The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL NIBONG TEBAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ridzuan Ahmad, 2023-03-28 22:16:39

PERATURAN KOLEJ

PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL NIBONG TEBAL

PERATURAN DISIPLIN KOLEJ VOKASIONAL NIBONG TEBAL 1.0 WAKTU PEMBELAJARAN KOLEJ 1.1 Isnin hingga Khamis : 08.00 pagi - 05.00 petang Jumaat : 08.00 pagi - 12.20 tengahari Nota: Waktu pembelajaran tersebut di atas tertakluk kepada sebarang pindaan yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa. 1.2 Pelajar mesti berada di kolej 15 minit sebelum waktu pembelajaran bermula. 1.3 Pelajar yang datang lewat ke kolej tanpa sebab yang munasabah akan diambil tindakan disiplin. 1.4 Pelajar yang lewat perlulah melapor diri kepada Pengarah Kolej / Pensyarah yang dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan slip kebenaran masuk ke kelas. 1.5 Slip kebenaran ini perlu ditunjukkan kepada pensyarah yang sedang mengajar dan seterusnya diserahkan kepada penyelaras kelas. 1.6 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej/ Timbalan Pengarah semasa waktu pembelajaran 1.7 Pelajar yang tidak hadir ke kolej mestilah membawa sijil sakit. Jika tidak, ibu bapa/ penjaga pelajar tersebut mesti datang ke sekolah untuk menyerahkan surat ketidakhadiran sebagai pengesahan. Ibu bapa/ penjaga yang gagal berbuat demikian akan menyebabkan anak jagaannya dianggap sebagai ponteng. 1.8 Pelajar yang hendak balik ke rumah atas sebab sakit, kematian atau kecemasan hendaklah mengisi borang di bilik disiplin dan diserahkan kepada pensyarah bertugas. 2.0 WAKTU PERHIMPUNAN 2.1 Perhimpunan Rasmi 2.1.1 Perhimpunan rasmi (bacaan Yasin) diadakan pada setiap hari Jumaat di Surau jam 08.00 pagi. 2.1.2 Perhimpunan Jabatan Sebulan sekali pada hari Jumaat di adakan tempat yang ditetapkan jabatan. 3.0 WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.1 Keluar masuk kelas adalah dilarang sama sekali semasa ketiadaan pensyarah. 3.2 Pelajar perlu menjaga kebersihan kelas/ bengkel/ makmal masing-masing. 3.3 Pelajar perlu sentiasa bersedia untuk belajar dan melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. 3.4 Pelajar tidak dibenarkan pergi ke tandas pada waktu pertama, waktu sebelum/ selepas rehat dan waktu terakhir kecuali mereka benar-benar dalam kecemasan. 3.5 Pelajar SVM perlu berada di dalam kelas yang telah ditetapkan sepanjang tempoh PdP kecuali ke bengkel atau makmal.


4.0 WAKTU PENDIDIKAN JASMANI 4.1 Semua pelajar perlu berpakaian pendidikan jasmani seperti surat rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. (49) bertarikh 26 Julai 2010. 4.2 Semua pelajar tidak boleh berada di kelas/ bengkel/ makmal ketika aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan. 4.3 Semua barang berharga hendaklah diserahkan kepada pensyarah. 4.4 Pelajar yang menghidap penyakit kronik dan telah disahkan oleh doktor dikecualikan dari mengikuti aktiviti yang dijalankan. 5.0 WAKTU REHAT 5.1 Waktu rehat pelajar SVM dan DVM 5.1.1 SVM - Isnin-Khamis : 11.00pg-11.20 pg & Jumaat : 10.00pg-10.20pg 5.1.2 DVM - Isnin-Khamis : 1.00ptg-2.00ptg & Jumaat : 10.00pg-10.20pg 5.2 Pelajar perlu beratur ketika membeli makanan dan tidak berebut-rebut. Pelajar dilarang berlari-lari dan membuat bising di kantin. 5.3 Pelajar hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman dari kantin/koperasi kolej pada waktu rehat atau dengan kebenaran Pengarah/ Timbalan Pengarah/ Pensyarah untuk luar waktu rehat. 5.4 Setiap pelajar perlu mengamalkan adab sopan semasa makan dan minum. 5.5 Pelajar dilarang sama sekali membawa makanan ringan, minuman berkarbonat dan minuman yang mengandungi alkohol/ bahan yang mengkhayalkan. 5.6 Semua sampah sarap dan sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. 5.6 Selepas makan, pelajar perlu letakkan bekas makan dan minum kedalam tong yang disediakan 6.0 WAKTU BALIK 6.1 Pelajar perlu memastikan kelas/ bengkel/ makmal berada di dalam keadaan yang kemas dan bersih. Kerusi dan meja disusun dengan teratur. Kelas/ bengkel/ makmal disapu dan sampah dibuang dalam bakul sampah. Papan putih telah dibersihkan. 6.2 Pastikan semua kipas, lampu dan pintu serta tingkap ditutup sebelum ditinggalkan. 6.3 Pastikan semua buku-buku/ peralatan-peralatan disimpan loker atau di tempat yang telah disediakan. 6.4 Pelajar perlu mematuhi peraturan lalu lintas di jalan raya 7.0 WAKTU KOKURIKULUM 7.1 Masa aktiviti ko-kurikulum adalah pada hari Jumaat dari jam 9.00 pg - 10.00 pg. 7.2 Setiap pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam kegiatan ko-kurikulum melainkan mendapat pengesahan dari doktor. 7.3 Pelajar digalakkan menyertai tiga (3) gerak kerja kokurikulum iaitu : 7.3.1 Persatuan / Kelab 7.3.2 Badan Beruniform 7.3.3 Sukan dan permainan 7.4 Pihak kolej akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah.


8.0 KAWASAN LARANGAN BAGI PELAJAR 8.1 Dalam Kawasan Kolej 8.1.1 Pejabat kecuali dengan urusan rasmi. 8.1.2 Bilik Pengarah Kolej, bilik pensyarah, tandas pensyarah, bilik perwakilan pelajar kecuali dengan kebenaran pihak yang berkenaan. 8.1.3 Bilik Makmal Sains, bengkel-bengkel, bilik sukan, bilik rawatan, bilik kaunseling, bilik eletrik, bilik stor, dan pentas kecuali dengan kebenaran. 8.1.4 Kawasan rumah warden. 8.1.5 Pondok pengawal. 8.1.6 Tempat letak kereta atau motosikal pensyarah dan pelajar 8.1.7 Dalam kawasan kolej setelah jam 5.30 petang melainkan ada aktiviti bersama pensyarah. 8.2 Luar Kawasan Kolej 8.2.1Pejabat Pendidikan Negeri, Kementerian Pelajaran kecuali dengan ibu bapa/ penjaga atau dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah dan dengan pakaian rasmi kolej yang lengkap. 8.2.2 Kawasan hiburan seperti Kelab-kelab Disko, Arked Video, Pusat Snoker dan sebagainya pada bila-bila masa. 9.0 PAKAIAN SERAGAM 9.1 Pakaian Seragam Pelajar Lelaki 9.1.1 Baju 9.1.1.1 Baju kemeja korporat berwarna oren (SVM) berlengan pendek (Rujuk lampiran 1A) dan biru gelap (DVM) berlengan pendek (Rujuk Lampiran 1B). 9.1.1.2 Baju korporat perlu sentiasa dipakai kemas semasa hadir ke kolej untuk sesi PdP. 9.1.1.3 Butang baju perlu dikancing sehingga butang kedua dari atas dan tidak melebihi 4 cm dari pangkal leher. 9.1.1.4 Pelajar hanya dibenarkan memakai T-shirt bengkel semasa kerja amali. 9.1.1.5 Baju yang ketat dan mengikut susuk tubuh adalah dilarang. Segala bentuk peralatan perhiasan tidak boleh dilekatkan pada kemeja korporat. 9.1.1.6 Baju korporat mestilah lengkap dengan lencana kolej.(Rujuk Lampiran 1A). 9.1.2 Seluar 9.1.2.1 Seluar bagi pelajar lelaki adalah seluar panjang (straight cut) berwarna hitam (Lampiran 1B). 9.1.2.2 Seluar potongan jeans/seluar jean dan berfesyen adalah tidak dibenarkan. 9.1.2.3 Seluar yang singkat, ketat, sempit, terlalu longgar, serta berkaki lebar, berfesyen dan 'plit' yang melebihi 4 (2 kiri dan 2 kanan) tidak dibenarkan. 9.1.2.4 Ukur lilit kaki seluar mestilah di antara 16-17 inci atau 42 cm. 9.1.2.5 Poket yang bertampal tidak dibenarkan.


