The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEMEKAR 2021 KALI KE 7 TERKINI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tuti azuraidah, 2021-01-19 09:28:20

BUKUPENGURUSANSEMEKAR2021

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEMEKAR 2021 KALI KE 7 TERKINI

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

SMK BANDAR RINCHING,
43500, Semenyih,
Selangor Darul Ehsan.

DATA PERIBADI :

NAMA: : TEMPAT LAHIR :

NO.KP

NO. TELEFON : GOOGLE :
BIMBIT CLASSROOM :
FACEBOOK
E-MEL : INSTAGRAM

ALAMAT :
RUMAH

HUBUNGAN KECEMASAN:

NAMA : NO. TELEFON :
BIMBIT :
NAMA : NO. TELEFON
BIMBIT

PERJAWATAN: GRED :
JAWATAN :
JAWATAN NO.GAJI

NO.JPN : NO. KWSP :
NO.LHDN :
OPSYEN 1 : OPSYEN 2 :
PENILAI :
PERTAMA PENILAI KEDUA :
MENTOR)

TUGAS-TUGAS DI MATA PELAJARAN YANG PENGLIBATAN
SEKOLAH :
DIAJAR: LUAR SEKOLAH:

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

SURAT PENGAKUAN GURU

Saya …………………………………………………………………………………………………………………………
No. Kad Pengenalan : ……………………………………………………………………………………………………..
Bahawa saya :
1. telah mengikuti sepenuhnya mesyuarat / taklimat tentang arahan dalam pengurusan dan pentadbiran

serta tugasan bagi tahun 2021 pada …………………………….,
2. telah menerima semua bahan edaran mesyuarat / taklimat,
3. telah membaca dan memahami semua isi kandungan mesyuarat / taklimat, dan
4. akur dengan arahan perkhidmatan berkaitan dengan tugas dan akan melaksanakan tugas yang

diamanahkan kepada saya dengan penuh tanggungjawab.
Senarai tugas saya adalah seperti berikut:

Perincian Tugasan

Bil Pengurusan dan Kurikulum Hal Ehwal Murid Kokurikulum /
Pentadbiran Sukan
1.
2. Pengesahan Ketua Jabatan:
3.
4.
5.
6.
Tandatangan:

………………………………. ………………………………..
Pengetua
Nama : ……………………………… SMK Bandar Rinching.
Tarikh: ………………………..
Jawatan : ………………………………

Tarikh : ………………………………

2

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
1
MAKLUMAT PERIBADI 2
SURAT PENGAKUAN GURU 3
KANDUNGAN 5
PRAKATA PENGETUA 6
JAWATANKUASA PERSEDIAAN BUKU PENGURUSAN
7
WATIKAH PERLANTIKAN TUGASAN JAWATANKUASA DALAM BUKU
PENGURUSAN PENTADBIRAAN 8

IKRAR PERKHIDMATAN AWAM, FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, 8-9
WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA & MATLAMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN 10
11
VISI , MISI, PIAGAM SEKOLAH, FALSAFAH DAN MOTO SEKOLAH 15
MATLAMAT SEKOLAH DAN KPI PENGETUA 16
HALA TUJU SMK BANDAR RINCHING 17
LENCANA 18
LAGU SEKOLAH 20
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2015 21
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
PROFESIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 23
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)
ARAHAN DAN PANDUAN AM UNTUK GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN 35
PELAKSANA 43
PERIHAL CUTI-CUTI MENGIKUT PERINTAH-PERINTAH AM 44
BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 51
JADUAL BERTUGAS PENTADBIR 52
KALENDAR 53
HARI KELEPASAN AM 54
PENGGAL PERSEKOLAHAN 65
SENARAI NAMA GURU DAN AKP 73
JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN 79
SENARAI MENTOR-MENTEE 81
JADUAL PEMANTAUAN DAN SEMAKAN BUKU 83
PAKEJ MATA PELAJARAN 85
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SEKOLAH 87
CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN SEKOLAH 110
JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 111
BAHAGIAN PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH 112
KPI KURIKULUM 114
CARTA ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH 125
JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH 127
TAKWIM PENGURUSAN KURIKULUM 128
BAHAGIAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH 129
KPI HAL EHWAL MURID 131
CARTA ORGANISASI UNIT HAL EHWAL MURID 144
JAWATANKUASA PENGURUSAN HEM
TAKWIM PENGURUSAN HEM

3

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

PERKARA MUKA SURAT
BAHAGIAN PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH 146
KPI KOKURIKULUM 147
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM 148
JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 149
JADUAL PEMANTAU AKTIVITI KOKURIKULUM 152
TAKWIM PENGURUSAN KOKURIKULUM 166
BAHAGIAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH 172
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS, VISI PENDIDIKAN KHAS, MISI PENDIDIKAN KHAS 173
CARTA ORGANISASI PPKI 174
DASAR PENDIDIKAN KHAS, SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS,
RASIONAL DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS 176
BIDANG DAN KOMPONEN PROGRAM PPKI
JAWATANKUASA PENGURUSAN PPKI 178
TAKWIM AKTIVITI PERSEKOLAHAN 2021 179
PERINCIAN TUGASAN GURU 191
228

“BERGERAK SEDERAP SEMEKAR
MEWANGI”

4

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya Buku Pengurusan SMK Bandar
Rinching 2021 dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sesungguhnya buku ini
adalah dokumen penting sebagai panduan dan rujukan kepada semua warga SEMEKAR dalam
bidang pengurusan, kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan program pendidikan khas integrasi.
Semua warga SEMEKAR khususnya para guru dan staf sokongan perlu meneliti dan memahami isi
kandungannya dan mengamalkannya. Sememangnya sebagai penjawat awam adalah menjadi
tanggungjawab kita bersama dalam melaksanakan dasar-dasar dan arahan-arahan kerajaan,
khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berbekalkan
keazaman dan kesungguhan, kita boleh membuktikan kematangan kita sebagai kakitangan
berwibawa sesuai dengan tuntutan kerjaya yang semakin mencabar ini.

Berlabuhnya tirai 2020 menyaksikan banyak tindakan perubahan dan penambahbaikan yang
melibatkan semua warga SEMEKAR. Pihak sekolah telah melaksanakan PdPC dalam norma
baharu kerana negara berada dalam situasi pandemik Covid-19. Ketika sekolah ditutup kerana
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pembelajaran secara PdPR telah menjadi amalan
guru-guru dan murid-murid. Semua pihak memahami peri pentingnya pendidikan walau kita berada
dalam situasi apa pun kerana kita semua mengharapkan kecemerlangan dalam semua segi iaitu
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah bagi menghasilkan insan yang berkualiti. Hal ini adalah kerana
kita ingin melahirkan insan yang berilmu, berketerampilan, kreatif dan inovatif dalam pelbagai
bidang bagi memajukan negara pada masa hadapan.

Sebagai tenaga pelaksana, yang sangat penting marilah kita sama-sama memupuk
semangat bekerjasama, penuh rasa tanggungjawab, berintegriti dalam menjayakan dan
melaksanakan dasar-dasar KPM dengan penuh amanah dan dedikasi. Diharapkan segala program
yang dirancang akan dapat disempurnakan dan membuahkan hasil yang cemerlang. Berbekalkan
komitmen yang tinggi, semangat kolaboratif, partisipasi dan semangat kepunyaan yang tidak
berbelah bahagi adalah tidak mustahil warga SEMEKAR boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan sekolah-sekolah lain dalam pelbagai pencapaian baik peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa. Marilah kita sama-sama merealisasikannya.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
penyediaan Buku Pengurusan Pentadbiran Profesionalisme 2021. Semoga warga SEMEKAR akan
bersikap positif dan bergerak secara proaktif, berfikir secara kreatif dan inovatif serta bertindak
dengan komited dan penuh bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
sepanjang tahun 2021 ini. Adalah menjadi harapan saya agar kita semua warga SEMEKAR dapat
bekerja sebagai satu pasukan yang utuh demi mencapai kecemerlangan dalam semua bidang
khasnya aspek kemenjadian murid. “BERGERAK SEDERAP SEMEKAR MEWANGI”.

MOHAMAD SABRI BIN SATAR
Pengetua SMK Bandar Rinching

5

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

JAWATANKUASA BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME
SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

Penasihat : Tn Hj Mohamad Sabri bin Satar
Pengetua

Pengerusi : Che Tom binti Ahmad
Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi I : Rosmi binti Mohamad Radzi
Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi II : Norliza binti Zakaria
Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi III : Siti Zubaidah binti Ibrahim
Penolong Kanan Petang

Naib Pengerusi IV : Mohd Azahar bin Kamarudin
Penolong Kanan PPKI

Setiausaha : Aminah binti Wahid @ Abdul Wahid
GKMP Kemanusiaan

Pen.Setiausaha : Rosleena binti Ahmad
GKMP Sains dan Matematik

Ahli : Norlela binti Mohd Noor (GKMP Bahasa)

: Nor Azazlina binti Sidek (GKMP Teknik dan Vokasional)
: Sakinah Binti A. Ghani (Setiausaha Kurikulum)
: Siti Wardina Binti Ahmad Saad (Setiausaha Hal Ehwal Murid)
: Zurida Binti Salleh (Setiausaha Kokurikulum)
: Norisa Rozita binti Mat Hassan (Naib Setiausaha Kokurikulum)
: Omi Kalsom Binti Husain (Setiausaha PPKI)
: Nur Faizah Binti Mustafa (Guru Data)
: Tuti Azuraidah Binti Nasir (Ilustrator)

6

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

Semua Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
SMK Bandar Rinching
Tuan/Puan,
WATIKAH PELANTIKAN TUGASAN JAWATANKUASA DALAM BUKU PENGURUSAN
PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR BILANGAN KE-17 TAHUN 2021.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah melantik tuan/puan sebagai Jawatankuasa
seperti yang tercatat dalam buku Pengurusan Pentadbiran Profesionalisme SEMEKAR Bilangan ke 17
Tahun 2021 berkuatkuasa mulai 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.
3. Semoga dengan pelantikan ini, tuan/puan dapat menjalankan tugasan yang diberi dengan penuh
tanggungjawab untuk meningkatkan prestasi dan kualiti sekolah dengan cemerlang. Semoga khidmat
bakti dan sumbangan tuan/puan kepada sekolah ini akan dapat melahirkan modal insan yang
berketerampilan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekian, terima kasih.
“BERGERAK SEDERAP SEMEKAR MEWANGI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

MOHAMAD SABRI BIN SATAR
Pengetua SMK Bandar Rinching

7

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021
8

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021
9

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021
INDEKS PRESTASI UTAMA “KEY PERFORMANCE INDICATOR” (KPI)

10

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021
11

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

HALA TUJU SMK BANDAR RINCHING

Fokus 1: Pengurusan, Pentadbiran dan Profesionalisme Sekolah (K3P)

Meningkatkan Kecemerlangan Pengurusan dalam aspek:

