The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-5250, 2021-04-09 04:25:23

Buku Peraturan SK Pernu

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

PRAKATA

Syukur, Alhamdulillah. Pada kali ini SK. Pernu dapat
melahirkan Buku Kecil PERATURAN SEKOLAH yang
bertujuan supaya murid-murid dapat mengetahui dan
menghayati peraturan dan undang-undang sekolah khasnya
serta perkara-perkara yang berkaitan dengan persekolahan
amnya. Pihak sekolah amat berharap supaya murid-murid
sentiasa mematuhi semua perkara yang terkandung di
dalamnya.

Perkara-perkara yang terkandung di dalam buku ini
bertujuan untuk mendidik murid-murid menjadi insan yang
berakhlak mulia dan berguna kepada agama, bangsa dan
negara. Semoga dengan penghayatan sifat-sifat mulia dan
usaha mencegah diri dari terlibat dengan sebarang kes salah
laku membantu kearah mencapai Matlamat Falsafah
Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara.

Firman Allah Taala yang bermaksud: “Barangsiapa yang
menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu
semuanya, Kepada-Nyalah naik perkataan –perkataan yang
baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya. Dan orang-orang
yang merencanakan kejahatan bagi mereka azab yang keras,
dan rencana jahat mereka akan hancur.” (Surah al Faathir
35:10)

Saya mengharapkan agar semua pihak dapat
memberikan kerjasama sepenuhnya bagi merealisasikan
semua perkara yang terkandung di dalam buku ini.
Sekian. Terima kasih.

….…………………..
En. Shaudin bin Jalil
Guru Besar,
SK. Pernu
Km12,Kampung Pernu
75460 Pernu,Melaka

i

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

MATLAMAT DISIPLIN
1. Berusaha meningkatkan mutu pencapaian akademik

semua murid.
2. Mempertingkatkan pencapaian keputusan dalam semua

ujian dan peperiksaan yang dijalankan.
3. Penglibatan murid dalam semua bidang kokurikulum

supaya menjadi warganegara yang aktif, cekap, berdisplin
dan bertanggungjawab.
4. Berusaha menghapuskan kelemahan yang telah wujud,
sedang wujud dan yang mungkin akan wujud.
5. Mempertingkatkan aspek penggunaan Bahasa Malaysia
dalam pengajaran, pertuturan serta penulisan.
6. Mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris
oleh semua murid.

ii

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

RUKUN NEGARA

Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara yang
dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan
bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970
oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukun Negara
adalah seperti berikut:

"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita
hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-
tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

 Kepercayaan kepada Tuhan
 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-Undang
 Kesopanan dan Kesusilaan

IKRAR MURID SK PERNU

Kami juga berjanji :-

“ Akan belajar bersungguh-sungguh,
Patuh kepada peraturan dan undang-undang sekolah,
Taat kepada ibu bapa dan guru-guru serta tolong menolong
antara satu sama lain,
Semoga menjadi manusia yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara

iii

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba
Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai
kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Visi Kementerian Pendidikan Malaysia

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk
Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi

Negara.

iv

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

LAGU NEGARAKU
Negaraku ,

Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,

Raja kita selamat bertahta,
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,

Raja kita selamat bertahta.

LAGU MELAKA
Melaka Negeri Bersejarah,
Tempat tumpah darah kita,
Dijunjung dengan sepenuh jiwa,

Untuk maju dan jaya.
Rakyat jelata sudah bersatu padu,

Berikrar taat setia,
Jujur berkhidmat setiap masa,

Melaka maju jaya.

LAGU SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Pernu,

Menyemai angkatan baru,
Berganding bahu membahu,

Ke arah bersama maju.
Belajar kuat usaha,

Menambah ilmu di dada,
Ajaran guru semua,

Menjadi bekal di hari muka.
Sumpah setia kami,
Ingat bakti semua,
Yakin dan tabah hati,
Mencapai cita-cita.

v

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

BUKU PERATURAN SEKOLAH

1. WAKTU PERSEKOLAHAN
2. PAKAIAN RASMI MURID-MURID
3. RAMBUT DAN PERAWAKAN
4. BAHASA
5. BANGUNAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH
6. KAWASAN SEKOLAH DAN KELAS
7. WAKTU REHAT
8. BARANG-BARANG YANG HILANG
9. LALU LINTAS
10. KEMALANGAN
11. AKTIVITI SEKOLAH
12. MASA PERHIMPUNAN
13. ADAB SOPAN
14. UJIAN DAN PEPERIKSAAN
15. PERBUATAN YANG DIHARAMKAN /

PERTUBUHAN LUAR SEKOLAH
16. PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
17. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
18. PERALATAN SUKAN
19. KEBERSIHAN
20. KESELAMATAN
21. PELAWAT
22. TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS
23. KETUA KELAS DAN PENGAWAS
24. WAKTU SOLAT
25. LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
26. PENGURUSAN MASA
27. SURAT MENYURAT
28. TINDAKAN DAN HUKUMAN

vi

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

1. WAKTU SEKOLAH
1.1. Waktu sekolah bagi semua murid-murid adalah
seperti yang dinyatakan dalam Jadual Waktu
Sekolah.
1.2. Semua murid mesti berada di sekolah selewat-
lewatnya 10 mint sebelum loceng pertama berbunyi (
7.30pagi )
1.3. Murid-murid diwajibkan hadir pada masa yang
ditetapkan untuk aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.
1.4. Murid-murid dilarang daripada tidak menghadirkan
diri ke sekolah tanpa kebenaran khas dari Guru
Besar. Jika diserang penyakit dengan tiba-tiba atau
pada masa kecemasan , surat rawatan doktor atau
keterangan daripada ibu bapa / penjaga murid-murid
mesti diberikan kepada sekolah dengan secepat
mungkin.
1.5. Murid-murid yang sengaja datang lewat ke sekolah
akan dikenakan tindakan tatatertib oleh
Jawatankuasa Disiplin.
1.6. Murid-murid dilarang meninggalkan kawasan sekolah
tanpa kebenaran bertulis daripada pihak sekolah.
Murid-murid yang berbuat demikian dianggap
melakukan kesalahan serius dan akan dikenakan
tindakan disiplin.

