The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat YADIM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ILHAM Books, 2024-01-22 02:01:01

Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat YADIM

Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat YADIM

Hasil kajian YADIM Research Management Centre (YRMC) di bawah Kluster Dakwah dan Pendidikan


Tel: 03-88703870 Faks: 03-88703871 www. yadim.com.my buku.yadim.com.my Penyelidikan Dakwah YADIM Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin pemilik hakcipta terlebih dahulu. ©Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Cetakan Edisi Kemas Kini 2023 Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat ISBN 978-967-5128-74-5 1. Volunteers--Handbooks, manual, etc. 2. Voluntarism--Religious aspects--Islam--Handbooks, manuals, etc. 3. Da’wah (Islam)--Handbooks, manuals, etc. 4. Islam--Missions--Handbooks, manuals, etc. 361.37 Diterbitkan oleh: YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) Aras 4, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No.3, Jalan Tun Razak, Presint 3, 62100, Putrajaya. Diurus terbit Oleh: IB MEDIA PLT (LLP0001499-LGN) No. 94 (G), Jalan Nilai Square 3, Nilai Square 71800 Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA


ISI KANDUNGAN PERUTUSAN KHAS YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA 4 KATA ALUAN SENATOR DATO’ SETIA HAJI DR. MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) 6 KATA PENGANTAR DATUK HASANUDDIN BIN MOHD YUNUS YANG DIPERTUA YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) 8 PRAKATA 10 KUMPULAN PENYELIDIK 12 LATAR BELAKANG MANUAL PANDUAN 15 DEFINISI 16 OBJEKTIF MANUAL PANDUAN 17 MANUAL PANDUAN PENGURUSAN KESUKARELAWANAN DAKWAH MASYARAKAT 18 PENGURUSAN INDIVIDU SUKARELAWAN 34 PEMAKAIAN MANUAL PANDUAN 36 PENUTUP 36 BIBLIOGRAFI 37 AKTIVITI SUKARELAWAN YADIM 38


PERUTUSAN KHAS YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan segala puji ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia-Nya memberi keizinan kepada penerbitan buku “Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat” oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berasaskan hasil penyelidikan di bawah Kluster Dakwah dan Pendidikan, YADIM Research Management Centre (YRMC). Kajian dan pendokumentasian menghasilkan manual panduan pengurusan ini suatu keperluan dan usaha penting dalam mengurus sukarelawan sama ada di peringkat organisasi atau individu yang menjalankan kerja-kerja lapangan masyarakat selaras dengan rukun Madani iaitu nilai ihsan yang diletakkan sebagai teras amalan melebihi budaya dan pengamalannya. 4 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat


Sifat ihsan menjadi teras tanggungjawab sosial secara komprehensif iaitu melakukan kerja atau tugas secara sukarela, rela hati dan ikhlas tanpa sebarang paksaan, tidak meminta imbuhan atau balasan kebendaan. Para sukarelawan bersedia menyumbang pengalaman, fikiran dan ilmu kemahiran serta kebolehan dengan tenaga fizikal dan sebagainya kepada kumpulan sasaran atau komuniti yang memerlukan bantuan atau sokongan dengan merentasi batasan agama, gender, umur malahan melewati batasan kewarganegaraan. Gerak kerja sukarelawan merupakan antara medium utama bagi merealisasikan objektif syara’ Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, jiwa, keturunan, menjaga akal dan harta. Oleh yang demikan, natijahnya gerak kerja kesukarelawanan ini mengharapkan keberkatan dan ketenangan daripada Allah SWT dengan balasan ukhrawi kelak, yang tiada bandingannya dengan ganjaran duniawi. Sekalung penghargaan tahniah kepada YRMC-YADIM kerana telah menghasilkan manual panduan ini sebagai rujukan dan panduan kepada para sukarelawan yang akhirnya akan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM Perdana Menteri Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 5


KATA ALUAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas petunjuk dan izin-Nya jua, Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat dapat diterbitkan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW serta buat seluruh ahli keluarga dan sahabat Baginda SAW. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memperkenalkan Pelan Transformasi Al-Falah bagi menyahut agenda Membangun Malaysia Madani yang dicetuskan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Lima teras Pelan Transformasi Al-Falah yang meliputi Pentadbiran Islam Mampan, Kesejahteraan Insan, Kemuliaan Syariah, Kepimpinan Berdaya Cipta dan Kehormatan Institusi Islam merupakan inisiatif utama untuk dijadikan asas penambahbaikan kepada pengurusan dan pentadbiran Islam di Malaysia. السالم عليكم ورحمة الله وبركاته ِ َ وَم ْن ِه ْص َحاب َ َ َ ى أله وأ َل ْي َن، وع ِ ْ ُم ْرَسل َي َ اءِ وال ِ ْب ن َْ َ ْشَر ِف اأْل َى أ َل َ ُم ع ُ َ و َّ السال َة ِمْي َن، و َّ الصال َ ْ َعال ْ َح ْم ُد َ لله ر ِّب ال ال ْن، ِ ِّ الدي َ ْوم َى ي ِل ان إ ْح َس ٍ ِ ِإ َعُه ْم ب ِ َب ت 6 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat


Alhamdulilah dan tahniah diucapkan kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Kluster Dakwah dan Pendidikan, YADIM Research Management Centre (YRMC) atas kejayaan menjalankan penyelidikan serta menerbitkan “Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat”. Buku manual panduan ini sangat penting dalam memastikan usaha dan aktiviti kesukarelawanan dakwah masyarakat sentiasa disampaikan dengan penuh hikmah serta menepati disiplin dakwah. Kandungan Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat ini sangat bertepatan dengan ajaran agama Islam seperti menyemai semangat tolong menolong (ta’awun), ikhlas dalam melaksanakan perkara makruf kerana Allah, istiqamah berbuat baik kepada golongan yang kurang berkemampuan demi kelangsungan hidup masyarakat. Kesukarelawanan amat dititikberatkan dalam Islam agar keseimbangan hidup bermasyarakat dapat dicapai melalui rasa tanggungjawab sesama insan. YADIM mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku ini berdasarkan penyelidikan supaya ia dapat dijadikan sebagai manual panduan kesukarelawan dakwah masyarakat oleh setiap agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan para aktivis yang menjalankan aktiviti kesukarelawanan. Akhir kalam, semoga buku ini akan dijadikan sebagai satu garis panduan bukan sahaja kepada entiti dakwah bahkan kepada individu yang aktif dalam menjalankan aktiviti kesukarelawanan dakwah masyarakat. Semoga buku ini akan menjadi rujukan yang memberi manfaat kepada, agama, bangsa dan negara. Sekian, terima kasih. SENATOR DATO’ SETIA HAJI DR. MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


YANG DIPERTUA YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat jua diterbitkan buku Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat. YADIM Research Management Centre (YRMC) melalui kluster Dakwah dan Pendidikan, telah menjalankan penyelidikan berkaitan “Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat”. YRMC ini merupakan sebuah Badan Khas dipimpin oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM. Keanggotaan YRMC ini terdiri daripada para pensyarah di Insitusi Pengajian Tinggi dalam pelbagai multi disiplin telah berjaya menghasilkan kajian tersebut. Penerbitan manual panduan ini akan diedarkan secara percuma sama ada cetakan atau digital kepada entiti dan badan-badan Sukarelawan. بسم الله الر حمن الر حيم السالم عليكم ورحمة الله وبركاته الحمد لله رب العالمين والصالة والسالم على أشرف االنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، رب اشرح لي صدرى ويسرلي امري وحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي. KATA PENGANTAR 8 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat


Oleh itu, Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat ini diharapkan akan menjadi panduan kepada YADIM sendiri, agensi kerajaan dan swasta serta pihak-pihak yang terbabit dalam aktiviti kesukarelawanan berasaskan syariat Islam. Selaras dengan perlembagaan dan teras YADIM yang menekankan tiga aspek utama iaitu pendidikan, sosial dan kebajikan maka program kesukarelawanan menjadi antara teras utama dalam mengimarahkan aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti tersebut merupakan satu jihad dakwah yang sudah sebati dengan YADIM dan merupakan satu bentuk amalan sosial yang saban tahun diteruskan oleh YADIM dalam membantu umat Islam dan rakyat Malaysia secara amnya. Keprihatinan ini menyuburkan sifat ihsan terangkum dalam dasar rukun Madani yang merupakan tanggungjawab sosial secara komprehensif. Manual panduan ini dapat dijadikan sumber rujukan oleh semua peringkat masyarakat yang sentiasa berlumba-lumba untuk membantu antara satu sama lain. Dalam dunia yang serba rencam budaya dengan variasi kehidupan yang mencabar ini, YADIM sentiasa menitiberatkan aktiviti dakwah bil-hal yang menjadi satu titik tolak kepada pemerkasaan dakwah masyarakat sama ada melalui agensi agama atau Badan Bukan Kerajaan (NGO). Selain membantu masyarakat, ia menjadi satu wadah untuk saling kenal mengenali, berkasih sayang dan merapatkan silaturrahim. Akhir kalam, YADIM begitu berbesar hati dan merakamkan ucapan terima kasih kepada YRMC dan semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan buku ini. Semoga segala usaha dan bantuan yang diberikan oleh semua pihak akan mendatang hasil yang terbaik kepada ummah dan masyarakat khususnya di Malaysia. Sekian, terima kasih. DATUK HASANUDDIN BIN MOHD YUNUS Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 9