9.1.2.6 Sebarang pelekat atau tampalan lukisan, hiasan atau contengan pada seluar adalah dilarang. 9.1.2.7 Poket seluar tidak boleh melebihi dari empat (4). Dua bahagian sisi pinggang dan dua poket lagi di bahagian belakang. 9.1.2.8 Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar yang mempunyai poket di sisi lutut. 9.1.2.9 Poket-poket tambahan selain yang disebutkan adalah tidak dibenarkan. 9.1.3 Tali Pingang 9.1.3.1 Tali pinggang mestilah berwarna hitam atau gelap dan tidak bercorak serta kepalanya tidak terlampau besar ataupun berhias. 9.1.3.2 Lebar kepala tali pinggang mestilah tidak melebihi dari 3.5 cm. 9.2 Pakaian Seragam Pelajar Perempuan 9.2.1 Baju dan kain 9.2.1.1 Baju uniform korporat berwarna oren (SVM) (Rujuk Lampiran 1A) dan biru gelap (DVM) (Rujuk Lampran 1B). 9.2.1.2 Baju korporat perlu sentiasa dipakai kemas semasa hadir ke kolej untuk sesi PnP. 9.2.1.3 Butang baju perlu dikancing sehingga butang atas. 9.2.1.4 Pelajar hanya dibenarkan memakai T-shirt bengkel semasa kerja amali. 9.2.1.5 Baju yang ketat adalah dilarang. Segala bentuk peralatan perhiasan tidak boleh dilekatkan pada uniform korporat. 9.2.1.6 Uniform korporat mestilah lengkap dengan lencana kolej (Rujuk Lampiran 1A). 9.2.1.7 Kain adalah kain hitam potongan A atau potong A bersusun belakang. 9.2.2 Tudung 9.2.2.1 Pelajar perempuan yang beragama Islam diwajibkan memakai tudung dengan syarat tudung berwarna hitam berbentuk segi tiga. 9.2.3 Lencana 9.2.3.1 Lencana kolej perlulah dijahit/tampal/sulam pada uniform korporat kolej. 9.2.3.2 Lencana dari institusi-institusi yang lain tidak dibenarkan dipakai. 9.3 Kasut dan Stoking 9.3.1 Pelajar ketukangan wajib memakai safety boot hitam. Manakala pelajar ict dan elektronik wajib memakai kasut hitam yang diperbuat dari kulit atau bahan sintetik. 9.3.2 Kasut-kasut berfesyen, mempunyai lambang dan jalur yang berwarna selain daripada hitam serta kasut sukan tidak dibenarkan. 9.3.3 Pelajar perlulah memakai stoking / sarung kaki hitam paras tengah betis. Sarung kaki hitam yang berjalur, bercorak dan berlogo tidak dibenarkan.


10.0 PAKAIAN KETIKA BERSENAM DAN BERSUKAN 10.1 Ketika menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani dan bersukan, murid digalakkan memakai seluar panjang jenis track-bottom berwarna hitam atau biru tua. 10.2 Pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata seperti terlalu ketat, singkat dan mendedahkan bahagian badan yang tidak sepatutnya tidak dibenarkan. 10.3 Pemakaian pakaian bersenam dan bersukan di luar masa senaman, sukan dan aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan. 11.0 RAMBUT 11.1 Pelajar Lelaki 11.1.1 Rambut mestilah selalu bersih dan kemas. 11.1.2 Tidak dibenarkan mengerinting, mewarna atau menggayakannya. 11.1.3 Panjang rambut tidak boleh dari paras yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976). Istilah rambut panjang adalah seperti berikut: (a) Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua telinga. (b) Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi. (c) Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya 'sideburn' melebihi garisan tengah hidung. (d) Di atas : Rambut lebih daripada 4 inci/ 12 cm panjang. (Rujuk Lampiran 2) 11.1.4 Murid lelaki beragama Sikh boleh berambut panjang jika mereka memakai serban (turban); yang tidak berserban, peraturan adalah sama seperti yang ditetapkan. 11.1.5 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti punk, berekor, skin cut, dan sebagainya (Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976). 11.1.6 Pakaian seragam yang melambangkan identiti khas seperti lencana dan pakaian yang menjadi tradisi sesebuah kolej hendaklah dipakai dengan kemas. 11.2 Pelajar Perempuan 11.2.1 Rambut mesti selalu bersih dan kemas. 11.2.2 Tidak dibenarkan mewarna atau menggayakan rambut. 11.2.3 Rambut perlulah jangan jatuh sehingga ke bahu. Pelajar yang berambut panjang perlulah mengikatnya sebagai tocang (plait) atau ponytail dengan menggunakan reben putih, biru, atau hitam sahaja. 11.2.4 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti punk, berekor, skin cut dan sebagainya (Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976). 11.2.5 Pelajar perempuan Islam diwajibkan memakai tudung/ mini telekung seperti mana dinyatakan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1983, para 2.1.2 dan 2.2.2. 11.2.6 Pelajar tidak dibenarkan mencukur/ mencabut bulu kening.


12. KEKEMASAN DIRI 12.1 Misai dan Janggut 12.1.1 Pelajar lelaki tidak boleh menyimpan/ memakai misai atau janggut atau jambang atau ketiga-tiganya. Istilah misai tidak termasuk bulu roma yang mula tumbuh di atas bibir pelajar-pelajar lelaki yang berakil baligh. 12.2 Kuku 12.2.1 Pelajar mesti berkuku pendek dan dilarang memakai pengilat atau pewarna kuku. 12.3 Alat Solek 12.3.1 Penggunaan alat solek (make-up) adalah dilarang sama sekali. 12.4 Subang 12.4.1 Hanya dibenarkan kepada pelajar perempuan sahaja. 12.4.2 Ukuran subang tidak melebihi diameter 0.5 cm dan berwarna putih atau emas sahaja. 12.4.3 Hanya satu subang sahaja yang dibenarkan pada setiap telinga dan perlulah dipakai di bahagian bawah cuping telinga. 12.4.4 Subang berfesyen tidak dibenarkan. 12.5 Barang Kemas/ Perhiasan 12.5.1 Pelajar tidak dibenarkan memakai/ membawa barang kemas atau perhiasan ke kolej. 13. UMUM 13.1 Pelajar mesti menampilkan keceriaan, kekemasan dan kerapian dalam berpakaian. 13.2 Pelajar mesti menunjukkan tahap pengurusan diri yang tinggi (Pekeliling Ikhtisas 2/1996). 13.3 Pelajar lelaki dibenarkan memakai songkok atau kupiah keras yang berwarna hitam sahaja. 14. ADAB SOPAN/KEPERIBADIAN /TINGKAH LAKU 14.1 Tingkah laku pelajar yang dilarang di Kolej 14.1.1 Tingkah laku lucah atau biadap 14.1.2 Tidak menghormati Pengarah Kolej/ Pensyarah/ Perwakilan Pelajar/ Pelawat/ Kakitangan Kolej. 14.1.3 Memiliki, membawa atau menyebarkan bahan bacaan atau gambar lucah. 14.1.4 Bercumbu-cumbuan. 14.1.5 Melukis atau memiliki gambar lucah atau menulis kata-kata lucah. 14.1.6 Melakukan perbuatan yang boleh dirangkumkan sebagai sumbang atau lucah. 14.1.7 Melayan pelajar berlainan/ sama jantina di tempat-tempat terpencil/tersembunyi. 14.1.8 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pengarah Kolej/ Unit Hal Ehwal Pelajar/ Unit Disipilin Kolej.