2. PAKAIAN RASMI MURID-MURID
2.1. MURID LELAKI
2.1.2. Semasa di sekolah, murid-murid lelaki mesti
memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.
Pakaian seragam bagi murid-murid lelaki ialah
kemeja putih berlengan pendek dan seluar panjang
biru tua.
2.1.3. Seluar yang tidak kemas, tidak sopan, berlabel ,
ketat, terlalu longgar atau terlalu labuh tidak boleh
dipakai. Panjang seluar hendaklah melebihi buku

1

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

lali dan menutupi stoking tetapi tidak boleh
mencecah lantai ataupun tanah.
2.1.4. Tali pinggang kanvas yang berwarna biru dan
berkepala yang dibenarkan sahaja boleh dipakai.
Tali pinggang kulit atau jenis-jenis yang lain tidak
dibenarkan.
2.1.5. Murid-murid Islam digalakkan memakai songkok
berwarna hitam. Kopiah atau penutup kepala yang
lain tidak dibenarkan.

2.2. MURID PEREMPUAN
2.2.1. Pakaian seragam bagi murid-murid perempuan
ialah baju kurung putih dan kain berwarna biru tua.
Pelajar Islam diwajibkan memakai tudung berwarna
putih tanpa sulaman dan renda.
2.2.2. Pakaian seragam bagi murid-murid bukan Islam
ialah “Blouse “ biru tua yang labuh menutupi lutut
dan kemeja putih berlengan panjang.
2.2.3. Murid-murid perempuan dilarang memakai
i. Baju , kain dan tudung yang jarang dan nipis.
ii. Kain yang singkat .( atas buku lali)
iii. Kain yang ketat, jenis berselisih dan “A line”.
iv. Alat solek dan barang emas
v. Inai, pewarna kuku dan pewarna rambut

2.3. SEMUA MURID
2.3.1. Murid-murid mesti memakai lencana sekolah,
tanda nama pada setiap masa apabila berada di
sekolah.
2.3.1. Murid-murid mesti berkasut kanvas berwarna putih
atau hitam sahaja. Selipar tidak dibenarkan kecuali
kaki cedera dan mendapat kebenaran guru. Murid-
murid mesti memakai stoking putih atau hitam
mengikut warna kasut sahaja dan mesti melebihi
kira-kira 10 cm di atas buku lali.

2

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

2.3.1. Topi ataupun “cap”, pakaian jenis “jean” dan
“cardigan” / jaket tidak boleh digunakan di kawasan
sekolah kecuali “track suit” yang ditetapkan sahaja.

2.3.1. Murid-murid tidak boleh memakai sebarang jenis

barang emas / aksesori seperti gelang , cincin ,

subang, rantai dan lain-lain kecuali untuk tujuan

keagamaan dan mesti mendapat surat kebenaran

ibu bapa / penjaga.

3. RAMBUT DAN PERAWAKAN

3.1. MURID LELAKI

3.1.1. Murid-murid tidak dibenarkan berambut panjang.

Istilah BERAMBUT PANJANG adalah seperti

berikut.

a) Di belakang - Rambut jatuh melebihi garisan

bawah cuping 2 telinga.

b) Di hadapan - Rambut menutup garisan tengah

dahi

c) Di tepi - Rambut menutup telinga.
Bahagian“side burn” melebihi

garisan tengah hidung.

d) Di atas - Rambut lebih daripada 6”

3.1.2. Rambut ala “punk”, mempunyai ekor di depan atau

belakang, atau fesyen rambut yang dianggap tidak

sesuai, tidak dibenarkan.

3.1.3. Murid-murid tidak boleh menggunakan gel rambut.

Rambut hendaklah mengunakan minyak rambut

atau krim rambut dan disikat dengan kemas.
3.1.4. “Dye” atau pewarna rambut tidak dibenarkan sama

sekali.

3.2. MURID PEREMPUAN (BUKAN ISLAM)
3.2.1. Rambut tidak dibenarkan panjang sehingga
mencecah bahu. Bagi murid yang berambut
panjang (melebihi bahu) , rambut mesti diikat
dengan kemas. Rambut di bahagian hadapan pula
mesti tidak melebihi bahagian tengah dahi.

3

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

3.2.2. Riben dan sepit rambut yang berwarna putih ,
hitam dan biru sahaja dibenarkan.

3.2.3. Rambut ala “punk”, mempunyai ekor di depan atau
belakang atau fesyen rambut yang dianggap tidak
sesuai , tidak dibenarkan.

3.2.4. “Dye” atau pewarna rambut tidak dibenarkan sama
sekali.