PRAKATA Pembangunan manual panduan pengurusan kesukarelawanan dakwah masyarakat ini dibangunkan oleh Kluster Dakwah dan Pendidikan, YADIM Research Management Centre (YRMC) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mariam Abd. Majid sebagai panduan bagi usaha pemerkasaan kesukarelawanan dakwah masyarakat. Pembinaan manual panduan pengurusan ini diasaskan kepada manhaj Rabbani dan gagasan maqasid syariah. Platform pelaksanaan manual panduan pengurusan ini turut mengambil kira Matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals (SDGs) yang dikemukakan oleh PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 25-27 September 2015 melalui Sidang Kemuncak Bangsa-bangsa Bersatu telah memperkenalkan tujuh belas (17) matlamat pembangunan lestari yang perlu dicapai menjelang tahun 2030 demi pembangunan, kemaslahatan manusia dan dunia. Pembinaan manual panduan pengurusan kesukarelawanan dakwah masyarakat mampu memberikan impak kepada gerak kerja yang dilakukan oleh para sukarelawan dakwah masyarakat bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap pengamalan dan penghayatan suruhan kepada kebaikan dan cegahan daripada kemungkaran, memelihara dan memartabatkan agama Islam, mengajak masyarakat berlumbalumba membuat kebaikan dengan menjaga dan memelihara agama Islam, menunjukkan qudwah hasanah dalam semua aspek kehidupan, menjaga keselamatan nyawa ketika dalam keadaan kesusahan atau darurat, memberi motivasi bagi mengatasi risiko cabaran aspek mental dan fizikal ketika dilanda musibah serta memberi peluang untuk berkongsi rezeki dalam memelihara kelangsungan hidup masyarakat bagi mewujudkan keamanan, keadilan dalam sebuah masyarakat yang mampan. 10 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat


Manual panduan pengurusan ini diharapkan berupaya menjadikan usaha-usaha kesukarelawanan dakwah masyarakat dapat dilaksanakan dengan efisien, lancar dan berkesan menerusi pelaksanaan amar ma’ruf nahi mungkar seiring dengan matlamat mencapai kesejahteraan dalam keluarga, masyarakat dan negara. Penghargaan khusus kepada pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang memberikan peruntukan dana bagi para pakar di bawah YADIM Research Management Centre menjayakan usaha pembinaan manual panduan pengurusan ini. Semua ahli penyelidik, panel pakar rujuk (SME), kumpulan pakar bidang perbincangan meja bulat (RTD), kumpulan peserta pakar perbengkelan Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuai (Modified NGT) yang menyumbangkan kepakaran dan pandangan sehingga terhasilnya manual panduan pengurusan ini. Semoga segala usaha murni ini diberkati dan diterima Allah SWT. Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 11


KETUA PENYELIDIK PROF. MADYA DR. MARIAM BINTI ABD. MAJID Jabatan Dakwah Dan Usuluddin Fakulti Pengajian Peradaban Islam Universiti Islam Selangor (UIS) AHLI PENYELIDIK DR. MUHAMMED BIN YUSOF Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) DR. ZULKEFLI BIN HJ AINI Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) DR. HAJAR BIN OPIR Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM) DR. NUR MOHAMMAD HADI BIN ZAHALAN Al Bayan Global PROF. MADYA DR. SYARUL AZMAN BIN SHAHARUDDIN Jabatan Dakwah Dan Usuluddin Fakulti Pengajian Peradaban Islam Universiti Islam Selangor (UIS) DR. NURULBAHIAH BINTI AWANG Jabatan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Pendidikan Berterusan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) DR. NORUN NAJJAH BINTI AHMAT Jabatan Pengurusan Teknologi Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) DR. NUR A’THIROH MASYAA’IL TAN BINTI ABDULLAH @ TAN AI PAO Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ENCIK MUHAMAD HANAPI BIN JAMALUDIN Presiden Benevolent Malaysia 12 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat KUMPULAN PENYELIDIK


PUAN SYARIPAH NAZIRAH BINTI SYED AGER Jabatan Syariah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Selangor (UIS) ENCIK MUHAMMAD AIZAT SYIMIR BIN ROZANI Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah Fakulti Pengajian Peradaban Islam Universiti Islam Selangor (UIS) SEKRETARIAT DR. MASITAH BINTI ESA Ketua Pakar Bidang Khusus Unit Penyelidikan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) PUAN HAFSAH BINTI HAJI HUSAIN @ HAJI HASHIM Pengarah, Bahagian Khidmat Bakti, (Sukarelawan YADIM), Sektor Pembangunan Ummah Dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ENCIK ZAMANI BIN MOHD KARULNI Penolong Pengarah Unit Penyelidikan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ENCIK ABDUL QAIYUM BIN ARIS Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM), Sektor Pembangunan Ummah Dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ENCIK ARIF ADZWAN BIN MOHD ALI Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM), Sektor Pembangunan Ummah Dan Wanita, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ENCIK MUHAMMAD AL HANIF BIN MAH HASSAN Pegawai Penyelidik Unit Penyelidikan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) PUAN AZNI BINTI MOHD ZAINUDIN Penolong Tadbir Operasi Unit Penyelidikan Dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) TEAM RAPPETOUR PUAN NURFARHANIS BINTI MOHD HANIFFA PUAN PUTERI BALQIS BINTI ALIAS PUAN NUR HUMAIRA’ BINTI TAJUL NIZAM Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 13