14.2 Tingkah laku anti sosial 14.2.1 Mencemarkan kawasan dan bangunan kolej. 14.2.2 Bergaduh dan berkelahi. 14.2.3 Menyalahgunakan kuasa/ kemudahan kolej yang diamanahkan. 14.2.4 Bermain dengan alat-alat permainan di dalam kelas. 14.2.5 Membaling atau melambung barang-barang yang membahayakan. 14.2.6 Meludah merata-rata. 14.2.7 Menarik diri daripada kegiatan kokurikulum atau daripada mewakili kolej/ negeri/ Negara dalam sebarang aktiviti. 14.2.8 Tidak menghadiri sebarang rancangan kokurikulum yang telah diatur (Mesyuarat Agung, mesyuarat jawatankuasa, kegiatan amal, latihan dan lain-lain). 14.2.9 Bersubahat/ menyuruh pelajar lain keluar dari kawasan kolej tanpa kebenaran. 14.2.10Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pengarah Kolej/ Unit Hal Ehwal Pelajar/ Unit Disiplin Kolej. 14.3 Perbuatan dan tingkah laku tidak jujur 14.3.1 Meniru dalam ujian atau peperiksaan. 14.3.2 Meniru tandatangan ibubapa/ penjaga/ Pengarah Kolej/ pensyarah. 14.3.3 Bercakap bohong. 14.3.4 Mengubah markah ujian/ peperiksaan. 14.3.5 Memiliki atau menggunakan alat-alat kepunyaan kolej tanpa kebenaran. 14.3.6 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan. 14.3.7 Masuk ke bilik pensyarah tanpa kebenaran. 14.3.8 Tidak menyelesaikan kerja/ tugasan yang diberikan oleh pensyarah. 14.3.9 Membawa keluar sebarang peralatan kelas seperti meja, kerusi dan lain-lain kecuali dengan arahan dan kebenaran. 14.3.10 Menyalahgunakan nama Pengarah Kolej untuk kepentingan diri. 14.3.11 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pengarah Kolej/ Unit Hal Ehwal Pelajar/ Unit Disiplin Kolej. 14.4 Tingkah laku jenayah/ salah laku berat 14.4.1 Pelajar dilarang melakukan tingkah laku jenayah. 14.4.2 Menjadi anggota pertubuhan haram. 14.4.3 Membawa atau memiliki senjata berbahaya. 14.4.4 Memukul pelajar/ perwakilan pelajar/kakitangan kolej/ pensyarah/Pengarah Kolej. 14.4.5 Mengancam, mengugut Pengarah Kolej/ pensyarah/ perwakilan pelajar atau pelajar lain. 14.4.6 Melibatkan diri dengan dadah/ inhalan. 14.4.7 Membawa, memiliki, atau meminum minuman yang mengandungi alkohol. 14.4.8 Melakukan pelacuran/ ragging. 14.4.9 Menulis kepada akhbar tanpa kebenaran dari pihak Pengarah Kolej.


14.4.10 Mencuri. 14.4.11 Membawa, memiliki atau menghisap rokok. 14.4.12 Melibatkan diri dengan sebarang bentuk perjudian. 14.4.13 Menimbulkan isu sensitif yang boleh menimbulkan kacau-bilau. 15.0 KELAKUAN PELAJAR DI KOLEJ 15.1 Kelakuan tidak sopan dan memalukan 15.1.1 Berbahasa kasar dan mencarut. 15.1.2 Tidak memberikan perhatian ketika pensyarah mengajar. 15.1.3 Berbual-bual tanpa memberikan perhatian ketika berada di dalam majlis/ ceramah/ syarahan/ seminar yang dianjurkan oleh persatuan atau pihak kolej. 15.1.4 Berkelakuan sumbang (berpeluk, bercium, berdua-duaan dan lain-lain) di dalam sebarang keadaan. 15.1.5 Mengambil makanan pelajar lain di kantin atau makan tanpa membayar wang. 15.1.6 Keluar dari kelas tanpa kebenaran. 15.1.7 Makan atau minum di dalam kelas tanpa kebenaran. 15.1.8 Berpakaian mencolok mata. 15.1.9 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pengarah Kolej/ Pensyarah yang diberi kuasa. 16.0 ADAB 16.1 Adab Belajar 16.1.1 Belajar adalah suatu ibadah. 16.1.2 Gunakan setiap kesempatan yang ada untuk mendapatkan sesuatu ilmu pengetahuan yang berguna. 16.1.3 Layani ilmu itu sebagaimana melayan seseorang yang mencari faedah. Biasakan mempelajari ilmu itu dengan perbuatan terpuji. 16.1.4 Berikan sepenuh perhatian ketika pensyarah sedang mengajar. 16.1.5 Jangan melakukan tingkah laku yang kurang sopan, berbual-bual, membuat bising, mengelamun, dan lain-lain perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran ketika itu. 16.1.6 Jika ada sesuatu yang tidak faham, minta dengan hormat kepada pensyarah agar dia mengulangi/ menjelaskan semula apa yang tidak difahami. 16.1.7 Peliharalah adab ketika bercakap dengan pensyarah/ kakitangan kolej. 16.1.8 Jangan bercakap dengan suara yang keras atau jangan membantah sekiranya pensyarah mengabaikan permintaan anda. 16.2 Adab Bertemu Pensyarah 16.2.1 Dahulukan dengan ucapan salam apabila bertemu dengan pensyarah. 16.2.2 Jangan banyak bercakap di hadapan pensyarah, kecuali dengan izin/permintaan pensyarah.


16.2.3 Bertanya apabila diizinkan oleh pensyarah. 16.2.4 Elakkan dari membantah pendapat pensyarah kecuali dibenarkan. 16.2.5 Elakkan memberi sebarang petanda bahawa anda lebih tahu dari pensyarah kerana ini kurang sopan dan kurang berkat. 16.2.6 Tidak berpaling ke kiri dan kanan dengan tiada sebab. 16.2.7 Berdiri apabila pensyarah masuk ke kelas atau pensyarah datang menghampiri atau apabila bertanya. 16.2.8 Jangan ada sifat buruk terhadap pensyarah. 16.3 Adab Perhimpunan/Majlis Rasmi 16.3.1 Pelajar mestilah berada di dalam barisan kelas masing-masing dan memelihara barisan agar teratur sepanjang masa. 16.3.2 Tidak dibenarkan bercakap/ bergurau/membuat bising/ membaca bahan yang tiada kaitan dengan acara perhimpunan atau majlis. 16.3.3 Memberikan tumpuan penuh kepada acara perhimpunan/ majlis. 16.3.4 Berpakaian kemas dan lengkap. 16.3.5 Tidak memberikan reaksi berlebihan dan melewati batas sopan santun. 16.3.6 Bersegera apabila nama dipanggil untuk sesuatu upacara/ penganugerahan. 16.3.7 Tidak meninggalkan perhimpunan/ majlis sehingga dibenarkan berbuat demikian. 16.3.8 Hendaklah bergerak meninggalkan perhimpunan/ majlis dalam barisan, kelas demi kelas. 16.3.9 Mematuhi segala arahan mengikut kesesuaian majlis. 16.3.10 Penggunaan telefon bimbit tidak dibenarkan. 17.0 KEMUDAHAN DAN HARTA BENDA KOLEJ 17.1 Kawasan Kolej 17.1.1 Semua pelajar perlu sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kolej. 17.1.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dipungut dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 17.1.3 Semua pelajar dilarang meludah di merata-rata tempat. 17.1.4 Semua pelajar dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan. 17.1.5 Semua pelajar dilarang mengotorkan kawasan kolej. 17.1.6 Dilarang memijak rumput di kawasan-kawasan larangan tertentu. 17.2 Bilik Kuliah/ Bengkel/ Makmal 17.2.1 Semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik kuliah/ makmal/bengkel dan keselamatan alatan di dalamnya. 17.2.2 PIC perlu memastikan bilik kuliah/ bengkel/ makmal mempunyai jadual tugas, jadual waktu, kedudukan pelajar masing-masing, inventori dan laluan kecemasan semasa kebakaran. 17.2.3 Segala kerosakan dilaporkan segera kepada pensyarah penasihat/pensyarah bertugas.


17.2.4 Sebelum meninggalkan bilik kuliah/ makmal/ bengkel, kerusi/ meja mesti disusun dengan teratur. Lampu dan kipas ditutup suisnya. 17.2.5 Semua pelajar tidak dibenarkan memindahkan kerusi/ meja perabot antara bengkel/makmal/ bilik kuliah. 17.2.6 Tidak dibenarkan berada di dalam bilik kuliah/ makmal/ bengkel semasa waktu rehat dan selepas sesi pembelajaran, kecuali dengan kebenaran Pengarah, Timbalan Pengarah dan pensyarah. 17.2.7 Jangan menulis di papan putih dan bermain-main tanpa kebenaran pensyarah. Bersihkan semua papan putih selepas digunakan. 17.2.8 Alatan di dalam bilik kuliah/ bengkel/ makmal tidak dibenarkan diubah kedudukannya kecuali dengan kebenaran Pengarah/ Timbalan Pengarah atau pensyarah. 17.2.9 Kerusi dan meja yang digunakan perlu dijaga kebersihannya dan tidak diconteng. 17.2.10 Dilarang makan dan minum pada sebarang masa di dalam bilik kuliah/bengkel/ makmal. 17.2.11 Ketua kelas harus menjaga ketenteraman dan keselamatan harta benda dalam bilik kelas terutama semasa ketiadaan pensyarah. 17.3 Bilik-bilik Khas 17.3.1 Para pelajar perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kolej tentang penggunaan bilik-bilik khas. 17.3.2 Para pelajar perlu menghargai dan menjaga segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kolej. 17.3.3 Semua penyelaras bilik-bilik khas kolej hendaklah mencetak dan mempamerkan peraturan bagi bilik-bilik khas di tempat yang mudah dilihat. 17.4 Peraturan Pusat Sumber 17.4.1 Semua pelajar perlu menjadi ahli pusat sumber. Semua pelajar perlu mempunyai kad pinjaman sendiri yang tidak boleh dipindah milik. 17.4.2 Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk beg atau buku ke pusat sumber. 17.4.3 Pelajar-pelajar dilarang : * Membuat bising atau tidur. * Makan atau minum. * Membawa gunting atau pisau atau senjata-senjata tajam yang lain. * Memasuki kaunter dan bilik kerja/ operasi Pusat Sumber. 17.4.4 Pelajar tidak dibenarkan mengambil mana-mana bahagian dalam buku-buku di pusat sumber. 17.4.5 Buku bertanda merah (red spot) hanya boleh digunakan oleh pelajar di dalam pusat sumber sahaja. 17.4.6 Buku yang dikeluarkan dari rak, mesti diletakkan ke tempat yang disediakan selepas membaca. 17.4.7 Pelajar perlu memulangkan semula buku yang dipinjam dalam tempoh yang ditetapkan.


