The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD AFIQ AZIZIE BIN JEFFRI AZIZIE, 2024-03-17 21:00:02

LAPORAN PTA RAGUM PELBAGAI ARAH

LAPORAN PTA RAGUM PELBAGAI ARAH

40 Rajah 4.3 menunjukkan bahagian tapak yang digunakan untuk menyokong bahagian bawah badan ragum. Rajah 4.4 ialah badan ragum dimana ianya dijadikan bahagian utama bagi mencamtumkan bahagian-bahagiannya yang lain. Rajah 4.5 ialah skru tapak bagi mencamtumkan tapak dan badan ragum. Rajah 4.6 ialah kepala ragum yang dapat diubah kedudukanya dengan memusingkan kepalanya dan ini membuatkanya menjadi kepala ragum pelbagai arah. Rajah 4.7 adalah skru kepala ragum dan skru rahang tetap iaitu berfungsi untuk mengetatkan kepala ragum dan rahang tetap pada bahagian badan ragum yang telah ditetapkan. Rajah 4.8 ialah “handle” ragum yang akan menggerakan rahang ragum ke arah benda kerja. Rajah 4.9 adalah rahang bergerak, ia akan digunakan untuk memberi tekanan pada bahan kerja kearah kepala ragum untuk diapit. Akhir sekali, Rajah 4.10 ialah rahang tetap, ia akan membantu rahang bergerak sebagai tempat meletakkan bahan kerja Rajah 4.2 : Pandangan Isometri Ragum Pelbagai Arah Pada mesin Kisar Rajah 4.3: Pandangan Isometri Bahagian Tapak


41 Rajah 4.4 : Pandangan Isometri Bahagian badan ragum 4.5: Pandangan Isometri Skru Tapak


42 Rajah 4.6 : Pandangan Isometri Bahagian Kepala Ragum Rajah 4.7 : Pandangan Isometri Skru Kepala Ragum Dan Rahang Tetap


43 Rajah 4.8 : Pandangan Isometri Handle Ragum Rajah 4.9 : Pandangan Isometri Rahang Bergerak Ragum


44 Rajah 4.10 : Pandangan Isometri Rahang Tetap Ragum 4.6 RUMUSAN Dalam bab ini membincangkan tentang proses pemilihan reka bentuk mengikut kaedah penilaian skor daripada pakar sebelum pengkaji membuat lukisan sebenar pada perisian “Autodesk Inventor Professional 2019 ”. Hasil daripada penilitian dan pengamatan yang telah dibuat oleh pengkaji, pengkaji memilih lakaran reka bentuk yang ke 3 untuk membangunkan ragum pelbagai arah pada mesin kisar secara nyata. Akhir sekali, dalam bab 5 akan membincangkan tentang analisis data yang mana dalam bab 5 tersebut akan membuat analisis produk dengan membangunkan produk secara realiti dan nyata dan pengkaji juga akan membincangkan tentang sebarang cadangan atau penambahbaikan dan kesimpulan.


45 BAB 5 ANALISIS DATA 5.1 Pengenalan Analisis data akan membincangkan berkenaan dengan hasil daripada data yang telah diperolehi berdasarkan pengesahan pakar dan pengujian terhadap sesuatu produk. Hasil dapatan daripada analisis yang dijalankan adalah untuk menjawab persoalan kaedah analisis yang akan digunakan melalui penilaian daripada pakar dari segi reka bentuk dan pengujian produk secara simulasi. Tujuanya adalah untuk mengenalpasti tahap pengujian produk,keselamatan dan kebolehfungsian ragum pelbagai arah pada mesin kisar dalam melakukan proses pemotongan tersebut. Analisis yang dilakukan oleh pengkaji berkaitan reka bentuk produk adalah menganalisis dari segi pengujian produk, pengujian masa produk dan keselamatan produk.


46 5.2 Penyediaan Produk Rajah 5.1: Ragum Pelbagai Arah Ragum pelbagai arah pada mesin kisar adalah merupakan sebuah produk yang dibangunkan untuk memegang bahan kerja dari pelbagai arah terutama bagi bahan kerja berbentuk bulat dan produk ini dapat memegang bahan kerja bulat dengan lebih stabil agar tiadanya gegaran ketika proses pemotongan pada mesin kisar berjalan. Proses pemotongan berlaku apabila bahan kerja bulat akan dipasang pada ragum pelbagai arah ini. Selain daripada itu, ragum ini juga dapat memegang 3 bahan bulat sekaligus berdiameter kecil dan apabila hendak memotong bahan kerja bulat yang berdiameter besar, rahang tetap pada produk ini boleh diubah kedudukanya kerana terdapat dua skru pada rahang yang membolehkan rahang dapat dibuka dan diubah kedudukan.