3.3. SEMUA MURID
3.3.1. Murid-murid tidak dibenarkan berkuku panjang.
3.3.2. Sebarang tanda atau tatu yang dibuat pada tubuh
adalah dilarang . Murid-murid yang didapati
secara sengaja mencederakan tubuhnya untuk
tujuan pengiktirafan yang tertentu akan dikenakan
tindakan yang amat berat, termasuk digantung
persekolahan.
3.3.3 Semua teguran berhubung dengan perawakan
yang dianggap tidak terurus ataupun tidak segak
sebagai murid sekolah mesti diberi perhatian yang
serius dan segera.

4. BAHASA
4.1. Murid-murid diwajibkan berbahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris sahaja semasa waktu persekolahan
dan dalam setiap aktiviti sekolah kecuali pada masa
mata pelajaran bahasa yang lain.
4.2. Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan
perkataan lucah, biadap, atau yang menunjukkan
perwatakan yang tidak sopan dan anti-social.

5. BANGUNAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH
5.1. Murid-murid dilarang memasuki makmal sains,
makmal komputer, bengkel kemahiran hidup, bilik
muzik, bilik rawatan dan bilik-bilik khas kecuali
dengan pengawasan guru di tempat tersebut.
5.2. Murid-murid dilarang menggunakan kelas pada bila-
bila masa selain daripada waktu sekolah kecuali

4

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

mendapat kebenaran khas daripada Guru Besar atau
guru-guru yang berkenaan. Murid-murid tidak
dibenarkan berada di kelas, blok atau tangga-tangga
bangunan sekolah pada waktu rehat kecuali dengan
kebenaran guru.
5.3. Tandas-tandas mestilah digunakan dengan
sempurna supaya tidak kotor atau tersumbat dan
paip air mestilah ditutup selepas digunakan. Murid-
murid dilarang menggunakan tandas guru pada bila-
bila masa pun.
5.4. Bangunan sekolah dan harta benda sekolah
termasuk kerusi dan meja mesti digunakan dan
dijaga dengan baik. Sebarang kerosakan yang
dilakukan sebagai akibat dari kecuaian murid-murid
akan dikenakan denda atau ganti rugi.
5.5. Sebarang kerosakan harta benda sekolah mestilah
dilaporkan kepada Guru Besar, penolong-penolong
kanan, guru bertugas atau guru yang berkenaan
dengan segera.
5.6. Murid-murid dilarang menyalah gunakan harta benda
sekolah untuk kepentingan peribadi.

6. KAWASAN SEKOLAH DAN KELAS
6.1. Murid-murid mesti menjaga kebersihan kawasan
sekolah dan kelas.
6.2. Lampu dan kipas hendaklah ditutup apabila tidak
digunakan ataupun semasa meninggalkan kelas.
6.3. Jadual bertugas kelas perlu disediakan dalam
tempoh 2 minggu selepas sesi persekolahan
bermula.Semua murid diwajibkan menjaga papan
kenyataan kelas, papan putih dan bertugas mengikut
jadual yang telah ditetapkan.
6.4. Murid-murid yang hendak keluar kelas semasa sesi
Pdpc berlangsung, samada untuk ke tandas atau
urusan lain, hendaklah mendapat kebenaran guru
yang sedang mengajar, dengan memakai kad
kebenaran keluar kelas dan keluar dengan sopan.

5

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

Murid-murid yang keluar tanpa kebenaran guru atau
tanpa kad kebenaran keluar kelas dianggap ponteng
kelas.
6.5. Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas jika tiada
guru di dalam kelas. Murid-murid boleh dikenakan
tindakan atas kesalahan ponteng kelas.
6.6. Murid-murid hendaklah mengetuk pintu dan
mengucapkan salam sebelum masuk ke bilik Guru
Besar, Pejabat, Bilik Guru,bilik-bilik khas dan ke
kelas semasa guru sedang mengajar
6.7. Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur,
kertas-kertas dan sampah hendaklah dibuang ke
dalam tong sampah yang disediakan.
6.8. Sebarang kerosakan perabot hendaklah dilaporkan
kepada guru asset/ guru kelas supaya dapat
diperbaiki dengan segera.

7. WAKTU REHAT
7.1. Pada waktu rehat, murid-murid dikehendaki makan di
kantin. Semua pembalut makanan dan kertas-kertas
hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan.
7.2. Murid-murid dilarang meletak pinggan mangkuk,
sudu, garfu dan gelas di merata-rata tempat. Alat-alat
tersebut hendaklah diletakkan ditempat yang
disediakan.
7.3. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas
kecuali mereka yang bertugas membersihkan kelas.
7.4. Murid-murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas.
7.5. Murid-murid dilarang membeli makanan semasa
waktu Pdpc. Murid-murid dilarang sama sekali
berada di kantin untuk makan atau minum pada
waktu persekolahan selain daripada waktu rehat.
7.6. Sepanjang waktu persekolahan, bahan-bahan
makanan dan minuman hanya boleh dibeli di kantin
dan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari
kawasan sekolah untuk membeli makanan atau

6

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

minuman atau membeli makanan dari luar kawasan
sekolah.

8. BARANG-BARANG YANG HILANG
8.1. Sekolah tidak akan bertanggungjawab atas
kehilangan atau kecurian barang–barang, termasuk
barang kemas dan wang. Oleh itu murid-murid
dinasihatkan jangan membawa barang-barang yang
berharga dan wang yang berlebihan ke sekolah.
8.2. Barang-barang yang hilang atau dijumpai mestilah
dilaporkan segera kepada Guru Bertugas atau
pengawas.