Memperkasa sukarelawan DAKWAH masyarakat berasas manhaj rabbani dalam konteks Malaysia. Membangun sukarelawan DAKWAH masyarakat yang kompeten menerusi pengurusan mampan. 14 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat


1. LATAR BELAKANG MANUAL PANDUAN Manual panduan pengurusan kesukarelawanan dakwah masyarakat ini diwujudkan sebagai panduan kepada pihakpihak yang terbabit dalam aktiviti kesukarelawanan berasaskan syariat Islam. Idea pembinaan manual panduan ini tercetus hasil penyediaan Pelan Pembangunan Dakwah Negara (PPDN) di bawah Kluster Pendidikan Dakwah. Cadangan manual panduan pengurusan kesukarelawanan dakwah masyarakat ini telah diluluskan oleh Pengurusan tertinggi Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) selaras dengan perlembagaan dan teras YADIM yang menekankan kepada tiga aspek utama iaitu kebajikan, pendidikan dan sosial. Manhaj rabbani dan gagasan maqasid syariah menjadi teras atau tunjang utama pembinaan manual panduan pengurusan ini serta ditambah nilai selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals (SDGs).


2. DEFINISI Bagi maksud manual panduan pengurusan ini: Istilah kesukarelawanan ialah aktiviti atau khidmat sukarela bermaksud kegiatan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak sama ada daripada agensi kerajaan, pihak swasta, pergerakan-pergerakan belia atau individu persendirian yang dilakukan dengan kerelaan hati, ikhlas, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak dan memberikan impak dan manfaat kepada golongan atau pihak sasaran. Istilah sukarelawan merujuk kepada individu atau kumpulan yang melakukan sesuatu usaha secara sukarela. Istilah sukarelawan dakwah merujuk kepada individu atau kumpulan yang melakukan amar makruf nahi mungkar berasaskan kepada ruang lingkup syariat Islam. Istilah organisasi merujuk kepada organisasi berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan Pendaftar Pertubuhan Belia (PPB) yang mengendali golongan sukarelawan, aktiviti kesukarelawan, penganjur program serta aktiviti sukarelawan. Istilah masyarakat merujuk kepada semua golongan dan lapisan manusia yang mempunyai pelbagai budaya, agama dan adat yang menjadi fokus sukarelawan untuk didekati dan disantuni. 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 16 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat


3. OBJEKTIF MANUAL PANDUAN Objektif manual panduan pengurusan ini adalah untuk; Memberi panduan kepada sukarelawan untuk menjalankan aktiviti kesukarelawan. 3.1 Menjadi rujukan kepada sukarelawan berkaitan prinsip dan etika berkaitan aktiviti kesukarelawan dakwah masyarakat. 3.2 Memupuk kefahaman dan amalan nilai-nilai murni kepada sukarelawan tentang pelaksanaan aktiviti kesukarelawan dalam dakwah masyarakat. 3.3 Memberi panduan kepada organisasi dalam pelaksanaan aktiviti kesukarelawan dakwah masyarakat. 3.4 Membantu sukarelawan dan organisasi dakwah untuk memastikan penganjuran aktiviti kesukarelawanan berteraskan prinsip dakwah dan syariat. 3.5 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 17


4. MANUAL PANDUAN PENGURUSAN KESUKARELAWANAN DAKWAH MASYARAKAT Manual panduan pengurusan kesukarelawanan dakwah masyarakat dibahagi kepada dua (2) bahagian. Bahagian konseptual dibahagi kepada dua iaitu prinsip dan adab sukarelawan. Manakala, bahagian pengoperasian (operasional) pula dibahagikan kepada dua iaitu pengurusan organisasi sukarelawan dan pengurusan individu sukarelawan. Rajah 1: Pembahagian Manual Panduan Pengurusan Sukarelawan Dakwah Masyarakat 18 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat


KATEGORI KONSEPTUAL Kategori konseptual ini meliputi dua bahagian iaitu prinsip sukarelawan dan adab sukarelawan. Seseorang sukarelawan harus memastikan prinsip dan adab yang dinyatakan dipatuhi agar kerja-kerja sukarelawan dakwah berjaya dilaksana dan mencapai matlamat yang disasarkan. Asas sukarelawan adalah berdasarkan altruistik yang melibatkan penyediaan khidmat sosial tanpa mengharapkan keuntungan demi manfaat masyarakat sama ada individu, kumpulan atau organisasi. Namun, bagi menjayakan misi kemanusiaan ini sukarelawan hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran dan mengoptimumkan kualiti diri. Kerja kesukarelawanan berhadapan dengan pelbagai bidang perkhidmatan, cabaran, situasi dan variasi karenah manusia yang memerlukan ‘set prinsip dan adab’ yang menjadi kerangka kepada para sukarelawan ketika melaksanakan misi kesukarelawan. 4.1 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 19


