The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN<br>Tugasan 2: Penghasilan Produk<br><br>Ahli Kumpulan:<br>Ding Xin Jie, Tan Xiao Qi, Wong Su Min

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ding Xin Jie, 2025-03-13 11:20:49

Perkembangan Sosiologi dalam Pendidikan di Malaysia

EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN<br>Tugasan 2: Penghasilan Produk<br><br>Ahli Kumpulan:<br>Ding Xin Jie, Tan Xiao Qi, Wong Su Min

JABATAN ILMU PENDIDIKAN Nama Pelajar DING XIN JIE TAN XIAO QI WONG SU MIN Angka Giliran 2022162442042 2022162442055 2022162442061 No Kad Pengenalan 040331080858 041019060224 040923130484 Kumpulan/Unit PISMP AMB 2022/2027 / RBT3 Kod & Nama Kursus EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Tajuk Tugasan TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK Nama Pensyarah EN. MOHD. AMIN BIN SAID Tarikh Hantar 7 MAC 2025 Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 7/3/2025 Markah: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA _______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan


Perkembangan Sosiologi dalam Pendidikan di Malaysia EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Tugasan 2: Penghasilan Produk Ding Xin Jie, Tan Xiao Qi, Wong Su Min


Isi Kandungan 01 PENGENALAN PERKEMBANGAN SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA PERHUBUNGAN ANTARA PERKEMBANGAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEJAUH MANA PEMAHAMAN STRATIFIKASI SOSIAL, INSTITUSI SOSIAL, DAN BUDAYA SEKOLAH AKAN MENJADIKAN SEORANG BAKAL GURU MENJADI CEMERLANG 02 03 04 05 RUJUKAN Page 00 01 03 06 16 23


PENGENALAN 01 07 Page 01


Pengenalan Sosiologi dalam pendidikan memainkan peranan penting dalam memahami bagaimana faktor sosial, budaya, dan institusi mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia. Pendidikan bukan sekadar alat untuk menyampaikan ilmu, tetapi juga sebagai medium utama dalam membentuk integrasi sosial dalam masyarakat berbilang kaum. Sebelum merdeka, sistem pendidikan di Malaysia bersifat vernakular, di mana sekolah-sekolah ditubuhkan mengikut kaum dan menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. Hal ini mengukuhkan jurang sosial antara kaum, menyebabkan pemisahan identiti etnik dalam kalangan masyarakat. Namun, selepas merdeka, dasar pendidikan kebangsaan seperti Penyata Razak 1956 diperkenalkan untuk menggalakkan perpaduan dengan penggunaan bahasa pengantar yang sama. Melalui pendekatan sosiologi pendidikan, dapat dilihat bagaimana perkembangan sistem pendidikan memberi impak terhadap stratifikasi sosial, budaya sekolah, serta perkembangan sosiobudaya di sekolah. Oleh itu, pemahaman terhadap aspek-aspek ini adalah penting bagi bakal guru dalam memastikan pendidikan berfungsi sebagai alat integrasi sosial yang berkesan. Page 02


PERKEMBANGAN SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA 02 10 Page 03


Perkembangan Sosiologi dalam Pendidikan di Malaysia Pendidikan bukan sekadar instrumen penyampaian ilmu, tetapi juga mencerminkan struktur sosial, budaya, dan dinamik kuasa dalam masyarakat. Analisis sosiologi pendidikan membolehkan guru-guru memahami bagaimana faktor sosial mempengaruhi sistem pendidikan dan bagaimana pendidikan pula berperanan dalam membentuk masyarakat. Pengenalan Page 04