9. LALU LINTAS
9.1. Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan membawa
masuk kenderaan ke dalam kawasan sekolah.
9.2. Murid-murid yang berjalan kaki ke sekolah ditegah
berjalan bersaingan (berdua-dua) dan mesti berjalan
di sebelah kanan jalan.
9.3. Murid-murid yang berbasikal tidak dibenarkan
menunggang bersaingan. Apabila tiba di pintu pagar,
basikal mestilah dituntun masuk ke dalam kawasan
sekolah.
9.4. Basikal mestilah dilengkapi peralatan asas yang
cukup, seperti tongkat, brek, “mud guard” dan
sebagainya tanpa sebarang aksesori yang
memudaratkan.
9.5. Kawasan letak basikal adalah kawasan larangan
sepanjang waktu persekolahan dan rehat.
9.6. Basikal tidak boleh ditunggang di dalam kawasan
sekolah. Ia mesti diletakkan dalam keadaan
tersusun.

7

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

10. KEMALANGAN
10.1. Segala jenis kekacauan, kemalangan atau
kecederaan yang berlaku di kawasan sekolah mesti
diadukan segera kepada Guru Bertugas, mana-mana
guru, pengawas atau pejabat sekolah.
10.2. Pihak sekolah tidak akan mengeluarkan sebarang
surat jaminan hospital kepada murid-murid yang
mengalami kemalangan kenderaan akibat daripada
kecuaian sendiri , contohnya tidak memakai topi
keledar, menunggang motosikal tanpa lesen
kenderaan ataupun motosikal tersebut tiada cukai
jalan.

11. AKTIVITI SEKOLAH
11.1. Murid-murid Tahap 2 mesti menjadi ahli sekurang-
kurangnya dalam satu unit beruniform, satu
persatuan / kelab dan satu permainan.
11.2. Murid-murid mesti menghadiri setiap perjumpaan
rumah sukan, unit beruniform, persatuan/ kelab dan
permainan seperti yang telah ditetapkan tanpa
alasan seperti tuisyen, rumah yang jauh dan
sebagainya.
11.3. Murid-murid yang terpilih mewakili sekolah dalam
aktiviti-aktiviti sekolah mesti menerima pemilihan itu
sebagai penghormatan dan tidak boleh menolaknya
tanpa alasan yang kukuh.
11.4. Murid-murid yang datang untuk menghadiri aktiviti
kokurikulum mestilah memakai pakaian sekolah atau
pakaian seragam persatuan / kelab atau pakaian
sukan sekolah. ( Lelaki baju sukan sekolah / T. Shirt
Pendidikan Jasmani , track bottom biru/hitam,
perempuan baju sukan sekolah berlengan panjang /
t. shirt Pendidikan Jasmani berlengan panjang ,
longgar bertudung putih atau hitam. Pakaian lain
tidak dibenarkan. Topi / “cap” tidak dibenarkan.
11.5. Murid-murid boleh dilarang menyertai aktiviti
kokurikulum, kelas tambahan atau aktiviti sekolah

8

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

yang lain jika tidak mematuhi etika berpakaian yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kegagalan
mematuhi peraturan berulang kali akan menjejaskan
perakuan dalam Sijil Berhenti Sekolah.

12. MASA PERHIMPUNAN
12.1. Murid-murid mesti segera berada di tapak
perhimpunan apabila loceng dibunyikan. Murid-murid
tidak dibenarkan sama sekali berada di kelas.
Semasa perhimpunan semua murid-murid mesti
berbaris mengikut kedudukan kelas masing-masing.
Senyap dan memberi perhatian kepada aturcara
perhimpunan.
12.2. Murid-murid mesti berdiri tegak apabila lagu
“Negaraku”, “Untuk Negeri Kita” (lagu rasmi negeri
Melaka), lagu sekolah dan “Aku Negaraku”
dinyanyikan dan bendera sekolah dinaikkan.

13. ADAB SOPAN
13.1. Murid-murid mesti berkelakuan baik pada setiap
masa dan mengamalkan nilai-nilai murni.
13.2. Murid-murid mesti menghormati setiap guru pada
bila-bila masa dan mengamalkan nilai-nilai murni.
13.3. Murid-murid ,mesti berada dalam keadaan senyap
apabila berada berhampiran dengan pejabat sekolah,
bilik guru, pusat sumber, makmal komputer, makmal
sains, bilik kemahiran hidup , surau, bilik-bilik khas
dan di dalam kelas masing-masing.
13.4. Murid-murid tidak dibenarkan berkeliaran tanpa
sebab dan tanpa urusan di pejabat dan di bilik guru.
13.5. Murid-murid mesti menghormati pengawas,ketua
kelas dan mengikut arahan mereka.
13.6. Murid-murid mesti sentiasa kelihatan bersih , kemas
dan selesa dari segi tubuh badan, pakaian,
pertuturan dan kelakuan.

9

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

13.7. Sebarang kesalahan jenayah akan dilaporkan
kepada pihak polis/ pihak berkuasa dan tertakluk
kepada undang-undang awam.