17.4.8 Pihak pusat sumber akan mengenakan tindakan terhadap pelajar yang lewat memulangkan buku, menghilangkan buku serta merosakkan harta benda pusat sumber. 17.4.9 Kelas yang memasuki pusat sumber perlu diiringi oleh pensyarah. 17.5 Peraturan Makmal Sains/ Bengkel-bengkel/ Makmal Komputer/ Bilik Media 17.5.1 Sentiasa beratur ke Makmal/ Bengkel/ Bilik Media. 17.5.2 Beg tidak dibenarkan dibawa masuk. 17.5.3 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke Makmal/ Bengkel/ Bilik Media tanpakehadiran/ kebenaran pensyarah. 17.5.4 Pelajar perlu sentiasa mematuhi peraturan keselamatan dan cara penggunaan Makmal/ Bengkel/ Bilik Media. 17.5.5 Penggunaan peralatan adalah dibawah pengawasan/ kebenaran pensyarah. 17.6 Bilik Rawatan 17.6.1 Pelajar perlulah mendapatkan kebenaran bertulis dari Pengarah/ Timbalan Pengarah atau pensyarah bertugas. 17.6.2 Sesiapa didapati berada di dalam bilik sakit tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan. 17.6.3 Pelajar yang sakit tidak boleh ditemani oleh pelajar lain kecuali dengan kebenaran pensyarah/ kes-kes khas. 17.7 Stor Sukan/ Bilik PJK 17.7.1 Hanya pensyarah sahaja yang dibenarkan membuat pinjaman alatan dan bertanggungjawab ke atas penggunaan dan pemulangan semula alatan tersebut. 17.7.2 Peminjaman alatan hendaklah direkodkan ke dalam buku pinjaman alatan. 17.7.3 Alatan di stor harus disusun dan disimpan dengan kemas dan rapi. 17.8 Kantin Kolej 17.8.1 Semua jenis makanan sama ada dibawa dari rumah atau dibeli dari kantin perlulah dimakan di kantin sahaja. 17.8.2 Perkakas-perkakas kantin yang digunakan seperti sudu, garfu, pinggan, gelas dan lain-lain perlulah diletakkan dengan baik di tempat yang disediakan. 17.8.3 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan memasak atau menjual makanan dan minuman. 17.8.4 Pelajar dibenarkan membawa makanan yang HALAL sahaja. 17.9 Tandas 17.9.1 Semua pelajar perlu menggunakan tandas dengan betul, menjaganya serta dilarang membuang sampah/ tuala wanita ke dalam lubang tandas atau di merata-rata tempat. 17.9.2 Pelajar perlu berjimat-cermat menggunakan elektrik dan air. 17.9.3 Semua pelajar dilarang menconteng tandas dengan sebarang bahan. 17.9.4 Kebersihan tandas adalah tanggungjawab semua pelajar.


17.10 Harta Benda Sekolah 17.10.1 Menjadi tanggungjawab semua pelajar menjaga harta benda kolej yang terdapat di dalam bengkel, makmal, bilik kuliah, bilik-bilik khas, tandas, kantin dan di mana-mana tempat dalam kawasan kolej. 17.10.2 Sebarang kerosakan perlu dilaporkan dengan segera kepada pensyarah bertugas. 17.10.3 Ganti rugi bagi kerosakan yang dilakukan oleh pelajar adalah tertakluk kepada budi bicara Pengarah. 17.10.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam perlulah dipulangkan/ diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan baik. 17.11 Harta Pelajar 17.11.1 Pelajar perlulah menjaga harta sendiri dengan cermat. Kehilangan barang- barang berharga perlulah dilaporkan dengan segera kepada pihak kolej. 17.11.2 Pelajar tidak dibenarkan membawa komik, majalah hiburan, kaset, video, gambar-gambar artis dan barangan berharga tanpa kebenaran pihak kolej. 17.11.3 Dilarang menunggang basikal/ motosikal melepasi kawasan pondok pengawal. Kenderaan ini hendaklah disusun dengan kemas di tempat yang dibenarkan. Pelajar perlu memiliki insurans, lesen memandu dan cukai jalan yang sah. 17.12 Padang/Gelanggang Permainan 17.12.1 Penggunaannya mesti mendapat kebenaran dan dibawah pengawasan pensyarah. 17.12.2 Semasa menggunakan padang/ gelanggang permainan, pelajar mesti berpakaian sukan lengkap. 17.12.3 Pelajar dilarang menggunakan padang/ gelanggang permainan semasa hari hujan. 17.12.4 Semua peralatan yang digunakan mesti disimpan semula selepas digunakan. 17.13 Papan Kenyataan 17.13.1 Setiap pelajar digalakkan membaca segala notis/kenyataan berkaitan aktiviti kolej. 17.13.2 Segala penyataan yang ditampal mesti mendapat kebenaran/kelulusan Pengarah. 17.13.3 Hanya gambar-gambar dan berita yang bersesuaian sahaja yang boleh ditampal. 17.13.4 Kenyataan yang lama dan sudah tamat tempohnya perlulah diturunkan dari papan kenyataan. 18. PERATURAN UMUM 18.1 Merokok 18.1.1 Kawasan sekolah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. (Pekeliling Ikhtisas Bil.75/1007) 18.2 Kecemasan/ Kebakaran 18.2.1 Arahan-Arahan AM 18.2.1.1 Sesiapa sahaja yang mengetahui berlakunya kebakaran di bangunan kolej, hendaklah melaporkan dengan segera kepada perwakilan pelajar/pensyarah bertugas.


18.2.1.2 Apabila loceng kolej dibunyikan secara pendek dan berturut-turut semua kakitangan dan murid mesti meninggalkan kelas tanpa beg. 18.2.1.3 Pelajar mesti beratur dan menuju ke arah padang dengan diawasi guru. 18.2.1.4 Pihak sekolah perlu serta merta berhubung dengan pihak bomba atau penyelamat dan polis melalui nombor 999. 18.2.1.5 Jangan memekik-mekik atau merasa takut atau cemas. Ini untuk mengelak kekecohan dan kelam kabut. 18.3 Arahan-arahan Untuk Pelajar 18.3.1 Hendaklah keluar dari bangunan kolej atau kelas dengan cepat dan senyap tetapi dalam keadaan tenang ke tempat berkumpul. 18.3.2 Jalan-jalan tertentu perlu mengikut pelan yang telah diedarkan. 18.3.3 Semasa berada di tangga atau di tempat sempit jangan bertolak dan berasak-asak. 18.3.4 Semasa sampai di padang hendaklah berkumpul seperti yang diarahkan dalam latihan kebakaran. 18.3.5 Pensyarah pembimbing atau pensyarah yang mengajar hendaklah mengambil kedatangan pelajar kelas tersebut. 18.3.6 Bersurai/ balik ke bengkel/ makmal/ bilik kuliah apabila loceng dibunyikan. 18.4 Tindakan Pensyarah dan Pelajar 18.4.1 Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu diberhentikan sebaik loceng kebakaran dibunyikan. 18.4.2 Semua pelajar perlu keluar dari kelas, makmal, perpustakaan dan lain-lain tempat dengan serta merta dan beratur baik menghala ke tangga yang akan digunakan untuk meninggalkan tempat itu. Pastikan semua suis, gas, pintu kelas ditutup. 18.4.3 Perwakilan pelajar bertanggungjawab mengawal ketenteraman semasa murid keluar ke tempat perhimpunan. 18.4.4 Dengan kawalan pensyarah, semua pelajar mesti berjalan dengan cepat ke padang mengikut jalan kecemasan yang ditetapkan. 18.4.5 Penasihat kelas memeriksa serta memanggil nama pelajar dan menulis senarai nama pelajar yang hilang dan masih berada di kelas. Senarai nama itu mesti dihantar kepada pensyarah yang bertanggungjawab mencegah kebakaran.


