The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERSIDANGAN MAYA KEBANGSAAN 3rd MALAYSIA TVET ON RESEARCH VIA EXPOSITION 2021 (MaTRiX’21)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MaTRiX'21, 2021-10-06 20:04:03

Buku Program

PERSIDANGAN MAYA KEBANGSAAN 3rd MALAYSIA TVET ON RESEARCH VIA EXPOSITION 2021 (MaTRiX’21)

ABSTRAK KERTAS

PENYELIDIKAN

BILIK D

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: M029

Factors affecting Staff Satisfaction at PTSS Staff Cafeteria. A Case Study of Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Muhamad Saufiyudin Omar1, Irda Yusila Yunus1, Junaidah Mohd Jan Jang1 1Department of Tourism and Hospitality, Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis, Malaysia. *Corresponding author E-mail : [email protected]

Abstract
Customer satisfaction is vital for restaurant operators to sustain in the market as well as to increase profit. However, limited research
has looked into the impact of food quality, service quality, and cafeteria atmosphere on staff satisfaction at Politeknik Tuaku Syed
Sirajuddin's staff cafeteria. As a result, the goal of this research is examine the relationship between food quality, service quality,
cafeteria atmosphere and staff satisfaction at the cafeteria. The survey method was employed. A total of 162 staff respondent to the
survey questionnaire. The result of Pearson correlation analysis and multiple regression analysis revealed that food quality, service
quality, cafeteria atmosphere significant and positively influence staff satisfaction. This indicated that increasing the quality of food,
service, and cafeteria atmosphere will increase staff satisfaction. This study is important for the cafeteria operator to boost more profit
and to increase dine in among the PTSS staff.

Keyword: customer satisfaction, food quality, cafeteria, cafeteria atmosphere, service quality.

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: M045

Kajian Tahap Stress, Kebimbangan Dan Kemurungan Terhadap Kesihatan Mental Kakitangan Politeknik Sultan Mizan Zainal
Abidin, Terengganu

Nur Hidayah Iberahim 1*, Nik Nor Raihan Md Daud1, Mohd Hasril Hashim 2, Norhidayah Humaira Mohd Noor Hakim3 1 Politeknik
Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu 2 Psychology Management Unit, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,
23000 Dungun, Terengganu *Corresponding author E-mail: [email protected]

Abstrak
Kesihatan mental merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial kita. Ia mempengaruhi bagaimana kita berfikir, merasa, dan
bertindak. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental adalah “keadaan kesejahteraan di mana individu
menyedari keupayaannya sendiri, dapat mengatasi tekanan normal kehidupan, dapat bekerja dengan produktif dan bermanfaat, dan
mampu memberi sumbangan kepada komuniti”. Kajian yang dijalankan secara kuantitatif ini bertujuan untuk mengukur tahap stress,
kebimbangan dan kemurungan terhadap kesihatan mental dalam kalangan kakitangan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
(PSMZA), Terengganu berdasarkan kepada demografi iaitu jantina, umur dan gred. Borang soal selidik diedarkan secara atas talian
dengan menggunakan Google Form kepada staff akademik dan bukan akademik PSMZA dan telah dapat mengumpul data daripada
201 responden. Dapatan data daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Science (SPSS) versi 23.0. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, purata dan peratus.
Majoriti kakitangan mendapat skor tahap normal. Walau bagaimanapun, terdapat juga kakitangan yang mendapat skor tahap normal,
ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk bagi stress, kebimbangan dan kemurungan. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi
impak yang positif dalam menambah baik dan mengekalkan kesejahteraan kesihatan mental dalam kalangan kakitangan PSMZA.

