BMMB3083
DRAMA DALAM PENDIDIKAN
11. Persembahan Pentas
● Penentuan konsep dan
aliran
● Bloking
● Teknikal Persembahan
(tatacahaya dan tatabunyi)
Penentuan konsep dan aliran
• Konsep persembahan pentas merujuk kepada semua manifestasi artistik
yang diciptakan untuk dipentaskan di atas panggung, terutama teater dan
tarian, tetapi juga muzik .
• Seni persembahan pada asasnya mempunyai tiga elemen penting dan
tidak dapat dipisahkan, iaitu persembahan, pentas dan masyarakat
penerima.
• Jenis drama persembahan pentas:
• Tragedi – pergelutan manusia melawan takdir/berakhir dengan
duka/ kematian
• Komedi – penuh tawa/ gembira / berakhir dengan kegembiraan
• Komedi tragedi / Tragikomedi – gabungan komedi dan tragedi /
ketawa yang diakhiri dengan duka
• Melodrama – penuh kesyahduan/ biasanya dipadukan dengan
muzik
• Farce – gerak yang berlebihan/ tidak wajar/ karikatural
• Satira – cemuhan / ejekan / sindiran
• Muzikal – seluruhnya diiringi dengn muzik dan dinyanyikan /
dialog diubah menjadi nyanyian
Penentuan konsep dan aliran ▪ Realisme magis-kombinasi
antara realiti dan
ALIRAN DRAMA:
fantasi/magis/misteri
• Klasik – khusus / cth : karya Sophocles, William ▪ Surerealisme-remang-
Shakespeare
remang/kabur
• Neoklasik – hukum sebab akibat/ drama keagamaan
• Romantisisme – manusia menentukan nasib dan
takdirnya sendiri
• Realisme – sajian hidup sehari-hari / mengikut latar
zaman karya dicipta
• Neorealisme – realiti kehidupan pada zaman
pengisahan tetapi ditulis pada masa lain
• Eksprimental – penafsiran kembali
• Absursd – tidak ada kebenaran mutlak / manusia
adalah “Tuhan” bagi dirinya sendiri / tuhan sudah mati
Bloking
• Bloking adalah kedudukan tubuh pada saat di atas pentas.
• Dalam pementasan drama, bloking yang baik sangat diperlukan.
• Pada waktu berlakon, kita harus selalu mengawal tubuh kita agar tidak
merosakkan bloking.
• Bloking yang baik adalah bloking tersebut harus seimbang, utuh, bervariasi
dan memiliki titik pusat perhatian serta wajar.
6 Cara Mengolah Bloking Yang Benar dalam Drama
i. Mencerminkan Realiti
▪ Dianggap sukses jika berjaya membuat
para penonton faham dengan alur
cerita.
▪ Perkara ini salah satu sasaran untuk
pengelolaan bloking, supaya setiap
yang disajikan di atas panggung benar-
benar dekat dengan realiti/kehidupan
sebenar yang hendak diceritakan
kepada penonton.
ii. Proposisi
❑ Ini perkara penting dalam pengolahan
bloking drama.
❑Setiap penataan harus dipastikan
proposisinya sehingga tidak berat
sebelah yang akhirnya mengganggu
pandangan.
❑Mulai dari letak pemeran/pelakon
dengan props, disesuaikan dengan
suasana dalam sesebuah adegan.
❑Props yang digunakan sebagai
sokongan, tidak boleh mengganggu aksi
pelakon.
iii. Variasi Posisi
• Posisi yang bervariasi dapat
mengelakkan penonton bosan dan
sebaliknya.
• Lebih-lebih lagi jika plot drama perlahan,
maka variasi penataan menjadi sangat
penting untuk menjaga daya tarikan
penonton.
• Komposisi dibuat tidak statik dan
mendatar, sama ada dari segi gerakan
mahupun letaknya.
iv. Titik Pusat Cerita
❑Walaupun pentas sangat lebar, tetapi
pandangan penonton tetaplah terbatas.
❑Mereka hanya dapat melihat pada satu
titik dalam satu waktu.
❑Istilah titik pusat dalam pentas drama
merujuk kepada pusat daya tarikan
penonton.
❑Semua pelakon dan props perlu
diarahkan untuk menarik perhatian
penonton pada titik pusat tersebut.
v. Adanya keseimbangan
• Maksud seimbang di dalam bloking
berkaitan dengan kedudukan para
pemain/pelakon, kedudukan
peralatan/props yang digunakan pada
masa pementasan dan disusun agar sesuai
dengan naskah dan latar tempat.
• Props dan pelakon tidak hanya berada di
kelompok satu sudut sahaja di pentas, jadi
keseimbangan itu penting.
vi. Memiliki Keutuhan
• Keutuhan bermaksud bloking yang
ditampilkan seharusnya mampu
menunjukkan hubungan antara
komponen – komponen yang terlibat.