19. KESELAMATAN 19.1 Pelawat 19.1.1 Pelawat-pelawat mesti melaporkan diri di pondok keselamatan dahulu, mendapatkan pas pelawat dan berurusan di pejabat sahaja. 19.1.2 Pelawat-pelawat mesti berurusan di pejabat sahaja atau bilik khas. 19.1.3 Kenderaan pelawat tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan kolej. 19.1.4 Ibu bapa/ penjaga mesti melaporkan diri di pondok keselamatan dan mendapat kebenaran Pengarah atau Timbalan Pengarah untuk berjumpa dengan anak dan dilarang sama sekali terus masuk ke kelas untuk mencari atau menunggu anak. 19.2 Pelajar 19.2.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan bercakap-cakap dengan orang luar, bekas pelajar atau pelawat sewaktu persekolahan kecuali kebenaran Pengarah. Kehadiran orang luar yang disyaki perlu dilaporkan segera kepada pensyarah atau pegawai keselamatan. 19.2.2 Pelajar dilarang membawa orang luar termasuk bekas pelajar untuk menggunakan kemudahan-kemudahan kolej. 19.2.3 Pelajar tidak dibenarkan berada dalam kawasan kolej pada waktu cuti semester, cuti am, atau cuti hujung minggu kecuali dengan kebenaran Pengarah. 19.2.4 Pelajar tidak dibenarkan bermain di luar bangunan kolej jika cuaca buruk. 19.2.5 Pelajar mesti mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah untuk sebarang penglibatan aktiviti di luar kelas semasa pengajaran dan pembelajaran. 19.2.6 Elakkan diri daripada berada di kawasan gelap dan sunyi. 19.2.7 Melaporkan sebarang kecederaan/ kemalangan kepada Pengarah. 19.2.8 Pelajar hendaklah berjalan dalam kumpulan semasa datang dan balik ke kolej dan berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan arah kenderaan. 19.2.9 Pelajar tidak dibenarkan membawa mercun/ bahan letupan ke kolej. 19.3 Kenderaan 19.3.1 Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan menghalang di tengah-tengah pintu pagar kolej dan lalu lintas. 19.3.2 Semua kenderaan yang menghantar pelajar tidak dibenarkan masuk ke kawasan kolej kecuali hari hujan atau dengan kebenaran Pengarah. 19.3.3 Semua pelajar yang membawa kenderaan ke kolej mesti memiliki lesen memandu yang sah dan mematuhi undang-undang lalu lintas. 19.3.4 Kenderaan mesti diletakkan di tempat yang disediakan atau dikhaskan. 19.3.5 Kenderaan pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan kolej kecuali dengan kebenaran Pengarah dan mempunyai pelekat kolej. 19.3.6 Pelajar yang membawa basikal/ motosikal dikehendaki turun daripada kenderaan dan menolak sebaik sahaja memasuki kawasan kolej.


20 BAYARAN KHAS KOLEJ 20.1 Setiap murid dikehendaki membayar sejumlah bayaran khas yang telah ditetapkan oleh pihak kolej, derma PIBG, koperasi, asrama dan lain-lain. 20.2 Bayaran Khas, derma PIBG dan bayaran koperasi perlu dijelaskan oleh semua pelajar selewatlewatnya pada penghujung semester pertama pengajian. 20.3 Bagi murid yang ingkar atau tidak menjelaskan sebarang bayaran yang telah ditetapkan, pihak kolej berhak menahan keputusan peperiksaan serta dokumen dokumen lain yang berkaitan seperti sijil kolej, surat akuan dan lain-lain. Pelajar juga perlu menjelaskan bayaran yang tertunggak sebelum berpindah. 21. KEGIATAN LUAR 21.1 Gerak Kerja Kokurikulum 21.1.1 Pelajar digalakkan menyertai 3 jenis gerak kerja kokurikulum iaitu, satu aktiviti kelab/ persatuan, satu pasukan pakaian seragam dan satu lagi sukan dan permainan. 21.1.2 Borang penyertaan aktiviti kokurikulum akan diedarkan kepada pelajar pada awal semester satu. Pelajar dikehendaki mengisi borang tersebut. Borang tersebut kemudiannya mesti diserahkan kepada pensyarah penasihat untuk ditandatangani dan dicatatkan dalam buku kedatangan pelajar. Pelajar kemudiannya menyerahkan borang tersebut kepada pensyarah penasihat kelab/persatuan/ pasukan pakaian seragam /sukan dan permainan pada mesyuarat pertama selepas pendaftaran ahli dijalankan. Borang penyertaan itu akan disimpan oleh pensyarah sepanjang tahun sebagai bukti kebenaran ibu bapa/penjaga. 21.1.3 Pendaftaran ahli akan dijalankan pada minggu kedua dan ketiga semester pertama setiap tahun. 21.1.4 Semua ahli bagi setiap gerak kerja kokurikulum perlulah hadir dalam setiap mesyuarat/ perjumpaan yang telah ditetapkan, kecuali dengan kebenaran pihak yang berkenaan. 21.1.5 Ahli-ahli tidak dibenarkan mengadakan perjumpaan pada hari kelepasan am hari Ahad atau Sabtu minggu 1 dan 2 kecuali dengan kebenaran khas daripada Pengarah dan guru penasihat. 21.1.6 Pada masa perjumpaan, ahli-ahli mestilah memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh pihak kolej, termasuklah semasa pertandingan di luar kolej dan semasa lawatan. Pelajar juga mestilah menjaga tatatertib semasa manjalankan aktiviti kokurikulum. 21.1.7 Pelajar yang terpilih mewakili kolej dalam pertandingan tertentu di luar kolej mestilah mendapat kebenaran daripada ibu bapa/ penjaga terlebih dahulu. 21.1.8 Semua aktiviti akan dijalankan pada hari Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. 21.2 Lawatan ke Luar Kolej 21.2.1 Pelajar perlu berkelakuan baik dan berpakaian seragam kolej sepanjang masa. 21.2.2 Jika terdapat pelajar yang melanggar arahan, tindakan disiplin akan dikenakan. 21.2.3 Tempat-tempat seperti pub, pusat video, disko, dan kelab malam tidak boleh dilawat/ dikunjung pelajar.


21.2.4 First Aid Kit yang sempurna disimpan oleh pensyarah yang mengawas. 21.2.5 Rombongan ke tempat-tempat berenang mestilah ada penyelamat yang bertauliah. 21.2.6 Alat-alat atau barang-barang berharga tidak dibenarkan dibawa bersama. 21.2.7 Pelajar mestilah mengikut arahan pensyarah. Sekiranya ingin melakukan sesuatu mestilah meminta kebenaran terlebih dahulu daripada pensyarah berkenaan. 21.2.8 Laporan ringkas megenai sesuatu rombongan itu hendaklah dibuat dan diserahkan kepada Pengarah Kolej. 21.2.9 Perlu mendapat kebenaran ibu bapa/ penjaga. 21.3 Aktiviti Pembelajaran Luar Bilik Kuliah 21.3.1 Semua pelajar perlu beratur dengan tertib, kemas dan senyap. 21.3.2 Pelajar perlu sampai ke lokasi pembelajaran tidak lewat daripada lima minit waktu pembelajaran sebelum itu. 21.3.3 Ikuti arahan pensyarah semasa di lokasi pembelajaran. 21.3.4 Selepas tamat sesi pembelajaran, murid perlu terus kembali ke kelas/ lokasi pembelajaran yang seterusnya secara teratur dengan tertib, kemas dan senyap. 22. WAKTU SOLAT DAN REHAT (PELAJAR ISLAM) 22.1 Pelajar digalakkan menunaikan solat secara berjemaah di surau mengikut jadual yang telah ditetapkan. 21.2 Pelajar yang sengaja melengah-lengahkan solat secara berjemaah akan diberi nasihat dan bimbingan. 22.3 Pelajar tidak dibenarkan berbual dan bergurau sesama sendiri semasa berada surau. 22.4 Pelajar tidak dibenarkan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman para Jemaah di surau. 23. TATATERTIB DI DALAM KELAS/ MAKMAL/ BENGKEL 23.1 Lantai di dalam kelas/ makmal/ bengkel perlu disapu pada waktu pertama dan 10 minit sebelum balik. 23.2 Cermin tingkap perlulah dilap setiap hari. 23.3 Meja dan kerusi perlulah disusun dengan lurus sebelum dan selepas tamat sesi pembelajaran pelajar dan juga pada waktu rehat. 23.4 Papan tulis perlulah dibersihkan, terutamanya selepas suatu sesi pembelajaran pelajar tamat. 23.5 Pelajar tidak dibenarkan menulis di papan tulis tanpa kebenaran pensyarah. 2.36 Tong sampah perlu dikosongkan pada setiap hari. 2.37 Papan kenyataan mestilah dihias dengan bahan ilmiah atau makalah yang berfaedah. Semua maklumat pelajar dan kelas perlulah dilekatkan pada papan kenyataan. 23.8 Pelajar digalakkan menghias kelas untuk mewujudkan suasana ceria yang boleh membantu pengajaran dan pembelajaran. 23.9 Setiap kelas dibekalkan dengan penyapu, bakul sampah, pemadam papan tulis dan penyodok sampah. Pelajar bertanggungjawab menjaga alat-alat tersebut. 23.10 Segala kerosakan perlu dilaporkan kepada pengurus kelas.