Kata kunci: Stress, kebimbangan, kemurungan, kesihatan mental

ABSTRAK KERTAS

PENYELIDIKAN

BILIK D

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: M057

Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap PdPDT Menggunakan Google Meet, Telegram, dan YouTube bagi Kursus Electrical
Engineering Mathematics

Muhammad Amirul bin Abdullah1, Turina binti Tumeran2
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer1, Jabatan Kejuruteraan Elektrik2

Politeknik Mersing, Jalan Nitar, 86800 Mersing, Johor
*Corresponding author E-mail : [email protected]

Abstrak
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh pelusuk dunia telah mengakibatkan pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian
(PdPDT) dipergiat. Pelbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam memastikan PdPDT dilaksanakan dengan lancar. Kajian ini
bertujuan untuk menentukan tahap penerimaan pelajar terhadap PdPDT menggunakan aplikasi Google Meet, Telegram, dan
YouTube bagi kursus Electrical Engineering Mathematics di Politeknik Mersing. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah
secara kuantitatif. Sementara itu, rekabentuk kajian adalah berbentuk tinjauan hirisan rentas. 89 sampel telah dipilih sebagai
responden kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang terdiri daripada 23 item berskala likert 5-mata.
Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics bagi mendapatkan nilai frekuensi, peratusan, skor min,
dan sisihan piawai. Kajian ini mendapati tahap penerimaan pelajar terhadap pelaksanaan PdPDT menggunakan platform atau
aplikasi Google Meet, Telegram, dan YoutTube bagi kursus Electrical Engineering Mathematics bagi Sesi Jun 2020 di Politeknik
Mersing berada pada tahap yang baik. Kajian lanjutan yang berpotensi untuk dikaji ialah mengenalpasti perbezaan tahap
penerimaan PdPDT dalam kalangan pelajar berdasarkan faktor lokasi tempat kediaman pelajar serta faktor sosio-ekonomi dan kesan
PdPDT terhadap pencapaian akademik pelajar.

Kata kunci: PdPDT, Google Meet, Telegram, YouTube, PdPDT synchronous, PdPDT asynchronous

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: M064

Programme Educational Objectives achievement for Diploma in Electric and Electronic Engineering program in Politeknik
Sultan Mizan Zainal Abidin

Norfadhilah binti Hasan*, Saiful Azizi bin Abdullah, Norliza binti Kassim, Azlin binti Yajid
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu

*Corresponding author E-mail: [email protected]

Abstract
Board of Engineers Malaysia (BEM) has devolved accreditation of engineering technology degrees and engineering technician
qualifications to the Engineering Technology Accreditation Council (ETAC). The objective of accreditation is to ensure that graduates
satisfy the minimum academic and practical requirements for registration as engineering technicians/inspector of works with the BEM.
One of the elements that need to be measured in accreditation process is the expected achievement of graduates within three to five
years of graduation knowns as Programme Educational Objectives (PEOs). Therefore, PEOs for graduates of the Diploma in Electric
and Electronic Engineering (DEE), Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin have been analysed. The
conclusions of the data analysis for the research are presented in this research. According to the findings, all of the PEOs met their
targets. After that, with a few tweaks, this study could potentially serve as a baseline for future research for the next student cohort.

Kata kunci: PEO, ETAC, DEE.

ABSTRAK KERTAS

PENYELIDIKAN

BILIK D

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: M068

TECHOLOGY ACCEPTANCE MODEL ( TAM ) ON PURCHASE INTENTION ON STUDY OF SHOPEE APPLICATION.

Mohd Fadzly Mohd Shuraimi, Mohamed Hadry bin Abu Bakar Kolej komuniti Kuantan
*Corresponding author E-mail

ABSTRACT
Due to contiguous effects on COVID19 phenomenon which started at the end of 2021 sparked new technologies via Internet to
develop new business. Traditionally normal business emphasizes to the selling of goods which is under demand plus needed
items nor services requested by the consumers. This is normally done by proper CRM Customer Relationship Management.
According to Chew, (2014), CRM provide customer profile which includes customer’s demographic data, purchase history, habit
analysis and others. The habit analysis feature product, average monthly purchase amount and others. Thus these incidents of
COVID19 has triggered even more aggressive customer approaches namely such as SHOPEE Application has been boomed
out lately resulted from information technology and internet, integrated internet functions such as communications, financial
transactions and marketing. This is supported by Ariadanti N.W (2018) says direct selling of goods and services via internet is
called ‘electronic commerce that Laudon (2009) says process and companies with computers as intermediaries for business
transactions. Along with advance progree of marketing and the effects of COVID19 outbreak, people or buyers do not have to
waste walking multiple malls to buys things. Citizen only neeed to browse the internet and search what they need to get it. Thus
Shoppee established their online shop to cater citizen needs. In 2015, Shopee launched in Singapore as a social-first, mobile-
centric marketplace where users can browse, shop and sell. Integrated with logistical and payment support, the asset-light
platform claims to make online shopping easy and secure for both sellers and buyers. This research paper will focus upon
factors using Technology Acceptance Model (TAM) that affect towards online purchase intention toward Shopee online Shop.
This research uses all variables by original model thus overall analysis supported this modified TAM model and few suggestions
were generated at the end of this study.

