KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
BUKU PANDUAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS)
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
Isi Kandungan Muka surat
Prakata 1
Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2
Kata Alu-aluan Ketua Polis Negara 3
Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 4
Kata Alu-aluan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti 5
Kata Alu-aluan Presiden
6
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK/NUTP) 7
Pendahuluan 8
Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS ) 9
Peranan Dan Tanggungjawab Pegawai Perhubungan Sekolah
Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia 10
Bersama-sama Polis Diraja Malaysia 11
Jawatankuasa Peringkat Negeri Permuafakatan Jabatan Pendidikan Negeri
12
Bersama- sama Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Jawatankuasa Peringkat Daerah Permuafakatan Pejabat Pendidikan Daerah 13
14
Bersama- sama Ibu Pejabat Polis Daerah
Jawatankuasa Peringkat Sekolah Permuafakatan Sekolah 15
Bersama- sama Pegawai Perhubungan Sekolah 16
Laporan Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS )
Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) 17
18
Dalam Memperkasakan Tugas Pegawai Perhubungan Sekolah 19
Peranan Jabatan Pendidikan Negeri ( JPN ) 20
21-26
Dalam Memperkasakan Tugas Pegawai Perhubungan Sekolah 27
Peranan Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD ) 28
29-30
Dalam Memperkasakan Tugas Pegawai Perhubungan Sekolah
Peranan Sekolah Dalam Memperkasakan Tugas Pegawai Perhubungan Sekolah
Penutup
Lampiran
Lampiran A - Borang Pemantauan Dan Aktiviti Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS )
Lampiran B - Carta Aliran Tindakan Pegawai Perhubungan Sekolah
Lampiran C - Borang Pemantauan Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS ) oleh KPM/JPN/PPD
Jawatankuasa Penulisan Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS )
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
PRAKATA
Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah ini hendaklah dijadikan rujukan dan
panduan secara menyeluruh oleh semua pihak yang terlibat, khususnya Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Hal ini bertujuan untuk
mewujudkan penyelarasan dan keseragaman dalam pelaksanaan tugas serta tindakan
yang diambil dalam usaha menangani masalah salah laku jenayah sama ada di dalam
atau di luar sekolah.
Sejak tahun 1974 lagi, PDRM telah mewujudkan Pegawai Perhubungan Sekolah
(PPS) bagi membendung kejadian jenayah dan salah laku disiplin dalam kalangan
murid-murid sekolah. Kolaboratif antara KPM dan PDRM melalui usaha-usaha yang
berterusan dapat membantu pihak sekolah untuk mencegah penglibatan murid-murid
dalam kejadian jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang.
Adalah diharapkan kolaboratif KPM dan PDRM ini akan dapat membantu pihak
sekolah dalam usaha pencegahan jenayah dan salah laku murid. Langkah ini
diharapkan dapat membentuk kemenjadian murid secara holistik bagi melahirkan insan
yang cemerlang pada masa hadapan.
1
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH),
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia yang telah mengambil inisiatif
bagi menerbitkan Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah yang akan menjadi rujukan
kepada semua sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di Malaysia.
Saya berharap dengan adanya buku panduan ini, pihak polis melalui PPS dan pihak sekolah dapat
melaksanakan tugas mengikut prosedur yang lebih sistematik dalam menangani permasalahan
disiplin murid. Usaha murni ini juga dapat menjamin keberkesanan komunikasi antara Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah
dengan Polis Diraja Malaysia.
Kolaboratif yang erat antara pihak sekolah dengan Polis Diraja Malaysia akan dapat mengekang
pelbagai masalah disiplin dalam kalangan murid. Langkah proaktif ini dapat menampilkan
perwatakan yang baik dan terpuji dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi
jasmani,emosi,rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Akhir kata, saya amat berharap agar penerbitan Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah ini
dapat melahirkan murid-murid yang mempunyai jati diri yang unggul sebagai generasi peneraju
negara pada masa hadapan.
DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
2
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
KATA ALU-ALUAN
KETUA POLIS NEGARA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Segala puji dan syukur dirafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya
jua, Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah berjaya diterbitkan sepertimana yang
dirancang.
Sesungguhnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat cakna gejala jenayah dan salah laku yang
melibatkan generasi muda khususnya murid-murid sekolah. Dalam menangani permasalahan ini,
PDRM telah melantik pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis sebagai Pegawai Perhubungan
Sekolah (PPS) di setiap sekolah, yang berperanan memantau perlakuan jenayah melibatkan murid,
demi mewujudkan suasana sekolah yang selamat. Antara usaha yang dilakukan adalah membuat
lawatan dan aktiviti di sekolah serta memberi ceramah berkaitan dengan hal-hal keselamatan dan
pencegahan jenayah kepada warga sekolah.
Sehubungan itu, inisiatif menerbitkan Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah ini, diyakini
berupaya meningkatkan lagi keberkesanan PPS dalam membantu Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) mewujudkan persekitaran sifar jenayah di sekolah-sekolah. Selain menjadi panduan khusus
kepada PPS dalam melaksanakan peranannya, buku ini juga dihasilkan sebagai rujukan kepada
pihak sekolah dalam usaha mengekang perlakuan jenayah, salah laku dan disiplin dalam kalangan
murid.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penerbitan
buku panduan ini. Semoga usaha murni ini dapat memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama antara
PDRM dan KPM yang sedia terjalin sejak sekian lama.
(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL HAMID BIN BADOR) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia
3
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya ingin melahirkan rasa bangga dan syabas kepada semua yang terlibat dengan penerbitan
Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah.
Ucapan terima kasih juga kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana memberi
kepercayaan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) untuk menyiapkan buku
panduan ini. Buku panduan ini diharapkan dapat menjadi wahana bagi merealisasikan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam menangani permasalahan
disiplin dan salah laku murid.
Saya berharap semua prosedur yang ditetapkan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubungan
Sekolah ini dipatuhi dengan sepenuhnya supaya dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan
diri dan kesedaran sosial murid. Dalam hal ini, murid yang merupakan aset negara pada masa
hadapan perlu dibentuk agar menjadi insan kamil yang berketerampilan dan berkualiti.
Sesungguhnya, dalam mengekang masalah disiplin dan salah laku murid, usaha-usaha secara
bersepadu perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk pihak polis, ibu bapa dan komuniti.
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah melaksanakan perubahan menyeluruh untuk
pembangunan modal insan yang holistik.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (KPPK/NUTP) dan semua pihak yang terlibat memberi komitmen dalam penerbitan
Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah ini.
DATO’ MOHD JAMIL BIN MOHAMED
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
4
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH
DAN KESELAMATAN KOMUNITI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan syukur saya rafakkan ke hadrat Allah SWT kerana berkat
hidayah dan inayah-Nya kita sebagai warga Sang Saka Biru masih lagi diberi peluang untuk
berkhidmat melindungi negara dan menegakkan undang-undang.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK/NUTP) yang telah bertungkus-lumus menyiapkan
buku ini. Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah adalah signifikan sebagai sumber
rujukan dan garis panduan kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dalam melaksanakan
tugas dengan lebih terarah dan berkesan.
PPS bertindak sebagai jambatan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pihak sekolah. PPS
membantu murid-murid prihatin, menanam kesedaran, membina kesusilaan dan penghormatan
terhadap undang-undang, selain memberi kefahaman kepada murid-murid mengenai
tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Malah, dapat membantu KPM mewujudkan sifar
jenayah di sekolah-sekolah.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan
buku ini. Semoga penghasilan buku ini dapat memberi impak yang berkesan kepada PPS dalam
melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
(DATO' ZAINAL ABIDIN BIN KASIM) CP
Pengarah
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
Polis Diraja Malaysia
5
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
KATA ALU-ALUAN PRESIDEN
KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN
(KPPK/NUTP)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pihak KPPK/NUTP ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) kerana memberi pengiktirafan kepada KPPK/NUTP berkolaboratif dengan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dalam menerbitkan Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah dalam
memantapkan pengurusan disiplin murid di sekolah.