PENDIDIKAN SEBAGAI ALAT INTEGRASI SOSIAL Analisis menunjukkan perkembangan sosiologi dalam pendidikan bahawa pendidikan berperanan sebagai alat integrasi sosial. Malaysia merupakan satu negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Keperluan masyarakat berbilang kaum dan budaya mempengaruhi sistem pendidikan berkembang ke arah perpaduan. Sebelum merdeka, pendidikan bersifat berasingan mengikut kaum. Justifikasinya, setiap kaum diberikan kebebasan untuk menubuhkan sekolah sendiri dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing pada zaman penjajahan British. Oleh itu, penggunaan bahasa penghantar untuk setiap sekolah vernakular adalah berbeza. Tamsilnya, sekolah vernakular Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar manakala sekolah vernakular Cina menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa penghantar. Akibatnya, ia mendorong pemisahan identiti etnik dalam kalangan masyarakat. Situasi ini telah mengukuhkan jurang sosial antara kaum. Selepas Merdeka, berlaku perkembangan sistem pendidikan, di mana munculnya dasar pendidikan kebangsaan seperti Penyata Razak 1956. Tujuannya adalah untuk memberikan penekanan kepada perpaduan antara kaum. Berbeza dengan sistem pendidikan sebelum merdeka, ia adalah beraspirasi untuk menyatukan rakyat melalui bahasa pengantar yang sama. Dalam konteks sosiologi pendidikan, perkembangan tersebut menunjukkan bahawa bagaimana masyarakat berbilang kaum mempengaruhi fungsi pendidikan dan bagaimana fungsi pendidikan sebagai alat integrasi sosial. Analisis Perkembangan Sosiologi dalam Pendidikan di Malaysia Page 05


PERHUBUNGAN ANTARA PERKEMBANGAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN DI MALAYSIA 03 17 Page 06


Aspek Stratifikasi Sosial dan Institusi Sosial Perhubungan antara Perkembangan Sosiologi Pendidikan di Malaysia: Pengenalan Stratifikasi sosial merujuk kepada proses pembahagian masyarakat kepada lapisan atau tahap berdasarkan kekayaan, kuasa dan status sosial. Institusi sosial pula merujuk kepada struktur dan pola-pola yang mengatur tingkah laku dan interaksi antara individu dalam masyarakat. Stratifikasi sosial dan institusi sosial berkait rapat kerana institusi sosial membentuk, mengekalkan, atau mengubah stratifikasi sosial dalam masyarakat. Dalam konsep sosiologi, institusi sosial menentukan golongan yang mendapat akses kepada sumber dan peluang. Antara contoh institusi sosial termasuklah sekolah, keluarga dan masyarakat kerana mampu membentuk sistem nilai, norma, dan prosedur yang diterima oleh masyarakat untuk mengatur kehidupan sehari-hari. Dengan mempengaruhi akses terhadap pendidikan dan perkembangan pendidikan, institusi sosial membentuk hierarki dalam masyarakat, atau stratifikasi sosial. Page 07


Perkembangan pendidikan pada awalnya lebih tertumpu di sekolah bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah bandar dibekalkan guru terlatih, kemudahan dan peralatan yang baik dan lengkap serta sumber mencukupi. Sebaliknya, sekolah luar bandar sering mengalami kekurangan infrastruktur, menyebabkan murid-murid luar bandar kurang akses pendidikan. Tamsilnya, guru pelatih mampu menyokong pernyataan tersebut melalui pengalaman berasaskan sekolah (PBS), di mana sekolah luar bandar seperti SJK © Guong Ming mengalami masalah kekurangan alatan tangan. Situasi ini menyebabkan murid-murid terpaksa menghasilkan projek Reka Bentuk dan Teknologi dalam kumpulan yang besar. Oleh itu, mereka kurang peluang untuk terlibat aktif dalam proses menghasilkan projek. Kesannya, jurang pendidikan yang besar menyebabkan murid luar bandar kurang minat pergi sekolah. STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SEKOLAH Institusi sosial yang pertama dibincangkan ialah institusi sekolah. Dari sudut sosiologi pendidikan, pendidikan diterima individu dari sekolah menentukan peluang pekerjaan dan pendapatan sehingga mempengaruhi status sosial individu. Aspek stratifikasi sosial dan institusi sosial Situasi sekolah luar bandar Banyak sekolah luar bandar usang, khususnya di Sarawak Bilik darjah sekolah luar bandar yang sempit Bilik darjah sekolah bandar yang ceria Page 08


STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI KELUARGA Aspek stratifikasi sosial dan institusi sosial Seterusnya, institusi sosial kedua yang dibincangkan ialah institusi keluarga. Kajian Saiduddin Hj Masduki (1977) mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Misalnya, semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan, semakin tinggi tahap pencapaian akademik murid-murid (Armansyah et al., 2024). Hal ini disebabkan ibu bapa yang bertahap pendidikan tinggi biasanya mempunyai kemampuan untuk memenuhi segala perbelanjaan persekolahan berbanding dengan ibu bapa miskin. Bukan itu sahaja, ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan tinggi turut lebih berkemampuan memberikan sokongan akademik kepada anak-anak. Ibu bapa yang berilmu pengetahuan mampu memberikan bimbingan yang berkesan dengan segera sekiranya anak-anak menghadapi masalah dalam akademik. Perkara ini secara tidak langsungnya telah meningkatkan motivasi anak-anak mereka dalam pembelajaran. Sebaliknya murid-murid daripada keluarga miskin yang kurang berkemampuan memberikan sokongan akademik secara berkesan. Apabila mereka mengalami keciciran dalam pembelajaran, motivasi pembelajaran mereka turut menurun. Keluarga miskin Keluarga kaya Page 09


Aspek Pemahaman Budaya Sekolah Pengenalan Definisi Budaya Sekolah Budaya sekolah merangkumi aspek fizikal, emosi, dan intelektual yang menentukan iklim sekolah serta persekitaran pembelajaran. Budaya sekolah merupakan aspek penting dalam sistem pendidikan yang mencerminkan nilai, norma, amalan serta persekitaran yang membentuk pengalaman pembelajaran murid dan warga sekolah secara keseluruhan. Budaya sekolah merupakan aktiviti pelajar berinteraksi antara satu sama lain dalam persekitaran mereka, baik antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru serta pelajar dengan rakan sebaya (Amelia, 2022). Menurut Schein (2010), budaya sekolah juga melibatkan elemen tersembunyi yang tidak dapat dilihat secara langsung tetapi berperanan dalam membentuk tingkah laku dan interaksi dalam kalangan warga sekolah. Ia berperanan dalam membentuk pengalaman pembelajaran murid serta tingkah laku sosial mereka (Deal & Peterson, 2016). Budaya sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk struktur sosial dalam sistem pendidikan. Di Malaysia, perkembangan sosiologi pendidikan berkait rapat dengan bagaimana budaya sekolah dipupuk dan diamalkan. Perhubungan antara Perkembangan Sosiologi Pendidikan di Malaysia: Page 10


BUDAYA SEKOLAH Berkesan Budaya sekolah yang berkesan turut mempengaruhi perkembangan nilai moral dan jati diri pelajar. Dalam sosiologi pendidikan, sekolah bertindak sebagai ejen sosialisasi yang menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar melalui peraturan, adat resam, dan norma sosial yang diterapkan dalam budaya sekolah. Budaya sekolah yang menekankan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam dapat membina budaya sekolah yang baik. Kedua-dua mata pelajaran ini bertujuan untuk membentuk keperibadian pelajar berdasarkan ajaran agama dan etika masyarakat Malaysia. Seterusnya, guru memainkan peranan utama dalam membentuk budaya sekolah yang baik. Sebagai contoh, guru yang mengamalkan sikap mesra, sabar, dan menghormati perbezaan budaya dapat membantu pelajar mengembangkan nilai yang sama dalam interaksi sosial mereka. BUDAYA SEKOLAH YANG MEMUPUKAN NILAI MORAL DAN JATI DIRI Page 11


Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sering dikaitkan dengan budaya sekolah yang menekankan kecemerlangan akademik dan kepimpinan. Pelajar dari latar belakang sosioekonomi rendah yang diterima masuk ke sekolah ini berpeluang untuk meningkatkan mobiliti sosial mereka. BUDAYA SEKOLAH YANG MEMANGKIN MOBILITI SOSIAL Mobiliti sosial merujuk kepada perubahan status sosial individu dalam masyarakat. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, sekolah menjadi medium utama yang membolehkan pelajar meningkatkan taraf hidup mereka melalui akses kepada ilmu pengetahuan dan kemahiran. Budaya sekolah yang menekankan kecemerlangan akademik dan nilai kerja keras membantu dalam meningkatkan mobiliti sosial pelajar, terutama yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah. Page 12


