The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Kerja Ceramah Menuju Ihya' Ramadhan 11 Mac (Jumaat)-PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by microb4me, 2022-04-16 22:41:09

Kertas Kerja Ceramah Menuju Ihya' Ramadhan 11 Mac (Jumaat)-PDF

Kertas Kerja Ceramah Menuju Ihya' Ramadhan 11 Mac (Jumaat)-PDF

Kelab Kebajikan & Sukan IKKPN

Reg. No: 1170

KERTAS KERJA

CERAMAH PERDANA
(DALAM TALIAN)

MENUJU IHYA’ RAMADHAN :
“PERSIAP IMAN, RANCANG AMALAN”

DISEDIAKAN OLEH;
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN INSTITUT (KKSI)

2021/2022

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN IKKPN (KKSI)

Cadangan Ceramah Perdana (Dalam Talian) bertemakan
Menuju Ihya’ Ramadhan : “Persiap Iman, Rancang Amalan”

Tarikh Muka Surat

22 Februari 2021 2/8

ISI KANDUNGAN Muka Surat
3
Bil. Isi Kandungan 3
1.0 Pengenalan 4
2.0 Objektif 4
3.0 Tema 4
4.0 Anjuran 6
5.0 Penglibatan 7
6.0 Struktur Organisasi 8
7.0 Tentatif 4
8.0 Anggaran Perbelanjaan
9.0 Penutup

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN IKKPN (KKSI)

Cadangan Ceramah Perdana (Dalam Talian) bertemakan
Menuju Ihya’ Ramadhan : “Persiap Iman, Rancang Amalan”

Tarikh Muka Surat

22 Februari 2021 3/8

1. Pengenalan

Sambutan Program Ihya’ Ramadhan merupakan salah satu aktiviti
rasmi Institut yang dijalankan pada setiap tahun. Ungkapan Ihya'
Ramadhan membawa maksud memeriahkan atau menghidupkan
bulan Ramadhan demi meraih Rahmat Allah SWT. Persediaan yang
rapi khususnya dari aspek rohani adalah sangat digalakkan dalam
kalangan umat Islam bagi menghadapi bulan Ramadhan supaya
dapat dihidupkan dengan penuh keimanan di samping dengan
mengharapkan segala amalan yang dilakukan di dalam bulan ini agar
diterima Allah SWT. Berpuasa di siang hari adalah satu perintah yang
wajib dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan sepertimana yang
telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud;
“Hai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada
kamu, supaya kamu bertaqwa.” (al Baqarah:183). Justeru itu, kertas
kerja ini disediakan bagi mendapatkan persetujuan dan kelulusan
Pengarah Eksekutif bagi membolehkan Ahli Jawatankuasa Kelab
Kebajikan dan Sukan IKKPN (KKSI) menganjurkan aktiviti yang utama
iaitu slot Ceramah Perdana secara dalam talian dengan bertemakan
“Menuju Ihya’ Ramadhan : Persiap Iman, Rancang Amalan”.

2. Objektif

Pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang
perlu dicapai melalui program ini;

2.1 Menggalakkan kakitangan menghayati ayat-ayat Al-Quran
yang mewajibkan Umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan;

2.2 Memberi penerangan mengenai persiapan yang wajar
dilakukan bagi menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan;

2.3 Membudayakan penghayatan dalam mengamalkan Sunnah-
sunnah Rasulullah SAW ketika berada dalam bulan Ramadhan;

2.4 Menyuburkan rasa semangat untuk tekun beramal di dalam
bulan Ramadhan;

2.7 Menyuburkan budaya dan amalan berpuasa semasa bekerja
berpandukan kepada cara Rasulullah SAW menjalani ibadah
puasa ketika baginda bekerja / menyampaikan dakwah.

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN IKKPN (KKSI)

Cadangan Ceramah Perdana (Dalam Talian) bertemakan
Menuju Ihya’ Ramadhan : “Persiap Iman, Rancang Amalan”

Tarikh Muka Surat

22 Februari 2021 4/8

3. Tema

“Menuju Ihya’ Ramadhan : Persiap Iman, Rancang Amalan”

4. Anjuran
KKSI, NIOSH

5. Penglibatan Ahli-Ahli

Ahli Jawatankuasa : 17 Orang

Anggaran Jumlah peserta : Semua kakitangan yang beragama

ISLAM

6. Struktur Organisasi

Rujuk Lampiran A
7. Tentatif Program

Rujuk Lampiran B
8. Anggaran Perbelanjaan

Rujuk Lampiran C
9. Penutup

Adalah diharapkan agar program Ceramah Perdana (Dalam Talian)
bertemakan - Menuju Ihya’ Ramadhan : “Persiap Iman, Rancang
Amalan” dan perolehan ini mendapat pertimbangan sewajarnya
daripada pihak Pengurusan Atasan NIOSH dan meluluskan
permohonan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu,
adalah menjadi harapan agar program ini dapat dijayakan dengan
lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan.
Penganjuran program seumpama ini juga diharapkan dapat
memberi manfaat kepada semua kakitangan yang terlibat di dalam
slot pengisian ilmu kerohanian yang membawa banyak kebaikan.
Secara tidak langsung, NIOSH dan NCSB akan dapat melahirkan
pemimpin yang berfikiran positif, amanah serta cekap dalam segala
tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan
penggemblengan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan.