Tanggal 7 Ogos 2017 menjadi detik bersejarah kepada KPPK/NUTP kerana diberi kepercayaan oleh
KPM dan PDRM dalam melancarkan Poster Salah Laku Disiplin Murid bertempat di SMK Perimbun,
Semenyih, Selangor. Kejayaan pelancaran poster ini memberi impak yang sangat besar dalam
menangani masalah salah laku murid secara menyeluruh di semua sekolah seluruh negara. Poster
ini menjadi rujukan segera dan satu garis panduan mudah kepada semua sekolah berkaitan kes
salah laku disiplin.
Usaha murni KPPK/NUTP dengan kerjasama KPM dan PDRM diharap dapat menangani gejala
sosial dan salah laku murid serta melahirkan insan yang berkualiti demi kegemilangan pendidikan di
Malaysia.
Dengan terbitnya Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah ini pula, diharap jalinan kerjasama
antara KPM dan PDRM akan lebih mantap serta berterusan. Selain itu, masalah jenayah dan salah
laku disiplin dalam kalangan murid dapat dicegah dan dibendung. Mudah-mudahan, sekolah akan
menjadi zon selamat, diyakini dan kondusif untuk kecemerlangan pendidikan. Malah, kepercayaan
masyarakat terhadap sekolah akan meningkat dan dapat merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
KPPK/NUTP amat prihatin dan mempunyai komitmen yang tinggi bersama-sama semua pihak dalam
menangani masalah jenayah dan salah laku disiplin murid. Kami merakamkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang menggembeleng tenaga dan idea bagi menghasilkan buku yang
bermanfaat ini.
Sekian, terima kasih.
“NUTP PELINDUNG DAN PEMBELA GURU DULU, KINI DAN SELAMANYA”
AMINUDDIN BIN AWANG
Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK/NUTP)
6
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
PENDAHULUAN
Sekolah sebagai institusi pendidikan berperanan melahirkan modal insan cemerlang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid yang sedang
meningkat dewasa amat mudah terpengaruh dan terlibat dalam salah laku disiplin.
Sehubungan dengan itu, pewujudan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) ini sangat
relevan dengan konsep penyayang yang diamalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dan penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha
membantu mencegah salah laku disiplin dalam kalangan murid.
Dalam usaha membendung kejadian jenayah dan salah laku murid, PDRM telah
mewujudkan PPS sejak tahun 1974. Arahan pentadbiran berkaitan tugas ini
terkandung dalam Arahan Pentadbiran Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti Bilangan 1/2015: Pelaksanaan Penugasan Pegawai
Perhubungan Sekolah bertarikh 10 April 2015 serta arahan-arahan pentadbiran terkini
dari semasa ke semasa.
7
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS)
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) terdiri daripada Pegawai Kanan Polis bagi sekolah menengah
dan Pegawai Rendah Polis bagi sekolah rendah. Ketua Polis Negeri dipertanggungjawabkan untuk
melantik Pegawai Perhubungan Sekolah di daerah masing-masing.
SASARAN
PPS dilantik pada semua peringkat sekolah menengah dan rendah, kerajaan dan swasta (sekiranya
diperlukan) di seluruh negara. PPS perlu sentiasa mendampingi dan bekerjasama dengan pihak
sekolah dalam semua aktiviti yang dijalankan di sekolah.
OBJEKTIF
1. Memberi kefahaman tentang tanggungjawab murid-murid sebagai seorang ahli masyarakat
dalam menjaga keselamatan harta benda sendiri dan awam.
2. Mencegah murid-murid sekolah daripada terlibat dengan kegiatan jenayah, perlakuan yang
menyalahi undang-undang dan tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3. Membentuk sikap keprihatinan dalam kalangan murid, menanam kesedaran, membina
kesusilaan, selain memberi kefahaman kepada murid-murid mengenai tanggungjawab mereka
kepada masyarakat dan mematuhi serta menghormati undang-undang.
