajaib tersebut, Tutu tetap menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya. 7


“Adakah arnab tersebut berwarna putih ?” tanya kucing ajaib kepada Tutu. Tutu mengangguk. Kucing ajaib itu terus memberitahu Tutu bahawa arnab yang dijumpainya itu jahat dan suka mencuri. “Lubang ini sebenarnya hanya boleh dilihat dan dimasuki oleh orang yang memiliki sifat penyayang keatas haiwan. Setelah saya mendengar cerita kamu itu tadi, saya tahu bahawa kamu memiliki sifat penyayang kertas haiwan dan kamu layak masuk ke lubang ini, ” kata kucing ajaib itu. “Jangan sedih. Saya akan bantu kamu untuk mencari arnab tersebut. Marilah ikut saya ke suatu tempat, ” sambung kucing ajaib itu. 8


Tutu melihat ada sinaran cahaya. Kucing ajaib itu membawa Tutu menuju kearah cahaya tersebut dan berjalan menembusi cahaya tersebut sambil menyanyi. Wahai gadis comel nama dia Tutu, Usah takut sayang usahlah risau, Pasti ada jalan untuk kita pulang, Mari ikut saya cari jalannya. Mari kita ikut sinar terang itu, Pasti sinar itu tempatnya selamat, Ayuh kita pergi ikut sinar itu, Sudah tentu kita akan selamat. (Irama Tanya Sama Pokok) 9


Selepas menembusi cahaya itu, Tutu terpana apabila dia melihat perkampungan haiwan yang begitu sibuk. Kesemua haiwan tersebut mempunyai kebolehan bercakap dan menjalankan kegiatan seperti manusia. Dia melihat keluarga tikus sedang menyusun perabot di rumah mereka, sekumpulan tupai sedang menikmati buah-buahan di atas pokok, dan burungburung bersiul-siul sambil membuat sarang di pokok-pokok. 10


Kucing ajaib itu membimbing Tutu ke sebuah rumah kecil. Di hadapan rumah itu, seekor arnab berbulu putih sedang termenung. "Arnab itulah yang mencuri lobak merah saya, " bisik Tutu kepada kucing ajaib itu. "Ya, itu dia, " sahut kucing ajaib itu. Tutu berani mendekati arnab itu. "Hei, kenapa awak mencuri lobak merah saya ?" tanya Tutu. Arnab putih itu menoleh ke arah Tutu. "Maafkan saya. Ibu bapa saya sakit dan mereka kelaparan. Saya terlalu takut untuk meminta tolong, “ ucapnya dengan lembut. 11


Tutu merasa sedih mendengar cerita tentang ibu bapa arnab tersebut. Walaupun dia masih kecewa kerana lobak merahnya dicuri, rasa belas kasihan terhadap keluarga arnab membuatnya memahami alasan di sebalik tindakan arnab tersebut. Dia juga sedar bahawa kadang-kadang kesempatan kedua perlu diberikan kepada orang lain. "Tidak apa-apa, arnab. Saya faham. Saya minta maaf jika saya menuduh awak tanpa memahami situasi sepenuhnya, " ucap Tutu dengan lembut. Arnab itu tersenyum lega apabila mendengar kata-kata Tutu. 12


"Tetapi, saya harus menggantikan dua batang lobak merah yang hilang. Saya berjanji untuk membawa empat batang lobak merah kepada Mak Som. Bagaimanakah saya perlu menyelesaikan masalah ini?" tanya Tutu dengan penuh kekhawatiran. "Kita boleh mencari penyelesaian bersama-sama. Kita boleh minta bantuan daripada haiwan-haiwan lain. Mungkin mereka memiliki cadangan atau boleh membantu kita menemukan lobak merah baharu, " cadang kucing ajaib tersebut. 13


Tutu setuju dengan cadangan kucing ajaib itu. Kemudian, mereka bersama-sama mengunjungi pelbagai rumah di perkampungan haiwan itu dan bercerita tentang masalah mereka. Tak lama kemudian, mereka mendapat bantuan dari pelbagai haiwan. “Kami mahir dalam menggali tanah. Jadi, kami boleh bantu awak untuk mencari lobak merah pengganti, ” kata wakil daripada sekumpulan tupai. “Saya juga lincah, ” kata arnab. “Kami pula memiliki penglihatan yang tajam, ” kata salah seekor daripada sekumpulan burung merpati. 14


Akhirnya, dengan kerjasama semua haiwan di perkampungan itu, mereka berhasil menemukan dua batang lobak merah baharu. Tutu sangat bersyukur atas bantuan dan kerjasama semua haiwan itu. "Dengan bantuan kalian semua, kita berhasil menyelesaikan masalah ini dengan baik. Terima kasih banyak atas bantuannya, " kata Tutu dengan tulus kepada semua haiwan yang telah membantu. 15


Setelah itu, Tutu bersama dengan kucing ajaib tersebut kembali ke dunia nyata. Tutu menyambung perjalanannya ke rumah Mak Som ditemani oleh kucing ajaib tersebut. Akhirnya, lobak merah tersebut sampai ke tangan Mak Som. Kemudian, Tutu meminta diri kepada kucing ajaib tersebut. Kucing ajaib tersebut berpesan kepada Tutu, sekiranya dia mahu melawat perkampungan haiwan itu lagi, dia boleh sahaja datang mencari lubang tersebut pada bila-bila masa sahaja. Tutu terus bergegas pulang ke rumah kerana takut ibunya mencari dirinya. Sesampainya di rumah, dia terus menceritakan semua masalah yang dihadapi olehnya. Ibunya sangat terharu mendengar cerita tersebut dan memberikan pujian kepada Tutu atas keberanian dan kebaikannya. 16 Tamat


Dalam buku cerita kanak-kanak bertajuk “Tutu“ , kita akan mengikuti kisah seorang gadis comel bernama Tutu yang perlu menghantar empat batang lobak merah ke rumah ibu saudaranya. Namun begitu, semasa dalam perjalanan, dia kehilangan dua batang lobak merah tersebut. Dia perlu mendapatkan lobak merah yang baru dengan segera. Adakah Tutu berjaya mendapatkan pengganti lobak merah tersebut ? Adakah dia dapat menghantar empat batang lobak merah ke rumah ibu saudaranya ?


Click to View FlipBook Version