14. UJIAN DAN PEPERIKSAAN
14.1. Murid-murid wajib menghadiri setiap pentaksiran
sumatif dan formatif yang diadakan dan sentiasa
bersedia menghadapi pentaksiran tersebut.
14.2. Murid-murid yang tidak hadir semasa pentaksiran
diadakan tidak dibenarkan menduduki semula
pentaksiran yang sama kecuali mengemukakan surat
daripada doktor yang mengesahkannya sakit pada
masa / tarikh pentaksiran tersebut. Guru boleh
memberi soalan ujian atau peperiksaan yang lain.
14.3. Murid-murid mesti jujur dan amanah. Murid-murid
dilarang meniru atau membenarkan murid-murid lain
meniru jawapannya dalam ujian atau peperiksaan.
Perbuatan meniru atau membenarkan murid-murid
lain meniru adalah kesalahan serius dan akan
dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya.
14.4. Murid-murid mesti membawa alat tulis/ alatan yang
perlu semasa ujian atau peperiksaan sesuatu mata
pelajaran. Murid-murid dilarang meminjam alatan
semasa ujian atau peperiksaan sedang berlangsung.

15. PERBUATAN YANG DIHARAMKAN / PERTUBUHAN
LUAR SEKOLAH

15.1. Perbuatan merokok, meminum minuman keras atau
minuman yang ada campuran alkohol dan
mengambil dadah diharamkan sama sekali.

15.2. Murid-murid dilarang berjudi, membawa atau bermain
alat muzik, permainan,contohnya “pin table”, “video
game”, “game and watch”, “Walkman”, “cyber pet” ,
“mp4” atau yang seumpama dengannya.

15.3. Murid-murid dilarang membawa makanan ringan,
cecair pemadam, dan barangan atau alatan yang

10

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

15.4. boleh dikategorikan sebagai senjata kecuali dengan
15.5. kebenaran guru.
15.6. Permainan atau alatan yang dilarang akan dirampas
dan tidak akan dipulangkan semula kepada murid-
murid.
Murid-murid dilarang memasuki atau mewakili
persatuan dan badan sukan luar sekolah tanpa
kebenaran bertulis dari Guru Besar.
Murid-murid dilarang membuat bantahan secara
berkumpulan . Murid-murid yang ingin membuat
cadangan atau mengemukakan rasa tidak puasa hati
mesti menggunakan saluran yang betul seperti
berjumpa Kaunselor, guru disiplin, guru kelas,
penolong kanan atau Guru Besar. Kegagalan
menggunakan saluran yang betul (contoh: menulis di
akhbar, media sosial dll) akan menyebabkan pelajar
menghadapi tindakan serius termasuk digantung
atau dibuang sekolah.

16. PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER
16.1. Murid-murid mesti berpakaian kemas dan bersih
.(pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah).
16.2. Peminjam buku perpustakaan akan hanya dilayan
apabila menggunakan kad keahlian sendiri.
16.3. Buku rujukan “red spot” , majalah dan surat khabar
tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran
khas Guru Pusat Sumber.
16.4. Buku yang dipinjam mesti dipulangkan sebelum atau
pada tarikh yang ditetapkan. Denda akan dikenakan
kepada peminjam yang lewat memulangkan buku.
16.5. Murid-murid yang menghilangkan atau menyebabkan
kerosakan buku perpustakaan mesti menggantikan
buku itu.
16.6. Beg, bahan makanan dan minuman tidak boleh
dibawa masuk ke perpustakaan.
16.7. Buku, majalah dan surat khabar yang telah dibaca ,
hendaklah diletakkan semula di tempat asalnya.

11

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

16.8. Kerusi yang telah digunakan hendaklah disusun
16.9. semula dengan baik dan apabila pengguna
perpustakaan hendak meninggalkan perpustakaan,
buku-buku yang dibawa masuk mestilah diperiksa
oleh pengawas pusat sumber.
Murid-murid sentiasa senyap apabila berada di
perpustakaan. Murid-murid yang didapati
mengganggu ketenteraman di perpustakaan boleh
disuruh keluar dari perpustakaan oleh pengawas
pusat sumber.

17. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
17.1. Buku-buku SPBT mestilah dijaga dengan baik dan
digunakan dengan sepenuhnya. Buku-buku tersebut
mestilah dibalut dengan pembalut plastik yang
sesuai.
17.2. Murid-murid hendaklah menulis nama dan kelas
dalam ruangan yang telah disediakan dalam buku-
buku SPBT dan buku –buku tersebut hendaklah
digunakan oleh peminjam dan tidak boleh
dipinjamkan kepada orang lain atau berkongsi
menggunakannya.dengan murid-murid yang
mendapat kemudahan SPBT.
17.3. Buku-buku SPBT yang hilang atau rosak mestilah
diganti dengan buku yang sama judulnya. Sekiranya
buku tersebut tidak ada di pasaran tempatan, murid-
murid hendaklah menggantikannya dengan nilai
semasa.
17.4. Murid-murid yang bertukar sekolah dalam negeri
boleh membawa buku-buku SPBT yang dipinjamkan
ke sekolah baru. Murid yang berhenti sekolah wajib
mengembalikan buku SPBT kepada guru kelas.
Pihak sekolah berhak menahan pengeluaran Sijil
Berhenti Sekolah atau dokumen lain kepada murid-
murid yang gagal memulangkan buku-buku SPBT.

12

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

17.5. Semua buku SPBT yang dipinjamkan oleh pelajar
17.6. mestilah dipulangkan pada masa yang telah
ditetapkan.
Pihak sekolah berhak untuk tidak memberi
kemudahan SPBT atau menarik balik kemudahan
SPBT kepada mana-mana murid yang didapati tidak
layak menerima kemudahan tersebut atau melanggar
syarat-syarat pemberian pinjaman.