47 5.3 Pengujian produk Terdapat 3 ujian yang dijalankan iaitu yang pertama ujian penggunaan produk dimana ujian ini dilakukan untuk memastikan bahawa ragum pelbagai arah ini sesuai ataupun tidak digunakan pada mesin kisar dan sesuai atau tidak digunakan apabila hendak melakukan proses pemotongan bahan dengan menggunakan ragum pelbagai arah. Yang kedua adalah ujian masa, pada ujian masa pengkaji ingin melihat sama ada tempoh penggunaan ragum pelbagai arah lebih singkat tempoh penggunaannya atau lebih lama berbanding ragum yang sedia ada. Yang ketiga adalah ujian keselamatan. Pada ujian keselamatan, pengkaji ingin melihat sama ada produk ini selamat digunakan atau tidak. 5.3.1 Ujian penggunaan produk Ragum pelbagai arah merupakan ragum atau jig yang digunakan pada mesin kisar untuk mengikat bahan kerja. Pada ujian ini, pengkaji menguji dengan mengikat ragum pelbagai arah pada meja mesin kisar sama ada ragum ini sesuai digunakan atau tidak ketika proses pemotongan bahan dijalankan. Pengkaji juga menguji dengan mengikat bahan bulat pada ragum pada pelbagai bersesuaian pada sudut ragum yang telah dibina. Hasil ujian ini mendapati bahawa ragum dapat diikat pada meja mesin kisar tetapi terdapat sedikit kelonggaran pada bahagian tapak ragum yang diikat pada meja mesin kisar mengakibatkan ragum sedikit terangkat daripada tapak ragum tetapi ragum pelbagai arah dapat mengikat bahan bulat daripada pelbagai arah dengan kuat dan ketat.


48 5.3.2 Ujian masa Tempoh pengaturan bahan kerja didapati agak lama kerana terdapat pertukaran mesin daripada mesin larik ke mesin kisar untuk memotong bahan bulat. Maka, berlakunya lebihan penggunaan masa untuk menghasilkan sesuatu produk. Pada ujian ini, pengkaji menguji dengan menghitung masa dengan mengikat bahan kerja yang bulat pada mesin larik kemudian membukanya dan terus mengikat bahan tersebut kearah mesin kisar. Hasil daripada ujian mendapati bahawa terdapat lebihan masa sebanyak 45 saat untuk membuka bahan daripada mesin larik ke mesin kisar. Dengan menggunakan ragum pelbagai arah kita dapat menjimatkan masa dengan mengikat ragum ini pada mesin kisar dan mengikat bahan kerja bulat pada ragum ini dan terus melakukan proses pemotongan bahan. 5.3.3 Ujian keselamatan Pada ujian keselamatan, pengkaji menguji ragum pelbagai arah dengan mengikat ragum pelbagai arah pada mesin kisar dan mengikat bahan pada rahang ragum kemudian melakukan proses pemotongan bahan dan pengkaji melihat sama ada ragum tersebut kukuh dan tidak bergoyang agar ragum selamat digunakan oleh pengguna ragum ini.Hasil daripada ujian ini mendapati bahawa ragum ini terdapat sedikit getaran semasa proses pemotongan bahan dijalankan. Hal ini, adalah kurang selamat sekiranya ragum ini digunakan untuk proses pemotongan bahan.


49 5.4 Perbincangan Analisis kajian telah dibuat penilaian bagi reka bentuk dan kebolehfungsian ujian yang dilakukan dan menunjukkan keputusan dan kesan yang positif. Walaubagaimanapun, pengkaji tetap menitikberatkan terutamanya data teknikal yang mencerminkan kelebihan dan kekurangan dari segi reka bentuk produk. Perbincangan adalah mengenai perkaara seperti berikut: i. Mereka bentuk ragum pelbagai arah pada mesin kisar berbantu computer ii. Menjalankan ujian ke atas ragum pelbagai pelbagai arah pada mesin kisar iii. Membuat analisis teknikal untuk kebolehfungsian dan keberkesanan ragum pelbagai arah pada mesin kisar Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, hasil kajian mendapati bahawa pihak pengkaji bersetuju untuk melakukan penambahbaikan mengikut hasil daripada ujian yang telah dilakukan. Seterusnya, berdasarkan analisis secara terperinci mengikut hasil ujian, pengkaji perlu mengenali dan mendalami lebih lagi terhadap ragum yang sedia ada dan membandingkan ragum yang telah dibina iaitu ragum pelbagai arah.


