TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK Kumpulan : PISMP Sem 2 (12K) Pensyarah : Pn. Jalilah binti Jamil BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
AHLI KUMPULAN
PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DALAM BAHASA MELAYU ISU KESALAHAN KATA RUMUSAN KESELURUHAN RUJUKAN -IMBUHAN DARIPADA SANSKRIT -IMBUHAN DARIPADA ARAB-PARSI -IMBUHAN DARIPADA YUNANI-LATIN-INGGERIS - MEDIA CETAK - MEDIA ELEKTRONIK Isi Kandungan
Secara berkumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki membincangkan pembentukan perkataan baharu dalam bahasa Melayu dan isu kesalahan kata daripada media cetak atau media elektronik. Pembentukan perkataan baharu bahasa Melayu dan isu kesalahan kata dalam Tugasan 2 perlulah diambil daripada sumber-sumber yang jelas dan terkini. Bukti kesalahan tersebut wajib dilampirkan dalam Tugasan 2. Perbincangan anda perlu dihasilkan dalam sebarang bentuk aplikasi digital antara 30-40 halaman. Soalan Tugasan
PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DALAM BAHASA MELAYU
Bunyi Asli Bahasa Melayu Cara Sebutan Bibir Gigigusi Lelangit keras Lelangit lembut Glotis Letupan p b t d - k g - Letusan - - c j - - Sengau m n (ny) ɲ (ng) ŋ - Geseran - s - - h Getaran - r - - - Sisian - l - - - Separuh vokal w - y - - Jadual 1 : Konsonan asli Bahasa Melayu Bahasa Melayu mempunyai 18 konsonan yang dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutan. Sepuluh huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, k, m, n, ng, s, h, r, dan l. Konsonan b, d, g, c, dan j berada pada akhir perkataan dalam perkataanperkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc, dan kolej. Huruf konsonan ny, w, dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan.
Konsonan Terdapat lapan belas huruf konsonan asli dalam bahasa Melayu. Jadual berikut ialah taburan konsonan asli bahasa Melayu
KONSONAN PINJAMAN/ KEDUDUKAN AWAL KATA TENGAH KATA AKHIR KATA f formal sifir wakaf v varia universiti - th thabit mithal banath dz/dh dzat dharab nidzam hadhir - haidh z zaman azam Aziz sh sharat mashhur skuash kh Khamis akhir tarikh gh ghaib baghal baligh q qari baqa fariq Jadual 2 : Taburan Konsonan Pinjaman Bunyi Konsonan Pinjaman 9 konsonan pinjaman BM - 1 bunyi Letupan (q) - 8 bunyi Geseran ( f, v, th, dz/dg, z, sy, x, y ) Gambar 1 dan 2 : Contoh Perkataan Bunyi seperti th, dz, atau sh dan q telah ditukar menjadi s, z, atau d, sy, dan k mengikut sistem ejaan Rumi baharu. Perkataan yang tergolong sebagai istilah keagamaan yang berkait dengan akidah dan al-Qur ' an, bunyi-bunyi asal dikekalkan. Contoh : Qur ' an, thani, qari, fasakh
Vokal Terdapat enam huruf vokal iaitu a,e,i,o,u dan ə Setiap huruf terbahagi kepada kedudukan keratan rentas lidah seperti rajah di bawah. Jadual berikut ialah taburan vokal asli bahasa Melayu
Diftong Terdapat tiga bunyi diftong atau luncuran iaitu oi, ai dan au. Diftong oi hadir di akhir perkataan Diftong ai hadir di tengah dan akhir perkataan Diftong au hadir di awal, tengah dan akhir perkataan.
Perkataan baharu yang muncul dan dicipta dalam sesuatu bahasa bertujuan mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat yang menggunakan bahasa itu. Banyak konsep, benda, proses, keadaan atau kejadian baharu yang muncul dan memerlukan perkataan baharu untuk mengungkapkannya kesan daripada masyarakat yang berkembang. Pembentukan perkataan baharu melalui dua proses iaitu pengunaan popular seperti yang digunakan dalam media massa, penulisan kreatif dan lain-lain. Penggunaan popular berkait dengan kegiatan harian. Proses kedua iaitu melalui perancangan bahasa rasmi yang digunakan untuk mengungkap istilah, konsep dan kejadian yang baru muncul dalam bidang ilmu. Pengenalan pembentukan perkataan baharu
Imbuhan awalan daripada Sanskrit Imbuhan awalan pasca merupakan imbuhan daripada bahasa Sanskrit yang menerbitkan kata nama dan membawa maksud " sesudah" . Contohnya, pasca merdeka dan pascasiswazah. Pasca + kata nama mestilah dieja rapat. (Tatabahasa Dewan, 2015)
Imbuhan akhiran daripada Sanskrit Imbuhan akhiran -man membawa maksud pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas dan pemilik sesuatu sifat. -man digunakan untuk kata dasar yang berakhir dengan vokal 'i' , contohnya seniman. Imbuhan akhiran -wati dicipta untuk memadankan penggunaan -wan dan -man kepada wanita tetapi imbuhan ini tidak produktif. Contohnya, seniwati.(Tatabahasa Dewan, 2015)
Imbuhan awalan daripada Arab-Parsi Imbuhan awalan bi- membawa maksud 'tidak' . Imbuhan ini digunakan untuk menerbitkan kata adjektif, tetapi penggunaannya amatlah terbatas. Contohnya, biadab yang membawa maksud tidak beradab.(Tatabahasa Dewan, 2015)
Imbuhan akhiran daripada Arab-Parsi Imbuhan akhiran -iah digunakan bagi membentuk kata adjektif yang membawa makna sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya, ilmiah.(Tatabahasa Dewan, 2015) Imbuhan akhiran -wi digunakan secara terbatas untuk menimbulkan bentuk kata adjektif, iaitu mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya, sejarawi. (Tatabahasa Dewan, 2015)
Imbuhan awalan daripada YunaniLatin-Inggeris Imbuhan awalan yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu bersifat awalan yang produktif. Imbuhan awalan pro- digunakan untuk menunjukkan tanda bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak. Menurut Tatabahasa Dewan (2015), imbuhan pro- dieja rapat, contohnya produktif dan proaktif.