Keywords : Shopee, TAM Model, Kuantan, Malaysia

ABSTRAK KERTAS
PENYELIDIKAN

BILIK E

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: E011

Tahap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Pendekatan OBE dalam Program Diploma Teknologi Automotif di Kolej
Vokasional : Satu Penilaian

Mohammad Hazrul Bin Md Jori*
Program Teknologi Automotif, Kolej Vokasional Taiping, 34600 Kemunting, Perak

*Corresponding author E-mail: [email protected]

Abstrak
Pendidikan berasaskan hasil (PBH) atau lebih dikenali sebagai Outcome Based Education (OBE) merupakan sistem pembelajaran baharu yang telah
diperkenalkan bagi menambah baik sistem pembelajaran tradisional (Traditional Education) sebelumnya. Berbanding dengan sistem pembelajaran
tradisional yang hanya menjalankan penilaian bersifat kuantitatif, OBE menambah baik sistem sedia ada. Di Kolej Voksional pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan pendekatan OBE dalam program Diploma Teknologi Automotif telah dilaksanakan hampir enam tahun yang lalu dan telah pun
mengeluarkan produk yang pertamapada September 2016, namun sehingga kini pelaksanaannya masih belum dikaji dengan teliti. Justeru, kajian ini
adalah bertujuan untuk menilai tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran iaitu perancangan pengajaran, penyampaian pengajaran dan kaedah
pentaksiran berdasarkan pendekatan OBE dalam program Diploma Teknologi Automotif (DTA) di Kolej Vokasional Zon Perak. Reka bentuk kajian yang
digunakan ialah reka bentuk penilaian program deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik
penilaian PdP dan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science, SPSS) versi 23 . Seramai 52 orang pensyarah dari program DTA di
Kolej Vokasional Zon Perak terlibat dengan kajian ini. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran iaitu
perancangan pengajaran, penyampaian pengajaran dan kaedah pentaksiran berdasarkan pendekatan OBE berada pada tahap sederhana rendah.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan pelaksanaannya masih tidak menyeluruh, namun terdapat kerjasama dan usaha ke arah pelaksanaannya. Daripada
segi kehadiran pensyarah ke kursus OBE pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pelaksanaan perancangan pengajaran dan
kaedah pentaksiran berdasarkan pendekatan OBE dalam program DTA. Sebagai kesimpulan, maklumat daripada dapatan kajian ini dapat memberi idea
kepada pembuat keputusan yang terdiri daripada pihak BPTV, penggubal kurikulum (KSKV) dan pihak pentadbir KV untuk mempertingkatkan dan
mengukuhkan kualiti dan mutu program DTA.

Kata Kunci: Outcome Based Education (OBE), Pelaksanaan Perancangan Pengajaran, Penyampaian Pengajaran dan Kaedah Pentaksiran

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: G052

Model Pointer PLO Inovasi Dalam Menilai Program Secara Kumulatif di Politeknik

W.M. Rizairie W.M. Noor, M. Afiq Muhamad, M. Amirul Najmuddin Moktar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Mizan Zainal
Abidin

*Corresponding author E-mail: [email protected]