4. Menjadi rujukan dan panduan kepada pihak sekolah berkaitan kes salah laku jenayah dalam
kalangan murid.
5. Memberi kefahaman kepada murid-murid tentang keluhuran perlembagaan dan kedaulatan
undang-undang.
6. Menyemai sifat bertanggungjawab murid selaras dengan Prinsip-prinsip Rukun Negara.
8
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH
Arahan Pentadbiran Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bilangan
1/2015: Pelaksanaan Penugasan Pegawai Perhubungan Sekolah bertarikh 10 April 2015, telah
menggariskan kesemua tugas dan tanggungjawab PPS seperti berikut:
1. Mengadakan lawatan ke sekolah sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
2. Menyampaikan ceramah/syarahan/dialog di sekolah.
3. Mengambil bahagian dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atas jemputan
PIBG.
4. Mengadakan pemeriksaan berkala mengikut keperluan bersama-sama pihak sekolah dalam
menangani masalah disiplin murid seperti berikut,
4.1 Hadir semasa ujian saringan urin (urine test) yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK)
4.2 Pemeriksaan berkaitan kesalahan lalu lintas (trafik)
4.3 Pemeriksaan fizikal murid
5. Memainkan peranan dalam Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) dan Kor Kadet Polis
9
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
JAWATANKUASA PERINGKAT KEBANGSAAN
PERMUAFAKATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BERSAMA-SAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA
Penasihat : Menteri Pendidikan Malaysia
Pengerusi Bersama
Timbalan Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
: Ketua Polis Negara
Setiausaha
: Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Ahli Jawatankuasa Sektor Operasi Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
: Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti (JPJKK),
Polis Diraja Malaysia
: Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH),
Kementerian Pendidikan Malaysia
: Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik)
Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti (JPJKK),
Polis Diraja Malaysia
: Pengarah-Pengarah Bahagian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
: Pengarah-Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri
: Pesuruhjaya Polis Sabah
: Pesuruhjaya Polis Sarawak
: Ketua-Ketua Polis Negeri
10
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
JAWATANKUASA PERINGKAT NEGERI
PERMUAFAKATAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
BERSAMA-SAMA IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN
Program-program yang dianjurkan oleh PPS hendaklah melibatkan kolaboratif peringkat Jabatan
Pendidikan Negeri dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen. Jawatankuasa ini perlu diwujudkan dan
dipengerusikan secara bergilir di peringkat negeri seperti berikut:
Pengerusi Bersama : Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri
: Pesuruhjaya Polis Sabah
: Pesuruhjaya Polis Sarawak
: Ketua Polis Negeri
Setiausaha : Timbalan Pengarah Pendidikan Pembangunan Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri
: Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Ahli : Pegawai Pendidikan Daerah
: Ketua Polis Daerah
: Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid
Jabatan Pendidikan Negeri
: Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Negeri
11
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
JAWATANKUASA PERINGKAT DAERAH
PERMUAFAKATAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
BERSAMA-SAMA IBU PEJABAT POLIS DAERAH
Program-program yang dianjurkan oleh PPS hendaklah melibatkan kolaboratif peringkat Pejabat
Pendidikan Daerah dan Ibu Pejabat Polis Daerah. Jawatankuasa ini perlu diwujudkan dan
dipengerusikan secara bergilir di peringkat daerah seperti berikut:
Pengerusi Bersama : Pegawai Pendidikan Daerah
: Ketua Polis Daerah
Setiausaha : Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pembangunan Murid,
Pejabat Pendidikan Daerah
: Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah
Ahli : Penolong PPD Hal Ehwal Murid
Pejabat Pendidikan Daerah
: Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid
Pejabat Pendidikan Daerah
: Pengetua/Guru Besar Sekolah
: Pegawai Perhubungan Sekolah
12
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
JAWATANKUASA PERINGKAT SEKOLAH
PERMUAFAKATAN SEKOLAH
BERSAMA-SAMA PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH
Program-program yang dianjurkan oleh PPS hendaklah melibatkan kolaboratif peringkat sekolah dan
Pegawai Perhubungan Sekolah. Jawatankuasa ini perlu diwujudkan dan dipengerusikan oleh
Pengetua/Guru Besar Sekolah seperti berikut:
Pengerusi : Pengetua/Guru Besar Sekolah (PGB)
Setiausaha : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM)
Penolong Setiausaha : Ketua Guru Disiplin Sekolah
Ahli : Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Koku)
: Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah
: Guru Penasihat Kelab Keselamatan Jalan Raya
: Guru Penasihat Kor Kadet Polis
: Guru Bimbingan dan Kaunseling / Guru Bimbingan
: Pegawai Perhubungan Sekolah
: Yang Dipertua PIBG
13
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
LAPORAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS)
1. Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dikehendaki memberikan laporan kepada Setiausaha
Jawatankuasa Kerja Peringkat Daerah dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan. Laporan
hendaklah dikemukakan mengikut format di Lampiran A.