Jurang ketidaksamaan pendidikan masih wujud di Malaysia, terutama di antara kawasan bandar dan luar bandar. Sekolah yang mempunyai budaya pembelajaran yang kuat mampu membantu pelajar mengatasi cabaran sosioekonomi mereka dan memastikan akses pendidikan yang lebih saksama. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan inisiatif yang bertujuan untuk memperkasakan sekolah luar bandar dengan memberikan lebih banyak latihan kepada guru dan menyediakan infrastruktur yang lebih baik. Selain itu, budaya sekolah yang menekankan pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memastikan semua pelajar, tanpa mengira latar belakang sosioekonomi, mendapat peluang yang sama dalam aktiviti kokurikulum, sekali gus menggalakkan budaya sekolah yang inklusif. BUDAYA SEKOLAH YANG MENGURANGKAN JURANG KETIDAKSAMAAN PENDIDIKAN Page 13


Sosiobudaya merupakan amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan. Dalam sekolah, terdapat pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, etnik, bahasa, loghat, struktur dan kelas sosial yang pelbagai. Isu ketidaksamaan akan timbul jika tidak diselesaikan dengan baik disebabkan jurang perbezaan sosiobudaya dan slaah faham kerana setiap individu yang lahir dan membesar terbentuk hasil daripada interaksi dengan persekitaran mereka masing-masing. Perhubungan antara Perkembangan Sosiologi Pendidikan di Malaysia: Aspek Perkembangan Sosiobudaya Ketidaksamaan bahasa dalam komunikasi antara guru dan pelajar merupakan salah satu isu yang menyebabkan kewujudan isu ketidaksamaan. Pertembungan dialek menyebabkan pelajar sukar untuk memahami pembelajaran yang dijalankan. Dengan ini, kewujudan masalah bahasa melibatkan penggunaan kosa kata dalam bahasa ibunda apabila guru berhadapan dengan mereka yang berbangsa lain untuk menerangkan perkataan dalam bahasa Melayu. Lamakelamaan, pelajar yang tidak memahami bahasa Melayu mungkin kurang aktif dalam kelas kerana takut membuat kesalahan di hadapan rakan sekelas. Ketidaksamaan bahasa boleh mengakibatkan ketidaksamaan sosial dalam sosiologi pendidikan. Pelajar yang menghadapi halangan bahasa akan mengalami kesukaran dalam membina hubungan dengan guru dan rakan sebaya. Keadaan ini menyebabkan mereka terasing dalam persekitaran sekolah. Berdasarkan Rajah 1, pelajar disaran kuasai pelbagai bahasa. Khoo Kay Kim menyatakan bahawa masyarakat mesti menguasai lebih daripada satu bahasa supaya dapat berinteraksi dengan orang luar semasa berada di luar negara. Oleh itu, peranan sekolah dalam melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeirs (MBMMBI) amat penting untuk melahirkan generasi yang fasih dalam pelbagai bahasa. Rajah 1 Ketidaksamaan Bahasa Page 14


Layanan guru yang tidak sama rata seperti melayan pelajar secara berbeza dari segi status ekonomi, etnik, jantina atau keupayaan akademik juga senantiasa berlaku di sekolah. Sesetengah guru memberikan perhatian kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kelas sosial yang tinggi dan penampilan diri yang bersih. Tamsilnya, pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mungkin tidak mendapat perhatian yang sama berbanding pelajar dari keluarga yang lebih stabil ekonominya. Kesannya, pelajar yang menerima layanan negatif atau tidak adil mungkin kehilangan motivasi untuk belajar sehingga menyebabkan penurunan prestasi akademik. Pelajar yang sering dibandingkan akan mengalami kesukaran dalam membentuk identiti yang positif. LAYANAN GURU YANG TIDAK SAMA RATA Rajah 2 menunjukkan guru hanya suka anak ahli politik dan jawatan. Guru selalu mengatakan bahawa pelajar yang miskin tidak akan berjaya dalam kerjaya nanti. Oleh itu, guru harus diberi latihan dalam pedagogi inklusif serta kesedaran tentang kesan layanan mereka terhadap pelajar. Sikap guru akan memberi pengaruh besar terhadap perkembangan sosiologi pendidikan. Layanan guru yang pilih kasih boleh mempengaruhi interaksi dalam kalangan pelajar. Contohnya, guru lebih memberi perhatian kepada kumpulan tertentu, pelajar lain akan merasa rendah diri dan tidak berani untuk bersuara. Sekolah merupakan institusi sosial yang membentuk nilai dan norma dalam kalangan pelajar. Jika guru bersifat adil dan baik hati, pelajar-pelajar akan mendapat peluang pendidikan yang sama rata serta ketidaksamaan sosial dapat diminimumkan. Rajah 2 Page 15