Abstark: Pengukuran hasil pembelajaran program atau “Program Learning Outcome (PLO)” secara purata yang di ambil dari Sistem
Pengurusan dan Maklumat Pelajar (SPMP) adalah tidak tepat kerana tidak mengambil kira nilai kredit setiap kursus sebagai pemberat. Ini kerana setiap
kursus yang ditawarkan dalam program pengajian di politeknik mempunyai nilai kredit yang berbeza. Objektif inovasi ini menghasilkan model atau formula
Matematik dalam pengukuran PLO bagi menaksir pencapaian kemahiran generik sesuatu program khasnya kurikulum baru politeknik yang dirangka
berlatarbelakangkan “Outcome Bases Education (OBE)” dengan mengambilkira nilai kredit setiap kursus. Hasil daripada ini sebuah formula dikemukakan
sebagai model matematik yang mengukur PLO daripada peratus skor PLO dalam SPMP kepada skor yang kumulatif dengan bilangan kredit kursus yang
akan dirujuk sebagai “Pointer PLO”. Ia merupakan penambahbaikan kepada analisis sedia ada dalam SPMP dengan memperkenalkan konsep penilaian
secara menyeluruh sesuatu program bagi membantu Ketua Program dalam merangka dan merancang “Continiuous Quality Improvement (CQI)” sesuatu
program berdasarkan pencapaian PLO. Inovasi ini dijangka memberi impak yang ketara dalam proses penambahbaikan sesebuah program di politeknik
sekaligus akan memberi kesan kepada graf kebolehpasaran graduannya.

Kata kunci: pengukuran PLO; Pointer PLO; CQI; OBE

ABSTRAK KERTAS

PENYELIDIKAN

BILIK E

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: H036

Tahap Kesediaan Pelajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Secara Dalam Talian Serta Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar di
Politeknik Muadzam Shah

Siti Huzaifah binti Mohammad1*, Nor Sharidah binti Mohd Roslan2, Nor ‘Ainaa Syuhada binti Mohd Noor3 1, 2, 3Jabatan Matematik, Sains dan
Komputer, Politeknik Muadzam Shah, Lebuhraya Tun Abdul Razak, 26700 Muadzam Shah, Pahang *Corresponding author E-mail:
[email protected]

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedian pelajar untuk belajar secara dalam talian dan kesan pembelajaran secara dalam talian dan
kaitannya dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir. Seramai 334 orang pelajar dari Politeknik Muadzam Shah Pahang terdiri dari lima
jabatan akademik yang berbeza terlibat dalam kajian ini. Purata Nilai Gred (PNG) sesi Jun 2020 telah digunakan untuk mendapatkan maklumat
berkitan pencapaian pelajar. Dua komponen utama yang dikaji adalah berkaitan kesedian pelajar dan kesannya terhadap pembelajaran secara dalam
talian. Soal selidik yang mengandungi 20 item soalan skala Likert digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kesedian pelajar dan kesan
pembelajaran secara dalam talian. Data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif. Analisis kuantitatif yang digunakan melibatkan penggunaan
statistik deskriptif dalam bentuk skor min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan manakala statistik inferensi pula menggunakan ujian-t, analisis
Anova sehala dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati kesedian pelajar adalah pada tahap yang tinggi untuk belajar secara dalam talian dengan
skor min 4.035 dan tahap keberkesanan juga berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 3.780. Secara umumnya pelajar bersedia dan memberi
respon yang positif untuk belajar secara dalam talian. Analisis ujian-t pula mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan
perempuan berkaitan kesedian pelajar (t = 1.603; p > 0.05). Hasil analisis varians sehala (Anova) pula menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan di antara kesedian pelajar berdasarkan semester [(F(4, 329) = 3.240, p < 0.05] dan jabatan [F(4, 329) = 3.993, p < 0.05]. Dapatan kajian ini
memberi implikasi bahawa kesedian pelajar adalah berbeza mengikut semester dan jabatan. Ujian korelasi Pearson pula menunjukkan tidak wujud
perbezaan yang signifikan dan hubungan positif yang lemah antara pencapaian peperiksaan akhir dengan tahap kesediaan pelajar. (r = 0.073, p =
0.183).

Kata Kunci: Pembelajaran dalam talian, kesediaan, kesan, pencapaian

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: M047

Tinjauan Tahap Kemahiran Insaniah Dalam Pelaksanaan Pdpdt Di Kolej Komuniti Jeli

Anum Bazilla Binti Md Khairulanwar 1, Nurul Sumaiyah Binti Azmail 2,
Norfazilah Binti Sulaiman 3
Kolej Komuniti Jeli

