The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alvyboogie, 2022-06-12 10:12:22

SCRIPT & SCREENPLAY FELONI

SCRIPT & SCREENPLAY FELONI

SKRIP FELONI

1 EXT GUDANG KAYU SIANG 1

Proses jual beli dadah sedang dijalankan. Seorang lelaki membuka
sebuah beg yang berisi dadah dan menghulurkan kepada ketua mafia
tersebut.

Inspektor Azri
Ni apa yang kau minta.

TIGER BLACK (KETUA MAFIA)

Bagus. Seperti apa yang aku nak. Minggu depan aku nak benda yang
sama. Kuantiti yang sama. Get it?

Tidak lama selepas itu, mereka berdua meninggalkan kawasan gudang.
Tidak lama selepas itu, sekumpulan anggota polis memecah masuk
kawasan itu dan memeriksa segenap ruang.

DSP Amirul masuk dan memandang sekeliling dengan muka yang serius.
Dia terlihat satu benda yang menarik perhatiannya di atas lantai.
Dia menunduk lalu mengambil barang tersebut sambil mengerutkan dahi.

- TAJUK FELONI (INTRO)-

2 INT RUMAH EDY SIANG 2

Edy sedang berdiri di mejanya sambil memegang kertas dan telefon di
telinga. Kelihatan sijil-sijil kejayaannya digantung di dinding.

Edy
Baik.

Dia melihat setiap kertas di atas mejanya yang bersepah lalu pusing
ke belakang menghadap papan kenyataan. Edy memerhatikan setiap bahan
bukti yang berjaya dikumpul dengan ekspresi muka serius.

Dia lalu membuka fail siasatan dan tidak lama selepas itu dia
memandang sekeliling seakan berfikir. Dia keluar dari bilik lalu ke
ruang tamu. Sambil memegang fail tersebut, Edy duduk di atas sofa
lalu memandang ke arah televisyen selepas mendengar berita yang
disiarkan di kaca tv mengenai sebuah kes yang berjaya ditumpaskan
oleh seorang inspektor polis bernama Azri.

Pembaca Berita (VO)

Sebuah sindiket penggubahan wang haram dan penyeludupan dadah sekali
lagi dapat ditumpaskan oleh Inspektor Azri dan anggotanya. Kami

sempat menemu ramah beliau dan hasil temu bual beliau berkata, “Ini
bukan pengakhiran bagi kes-kes penggubahan wang haram dan

penyeludupan kerana masih banyak kes yang belum dibuka kertas
siasatan dan akan usahakan pada masa akan datang.” Beralih kita ke

berita sukan.

Edy terus menutup siaran tv dan tersenyum.

3 INT PEJABAT KETUA POLIS / BILIK MEETING SIANG 3

Inspektor Azri sedang berjalan menuju ke bilik DSP Amirul. Dia
membuka pintu lalu mentabik hormat ke arah DSP Amirul.

Inspektor Azri
TUAN!

DSP Amirul
Ya Azri. Mari duduk.

Inspektor Azri mengangguk lalu mendekati meja DSP Amirul dan duduk
di atas kerusi.

DSP Amirul
Tahniah Azri. You’ve done well on your mission.

Inspektor Azri
Terima kasih tuan

DSP Amirul
Tapi..kamu kena ingat, tugas kamu belum selesai Azri.

Inspektor Azri
Ammm...Maksud tuan?

DSP Amirul menyerahkan satu fail kepada Inspektor Azri.

DSP Amirul
Ada satu lagi kes penyeludupan dadah yang maybe berkait rapat dengan

kes yang kamu baru tumpaskan ni. Saya nak kamu yang handle.

Inspektor Azri
Baik tuan. Saya menerima arahan tuan.

DSP Amirul
Tapi saya nak kamu handle dengan seorang penyiasat ni. Edy nama dia.
Saya akan emailkan semua tentang dia pada kamu. Selamat menjalankan

tugas.

Inspektor Azri
Baik tuan.

Inspektor menunduk hormat pada DSP Amirul lalu keluar dari bilik
tersebut.

4 INT KEDAI SERBANEKA SIANG 4

Edy berjalan masuk ke sebuah kedai. Dia melihat kiri dan kanan
mencari seseorang. Dia terlihat Inspektor Azri lalu mendekatinya.

Azri
Aku inspektor azri

Edy
Azri? Kau nak apa dengan aku?

Inspektor Azri menunjukkan kad identiti kepolisannya ke arah Edy.

Inspektor Azri
Aku nak kau tolong aku .

Edy
Tolong? Tolong apa?