2. Selepas menerima laporan daripada PPS, Jawatankuasa Kerja Daerah hendaklah
memanjangkan kepada Jawatankuasa Kerja Peringkat Kontinjen berserta dengan ulasannya.
3. Jawatankuasa Kerja Peringkat Kontinjen, hendaklah membuat kajian dan akan memajukan
laporan dan ulasan kepada Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti JPJKK Bukit Aman
pada minggu pertama setiap bulan meliputi :-
3.1 Maklumat Sekolah
3.2 Status Sekolah
3.3 Pecahan Murid Mengikut Kaum dan Jantina
3.4 Rekod Salah Laku Disiplin Murid Sekolah (Kesalahan Berat)
3.5 Program atau Aktiviti
NOTA : Bagi merealisasikan tugas dan peranan PPS, carta aliran Lampiran B boleh dijadikan
panduan.
14
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
PERANAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
DALAM MEMPERKASAKAN TUGAS PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH
1. KPM perlu memperkasakan Permuafakatan KPM dan PDRM.
2. KPM dan PDRM diminta saling bekerjasama memberikan maklumat yang diperlukan.
3. KPM perlu menganalisis secara bersama-sama dapatan data yang dibekalkan dalam
Jawatankuasa Permuafakatan.
4. KPM perlu memastikan pelaksanaan kelab-kelab seperti Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ),
Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR) dan Kor Kadet Polis (KKP) di setiap sekolah dalam
menjalankan aktiviti seperti yang dirancang.
5. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM adalah urus setia yang bertanggungjawab dalam
pelaksanaan PPS.
6. Bagi tujuan keberkesanan tugas PPS, pemantauan oleh pihak KPM/JPN/PPD hendaklah
menggunakan borang seperti di Lampiran C.
15
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
PERANAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN)
DALAM MEMPERKASAKAN TUGAS PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH
1. JPN perlu memperkasakan Permuafakatan Peringkat Negeri dengan Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK).
2. JPN dan IPK diminta saling bekerjasama memberikan maklumat yang diperlukan.
3. JPN perlu menganalisis secara bersama-sama dapatan data yang dibekalkan dalam
Jawatankuasa Permuafakatan Peringkat Negeri.
4. JPN perlu memantau keberkesanan kelab seperti Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ), Kelab
Keselamatan Jalan Raya (KKJR) dan Kor Kadet Polis (KKP) di setiap sekolah dalam
menjalankan aktiviti seperti yang dirancang.
5. Sektor Pembangunan Murid (SPM) di JPN dan JPJKK IPK adalah urus setia yang
bertanggungjawab dalam pelaksanaan PPS.
6. JPN dan IPK perlu mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan secara bergilir-gilir sebanyak
dua (2) kali setahun. Mesyuarat tersebut perlu membincangkan laporan-laporan yang telah
dikemukakan oleh pihak sekolah dan membuat usul untuk dikemukakan kepada Permuafakatan
KPM dan PDRM di peringkat kebangsaan.
7. Bagi tujuan keberkesanan tugas PPS, pemantauan pihak KPM/JPN/PPD hendaklah
menggunakan borang seperti di Lampiran C.