1. Pengurusan Perkhidmatan Rekod – Rekod Perkhidmatan, APDM dan e-Operasi dan HRMIS.
2. Pengurusan Perjawatan, Kenaikan Pangkat, Prestasi, Gaji dan Emolumen serta kebajikan warga sekolah.
3. Pengurusan Sumber Manusia secara cekap dan bijak – Pengagihan tugas berasaskan bidang kepakaran

guru, staf sokongan, murid dan semua warga sekolah.
4. Penggemblengan, penggunaan dan perkongsian optimum tenaga, ilmu, kemahiran dan kepakaran

seluruh warga sekolah.
5. Mengurus sumber bukan manusia – kemudahan asas/prasarana, utiliti, bahan, persekitaran sekolah

secara jimat dan berhemah.
6. Meningkatkan taraf kepada 5 bintang untuk bilik-bilik khas terpilih, laluan-laluan, taman, laman, dataran,

dakian dan seluruh persekitaran sekolah.
7. Meningkatkan tahap keselamatan semua kemudahan sekolah.
8. Mengurus kewangan dengan telus, cekap dan berkesan. Berusaha untuk mencapai Sijil Audit Cemerlang.
9. Meningkatkan ilmu dan kemahiran pengurusan kewangan, PT kewangan, Guru Penolong Kanan, GKMP

dan semua Ketua Panitia.
10. Memantapkan Pengurusan Stok dan Inventori Sekolah.
11. Memastikan aset sekolah digunakan sepenuhnya dengan berhemah dan cermat.
12. Membudayakan penyelenggaraan segera prasarana dan kemudahan sekolah.
13. Memantapkan pengurusan sistem fail dan pengurusan maklumat terkini, mudah dan cepat diakses.
14. Melaksanakan pengurusan pemantauan sekolah berperingkat secara menyeluruh.
15. Bertindak berasaskan Pekeliling Perkhidmatan, Akta dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI).
16. Mengamalkan budi bicara dan memahami kehendak warga dalam batasan yang dibenarkan oleh

pemegang taruh /KPM.
17. Memastikan barisan kepimpinan sekolah berwibawa dan boleh menjadi contoh kepada warga sekolah.
18. Menyediakan pemimpin pelapis yang mempunyai daya kepimpinan tinggi.
19. Berusaha menghasilkan guru yang dapat memenuhi kriteria Standard Guru Malaysia.
20. Berusaha ke arah menyediakan peluang untuk tambah nilai (value added) warga sekolah.
21. Memastikan Program Latihan Personel (LP) memberi fokus yang berasaskan sekolah.
22. Memberi keutamaan kepada kebajikan warga sekolah khususnya dalam aspek gaji dan elaun,

pengesahan perjawatan dan peluang kenaikan pangkat.
23. Berusaha menyediakan tempat kerja guru dan staf sokongan yang selesa dan dapat bekerja dalam

suasana kerja yang harmoni.
24. Mengamalkan hubungan komunikasi mesra dan harmoni pelbagai hala.
25. Mewujudkan budaya kerja yang berorientasikan kecemerlangan dengan menitikberatkankonsep kerja

adalah amanah dan ibadah yang menuntut kepada keikhlasan.
26. Membuat penilaian prestasi guru dan staf sokongan secara adil dan telus.
27. Memberikan sijil penghargaan dan pengiktirafan kepada warga sekolah yang menghasilkan

kecemerlangan sekolah.
28. Sentiasa berusaha ke arah sekolah berkesan, sekolah berwatak dan sekolah berkualiti.
29. Sentiasa berusaha untuk memenuhi ciri Sekolah Berprestasi Tinggi bagi memenuhi hasrat Bidang

Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
30. Sentiasa akur dan berusaha memenuhi hasrat dasar terkini kerajaan khususnya Bidang Keberhasilan

Utama Negara. (NKRA) dan Dasar 1 Malaysia.
31. Sentiasa berusaha ke arah memenuhi kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

12

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

Fokus 2 : Pengurusan Kurikulum

1. Pengetua dan barisan kepimpinan sekolah melaksanakan secara berkesan kepimpinan instruksional.
2. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran.
3. Meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
4. Meningkatkan bilangan pencapaian A dalam peperiksaan awam dari tahun ke tahun.
5. Meningkatkan Gred Purata Sekolah dalam PT3 dan SPM dari tahun ke tahun.
6. Meningkatkan peratus pencapaian PT3 melebihi 80% dan SPM melebihi 90% ke atas.
7. Memantapkan pelaksanaan program i-Think, Kbat, PLC dan Google Classroom.
8. Melaksanakan headcount dan PILL secara menyeluruh untuk peningkatan pencapaian murid.
9. Memastikan guru melaksanakan PdPc dan PdPR berkesan.
10. Mematuhi penjadualan dalam melaksanakan Pencerapan PdPc dan PdPR secara klinikal dan

bermakna.
11. Memastikan guru mengajar secara terancang menggunakan kaedah pembelajaran abad ke-21.
12. Memastikan guru menggunakan bahan bantu mengajar secara optimum khususnya penggunaan ICT

dengan berkesan.
13. Memastikan semua guru dicerap sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
14. Memastikan guru dilatih supaya berkemahiran menyediakan soalan bermutu berpandukan Jadual

Spesifikasi Ujian (JSU).
15. Memastikan guru melaksanakan pemeriksaan buku latihan murid dengan teliti dan bermakna.
16. Menyediakan mekanisme pemantauan pemeriksaan buku latihan murid secara yang lebih berkesan,

menggunakan instrumen khas.
17. Mempunyai perancangan strategik kurikulum berasaskan kepada analisis SWOT.
18. Memberi fokus kepada pelbagai program khas kurikulum yang ada impak/penambahbaikan.
19. Berusaha untuk mencapai kedudukan 5 sekolah harian terbaik SPM dalam Daerah Hulu Langat.
20. Memastikan pengurusan panitia mantap serta sistem fail kemas dan terkini.
21. Memastikan dokumentasi program kurikulum yang menyeluruh, lengkap dan kemas.
22. Memastikan semua warga sentiasa mengamalkan 5S (Sisih, Sapu, Susun, Seragam, Sentiasa Amal).

13

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

Fokus 3: Pengurusan Hal Ehwal Murid

1. Seluruh warga sekolah mengamalkan Budaya Sayangi Sekolah dalam amalan harian.
2. Melahirkan warga sekolah yang beradab dengan mengamalkan tingkah laku ketimuran.
3. Melahirkan murid dan warga sekolah yang berketrampilan, berani dan menyerlah.
4. Pendekatan kerohanian digunakan dalam proses pembentukan sahsiah warga sekolah.
5. Meningkatkan rasa sayang warga kepada sekolah.
6. Berusaha mewujudkan komunikasi pelbagai hala yang harmoni dan mesra.
7. Memastikan semua guru berperanan sebagai guru disiplin dan guru bimbingan dan kaunseling.
8. Memastikan sebarang kes salah laku murid ditangani dengan bijak dan berhemah.
9. Memastikan bilangan kes salah laku murid semakin menurun dari tahun ke tahun.
10. Memastikan persekitaran sekolah yang kondusif mengikut piawaian 3K (Keselamatan, Kebersihan dan

Kesihatan).
11. Memastikan semua warga sentiasa mengamalkan 5S (Sisih, Sapu, Susun, Seragam, Sentiasa Amal).
12. Memastikan setiap program HEM dilaksanakan secara terancang dengan memberi tumpuan kepada

impak.
13. Pengurusan SPBT cekap dan Bilik BOSS yang kemas dan kondusif.
14. Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam Sarana Ibu Bapa.
15. Memastikan kantin sekolah sentiasa bersih dan kemas mengikut piawaian KKM.
16. Mempunyai perancangan strategik unit HEM berasaskan analisis SWOT.
17. Melaksanakan post-mortem/tindak susul penambahbaikan program HEM.
18. Melaksanakan pelbagai program intervensi sahsiah.
19. Memastikan sistem fail, rekod dan dokumentasi unit HEM kemas dan terkini.

Fokus 4: Pengurusan Kokurikulum

1. Memastikan pengurusan dan pentadbiran unit kokurikulum mantap.
2. Memastikan semua warga sekolah terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan sukan.
3. Memastikan penglibatan murid secara aktif dalam sebarang aktiviti kokurikulum dan sukan.
4. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid.
5. Berusaha untuk meningkatkan pencapaian dalam kokurikulum dan sukan di peringkat daerah, negeri dan

kebangsaan.
6. Meningkatkan keterampilan, kepimpinan, kejurulatihan dalam kalangan murid dan guru.
7. Meningkatkan kemahiran dan kejurulatihan dalam kalangan guru penasihat kokurikulum dan sukan.
8. Memperkasakan watak sekolah.
9. Memastikan sistem fail unit kokurikulum kemas dan terkini.
10.Memastikan dokumentasi program kokurikulum disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Fokus 5: Komitmen Komuniti

1. Sentiasa bekerjasama erat dan mesra dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
2. Memastikan penglibatan secara aktif dalam Sarana Ibu Bapa.
3. Sentiasa bekerjasama secara pintar dengan komuniti setempat.
4. Melibatkan sebanyak mungkin organisasi luar dalam mencapai kecemerlangan sekolah.
5. Sentiasa berusaha mewujudkan hubungan baik dengan komuniti.
6. Menjalin hubungan dalam suasana menang-menang dengan komuniti.
7. Mencari peluang sebanyak mungkin untuk pembangunan dan kemajuan sekolah.
8. Melibatkan komuniti setempat dalam program anjuran sekolah.
9. Bersikap terbuka terhadap sebarang pandangan komuniti untuk memajukan sekolah.

14

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021
15

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

Perpaduan dan Integrasi Kaum.
Warna Rasmi Sekolah Lambang
Keberanian dan Jati Diri yang tidak
pernah mengenal erti kegagalan.
Kesetiaan dan mematuhi peraturan.
Kemurniaan Sahsiah

Tajuk : SMK BANDAR RINCHING CEMERLANG

16

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

3 OBJEKTIF KHUSUS

5 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

11 ANJAKAN UTAMA 9 BIDANG KEUTAMAAN

1. Menyediakan Kesamarataan akses kepada Memartabatkan profesion perguruan.
Meningkatkan kualitikepemimpinan
pendidikan berkualiti bertaraf sekolah.
Meningkatkan kualiti sekolah.
antarabangsa . Memantapkan kualiti kurikulum dan
pentaksiran.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam Meningkatkan penguasaan pelbagai
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor
menghayati nilai. swasta dan masyrakat sebagai rakan
kongsi dalam pendidikan.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion Meningkatkan kesediaan murid untuk
pilihan.
merebut peluang dalam pendidikan tinggi
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi dan pasaran kerja.
ditempatkan disetiap sekolah.
Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan
6. Mengupaya JPN, PPD & sekolah untuk pengurusan sumber.

menyediakan penyelesaian khusus Membina kemampuan serta keupayaan
sistem penyampaian sistem.
berasaskan keperluan.
17
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan
penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan
sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan kebolehan murid bagi
setiap ringgit .

11. Meningkatkan ketelusan untuk akuantabiliti
awam.secara langsung.

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Transformasi kurikulum pendidikan

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025

memberi penekanan kepada konsep

kemahiran berfikir aras tinggi

(KBAT-HOTS) yang berupaya

melahirkan generasi mempunyai

pemikiran kritikal dan kreatif.

Secara umumnya mengikut taksnomi Bloom, KBAT/HOTS merujuk kepada empat aras teratas kemahiran
berfikiri iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta manakala aras paling bawah yang
merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah (LOTS) iaitu memahami dan menghafal.Kemahiran
berfikir adalah antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi kementerian supaya pelajar berupaya
bersaing pada peringkat global .