PRINSIP SUKARELAWAN DAKWAH MASYARAKAT Kepatuhan Syariah (Syariah Compliance) Mematuhi hukum dan ajaran Islam serta adat dan norma masyarakat yang tidak bertentangan dengan Islam dalam pelaksanaan aktiviti sukarelawan. Kebertanggungjawaban (Accountability) Melaksanakan amanah dan kewajipan dengan penuh sedar ketika merancang dan melaksana aktiviti, membuat keputusan dengan tuntas serta berakauntabiliti ketika membuat keputusan atau melakukan dalam pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. Ketelusan (Transparent) Menunjangi aktiviti kesukarelawan dengan sifat ikhlas dalam melaksanakan tugas-tugas. Sedia membuat laporan secara terbuka dan menerima komentar daripada pihak luar. Ketangkasan (Agile) Melaksanakan tanggung jawab dengan pantas, tepat dan penuh siap siagaan serta mempunyai keupayaan luar biasa dan efisien dalam pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. Keprihatinan (Sensitivity) Menzahirkan sifat kasih sayang, prihatin dan cakna terhadap sosial budaya masyarakat ketika melaksanakan aktiviti kesukarelawanan dalam pelaksanaan aktiviti kesukarelawan masyarakat dengan pengetahuan pihak berautoriti di kawasan berkaitan. Kecekapan (Efficiency) Memiliki kebolehan, kesanggupan dan kecekapan dalam mengendalikan aktiviti kesukarelawan masyarakat yang direncanakan dilaksanakan. a. b. c. d. e. f. Prinsip sukarelawan ini dirumuskan dalam bentuk 6K iaitu; 4.1.1 20 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat


Rajah 2: Prinsip Kesukarelawanan


ADAB SUKARELAWAN DAKWAH MASYARAKAT Adab sukarelawan adalah meliputi adab kepada Allah SWT, adab sesama manusia dan adab kepada alam sekitar. Berikut adalah huraian panduan adab-adab berkaitan; Ikhlas Kerana Allah SWT Memastikan kerja yang dibuat adalah tulus ikhlas dan rela hati bagi mencapai kebaikan tanpa bergantung harap kepada imbalan. Al-Ihsan Dan Berintegriti Menjaga amanah terhadap Allah SWT dan peraturan yang telah digariskan dalam melaksanakan tugas kesukarelawan dakwah meliputi penyampaian maklumat, pengurusan dana, privasi dan lain-lain. Berpakaian Menutup Aurat Dan Sopan Memelihara penampilan dengan memenuhi standard dan piawaian syariah iaitu berpakaian menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan keadaan bagi memudahkan pelaksanaan tugas kesukarelawan. Tidak Menimbulkan Kontroversi Menggunakan kebijaksanaan dalam mengupas isu berkaitan sensitiviti agama dan budaya sesuatu kaum yang berbeza serta menjaga maruah agama Islam. Patuh Kepada Syariat Islam, Peraturan Serta Undang-Undang Negeri Dan Negara Mentaati Allah SWT, Rasul dan pemerintah dengan mematuhi syariat, peraturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, negeri dan negara. a. b. c. d. e. 4.1.2 22 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat


Patuh Kepada Prosedur, Polisi Organisasi Dan Negara Mematuhi prosedur serta polisi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan seperti menyimpan rekod-rekod penting mengikut keperluan undang-undang, peraturan-peraturan dan tatacara agensi atau badan sukarela. Menjaga Disiplin Diri Menjaga disiplin mencakupi aspek pengurusan masa, tindakan dan pertuturan. Komited Memiliki sikap komited, bertanggungjawab dan positif terhadap kerja kesukarelawan yang dilaksanakan. Bersepakat Dalam Nilai Bersama Memiliki sifat terbuka dalam nilai-nilai yang disepakati bersama dalam pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. Bersikap Terbuka Dan Toleransi Dalam Perbezaan Pendapat Menjaga adab-adab perbezaan pendapat berdasarkan prinsip tolaransi dan keterbukaan. Menjaga Dan Melestarikan Alam Sekitar Mempunyai tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar dalam pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. f. g. h. i. j. k. Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 23


Rajah 3: Adab Kesukarelawan 24 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat


PENGOPERASIAN ORGANISASI SUKARELAWAN DAKWAH MASYARAKAT Manual panduan pengoperasian organisasi sukarelawan dakwah masyarakat dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu: (i) Panduan wajib/utama (ii) Panduan pilihan Rajah 4: Panduan Pengoperasian Organisasi Sukarelawan Dakwah Masyarakat 4.2 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 25