50 5.5 Cadangan Berdasarkan penilaian yang telah dibuat, terdapat beberapa cadangan dalam penambahbaikan dan pengkaji mengalu-alukan pengkaji lain untuk memperbaiki reka bentuk ragum pelabagai arah pada mesin kisar pada masa akan datang supaya produk ini akan menjadi lebih baik. Cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah dari aspek reka bentuk produk. Dari aspek reka bentuk ragum pelbagai arah pada mesin kisar, bahagian badan ragum perlu dititikberatkan. Hal ini kerana badan ragum yang diciptakan oleh pengkaji adalah penyambungan 3 bahan yang telah dikimpal. Badan ragum ini akan mengalami tekanan kritikal yang paling maksimum apabila dikenakan daya semasa proses pemotongan. Badan ragum ini boleh menggunakan bahan yang sedia ada yang tidak dikimpal yang mampu menahan beban semasa proses pemotongan dijalankan. Selain daripada itu, penambahbaikan terhadap pembangunan produk ini juga perlu dilihat dengan lebih terperinci. Pengkaji pada asalnya menggunakan bahan cadangan iaitu aluminium yang dimana pengkaji melihat dari aspek kos, ketahanan bahan dan juga mudah untuk diperolehi. Akan tetapi jika dilihat dari hasil ujian yang telah dilakukan pengkaji menyarankan untuk menggunakan bahan yang lain kerana setiap bahan mempunyai ketahanan dan kekuatan yang berlainan. Cadangan ini juga adalah untuk melestarikan lagi proses pemotongan ragum pelbagai arah pada mesin kisar.


51 5.6 Kesimpulan Matlamat utama pembangunan ragum pelbagai arah pada mesin kisar adalah untuk membantu pihak industri terutamanya dalam bidang pemesinan (pembuatan) agar menyelesaikan masalah pengendalian dalam memegang sesebuah bahan bulat pada mesin kisar untuk proses pemotongan. Berdasarkan daripada pihak pakar menerusi borang matrik pemilihan reka bentuk, rata-rata mereka bersetuju dengan reka bentuk dan pembangunan ragum pelbagai arah pada mesin kisar ini dengan harapan dapat memberikan penyelesaian kepada isu yang berbangkit tadi. Secara keseluruhanya, pengkaji dapat meyimpulkan bahawa reka bentuk pembangunan ragum pelbagai arah pada mesin kisar ini berjaya mencapai matlamat dan objektif pembangunanya. Walaubagaimanapun, masih terdapat penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mencapai tahap paling tertinggi dalam kebolehfungsian ragum ini.


52 5.7 Penutup Tuntasnya, pengkaji mendapati bahawa ragum pelbagai arah pada mesin kisar ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk dan pembangunan yang baik. Produk yang akan dibangunkan ini diharap dapat membantu pemain industri terutamanya dalam bidang pemesinan (pembuatan) untuk membantu mereka dalam menyelesaikan masalah atau isu pengendalian pemotongan bahan yang bulat. Walaubagaimanapun, kajian dan pembangunan produk ini masih perlu mempunyai ruang dan peluang untuk ditambahbaik pada masa akan datang supaya menjadi lebih efektif dan lebih berkesan. Oleh itu, penambahbaikan diharap dapat dilakukan serta menggunakan cadangan yang telah diberikan untuk menghasilkan sebuah ragum yang lebih selamat dan berkesan. Pengkaji juga berharap kajian ini dapat memberikan gambaran dengan lebih jelas dan terperinci kepada pengkaji-pengkaji yang akan datang sebagai rujukan kajian mereka sekaligus menambahbaik kualiti dan fungsi produk ini.