18. PERALATAN SUKAN
18.1. Semua alatan sukan yang hendak digunakan
mestilah dengan kebenaran setiausaha sukan atau
guru yang berkenaan dan murid hendaklah
menggunakan peralatan tersebut dengan baik dan
berhati-hati.
18.2. Alatan sukan yang telah selesai digunakan
hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan mana-
mana peralatan yang dipinjam , contohnya : jersi,
hendaklah dijaga dan dipulangkan dengan keadaan
baik, selamat dan bersih. Sebarang kehilangan atau
kerosakan alatan yang disebabkan oleh kecuaian
murid hendaklah diganti.

19. KEBERSIHAN
19.1. Murid-murid dilarang berludah dan membuang
sampah di merata-rata tempat. Sampah hendaklah
dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
Kebersihan kelas menjadi tanggungjawab murid-
murid kelas yang berkenaan dan adalah menjadi
kesalahan bagi murid-murid yang menulis, melukis,
menconteng dan mengotorkan bangunan sekolah.
19.2. Murid-murid bertanggungjawab menjaga kebersihan
bilik air dan tandas. Tandas yang digunakan
mestilah dialirkan airnya dan jangan memasukkan
sebarang benda yang tidak mudah hancur dan reput
ke dalam lubang tandas / singki. Paip air hendaklah

13

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

sentiasa ditutup selepas digunakan. Murid-murid
dilarang membasuh kaki di singki.

20. KESELAMATAN
20.1. Murid-murid dilarang membawa sebarang senjata
atau alatan yang dianggap berbahaya dan
mengancam keselamatan ke sekolah.
20.2. Murid-murid mesti berbaris dengan senyap di tapak
perhimpunan, sebelum waktu pertama mengikut
kelas masing-masing, di luar kelas selepas waktu
rehat dan apabila tamat waktu akhir sebelum keluar
dari kawasan sekolah.
20.3. Murid-murid mesti berbaris berdua-dua dan berjalan
dengan senyap semasa di tapak perhimpunan,
semasa pertukaran kelas dan semasa pulang dari
sekolah.
20.4. Murid-murid mestilah memandang kiri dan kanan dan
kekiri semula apabila hendak melintas jalanraya.
20.5. Semasa berjalan masuk dan keluar dari kawasan
sekolah, murid-murid hendaklah berjalan di lorong
yang ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan.
20.6. Semasa menaiki dan turun dari bas / van sekolah,
murid-murid hendaklah beratur dan jangan bertolak-
tolak.
20.7. Semasa membeli bahan makanan dan minuman di
kantin, murid-murid hendaklah berbaris, tidak
berebut-rebut, bertolak-tolak dan bising.
20.8. Murid-murid dikehendaki membaca, memahami dan
mematuhi semua peraturan khas di Makmal Sains,
Bilik Kemahiran Hidup, Pusat Sumber, bengkel
Kemahiran Hidup, Surau dan bilik-bilik khas yang lain
semasa mengikuti matapelajaran berkenaan supaya
tidak berlaku sebarang masalah dan kemudaratan.

14

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

21. PELAWAT
21.1. Semua pelawat samada ibu, bapa, ahli keluarga,
saudara mara, atau kenalan yang ingin menemui
murid-murid pada waktu persekolahan mestilah
mendapat kebenaran Guru Besar di pejabat sekolah
terlebih dahulu.
21.2. Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati mana-
mana pelawat yang masuk ke kawasan sekolah.
21.3. Murid-murid hendaklah melaporkan dengan serta
merta kepada Guru Besar atau mana-mana guru
sekiranya melihat orang-orang yang dicurigai atau
disyaki memasuki kawasan sekolah dengan tujuan
yang tidak baik.

22. TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS
22.1. Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah
kerana sakit mestilah membawa surat akuan doktor.
Murid-murid yang tidak dapat hadir kerana sebab-
sebab tertentu dan munasabah yang lain, mesti
membawa surat akuan atau jaminan daripada ibu
bapa atau penjaga.
22.2. Murid-murid akan dikenakan tindakan disiplin
sekiranya gagal mengemukakan bukti secara bertulis
dan dianggap munasabah oleh pihak sekolah kerana
ketidak hadirannya ke sekolah.
22.3. Nama murid-murid akan dipotong daripada daftar
sekolah jika ia masih tidak hadir ke sekolah (ponteng)
selepas surat peringatan yang ketiga dihantar
kepada ibu bapa / penjaga.

23. KETUA KELAS DAN PENGAWAS
23.1. Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
bertanggungjawab kepada guru kelas. Mereka
bertanggungjawab sepenuhnya kepada kelas
masing-masing. Murid-murid lain di dalam kelas
berkenaan mesti menghormati ketua kelas dan

15

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

23.2. keputusannya termasuk pengawas di kelas itu
23.3. sendiri.
Setiap pengawas bertanggungjawab kepada Guru
23.4. Besar dan setiap guru pada bila-bila masa.
Pengawas sekolah yang dilantik bertanggungjawab
melaksanakan peraturan sekolah. Setiap murid mesti
menghormati pengawas.
Ketua kelas hendaklah mencari guru yang
sepatutnya memasuki kelas jika guru itu tidak sampai
selepas 5 minit waktu matapelajaran itu bermula.
Guru penyelaras jadual waktu atau guru bertugas
atau guru kelas atau mana-mana guru hendaklah
diberitahu sekiranya guru yang berkenaan tidak
ditemui.

