BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA
KEBANGSAAN
NAMA AHLI: 1) MUHAMMAD AKMALHAZIM BIN AHMAD
RADZI (16DEE21F1032)
2) MUHAMMAD DANISH FITRI BIN SHAHRIMAN (16DEE21F1038)
KELAS : DEE2B
NAMA PENSYARAH: USTAZ IRUWAN BIN IDRIS
KOD KURSUS: MPU21032 (PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN)
ISI KANDUNGAN
1
1
2
3
4
5
6
7
8
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat dan
kesihatan yang diberikan oleh Allah S.W.T. untuk
menyiapkan tugasan E-Folio ini dengan jayanya.
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah kami iaitu Ustaz Iruwan Bin Idris yang telah
mengajar kami dan membimbing kami untuk menyiapkan
tugasan ini selama beberapa minggu.
Dengan kerja ahli sepasukan juga, dapat membantu antara satu
sama lain untuk menyelesaikan tugasan ini dan boleh
mempercepatkan proses menyiapkan tugasan ini dengan kemas.
PENGENALAN
•Bahasa Malaysia dikenali sebagai Bahasa
Kebangsaan dan Bahasa Melayu. Ia telah digunakan di
kepulauan Melayu sejak abad ke-7. Terdapat lebih 200
bahasa di kepulauan Melayu pada waktu itu. Jadi ,
wujudnya lingua franca kerana penggunaan Bahasa
Melayu pada waktu itu sangat luas dan mudah dituturkan.
•Di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuantelah
menyebut Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi Malaysia pada waktu perlembagaan digubal
yang dikatakan ‘Malaysia’ belum wujud. Pada tahun 1970,
Dasar Pelajaran
Kebangsaan dilaksanakan dan Bahasa Melayu dikenali
sebagai Bahasa Malaysia. Walaubagaimanapun masih ada
pihak yang tidak sedar atau ingin menafikan tentang
perkara ini.
KEPENTINGAN BAHASA
MELAYU SEBAGAI BAHASA
KEBANGSAAN
1.Dari segi perpaduan. Sebagai warganegara Malaysia kita dapat
memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain,
bertolerasi dan muafakat melalui penggunaan Bahasa Melayu. Ia
menjadi satu lambang keakraban dan kebanggaan negara kita di
mata dunia.
2.Dari segi pendidikan. Bahasa Melayu memainkan peranan yang
sungguh penting dalam menimba ilmu pengetahuan penduduk di
negara kita. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu telah menjadi satu
subjek yang wajib lulus dalam setiap jenis peperiksaan yang
dijalankan. Hal ini dapat memberikan kesedaran kepada mereka
untuk mempelajari Bahasa Melayu dengan penuh bersemangat.
3.Bahasa kebangsaan kita juga dapat memartabatkan kebudayaan
warganegara. Para pelancong yang datang melancong dari pelbagai
negara tertarik dengan pembentukan komuniti kita yang hidup
bersatu padu. Hal ini kerana, orang asing kagum dengan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara di kalangan
masyarakat tidak kira kaum dan bangsa.
4. Bahasa kebangsaan menjadi bahasa yang boleh mengeratkan
hubungan silaturahim bangsa Malaysia. Oleh itu, ia menjadi satu
keharmonian dan perpaduan rakyat negara kita di arena dunia.
1) Kebanyakkan masyarakat berpandangan rendah terhadap penggunaan Bahasa
Melayu seolah-olah tidak mahu digunakan pada masa akan datang.
2) Sikap rakyat Malaysia yang sering mengikut perkembangan sekeliling iaitu
mengagung-agungkan Bahasa Inggeris. Mereka berpendapat bahawa Bahasa Inggeris
merupakan bahasa yang maju di dunia.
3) Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat diMalaysia. Hal ini
kerana, mereka tidak menjiwai apabila diberi ilmu pengetahuan tentang Bahasa
Melayu dan tidak sayang akan bahasa tanah air kita sendiri.
4) Cara didikan keluarga dan keadaan sekeliling mereka. Pada usia kanak-kanak,
mereka akan terpengaruh dengan rakan sebaya dari segi perlakuan dan percakapan.