23.11 Kelas-kelas yang kotor atau dalam keadaan yang tidak memuaskan akan dipaparkan di papan kenyataan. 23.12 Tindakan bagi kelas terkotor adalah tertakluk kepada sistem kebersihan yang ditetapkan oleh Lembaga Disiplin Kolej. 24. KELUAR KELAS/PERTUKARAN KELAS 24.1 Kebenaran keluar hanya boleh diberi oleh pensyarah yang masuk ke kelas itu. 24.2 Pelajar perlu beratur di luar kelas terlebih dahulu sebelum setiap pertukaran kelas ke makmal, bengkel, stor pendidikan jasmani dan sebagainya. 24.3 Semua pelajar perlu berjalan dalam keadaan beratur di dalam barisan tanpa membuat bising. 24.4 Setiap pelajar tidak dibenarkan bersandar pada tembok kaki lima. 24.5 Pelajar perlu menyalin pakaian untuk Pendidikan Jasmani di dalam tandas/ bilik persalinan. 24.6 Pelajar tidak dibenarkan keluar kelas untuk menggunakan telefon semasa pengajaran dan pembelajaran. 24.7 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas sewaktu pertukaran pensyarah antara waktu. 25. TUGAS-TUGAS KETUA KELAS 25.1 Ketua kelas diberi kuasa untuk menjaga ketenteraman serta keceriaan kelasnya terutama ketika ketiadaan pensyarah. 25.2 Setiap pelajar mesti mematuhi arahan Ketua Kelas dan menghormatinya. 25.3 Memberitahu pensyarah bertugas jika ada pelajar yang sakit dalam kelas. 25.4 Melaporkan segala kerosakan di dalam kelas kepada penyelaras kelas. 25.5 Memastikan pelajar menjalankan tugas harian yang ditetapkan. 25.6 Bertanggungjawab mengambil buku/ borang kawalan disiplin dari bilik Unit Disiplin dan menyerahkan kepada pensyarah kursus setiap waktu untuk pengisian dan menghantar ke Unit Disiplin selepas tamat waktu pengajian. 25.7 Peranan pengawas adalah mengawasi serta membantu melaksanakan segala peraturan dan undangundang kolej. 25.8 Setiap pengawas diberi kuasa menahan sesiapa sahaja yang melanggar peraturan kolej dan membawa kepada Unit Disiplin untuk diambil tindakan. 25.9 Pengawas berhak membuat pemeriksaan kepada semua pelajar yang tidak mematuhi cara berpakaian yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kolej : a) Kasut dan stoking yang tidak dibenarkan dalam peraturan 2 (Peraturan Pakaian Seragam). b) Pakaian yang tidak mematuhi peraturan 2 (Peraturan Pakaian Seragam). 25.10 Semua harta benda pelajar yang diambil perlulah disenaraikan dan diserahkan kepada Pengarah/ pensyarah yang diberi kuasa. 25.11 Semua pelajar perlu mematuhi dan menghormati arahan pengawas semasa tugas yang dipertanggungjawabkan.


26. TUGAS MPP (MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR) 26.1 Mewakili pelajar dalam hubungan antara pelajar dan pihak pengurusan kolej. 26.2 Bertanggungjawab sebagai duta kolej di peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 26.3 Menganjur aktiviti seperti khidmat masyarakat, sukan, akademik yang melibatkan badan-kerajaan, tempatan,negeri dan persekutuan secara langsung atau tidak langsung. 27. BENDA-BENDA DAN PERBUATAN LARANGAN 27.1 Pelajar dilarang membawa bahan-bahan bacaan yang dianggap tidak sesuai ke kolej. Sekiranya dibawa bahan tersebut, pihak kolej akan merampasnya. 27.2 Semua pisau lipat, pisau cukur, pemetik api, mercun atau apa sahaja alat-alat yang berbahaya akan dirampas oleh pihak kolej. 27.3 Semua pakaian luar, disket, pita kaset, cakera padat dan video persendirian akan dirampas. 27.4 Barang-barang berharga seperti kamera, pemain kaset/video, barang kemas dan game watch serta alat-alat permainan tidak dibenarkan dibawa ke kolej. 27.5 Chewing gum tidak boleh dibawa atau dimakan di dalam kawasan kolej. 27.6 Pelajar tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman daripada penjaja di luar kawasan kolej dan kantin semasa pengajaran dan pembelajaran. 27.8 Pelajar dilarang makan dan minum di dalam kelas. 27.9 Pelajar tidak digalakkan membawa wang belanja yang berlebihan. 27.10Pelajar dilarang keras merokok, menghisap dadah, menghidu gam, pil khayal atau minuman yang mengandungi alcohol dan mengkhayalkan 27.11Pelajar tidak dibenarkan memakai Friendship Band atau sebarang lambang kumpulan dan tidak dibenarkan menghias dan menconteng beg sekolah/ pakaian seragam/ anggota badan. 27.12 Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang bendera atau lambang atau logo sesebuah parti atau kumpulan tertentu yang tiada kaitan dengan kolej. 27.13 Membuli, menghasut atau menimbulkan suasana yang tegang dalam kalangan pelajar. 27.1 Pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan mesti ada had dan batas.


28. PERATURAN KHAS 28.1 Telefon Bimbit 28.1.1 Pelajar kolej tidak dibenarkan oleh Pengarah Kolej untuk membawa dan menggunakan telefon bimbit semasa kelas pembelajaran berlangsung. 28.1.2 Keselamatan telefon bimbit yang dibawa adalah tanggungjawab pelajar sepenuhnya. Segala kerosakan atau kehilangan telefon bimbit tidak akan ditanggung oleh pihak kolej. 28.1.3 Pelajar yang didapati menggunakan telefon bimbit semasa pembelajaran tanpa kebenaran pensyarah akan dirampas telefon bimbitnya dan akan dikenakan tindakan disiplin. 28.1.4 Pelajar juga tidak dibenarkan mengguna telefon bimbit semasa bacaan surah yasin atau semasa apa-apa program di dewan berlangsung. 28.1.5 Telefon bimbit yang telah dirampas tidak akan dipulangkan semula kepada pelajar dan waris pelajar akan dipanggil untuk serahan semula telefon tersebut. 28.1.6 Kad SIM pelajar boleh dipulangkan atas budi bicara guru disiplin/pensyarah sekiranya telefon bimbit dirampas. 28.1.7 Semua pelajar tidak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan. Penggunaan telefon bimbit ketika mana-mana peperiksaan adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang didapati melanggar peraturan ini akan dikenakan tindakan keras sehingga boleh dibuang dari kolej. 28.1.8 Semua pelajar dilarang dari menggunakan telefon bimbit bagi tujuan merakam perlakuan negatif yang boleh memalukan atau menjejaskan keselamatan mana- mana pihak. 28.1.9 Semua pelajar dilarang mengecas telefon bimbit mereka menggunakan soket yang berada di kawasan kolej. 28.2 Komputer Riba / Tablet 28.2.1 Pelajar-pelajar kolej (Diploma) diberi kebenaran oleh Pengarah Kolej untuk membawa dan menggunakan komputer riba/tablet. 28.2.2 Keselamatan komputer riba/tablet yang dibawa adalah tanggungjawab pelajar sepenuhnya. Segala kerosakan atau kehilangan komputer riba/tablet tidak akan ditanggung oleh pihak kolej. 28.2.3 Komputer riba/tablet hanya boleh digunakan bagi tujuan pembelajaran. 28.2.4 Pelajar yang didapati menggunakan komputer riba/tablet bagi tujuan hiburan (Contoh Menonton bahan-bahan bukan ilmiah) di kawasan kolej tanpa kebenaran pensyarah akan dirampas komputer riba/tabletnya akan disenarai hitamkan dari membawa atau menggunakan komputer riba/tablet di kolej. 28.2.5 Komputer riba/tablet yang telah dirampas akan dipulangkan semula kepada pelajar pada akhir semester. 28.2.6 Semua pelajar tidak dibenarkan untuk membawa komputer riba/tablet ke dalam dewan peperiksaan. Penggunaan komputer riba ketika mana-mana peperiksaan adalah dilarang


sama sekali. Pelajar yang didapati melanggar peraturan ini akan dikenakan tindakan keras sehingga boleh dibuang dari kolej. 28.2.7 Semua pelajar dilarang menyimpan bahan-bahan lucah, berbau politik atau memesongkan di dalam komputer riba/tablet mereka. Tindakan keras akan dikenakan kepada pelajar yang ingkar peraturan ini. 28.2.8 Gunakan komputer riba/tablet secara berhemah dan mengikut keperluan sahaja. 28.2.9 Pihak kolej berhak menarik balik kemudahan ini pada bila-bila masa sahaja tanpa notis.


