The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tuti azuraidah, 2020-06-27 01:11:42

Buku Program Majlis Persaraan

Buku Program Majlis Persaraan

30 JUN
2020

SELASA
12.00 tgh-

2.00ptg

DEWAN
SEMEKAR

Pn Aminah Binti En Balakrishnan
Sahji A/L Nadarajan

SMK BANDAR RINCHING I 2020

Biodata En Balakrishnan A/L Nadarajan

Dilahirkan pada tanggal 21 Mei 1960 di Ladang Sg Choh, Rawang, Selangor. Merupakan
anak ke tiga daripada lima orang adik beradik. Beliau telah memilih pasangan hidup,
berjiwa seorang pendidik yang kini masih lagi berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil, Kajang, Selangor.

Jiwa pendidik begitu terserlah dalam pasangan guru ini. Dalam tegas ada kelembutan,
dalam kelembutan mengalirnya sejuta kasih sayang kepada tiga orang cahaya mata
mereka. Payah jerih dalam mendidik anak-anak, siapalah yang tahu. Akhirnya keringat peluh
membesarkan anak-anak dibalas dengan segulung kejayaan yang digengami tiga cahaya
mata En Balakrishnan ini. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu.
Bertuahnya pasangan hidup ini, apabila dua daripada tiga orang cahaya mata mereka
bergelar menjadi doktor perubatan iaitu Dr. Kanimoliyal dan Dr. Ponmullai. Seorang lagi
bekerja sebagai jurutera, iaitu En.Tamil Iniyan, anak kedua pasangan hidup ini.

Kecemerlangan En. Balakrishnan dalam bidang dunia pendidikan memang
tidak dapat dinafikan. Benarlah kata pepatah, sehari selembar
benang, lama-lama menjadi kain. Minat berkarya dan membaca
yang ditanam dari muda lagi, tidak menjadi sia-sia.
Akhirnya beliau berjaya menghasilkan karya bukunya sendiri.
5 buah buku hasil karya En Balakrishnan berjaya diterbitkan
merangkumi ilmu sajak, cerpen dan karangan.
Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya menulis enam buah buku
Sastera yang kini menjadi rujukan utama dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Memulakan tugas sebagai seorang pendidik di :
SJKT Ldg Cheroh, Raub Pahang ( 5 tahun)
SMAP Kjang, (6 tahun)
SMK Perimbun (6 tahun)
SMK Bandar Rinching(12 tahun 5 bulan)

Kata orang, “alah bisa tegal biasa” dan “genggam bara api
biar sampai jadi abu”, begitulah semangat yang dimiliki
oleh En Balakhrisnan yang sangat dihormati dan disayangi.
Kejayaan terulung yang berjaya dicipta sebelum berakhirnya tarikh
rasmi untuk bersara adalah mendapat Anugerag Hadiah Buku dari
Tanjavur Universiti pada tahun 2013 dan pada tahun 2017, beliau
dinobatkan sebagai Tokoh Guru Sekolah Menengah Kebangsaan
bagi mata pelajaran Bahasa Tamil pada tahun 2017

Biodata Pn Aminah Bt Sahji

Raut wajah penuh ketenangan,
Tidak terkalam kasih dijunjung,
Jasamu Puan tetap dikenang,
Budimu Puan tetap disanjung.

Puan Aminah Bt Sahji dilahirkan di Kg. Sg Tiram, Johor. Merupakan anak ke enam daripada
sembilan orang adik beradik. Beliau telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 Januari
1985. Kebahagiaan rumah tangga diberkati dengan kehadiran tujuh orang permata
anugerah Ilahi. Kini keriuhan dalam rumah bertambah mesra dengan kehadiran lima orang
cucu.

Beliau mendapat pendidikan awal di SK Kg SgTiram , Johor Bahru. Meneruskan pendidikan
di Sek. Men. Keb Majidi Baru sehinggalah di tingkatan tiga. Kemudian, beliau menyambung
pendidikan peringkat Menengah Atas di Sek. Men. Keb. Sultan Ismail.

Sementara menunggu panggilan untuk meneruskan pendidikan
di peringkat yang lebih tinggi, beliau telah bekerja sambilan
di Sek. Tengku Ampuan Mariam. Berkat usaha dan ketabahan
dalam mengecapi kejayaan semasa di peringkat
Menengah Atas, akhirnya beliau berjaya melanjutkan
pendidikan di Maktab Perguruan Ipoh Hulu Kinta
dari tahun 1980 sehingga 1983.

Profesion beliau sebagai seorang guru bermula pada
tahun 1984. Sebaik sahaja menamatkan pengajian di
Maktab Perguruan, beliau ditempatkan di Sek. Keb. Bangi
bermula 1986 hingga 2002. Kemudian beliau berkhidmat di
Universiti Kebangsaan Malaysia dari Mei 2002 hingga
Mei 2005. Selepas itu, beliau terus menjadi
seorang pendidik di SMK Bandar Rinching, Selangor
sehingga kini.

Sesungguhnya telah banyak jasa dan bakti yang
ditinggalkan. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang
tak kata. Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang
berganti, tapi tak akan sama dengan Pn Aminah Bt Sahji.

Atur Cara Majlis

12.00 tgh : Perarakan Masuk
: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Ucapan Wakil Pelajar

-Arus Perdana
- PPKI
: Ucapan Pengerusi KKS
: Ucapan Tuan Pengetua
: Persembahan Multimedia
: Ucapan Yang Dirai
: Penyampaian Hadiah & Cenderamata
: Sesi Fotografi
: Perarakan Keluar
: Sesi Menaiki Kereta Berhias

2.00 ptg : Jamuan
: Bersurai

Sekapur Sireh Seulas Pinang

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Majlis Persaraan dengan tulus ikhlas
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama
dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Melati Kuntum Tumbuh Melata
Sayang Merbah di Pohon Cemara
Akhir Kalam Penyudah Bicara

Moga Bahagia di Alam Pesara

Semoga En Balakrishnan dan Pn Aminah bahagia
di samping keluarga tercinta


Click to View FlipBook Version