*Corresponding author E-mail : [email protected],

ABSTRAK
Keadaan ekonomi yang tidak menentu, isu pengangguran dan pemberhentian pekerja semasa pandemik Covid-19 memerlukan graduan
lebih berdaya saing dalam merebut peluang pekerjaan. Salah satu ciri yang membentuk graduan yang berdaya saing ialah memiliki
kemahiran insaniah (soft skills) yang tinggi. Namun, penguasaan pelajar terhadap kemahiran insaniah di Kolej Komuniti merupakan
cabaran baru apabila Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (PdPDT) dilaksanakan. Justeru, kajian bertujuan mengkaji perspektif
pelajar terhadap tahap kemahiran insaniah semasa sesi PdPDT dilaksanakan. Bagi mendapatkan perspektif pelajar, satu kajian jenis
tinjauan diadakan terhadap pelajar-pelajar Kolej Komuniti Jeli pada sesi akademik Disember 2020. Perspektif kemahiran insaniah pelajar
dikaji dari aspek pembangunan diri, kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus, kemahiran kepimpinan, kemahiran penulisan, etika dan
professional. Hasil dapatan menunjukkan kemahiran insaniah pelajar adalah baik semasa PdPDT dilaksanakan. Selain itu, tiada
perbezaan signifikan kemahiran insaniah di antara pelajar orientasi PdPDT dan bersemuka. Namun, kemahiran insaniah pelajar orientasi
PdPDT bidang Sijil Fesyen dan Pakaian adalah lebih baik bagi elemen pembangunan diri dan kemahiran komunikasi berbanding pelajar
orientasi bersemuka. Oleh itu, kajian mendapati kaedah pembelajaran secara PdPDT di Kolej Komuniti Jeli mempunyai kesan yang baik
terhadap pembangunan kemahiran insaniah pelajar. Bagi mengukuhkan lagi hasil dapatan adalah

Kata Kunci: Kemahiran insaniah, pembelajaran dalam talian, keboleh pasaran Kolej kominiti

ABSTRAK KERTAS

PENYELIDIKAN

BILIK E

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: M065

Programme Educational Objectives achievement for Diploma in Electronic Engineering (Communication) (DEP) program in Politeknik
Sultan Mizan Zainal Abidin

Norliza binti Kassim*, Norfadhilah binti Hasan, Azlin binti Yajid, Saiful Azizi bin Abdullah
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu

*Corresponding author E-mail: [email protected]

Abstract
Board of Engineers Malaysia (BEM) has devolved accreditation of engineering technology degrees and engineering technician qualifications to
the Engineering Technology Accreditation Council (ETAC). The objective of accreditation is to ensure that graduates satisfy the minimum
academic and practical requirements for registration as engineering technicians/inspector of works with the BEM. One of the elements that need
to be measured in accreditation process is the expected achievement of graduates within three to five years of graduation known as Programme
Educational Objectives (PEOs). Therefore, PEOs for graduates of the Diploma in Electronic Engineering (Communication ) (DEP), Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin have been analysed. The conclusions of the data analysis for the research are
presented in this research. According to the findings, all of the PEOs met their targets. After that, with a few tweaks, this study could potentially
serve as a baseline for future research for the next student cohort.

Kata kunci: PEO, ETAC, DEP.

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: M072

Pembangunan Aplikasi berasaskan Android bagi Panduan Pengurusan Jenazah: E-Kit Jenazah

Abdullah Dazid1, Nurfaezah Mamat2 1Unit Pengajian Am, Kolej Komuniti Besut, 22200 Besut, Terengganu 2Unit Pengajian Am, Kolej
Komuniti Besut, 22200 Besut, Terengganu *Corresponding author E-mail: [email protected];
[email protected]