Pada tahun 1994, Kemahiran Berfikir Kritis Dan
Kreatif (KBKK) telah dilancarkan oleh KPM

Pelaksanaan elemen KBAT dilakukan melalui 7 elemen
berikut:

18

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

Pelaksanaan KBAT dalam bilik darjah
melalui perubahan dalam kurikulum,
pendekatan dan pentaksiran.

Murid dapat membuat keputusan,
menyelesai masalah, menginovasi dan
mencipta.

Dengan cara:

• Menggunakan 8 peta i-THINK
dalam PdPc.

• Teknik menyoal dan menaakul
untuk meningkatkan kemahiran

Melalui program i-Think, 8 peta
pemikiran diperkenalkan dengan tujuan
dan objektif yang berbeza disamping
proses pemikiran masing-masing dapat
diaplikasikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas
mengikut topik yang bersesuaian
dengan peta pemikiran yang dipilih.

19

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

1. Meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru.
2. Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan

bekerjasama dalam kalangan guru.
3. Mewujudkan semangat kerja berpasukan.
4. Membangunkan sekumpulan pengurus mata pelajaran yang pakar untuk

membantu dan memberikan bimbingan kepada pengurus-pengurus mata
pelajaran yang lain (coaching partnership).
5. Mengindoktrinkan pemikiran pengurus mata pelajaran bagi menzahirkan
jati diri sebagai pemimpin instruksional.
6. Mempopularkan dan membudayakan PLC sebagai strategi pelaksanaan
khusus dalam perkhidmatan peningkatan profesionalisme guru-guru di
Malaysia.

20

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)

DEFINISI OPERASI
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan
di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam
talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.
PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab
bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.

OBJEKTIF PdPR

Sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang membolehkan
murid mengikuti PdPR secara optimum.

PENDEKATAN PdPR

PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan
PdPR dengan menggunakan satu daripada kaedah ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian.

1.1 PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan
penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara real time. Guru boleh
melaksanakan PdPR melalui:

1.1.1 pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia
(DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media sosial; atau

1.1.2 aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas langsung
(live streaming); atau

1.1.3 e-Permainan (gamification), video, klip audio, eBuku, rakaman atau tugasan dalam
talian.

1.2 Pelaksanaan PdPR memerlukan murid menggunakan peranti berskrin seperti komputer,
komputer riba, tablet atau telefon pintar dalam tempoh tertentu. Masa penggunaan peranti ini
dikenali sebagai tempoh layar (screen time) murid.

1.3 Panduan tempoh layar maksimum mengikut umur berdasarkan sumber daripada
www.eyepromise.com dengan merujuk kepada The American Academy of Pediatrics (AAP) dan
World Health Organization (WHO) adalah seperti berikut:

Tahap Persekolahan Tempoh Waktu Layar Sehari

Prasekolah 1 jam
Rendah 1-2 jam
Menengah rendah 2-3 jam

21

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

1.4 Guru perlu menetapkan tempoh masa layar yang bersesuaian dengan mengambil kira pandangan ibu
bapa/ penjaga.

1.5 PdPR secara luar talian berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti seperti komputer,
komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian Internet. Pembelajaran juga boleh berlaku
apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain.

1.6 Guru boleh memuat turun bahan-bahan PdP dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan latihan
daripada sumber seperti di para 1.1.1 dan 1.1.3. Proses memuat turun bahan dilakukan semasa
terdapat capaian Internet dan diberikan kepada murid melalui medium komunikasi yang bersesuaian.

1.7 Guru juga perlu menetapkan tempoh masa penggunaan peranti secara di luar talian dengan
mengambil kira pandangan ibu bapa/ penjaga.

1.8 Pembelajaran secara off-site ialah kaedah pembelajaran yang berlaku di lokasi seperti di pusat
komuniti, atau di mana- mana premis yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara
akibat bencana atau wabak. Pembelajaran secara off-site dilaksanakan mengikut Surat Siaran
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 2016 Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan
Pembelajaran Akibat Bencana.

1.9 Pembelajaran boleh berlaku secara kendiri atau dengan bimbingan Academic Support Team (AST)
yang terdiri dalam kalangan pegawai PPD atau guru sekolah yang dilantik

KAEDAH PDPR

1. Antara kaedah PdPR yang boleh digunakan ialah pembelajaran menggunakan modul dan
pembelajaran berasaskan projek.

1.1 PdPR menggunakan modul perlu dirancang secara berstruktur untuk memenuhi keperluan
mata pelajaran.

1.2 Modul yang dibangunkan perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

1.2.1 Sasaran murid (prasekolah, rendah, menengah);

1.2.2 Tajuk atau tema modul;

1.2.3 Objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
1.2.4 (DSKP);
Tempoh pelaksanaan aktiviti;

1.2.5 Nota berkaitan tajuk modul;

1.2.6 Aktiviti yang relevan dengan topik PdP atau aktiviti yang mengalakkan murid belajar
1.2.7 berdasarkan pengalaman sendiri; dan
Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid .

1.2.8 Modul pembelajaran ini diedarkan kepada murid berdasarkan Rancangan Pengajaran
1.2.9 Harian (RPH) yang ditetapkan.
Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk disemak/ ditaksir sebelum menerima
modul pembelajaran seterusnya.

22

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

1.3 PdPR berasaskan projek dilaksanakan mengikut mata pelajaran atau gabungan beberapa mata
pelajaran. Pelaksanaannya adalah seperti berikut:
1.3.1 memberi tajuk kepada murid;
1.3.2 membimbing murid untuk mengenal pasti kaedah menyiapkan projek yang diberikan;
1.3.3 membimbing murid untuk mengenal pasti bahan, peralatan dan kos yang diperukan;
1.3.4 menentukan jangka masa menyiapkan projek;
1.3.5 membimbing murid menyelesaikan projek;
1.3.6 membentangkan hasil projek;dan
1.3.7 membuat refleksi tentang proses penghasilan projek

1.4 Guru boleh juga melaksanakan kaedah PdP yang lain seperti flipped classroom, pembelajaran
berasaskan inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran
penyelesaian masalah.
ARAHAN DAN PANDUAN AM UNTUK GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA

1. ARAHAN AM

1.1 Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana ialah penjawat awam yang tertakluk kepada segala
arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru / anggota kumpulan
pelaksana dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

1.2 Guru dan anggota kumpulan pelaksana sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan
boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan yang
lain.

1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan menjunjungnya sebagai
satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata.

1.4 Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana hendaklah mengamalkan dan menghayati
prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.

1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.

1.6 Guru / staf yang bertugas di sekolah sewajarnya meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih
daripada kepentingan diri sendiri dalam menjalankan tugas.

1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah serta
menjaga harta benda sekolah dengan baik.

1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. KEHADIRAN BERTUGAS (Sila rujuk Pekeliling Am Bil.11 Tahun 1981 di lampiran 1)

2.1 Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana hendaklah mematuhi dan menepati waktu bertugas
sepenuhnya iaitu berada selewat-lewatnya 10 minit sebelum tugas bermula dan balik hanya
selepas waktu persekolahan / bertugas tamat.

 Sesi Pagi HARI WAKTU PERSEKOLAHAN

Isnin – Khamis 7.20 pg – 1.50 ptg

Jumaat 7.20 pg – 12.40 tgh

23

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

 Sesi Petang HARI WAKTU PERSEKOLAHAN
Isnin – Khamis 12.25 tgh – 6.45 ptg
2.10 ptg – 6.45 ptg
Jumaat

* Guru sesi pagi mesti hadir pada 7.20 pagi dan 12.25 tgh untuk sesi petang. Guru tingkatan akan
mengambil kedatangan murid di tapak perhimpunan. Penyelaras tingkatan juga hendaklah ada bersama
bagi membantu merekodkan kedatangan murid.

* Untuk hari Jumaat guru bertugas sesi pagi balik pada 1.30 petang dan sesi petang datang pada 1.30 ptg.

2.2 Semua guru/anggota kumpulan pelaksana dikehendaki menggunakan Kad Perakam Waktu untuk
merekodkan kehadiran sendiri sebaik sahaja tiba di sekolah.

2.3 Jika lewat/balik awal/terlupa, guru/anggota kumpulan pelaksana hendaklah berjumpa dengan Pengetua/
Penolong Kanan untuk memberi penjelasan/mendapat kebenaran pengetua dan catatkan alasan
sebab-sebab kelewatan serta tanda tangan pengesahan.

2.4 Sekiranya guru/anggota kumpulan pelaksana tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab tertentu,
dapatkan kebenaran Pengetua terlebih dahulu kerana kuasa memberi Cuti Rehat Khas (CRK) dan
mengesahkan Cuti Sakit (MC) adalah di tangan Pengetua (Perintah Am Bab C). Kegagalan mendapat
kebenaran Pengetua akan menyebabkan gaji dipotong. Apabila CRK diberi kelulusan oleh Pengetua, guru
perlu mengemaskini CRK di dalam HRMIS dan akan disokong oleh PK Pentadbiran seterusnya disahkan
oleh Pengetua.

2.5 Hubungi Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang dengan segera jika guru tidak dapat hadir/
lewat supaya jadual guru ganti dapat disediakan.

2.6 Sijil Cuti Sakit (MC) hendaklah diserah sendiri kepada Pengetua (Penolong Kanan/Penolong Kanan
Petang jika Pengetua tiada di sekolah) sebaik sahaja guru kembali bertugas.

2.7 Semua urusan peribadi guru/anggota kumpulan pelaksana hendaklah dibuat di uar waktu sekolah/
pejabat kecuali dalam kecemasan dan setelah memaklumkan kepada pihak pentadbir.

2.8 Guru diminta mematuhi waktu pelaksanaan aktiviti sekolah yang lain seperti kokurikulum, sukan/
permainan dan sebagainya seperti ketetapan sekolah.

2.9 Guru yang tidak hadir ke sekolah kerana menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel atau kursus
hendaklah memaklumkan kepada AJK Jadual Guru Ganti sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh
berkenaan.

2.10 Bahan relief / latihan hendaklah disediakan oleh guru berkenaan atau ketua panitia dan bagi kelas-kelas
tersebut berserta skema jawapan. Bahan relief itu hendaklah diletakkan dalam kotak MMI (di bilik guru) .

3.KETETAPAN MASA

3.1 Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan kakitangan sekolah serta murid- murid diwajibkan
memelihara dan mengekalkan amalan menepati masa datang dan balik sekolah (Rujuk Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 2/1981).

3.2 Semua guru dan kakitangan sekolah bertanggungjawab mengamalkan ketetapan masa sepanjang waktu
bertugas di sekolah.

3.3 Loceng dibunyikan pada 7.15 pagi (sesi pagi) dan 12.50 tengah hari (sesi petang) untuk perhimpunan
ringkassupaya murid dan guru dapat masuk ke kelas secara teratur dan pembelajaran dan pengajaran
dapat berlangsung mengikut masa yang ditetapkan.

3.4 Semasa melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran guru hendaklah memastikan semua murid
berada dalam kelas dan melengkapkan buku BKK dan Keberadaan Guru. Kerjasama daripada semua
guru untuk memastikan bahawa keadaan bilik darjah sentiasa bersih.

24

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

4. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH

4.1 Guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah

dalam masa waktu mengajar / aktiviti rasmi kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat

dielakkan atau arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri /

Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua / Pentadbir.

