The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maimunwook40, 2020-04-04 23:39:56

Book Review

4 book review

Keywords: Book Review

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN JASMIN 2, KAJANG Kod Sekolah: BEA4626

1. Nama Guru MAIMUN BINTI WOOK 3. Bidang: PENGURUSAN
2. Judul 5. Masa:
4. Tarikh Pembentangan KEMAHIRAN MENGURUS
BERASASKAN MODUL
PENULIS : CHEK MAT

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini adalah antara koleksi tulisan Tn Chek Mat seorang penceramah bebas dalam bidang
latihan,motivator dan master trainer. Beliau pernah menjadi Panel Penilai Anugerah Sukan. Buku
ini mengandungi 4 bab iaitu Bab 1 menghuraikan persoalan asas tentang kemahiran mengurus.
Bab 2 memfokuskan tentang kemahiran pengorganisasian atau dipanggil juga kemahiran operasi
pengurusan. Bab 3 memfokuskan kepada memberikan latihan khusus bagi kakitangan organisasi.
Bab 4 menghuraikan kesan penerapan kemahiran berorganisasi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Walaupun buku ini lebih bersifat umum meliputi kursus dan modul latihan semua jabatan tetapi
sebagai warga KPM ianya boleh diubahsuai dan dimanipulasikan dalam bidang pendidikan selari
dengan hasrat dan matlamat kementerian. Secara dasarnya pengurusan organisasi yang mantap
dan efisen adalah sangat penting untuk memberi kepuasan kerja kepada semua pihak
sebagaimana hala tuju KPM iaitu ‘Mengembalikan Cinta Ke Dalam Pendidikan’. Di dalam buku ini
juga dijelaskan kaedah dan langkah yang sesuai untuk menangani isu pekerja-pekerja yang
bermasalah. Rumusannya setiap pengurus dan kepimpinan organisasi perlu mempunyai
kemahiran membuat keputusan, kamahiran komunikasi dan peningkatan motivasi dalam
kalangan pekerja bawahan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Di dalam buku ini disediakan 20 modul pembelajaran meliputi empat bidang utama iaitu
perkembangan organisasi, kepimpinan , kepakaran dan kepuasan kerja. Di dalam setiap modul
ini disediakan draf kertas kerja,borang soal selidik, garis panduan pelaksanaan serta aktiviti
pemantauan untuk menilai keberkesanan modul yang dicadangkan. Buku ini sangat membantu
pihak kepimpinan dan pengurusan sesuatu organisasi untuk merangka gerakerja yang sesuai
dengan kumpulan sasar agar visi dan misi KPM mewujudkan budaya sekolah yang harmonis
dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MAIMUN BINTI WOOK ) ()
Tarikh : 3 April 2020

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN JASMIN 2, KAJANG Kod Sekolah: BEA4626

1. Nama Guru MAIMUN BINTI WOOK 3. Bidang: AGAMA
2. Judul 5. Masa:
4. Tarikh Pembentangan ASBABUN NUZUL
(SEJARAH TURUNNYA AYAT AL-
QURAN)
Karya : IMAM JALALUDDIN AS SAYUTI

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Kitab ini karya Imam Jalaluddin As-Sayuti dan diterjemahkan oleh KHQ Shaleh,HAA Dahlan dan
Prof Dr HMD Dahlan. Telah disusun semula ke dalam Bahasa Melayu oleh sidang redaksi
Penerbit Victory Agencie. Kitab ini mengupas sebab-sebab turunnya ayat dalam 114surah di
dalam Al-Quran bermula surah Al-Baqarah diakhiri dengan surah An-Nas. Setiap riwayat yang
dikemukan disertakan dengan sumbernya dan nota kaki yang lengkap. Susunan ayat dalam
Asbabun Nuzul ini tidak kronologis berdasarkan sejarah penurunannya akan tetapi
penyusunannya bersesuaian dengan susunan surah di dalam Al-Quran .

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Didalam kitab ini dijelaskan dua cara pendekatan Al-Quran dalam penurunan ayat-ayat Allah .
Cara pertama pendekatan yang tidak didahului dengan pertanyaaan iaitu mengandungi perintah
secara langsung dan larangan kepada kaum Mukminin. Pendekatan yang kedua sebagai
jawapan terhadap pertanyaaan yang diajukan kepada Rasulullah SAW. Kedua-dua pendekatan
ini disertakan contoh-contoh daripada ayat Al-Quran yang menjadi bacaan harian kita. Di dalam
kitab ini akan diperolehi beberapa riwayat yang berbeza tentang turunnya sesuatu ayat. Penulis
tidak menetapkan mana satu riwayat yang paling tepat tetapi haruslah dilihat kepada isnad dan
keadaan perawinya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Untuk memahami isi kandungan Al-Quran dengan lebih mendalam setiap mukmin haruslah
mengetahui latar belakang peristiwa penurunannya kerana ia memberi bahan yang penting dalam
usaha mentafsirkan ayat-ayat Allah. Sebagai seorang asatizah yang akan memberi ilmu dan
input kepada para pelajarnya dalam bidang Al-Quran dan hukum syarak semestinya mendalami
ilmu tafsir dan sebab-sebab sesuatu ayat diturunkan agar ilmu yang disampaikan kepada para
pelajar adalah tepat, sahih dan daripada sumber yang muktabar. Adalah sangat malang jika para
asatizah tidak berusaha mendalami ilmu Fardu Ain ini kerana generasi pelajar hari ini mempunyai
cara berfikir yang berbeza dan berasaskan logik semata. Sebagai pendidik kita mestilah yakin
dalam memberi maklumat dan ilmu kepada orang lain berdasarkan dalil yang benar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MAIMUN BINTI WOOK ) ()
Tarikh : 18 Mac 2020