Abstract
Penggunaan aplikasi secara digital berasaskan android di semua peringkat umur semakin berkembang maju di seluruh dunia
termasuklah di Malaysia. Dalam Islam, hukum menguruskan jenazah adalah merupakan fardhu kifayah. Secara umumnya, tugas
menguruskan jenazah sangat terbiasa di kalangan orang tua atau orang yang lebih pakar seperti ustaz, ustazah, iman, tok siak dan
bilal tetapi tidak di kalangan pelajar, remaja mahupun dewasa kerana kurangnya pendedahan dan penglibatan diri untuk
melaksanakannya. Kertas kajian ini memberi tumpuan kepada merekabentuk dan membangunkan aplikasi android secara digital untuk
meningkatkan pengetahuan dan membantu pengguna mendapatkan maklumat berkaitan dengan pengurusan jenazah dengan lebih
cepat, tepat, mudah dan setiap masa yang diperlukan seiring dengan peningkatan penggunaan telefon bimbit berasaskan android
pada masa kini. Hal ini juga bersesuaian dengan persekitaran pandemik Covid19 yang menjadi kesukaran untuk mengadakan aktiviti
berkaitan pengurusan jenazah secara bersemuka. Proses pembangunan aplikasi ini adalah direka bentuk berasaskan kepada model
reka bentuk pengajaran iaitu Model ‘ADDIE’ yang mengandungi lima fasa (analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan
penilaian). Aplikasi E-Kit Jenazah ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Articulate Storyline, Adobe Illustrator, Adobe
Photoshop dan Adobe Flash CS6. Kebolehgunaan aplikasi E-Kit Jenazah ini dinilai secara soal selidik melalui kaedah kuantitatif
berdasarkan kepada empat bahagian utama iaitu reka bentuk antara muka (interface), isi kandungan, multimedia dan kebolehgunaan
android. Hasil dapatan kajian yang dijalankan ini telah dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences
(IBM SPSS Statistics 26.0). Analisis yang diperolehi menunjukkan setiap bahagian yang dinilai bagi aplikasi E-Kit Jenazah yang
dibangunkan ini mencapai pada tahap yang tinggi iaitu min > 4.25. Kesimpulannya, reka bentuk dan pembangunan aplikasi E-Kit
Jenazah ini mendapat reaksi yang positif dan maklum balas yang baik daripada pengguna. Oleh itu, diharapkan aplikasi E-Kit Jenazah
ini selaian daripada kegunaan orang awam, ianya dapat di adaptasikan kepada bidang pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kolej,
ataupun institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Kata Kunci:Aplikasi digital, pengurusan jenazah, reka bentuk, pembangunan, E-Kit Jenazah,

ABSTRAK KERTAS
PENYELIDIKAN

BILIK E

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: M041

Tahap Penerimaan Penggunaan Tinkercad Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kursus Electronic Circuits

Noor Fadzillah binti Abdullah, Turina binti Tumeran
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Mersing, Jalan Nitar, 86800 Mersing, Johor

*Corresponding author E-mail : [email protected]

Abstrak
Tinkercad merupakan suatu alat perisian secara percuma dalam talian yang menyediakan kaedah untuk pelajar belajar mengenai
rekabentuk 3D, litar elektronik dan blok kod. Tinkercad adalah platform web yang dibuat oleh Autodesk iaitu peneraju reka bentuk 3D,
kejuruteraan dan perisian hiburan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap penerimaan penggunaan Tinkercad dalam Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) bagi kursus Electronic Circuits. Objektif kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap penerimaan pelajar
dalam penggunaan Tinkercad bagi kursus Electronic Circuits. Selain itu juga, kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap Impak
penggunaan Tinkercad dalam pengajaran dan pembelajaran serta tahap penerimaan pelajar terhadap masa depan berdasarkan impak e-
pembelajaran menggunakan Tinkercad. Seramai 48 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian melalui borang soal-
selidik yang ditadbir secara dalam talian. Data dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistics Package for Social Science versi
20.0. Dapatan kajian mendapati PdP dengan menggunakan aplikasi Tinkercad berada pada tahap tinggi, di mana ianya dapat diterima
baik oleh para pelajar kerana ianya mudah difahami dan mudah digunakan . Dapatan kajian ini juga menunjukkan PdP dengan
menggunakan Tinkercad amat membantu pensyarah untuk mengajar dan pelajar dapat memahami penyambungan litar elektronik dengan
mudah walaupun tidak dapat dilakukan secara konvensional. Cadangan untuk kajian lanjutan adalah mengenalpasti kesan PdP secara
dalam talian terhadap hasil pembelajaran pelajar.