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN IKKPN (KKSI)

Cadangan Ceramah Perdana (Dalam Talian) bertemakan
Menuju Ihya’ Ramadhan : “Persiap Iman, Rancang Amalan”

Tarikh Muka Surat

22 Februari 2021 5/8

Disediakan oleh:

.....................................
MUHAMMAD ALIFF BIN ROSLI
Ahli Jawatankuasa Kerohanian dan Kebajikan
Kelab Kebajikan dan Sukan IKKPN (KKSI)

Disahkan oleh:

.....................................
MOHD RAZMAN BIN ISMAIL
Presiden
Kelab Kebajikan dan Sukan IKKPN (KKSI)

Disemak oleh:

.......................................
MEJAR HAJI HANIF BIN MAIDIN (B)
Setiausaha Eksekutif
NIOSH Malaysia

Diluluskan oleh:

.....................................
HAJI AYOP BIN SALLEH
Pengarah Eksekutif
NIOSH Malaysia

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN IKKPN (KKSI)

Cadangan Ceramah Perdana (Dalam Talian) bertemakan
Menuju Ihya’ Ramadhan : “Persiap Iman, Rancang Amalan”

Tarikh Muka Surat

22 Februari 2021 6/8

Lampiran A

Struktur Organisasi
Ceramah Perdana (Dalam Talian) bertemakan
Menuju Ihya’ Ramadhan : “Persiap Iman, Rancang Amalan”

Penaung
Tn. Hj. Ayop bin Salleh

Penasihat
Tn. Mejar Hj. Hanif bin Maidin (B)

Pengerusi
En. Mohd Razman bin Ismail

Penyelaras
En. Mohd Hafsam bin Maghpor

Pengarah Program
En. Muhammad Aliff bin Rosli

Timbalan Pengarah Program
Pn. Suhainie binti Suid

Setiausaha
Pn. Sazlin Shuhizam binti Mohd Shariff

Timbalan Setiausaha
Pn. Siti Azuana binti Mad Alli

Bendahari
En. Muhammad Sufian bin Safuddin

Teknikal

En. Mohamed Firdaus bin Mohamed Khairuddin

Ketua Keselamatan / Kesihatan : En. Ahmad Syauqi bin Hamdan

Ketua Makanan & Minuman : Pn. Siti Azuana binti Mad Alli

Ketua Hadiah / Cenderamata : Pn. Suhainie binti Suid

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN IKKPN (KKSI)

Cadangan Ceramah Perdana (Dalam Talian) bertemakan
Menuju Ihya’ Ramadhan : “Persiap Iman, Rancang Amalan”

Tarikh Muka Surat

22 Februari 2021 7/8

Lampiran B

Tentatif Program

Ceramah Perdana (Dalam Talian) bertemakan
Menuju Ihya’ Ramadhan : “Persiap Iman, Rancang Amalan”

Tarikh : 11hb Mac 2021 (Jumaat)

Masa : 9.00 – 10.45 pagi

Platform : Aplikasi Zoom

Masa Atur cara
8.00 – 9.00 pagi
- Sesi perkongsian Pesanan Integriti (P.I) oleh Encik Muhammad
Ikram Zaidi (IGU)
- Majlis bacaan Yassin dan Tahlil

9.00 – 9.15 pagi Ucapan aluan oleh Tuan Pengarah Eksekutif NIOSH

9.15 – 9.30 pagi Alunan zikrullah dan selawat ke atas Nabi bersama-sama di
9.30 – 10.30 pagi dalam Zoom

Ceramah Perdana (Dalam Talian) bertemakan -
Menuju Ihya’ Ramadhan : “Persiap Iman, Rancang Amalan”
Penceramah jemputan:
Al-Fadhil Ustaz Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan (Imam
Muda Asyraf)

10.30 – 10.45 pagi Penutup

10.45 pagi PROGRAM TAMAT

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN IKKPN (KKSI)

Cadangan Ceramah Perdana (Dalam Talian) bertemakan
Menuju Ihya’ Ramadhan : “Persiap Iman, Rancang Amalan”

Tarikh Muka Surat

22 Februari 2021 8/8

Lampiran C

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN HARGA JUMLAH
1. Ceramah Perdana 200 (RM)

Sumbangan untuk penceramah RM200 x 200
jemputan 1jam

JUMLAH PERBELANJAAN 200.00
JUMLAH ANGGARAN PERMOHONAN PERUNTUKAN 200.00

(Bajet akan menggunakan peruntukan daripada KKSI)








Click to View FlipBook Version