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN JASMIN 2, KAJANG Kod Sekolah: BEA4626

1. Nama Guru MAIMUN BINTI WOOK 3. Bidang: KEPIMPINAN &
2. Judul PENGURUSAN PENDIDIKAN
KAJIAN TINDAKAN
TERBITAN : IAB KPM

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Modul Khas NPQEL yang bertajuk Kajian Tindakan ini adalah dikhususkan kepada para peserta
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsan (NPQEL). Ia adalah hakcipta
Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia.. Di dalam modul ini dihuraikan secara
terperinci tentang latar belakang kajian tindakan, konsep ,model-model ,jenis-jenis ,tinjauan
literature ,reka bentuk kajian, metodologi kajian dan mengkomunikasikan kajian tindakan. Buku
berhalaman 102 muka surat ini membincang dan menjelas secara terperinci kaedah dan
pelaksanaann kajian tindakan . Juga dilampirkan contoh dan sample kajian tindakan yang terbaik
untuk dijadikan rujukan para peserta kursus.
.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Modul Kajian Tindakan ini direka bentuk agar para pemimpin pelapis terdiri daripada pentadbir
sekolah dapat memahami konsep asas dan mendedahkan mereka tentang cara-cara
melaksanakannya di sekolah. Seterusnyaa para pemimpin sekolah dapat menyebarluaskan ilmu
ini kepada para guru dan staf sekolah bagi mencari satu kaedah penyelesaian terhadap sesuatu
permasalahan yang timbul . Dalam modul ini penekanan kajian tindakan bukan lagi berfokuskan
kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdPc) semata-mata namun diperluaskan kepada 9
bidang pengurusan dan kepimpinan sekolah seperti yang terkandung dalam Standard
Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM).

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sesebuah sekolah seharusnya melaksanakan kajian tindakan dalam usaha untuk meningkatkan
tahap profesionalisme dalam pengajaran pembelajaran. Melalui kajian tindakan, banyak masalah
dalam pengurusan sekolah dan bilik darjah boleh diselesaikan dengan baik. Para pemimpin
sekolah dan para guru akan mampu melihat masalah yang dihadapi secara langsung dan usaha
penyelesaian dapat dirancang secara sitematik dan terancang. Seterusnya tindakan susulan yang
sewajarnya dapat dilaksanakan sesuai dengan keupayaan dan kemampuan fasiliti sekolah.
Contoh borang-borang soalselidik dan lampiran-lampiran yang disertakan membantu para
pendidik membuat satu bentuk kajian tindakan yang lengkap dan baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MAIMUN BINTI WOOK ) ()
Tarikh : 5 April 2020

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN JASMIN 2, KAJANG Kod Sekolah: BEA4626

1. Nama Guru MAIMUN BINTI WOOK 3. Bidang: AGAMA
2. Judul 5. Masa:
4. Tarikh Pembentangan IMAM SYAFEI PEJUANG
KEBENARAN
PENULIS : ABDUL LATIP TALIB

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini karya seorang penulis yang sagat terkenal dalam penulisan buku sejarah Islam.
Berhalaman 260 muka surat. Dalam bahagiaan pendahuluan diceritakan secara ringkas sejarah
empat mazhab yang terkenal iaitu Mazhab Hanbali, Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi dan Mazhab
Syafei yang mengikuti fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.. Juga diterangkan secara ringkas
kemunculan fahaman-fahaman lain seperti Muktazilah yang merupakan cabang asal daripada
Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Seterusnya bermula Bab 1 sehingga Bab 23 menceritakan
susur galur siapakah Imam As-Syafei rahimallah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Di dalam buku ini dijelaskan kronologi riwayat hidup Imam Syafei bermula latar belakang beliau,
perjuangan beliau sebagai imam mazhab sehinggalah kepada perginya sebagai ulama terbilang.
Sebutir mutiara di atas muka bumi . Justeru dititipkan untaian kata-kata dan pesanan beliau untuk
umat manusia sepanjang zaman. Penceritaan berbentuk perbualan menjadikan buku ini santai
untuk dibaca walau pun mesej yang mahu disampaikan sangat berat. Umpama membaca sebuah
novel. Ia menarik minat para remaja untuk mengikuti pembacaan buku ini sehingga ke halaman
yang terakhir. Tanpa disedari kesayuan dan kepiluan terasa sangat mendalam saat kepergiannya
mengadap Sang Pencipta.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Pengkajian tokoh-tokoh imam mazhab seperti Imam Syafei, Imam Hanafi, Imam Hanbali dan
Imam Maliki adalah salah satu silibus dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 5.
Sebagai pendidik mereka seharusnya mengkaji dan mendalami sejarah hidup seseorang tokoh
tidak hanya terhad kepada apa yang dinyatakan dalam buku teks semata. Ini akan menambahkan
rasa hormat dan kagum pelajar kepada para gurunya atas ketinggian ilmu yang dimilik serta
kewibawaanya dalam menyampaikan ilmu. Penghayatan terhadap sejarah hidup para ulama
silam meningkatkan kecintaan kepada ulama dan memurnikan ketinggian akhlak untuk dicontohi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MAIMUN BINTI WOOK ) ()
Tarikh : 7 April 2020


Click to View FlipBook Version