4.2 Guru / anggota kumpulan pelaksana dikehendaki meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum
keluar dan mengisi Borang Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di
bawah Perintah Am 5 Bab G. Dapatkan tandatangan Pengetua / Pentadbir sebelum keluar.
Sekiranya tempoh masa bertugas pada hari tersebut tidak mencukupi separuh dari masa bertugas,
cuti hendaklah dipohon.

4.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk murid dan
diserahkan kepada Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang.

4.4 Guru-guru yang meninggalkan kawasan sekolah atas urusan keluarga mestilah memohon cuti rehat
khas sekiranya tempoh masa bertugasnya pada hari tersebut tidak mencukupi separuh dari masa
bertugas. Bagi guru-guru yang ada temu janji hospital sila dapatkan time slip / cuti sakit (MC). Silla
catatkan masa keluar dan pulang.

4.5 Guru yang menghadiri kursus / seminar / mesyuarat dikehendaki mencatatnya di dalam “Buku Rekod
Guru Menghadiri kursus / seminar / mesyuarat yang disediakan di pejabat sebelum menghadiri
kursus / seminar / mesyuarat.

4.6 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kerana urusan bukan rasmi kecuali
dengan kebenaran pengetua dan dicatatkan dalam Rekod Daftar Keluar Masuk Guru di pejabat.

4.7 Apabila kembali semula ke sekolah, guru berkenaan perlu mencatatkan waktu balik dalam buku
yang sama.

4.8 Penolong Kanan hendaklah dimaklumkan untuk urusan jadual gantian jika perlu. Kelas tidak boleh
ditinggalkan tanpa guru pada bila-bila masa.

4.9 Guru-guru yang menghadiri sebarang kursus / taklimat / mesyuarat / bengkel atau seminar di luar
sekolah dikehendaki mengisi Minit Curai apabila kembali ke sekolah. Borang ini boleh didapati di
pejabat dan hendaklah diisi dalam 2 salinan. Satu salinan hendaklah diserahkan kepada Penolong
Kanan yang berkenaan dan satu lagi untuk simpanan sendiri.

5. PERHIMPUNAN SEKOLAH

5.1 Perhimpunan Mingguan

5.1.1 Perhimpunan mingguan yang diadakan pada hari Isnin adalah upacara rasmi sekolah. Oleh itu,
semua guru dikehendaki hadir tepat pada masanya dan sentiasa menjaga ketertiban
5.1.2 dan “dignity” (maruah) upacara tersebut. Guru kelas/penyelaras tingkatan dikehendaki
5.1.3 mencatatkan kehadiran murid.
5.1.4 Guru-guru lelaki diwajibkan memakai tali leher pada perhimpunan ini. (Pemakaian Blazer
digalakkan)
5.1.5 Perhimpunan ini diadakan di tapak perhimpunan pada pukul 7.20 pagi bagi sesi pagi dan pukul
1.05 petang bagi sesi petang.
Untuk penyampaian hadiah / cenderahati / sijil / sumbangan / penghargaan, setiap penerima
hendaklah disediakan berhampiran tempat penerimaan (pentas). Tempat hadiah hendaklah
disediakan dengan indah dan kemas dan penyampaian hadiah hendaklah dibuat terus menerus
sehingga selesai dan mengikut protokol. Guru penasihat badan berkenaan diminta berada di satu
tempat penyampaian hadiah pada majlis ini.
Perhimpunan ini dikendalikan oleh Guru Bertugas, AJK Perhimpunan, AJK Disiplin, Lembaga
Pengawas dan AJK Siaraya.

25

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

5.1.6 Perhimpunan mingguan ini diadakan pada setiap hari Isnin walaupun dengan ketiadaan Pengetua.
Tugasnya akan diambil oleh wakil.

5.1.7 Jika hari Isnin merupakan hari cuti umum, tidak ada perhimpunan pada hari Selasa sebagai ganti.

5.1.8 Perhimpunan Rasmi Kokurikulum (hari Isnin minggu ke-3 setiap bulan merujuk takwim.

5.2 Perhimpunan Harian

5.2.1 Perhimpunan dikendalikan oleh Guru Bertugas, AJK Disiplin dan Lembaga Pengawas.
5.2.2 Semua murid dikehendaki berada di tapak perhimpunan tepat pada pukul 7.20 pagi dan 12.50 tengah

hari untuk mendengar pengumuman atau “Spot Check” dan lain-lain.

6. MESYUARAT DAN INFO SEMEKAR

6.1 Semua guru diwajibkan menghadiri semua mesyuarat guru, manakala kursus-kursus perkembangan
staf, kursus dalaman serta mesyuarat-mesyuarat panitia mata Mata Pelajaran dan
jawatankuasa-jawatankuasa tertentu adalah wajib bagi guru-guru yang terlibat.

6.2 Kehadiran guru dalam semua mesyuarat di atas adalah direkodkan dan guru yang tidak hadir tanpa
SijiSakit diminta memberi Surat Tunjuk Sebab kepada pengetua.

6.3 Mesyuarat / Refleksi Guru biasanya diadakan mengikut keperluan dan kesesuaian masa. Oleh itu,
guru- guru sesi pagi dikehendaki balik lewat manakala guru-guru sesi petang minta datang awal.

Sesi Petang 11.30 pagi – 12.30 petang
Sesi Pagi 1.30 petang – 2.30 petang

6.4 Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua
Panitia / Penyelaras Kokurikulum / Sukan dan sebagainya.

6.5 Semasa menghadiri sebarang mesyuarat atau aktiviti guru di sekolah, guru-guru diminta memberi
komitmen sepenuhnya bagi melicinkan perjalanan mesyuarat.

7. PAKAIAN GURU

7.1 Guru-guru hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan bersih, sesuai dengan profesion keguruan dan
masyarakat timur serta menjadi contoh yang baik kepada murid-murid.

7.2 Guru lelaki dikehendaki memakai tali leher semasa perhimpunan rasmi dan semua majlis rasmi
sekolah.

7.3 Pakaian berbentuk seluar tidak dibenarkan bagi guru-guru perempuan kecuali yang dibenarkan .

7.4 Baju tanpa lengan dan ‘skirt’ yang pendek adalah tidak sesuai dan tidak dibenarkan.

7.5 ‘Slipper’ yang tidak bertumit tidak dibenarkan.

7.6 Guru / Anggota kumpulan pelaksana dikehendaki berpakaian batik pada setiap hari Khamis manakala
pada hari Jumaat, guru dan anggota kumpulan pelaksana lelaki digalakkan memakai baju melayu
lengkap.

7.7 Guru / anggota kumpulan pelaksana lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang
rambut yang sesuai dengan watak seorang pendidik / pekerja di sekolah.

7.8 Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) dikehendaki
memakai pakaian yang sesuai.

7.8.1 Guru Perempuan – seluar trek / panjang yang sesuai, baju T / baju sukan berkolar, baju trek,
kasut sukan / getah tanpa tumit dan berstokin putih.

7.8.2 Guru Lelaki - seluar trek / panjang yang sesuai, baju T / baju sukan berkolar, baju trek @ jersi,
kasut sukan / getah tanpa tumit dan berstokin putih.

7.8.3 Kelonggaran diberikan kepada guru-guru yang melaksanakan pengajaran PJPK untuk memakai
pakaian sukan sepanjang hari berkenaan. (Surat Pejabat Ketua Pengarah Mata Pelajaran
Malaysia KP/KPPM/5 (49) bertarikh 26.07.2010.

26

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021
8. TANDA NAMA (RUMI)
8.1 Semua guru / anggota kumpulan pelaksana hendaklah memakai tanda nama pada setiap hari

persekolahan serta majlis rasmi di sekolah dan di luar sekolah.

9. FOLDER REKOD MENGAJAR (FOLDER PUTIH)

9.1 Folder Rekod Mengajar merupakan dokumen asas tentang tugas pengajaran dan pembelajaran guru yang dijadi-

kan bukti keberhasilan PBPPP seseorang guru. Sila beri perhatian yang sewajarnya tentang penggunaan

folder ini.

9.2 Folder perlu dihantar kepada Pengetua / Pentadbir (Pementor) setiap dua minggu untuk semakan.

9.3 E-Rph perlu dimuatnaik pada setiap hari Jumaat.

10. GURU GANTI

10.1 Semua guru akan diberi waktu gantian dari semasa ke semasa apabila ada guru yang tidak hadir kerana sakit,
cuti atau bertugas di luar sekolah.

10.2 Semasa waktu gantian, murid-murid mesti dikawal secara aktif (active supervision). Pastikan mereka membuat
kerja dan gunakan bahan relief (MMI) yang disediakan serta pastikan murid senyap.

10.3 Guru yang diberi waktu gantian wajib memasuki kelas berkenaan. Adalah menjadi tanggungjawab guru berkenaan
sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dalam kelas semasa ketiadaannya.

11. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

11.1 Selain daripada tugas kurikulum dan tugas kokurikulum, guru-guru juga diberi tugas-tugas khas. Tugas
- tugas khas ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

11.2 Guru yang menerima arahan untuk melaksanakan semua tugas, misalnya menghadiri mesyuarat di Jabatan
Pendidikan Negeri atau di sekolah lain, hendaklah melaksanakannya sendiri dan tidak boleh mengarahkan guru
lain menghadiri atau melaksanakan bagi pihaknya tanpa pengetahuan Pengetua. Jika tugas ini terpaksa
dilaksanakan oleh guru lain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan atas persetujuan semasa
sendiri, perkara ini hendaklah dimaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu.

11.3 Kerjasama setiap guru adalah diharapkan untuk menjayakan rancangan pengagihan tugas ini. Inisiatif dan daya
usaha yang ditunjukkan dalam melaksanakan tugas yang diberikan akan dihargai sebagai bukti kemampuan guru
tersebut memberi kerjasama kepada pihak sekolah.

11.4 Tiap-tiap arahan yang dibuat oleh Guru Tugas Khas hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau wakilnya sebe-
lum diedarkan kepada semua guru.

11.5 Guru-guru hendaklah menyedari bahawa perlaksanaan tugas khas ini adalah sebagai menjalankan arahan
Pengetua dan sebarang arahan hendaklah dipatuhi.

11.6 Semua guru perlu memiliki sikap yang positif terhadap tugas masing-masing. Sifat proaktif dalam melaksanakan
tugas dan berinisiatif untuk memahami bidang tugas dan mencari jalan terbaik untuk melaksanakan tugas dengan
berkesan perlu sentiasa ada pada diri setiap guru di sekolah ini.

11.7 Dari semasa ke semasa guru diharap sentiasa berusaha menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran
dalam bidang tugas masing-masing sama ada melalui bacaan, penelitian, latihan formal dan tidak formal.

11.8 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat / kursus / seminar / sesi perkembangan staf bagi tujuan
meningkatkan keberkesanan tugas, guru wajib menghadirinya dan tidak boleh mengambil mudah.

11.9 Sebarang teguran dan bimbingan dalam hal tugas yang diberikan oleh Pengetua/ Pentadbir kepada seseorang
guru hendaklah dilihat secara positif bagi tujuan memperbaiki keadaan dan meningkatkan tahap profesionalisme
organisasi dan bukan sebaliknya.

