The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-5598-cm8, 2022-04-19 01:45:23

TALI PINGGANG RAJA SULAIMAN

TALI PINGGANG RAJA SULAIMAN

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK

ms 1

TAJUK : Tali Pinggang Raja Sulaiman
PENULIS : Rubiah Jusoh
PENERBIT : Nur Ilmu Publications

BIL. MUKA SURAT : 9
TAHUN TERBIT : 2008
JENIS BUKU : Fiksyen
BAHASA : BM

SINOPSIS :
Seekor Sang Kancil menemui Sang Belang. Sang Belang

ingin makan Sang Kancil, tetapi Sang Kancil tidak berasa

takut dan dapat menyelesaikan masalah ini dengan serta-

merta.

MORAL:
Apabila kita menghadapi masalah, kita mesti tenang dan

berfikir cara untuk menyelesaikannya.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK

ms 2

Pada suatu hari, Sang Kancil keluar
mencari makanan. Sang Kancil
merayau-rayau ke sana dan ke sini.
Namun, tiada sebarang makanan
ditemuinya.

"Apalah malangnya nasibku hari
ini! Tiada apa yang dapat kumakan,"
Sang Kancil mengeluh sendiri.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK

ms 3

Di pertengahan jalan, Sang Kancil
terserempak dengan Sang Sawa.
Mujurlah Sang Sawa itu sedang tidur.
Kalau tidak tentulah nahas Sang
Kancil.

"Mujurlah aku tidak menjadi
mangsa Sang Sawa itu," ujar Sang
Kancil dalam hatinya.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK

ms 4

Oleh demikian, Sang Kancil
cepat-cepat melangkah pergi.

Namun, tanpa disangka-sangka,
Sang Kancil terserempak pula dengan
Sang Belang. Menggigillah Sang Kancil
kerana berasa sangat takut.

"Matilah aku kali ini!" fikir Sang
Kancil.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK

ms 5

"Ha, ha, ha!" Sang Belang ketawa.

"Sekarang engkau tidak dapat lari
lagi. Engkau akan menjadi makananku,"
kata Sang Belang.

"Engkau jangan ganggu aku. Raja
Sulaiman tentu akan murka pada
engkau, wahai Sang Belang!" kata
Sang Kancil setelah mendapat suatu
akal.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK

ms 6

Sang Belang terkejut mendengar
kata-kata itu. Sang Belang sangat
takut pada Raja Sulaiman.

"Mengapakah engkau berkata
demikian?" Sang Belang ingin tahu.

"Aku sedang menjaga tali pinggang
Raja Sulaiman," jawab Sang Kancil.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK

ms 7

Sang Belang tidak percaya. Sang
Belang mahu melihat tali pinggang itu.

Sang Kancil lalu membawa Sang
Belang ke tempat Sang Sawa. "Inilah
tali pinggang Raja Sulaiman," kata
Sang Kancil.

Sang Belang ingin memakai tali
pinggang itu. Sang Kancil berpura-
pura tidak membenarkannya.

"Aku tidak peduli!" ujar Sang
Belang.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK

ms 8

Sang Belang terus memakai tali
pinggang itu. Apa lagi! Sang Sawa
pun terus membelit Sang Belang.

"Tolong! Tolong!" Sang Belang
meminta tolong. Tetapi sia-sia sahaja.
Akhirnya, matilah Sang Belang.

Sang Kancil yang cerdik itu sudah
lari.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK

ms 9


Click to View FlipBook Version