Terapi Bermain Bagi Murid Masalah Pembelajaran AKTIVITI-AKTIVITI SK CHENG SITI ZULAIKHA Guru Internship 2023 IPG Kampus Perempuan Melayu
AKTIVITI-AKTIVITI terapi bermain bagi murid masalah pembelajarAn program internship 2023 pismp pendidikan khas jun 2019 IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA DISEDIAKANOLEH: SITI ZULAIKHABT MUHAMADRODZI SK CHENG PENSYARAH PENYELIA: HAJI MUSTAFABINJANTAN PENSYARAH JABATANPENDIDIKANKHAS IPGKPM
PRAKATA Syukur kepada Allah. Ini merupakan buku bagi projek internship pada tahun 2023. Terima kasih Allah kerana menganugerahkan ilham yang bermanfaat untuk terus menghasilkan bahan dan panduan dalam bidang ini. Semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan Allah dan hiduplah untuk memberi manfaat kepada kanakkanak istimewa. SITI ZULAIKHA Guru Internship 2023 IPG Kampus Perempuan Melayu
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih memberi ilham dan kekuatan untuk menghasilkan buku ini. Saya dengan rendah diri mengakui ilmu saya tidak setanding bersama-sama guru yang lain. Tapi dengan sedikit ilmu yang saya ada, saya ingin berkongsi dan memberikan sebagai suatu penghargaan kepada warga PPKI SK Cheng dengan berkongsi ilmu melalui penghasilan buku kepada guru-guru Pendidikan Khas untuk idea intervensi. Saya berharap agar para pembaca mendapat manfaat daripada buku saya ini untuk bertujuan penambahan ilmu, kajian mahupuN mengamalkan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Terima kasih saya ucapkan. SITI ZULAIKHA Guru Internship 2023 IPG Kampus Perempuan Melayu
PENGENALAN ISI KANDUNGAN TERAPI BERMAIN TUJUAN TERAPI BERMAIN CARA MELAKSANAKAN TERAPI BERMAIN AKTIVITI 1 TERAPI BERMAIN BOLING
AKTIVITI 2 TERAPI BERMAIN PASIR ISI KANDUNGAN AKTIVITI 3 TERAPI BERMAIN ANAK PATUNG TERAPI 4 TERAPI BERMAIN LEGO QR CODE PERMAINAN INTERAKTIF PENUTUP
PENGENALAN Buku aktiviti terapi bermain ini dihasilkan untuk melengkapi projek internship 2023 serta membantu guru-guru Pendidikan Khas membuat aktiviti dan mengenal pasti keperluan murid berkeperluan khas dalam persekitaran pembelajaran kelas. Buku aktiviti ini amat sesuai untuk digunakan sebagai aktiviti murid berkeperluan khas yang baru memasuki alam persekolahan. Buku aktiviti ini mempunyai empat aktiviti terapi bermain.
Terapi Bermain Bermain adalah aktiviti utama untuk kanak-kanak. Bermain untuk kanakkanak adalah medium pembelajaran dan aktiviti yang memudahkan pertumbuhan dan pembangunan. Dengan bermain kanak-kanak mengenal kekuatan dan kelemahan mereka. Walaupun kanak-kanak sakit, bermain aktiviti tetap menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Selain itu, ia mungkin alat pembelajaran. Banyak aspek yang dapat diasah semasa bermain seperti motor kasar, motor halus, bahasa, sosial dan kognitif. Terapi bermain adalah kaedah terapeutik yang menggunakan permainan sebagai alat dalam keadaan yang telah disediakan untuk membantu kanak-kanak mengekspresikan perasaan mereka, seperti gembira, sedih, marah, dendam, tertekan atau emosi lain. Justeru itu, melalui terapi ini masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat diselesaikan dengan mudah dan tidak membahayakan untuk anak-anak.