HUKUMAN DAN TINDAKAN 1.0 Pengertian Hukuman 1.1 Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku. Terdapat tiga (3) unsur utama dalam pengertian hukuman : Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku yang sebenar atau diandaikan berlaku. Ini merupakan hukuman yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan. 1.2 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum. Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang disukainya. 1.3 Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru ialah Pembuangan Kolej, Penggantungan Kolej, Hukuman Dera Corporal Punishment, Penahanan (detention) dan Amaran. (Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru, Kemeterian Pendidikan Malaysia, 1988) 2.0 Pengertian pembuangan Kolej 2.1 Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah dengan mana-mana kategori salahlaku berat selaras dengan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. 2.2 Seseorang pelajar yang telah melakukan salahlaku atau tingkah laku yang mengganggu berulangkali dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh Pengarah Kolej atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada pelajar-pelajar lain dan terhadap keseluruhan disiplin kolej, tindakan yang sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari kolej. (Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru, Kemeterian Pendidikan Malaysia, 1988:12) 3.0 Pengertian Penggantungan Kolej 3.1 Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang pelajar itu dilarang dari memasuki kawasan kolej. Penggantungan adalah bersifat sementara sahaja dalam jangkamasa yang berpatutan sehingga tidak melebihi 14 hari persekolahan. 3.2 Dalam keadaan di mana seorang pelajar berkelakuan liar dan mengganggu sehingga perlu diasingkan dari kolej manakala menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya, Pengarah Kolej berkuasa mengarahkan penggantungan persekolahan pelajar itu sehingga tidak melebihi 14 hari. 3.3 Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil siasatan hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh Pengarah Kolej seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8, Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. (Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru, Kemeterian Pendidikan Malaysia, 1988) 4.0 Pengertian Hukuman Dera 'Corporal Punishment' 4.1 Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas pelajar-pelajar perempuan) tertakluk kepada syaratsyarat yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.


4.2 Dijalankan sebaik-baik sahaja salah laku itu dilakukan oleh pelajar. Hendaklah dibuat setelah sesuatu salah Laku telah dapat disahkan. 4.3 Dijalankan oleh Pengarah Kolej sendiri atau oleh seorang pensyarah yang berdaftar yang telah diberikan kuasa secara nyata khas iaitu mengikut keadaan (Perkara 6 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959). 4.4 Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan hanya boleh pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang berlapik. Hukuman dera ke atas pelajar perempuan dilarang secara nyata dalam (Perkara 6 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959). (Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru, Kemeterian Pendidikan Malaysia, 1988:14) 5.0 Pengertian Hukuman Penahanan (detention) 5.1 Hukuman penahanan adalah untuk mengawal pelajar-pelajar yang jahat (delinquent) supaya tingkah lakunya pada masa akan datang diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. 5.2 Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam ditahan seseorang itu ditahan. 5.3 Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada pelajar berkenaan dan juga pelajar lain. 5.4 Aktiviti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan membina. (Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru, Kemeterian Pendidikan Malaysia, 1988:15) 6.0 Pengertian Hukuman Amaran 6.1 Hukuman amaran adalah sesuai apabila pengarah Kolej atau pensyarah yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan pelajar yang telah melakukan salah laku itu. 6.2 Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi selepas itu. 6.3 Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2, dan 3 bagi kategori salah laku ringan, Amaran dan Amaran Keras bagi kategori salah laku sederhana dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat. (Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru, Kemeterian Pendidikan Malaysia, 1988:16)


7.0 KESALAHAN DAN HUKUMAN 7.1 Pengertian Salah Laku Berat 7.1.1 Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturab Pelajaran yang sedia ada sepertimana Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Kesalahan yang mana perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau pelajar lain atau pihak lain dan melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan dengan kehendak- kehendak peraturan dan matlamat yang hendak dicapai. 7.1.2 Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu ketenteraman. 7.1.3 Lebih berat hukuman yang dikenakan setakat mana perbuatan itu membahayakan sehingga boleh dibuang kolej. 7.1.4 Berat hukuman yang dikenakan setakat mana perbuatan itu membahayakan sehingga boleh dibuang kolej. 7.1.5 Beratnya hukuman yang dikenakan jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya. (Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1968 dan Bil 9/1975 dan (Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru, Kemeterian Pendidikan Malaysia, 1988)


PANDUAN TATACARA DISIPLIN SEKOLAH UNTUK PENGETUA, GURU BESAR, GURU DISIPLIN DAN GURU SEKOLAH Tema Kesalahan Pekeliling Rujukan Tindakan/Hukuman 1. Tingkah Laku Jenayah 1.Salah Guna Dadah Pek.Ikhtisas Bil .7/1975 1. Pengakuan bertulis pelajar 2. Ibu bapa/Penjaga dihubungi. 3. Lapor kepada Pengarah Pelajaran 4. Hubungi/Pegawai kebajikan Masyarakat 5. Lapor kepada Doktor melaluiPegawai Kebajikan Masyarakat. 6.RawatanPerubatan. 7. Pemulihan dan tindakan susulan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat 2. Mengedar Dadah Pek.Ikhtisas Bil 7/1975 1. Pengakuan bertulis pelajar. 2. Ibu bapa/Penjaga dihubungi. 3. Rujukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri 4. Lapor kepada polis 3. Mencuri Pek.Ikhtisas Bil9/1975( Murid boleh digantung sekolah atau dibuang sekolah) 1. Pengakuan bertulis pelajar. 2. Ibu bapa/Penjaga dihubungi. 3. Memulangkan balik barang yang dicuri/Ganti rugi ikuti nilai barang. 4. Minta maaf kepada pemilik barang. 5. Amaran. 6. Hukuman rotan 7. Gantung persekolahan bagi kes berulang. 8. Rujuk Guru Kaunseling


4. Memeras Ugut Pek.Ikhtisas Bil.9/1975 1. Pengakuan bertulis pelajar 2. Ibu/bapa/penjaga dihubungi dan buat perjanjian bertulis. 3. Memulangkan balik barang yng diambil. 4. Hukuman rotan mengikut berat/ringan kes. 5. Rujuk kepada guru kaunseling 6. Digantung persekolahan bagi kes berat/kesalahan berulang. 7. Dibuang sekolah bagi kes yang amat berat. 8. Lapor kepada polis jika melibatkan senjata atau orang luar. 5. Berjudi Pek.Ikhtisas Bil.9 /1975 1. Pengakuan bertulis pelajar 2. Nasihat oleh guru agama/kaunseling 3. Hukuman rotan bagi kesalahan kedua 4. Digantung sekolah bagi kesalahan berikut. 5. Dibuang sekolah. 1. Pengakuan bertulis pelajar 2. Dipaksa memohon maaf dan berdamai. 6.Kes Memukul Pelajar Pek.Ikhtisas Bil.9/1975 3. Hukuman rotan 4. Digantung sekolah 5. Dibuang sekolah 7. Bergaduh Kecil Pek.Ikhtisas Bil 9/1975 1. Nasihat 2. Pengakuan bertulis pelajar 3. Amaran 4. Dipaksa meminta maaf/berdamai 8. Bergaduh besar Bil.9/1975 1. Amaran Keras 2. Merotan pelajar 3. Surat tunjuk sebab 4. Digantung sekolah


9. Membawa Senjata Merbahaya Dengan Niat Jahat Pek.Ikhtisas. Bil.9/1975 1. Menyerah senjata/senjata dirampas 2. Hukuman rotan 3. Digantung persekolahan 4. Amaran keras 5. Laporan polis 10. Bermain Mercun/ Bom buatan sendiri 1. Mercun/bom dirampas 2. Amaran keras 3. Hukuman rotan 4. Digantung persekolahan 11. Menjadi Ahli Kumpulan Haram/Kongsi Gelap Pek.Ikhtisas Bil.9/1975 1. Pengakuan bertulis pelajar 2. Waris dihubungi 3. Hukuman rotan/rujuk guru kaunseling. 4. Digantung sekolah 5. Buang sekolah (kes berulang) Lapor pada polis 12. Menceroboh Bilik/bangunan sekolah Pek.Iktisas Bil.9/1975. 1. Pengakuan bertulis pelajar 2. Waris dihubungi/ Perjanjian bertulis 3. Memulangkan barangan/bayar ganti rugi 4. Hukuman rotan 5. Gantung Persekolahan 6. Buang Sekolah 7. Lapor kepada polis 13. Mencabul Kehormatan Pek.Iktisas Bil.2/1981 1. Pengakuan bertulis pelajar 2. Ibu bapa dihubungi dan membuat perjanjian bertulis 3. Hukuman rotan 4. rujuk kepada guru kaunseling 5. hukuman gantung sekolah bagi kes berat atau kesalahan berulang 6. Hukuman buang sekolah 14. Buang Anak 1. Pengakuan bertulis pelajar 2. Ibu bapa penjaga dihubungi 3. HubungiPejabat Kebajikan Masyarakat. 4. Hubungi JabatanPelajaran Negeri 5. Melapor kepada polis