SEJAUH MANA PEMAHAMAN STRATIFIKASI SOSIAL, INSTITUSI SOSIAL, DAN BUDAYA SEKOLAH AKAN MENJADIKAN SEORANG BAKAL GURU MENJADI CEMERLANG 04 40 Page 16


Sejauh Mana Pemahaman Terhadap Stratifikasi Sosial dan Institusi Sosial Akan Menjadikan Seorang Bakal Guru Menjadi Cemerlang Peluang pendidikan bagi anak-anak dari keluarga miskin adalah agak sempit atas faktor kewangan. Sosiologi dalam pendidikan mendapati bahawa murid dari latar belakang sosio ekonomi tinggi lebih berpeluang untuk berjaya, manakala murid dalam kalangan miskin menghadapi banyak kekangan dalam pendidikan. Pembinaan hubungan dengan komuniti setempat Justeru, bakal guru yang memahami stratifikasi sosial berperanan untuk mengurangkan jurang pendidikan dengan memastikan setiap murid mendapat peluang yang adil untuk berjaya. Melalui pemahaman stratifikasi sosial, bakal guru akan bertindak proaktif dalam membina hubungan dengan komuniti dan sumber luar. Pembinaan hubungan mampu membuka laluan untuk ibu bapa dan komuniti terlibat aktif dalam pendidikan. Tamsilnya, semasa mereka menjadi guru, mereka mampu membina hubungan dengan NGO atau syarikat swasta untuk mendapatkan sumbangan bahan pengajaran seperti komputer terpakai, kit STEM, alatan tangan dan sebagainya. Dengan itu, alatan di sekolah adalah mencukupi untuk menampung pembelajaran murid. Kesannya, setiap murid mendapat akses pendidikan berkualiti, mampu terlibat aktif dalam pembelajaran apabila mereka tidak perlu berkongsi alatan dengan banyak murid lain. Akan tetapi, bukanlah mudah untuk mendapat sumbangan tersebut apabila sekolah tersebut berada dalam kawasan pendalaman kerana masyarakat setempat biasanya juga kurang kemampuan (Naila et al., 2024). Bakal guru haruslah terus gigih untuk bersifat aktif dalam pembinaan hubungan agar masalah tersebut dapat diselesaikan. Kerjasama antara ibu bapa dan guru Page 17


Seterusnya, melalui pemahaman stratifikasi sosial, guru berperanan sebagai motivator untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran, khususnya mereka daripada keluarga yang kurang nasib. Dalam konteks ini, kadang-kadang murid daripada keluarga kurang nasib kurang pendedahan tentang fungsi pendidikan. Tamsilnya, mereka mungkin menganggap bahawa pendidikan adalah tidak bermakna kerana ibu bapa mereka mempunyai pandangan tersebut. Bakal guru yang memahami situasi ini haruslah memberikan inspirasi melalui kisah kejayaan individu yang berjaya keluar dari kitaran kemiskinan melalui pendidikan. Dengan itu, murid memahami kejayaan dalam akademik tidak bergantung kepada status ekonomi tetapi usaha dan disiplin (Sari et al., 2024). Impaknya, motivasi mereka terhadap pembelajaran dirangsang. Akan tetapi, kadang kala murid dari keluarga kurang nasib kurang sokongan kewangan untuk bahan pembelajaran walaupun mereka berniat untuk belajar. Guru sebagai motivator perlulah menyediakan maklumat mengenai biasiswa dan bantuan untuk murid yang memerlukan supaya mereka tidak tercicir. Sejauh Mana Pemahaman Terhadap Stratifikasi Sosial dan Institusi Sosial Akan Menjadikan Seorang Bakal Guru Menjadi Cemerlang Sebagai motivator untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran Siti Fatimah Azman, daripada keluarga miskin mendapat 7A2B dalam SPM 2019. Nurul Syazwani Muhamed Zabidi, dibesarkan penoreh getah mengubah nasib melalui pendidikan di UPM. Rujuk: https://www.upm.edu.my/news/anak_yatim_cekal_in gin_ubah_nasib_keluarga_melalui_pendidikan-76664 Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/ 2019/04/557547/mahu-berjaya-ubah-nasibkeluarga Page 18