• Jadi penempatan posisi dan gerakan
pelaku, penempatan peralaran/props
harus saling menyokong sehingga
menunjukkan kesan cerita yang utuh
dan tidak berlaku pertindihan.
Teknikal Persembahan (tatacahaya
dan tatabunyi)
▪ TATACAHAYA
❑ Setiap bentuk persembahan pentas memerlukan penataan pencahayaan tersendiri.
❑ Pencahayaan merupakan salah satu elemen visual yang penting.
❑ Elemen pencahayaan bertujuan untuk menerangi tubuh dan pergerakan penari dan
pelakon.
❑ Pencahayaan memainkan peranan sebagai agen dramatik dalam tarian,
mengawal dan menarik perhatian, melakar dan membantuk imej, menyalur
maklumat mengenai masa dan tempat, menyumbang kepada pengkayaan teknik
dan mood serta menyampaikan idea-idea
• Sebagai salah satu aspek visual, penggunaan lampu memerlukan pemikiran
kreatif terutama dalm menghasilkan mood dan suasana sesuatu
pementasan.
• Objektif utama penggunaan lampu adalah untuk memberikan kesan visual
yang jelas kepada penonton supaya mereka dapat melihat objek atau
pelakon dengan lebih jelas di atas pentas serta menimbulkan imej tiga
dimensi.
• Aspek pencahayaan pentas akan melibatkan komposisi, intensiti, distribusi
serta pergerakan cahaya.
• Penggunaan lampu yang pelbagai dalam penataan cahaya dengan
disokong oleh pakar penata cahaya telah berjaya menghasilkan
persembahan seni yang mempunyai efek visual serta nilai estetika yang
tinggI.
• Antara jenis lampu yang digunakan semasa pementasan:
-Lampu PAR Can, Fresnel,
-Profile light
-Ellipsoidal reflector spotlight (ERS),
-moving headlight, floodlight, follow spotlight dan lampu LED.
• Kesemua jenis lampu berkenaan mempunyai fungsi serta memberi kesan
yang berbeza-beza dalam setiap pementasan.
Fungsi pencahayaan pentas:
Fungsi pencahayaan pentas:
i. Keindahan
ii. Fokus
iii. Kejelasan (visibiliti)
iv. Mood dan komposisi
-Mood merujuk kepada kesan emosi hasil stimulasi olek kualiti, warna dan komposisi
pencahayaan yang digunakan.
-Komposisi pula adalah gubahan gambaran persembahan yang diciptakan oleh
pencahayaan hasil gabungan bersama dengan penari, set, prop, kostum dan rias.
Pemilihan warna cahaya itu bergantung kepada keperluan dan mood persembahan
tarian itu sendiri.
-Yang penting ialah CARA/KAEDAH komposisi cahaya itu dihasilkan menentukan
corak penghasilan persembahan tersebut.
• Kredibiliti
-Kredibiliti melibatkan kemampuan pencahayaan mewujudkan kepercayaan
sementara penonton terhadap situasi yang dipaparkan di atas pentas.
- Ini bukan bermakna situasi dramatik tersebut mesti dihasilkan secara realistik.
Contohnya, skrip memerlukan latar suasana yang gelap gelita di dalam bilik,
maka di atas pentas tidaklah boleh digelapkan sahaja ruang persembahan
sebagai memenuhi kehendak skrip.
- Perlu dipancarkan kualiti cahaya yang sesuai agar penonton dapat melihat
aksi yang terhasil atau apa-apa juga yang perlu dilihat penonton
sebagaimana fungsi visibiliti tadi.
v. Kesatuan
-Kesatuan melibatkan kemampuan pencahayaan menggabungjalinkan stail, warna dan lain-lain
elemen dalam produksi; set, prop, kostum dan rias.
- Sistem penggubahan pencahayaan seperti yang telah sedia maklum akan hanya boleh
dilaksanakan apabila semua elemen lain seperti yang dinyatakan sebelum ini telah berjaya
disatukan dan disiapkan.
- Semua fungsi yang dinyatakan itu memberikan kesan yang besar kepada pementasan sama ada
ia dirancang ataupun tidak.
- Walau bagaimanapun, fungsi-fungsi ini digunakan termasuklah kuantiti pencahayaan, sudut
arahan, pergerakan, warna dan kuantiti pencahayaan.
- Kuantiti tersebut sebagai intensiti yang menjelaskan tentang tahap kuantiti cahaya yang
digunakan.
- Kuantiti cahaya yang digunakan bakal menghasilkan kuantiti terang atau suram sesuatu objek
yang dipancarkan cahaya ke arahnya.
- Ini boleh terhasil bergantung kepada jenis lampu yang digunakan, susun letak lampu, media
warna yang digunakan atau lain-lain aksesori yang dipakai bersamanya.
vi. Sudut Arah
-Sudut arah atau direction merujuk kepada sudut, iaitu pencahayaan itu
dipancarkan di atas pentas.
-Susun letak lampu baik di hadapan, sisi, bawah, atas atau belakang penari
memberikan kesan yang berbeza.