Imbuhan awalan daripada YunaniLatin-Inggeris Imbuhan awalan anti- merupakan berlawanan dengan pro-. Anti- membawa maksud melawan, membantah, menentang atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak. Imbuhan awalan anti- daripada Yunani-Latin-Inggeris mestilah dieja rapat. Contohnya, antibiotik dan antipenjajah (Tatabahasa Dewan, 2015)
Imbuhan akhiran daripada YunaniLatin-Inggeris Bentuk-bentuk akhiran daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris belum lagi terserap sebagai imbuhan pembentukan kata bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada bentuk ini wujud dalam perkataaan yang dipinjam secara keseluruhan ke dalam bahasa Melayu.
Imbuhan akhiran daripada YunaniLatin-Inggeris Imbuhan akhiran -isme biasa digunakan dalam falsafah dan politik dan berkenaan dengan sejenis ideologi. Akhiran -isme mestilah dieja rapat contohnya, kaptalisme, imperialisme dan kolonialisme. (Tatabahasa Dewan, 2015)
ISU KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK
KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK
Ejaan Kesalahan Merujuk gambar tersebut, ejaan kelinik pada papan tanda adalah salah. Ejaan sebenar mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah klinik. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, klinik merupakan tempat untuk menerima rawatan dan mengubati orang sakit. Perkataan kelinik pula tiada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Sumber: Papan Tanda Klinik Leong https://goo.gl/maps/dhSVvHuLUdfDX3eK7
Ejaan Kesalahan Merujuk papan tanda tersebut, ejaan keretapi adalah salah. Ejaan sebenar merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kereta api yang bermaksud sejenis kenderaan yang terdiri daripada beberapa buah gerabak yang dirangkaikan dan berjalan di atas landasan. Namun begitu, ejaan keretapi bagi Keretapi Tanah Melayu (KTM) merupakan ejaan yang didaftarkan sebelum penyelarasan sistem baharu (PRPM, 2017). Sumber : Papan tanda di stesen keretapi Arau https://goo.gl/maps/GrkeDhsUZeLg7toG6
Ejaan Kesalahan Ejaan biryani pada papan tanda tersebut adalah salah. Ejaan yang tepat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah beriani yang ditakrifkan sebagai nasi yang dimasak dengan menggunakan pelbagai rempah. Menurut Cambridge Dictionary, ejaan biryani merupakan ejaan daripada bahasa Inggeris. Sumber: Bazar Ramadan Taman Ria https://goo.gl/maps/JmdxozhmtzSjWuqt6
Kata Sendi Kesalahan Penggunaan kata sendi di pada papan tanda berkenaan adalah salah. Hal ini kerana kata sendi nama di perlu ditulis secara terpisah daripada kata nama atau frasa nama (Nik Safiah et.al,2015). Di dikategorikan sebagai kata arah dan perlu ditulis terpisah. Seterusnya, hadapan merupakan kata nama hadap yang diimbuhkan dengan imbuhan akhiran -an. Oleh itu, di hadapan adalah lebih tepat untuk ditulis pada papan tanda. Sumber: Papan di tepi jalan raya.
KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA ELEKTRONIK
Pencampuran Bahasa Kesalahan Berdasarkan poster tersebut, perkataan bahasa Melayu dicampuradukkan dengan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Penggunaan perkataan order merupakan perkataan bahasa Inggeris. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, order bermaksud kategori untuk mengelaskan benda hidup. Namun begitu, penggunaan perkataan order pada poster itu jelas menggunakan bahasa Inggeris yang bermakna pesan. Sumber: https://www.instagram.com/p/CpKF-4Dpv1N/? utm_source=ig_web_copy_link
Ejaan Kesalahan Sumber: https://twitter.com/nazirullahjufri/status/163888 1312005300224?s=46 Ejaan 'Murtabak' dalam kenyataan tersebut adalah salah dan perlu ditukar kepada 'Martabak' . Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, martabak merupakan makanan seperti roti canai tetapi berlapis serta dibubuh daging cencang, telur, rempah, dan bawang.