Bakal guru yang memahami budaya sekolah dapat menyesuaikan kaedah pengajaran dengan latar belakang murid bagi memastikan pembelajaran yang berkesan. Menurut Epstein (2011), guru yang peka terhadap latar belakang murid mampu mengaplikasikan strategi pedagogi yang lebih relevan dan menarik. Sebagai contoh, dalam subjek Sejarah atau Bahasa Malaysia, guru boleh menggunakan kisah tempatan yang berkaitan dengan budaya murid untuk meningkatkan pemahaman mereka. Selain itu, pemahaman budaya sekolah membantu guru memilih gaya pembelajaran yang sesuai, seperti pembelajaran kinestetik, visual, atau auditori, bergantung kepada keperluan murid. Komunikasi yang berkesan juga dapat diperkukuhkan dengan penggunaan bahasa yang sesuai, mengelakkan istilah yang mungkin kurang difahami oleh murid dari latar belakang tertentu. Dengan pemahaman budaya sekolah, bakal guru lebih yakin menyampaikan pelajaran secara efektif dan meningkatkan interaksi dengan murid, sekali gus membantu dalam pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Sejauh Mana Pemahaman Terhadap Budaya Sekolah Akan Menjadikan Seorang Bakal Guru Menjadi Cemerlang Meningkatkan Kemahiran Pengajaran dan Interaksi Guru Page 19


Budaya sekolah yang menghormati kepelbagaian dapat mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan kesejahteraan murid. Pemahaman budaya sekolah membolehkan bakal guru memainkan peranan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif. Menurut Cotton (2000), sekolah dengan budaya positif melahirkan murid yang bertanggungjawab dan saling menghormati. Menggalakkan Budaya Sekolah yang Inklusif dan Harmoni Bakal guru boleh memupuk suasana pembelajaran yang selamat dengan menggalakkan rasa hormat antara murid dan membina hubungan baik dengan mereka. Guru juga perlu memastikan setiap murid merasa budaya mereka dihargai. Contohnya, guru boleh mengadakan aktiviti yang melibatkan perkongsian tentang perayaan budaya seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, dan Krismas untuk meningkatkan kefahaman dan toleransi. Selain itu, pemahaman budaya sekolah membantu mengurangkan stereotaip dan diskriminasi dalam bilik darjah. Guru dapat bertindak sebagai fasilitator dalam membimbing murid untuk menghargai kepelbagaian dan menggalakkan interaksi yang harmoni. Ini membantu mewujudkan sekolah sebagai tempat pembelajaran yang mesra dan inklusif, sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan. Page 20


Guru yang memahami pelbagai budaya akan lebih bersifat terbuka dan menerima perbezaan sekaligus mengelakkan diskriminasi atau pilih kasih. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar juga dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan positif. Hal ini lantaran guru akan melayan pelajar dengan adil. Sikap pilih kasih mengikut etnik dan sikap pandang rendah pada etnik lain oleh guru kelas dilihat sebagai antara faktor utama yang menghalang hubungan antara guru dengan murid tersebut (Suresh, 2016). Apabila pelajar berasa dihargai dan disayangi oleh guru, mereka akan lebih memberi fokus dalam kelas serta menunjukkan minat yang lebih mendalam terhadap pelajaran. Impaknya, hubungan antara guru dengan pelajar dapat dieratkan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Pemahaman budaya juga membolehkan guru menggunakan contoh dan bahan pengajaran yang lebih dekat dengan persekitaran pelajar. Sebagai contoh, dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah, guru boleh memasukkan elemen budaya yang berkaitan dengan pengalaman pelajar supaya mereka lebih memahami apa yang dipelajari. Memupuk hubungan guru dengan pelajar yang lebih baik Sejauh Mana Pemahaman Terhadap Perkembangan Sosiobudaya Akan Menjadikan Seorang Bakal Guru Menjadi Cemerlang Page 21