Inspektor Azri menyerahkan fail kes kepada Edy. Edy mengambil dari
tangan Azri lalu membuka fail tersebut. Dia meneliti fail tersebut
dan memandang Inspektor Azri lalu menutup fail.

Edy
Deal. So kau nak aku tolong apa?

5A EXT DALAM KERETA SIANG 5A

Edy sedang memandu kereta. Kereta itu memasuki kawasan gudang
terbiar.

Inspektor Azri (VO)

Aku nak kau pergi gudang tu. Apa yang kau nampak kau ambik ja
gambar. Every single thing, faham? Jangan tinggal satu pun. We need

evidence. Pastikan jangan ada siapa nampak kau. Jangan tinggalkan
kesan Edy.

5B INT/EXT MAKMAL DADAH SIANG 5B

Edy membuka pintu kereta dan keluar sambil membawa kameranya lalu
memandang sekeliling dengan muka yang serius. Dia berjalan menuju ke
arah bangunan. Edy menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Dia
memerhati sekeliling bangunan dan lot-lot kosong yang terdapat di
situ. Tiba-tiba dia terhenti di hadapan sebuah lot kerana perasan
ada sesuatu yang berada di dalam. Dia memandang ke arah kirinya dan
melihat dari luar tingkat. Edy membuka pintu lalu masuk ke dalam.

Terdapat beberapa beg hitam disusun di tepi dinding dan dipercayai
berisi dadah. Edy terlihat sesuatu seakan tompokan darah pada
lantai. Dia membuka kameranya lalu mengambil gambar sekeliling. Dia
membelek gambar yang berjaya ditangkapnya.

Edy
Hmmm… Cukup dah kut ni.

Edy berjalan menuju ke pintu untuk keluar. Tiba-tiba dia terhenti
kerana ternampak sesuatu iaitu kesan tapak kasut. Dia menunduk dan
memerhati. Kesan tapak kasut itu seperti baru kerana masih basah.
Edy berdiri dan memandang sekeliling dengan perasaan berjaga-jaga.

Dia menuju ke arah tangga dan pergi meninggalkan bangunan. Dia masuk
ke dalam kereta lalu meninggalkan kawasan bangunan.

Seseorang terlihat sedang berdiri di tingkat atas sambil memerhati
kereta Edy meninggalkan kawasan bangunan.

6 INT RUMAH EDY SENJA/MALAM 6

Edy berjalan keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu sambil
membelek kepingan gambar yang diambilnya siang tadi. Sedang dia
membelek, satu keping gambar menarik perhatian Edy. Dia memerhati
gambar itu dan terlihat seakan seseorang sedang berdiri di tepi
tingkap tetapi tidak jelas. Edy menunjukkan muka yang keliru dan
serius.

Edy
(monolog luaran)
Aku dah agak. Aku tak sorang sorang.

Edy mencapai telefonnya di meja lalu mendail seseorang.

Edy
Hello, tuan.

7 EXT LUAR KERETA SIANG 7

Edy keluar dari keretanya dan mendekati Inspektor Azri yang berdiri
di hadapan keretanya.

Inspektor Azri
So, how’s the progress?

Edy
Nah. Aku dah dapatkan apa kau nak.

Edy menyerahkan sebuah sampul berwarna putih yang berisi gambar
kepada Inspektor Azri.

Inspektor Azri membuka sampul itu dan memerhati semua kepingan
gambar yang berjaya di ambil.

Edy

Aku yakin gudang tu tempat deal dorang jual dadah. Aku rasa kau dah
boleh report pihak atasan kut pasal benda ni.

Inspektor Azri
Sabar Edy. Ini tak cukup ni. Kita perlukan lebih lagi. This is what

we call documents. Real proof comes from the actions Edy.

Kata Inspektor Azri dengan lantang. Inspektor Azri menunjukkan
sampul itu ke arah Edy.

Edy memandang Inspektor Azri dengan pandangan serius.

8 INT LAB DADAH SENJA 8

Sebuah kereta dipandu masuk ke kawasan bangunan lama itu. Seorang
lelaki keluar dan berjalan menuju ke tingkat atas.

Beberapa anak konconya sedang melakukan kerja masing-masing.
Terdapat 2 tong besi yang dinyalakan api berdekatan dengan meja
tersebut.

3 orang anak konconya sedang mengira bungkusan berisi dadah dan
meletakkan di dalam beberapa beg hitam.

Dia berdiri memerhati mereka apabila salah seorang anak konconya
mendekatinya.

Gangster 1
Boss

Tokan dadah
Kenapa?