PANDUAN WAJIB / UTAMA Panduan wajib / utama pengoperasian organisasi adalah seperti berikut; Mendaftarkan Organisasi Secara Rasmi Semua organisasi disyaratkan untuk berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355), Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007 (Akta 688), Bahagian Hal Ehwal Undangundang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri atau di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berkonsepkan Yayasan. Mematuhi Perundangan Negara Dan Perlembagaan Organisasi Sebuah organisasi mesti memastikan perlembagaan organisasi adalah selari dengan undang-undang utama sama ada di peringkat negeri atau negara. Perlembagaan organisasi bertindak sebagai pengawal, sumber rujuk dan pengabsah kepada organisasi dalam tindakan kesukarelawan. Mengikut Manual Prosedur Kerja (Standard Of Procedure) Aktiviti organisasi sukarelawan mesti mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa atau pihak berautoriti dalam semua perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. Memiliki Sumber Dana Bagi Pembiayaan Pengurusan Organisasi Organisasi perlu memiliki kemampanan kewangan untuk memastikan kemandirian organisasi. a. b. c. d. 4.2.1 26 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat


Melaksanakan Program Pembangunan Sukarelawan Organisasi mesti mempunyai metodologi dan modul khusus bagi program pembangunan sukarelawan dakwah. Program pembangunan perlu yang berstruktur dan bersesuaian mencakupi keperluan latihan sukarelawan yang holistik. Bentuk-bentuk latihan pembangunan sukarelawan bertujuan memperkasa keupayaan sukarelawan dakwah merangkumi; i. Pembangunan Pengisian Ilmu Islam, iaitu akidah, syariah dan akhlak. ii. Pembangunan Sahsiah. iii. Pembangunan Kemahiran Teknikal seperti teknologi maklumat, Vokasional, dan pertolongan cemas. iv. Pembangunan Kemahiran Komunikasi seperti komunikasi interpersonal dan persuasif. v. Pembangunan Psikologi dan Asas Bimbingan Sukarelawan. vi. Pembangunan Kemahiran Kepimpinan seperti Pengurusan organisasi dan Pembuatan keputusan. vii. Pembangunan Pengurusan Kewangan. viii. Pembangunan Penzahiran (visibility) Organisasi seperti penjenamaan semula, promosi dan pemasaran. ix. Pembangunan Kemahiran Silang Budaya, Sosial dan Jaringan Hubungan Luar. e. Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 27


Mendapatkan Kelulusan Pelaksanaan Aktiviti Sukarelawan Dakwah Aktiviti kesukarelawan mesti mendapat kelulusan dari pihak pengurusan organisasi masing-masing dan pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan aktiviti sukarelawan dakwah masyarakat dilaksanakan. Menyediakan Jaminan Kebajikan Bagi Golongan Sukarelawan Sepanjang Pelaksanaan Program Organisasi mesti mempunyai skim dan dokumen bertulis berkaitan tanggungjawab penjagaan aspek kebajikan, keselamatan dan kesihatan golongan sukarelawan yang memberikan khidmat kesukarelawan. Menyediakan Jaminan Kebajikan Yang Bersesuaian Kepada Kakitangan Organisasi Organisasi mesti menyediakan jaminan kebajikan (imbuhan kewangan), kesihatan dan keselamatan sesuai bagi kakitangan organisasi yang berkhidmat. Merekodkan Kewangan dan Aktiviti Organisasi i. Organisasi mesti memiliki rekod pengurusan kewangan organisasi bagi memastikan pengurusan kewangan organisasi diurus dengan telus. ii. Organisasi mesti merekodkan pengurusan kewangan dan aktiviti kesukarelawan bagi keperluan pemberi dana. iii. Organisasi mesti melalui proses audit kewangan dan aktiviti. f. g. h. i.


Rajah 5: Panduan Wajib / Utama Pengurusan Organisasi Sukarelawan Dakwah Masyarakat Panduan Wajib / Utama Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 29


PANDUAN PILIHAN Panduan pilihan bagi pengurusan organisasi adalah seperti berikut; Menjalin Kerjasama Pintar Dan Berstrategi Dengan Organisasi Dakwah Dan Agensi Lain. Organisasi perlu mengadakan jaringan pintar (intelligence networking) iaitu membuat persepakatan dalam pelaksanaan khidmat sukarelawan dakwah masyarakat secara kerjasama dan saling melengkapi antara organisasi dan agensi yang melaksana aktiviti kesukarelawan lain di peringkat tempatan dan antarabangsa. Memiliki dan Membangun Data Raya (Big Data) Organisasi perlu mempunyai data raya (big data) yang menyimpan maklumat-maklumat berkaitan segmen sasaran khidmat sukarelawan, potensi dan peluang dalam menjayakan khidmat sukarelawan serta, cabaran dalam pelaksanaan khidmat sukarelawan. i. Profil sukarelawan yang berdaftar perlu disimpan di dalam satu sistem pengkalan data yang sistematik untuk rujukan dan penyelarasan gerak kerja aktiviti berterusan. ii. Data kumpulan sasar yang terkumpul perlu diselenggarakan dan dikemaskini secara berkala untuk memastikan maklumat sentiasa tepat dan relevan dalam pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. a. b. 4.2.2