12. PEMERIKSAAN KERJA BERTULIS

12.1 Pengetua / Semua Penolong Kanan / Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia/Penolong KP boleh meminta
buku latihan / rampaian atau buku catatan murid-murid untuk diperiksa.

12.2 Pemeriksaan buku-buku ini dibuat mengikut jadual yang ditetapkan dalam buku pengurusan
.
12.3 Guru-guru hendaklah memastikan kerja-kerja bertulis diberi seperti mana yang telah ditetapkan oleh Panitia

masing-masing.

27

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

13. KEGIATAN KOKURIKULUM

13.1 Di samping mengajar guru-guru dikehendaki bergiat dalam memimpin murid-murid dalam kegiatan
kokurikulum. Tugas dan tanggungjawab ini hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan cekap.

13.2 Sebagai Penasihat kelab dan persatuan / badan beruniform / sukan dan permainan, guru hendaklah
memberi bimbingan aktif untuk menentukan arah kegiatan serta peningkatan arah pencapaian
badan-badan tersebut di samping sentiasa mengawasi disiplin, aktiviti dan kewangannya.

13.3 Mesyuarat / taklimat badan-badan kokurikulum tidak boleh diadakan pada masa persekolahan.

13.4 Guru penasihat bertanggungjawab untuk memastikan semua kegiatan kokurikulum tidak bercanggah
dengan tujuan yang termaktub dalam perlembagaan yang diluluskan.

13.5 Guru Penasihat hendaklah menghadiri semua mesyuarat / aktiviti jawatankuasa badan-badan
kokurikulum dan aktivitinya, dan menandatangani kehadiran dalam Buku Kehadiran Aktiviti
Kokurikulum yang akan disemak oleh Penolong Kanan Kokurikulum.

13.6 Keselamatan dan kebajikan murid-murid / ahli-ahli semasa kegiatan-kegiatan dijalankan adalah
tanggungjawab guru penasihat.

14. PEMBELIAN BARANG / PERALATAN.

14.1 Setiap panitia perlu menyediakan anggaran belanjawan mengurus (ABM) berdasarkan peruntukan
kewangan yang diterima dan menyerahkan sesalinan ABM kepada PT Kewangan.

14.2 Hanya Guru Kanan, Ketua Panitia dan guru-guru tertentu sahaja dibenarkan menguruskan pemesanan
pembelian barang dan peralatan selepas mendapat kelulusan Pengetua.

14.3 Semua pesanan hendaklah melalui Borang Permohonan Pembelian (NOTA MINTA) dan Borang
Pesanan Tempatan (Local Order) yang akan ditandatangani oleh Pengetua.

14.4 Pastikan Borang Pesanan Tempatan dicap dan ditandatangani oleh Pembekal sebaik sahaja pesanan
diterima.

14.5 Semua invois hendaklah ditandatangani oleh guru yang menerima pesanan dan direkod dalam buku /
kad stok dengan tepat dan kemas.

14.6 Semua pembelian kecil yang dibuat melalui Panjar Wang Runcit hendaklah tidak melebihi RM100.00.
Pembelian yang melebihi RM100.00 hendaklah dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.

14.7 Sebarang kemusykilan hendaklah dirujuk kepada PT kewangan.

15. BUKU STOK / INVENTORI

15.1 Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru-guru tertentu adalah bertanggungjawab menguruskan buku stok /
inventori bagi bahagian masing-masing.

15.2 Maklumat dalam buku stok / inventori hendaklah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskinikan.
15.3 Buku stok / inventori akan diaudit oleh Audit Dalaman dalam minggu terakhir tahun persekolahan dan

disemak oleh Audit Sekolah, Jemaah Nazir, Pengetua atau Penolong Kanan pada bila-bila masa.

16. PENGGUNAAN ALAT-ALAT

16.1 Penggunaan alat-alat seperti LCD, alat perakam audio dan video, radio, televisyen dan komputer
hendaklah digunakan dengan betul mengikut cara dan peraturannya.

16.2 Penggunaan alat-alat tersebut hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian
berkenaan atau penjaga stok dan hendaklah direkodkan dalam buku yang disediakan. Tempahan
awal perlu dibuat untuk mengelakkan sebarang pertembungan (clash).

16.3 Guru-guru adalah bertanggungjawab untuk memastikan alat-alat ini digunakan dengan baik serta
memulangkan kembali sebaik sahaja tamat digunakan dan dalam keadaan baik.

28

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

16.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru-guru yang dipertanggungjawabkan
untuk dibaiki.

17. TEMPAT LETAK KERETA

17.1 Semua guru / anggota kumpulan pelaksana diminta meletakkan kereta / kenderaan di tempat letak
kereta seperti yang telah ditetapkan sahaja. Ruangan letak kereta di ‘porch’ utama hendaklah
dikosongkan. Ruangan khas adalah untuk pelawat dan OKU sahaja.

18. GURU BERTUGAS MINGGUAN

18.1 Setiap minggu persekolahan, guru bertugas mingguan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
perjalanan aktiviti sekolah sepanjang minggu berkenaan. Sila rujuk kepada Senarai Guru Bertugas
Mingguan yang disertakan bagi menyemak giliran bertugas masing-masing.

18.2 Sebagai panduan melaksanakan tugas, guru-guru diminta membaca dan memahami senarai tugas
dan tanggungjawab Guru Bertugas Mingguan seperti yang terkandung di dalam Buku Pengurusan
Senarai Tugas Guru / Staf Tahun 2021.

18.3 Guru bertugas diminta memberikan komitmen yang baik dan melaksanakan tugas dengan penuh
tanggungjawab.

18.4 Sekiranya ada guru yang tidak dapat menjalankan tugas pada tarikh yang telah ditetapkan kerana
sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, sila uruskan pertukaran sesama sendiri atau dapatkan
pengganti. Makluman tentang pertukaran hendaklah segera disampaikan kepada Penolong Kanan
HEM/ Penolong Kanan Petang yang menyelaras penyusunan senarai guru bertugas mingguan agar
sebarang tindakan susulan dapat dilakukan.

18.5 Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan hendaklah dilengkapkan mengikut sesi masing- masing dan
dihantar pada setiap hari Jumaat ke pejabat.

18.6 Guru bertugas bertanggungjawab mencatat minit Info SEMEKAR.

19.JADUAL WAKTU

19.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas
sendiri.

19.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Penyelaras
Jadual Waktu / Penolong Kanan Petang / Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua.

19.3 Guru hendaklah sentiasa memastikan agar jadual waktu masing-masing sentiasa kemas kini dan
selaras dengan sebarang perubahan / pindaan (jika perlu dilakukan) seperti yangdimaklumkan oleh
Penyelaras Jadual Waktu / Penolong Kanan Petang / Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua.

20. E-KEHADIRAN

20.1 Setiap guru tingkatan akan diberikan id pengguna dan kata laluan APDM. Guru tingkatan
bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan
mematuhi kehendak- kehendak mengenainya .

20.2 E-Kehadiran hendaklah diisi pada setiap hari oleh guru tingkatan sebelum 10.00 pagi/3.00 petang.
Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, pembantu / penyelaras tingkatan berkenaan
bertanggungjawab mengisinya.

20.3 Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau 7 hari tidak berturut, ibu bapa / penjaga
hendaklah dihubungi secara bertulis.

20.4 Semua guru tingkatan, guru pembantu dan penyelaras tingkatan diwajibkan menerima taklimat
mengurus E-kehadiran oleh pihak pentadbir.

21. KEBERSIHAN

21.1 Setiap guru / anggota kumpulan pelaksana bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah dan
kelas / bilik di bawah jagaannya. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru
tingkatan. Alatan membersih kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.

29

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

21.4 Mekanisme menangani masalah sampah yang diwujudkan di sekolah mesti dipraktikkan oleh semua
warga sekolah. Semua guru diminta untuk memastikan penguatkuasaannya terhadap murid.

21.5 Guru yang mengajar pada waktu terakhir, sama ada di sesi pagi atau petang, bertanggungjawab untuk
memastikan sampah-sampah dikeluarkan daripada laci meja murid, papan putih dipadamkan, bakul
sampah dikosongkan dan kelas ditinggalkan dalam keadaan kemas dan bersih. Jika waktu terakhir
murid-murid meninggalkan kelas untuk ke bilik-bilik khas, guru waktu kedua terakhir akan
bertanggungjawab.

21.6 Guru-guru yang mengajar waktu pertama, sama ada sesi pagi atau petang, yang mendapati kelas
mereka tidak bersih/dalam keadaan kotor hendaklah mengarahkan murid membersihkannya.

22. SURAT MENYURAT

22.1 Semua surat rasmi sekolah kepada pihak luar yang menggunakan kepala surat sekolah mesti
ditandatangani oleh pengetua sahaja.

22.2 Dalam keadaan mustahak, sekiranya Pengetua bercuti / tugas luar, Penolong Kanan yang
menjalankan tugas bagi pihak Pengetua boleh menandatangani surat tersebut.

22.3 Semua surat rasmi pertubuhan / kelab / persatuan yang tidak menggunakan kepala surat sekolah
hendaklah melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.

23. SURAT YANG DITERIMA

23.1 Surat yang diterima oleh sekolah perlu diedar kepada guru / anggota kumpulan pelaksana untuk
diambil tindakan. Guru / anggota kumpulan pelaksana berkenaan hendaklah mengambil tindakan
segera terhadap surat-surat tersebut.

23.2 Jika surat itu dituju kepada guru / anggota kumpulan pelaksana dengan dinyatakan melalui dan salinan
kepada Pengetua, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan yang sewajarnya.

23.3 Jika surat itu dituju kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru / anggota
kumpulan pelaksana yang berkenaan, maka guru / staf itu hendaklah:

23.3.1 Mengambil tindakan yang diperlukan seperti yang diarahkan.
23.3.2 Memfailkan surat tersebut setelah tindakan diambil.
23.3.3 Menyimpan semula fail di pejabat dengan kadar segera.
24.PELAWAT

24.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan /Penolong Kanan Petang
terlebih dahulu. Guru / anggota kumpulan pelaksana tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil
firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran pengetua atau wakilnya.

24.2 Semua pihak diminta memberi layanan yang baik kepada semua pelawat yang datang ke sekolah ini
tanpa mengira darjat, keturunan atau perbezaan. Tutur kata dan perbuatan mestilah baik dan sesuai
agar dapat mencerminkan tahap profesionalisme bidang perguruan dan pengamal pendidikan.

25. PENGUMUMAN DAN MAKLUMAN

25.1 Semua guru / anggota kumpulan pelaksana diminta sentiasa memberi perhatian dan mematuhi segala
arahan yang disampaikan melalui pengumuman dan makluman sama ada secara surat edaran, surat
pekeliling, kenyataan pada kaunter pejabat atau melalui telegram dan whatsapps.

25.2 Guru diminta untuk sentiasa memberi perhatian ke atas pengumuman dan makluman secara bertulis
tentang pentadbiran / perkhidmatan am, pengurusan kurikulum, pengurusan HEM dan pengurusan
kokurikulum yang ditampalkan di papan kenyataan pejabat, di bilik guru dan di fail timbul.

30

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

26. ARAHAN DAN PEKELILING

26.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan
dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

26.2 Setiap orang guru / anggota kumpulan pelaksana dibekalkan senaskhah Buku Pengurusan
Pentadbiran Profesionalisme SEMEKAR 2021 bagi memudahkan guru membuat rujukan. Sila bawa
buku tersebut pada setiap kali guru menghadiri mesyuarat/refleksi guru.