Gangster 1
Boss. Someone came just now. Tapi tak perasan muka. I don’t know
what he did. Saya cuba kejar tapi tak sempat. Dia dah lari dulu.

Tokan dadah itu tersenyum. Lantas wajahnya bertukar geram dan marah
lalu menendang anak konconya itu sehingga jatuh. Dia menjerit geram.

Tokan dadah
BODOH!

Tokan dadah itu mengeluarkan pistolnya dan memacu ke kepala anak
konconya itu.

Tokan dadah
Benda macam tu pun kau tak boleh handle ke?! Useless!

Gangster 1
Sorry boss!

Tokan dadah

Next time aku dengar benda macam ni lagi, peluru ni masuk dalam
tengkorak kepala kau. FAHAM?! Same goes to all of you!

Anak-anak konco
FAHAM BOSS!

Tokan dadah itu menolak kepala anak konconya menggunakan pistol di
tangan lalu berdiri dan berlalu pergi meninggalkan lot tersebut.

9 INT DALAM PEJABAT INSPEKTOR AZRI SIANG 9

Inspektor Azri masuk ke dalam biliknya lalu mencampakkan bukunya ke
atas meja lalu mendengus geram. Dia mundar mandir dengan wajah yang
cemas dan marah.

Inspektor Azri
Aduh. Aku kena cepat selesaikan ni.

Inspektor Azri mencapai telefonnya lalu menghubungi Edy.

Inspektor Azri
Edy. Kita tak banyak masa dah.

Edy
Jadi kau nak aku buat apa sekarang?

Inspektor
Aku nak kau pergi balik tempat tu. Kali ni,aku nak kau tangkap
gambar tokan dadah tu directly pulak. Aku nak kau datang lebih awal

kat sana, get it?

10 EXT/INT BANGUNAN LAMA SIANG/SENJA 10

Edy memandu kereta menuju ke bangunan lama itu. Dia memandang ke
arah jalan dengan pandangan yang serius.

Inspektor Azri (VO)

Aku nak kau datang lebih awal. Tunggu sampai aktiviti dorang start.
I need solid evidence this time. Don’t disappoint me Edy.

Edy memarkir kenderaannya agak jauh dari bangunan itu. Edy bersandar
pada kerusi pemandu.

Edy
(Monolog luaran)
I can do this! Bismillah.

Edy keluar dari kereta bersama kameranya lalu berjalan menuju ke
arah bangunan terbiar itu. Dia naik ke tingkat atas menuju ke lot di
mana dia menemui beg-beg berisi dadah sebelum ini. Edy memandang
melalui tingkap dan terkejut. Dia segera masuk ke dalam.

Edy
(Monolog luaran)
Tak silap aku sini tempat dia. Mana pergi semua barang tu?

Edy keluar dan memeriksa setiap lot yang ada di situ. Dia terhenti
apabila perasan ada sepuntung rokok yang masih bernyala di atas
lantai. Edy menunduk dan memerhatikan rokok itu. Tiba-tiba dia
terlihat bayang di hadapannya seakan ingin menyerangnya. Edy segera
mengelak sebelum sempat kayu yang dipegang gangster itu hinggap di
kepalanya.

Sekumpulan gangster sedang berdiri di belakangnya sambil memegang
beberapa senjata seperti kayu, parang, dan pistol. Edy memandang
mereka dengan cemas.

Gangster 1
Masak kau.

Edy mencabut topinya dan baling ke arah gangster-gangster itu. Dia
pusing ke belakang dan segera berlari menuju ke tingkat atas.

Edy mencapai telefonnya lalu menghubungi seseorang. Beberapa kali
dicuba tidak dijawab. Setibanya di tingkat atas, dia bersembunyi di
salah satu lot di situ dan teruskan mendail. Akhirnya panggilan
terjawab.

Edy
Tuan saya ni Edy. Tolong hantar bantuan sekarang. Saya kena serang.

Edy mematikan telefonnya apabila terdengar bunyi larian gangster-
gangster itu menghampiri tempat dia bersembunyi. Dia bersandar pada
dinding dan kekal bersembunyi sambil menggenggam telefon dan
kameranya.
Beberapa gangster yang mengejar Edy berlari melepasi lot tempat Edy
bersembunyi. Edy melepaskan nafas lega.
Edy membuka telefon dan menghantar mesej kepada seseorang. Edy
menyimpan telefonnya di poket. Bila sudah yakin tiada orang di situ,
dia lantas bangun dan keluar dari lot menuju ke tangga. Dia menuruni
tangga untuk pergi dari situ. Malangnya pintu tersebut berkunci. Edy
menunjukkan muka yang cemas.