Membuat Ujian Kecenderungan Sukarelawan/ Psikometrik Organisasi perlu melaksanakan ujian kecenderungan sukarelawan atau psikometrik untuk mengenal pasti kecenderungan sukarelawan bagi agihan peranan dalam pelaksanaan khidmat kesukarelawan. Ujian ini penting bagi meletakkan peranan sukarelawan sejajar dengan kecenderungan atau potensi sukarelawan bagi mencapai keberkesanan usaha atau aktiviti kesukarelawan yang dilaksanakan. i. Ujian ini bertujuan untuk mengukur pengetahuan, kemampuan, sikap dan sifat kepribadian individu. ii. Hasil ujian ini dijadikan panduan oleh organisasi untuk menilai tahap kebolehan ahli untuk menyesuaikan kerjakerja kesukarelawanan dengan personaliti ahli. iii. Mengutamakan pemilihan sukarelawan yang memiliki latar belakang yang menghampiri kumpulan segmen sasaran. Menggiatkan Usaha Mempromosi Penyertaan Sukarelawan Organisasi perlu berterusan dalam usaha meningkatkan penyertaan anggota masyarakat yang menggabungkan diri dalam khidmat sukarelawan dakwah masyarakat yang dianjurkan menerusi pelbagai pendekatan dan medium. Mengaplikasi Platform Misi Kemanusiaan Organisasi mengutamakan aktiviti kesukarelawan bagi memenuhi keperluan asas (dharuriyyat) kumpulan sasar menerusi platform dan pendekatan misi kemanusiaan. Pembangunan Mampan atau Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals (SDGs) yang mensasarkan matlamat pembangunan lestari, kemaslahatan manusia di dunia. c. d. e. Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 31


Menubuhkan Jawatankuasa Pemantau Kualiti (JPK) Organisasi perlu memastikan kualiti aktiviti kesukarelawanan dan melakukan usaha penambahbaikan. Tindakan pemantauan perlu dijalankan bagi mengenalpasti ruang-ruang kelemahan untuk ditambahbaik. Berikut adalah panduan tindakan pemantauan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan; i. JPK ditubuhkan bagi memantau aktiviti kesukarelawanan yang sedang berjalan serta menilai hasil pencapaian program tersebut. JPK berperanan melakukan proses semak dan imbang bagi memastikan imej dan integriti gerakan misi kesukarelawan mantap. ii. Ahli JPK terdiri daripada wakil institusi serta pihak luar yang terdiri daripada wakil rakan kolaborasi, wakil masyarakat setempat atau pihak-pihak yang mampu memberikan penilaian kepada program yang sedang dijalankan. iii. Mesyuarat pasca nilai (post mortem) perlu dijalankan pada setiap program yang dianjurkan dalam tempoh tidak lewat daripada 30 hari dengan menyediakan laporan penuh pelaksanaan program. f. 32 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat


Panduan Pilihan Rajah 6: Panduan Pilihan Pengurusan Organisasi Sukarelawan Dakwah Masyarakat Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 33


5. PENGURUSAN INDIVIDU SUKARELAWAN Pengurusan sistematik dan golongan sukarelawan yang kompeten menyumbang terhadap kemantapan gerak kerja kesukarelawan. Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, individu sukarelawan mestilah mengikuti panduan berikut; Mendaftar Diri Sebagai Sukarelawan Setiap sukarelawan mesti mendaftar diri sebagai sukarelawan dengan organisasi atau pihak bertanggungjawab sebelum melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan yang dianjurkan sama ada oleh organisasi atau individu. Membuat Ujian Kecenderungan/Psikometrik Setiap sukarelawan disarankan membuat ujian kecenderungan atau psikometrik sebagai asas dalam menentukan kategori atau aktiviti kesukarelawan yang sesuai sebelum melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan yang hendak dilaksanakan. Mengikuti Program Pembangunan Sukarelawan Setiap sukarelawan hendaklah mengikuti program atau latihan pembangunan diri sukarelawan bagi keperluan persediaan asas sebagai seorang sukarelawan dakwah masyarakat. Program-program pembangunan diri sukarelawan boleh diikuti menerusi anjuran organisasi yang diikuti atau secara persendirian. Antara program-program pembangunan sukarelawan yang diperlukan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam perkara 4.2.1 (e). 5.1 5.2 5.3 34 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat


Merekod Aktiviti Sukarelawan Setiap sukarelawan mesti merekod semua gerak kerja dan aktiviti kesukarelawan yang dilaksanakan mengikut hari dalam buku catatan sukarelawan. Setiap sukarelawan perlu mengemaskini buku catatan sukarelawan dari semasa ke semasa bagi tujuan rekod dan rujukan. Mematuhi Prosedur Organisasi Setiap sukarelawan mesti mengikuti prosedur organisasi yang telah ditetapkan dalam pelaksanaan aktiviti kesukarelawan sepanjang menjadi ahli bagi organisasi. Mematuhi Undang-Undang Negara, Peraturan Setempat Dan Perlembagaan Organisasi Setiap sukarelawan mesti mematuhi undang-undang negara, peraturan setempat dan perlembagaan organisasi sepanjang pelaksanaan aktiviti atau gerak kerja kesukarelawan. 5.4 5.5 5.6 Rajah 7: Pengurusan Individu Sukarelawan Pengurusan Individu Sukarelawan Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 35