Kata kunci : Tinkercad, Electronic Circuits, m-pembelajaran, PdP dalam talian

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: O074

Aplikasi Google Meet Sebagai Kaedah Pembelajaran Secara Atas Talian Dalam Kalangan Pelajar Semester Akhir Program Sijil
Multimedia Kreatif Pengiklanan Kolej Komuniti Kok Lanas

Tengku Mohd Aziri Bin Tengku Ali1, Khairusazwati Binti Mohd Rus2 1Unit Multimedia Kreatif Pengiklanan (SMP), Kolej Komuniti Kok
Lanas, 16450 Kok Lanas, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan 2Sekolah Kebangsaan Kemahang (2), 17500 Tanah Merah, Kelantan
*Corresponding author E-mail : [email protected]

Abstrak
Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan di dalam negara kita pada tahun 2020 dan 2021 telah mengubah cara hidup
seharian kita. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) bagi sesi
persekolahan di seluruh negara dalam tempoh PKP. Kaedah PdPR ini juga telah dilaksanakan di peringkat Kolej Komunti Kok Lanas
dengan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian dengan menggunakan platform google meet. Kajian ini
telah dilaksanakan bagi mengetahui tahap persepsi dan tahap kesediaan pelajar-pelajar semester akhir program Sijil Multimedia Kreatif
Pengiklanan Kolej Komuniti Kok Lanas dalam penggunaan aplikasi google meet sebagai platform PDP secara atas talian. Kajian ini
adalah merupakan sebuah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan keputusan. Instrumen yang
digunakan untuk mendapatkan hasil tinjauan tersebut adalah dengan menggunakan borang soal selidik yang telah dibina dengan aplikasi
google form dan telah diedarkan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi telegram. Data-data yang telah diperolehi melalui soal
selidik tersebut telah diproses dengan menggunakan aplikasi SPSS v.10 untuk menentukan peratusan, min, sisihan piawai dan nilai
signifikan. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi google meet adalah pada
tahap tinggi dengan mencapai skor min sebanyak 4.10. Manakala tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan aplikasi google meet
pula berada pada tahap sederhana tinggi iaitu telah mendapat skor min sebanyak 3.96. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan aplikasi google meet adalah amat sesuai digunakan sebagai platform PdP secara atas talian malah ia juga dapat
meningkatkan tahap penglibatan pelajar di dalam kelas semasa sesi PdP berlangsung.

Kata Kunci: Persepsi, Kesediaan, google meet.

ABSTRAK KERTAS

PENYELIDIKAN

BILIK E

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: O076

Meningkatkan Keupayaan Mengingati Fakta Sejarah dalam Kalangan Pelajar SVM 1 KRG KVBP Melalui Teknik Pembelajaran
Berasaskan Projek

Nor Abizan binti Md Zain
Kolej Vokasional Balik Pulau
11000 Balik Pulau , Pulau Pinang
*Corresponding author E-mail : [email protected]

Abstrak
Kajian ini dibuat untuk membantu pelajar tentang teknik mengingati fakta-fakta yang terdapat dalam Subjek Sejarah melalui
Pembelajaran Berasaskan Projek. Oelh itu, objektif utama kajian ini ialah meningkatkan keupayaan mengingat fakta Sejarah dalam
kalangan pelajar SVM 1 KRG KVBP menggunakan teknik Pembelajaran Berasaskan Projek. Kaedah kajian yang digunakan
Penyelidikan Tindakan. Penyelidikan Tindakan ini dilakukan secra berkolaboratif antara penyelidik dan 10 .orang pelajar SVM 1 KRG
KVBP. Kaedah pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian, soal selidik, temu bual dan ujian pra dan pos bagi pengumpulan
data untuk mengukur daya ingatan dan kefahaman pelajar terhadap topik perbincangan sebelum dan selepas menggunakan Teknik
Pembelajaran Berasaskan Projek. Dapatan kajian menunjukkan perkembangan yang meningkat iaitu pelaksanaan latihan pra dan pos
dilakukan. Bagi latihan pra, skor min menunjukkan jumlah sebanyak 0.9% dan skor min bagi latihan pra pula ialah 51.2%. Hal ini
menunjukkan pelajar dapat menjawab soalan latihan yang diberi kerana dapat mengingati fakta topik sejarah dengan baik melalui
Teknik Pembelajaran Berasaskan Projek. Secara tidak langsung, Teknik ini dapat meningkatkan lagi kemahiran mengingati fakta
sejarah dengan konsistem dan berkesan. Ia merupakan satu alternatif lain kepada guru untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari
Subjek Sejarah. Implikasi kajian penyelidikan ini antaranya adalah para guru perlu mengubah teknik pembelajaran dan pengajaran
agar menjadi pembelajaran bermakna. Pelajar juga berjaya menjawab dengan baik soalan yang diberi selepas mengunakan
Pembelajaran Berasaskan Projek ini. Kaedah ini amat bermanfaat sebagai bahan bantu mengajar guru dan pelajar ke arah
meningkatkan prestasi pelajar, malah boleh diaplikasi ke dalam subjek lain.