Kata Kerja Kesalahan Sumber: https://twitter.com/arydadaud/status/57183954 0249247744?s=46&t=cupWBeeLvNrTHqKUx12yMw Menurut Nik Safiah Karim (2004), kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan " meN-" atau tanpa akhiran "-kan " dan "-i". Oleh itu, kesalahan dalam kenyataan ialah kata kerja transitif "jaga " kerana tiadanya imbuhan awalan " meN-". Maka, kata kerja "jaga " perlu diimbuhkan dengan imbuhan awalan " meN-" supaya membentuk kata kerja " menjaga keamanan "
Kata Bilangan Kesalahan Sumber: https://twitter.com/maapkansahabat/status/1 639292915876003842? s=46&t=cupWBeeLvNrTHqKUx12yMw Kesalahan kata bilangan yang terdapat dalam gambar di atas ialah "berbagai" kerana kata bilangan berkenaan tidak sempurna bentuknya. Perkataan "berbagai" tidak boleh berdiri sendiri bagi menunjukkan maksud perkataan jamak (Nik Safiah Karim et. al.,2015). Oleh itu, perkataan tersebut perlu digandakan menjadi "berbagai-bagai" atau " pelbagai" .
Kata Sendi Nama Kesalahan Sumber: https://twitter.com/adamzamri8/status/164072677 3188136961?s=46&t=cupWBeeLvNrTHqKUx12yMw Kesalahan penggunaan kata sendi nama "dalam " . Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga(2015), kata sendi nama "dalam " digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Penulis sepatutnya menggunakan kata sendi nama di dalam kerana berada di suatu tempat yang dapat dilihat.
Imbuhan Kesalahan Sumber: https://twitter.com/alanrslee/status/164101384129022 7715?s=46&t=cupWBeeLvNrTHqKUx12yMw Kesalahan penggunaan imbuhan "diper-...-kan " .Sebaliknya, ayat tersebut perlu ditukar kepada "dipermudah" . Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah(2015), perkataan yang diawalan "diper-" yang kata dasarnya terdiri daripada kata adjektif tidak boleh diikuti oleh akhiran "-kan " .
Kata Majmuk Kesalahan Sumber: https://twitter.com/nniktsnm/status/1641332313819877 379?s=46&t=cupWBeeLvNrTHqKUx12yMw Penggandaan perkataan mereka-mereka adalah salah. Mereka ialah kata ganti nama diri ketiga. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ganti nama diri yang berbentuk jamak tidak boleh digandakan. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah mereka sahaja.
Kata Ganti Diri Kesalahan Sumber: https://www.facebook.com/126981510789147/posts/pfbid0 2qZSCLbVvZtysa6qKRPv71Kn2GJhjzreMqb5UNeMoL6DADxRE NiSR2AHXipcvPHrul/?mibextid=cr9u03 Kata ganti diri yang digunakan pada hantaran tersebut ialah beliau. Beliau tidak sesuai digunakan untuk memaklumkan tentang pencuri. Umumnya, beliau merupakan kata ganti ketiga. Beliau sesuai digunakan khas untuk orang yang dihormati atau mempunyai pangkat yang tinggi seperti guru, ibu bapa, menteri dan lain-lain. Oleh itu, penggunaan kata ganti diri dia lebih sesuai untuk digunakan bagi hantaran tersebut.
Pencampuran bahasa Kesalahan Kesalahan umum seperti penggunaan bahasa Melayu dari segi lisan. Berdasarkan klip video ini, penggunaan bahasa Melayu dicampuradukkan dengan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Contoh pada minit 1.47 hingga minit 1.58 "Sudah!" "Sudah?" "Cukup!" "Cukup apa? Apa yang cukup? You think I' ve done? After all I' ve done for you!" Sumber: https://www.youtube.com/watch? v=6hcs2haocXc
RUMUSAN Secara keseluruhannya, pembentukan perkataan baharu yang telah muncul dalam bahasa melayu hendaklah dieja dan digunakan pada tempat yang betul dan sesuai. kesalahan-kesalahan bahasa daripada media cetak dan media elektronik seharusnya dititikberatkan dan dipandang serius agar kesalahan tatabahasa tidak terus berleluasa. Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam mendidik murid agar sentiasa peka dengan kesalahan bahasa yang timbul dan sentiasa membetulkan serta membiasakan bahasa Melayu yang betul.
RUJUKAN Nik Safiah Karim et al., (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn (2016). Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka Pusat Rujukan Persuratan Melayu (n.d) . prpm dbp.gov.my Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka Abdullah Hassan (2006).Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd
SEKIAN TERIMA KASIH