27. DISIPLIN MURID

27.1 Semua guru adalah guru disiplin. Semua guru bertanggungjawab mengawal disiplin murid dan
berusaha menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang terbaik dari segi kawalan disiplin.

27.2 Guru-guru mata Mata Pelajaran (termasuk guru-guru ganti) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
disiplin kelasnya dan dibenarkan mendenda muridnya yang melakukan kesalahan ringan seperti
berbuat bising atau mengganggu rakan-rakan yang sedang belajar dengan hukuman yang sesuai dan
berbentuk positif. Sebarang hukuman yang dilarang berdasarkan surat pekeliling tidak dibenarkan
sama sekali. (Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil 8/1983).

27.3 Guru-guru hendaklah memberi teguran dan nasihat atau amaran kepada murid-murid yang
menggunakan bahasa-bahasa kesat.

27.4 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas untuk ke tandas atau urusan lain mesti mendapat
kebenaran terlebih dahulu sebelum Pas Keluar boleh diberikan. Hanya 2 orang murid perempuan
dan 1 orang murid lelaki sahaja dibenarkan keluar setiap kali untuk ke tandas.

27.5 Guru-guru yang membawa murid-murid ke Pusat Sumber atau mana-mana bilik khas atau mengajar
di bengkel atau di padang yang memerlukan murid-murid meninggalkan kelas hendaklah memastikan
bahawa murid-murid mematuhi SOP untuk pergi dan balik ke kelas. Pastikan juga murid-murid balik
terus ke kelas.

27.6 Setiap guru hendaklah sentiasa menegaskan kepada murid-murid betapa mustahaknya mengetahui
dan mematuhi peraturan sekolah. Di samping itu, setiap guru hendaklah memberi bimbingan kepada
murid melalui nasihat (Kaunseling) dan dengan menjadi contoh yang baik.

27.7 Semua guru hendaklah melatih murid-murid supaya menjaga keselamatan harta benda sekolah pada
setiap masa. Guru-guru yang mengajar pada waktu terakhir, sama ada sesi pagi atau petang,
hendaklah memastikan semua murid mengemaskan kelas lima minit sebelum kelas berakhir.

27.8 Persediaan mengajar yang sempurna dapat mengawal disiplin murid. Kurang persediaan
dipihak guru biasanya menjadi penghalang kepada disiplin yang baik dalam kelas.

28. KESELAMATAN

28.1 Sesiapa yang ingin berjumpa dengan guru atau murid-murid mestilah terlebih dahulu mendapatkan
kebenaran Pengetua atau salah seorang Penolong Kanan dan menandatangani buku yang
disediakan di pejabat.

28.2 Pelawat-pelawat, terutamanya wakil penerbitan atau insuran serta jurujual tidak dibenarkan masuk ke
Bilik Guru tanpa kebenaran Pengetua. Murid-murid tidak boleh ditemuramah/ditemubual melainkan
dengan kebenaran Pengetua. Pengetua atau wakil perlu hadir bersama.

28.3 Jika terdapat orang-orang yang disyaki atau orang-orang yang tidak berhak berada dalam kawasan
sekolah, perkara ini hendaklah dimaklumkan kepada pihak polis dengan segera.

28.4 Sebelum meninggalkan sekolah setiap hari, guru-guru hendaklah memastikan bahawa semua
tingkap, suis lampu dan suis kipas/alat pendingin udara ditutup atau pintu dikunci.

28.5 Murid-murid yang sakit dibenarkan balik hanya jika dijemput oleh ibu bapa/penjaga. Sebelum
membawa murid pulang, ibu bapa/penjaga dikehendaki mengisi butir-butir yang diperlukan dan
menurunkan tandatangan dalam borang yang disediakan di pejabat sekolah.

31

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

28.6 Jika murid sakit, ibu bapa/penjaga tidak dapat dihubungi, guru bertugas pada hari itu
bertanggungjawab menghantar murid yang sakit ke hospital atau ke rumah.

28.7 Murid-murid tidak dibenarkan ke mana-mana untuk membuat urusan guru.

28.8 Sebarang kegiatan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu oleh *organisasi
atau individu luar, sama ada dengan cara tinjauan/ pemerhatian / siasatan / temuduga / kajian /
penyelidikan atau pun membuat perhubungan dengan pihak sekolah tidak dibenarkan kecuali dengan
kebenaran daripada JPS dan Pengetua atau wakilnya. *Maksud organisasi individu luar di sini
ialah organisasi atau individu bukan kerajaan yang tidak mempunyai kuasa atau yang tidak diberi
kuasa mengikut mana-mana peraturan Kementerian atauJabatan Pendidikan ataupun undang-undang
negara bagi maksud yang tersebut di atas.

29.KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

29.1 Semua guru diminta memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja
hendaklah di bawa ke pengetahuan pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.

29.2 Guru Kanan/Ketua Panitia hendaklah memastikan adanya peraturan-peraturan bagi penggunaan
alat-alat di bilik-bilik khas seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

30.KUNCI

30.1 Semua kunci adalah disimpan di Panel Kunci Pejabat.

30.2 Hanya guru sahaja dibenarkan mengambil kunci dari pejabat.

30.3 Sebarang kunci yang diambil hendaklah direkodkan dalam buku yang disediakan.

30.4 Guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak
Pengetua dan mencatat dalam buku yang disediakan. Guru tersebut bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap keselamatan kunci dan bilik berkenaan. Walau bagaimanapun, kunci ini hendaklah
dikembalikan ke pejabat sekolah sebelum cuti akhir tahun.

31. PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH

31.1 Telefon sekolah untuk urusan rasmi sahaja. Tiap-tiap panggilan yang dibuat hendaklah direkodkan
dalam Buku Panggilan Telefon yang disediakan di pejabat.

31.2 Semua bayaran hendaklah dijelaskan dengan segera sebaik sahaja tamat panggilan. Apabila bil
telefon diterima semakan akan dibuat dan semua bayaran yang terlebih dikutip akan dikembalikan.

32. KELAB KELUARGA SEMEKAR / PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

32.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Keluarga SEMEKAR dan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) dan kehadiran serta penyertaan dalam kegiatan kedua-dua badan ini adalah Wajib.

32.2 Jumlah yuran keahlian Kelab Keluarga SEMEKAR tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

33. LAWATAN SAMBIL BELAJAR

33.1 Lawatan boleh dikelolakan oleh sesuatu persatuan/badan atau kelas jika selaras dengan tujuan
persatuan/ badan atau kelas itu.

33.2 Setiap lawatan perlu mendapat kebenaran Pengetua dan kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri.
Pastikan borang-borang yang telah ditetapkan mengikut Undang-undang Pelancongan Sekolah-
Sekolah 1957 diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada Penolong Kanan HEM/ KoKo untuk
dipanjangkan ke PPDHL/JPS sekurang-kurangnya lima minggu sebelum tarikh lawatan.

32

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

33.3 Semua maklumat berkenaan lawatan perlu diisi dalam talian di laman e-sTRIP.

33.4 Setiap lawatan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga sebelum borang
permohonan dilengkapkan.

33.5 Setiap lawatan perlu ada empat orang guru pengiring (1:10). Jika lawatan disertai oleh murid-murid
perempuan, seorang guru pengiring perempuan perlu ikut bersama.

33.6 Peraturan keselamatan hendaklah diterangkan dengan jelas sebelum lawatan. Contohnya jika melawat
ke laut, aktiviti berenang adalah dilarang sama sekali.

33.7 Alat-alat pertolongan cemas yang lengkap hendaklah dibawa bersama.

33.8 Disiplin murid hendaklah dijaga rapi dan mereka mesti mengikut semua arahan guru pengiring
sepanjang masa lawatan.

33.9 Lain-lain langkah yang difikirkan sesuai mengikut keadaan.

33.10 Tempat-tempat yang digalakkan untuk lawatan:-
34.10.1 Tempat-tempat bersejarah.
34.10.2 Industri-industri/kilang-kilang.
34.10.3 Tempat-tempat yang ada kaitan dengan mata pelajaran Geografi /kawasan-kawasan
pertanian.
34.10.4 Tempat-tempat yang boleh menambahkan pengetahuan am.
34.10.5 Tempat-tempat yang boleh menambahkan pengetahuan Sains.
34.10.6 Tempat-tempat suci agama.

33.11 Laporan lawatan hendaklah dibuat selepas setiap lawatan untuk diserahkan kepada Penolong Kanan
Kokurikulum dan difailkan dalam fail Persatuan/Badan berkenaan.

34. MELANCONG / MELAWAT KE LUAR NEGARA

34.1 Semua lawatan ke luar negara, sama ada rasmi atau tidak rasmi, sama ada dalam masa cuti sekolah
atau tidak, perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia ENAM minggu sebelum lawatan.

34.2 Gunakan permohonan yang berlainan untuk mendapatkan insuran.

35. MELANJUTKAN PELAJARAN

35.1 Guru-guru yang ingin melanjutkan pelajaran perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan
Negeri terlebih dahulu.

35.2 Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Pengetua.

36. SEBARAN MAKLUMAT MELALUI PENGUMUMAN

36.1 Pengumuman yang akan dibuat melalui sistem / PK Petang untuk mendapat kebenaran /kelulusan
terlebih dahulu. siaraya hendaklah ditulis dengan jelas atas buku yang disediakan dan disampaikan
kepada Penolong Kanan /PK HEM/PK Kokurikulum.

36.3 Semua pengumuman penting hendaklah dibuat oleh Guru Bertugas Mingguan. Pembaca
pengumuman hendaklah terlebih dahulu menyemak pengumuman yang diterima sebelum
mengumumkan untuk mengelak sebarang kekeliruan tentang maksud pengumuman itu.

36.4 Semua pengumuman adalah di bawah kelolaan Guru Bertugas Mingguan.

33

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

37. PENJUALAN PERNIAGAAN

37.1 Sebarang penjualan atau perniagaan persendirian di sekolah hanya melalui Koperasi Sekolah.

37.2 Kelab/Persatuan yang ingin mengadakan jualan hendaklah mengemukakan permohonan bertulis
melalui guru penasihat, lengkap dengan butir-butir mengenai jualan yang akan diadakan seperti
tarikh, masa, tempat, tujuan, anggaran perbelanjaan dan harga jualan.

37.3 Semua permohonan hendaklah sampai kepada Pengetua sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum
tarikh jualan tersebut.

38. PERHUBUNGAN SESAMA GURU DAN TAAT SETIA

38.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama rakan
sejawatan dan sentiasa mengawal tutur kata.

38.2 Guru juga seharusnya mewujudkan semangat kekitaan dan saling bantu membantu antara satu
sama lain. Semangat kekitaan ini perlu dipupuk supaya dapat menghasilkan kerjasama bagi
memastikan kejayaan semua rancangan dan program sekolah.