Edy
Allahuakbar masa ni la nak kunci pun.

Edy segera naik ke tingkat atas semula untuk mencari jalan keluar
lain. Dia menuju ke arah kanan apabila dia terdengar bunyi di
belakangnya. Edy berpusing dan terlihat gangster-gangster yang
mengejarnya tadi.

Gangster 2
Kau dah tak boleh lari.

Edy
(Monolog dalam)
Aku dah tak boleh lari dah ni.

Edy menarik nafas panjang sebelum meletakkan kameranya ke lantai.
Edy memandang gangster-gangster itu tajam. Dia mengangguk kecil
sebelum meluru ke arah gangster-gangster itu dan mula berlawan.
Satu-persatu berjaya ditumbangkan oleh Edy. Dia menolak salah
seorang gangster tersebut jatuh ke tingkat bawah. Dia memandang ke
belakang dan melihat semua gangster yang tumbang. Tiba-tiba
kepalanya ditutupi dengan guni dan kepalanya dihentak dengan pistol
sehingga tidak sedarkan diri.

11 INT LAB DADAH SIANG/SENJA 11

Edy diikat pada tiang lampu. Kepalanya ditutupi dengan guni.
Seseorang datang mendekati Edy sambil membawa bakul kecil berisi
air. Dia lantas menyimbah Edy dengan air tersebut. Edy terbangun
dengan terkejut. Guni dikepalanya di tarik dan Edy memandang
sekeliling. Edy pandang ke arah lelaki yang berdiri di hadapannya.
Dia terkejut. Inspektor Azri berdiri di hadapannya sambil
melemparkan senyuman sinis.

Inspektor Azri
Hi Edy.

Edy
Kau…… kurang ajar kau Azri!

Inspektor Azri hanya ketawa sambil melihat Edy meronta cuba
melepaskan diri. Inspektor Azri mendekati Edy dan melutut di
hadapannya. Dia memegang muka Edy dan mengusap pipi edy sebelum
menampar lembut.

Inspektor Azri
Edy edy… Tak sangka kau sebodoh ni Edy. Aku ingatkan kau hebat
sangat sampai si polis tua tu recommend kau dekat aku. Sebenarnya
dah lama aku nak bunuh kau. Saja aku nak tengok macam mana kau

settlekan kes ni.

Edy
Hey apa benda kau buat ni Azri?! Rupanya kau la dalang sebenarnya

kan!

Inspektor Azri hanya memandang Edy untuk beberapa ketika lalu bangun
dan bergerak ke arah anak konconya. Dia mengambil pistol dari anak
konconya itu.

Inspektor Azri
Sudah terang lagi bersuluh Edy. Yes. Memang aku sebenarnya dalang.
Kalau bukan sebab si tua tu suruh aku minta tolong kau dalam kes ni,

kau takkan jadi macam ni Edy.

*START FLASHBACK* 12A (FLASHBACK AZRI)
Flashback scene 1 Dealing dadah. Reveal Inspektor Azri sebagai tokan
dadah.

Inspektor Azri (VO)
Aku cuba untuk tak babitkan siapa-siapa pun dalam kes ni Edy. Dia

yang nak kau join aku. So kau salahkan dia la bukan aku.

*END FLASHBACK*

Inspektor Azri berjalan mendekati Edy sambil mengusap pistol di
tangannya.

Edy
Apesal pulak dengan aku?! Apa aku buat sampai kau nak bunuh aku ni?

Inspektor Azri melutut memandang Edy. Dia mendekatkan mukanya ke
muka Edy.

Inspektor Azri
Kau dah tau banyak Edy. Takkan aku nak jadi bodoh biarkan kau
terlepas. And takkan aku nak biarkan semua kerja aku kantoi sebab

mulut kau, kan? So I have no choice Edy.

Inspektor Azri memacukan pistolnya di kepala Edy.

Inspektor Azri
Selain bunuh kau.

Belum sempat dia melepaskan tembakan, kaki kanannya ditembak oleh
anggota polis yang sebenarnya sudah awal memerhatikan mereka. Dia
menjerit dan meraung kesakitan.

Anggota polis 1
JANGAN GERAK! KAMU SEMUA TELAH DIKEPUNG! LETAKKAN SENJATA!

Inspektor Azri yang meraung kesakitan panik dan cuba mencapai
pistolnya yang tidak jauh darinya. Tidak sempat dia mencapai,
tangannya dipijak oleh Edy.

Edy
Checkmate.