PENGURUSAN DISIPLIN MURID YANG LEBIH EFEKTIF Masalah disiplin pelajar seperti sering terlambat masuk kelas, tidak mengerjakan tugas yang diberikan, tidak mengikuti mata pelajaran telah menjadi topik perbincangan yang hangat (Wismanto, 2021). Pemahaman terhadap perkembangan sosiobudaya juga membantu bakal guru dalam pengurusan disiplin yang lebih efektif. Hal ini lantaran isu disiplin sentiasa berkaitan dengan perbezaan budaya pelajar. Dengan memahami latar belakang sosial dan budaya pelajar, guru dapat mengetahui punca masalah disiplin pelajar serta menangani cabaran tersebut dengan bijak. Contohnya, seseorang pelajar sering bercakap kasar dan kurang sopan terhadap rakan sekelas, ini mungkin berpunca daripada persekitaran keluarga yang tidak mementingkan adab sopan. Menurut Abdullah Sani Yahaya (2003), budaya sekolah amat berkait rapat dengan disiplin sekolah. Dengan ini, guru harus memberikan pengalaman yang memberi inspirasi tentang kejayaan seseorang melepasi peringkat tertentu seperti peringkat disiplin kepada pelajar. Pendekatan yang lebih empati seperti kaedah kaunseling atau perbincangan dapat membantu membentuk disiplin pelajar secara lebih berkesan. Oleh itu, guru sewajarnya memahami sosiobudaya serta menggunakan pendekatan yang terbaik untuk menyelesaikan isu disiplin tanpa menjejaskan maruah diri pelajar. Page 22


RUJUKAN 05 34 Page 23


Rujukan Amelia, M. (2022). Implementasi pendidikan karakter melalui budaya sekolah di sekolah dasar. Jurnal Basicedu, 5(6), 5548-5555. Armansyah, A., Noviarani, D., & Rusyiana, R. (2024). Implementasi Sistem Pendidikan Dalam Mengatasi Ketidaksetaraan: Pengaruh Terhadap Stratifikasi Sosial. Innovative: Journal Of Social Science Research, 4(3), 17235-17243. Deal, T. E., & Peterson, K. D. (2016). Shaping School Culture: Pitfalls, Paradoxes, and Promises. John Wiley & Sons. Epstein, J. L. (2011). School, Family, and Community Partnerships: Preparing Educators and Improving Schools. Naila, S., Pratama, A. R., & Yasin, M. (2024). Analisis Sekolah sebagai Sistem Sosial dalam Meningkatkan Interaksi Sosial Guru dan Murid. JURNAL ILMU PENDIDIKAN & SOSIAL (SINOVA), 2(3), 217-228. Sari, F. A., & Yasin, M. (2024). Pendidikan Dan Stratifikasi Sosial: Kebijakan dan Praktek Pendidikan Dalam Mengurangi Stratifikasi Sosial di Lembaga Pendidikan. Jurnal Ilmu Pendidikan & Sosial (Sinova), 2(3), 267-278. Suresh, K. (2016). Keberkesanan hubungan guru kelas-murid dalam merangsang kesedaran terhadap integrasi etnik dalam kalangan murid di bilik darjah 1. Jurnal Ilmi, 6 : 69-88. Wismanto, WW (2021). Pembentukan Awal Generasi Mukmin Dalam Hadits Al-Qur’an Dan Implikasinya Pada Siswa Sekolah Dasar Islam Terpadu Imam Asy-Syafii Pekanbaru. Magistra: Media Pengembangan Ilmu Pendidikan Dasar dan Keislaman,12 (1), 33-44. https://publikasiilmiah.unwahas.ac.id/index.php/MAGISTRA/article/vie w/4086 Page 24


Click to View FlipBook Version