15. Rogol 1. Pengakuan bertulis pelajar 2. . Ibu bapa penjaga dihubungi 3. Dirujuk kepada PegawaiPerubatan. 4. Maklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri 5.Lapor kepada polis 2. TINGKAH LAKU LUCAH 1. Membaca menunjukkan & Menyebarkan bahanbahan & gambargambar lucah Pek.iktisas. Bil.2/1981 1. Dirampas dan disimpan dengan berlakri sebagai bukti. 2. Memberi amaran/teguran 3. Makluman kepada ibubapa tentang tingkah laku anak. 4. Merotan tujuan untuk mendisiplinkan. 5. Rujuk kepada guru agama/guru kaunseling. 2. Membawa pita video lucah dan kaset lucah 1. Merampas 2. Simpan berlakri 3. Memberi amaran keras. 4. Makluman kepada ibubapa. 5. Merotan. 6. Rujuk kepada guru agama/kaunseling. 3. Mengintai 1. Amaran 2. Rujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling/guru agama. 3. Pengakuan dirirakaman/ bertulis 4. Surat kepada waris. 5. Surat perjanjian 6. Gantung sekolah. 4. Bercumbuan dalam kawasan sekolah 1. Amaran 2. Rujuk kepada guru bimbingan & kaunseling/ agama 3. Lapor kepada waris. 4. Surat perjanjian. 5. Dicadang bertukar sekolah. 6. Gantung sekolah atau buang sekolah. 5. Berkhalwat & Denda di Mahkamah 1. Rujuk kepada Pengarah Pelajaran 6.Bohsia, Bohjan, Pelacuran, Hamil 1. Hubungi waris/ibubapa 2. Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat. 3.Rujuk PengarahPelajaran.


7. Meraba dan Memeluk Pelajar Perempuan 1. Gantung/buang sekolah 2. Maklumkan kepada ibubapa(telefon/surat) 3.Rotan. 4. Surat jamin diri. 5. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama 8. Menconteng, Melukis Kata-kata Lucah 1. Gantung/buang sekolah 2. Disoal-siasat. 3. Amaran dan nasihat. 4. Dirotan 5. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama 9. MengangguPelajar Perempuan 1. Disoal-siasat 2. Nasihat dan amaran. 3. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama 3. ANTI SOSIAL 1. Tindakan Vandalism Pek.Iktisas Bil.9/1973 1. Kenal pasti pelajar 2. Gantung sekolah. 3. Pengakuan bertulis. 4. Rotan 2. Mencemarkan Bangunan Dan Kawasan sekolah Pek.Iktisas Bil.9/1973 1. Hubungi ibubapa 2. Ganti rugi. 3. Dirotan. 4. Pengakuan bertulis. 5. Amaran keras. 6. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama 3. Rangging/ Mengadakan Pelancoan 1. Amaran keras. 2. Pengakuan bertulis 3. Surat kepada ibubapa 4. Perjanjian dengan ibubapa 5. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama. 6. Gantung sekolah 3. Sikap Lalai dan Cuai terhadap Pelajaran 1. Amaran. 2. Dendaan Bertulis. 3. Kenalpasti masalah. 4. Merotan. 5. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama


4. TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR 1. Ponteng Sekolah KP(BS)8548/12(17) Borang DM 9.2.77 1. Surat kepada ibubapa/penjaga serta amalan gantung/buang sekolah tiga kali amaran . 2. Jika hadir dirujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling. 3. Rotan jika perlu. a.Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab 3 hari berturut-turut. b.Tidak hadir ke sekolah 5 hari dalam sebulan tanpa sebab. c.Tidak hadir ke sekolah 31 hari berturut-turut. d.Tidak hadir 60 hari berturut-turut. 1.Nasihat dan surat peringatan kepada ibubapa/penjaga. 2 .Amaran keras/(nama direkod ke dalam buku disiplin). 3.Suat pemberitahuan kepada ibubapa/penjaga. 4.Gantung sekolah. 5.Buang sekolah. 2.Ponteng kelas. 1.Hubungiibubapa /penjaga (surat tunjuk salahlaku.) 2.Kelas tahanan (kalau sesuai). 3.Hukuman rotan. 3.Meniru dalam peperiksaan. 1.Peperiksaan mata pelajaran berkenaan dibatalkan(tiada markah).Jumlah besar markah diambil kira. 2.Hukuman rotan bergantung kepada kekerapan kes. 3.Pemberitahuan kepada ibubapa /penjaga. 4.Meniru tandatangan / penjaga. 1. Amaran keras. 2.Rujuk kpada ibubapa. 3.Hukuman rotan. 5.Bercakap bohong. 1.Rujuk kepada guru kaunseling / agama. 2.Amaran keras/rotan. 3.Rujuk kepada ibubapa/penjaga. 4.Kesalahan seterusnya rotan dan amaran. 6.Mengubah markah. 1.Rujuk guru disiplin. 2.Ibubapa dimaklumkan. 3.Markah ujian tidak diambil kira. 5.TINGKAH LAKU TIDAK SOPAN. 1.Berbahasa Tidak sopan/Kasar/Mencarut Guru. Pek.Iktisas Bil.9/1975 1.Memohon maaf. 2.Amaran. 3.Rujuk kepada Kaunseling. 4.Rotan.


2.Biadap kepada guru. 1.Kali 1 Kaunseling. 2.Memohon maaf. 3.Kali 2 ibubapa dipanggil dan tandatangan surat jaminan. 4.Kali 3 dirotan. 3.Tidak hormat pengawas/guru. 1.Memohon maaf. 2.Amaran. 3.Kaunseling. 4.Menganggu kelas semasa guru mengajar. 1.Kali 1Kaunseling. 2.Amaran. 3.Kesalahan berikut dirotan. 6.TINGKAH LAKU TABIAT.(HABITUAL) 1.Tidak berpakaian kemas. Pek.Iktisas Bil.3/1967, 2/1972,4/1976. 1.Teguran. 2.Amaran. 3.Jika berulang, ibubapa / penjaga diminta hadir tandatanganisurat jaminan. 2.Berkuku panjang. 1.Tindakan serta merta memotong kuku. 3.Stail Rambut / Panjang. Pek.Iktisas Bil.2/1976 1.Amaran 2.Dipaksa gunting. 3.Hukuman rotan. 4.Gantung sekolah. 4.Warna rambut 1.Ibubapa dipanggil tandatangani surat jaminan. 2.Digantung sekolah. 5.Tiada lencana. 1.Teguran. 2.Amaran. 3.Tindakan guru disiplin mengenakan danda bayaran untuk lencana. 6.Pakaian Tidak Kemas selepas sekolah. 1.Diarah meninggalkan kawasan sekolah. 7.Lewat 1.Denda mengikut budi bicara guru disiplin. 2.Amaran direkod. 3.Jika berulang ibubapa dipanggiltandatangani surat jaminan. 8.Tidak Bawa Buku Peraturan Am Sekolah 1951 1.Diberi amaran. 2.Tindakan guru disiplin. 3.Gantung sekolah. 9. Tidak memulangkan Buku Teks 1. Bayar nilai buku 2. Tidak layak terima SPBT tahun berikutnya 10. Tidak Jelas Yuran Peraturan Am Sekolah 1951 1. Diberi amaran 2. Ibubapa dihubuni. 3. Sijil Berhentisekolah ditahan.


11. Memakai Barang Kemas/Bawa Bahan Yang Tidak Sesuai 1. Rampas dan akhir tahun dikembalikan 2. Barang berharga ibu bapa dipanggil. 3. Amaran 12. Tidak Menyiapkan Kerja Peraturan Am Sekolah 1951 1. Nasihat dan amaran 2. Rujuk guru kaunseling 3. Hukuman rotan. 13. Membuat Bising Pek.Iktisas Bil 9/1975 1. Diberi amaran. 2. Denda ikut budi bicara guru disiplin. 14. Menghilangkan Alat Sekolah Yang Dipinjamkan Peraturan Am Sekolah 1951 1. Diberi amaran. 2. Menggantikannya. 15. Buang Sampah Merata-rata Pek.Iktisas 9/1975 1. Diberi Amaran 2. Denda membersihkan kawasan 3. Hukuman rotan


LAMPIRAN 1


LAMPIRAN 2


Click to View FlipBook Version