Tujuan Terapi Bermain Mengendalikan masalah yang menggangu perkembangan normal kanak-kanak. Meningkatkan tahap tumpuan. Kurangkan maslah tingkah laku dan emosi. Meningkatkan kebolehan mengawal keresahan dan perasaan hampa serta keupayaan untuk mempercayai dan berhubung dengan orang lain, Meningkatkan tahap keyakinan diri. Meningkatkan kefahaman diri tentang matlamat hidup. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kefahaman di antara ibu bapa dengan anak-anak.
Cara Melaksanakan Terapi Bermain Kenal pasti kanak-kanak yang boleh diberi manfaat daripada terapi bermain. Buat keputusan untuk sesi berasingan atau duduk bersama dengan kanak - kanak. Dapatkan bahan-bahan untuk sesi tersebut. Letakkan bahan di tempat yang mudah di ambil dan selamat. Berjumpa dengan murid dan memperkenalkan kepada kawasan permainan. Beritahu tentang tempoh sesi (30-60 min). Benarkan kanak-kanak pilih bahan sendiri. Beritahu masa telah tamat dan simpan bahan ke tempat asalnya. Beritahu murid tenpoh masa yang tinggal. Gunakan teknik refleksi sebagai respon kepada komen murid.
AKTIVITI IVITI 1 TERAPI BERMAIN BOLING
1.Memegang bola boling dengan betul. 2. Bersedia untuk membaling bola boling untuk meningkatkan fokus murid. 3. Melontar bola boling ke arah pin boling. 4. Pastikan bola melanggar pin boling. Terapi boling ini bertujuan untuk melatih pergerakkan psikomotor kasar dan halus murid. Melalui program ini murid boleh membina keyakinan dalam diri murid itu sendiri. TERAPI BOLING
AKTIVITI IVITI 2 TERAPI BERMAIN PASIR
1.Menyurih huruf abjad pada pasir. 2. Membina istana pasir di tepi pantai. 3. Mencari guli/gula-gula di dalam pasir. 4. Bermain alatan mainan bersama pasir untuk keupayaan motor halus. KEPENTINGAN - Mengurangkan tekanan emosi - Membantu meningkatkan kemahiran sosial - Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan - Membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi pasir. TERAPI PASIR
AKTIVITI IVITI 3 TERAPI BERMAIN ANAK PATUNG
Melaksanakan aktiviti bercerita bersama patung puppet. 1. 2. Membina anak patung menggunakan bahan kitar semula seperti bantal, stoking dan sebagainya. 3. Mengaitkan ciri-ciri anak patung bersama haiwan lain. 4. Menyusun anak patung mengikut kebesaran saiz anak patung. KEPENTINGAN - Membantu murid untuk meluahkan perasaan mereka. - Membantu murid-murid mempertingkatkan kemahiran sosial. - Mempertingkatkan keyakinan murid. TERAPI BERMAIN ANAK PATUNG
AKTIVITI IVITI 4 TERAPI BERMAIN LEGO
Melaksanakan aktiviti berkumpulan untuk membina bangunan lego. 1. 2. Membina jambatan menggunakan lego. 3. Melaksanakan aktiviti menyusun lego mengikut warna. 4. Membina rumah menggunakan lego. KEPENTINGAN - Meningkatkan kemahiran sosial mereka. - Semangat bekerjasama antara rakan sekelas. - Melatih murid untuk berkongsi barang. - Menghubungkan sel-sel otak. TERAPI BERMAIN LEGO
QR CODE PERMAINAN INTERAKTIF BOLING
PENUTUP Terdapat empat aktiviti terapi bermain yang boleh dilaksanakan oleh guru atau ibu bapa kepada anak-anak. Aktiviti terapi bermain ini tidak semestinya berlaku pada waktu formal. Ia boleh dilakukan dalam keadaan santai dan menyeronokkan sambil menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak di rumah.
BIBLIOGRAFI Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Norrdin & Mahani Razali (2008). Kurikul PERMATA Negara: Asuhan dan didikan awal kanak-kanak (0-4 tahun). Perak: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). School Readiness. 2014. Kids Sense Child Developement. South Australia. Kindergarten Readiness Test. 2016. Education Week. United States of America. Kindergarten Readiness Test. 2016. SchoolSparks. Available at www.schoolsparks.com
SEKIAN TERIMA KASIH