5) Pengunaan bahasa dalam media sosial. Hal ini demikian kerana, kebanyakan
masyarakat yang menyebarkan atau berkongsi maklumat di media sosial tidak
menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu di khalayak orang ramai.
1. Sikap yang suka mengagung – mengagungkan Bahasa Inggeris.
Bahasa inggeris yang dianggap sebagai bahasa lingua franca dunia moden pada hari ini terus
disanjung dan dimartabatkan sebagai bahasa penting dalam kehidupan seharian. Ada juga
yang menerima Bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda mereka.Ini sekaligus membuktikan
bahawa kuatnya pengaruh bahasa Inggeris menguasai generasi pelapis pada era ini.
2. Pengaruh dialek
Setiap negeri di negara Malaysia mempunyai dialek yang tersendiri. Dialek atau lebih dikenali
sebagai loghat digunakan mengikut kawasan contohnya, dialek Kedah , Terengganu , Sabah ,
Kelantan dan sebagainya. Masyarakat sering menggunakan dialek negeri masing – masing
sehingga lupa asal usul Bahasa Melayu. Malahan penggunaan dialek juga digunakan di
sekolah tidak kira dalam kalangan pelajar mahupun Guru. Isu ini akan mendatangkan masalah
ketika pelajar berhadapan dengan peperiksaan , mereka akan keliru sama mereka
mengunakan dialek negeri atau bahasa baku.
3. BAHASA ROJAK
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang indah dan lebih teratur tetapi bahasa Rojak
digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus
membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa yang betul dan sopan. Contoh
penggunaan Bahasa rojak ialah “ cuba kau test” yang membawa maksud cuba dahulu . Ini di
antara contoh bahasa melayu yang telah dicampur aduk kan dengan bahasa Inggeris.
LANGKAH – LANGKAH PENYELESAIAN
1. Memastikan segala urusan rasmi dan tidak rasmi digunakan
dalam bahasa Melayu.
2. Memansuhkan sekolah vernakular.
3. Menerbitkan buku , seni dalam Bahasa Melayu.
4. Memperkasa Dewan Bahasa dan pustaka.
5. Menguatkuasakan bahasa Melayu dalam pengiklanan dan
penyiaran.
Perubahan sikap penutur asli Bahasa Melayu juga amat diharapkan
agar usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu menampakkan
hasilnya . Mereka perlu menyematkan rasa cinta kepada bahasa
Melayu. Oleh itu, sambutan Hari Bahasa Ibunda antarabangsa perlu
disambut dengan bersungguh – sungguh untuk mengangkat
kembali martabat bahasa Melayu di tanah air yang tercinta ini.
KESIMPULAN
Perubahan sikap penutur asli Bahasa Melayu juga
amat diharapkan agar usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu menampakkan
hasilnya . Mereka perlu menyematkan rasa cinta
kepada bahasa Melayu. Oleh itu, sambutan Hari
Bahasa Ibunda antarabangsa perlu disambut
dengan bersungguh – sungguh untuk
mengangkat kembali martabat bahasa Melayu di
tanah air yang tercinta ini. Cara-cara yang konkrit
dan pragmatik harus diambil bagi
membangkitkan semula bahasa Ibunda ini.
Sebagai rakyat malaysia kita mestilah
mempertahankan dan mendaulatkan bahasa kita
kerana dengan bahasa Melayu inilah kita dapat
bersatu padu dengan kaum lain tanpa ada
sebarang pertumpahan darah.
BAHAN RUJUKAN
1. https://www.ipendidikan.my/langkah-memartabatkanbahasa-
malaysia.html
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_rojak
3. https://www.scribd.com/doc/150420614/Cara-
Memartabatkan-Bahasa-Kebangsaan
4. http://tinta6siswi.blogspot.com/2017/01/puncapengguna
an-bahasa-rojak.html?m=1
6. https://www.azman-
duniaku.com/2021/04/pt3kepentingan-bahasa-kebangsaan-
di.html?m=1
FREE RESOURCES