The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurin Aliah, 2023-10-08 07:46:42

penternakan

Presentation1

DISEDIAKAN OLEH : NURIN ALIAH KELAS : 4 ALAUDDIN PENTERNAKAN


Pada pendapat anda apakah kepentingan bidang penternakan? Pada pendapat saya, bidang penternakan dapat mewujudkan keberdikarian bekalan makanan dalam negara. Hal ini demikian kerana, negara kita terlalu bergantung kepada industri makanan import atas alasan kekurangan sumber bekalan makanan serta kualiti daging tempatan yang kurang memuaskan. Contohnya , majoriti masyarakat akan memilih untuk membeli daging import berbanding daging ternakan tempatan yang ada di pasaran. Dengan wujudnya keberikarian ini, kerajaan mampu untuk membendung isu kekurangan sumber bekalan makanan yang berlaku sekiranya suatu bencana berlaku di negara kita kerana sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna. Dari perspektif yang lain pula , bidang penternakan turut mewujudkan peluang pekerjaaan yang lumayan . Dalam konteks ini, bidang penternakan boleh dibahagikan kepada tiga cabang utama iaitu tenusu, daging dan unggas. Setiap cabang memainkan peranan penting dalam bidang penternakan kerana tugas yang dilakukan adalah berbeza. Sebagai contoh , penternak lembu perlu memastikan lembu yang diternak mempunyai ciri -ciri khas yang tertentu bagi menghasilan susu yang berkualiti untuk dipasarkan. Oleh itu jelaslah bahawa , dengan wujudnya peluang pekerjaan ini, kualiti produk yang dihasilkan akan meningkat serta pulangan yang lumayan dapat diperoleh.


Akhir sekali, bidang ini mampu untuk menaikkan imej negara di persada dunia. Hal ini disebabkan oleh ekonomi negara yang meningkat hasil daripada pulangan yang memberi keuntungan apabila ramai di kalangan rakyat yang membeli produk hasil ternakan tempatan. Hal ini turut , menggalakkan produk tersebut dieksport ke luar agar dapat mengeluarkan hasil pasaran antarabangsa. Sudah terang lagi bersuluh ,bidang penternakan dapat memajukan negara agar ia dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah setanding dengan negara jiran yang lain.


Contoh – contoh bidang penternakan Antara contoh bidang penternakan yang ada di negara kita ialah, industri farmasutikal, veterinar dan industri makananan


Pada pendapat anda , apakah usaha-usaha bagi memajukan bidang penternakan? Pada pendapat saya , antara usaha yang boleh dilakukan bagi memajukan bidang penternakan ialah kerajaan perlulah menggalakan agar para penternak menggunakan kaedah yang melibatkan teknologi berbanding kaedah konvensioanal. Sebagai contoh , penternak ayam boleh disarankan agar membina reban ayam tertutup serta dilengkapi dengan sistem pengudaraan terkawal. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti tumbesaran ayam dari segi daging dan telurnya. Oleh itu, penglibatan teknologi terkini amatlah penting dalam memajukan bidang pertanian.


Lontaran idea kedua pula ialah, kerajaan perlulah mengambil inisatif untuk bekerja sama dengan penternak tempatan bagi menganjurkan pameran pertanian yang mengkhususkan bidang penternakan. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat masyarakat terhadap peluang pekerjaan serta manfaat yang diperoleh apabila menggiatkan diri dalam bidang ini. Jelaslah bahawa dengan mengambil inisiatif ini pihak kerajaan dapat mendedahkan tentang bidang penternakan terhadap masyarakat secara lebih mendalam.


Usaha yang terakhir ialah, para penternak boleh mengongsikan faedah serta informasi yang berkaitan dengan bidang penternakan di media sosial. Hal ini kerana , setiap maklumat hanya ada di hujung jari sahaja. Kesannya, informasi yang diberi dapat mendidik masyarakat pelbagai ilmu yang baharu tentang penternakan terutamanya kepada generasi muda. Maka ternyatalah bahawa , dengan pendekatan yang diambil ini, negara akan memperoleh lebih


Click to View FlipBook Version