- Kedudukan ini bakal menentukan atau mengubah bentuk tiga dimensi
penari atau objek tersebut.
vii. Pergerakan
-Pergerakan melibatkan apa-apa juga perubahan cahaya bagi menggambarkan
pergerakan suasana dalam pementasan seperti terang dan gelap, perubahan waktu
dan sebagainya.
-Sebarang perubahan cahaya akan menimbulkan keadaan suasana yang
memberikan kesan kepada penonton.
viii. Warna
-Penggunaan warna memberikan kesan yang besar kepada mood persembahan.
-Penggunaan warna memberikan interpretasi berbeza terhadap mood dan situasi
yang digambarkan.
-Contohnya, warna biru yang melambangkan kesayuan, mimpi dan sebagainya.
ix. Tekstur
-Melibatkan variasi kualiti cahaya yang digunakan.
-Iluminasi boleh sahaja bersifat lembut atau terfokus kepada keperluan
persembahan.
-Penghasilan tekstur cahaya melibatkan pengawalan kuantiti pencahayaan
yang digunakan.
-Ini boleh terhasil dengan penggunaan penapis atau filter dan jenis lampu.
• Pencahayaan amat penting untuk memberi gambaran situasi daripada masa kini
ke masa silam, menyinari gerak penari dan mempertajamkan ekspresi gerak dan
tubuh penari/pelakon menambahkan mood dan atmosfera kepada sesuatu
persembahan iaitu dengan permainan warna dalam pencahayaan pentas.
• Sebagai contoh warna terang menggambarkan keceriaan dan keseronokan,
warna sejuk menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan kemurungan.
• Low lighting yang memberikan efek bayang-bayang mungkin menggambarkan
keadaan misteri dan seram.
• Selain itu, pencahayaan dapat mencipta komposisi dengan menunjukan
pandangan mata penonton kepada elemen-elemen yang penting iaitu dengan
penggunaan teknik pencahayaan fokus.
• Pencahayaan juga dapat mencipta dimensi terhadap objek di atas pentas.
• Objek yang berbentuk tiga dimensi akan kelihatan rata jika lampu
dipancarkan kepada satu arah sahaja.
• Namun begitu, bentuknya akan kelihatan jika memancarkan
pencahayaan dipelbagai sudut dengan memanipulasi permainan sudut
seperti backlight, downlight, frontlight dan crossing light.
• Pencahayaan juga mampu menonjolkan sesebuah stail dalam
pementasan.
• Pencahayaan juga mampu memperjelaskan perkembangan aksi dramatik
dalam sesebuah persembahan dengan menonjolkan mood perasaan dan
juga perubahan mood yang berlaku bagi setiap adegan contohnya
perubahan daripada perasaan ceria kepada rasa marah.
• TATABUNYI
❑Teknologi audio juga merupakan aspek yang penting dalam melengkapkan
sesebuah pementasan.
❑Dalam sesuaatu pementasan, aspek audio dan tatasuara/tatabunyi bukan
sahaja pada penggunaan , malah muzik pengiring juga sangat penting
dalam tatasuara.
❑Antara teknologi dalam tatasuara atau audio yang digunakan dalam
pementasan ialah mikrofon, clip mikrofon, kabel-kabel dan sound effect,
konsul mixer, audio power amplifier dan speaker-speakernya.
• Mikrofon digunakan sebagai penangkap getaran suara(transducer).
• Pola pengarahan mikrofon adalah penting untuk menentukan kualiti audio
yang akan dilakukan dalam perangkat audio mixer.
• Audio Mixer pula merupakan titik kumpul dari semua mikrofon dan juga
sumber-sumber audio yang ada.
• Audio mixer menentukan berapa banyak mikrofon yang boleh digunakan
dan kesan nada yang dihasilkan oleh mikrofon yang telah disatukan.
• Audio Power Amplifier pula adalah penguat akhir dari semua signal yang
telah disatukan oleh Audio Mixer.
• Saiz penggunaan bunyi diukur dalam hitungan (watt).
• Loudspeaker adalah sebuah alat untuk mengawal keluaran audio yang
berupa suara.
• Monitor pula mempunyai fungsi yang sama seperti loudspeaker.
• Tujuannya adalah untuk output dari speaker di panggung atau pentas
supaya instrumen dapat didengari dengan jelas oleh penonton.
• Kesemua peralatan audio tatabunyi adalah dikawal dengan
menggunakan sistem kawalan bunyi berkomputer.
TUTORIAL
Secara berkumpulan:
Kumpulan 1 & 2
Jelaskan fungsi blocking dengan contoh yang sesuai dalam drama pentas.
Kumpulan 3 & 5
Bincangkan hubung kait antara konsep dan aliran dalam pementasan drama
dengan menggunakan contoh yang relevan.
Kumpulan 4
Huraikan kaitan dan kesan tatacahaya dan tatabunyi dalam pementasan
drama dengan memberikan contoh yang sesuai.