*START FLASHBACK* 12B (Reveal PLAN DSP AMIRUL AND EDY)

*FLASHBACK SCENE 1 (DSP AMIRUL KUTIP PEMETIK API)*

DSP Amirul melutut untuk mengambil barang yang menarik perhatiannya.
Sebuah pemetik api. Dia memegang pemetik api itu dengan berhati-hati
untuk dijadikan bahan bukti.

DSP Amirul menyerahkan file kepada Edy di dalam kereta. DSP Amirul
menyerahkan sebuah fail kepada Edy. Edy membuka fail tersebut.

DSP AMIRUL
Edy, ni tugasan baru kamu.

Edy
Tugasan apa ni tuan?

DSP AMIRUL
Ni kes dadah yang saya tengah cuba untuk selesaikan.

Edy
Baik tuan. Tapi kenapa tuan tak suruh unit tuan je settlekan?

DSP Amirul
Saya taknak bagi sebab saya sendiri pun tak yakin dengan unit saya.
Macam ada yang tahu gerak geri saya. See, how semua ambush yang saya

lead, mesti dorang semua terlepas. Tak pelik ke?

Edy
Department tuan?! Rasanya siapa?

DSP Amirul menunjukkan pemetik api ke arah Edy.

DSP Amirul
Inspektor Azri. Ni dia punya ni.

Edy
Macam mana tuan tau?

DSP Amirul
Cap jari Azri ada kat lighter tu.

Edy
Oooo faham tuan. Kalau macam tu, saya pun ada rancangan. Apa kata
tuan bagi file ni dekat Azri and recommendkan saya pada dia untuk
selesaikan kes ni sama-sama. Tapi tuan jangan bagitahu yang tuan

kenal saya.

DSP Amirul
Baik.

*Flashback scene bagi file kat dari azri ke edy*

Edy (VO)
Kau yang bodoh Azri. Siapa suruh kau setuju untuk ambik aku?

*Flashback Edy minta tolong DSP Amirul*

Edy
Tuan saya ni Edy. Tolong hantar bantuan sekarang. Saya kena serang.

DSP Amirul
Kamu kat mana Edy? Tunggu saya akan hant-

Tidak sempat DSP Amirul berkata, panggilan sudah diputuskan.
- Shot ketua polis jawab panggilan Edy. -
*END FLASHBACK*
*END FLASHBACK*

Edy jalan mendekati Azri yang sedang terbaring.

Edy
Jangan ingat polis bodoh Azri. Kau pun BEKAS polis, tahu macam mana

integriti dorang. Polis akan sentiasa selangkah lebih dari
penjenayah.

Beberapa anggota polis masuk ke kawasan itu lantas menangkap kesemua
anak konco Azri. Azri yang masih terbaring digari oleh seorang
anggota polis dan dibawa pergi menuju ke kereta. Edy berdiri di
tengah serbuan itu sambil memandang ke arah bangunan dan kemudian
memandang ke langit sebelum menarik nafas lega.

Edy
Kuat jugak aku eh.

12 INT PEJABAT DSP/BILIK MEETING SIANG 12

1 MINGGU KEMUDIAN

Edy berjalan menuju ke bilik DSP Amirul. Dia mengetuk pintu dan
masuk sebelum mentabik hormat ke arah DSP Amirul.

DSP Amirul
Ye Edy. Sila duduk.

Edy mengangguk faham dan duduk di hadapan DSP Amirul.

DSP Amirul
Terima kasih Edy. Sebabkan kamu, kes besar ni berjaya ditumpaskan.

Edy
Saya hanya jalankan tanggungjawab saya tuan.
DSP Amirul mengangguk.

DSP Amirul
Tapi tugas kamu tak habis kat sini.

Edy
Maksud tuan?

DSP Amirul menyerahkan fail berwarna kelabu. Edy membuka fail
tersebut lantas memandang DSP Amirul.

DSP Amirul
Nama dia Black Tiger. Dia partner si Azri tu. But dia bukan orang
biasa tau. Dia lebih danger dari Azri. International drug dealing
memang makanan dia. Intel mendapati yang dia semakin mengganas dekat

negara kita.

Edy melihat gambar Black Tiger.

*MASUK FLASH REVEAL BLACK TIGER SCENE 1*

DSP Amirul
Kamu tahu apa kamu perlu buat. Kan?

Edy memandang tersenyum memandang DSP Amirul.
FULL SCREEN GAMBAR Black tiger
(FELONI 2)
-ROAD TO BLACK TIGER-
-ENDING CREDIT-
Add SCRIPT FINALIZATION.

- Hareesh & Khairani

TAMAT.


Click to View FlipBook Version