Manual panduan pengurusan ini juga boleh dibaca bersama Akta dan peraturan di bawah tertakluk kepada arahan dan penambahbaikan yang dibuat dari semasa ke semasa; Akta 668 Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007. Akta 335 Akta Pertubuhan 1966. Panduan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 6.1 6.2 6.3 7. PENUTUP Manual panduan pengurusan ini dirangka sebagai panduan bagi organisasi dan sukarelawan dakwah masyarakat dalam pelaksanaan aktiviti kesukarelawan sekali gus memperkasa golongan sukarelawan menerusi program pembangunan diri dan pengurusan mampan untuk menyumbang ke arah survival ummah dan kemakmuran negara. 6. PEMAKAIAN MANUAL PANDUAN 36 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat


BIBLIOGRAFI Al-Shatibi, Al-Muwafaqat (2005), Tahqiq Abdullah Daraz, Mesir : Darul Hadith, Jld 2 Hlm : 37. Garis Panduan Ibu Bapa/Penjaga dan Komuniti Di Dalam Kelas. Di akses pada 4 Oktober 2021. https://pekeliling.com/wp-content/ uploads/2018/05/SPI-BILANGAN-1-2018.pdf Garis Panduan Perkhidmatan Sukarelawan Hospital. Di akses pada 4 Oktober 2021. file:///C:/Users/User/Downloads/pekeliling%20kpk%2018- 2016%20(2).pdf Garis Panduan Perlaksanaan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN). Di akses pada 4 Oktober 2021. https://dokumen.tips/reader/f/bukugaris-panduan-pelaksanaan-kospen.html Garis Panduan Sukarelawan Negara Brunei. Di akses pada 4 Oktober 2021. http://www.belia-sukan.gov.bn/Terbitan%20Docs garispanduansukarelawan.pdf Manual Sukarelawan Sosial Islam JAKIM. https://drive.google.com/file/ d/1j31I9aT4pkU26TzOKsRcC4pwzSDATksD/view?usp=sharing Modul Sukarelawan Institut Sosial Malaysia (ISM). Di akses pada 4 Oktober. 2021. https://drive.google.com/file/d/1U7liT9dH9KTmu5xPkXG QyOzMrPwgxACP/view Muslim Hands, (tt), Volunteer Booklet, United Kingdom. N.K Tharshini & Fauziah Ibrahim, (2019), Pembudayaan Kesukarelawanan dalam Kalangan Masyarakat: Satu Kajian Ulasan Sistematik, Journal of HUman Capital Development, V. 12, No 2, Melaka: UTEM Tuan Pah Rokiah Syed Hussain & Lilah Yasin, (2016), Belia dan Pembudayaan Semangat Sukarelawan di Malaysia: Suatu Pemerhatian Konseptual, Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, V. 12, Issue 9, Bangi: UKM. Vincent Bernard. (2016). Editorial: International Revise of the Red Cross. Principles Guiding Humanitarian Action, 7-18 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 37


38 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat AKTIVITI SUKARELAWAN YADIM Program pengagihan Bantuan Banjir oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Segamat Johor. Ziarah Rahmah Sukarelawan YADIM Selangor di Sabak Bernam, Selangor. Jamboree Sukarelawan YADIM di The Payang Scout Terengganu. Kursus Pengendalian Bot dan Pengurusan Bencana di Akademi Bomba Wilayah Utara, Perak. Konvoi Merdeka Sukarelawan YADIM di Selangor.


Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat 39 Ziarah dan Gotong-royong Sukarelawan YADIM. Memasak Bubur Lambok di Pahang. Musaadah Sukarelawan YADIM: Bantuan Kerusi Roda kepada Asnaf di Selangor. Khidmat Masyarakat: Kunjungan Hormat Rakan Strategik di Terengganu. Program Khidmat Bakti Sukarelawan YADIM di Sabak Bernam, Selangor. Singgah Sahur Sukarelawan YADIM di Gombak, Selangor. Back to School Sukarelawan YADIM di Bandar Tun Razak.


40 Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat Gotong-royong & Tautan Ukhwah di Perlis. Khidmat Masyarakat Sukarelawan YADIM di Rumah Seri Kenangan, Kuching, Sarawak. Majlis ramah mesra Yang Dipertua YADIM bersama dengan ahli Sukarelawan YADIM di Sungai Petani. Back to School Sukarelawan YADIM di Sabak Bernam. AKTIVITI SUKARELAWAN YADIM Musaadah PKP Covid-19 Sukarelawan YADIM. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Haji Zamri Zainal Abidin bersama Sukarelawan YADIM di Program Aktiviti CSR Rahmah Tambun, Hulu Kinta, Perak.


NOTA


NOTA


Click to View FlipBook Version