24. WAKTU SOLAT
24.1. Semua murid Islam wajib menunaikan solat fardhu.
24.2. Waktu solat di sekolah ialah sebagaimana yang
ditetapkan oleh pihak sekolah. Semua murid Islam
hendaklah mematuhi peraturan tersebut. Murid-murid
yang gagal mematuhi peraturan / arahan tersebut
boleh dikenakan tindakan.

25. LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
25.1. Murid-murid yang berada di kawasan sekolah pada
bila-bila masa hendaklah bersedia mengikuti latihan
kebakaran dan kecemasan dengan penuh tatatertib
serta mematuhi segala arahan yang ditetapkan.
25.2. Latihan tidak boleh dipermain-mainkan kerana
melibatkan keselamatan diri semua individu di
sekolah.

26. PENGURUSAN MASA
26.1. Murid-murid mesti menepati masa sepanjang masa
persekolahan. Kegagalan menepati masa untuk
menghadiri kelas / aktiviti / gerak kerja yang
ditetapkan akan menjejaskan kelancaran

16

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

26.2. pengendalian kelas l aktivitil gerak kerja yang
berkenaan.
Kegagalan menepati masa yang berulang kali,
contohnya: datang lewat ke sekolah dan lewat masuk
ke kelas selepas waktu rehat akan menyebabkan
murid berkenaan dikenakan tindakan disiplin.

27. SURAT MENYURAT
27.1. Semua bahan kiriman melaui pos untuk murid-murid
yang dialamatkan ke sekolah akan ditapis oleh Guru
Besar atau wakilnya.
27.2. Pihak sekolah akan mengambil tindakan yang
sewajarnya kepada murid-murid yang didapati
menerima surat yang isinya menyeleweng atau tidak
secocok dengan statusnya sebagai murid sekolah.
27.3. Surat menyurat dari dan kepada unit beruniform /
persatuan / kelab agensi/ kerajaan / swasta mestilah
melalui Guru Besar.

28. TINDAKAN DAN HUKUMAN
28.1. Sebarang kelakuan samada sengaja atau tidak, yang
bertentangan dengan peraturan sekolah ini dianggap
sebagai kesalahan.
28.2. Murid-murid yang melakukan kesalahan melanggar
peraturan–peraturan yang terkandung dalam buku
peraturan ini atau tidak dinyatakan di dalam buku ini
tetap diwartakan dari semasa ke semasa dengan
jelas kepada murid-murid, akan dikenakan tindakan
disiplin yang setimpal dengan kategori kesalahannya
dan hukuman tersebut umumnya adalah seperti
berikut:
i. Nasihat
ii. Amaran Lisan dan Amaran Bertulis
iii. Diberitahu kepada ibu bapa/ penjaga dan perjanjian
berkelakuan baik
iv. Hukuman rotan
v. Persekolahan digantung

17

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

vi. Nama akan direkodkan dan dicatat salah lakunya
dalam Sijil Berhenti Sekolah

vii. Dibuang sekolah
28.3. Murid-murid yang dikenakan hukuman akan

direkodkan namanya ke dalam Rekod Disiplin Murid.
Laporan akan diberitahu kepada ibubapa / penjaga.
28.4. Jawatankuasa Disiplin akan mendengar dan
membincangkan kesalahan-kesalahan besar
seseorang murid. Keputusan cadangan tindakan oleh
Jawatankuasa Disiplin akan dikemukakan kepada
Guru Besar untuk tindakan beliau.
28.5. Sebarang masalah berhubung dengan kekeliruan
atau ketidak fahaman tentang peraturan serta
tindakan terhadap salah laku, boleh dikemukakan
kepada Jawatankuasa Disiplin sekolah pada bila-bila
masa, selagi murid tidak / belum terbabit dengan
salah laku.

18

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

SENARAI AMALAN BAIK

(Senarai sedia ada dalam SSDM)

Kod

Amalan Keterangan Amalan Baik

Baik

01 Sukarela Membantu Guru

02 Sukarela Melapor Kes Salah Laku

Membantu Melaksanakan Kerja-Kerja Landskap /

03 Taman

Membantu Mengemas / Menyusun Atur Bilik-Bilik

04 Khas

05 Membersih Kawasan / Bilik Khas

06 Kerja-Kerja Mengecat

Menyertai Aktiviti Luar Di Bawah Bimbingan Dan

07 Kaunseling

08 Aktiviti Lain Yang Menzahirkan Nilai-Nilai Murni

SENARAI KESALAHAN / KES KHAS
(Senarai sedia ada dalam SSDM)

Kod Keterangan Salah Laku
N101 Membawa handphone
N104 Menunjuk perasaan/berpiket
N109 Meniru dalam peperiksaan
A101 Berjudi
A102 Mencuri
A103 Mengancam/memukul/mencederakan guru
A104 Mengancam/memukul/mencederakan kakitangan
A105 Mengancam/memukul/mencederakan murid
A106 Peras ugut
A107 Gengsterisme
A108 Bergaduh
B101 Buli bahasa
B102 Buli fizikal
B103 Buli isyarat
B104 Buli perhubungan
C101 Memiliki dan menyimpan rokok
C102 Membekal dan menawarkan rokok