16
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
PERANAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)
DALAM MEMPERKASAKAN TUGAS PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH
1. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu memperkasakan Permuafakatan Peringkat Daerah
dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).
2. PPD dan IPD diminta saling bekerjasama memberikan maklumat yang diperlukan.
3. PPD menganalisis secara bersama-sama dapatan data dalam Jawatankuasa Permuafakatan
Peringkat Daerah.
4. PPD perlu memantau keberkesanan pelaksanaan kelab seperti Kelab Pencegahan Jenayah
(KPJ), Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR) dan Kor Kadet Polis (KKP) di setiap sekolah
dalam menjalankan aktiviti seperti yang dirancang.
5. Unit Pembangunan Murid, PPD dan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
Daerah (BPJKKD) ialah urus setia yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan PPS.
6. PPD perlu mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan secara bergilir-gilir dengan IPD
sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. Mesyuarat tersebut perlu membincangkan laporan
yang telah dikemukakan oleh pihak sekolah dan membuat usul untuk dikemukakan kepada
Jawatankuasa Permuafakatan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
7. PPD perlu mengarahkan setiap sekolah menyediakan “Papan Kenyataan PPS”
8. Bagi tujuan keberkesanan tugas PPS, pemantauan pihak KPM/JPN/PPD hendaklah
menggunakan borang seperti di Lampiran C.
17
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
PERANAN SEKOLAH DALAM MEMPERKASAKAN
TUGAS PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH
1. Sekolah perlu memperkasakan Jawatankuasa Permuafakatan Peringkat Sekolah.
2. Sekolah dan PPS diminta saling bekerjasama memberikan maklumat yang diperlukan.
3. Sekolah perlu menganalisis secara bersama-sama dapatan data dalam Jawatankuasa
Permuafakatan Peringkat Sekolah.
4. Pengetua/Guru Besar (PGB) sekolah perlu memantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti kelab
seperti Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ), Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR) dan Kor
Kadet Polis (KKP) di setiap sekolah.
5. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) adalah urus setia yang membantu dalam
pelaksanaan tugas PPS.
6. Sekolah perlu mengemaskini sudut KPJ dengan mempamerkan bahan-bahan yang berkaitan
dengan kegiatan pencegahan jenayah.
7. Sekolah mesti mempunyai “Peti Aduan Murid” untuk membolehkan murid-murid menyalurkan
maklumat yang diperoleh semasa di dalam atau di luar kawasan sekolah.
8. GPK HEM dan PPS memastikan “Papan Kenyataan PPS” sentiasa dikemaskini dengan
dibantu oleh Kelab Pencegahan Jenayah.
9. Sebarang urusan berkaitan PPS oleh pihak sekolah perlu melalui Ketua Polis Daerah.
18
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
PENUTUP
Dalam usaha membentuk modal insan yang cemerlang, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) amat menitikberatkan aspek nilai, disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri
dalam kalangan murid. Tuntasnya, pembangunan modal insan merupakan suatu
proses yang berterusan. Lantaran, langkah KPM dalam mewujudkan rangkaian
kerjasama dengan pihak polis amat bertepatan dengan hasrat ini. Kewujudan Pegawai
Perhubungan Sekolah di sekolah-sekolah diharapkan dapat membantu pihak sekolah
mencegah murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan salah laku yang menyalahi
undang-undang dan tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. KPM,
khususnya pihak sekolah amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh pihak
PDRM dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku murid. Namun,
kejayaan program ini bergantung kepada keberkesanan PPS dan sekolah dalam
memainkan peranan masing-masing. Sehubungan itu, semua pihak hendaklah
bersikap positif dan proaktif melaksanakan program ini untuk mencapai kejayaan
seperti yang diharapkan.