38.3 Jika menghadapi masalah berhubung dengan perkhidmatan dan tugas ikhtisas hendaklah berunding

untuk menyelesaikannya dengan mengikut hierarki kecuali urusan peribadi kerana ada pertimbangan

lain, iaitu:-

39.3.1 Rakan sejawatan yang berpengalaman

39.3.2 Ketua Panitia Mata Pelajaran

39.3.3 Guru Kanan Mata Pelajaran

39.3.4 Penolong Kanan Petang

39.3.5 Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum

39.3.6 Pengetua

38.4 Setiap guru diharap akan memberi kesetiaan sepenuhnya kepada sekolah.

38.5 Guru-guru hendaklah sentiasa menanam semangat taat setia dan sayangkan sekolah dalam jiwa
murid- murid.

39. PERMOHONAN PEKERJAAN LUAR /SAMBILAN
39.1 Guru-guru yang ditawarkan pekerjaan luar perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada

Jabatan Pendidikan Negeri.
39.2 Permohonan untuk bekerja luar sekolah hendaklah dibuat melalui Pengetua.
39.3 Kerja-kerja luar ini jika diluluskan tidak boleh mengganggu tugas-tugas sekolah sehingga

mengakibatkan kecekapan sebagai guru merosot.

1. CUTI PENGGAL

1.1 Mengikut Perintah-perintah Am Bab C, guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat. Sebagai
ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat
bahawa guru- guru boleh dipanggil untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas
mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada
cuti penggal sekolah dalam satu tahun itu.

34

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

PERIHAL CUTI-CUTI MENGIKUT PERINTAH-PERINTAH AM

2. CUTI SAKIT
2.1 Kemudahan cuti sakit kerajaan boleh diluluskan mengikut Perintah Am Bab “C” manakala cuti sakit

klinik atau hospital swasta berdasarkan Pekeliling PerkhidmatanBilangan 2 Tahun 2006 sebagaimana
syarat- syarat berikut :-
2.1.1 bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta, sijil

sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpasokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun
kalendar;
atau
2.1.2 bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalaman di hospital atau klinik swasta,
sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa Sokongan oleh Pegawai Perubatan
Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam
sesuatu tahun kalendar;
dan
2.1.3 jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit erajaan yang boleh
diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di mana 90 hari
pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh
Ketua Setiausaha.
3. CUTI SEPARUH GAJI

3.1 Cuti Separuh Gaji hanya boleh diberi atas sebab-sebab yang berikut sahaja:-

3.1.1 Sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dan perakuan sebuah Lembaga Perubatan.

3.1.2 Sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada guru itu dengan dokumen-dokumen
sokongan daripada pihak doktor.

3.1.3 Kerana membuat lawatan sambil belajar di seberang laut yang telah diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan.

3.2 Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada guru-guru bagi perkhidmatan yang
melayakkan atas kadar 30 hari bagi tiap-tiap satu tahun tetapi tidak melebihi 180 hari.

4. CUTI TANPA GAJI
4.1 Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang

mustahak.
4.2 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi

180 hari.
4.3 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negara hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
4.4 Sebarang Cuti Tanpa Gaji yang jatuh pada cuti penggal sekolah akan terus dianggap sebagai Cuti

Tanpa Gaji.
4.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Jabatan

Pedidikan Negeri manakala Cuti Tanpa Gaji yang melebihi jumlah ini akan diluluskan oleh Kementeri-
an Pendidikan.
4.6 Laporan cuti bersama surat kelulusan cuti dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat setiap
akhir tahun.

35

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

5. CUTI KELUAR NEGARA

5.2 Borang permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh mula bercuti.
Borang-borang yang perlu diisi dan dilengkapkan adalah seperti berikut:-

5.2.1 4 salinan Borang Permohonan Untuk Membuat Lawatan Keluar Malaysia Dalam Masa Cuti
Penggal Persekolahan (Borang ini tidak digunakan untuk lawatan ke Israel, Taiwan, China,
Afrika Selatan,a dan Negara-Negara Eropah Timur) (Jika Berkenaan);

dan

5.2.2 3 salinan Borang Menghadiri Persidangan, Seminar, Lawatan Rasmi dan Lawatan Persendirian
Ke Luar Negeri (Borang mengikut keperluan Surat Pekeliling Am Bil.1 Tahun 1984);

atau

5.2.3 3 salinan Borang Permohonan Untuk Pergi Ke Negara-Negara Komunis Dan Negara-Negara
Terhad (China , Israel, Vietnam, Taiwan dan Korea Utara) (jika berkenaan);

atau

5.2.4 1 Salinan Borang Perubahan Tarikh/Negara Atau Pembatalan Permohonan/Polisi Perlindungan
Insurans Kesihatan Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian (Jika Perlu).

6. CUTI REHAT KHAS

6.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh yang perlu dipohon terlebih dahulu sekurang-kurangnya
tujuh hari sebelum tarikh bercuti kecuali kes kecemasan.

6.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara
agama bagi tempoh 10 hari dalam satu-satu tahun.

6.3 Kemudahan cuti sebanyak 10 hari dalam setahun berdasarkan kelayakan tempoh perkhidmatan
untuk kegunaan tahun semasa sahaja. Baki cuti tidak boleh di bawa ke tahun berikutnya
tetapi boleh ditukar dengan Ganjaran Wang Tunai mengikut kelayakan (sehingga 159 hari
sepanjang tempoh perkhidmatan).

6.4 Garis panduan tentang permohonan dan pemberian Cuti Rehat Khas adalah seperti berikut:-

6.4.1 Menziarahi *ahli keluarga atau saudara mara rapat yang sakit tenat atau kematian* ahli
keluarga yang rapat kepada guru itu.
*“Ahli keluarga” ertinya suami atau isteri dan anak-anak guru itu.
*“Ahli keluarga yang rapat” ertinya ibu bapa, adik-beradik, mertua, datuk, nenek, suami
dan isteri.

6.4.2 Menyertai upacara atau perayaan agama yang dianuti oleh guru itu.

6.4.3 Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir
dan sebagainya.

6.4.4 Menunaikan fardu haji sekiranya tempoh selama 40 hari seperti mana yang telah
ditetapkan mengikut Pekeling Perkhidmatan Bil. 4/1984 yang tidak mencukupi.

6.4.5 Kursus suai kenal bagi kursus luar kampus.
6.4.6 Majlis Konvekesyen bagi guru-guru atau anak-anak mereka.
6.4.7 Menghadiri temuduga kenaikan pangkat atau perlantikan dalam Perkhidmatan Pendidikan

yang diuruskan oleh Suruhanjaya PerkhidmatanPendidikan (SPP), Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pekhidmatan Awam (JPA) atau Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN).

36

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

6.4.8 Perkahwinan guru-guru atau anak-anak mereka.
6.4.9 Menghantar ahli keluarga atau yang rapat menunaikan fardu haji.
6.4.10 Mendaftar anak ke Institut Pengajian Tinggi/Sekolah Berasrama Penuh.
6.5 Dokumen-dokumen sokongan hendaklah disertai bersama borang permohonan.
7. CUTI UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Punca Kuasa : Perintah am 44 & 57 bab C, PP Bil.9/1991
7.1 Kebenaran diberi dengan syarat guru berkenaan telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada

Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengikut pengajian berikut.
7.2 Permohonan untuk cuti ini (Cuti Tanpa Rekod) hendaklah diserahkan bersama salinan surat

kebenaran mengikut pengajian dan salinan jadual peperiksaan.
7.3 Pegawai lantikan tetap.
7.4 Kemudahan CMP yang boleh diambil oleh pegawai terhad kepada hari peperiksaan dan diluluskan

oleh ketua jabatan.
8. CUTI BERSALIN
8.1 Oleh sebab tempoh cuti bersalin agak panjang (60 atau 90 hari) dan guru ganti sukar didapati, maka

guru yang akan mengambil cuti bersalin hendaklah menyelesaikan rancangan pengajaran mengikut
jadual dengan adakan kelas tambahan sebelum atau selepas bersalin atau menyediakan nota-nota
Mata Pelajaran.
9. TEMUJANJI – TEMUJANJI LAIN
9.1 Semua temujanji dengan doktor hendaklah dibuat di luar waktu bertugas atau pada masa cuti sekolah
kecuali dalam keadaan yang mendesak.
9.2 Jika tidak dapat dielakkan dan temujanji dengan doktor terpaksa dibuat pada waktu bertugas, guru
berkenaan juga dikehendaki menyerahkan “Time Slip”.
9.3 Sebarang temujanji lain hendaklah dibuat di luar waktu bertugas.

10. CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA

Punca Kuasa : Perintah am 41 & 57 bab C,Surat PP Bil.5/1985, PP Bil.9/1991
10.1 Syarat dan Kelayakan :

Pegawai yang menjadi ahli-ahli pasukan sukarela seperti berikut :
10.1.1Askar wataniah;
10.1.2Pasukan simpanan sukarela tentera laut di raja;
10.1.3Pasukan sukarela tentera udara di raja;
10.1.4Pasukan sukarela polis;
10.1.5Pasukan pertahanan awam;
10.1.6Ikatan relawan rakyat Malaysia (RELA).
10.1.7Tempoh yang dibenarkan tidak melebihi tiga puluh (30) hari setahun dan tambahan dua (2)
hari bagi perjalanan pergi dan balik ke tempat latihan atau khemah tahunan.
10.1.8Jika tempoh cuti yang diperlukan lebih daripada kelayakan, pegawai boleh menggunakan
cuti rehat/cuti rehat khas. Sekiranya cuti rehat/cuti rehat khas tidak dapat menampung cuti
latihan pasukan sukarela, maka permohonan hendaklah dikemukakan kepada BPSM, KPM
untuk pertimbangan khas.

37

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

11. CUTI KHEMAH TAHUNAN PERTUBUHAN/PERSATUAN
Punca Kuasa : Perintah am 42(a),57 bab C,Surat PP Bil.5/1985, PP
Bil.9/1991,Surat PA bil.3/1993

11.1 Pegawai adalah ahli persatuan/pertubuhan.
11.2 Aktiviti yang diluluskan hanya aktiviti yang diadakan dalam Malaysia sahaja. Tiada kemudahan CKTP

yang boleh diberi bagi menghadiri aktiviti di luar Malaysia.
11.3 Aktiviti sukan anjuran persatuan kebajikan hendaklah diadakan pada hari-hari cuti mingguan atau cuti

am dan tidak menggunakan waktu pejabat.
11.4 Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi empat belas (14) hari dalam setahun dan tambahan

dua (2) hari bagi pergi dan balik.
11.5 Sekiranya cuti yang diperlukan lebih daripada kelayakan, pegawai boleh menggunakan cuti rehat atau

cuti tanpa gaji mengikut perintah am 14 bab C.

12. CUTI LAIN-LAIN KURSUS
Punca Kuasa : Perintah am 42 (b) bab C,Surat PP Bil.5/1985, PP Bil.9/1991
Syarat dan Kelayakan :

12.1 Permohonan diluluskan oleh ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
12.2 Bagi latihan atau persidangan kesatuan sekerja yang diadakan di luar negeri kuasa melulus adalah

BPSM, KPM dengan sokongan ketua jabatan.
12.3 Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi empat belas (14) hari setahun dan tambahan cuti dua

(2) hari bagi perjalanan pergi dan balik.