19

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

Kod Keterangan Salah Laku

C103 Menjual dan mengedar rokok

C104 Menghisap rokok

D101 Ponteng sekolah

D102 Ponteng kelas

D104 Ponteng ujian / peperiksaan

D107 Ponteng acara rasmi sekolah

D108 Ponteng perhimpunan

E101 Bercumbuan

E102 Berkhalwat

E103 Bawa bahan lucah

E104 Mengedar bahan lucah

E105 Mengintai

E106 Menggunakan kata / perbuatan lucah

E107 Melukis dan menulis kata-kata dan gambar lucah

E108 Menonton vcd / filem lucah

E109 Memeluk murid lain jantina

E110 Berdua-duaan yang menimbulkan syak

F101 Biadap kepada guru

F102 Biadap kepada kakitangan

F103 Biadap kepada tetamu

F104 Berkelakuan kasar kepada murid

F105 Berbahasa kesat / kasar kepada murid

F106 Meminum / membeli / menyimpan / mengedar minuman
yang memabukkan

F107 Membuang sampah merata-rata

F108 Ingkar arahan guru

F109 Ingkar arahan pengawas

F110 Meludah di tempat tidak sepatutnya

G101 Merosakkan harta benda sekolah

G103 Merosakkan harta benda kantin

G104 Merosakkan peralatan bilik-bilik khas

G105 Merosakkan tanaman tumbuhan / tanaman hiasan

G106 Menconteng dinding bangunan sekolah

G108 Merosak / mengoyak buku SPBT

G109 Merosakkan peralatan sukan

20

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

Kod Keterangan Salah Laku

G110 Merosakkan kenderaan guru besar / pengetua / guru /
kakitangan

G111 Merosakkan harta / kenderaan murid

H101 Pecah amanah

H102 Berbohong

H103 Tidak bertanggungjawab

H104 Tidak jujur

J101 Menunggang motosikal / basikal dalam kawasan sekolah

J102 Masuk tandas berlainan jantina

J103 Sengaja membunyikan loceng kecemasan

J104 Mengganggu semasa pengajaran dan pembelajaran

J105 Tidak ikut giliran / berebut-rebut / bertolak-tolak

J106 Membawa / bermain mercun

J107 Mengubahsuai pendawaian elektrik

J108 Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran

K101 Lewat ke sekolah

K102 Lewat ke perhimpunan

K103 Lewat masuk kelas

K104 Lewat datang aktiviti luar kelas / kokurikulum

L101 Berkuku panjang

L102 Mewarna kuku / berinai

L103 Berambut panjang

L104 Rambut berfesyen

L105 Bermisai / berjanggut

L106 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan

L107 Pakai barang kemas

L108 Mencukur bulu kening

L109 Memakai alat solek

M101 Penglibatan dalam politik

M102 Penglibatan dalam perhimpunan / perarakan politik

M103 Merayu undi dalam pilihanraya

M104 Menyebar penulisan / dokumen / propaganda politik

P101 Penyalahgunaan dadah / inhalan

P102 Memiliki / menyimpan bahan berkaitan dadah / inhalan

P103 Membekal / menawarkan bahan berkaitan dadah / inhalan

21

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

Kod Keterangan Salah Laku

P104 Menjual / mengedar bahan berkaitan dadah / inhalan

P105 Menghisap / menyuntik / menyedut / meminum / menghidu
bahan berkaitan dadah / inhalan

P106 Menghidu bahan-bahan inhalan

P107 Bertatoo

P108 Mencederakan diri sendiri

P109 Cubaan membunuh diri

P110 Terjun bangunan

P111 Penyalahgunaan racun

P112 Hamil

P113 Lumba haram

P114 Kemalangan dalam sekolah

P115 Lari dari rumah

P116 Ajaran sesat / militan

MAKLUMAT UMUM

 Mana-mana murid yang mempunyai masalah boleh pada
bila-bila masa berjumpa dengan Guru Bimbingan
Kaunseling untuk mendapatkan bantuan khidmat nasihat.
Murid-murid tidak harus segan, malu atau takut untuk
menyuarakan masalah yang dihadapi walaupun agak
peribadi.

 Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada masa dan
keadaan yang diputuskan oleh Unit Disiplin atau atas
nasihat Guru Besar.

 Murid-murid sebagai manusia yang Allah kurniakan akal
fikiran hendaklah memahami bahawa hidup ini penuh
dengan peraturan walau di mana kita berada. Oleh itu setiap
orang yang berakal mestilah mengikuti dan mematuhinya
pada setiap masa.

 Sesungguhnya kesempurnaan hidup tidak akan dapat
dinikmati walaupun memiliki ilmu yang tinggi melangit
andainya iman,amal,akhlak dan disiplin diabaikan.

22

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

BORANG PENGAKUAN MURID

Guru Besar, Tarikh :………………….
Sekolah Kebangsaan Pernu,
Km12 Kampung Pernu,
75460 Pernu,
Melaka.

Melalui Guru Disiplin

BUKU PERATURAN TATATERTIB DAN DISIPLIN MURID

1. Saya telah memiliki BUKU PERATURAN SEKOLAH ini
untuk dijadikan bahan rujukan dan panduan saya sendiri.

2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan
mematuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi
segala yang dilarang.

3. Saya sedar bahawa saya akan dikenakan tindakan yang
sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin
sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal.

Tandatangan murid, Tandatangan ibu bapa,
() ()

23

UNIT DISIPLIN SK PERNU ( DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN)

Contoh potongan rambut murid lelaki (Surat Pekeliling
Ikhtisas No.2/1976)

Contoh pakaian seragam murid perempuan dan lelaki.
(Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 / 1985)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN PERNU
KM12,KAMPUNG PERNU,
75460 PERNU,MELAKA.

24


Click to View FlipBook Version