19
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
1. Lampiran A LAMPIRAN
2. Lampiran B - Borang Pemantauan Dan Aktiviti Pegawai
3. Lampiran C Perhubungan Sekolah (PPS)
- Carta Aliran Tindakan PPS
- Borang Pemantauan Pegawai
Perhubungan Sekolah Oleh
KPM/JPN/PPD
20
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
21
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
22
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
23
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
24
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
25
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
26
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
Lampiran B
CARTA ALIRAN TINDAKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH
MULA
LAWATAN KE
SEKOLAH
DAPATKAN
INPUT MAKLUMAT
DARI SEKOLAH
MEMBUAT
PENELITIAN
KEATAS MAKLUMAT
SEKOLAH
MENGAMBIL TINDAKAN
YANG SESUAI / RUJUK
BAHAGIAN DAN
CAWANGAN BERKENAAN
MENJALANKAN
LAPORAN
-
LAMPIRAN A
ADAKAH
PENJANAAN
TIDAK LAPORAN YA SELESAI
LAMPIRAN A
BETUL?
27
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
28
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
JAWATANKUASA PENULISAN BUKU PANDUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS)
Penasihat Bersama : Dr. Habibah binti Abdul Rahim
Pengerusi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Setiausaha : YDH IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid bin Bador
Ketua Polis Negara
Penolong Setiausaha 1
Penolong Setiausaha 2 : YBhg. Dato’ Mohd. Jamil bin Mohamed
Penolong Setiausaha 3 Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Penolong Setiausaha 4
: YDH CP Dato’ Zainal Abidin bin Kasim
Pengarah
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
: Puan Faridah binti Yang Razali
Timbalan Pengarah Kluster Hal Ehwal Murid,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
: YDH SAC Dato’ Dr. Mustafa Khan bin Hj. Abdul Samat
Ketua Penolong Pengarah (Kepolisan Komuniti)
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
: En. Abdul Rahim bin Mohidin
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pembangunan Sahsiah Murid
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
: Tn. Hj. Ab. Rahim bin Othman
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
: En. Wan Ahmad Fakhrurrazi bin Wan Yusoff
Penolong Pengarah SPSM
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
: En. Mohamad Khairil Faiz bin Saad
Penolong Pengarah SPSM
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
29
BUKU PANDUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) MALAYSIA
PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM
JPN Johor
Ahli: JPN Selangor
En Yazid bin Md Said JPN Selangor
En Darul Irwan bin Dato’ Haji Dangiran JPN Sabah
En Norulrozi bin Azeri JPN Kelantan
En Ahmad Hakim bin Jaafar SMK Pengkalan Permatang, Selangor
En Nik Abdullah Sabri bin Ibrahim SMK Taman Seraya, Ampang,Selangor
Pn Normilah Sham binti Miskam SMK Dato’ Ahmad Razali, Selangor
Pn Maimunah binti Mohd. Jamil JPJKK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Pn Rodhiah binti Hj Saad JPJKK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
ACP Mok Kin Kok JPJKK IPK Melaka
DSP Yan Seow Ping JPJKK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
DSP Nor Azlinda binti Haji Nordin Jabatan Pengurusan IPK Melaka
ASP Nor Hayah binti Ab Rashid NUTP
Insp Nornaimah binti Azme NUTP
En Aminuddin bin Awang NUTP
En Raveendra Kumar A/L Mallan NUTP
Lt. Kol. Bersekutu (PA) Harry Tan Huat Hock NUTP
En Mohamed Rafee bin Abdul Rahman NUTP
En Tee Wee Meng NUTP
En Wang Heng Suan NUTP
En Mahmud bin Hassan NUTP
En Hazi bin Kadir NUTP
En Hasan bin Mohd. Nor NUTP
En Mohamad Azhan bin Hj Mat Saad NUTP
En Mohd Azli bin Kamiran NUTP
En Jonaidi bin Osman NUTP
En Fouzi bin Singon NUTP
En Shia Kee Loong NUTP
En Lau Siong Du NUTP
Pn Aniza binti Mohd Nasir NUTP
Pn Noreha binti Mohd Yusop
Pn Bhamavathi a/p Subramaniam
30
DITERBITKAN OLEH NUTP MALAYSIA