Kata Kunci : Teknik Berasaskan Projek,Menjana Idea dan Menjawab Soalan

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: O077

Kajian Tindakan Penggunaan Perisian Lukisan Terbantu Komputer (Computer Aided Design) Autodesk Inventor 2021 bersama
Fusion Team secara atas talian di Politeknik Kota Bharu

Izaiman bin Ibrahim
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu, 16450 Ketereh, Kelantan

*Corresponding author E-mail : [email protected]

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan Fusion Team dalam pembelajaran Lukisan Terbantu Komputer secara atas talian
yang menggunakan perisian Autodesk Inventor. Objektif utama penggunaan Fusion Team adalah untuk membantu pelajar ketika
menghasilkan lukisan projek secara berkumpulan. Keputusan penilaian berterusan khususnya pada bahagian markah projek
berkumpulan telah menjadi rujukan dalam perbincangan ini. Kenaikan sebanyak 29% untuk markah purata projek berkumpulan
semasa sesi pengajaran atas talian menunjukkan keberkesanan Fusion Team ini.

Kata Kunci : Perisian CAD, Autodesk Inventor, Fusion Team.

ABSTRAK KERTAS

PENYELIDIKAN

BILIK E

KOD KERTAS PENYELIDIKAN: O056

Perrsepsi Pelajar Terhadap Video Amali Bagi Memudahkan Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian Bagi Kursus
DBS10012 Engineering Science

Jessie Grace Goh Poh Ling Nur Maisarah Abdullah1, Nur Hafezah binti Md Yasin2, Mohd Saiful Pahrudin 3
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Port Dickson, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan,

*Corresponding author E-mail : [email protected], [email protected], [email protected]

Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan persepsi pelajar dan mengukur keberkesanan penggunaan modul video amali bagi
kursus DBS10012 Engineering Science Politeknik Port Dickson. Video amali yang dibangunkan adalah mengikut silibus yang
terkandung dalam kursus ini. Sebanyak dua video amali dibangunkan iaitu Amali Archimedes dan Amali Keseimbangan Terma.
Kaedah yang digunakan bagi mendapatkan input kajian adalah berdasarkan soal selidik. Dapatan kajian akan menjawab persoalan
berdasarkan analisis penilaian sumatif yang dijalankan. Penilaian sumatif menggunakan skala likert lima pilihan iaitu Sangat Tidak
Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti, Setuju dan Sangat Setuju Seramai 90 responden Pelajar Semester Satu Politeknik Port Dickson
menjawab soal selidik. Data analisis menggunakan SPSS 26. Kajian rintis juga dibuat bagi mendapatkan kebolehpercayaan pada
soal selidik dan keputusan mendapati Alpha Cronbach adalah 0.742. Dapatan skor min 4.04 telah menunjukkan bahawa
pendekatan video ini telah berjaya menarik perhatian serta dapat membantu pelajar untuk lebih faham dan menggalakkan
pembelajaran kendiri. Hasil dapatan Nilai Spearman Correlations menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara mudah fahami
video amali dengan pembelajaran kendiri dan minat iaitu sebanyak 0.725 dan 0.721. Keputusan Annova pula memberikan
keseluruhan model regresi adalah signifikan, iaitu F(2,87)=68.418, p<0.001, R2 =0.611. Analisis daripada kajian ini mendapati
bahawa penggunaan video amali di dalam kursus DBS 10012 Engineering Science ini mempunyai keputusan yang positif.

Kata kunci : video ; persepsi ; pembelajaran dan pengajaran dalam talian.







PENGHARGAAN

Jawatankuasa Program Persidangan Maya Kebangsaan 3rd Malaysia TVET on
Research via Exposition 2021 (MaTRiX’21) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada:

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)
Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)

Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)

Persatuan Alumni PSMZA
Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Timur
serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan

MaTRiX’21

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version