13. CUTI LATIHAN SYARIKAT KERJASAMA
Punca Kuasa : Perintah am 43 & 57 bab C, PP Bil.9/1991
Syarat dan Kelayakan :

13.1 Pegawai yang menjadi ahli syarikat koperasi.
13.2 Bagi kurus kerjasama tempoh yang boleh diluluskan adalah tidak melebihi dua (2) bulan dengan syarat

membuat akuan bertulis untuk memegang jawatan selama dua (2) tahun dalam syarikat kerjasama
setelah tamat kursus tersebut sekiranya beliau dijemput atau dilantik untuk memegang jawatan.
13.3 Bagi lain-lain kursus/seminar/mesyuarat syarikat kerjasama sama ada di dalam Malaysia atau di luar
Malaysia. Cuti latihan syarikat kerjasama boleh diberi dengan syarat aktiviti tersebut telah diluluskan
oleh Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kepenggunaan.
13.4 Tempoh cuti yang dibenarkan berdasarkan tempoh aktiviti.
13.5 Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
14. CUTI MESYUARAT PERSATUAN IKHTISAS
Punca Kuasa : Perintah am 45,57 bab c, PP Bil.9/1977, PP Bil.9/1991
Syarat dan Kelayakan :
14.1 Pegawai-pegawai yang menjadi ahli pertubuhan ikhtisas yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan
dan diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
14.2 Tempoh cuti yang dibenarkan adalah tempoh sebenar mesyuarat yang dijalankan termasuk perjalanan
pergi dan balik dengan syarat kedua-dua masa tersebut tidak melebihi dua (2) hari.
14.3 Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

38

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

15. CUTI MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM OLAHRAGA/SUKAN
Punca Kuasa : Perintah am 46,57 bab C, PP Bil.11/1980, PP Bil.5/1985, PP Bil.9/1991
Syarat dan Kelayakan :

15.1 Cuti ini boleh diberi kepada pegawai yang telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam sukan di
peringkat seperti berikut :
15.1.1 Sukan peringkat kebangsaan;
15.1.2 Sukan peringkat antarabangsa;
15.1.3 Sukan peringkat antara negeri dan negeri sesebuah negara asing;
15.1.4 Sukan peringkat wilayah dalam atau luar Malaysia.

15.2 Acara sukan yang diwakili tidak melebihi tiga (3) cara sukan dalam setahun. Cuti ini juga diberi kepada
pegawai yang telah dilantik sebagai :
15.2.1 Atlit;
15.2.2 Pegawai sukan;
15.2.3 Jurulatih;
15.2.4 Ahli majlis atau jawatankuasa pertandingan sukan kebangsaan atau antarabangsa.

15.3 Tempoh cuti yang dibenarkan tidak melebihi tiga puluh (30) hari dalam setahun.

16. CUTI MENYERTAI ROMBONGAN KEBUDAYAAN & PERTANDINGAN BULAN BAHASA
KEBUDAYAAN
Punca Kuasa : PP Bil.1/1964, PP Bil.16/1966, PP Bil.9/1991
Syarat dan Kelayakan :

16.1 Pegawai dipilih sebagai peserta rombongan.

16.2 Tempoh cuti yang boleh diluluskan adalah tempoh yang diperlukan bagi lawatan kebudayaan
tersebut.

16.3 Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

17. CUTI ISTERI BERSALIN
Punca Kuasa : Pekeliling Perkhidmatan bil.9 tahun 2002
Syarat dan Kelayakan :

17.1 Pegawai lantikan tetap.

17.2 Diberi selama tujuh (7) hari termasuk hari rehat mingguan dan hari cuti kelepasan am.

17.3 Cuti ini bermula pada tarikh isteri bersalin atau hari berikutnya jika bersalin berlaku selepas waktu
pejabat.

17.4 Maksud waktu pejabat adalah dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

17.5 Cuti ini dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatan.

17.6 Cuti ini juga diberi kepada PPP yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan atau
bertugas semasa penggal persekolahan.

17.7 Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

39

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021
18. CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT

Punca Kuasa : Pekeliling Perkhidmatan bil.4 tahun 2015
Syarat dan Kelayakan :
18.1 Diberi selama tiga (3) hari termasuk hari rehat mingguan dan hari cuti kelepasan am.
18.2 Ahli keluarga terdekat merupakan suami, isteri, anak-anak (kandung, tiri dan angkat yang sah disisi
undang-undang), ibu bapa kandung, ibu bapa mertua, ibu bapa angkat.
18.3 Cuti ini bermula pada tarikh kematian atau hari berikutnya jika kematian berlaku selepas waktu
pejabat.
18.4 Maksud waktu pejabat adalah dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang.
18.5 Cuti ini juga diberi kepada PPP yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan atau bertugas
semasa penggal persekolahan.
18.6 Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

19. CUTI MENGHADIRI MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN (MBK)/ MAJLIS BERSAMA
JABATAN (MBJ)

Punca Kuasa : Pekeliling Perkhidmatan bil.21/1973 & Bil.9/1991
Syarat dan Kelayakan :

19.1 Cuti ini boleh diberi kepada pegawai untuk menghadiri mesyuarat seperti berikut:
19.1.1 Mesyuarat MBK di peringkat kebangsaan.
19.1.2 Mesyuarat Majlis Pihak Pekerja yang diadakan sehari sebelum mesyuarat MBK.
19.1.3 Menghadiri mesyuarat MBJ.
19.1.4 Mesyuarat yang dipanggil oleh kerajaan atau jabatan di mana pegawai yang hadir mewakili
kesatuan sekerja.
19.1.5 Konvesyen dua (2) tahun sekali diadakan untuk memilih anggota majlis pihak sekerja.
19.1.6 Tempoh cuti yang diberi adalah mengikut tempoh selama mesyuarat.
19.1.7 Mesyuarat yang dipanggil oleh kesatuan-kesatuan sekerja tidak layak diberi cuti ini diluluskan
Ketua Jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

20. CUTI BAGI ANGGOTA YANG DISAPINA UNTUK HADIR KE MAHKAMAH
Punca Kuasa : Surat Edaran JPA(S) 223/8/3-3 Sk.4/(44) bertarikh 26 Julai 1994
Syarat dan Kelayakan :

20.1 Pegawai disapina untuk hadir di mahkamah sebagai saksi pihak bukan kerajaan.
20.2 Jika menghadiri mahkamah di dalam stesen, pegawai boleh diberi pelepasan untuk meninggalkan

pejabat hingga tempoh yang diperlukan.
20.3 Jika menghadiri mahkamah di luar stesen, pegawai boleh diberi CTR mengikut hari yang diperlukan

untuk hadir di mahkamah dengan tambahan sehari sebelum dan sehari selepasbagi maksud
perjalanan jika perlukan.
20.4 Pegawai tidak layak apa-apa elaun serta kemudahan tugas rasmi.
20.5 Pegawai disapina untuk hadir di mahkamah sebagai saksi pihak kerajaan.
20.6 Kehadiran pegawai di mahkamah adalah dianggap menjalankan tugas rasmi.
20.7 Pegawai layak diberi elaun serta kemudahan tugas rasmi.

40

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

21.CUTI UMRAH
Punca Kuasa : Surat Edaran JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld. 3 (15) bertarikh 11 Disember 2017

21.1 Pelaksanaan kemudahan Cuti Umrah adalah seperti yang berikut:

21.1.1 Cuti Umrah adalah bagi maksud menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah
di Madinah;

21.1.2 Cuti Umrah adalah cuti tanpa rekod yang diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan
awam persekutuan yang beragama Islam dan bertaraf tetap;

21.1.3 Cuti Umrah adalah tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari;

21.1.4 Cuti Umrah adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari

kelepasan am;

21.1.5 Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud ibadah umrah bermula dari tarikh penerbangan
sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah;

21.1.6 Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepa mingguan
dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja

berikutnya;

21.1.7 Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab-sebab tertentu,
maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti

Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti
pegawai;

21.1.8 Cuti Umrah adalah diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan, yang

meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik. Sekiranya tempoh Cuti
Umrah yang digunakan adalah kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak digunakan
tidak boleh dibawa ke hadapan;

21.1.9 Permohonan Cuti Umrah yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan dokumen
perjalanan bagi kelulusan ketua jabatan;

21.1.10 Ketua jabatan hendaklah mengambil kira keperluan dan kepentingan perkhidmatan dalam

mempertimbangkan/meluluskan permohonan kemudahan ini;

21.1.11 Kemudahan Cuti Umrah hendaklah dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan
pegawai.

41

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021

CABUTAN P.U. (A) 395 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 15 Disember 1993.

2. (1) Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai di sepanjang tempoh
perkhidmatannya dan berkenaan dengan seseorang pegawai yang tidak memilih untuk memasuki
Sistem Saraan Baru, hendaklah terpakai dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu dan wajar dengan
mengambil kira terma dan syaratnya perkhidmatanya.

3. Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini akan mengakibatkan seseorang pegawai
boleh dikenakan tindakan tatatertib.

4. (1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang
tidak berbelah bagi kepada Yang di-PertuanAgong, negara dan kerajaan.

5. Seseorang pegawai tidak boleh :
a. Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya.
b. Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya
bercanggah dengan tugas awamnya.
c. Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa:
• dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga
menjejaskan kegunaannya sebagai seseorang pegawai awam; atau
• dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedah sendiri.
d. Berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama
perkhidmatan awam.
e. Kurang cekap atau kurang berusaha.
f. Tidak jujur atau amanah
g. Tidak bertanggungjawab.
h. Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau
memajukan tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu tuntutannya sendiri
atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain.
i. Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah
sebagai ingkar perintah; dan
j. Cuai dalam menjalankan tugasnya.

6. (1)Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan mengikut sepatutnya
mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan
Awam dari semasa ke semasa.
(2) Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri sesuatu upacara rasmi hendaklah berpakaian
sebagaimana yang ditentukan bagi upacara dan jika pakaian untuk upacara itu tidak ditentukan, dan
hendaklah berpakaian dengan sepatutnya bagi upacara tersebut.

7. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukan dalam subperaturan (3) seseorang pegawai dalam kumpulan
Pengurusan Tinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian aktif
dalam aktiviti politik atau memakai lambang sesuatu parti politik, dan khususnya dia tidak boleh:-

a. Membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis, yang memberikan suatu
pandangan yang berat sebelah atas apa-apa perkara yang menjadi isu antara parti-parti politik.

b. Menerbit atau mengeliling buku, majalah atau risalah yang mengemukakan pandangan yang berat sebelah
atau pandangan orang lain, atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-mana parti politik.

c. Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihanraya kecil atau apa- apa
pilihanraya untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana politik.

d. Bertindak sebagai seorang ejen pilihanraya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau
bagi pihak seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan
Undangan Negeri.

e. Masuk bertanding untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik atau memegang apa-apa jawatan
dalam mana-mana parti politik.

8. (1) Ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu sebab yang
munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib.
(2) Jika seseorang pegawai tidak hadir daripada bertugas, Ketua Jabatan hendaklah, dengan seberapa
segera, melaporkan fakta itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenan beserta tarikh-tarikh dan hal
keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya yang mungkin dikehendaki berkenaan
dengan pegawai itu.
(3) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan laporan dalam subperaturan
(2) mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut peraturan 27 dan 28.
(4) Bagi maksud peraturan ini, “ketidakhadiran” termasuklah kegagalan untuk hadir bagi apa-apa jua
tempoh masa pun pada satu-satu masa dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bagi
pelaksanaan tugas-tugasnya.

42

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021
43

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021
44

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021
45

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021
46

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021
47

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021
48

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROFESIONALISME SEMEKAR KALI KE-17 TAHUN 2021
49


Click to View FlipBook Version