RUJUKAN Edward G. Goffman (2004) Jig and Fixture Design , Delmar Cengage Learning. Yong Yue, J.L. Murray (1994) Advances in Feature Based Manufacturing, Elsevier Science B.V. Y Haik, S Sivaloganathan, TM Shahin (2015) Engineering Design Process, Delmar Cencage Learning. C Hales (1987) Analysis of the Engineering Design Process in an Industrial Contex, University of Cambridge. V Hubka (2015) Principles of Engineering Design, Butterworth & Co (Publishers) Ltd. P Lloyd (2000) Design studies, Elsevier Ltd. ELJ Bohez (2002) International Journal of Machine Tools and Analysis, Elsevier Science Ltd. George E. Totten, Lin Xie, Kiyoshi Funatan (2004) Modeling and Simulation for Material Selection and Mechanical Design, Marcel Dekker Inc. G De Matteis, G Brando, FM Mazzolani (2011) Construction and Building Materials, Elsevier Ltd. Christopher J. Miller, Shannon Wiltsey-Stirman (2020) Community Psychology Decision Making, John Wiley & Sons, Inc.. Abdurrahman, A. F., Widiyanto, G., Ghifari, R., & Rosidi, R. (2019, October 18). Rancang Bangun Jig And Fixture Drilling pada Setting Stiffner dan Diafragma. Hasyim, M. H. M. (2005). Penyelidikan Tentang Rekabentuk Instruksi & Teknologi. Muruganantham, G. (2015). Developing of E-content package by using EDP model. Rahmanto, Y. (2019). Proses Pengecoran Aluminium Sebagai Bahan Pembuatan Blok Silinder.


Segalman, D.Reese, G. Field, R. & Fulcher, C. (2000). Estimating the probability distribution of von Mises stress for structures undergoing random excitation. Starkey, E.Toh, C. A. & Miller, S. R. (2016). Abandoning creativity: The evolution of creative ideas in engineering design course projects. Waguespack, C. (2011). Mastering Autodesk Inventor 2012 and Inventor LT 2012. Wiley Publishing, Inc. Amiruddin, A. A. & Azman, M. M. (2014). Concept Development Of Ejector Jig And Fixture At Dipping Process For Pin Manufacturing Master Of Manufacturing Malaysia (Industrial Engineering) Becker, K., & Mentzer, N. (2015, September). Engineering design thinking: High school students’ performance and knowledge. Buede, D. M., & Miller, W. D. (2016). The engineering design of systems: models and Method. Farokhi, M. (2017). Pengaruh Kecepatan Putar Spindle (Rpm) Dan Besarsudut Pahat Pada Proses Pembubutan Terhadap ingkat Kekasaran Benda Kerja Baja Ems 45menggunakan Mesin Cnc Skt 160 Lc. Kundu, P.K (2014). Design And Fabrication For Metal Holding Device For A Milling Machine. Maruyama, K., & Yoshimi, K. (2007). Influence Of Data Analysis Method And Allowable Stress Criterion On Allowable Stress Of Gr.


CARTA BIL PERKARA 1 2 1 PERAKUAN TAJUK PROJEK 2 PEMURNIAN TAJUK PROJEK 3 MENUNJUKKAN HASIL DARIPADA BAB 1 4 MENUNJUKKAN BAB 1 YANG TELAH SIAP DIPERBETULKAN 5 MENUNJUKKAN HASIL DARIPADA BAB 2 6 MENUNJUKKAN BAB 2 YANG TELAH SIAP DIPERBETULKAN 7 MENUNJUKKAN HASIL DARIPADA BAB 3 8 MENUNJUKKAN BAB 3 YANG TELAH SIAP DIPERBETULKAN 9 MENYUSUN PROPOSAL SEBELUM DISEMAK OLEH


LAMPIRAN 1 AGANTT PTA 1 MINGGU PERLAKSANAAN 3 4 5 6 7 8 9 9 10 11 12 13 14


PENYELIA 10 MENGHANTAR PROPOSAL KEPADA PANEL 11 PEMBENTANGAN PROJEK Petunjuk : PERANCAPERLAKSA


ANGAN ANAAN


CARTA BIL PERKARA 1 2 1 PENGENALAN PTA 2 2 PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN 3 PERANCANGAN TARIKH PERLAKSANAAN PROJEK 4 MENUNJUKKAN HASIL DARIPADA BAB 4 5 MENUNJUKKAN BAB 4 YANG TELAH SIAP DIPERBETULKAN MENUNJUKKAN HASIL DARIPADA BAB 5 6 MENUNJUKKAN HASIL DARIPADA BAB 5 7 MENUNJUKKAN BAB 5 YANG TELAH SIAP DIPERBETULKAN 8 PENGHASILAN PROJEK


AGANTT PTA 2 MINGGU PERLAKSANAAN 3 4 5 6 7 8 9 9 10 11 12 13 14


9 MENYUSUN PROPOSAL SEBELUM DISEMAK OLEH PENYELIA 10 MENGHANTAR PROPOSAL KEPADA PANEL 11 PEMBENTANGAN PROJEK Petunjuk : PERANCAPERLAKSA


ANGAN ANAAN


LAMPIRAN 2 BORANG PENGESAHAN PAKAR DAN MATRIK PEMILIHAN REKA BENTUK


Click to View FlipBook Version