BUKU PANDUAN
PE TU N
DISIPLIN SEKOLAH
SK KONGKONG LAUT
81760 MASAI, JOHOR
GAMBAR MURID
MAKLUMAT PERIBADI MURID
NAMA MURID :
NO. MY KID :
KELAS :
ALAMAT :
NAMA BAPA :
NO. TELEFON :
NAMA IBU :
NO. TELEFON :
NAMA PENJAGA :
NO. TELEFON :
Tahun Kelas Nama Guru
Catatan : Buku peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap hari persekolahan. Meninggalkannya/
menghilangkannya / merosakkanya dan menconteng buku peraturan ini adalah menjadi satu
kesalahan.
1
ISI KANDUNGAN M/S
4
Bil Kandungan 5-6
1. Punca Kuasa - Buku Peraturan Sekolah Dilaksanakan
2. Rukun Negara 7-9
Lagu NegaraKu 10
Lagu Sekolah 11-12
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Visi, Misi dan Moto KPM 13
Ikrar Murid 13
3. Pengenalan Disiplin Sekolah 13
- Definisi Disiplin, Matlamat Disiplin, Prinsip-prinsip Disiplin, Etika 14
14-17
Murid
4. Peraturan Sekolah 17
5. Garis Panduan Peraturan Disiplin Sekolah Untuk Murid 17
18
Perkara 1 : Peraturan Am 18
1.1 Waktu Persekolahan 19
1.2 Ketidakhadiran 19
1.3 Kehadiran Aktiviti Kokurikulum 19-20
6. Perkara 2 : Perhimpunan Sekolah 20-21
7. Perkara 3 : Waktu Rehat 21
8. Perkara 4 : Kebenaran keluar masuk kelas 21
9. Perkara 5 : Buku Kawalan Kelas 22
10. Perkara 6 : Pakaian dan Rambut 22-24
6.1 Pakaian Murid Lelaki
6.2 Pakaian Murid Perempuan 24
6.3 Pakaian Pengawas Sekolah 25
6.4 Pakaian Pada Waktu Biasa
2
- Aktiviti/Kelas Tambahan, Pendidikan Jasmani, Latihan
Sukan/Permainan, Badan Beruniform/Persatuan/Kelab
11. Perkara 7 : Lencana dan Tanda Nama
12. Perkara 8 : Rambut
13. Perkara 9 : Kebersihan Diri Dan Perhiasan
14. Perkara 10 : Keselamatan
10.1 Keselamatan Dalam Kawasan Sekolah
15. Perkara 11 : Kenderaan
16. Perkara 12 : Perjalanan Lalu lintas
17. Perkara 13 : Barang-barang Larangan dan Kehilangan Barang
18. Perkara 14 : Keselamatan Dalam Kawasan Sekolah
Perkara 15 : Pelawat
19. Perkara 16 : Tingkahlaku Musnah Dan Jenayah
20. Perkara 17 : Lawatan Sambil Belajar
21. Perkara 18 : Tatatertib
17.1 Kawasan Sekolah
17.2 Kelas
17.3 Pusat Sumber / Makmal Komputer / Ruang Solat
17.4 Tandas
17.5 Kantin
22. Perkara 19 : Kawasan-kawasan Larangan
23. Perkara 20 : Latihan Kebakaran Dan Kecemasan
24. Perkara 21 : Lantikan Pemimpin Kecil Sekolah 26
25. Perkara 22 : Lembaga Pengawas 27
26. Perkara 23 : Lawatan/Pelawat/Ibubapa 27
27. Perkara 24 : Kemalangan 28
24.1 Dalam Kawasan Sekolah 28
24.2 Di Luar Kawasan Sekolah 28
28. Perkara 25 : Kegiatan Luar 28
29. Perkara 26 : Peperiksaan 29
30. Perkara 27 : Bayaran Tambahan 29
31. Perkara 28 : Sakit Dan Penyakit Berjangkit 29-30
Perkara 29 : Rawatan Atau Cuti Sakit 30
32. Perkara 30 : Kebersihan 31
33. Perkara 31 : Alatan Sukan 31
34. Perkara 32 : Harta Benda Sekolah 32
35. Perkara 33 : Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 32
36. Perkara 34 : Peraturan Khas
37. Perkara 35 : Budi Pekerti/Tingkahlaku/Kelakuan yang Patut 32
diamalkan. 33
38. Perkara 36 : Khidmat Nasihat 33
Perkara 37 : Sakit dan Penyakit Berjangkit 34
39. Perkara 38 : Makluman Umum 34
40. Perkara 39 : Jenis-jenis Kesalahan Disiplin 35-37
41. Perkara 40 : Hukuman 38
42. Perkara 41: Jenis Kesalahan, Hukuman dan Punca Kuasa
43. Borang Pengakuan
3
PUNCA KUASA
BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975
Para 4.
Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk Murid- Murid
Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah -Lampiran C
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-
masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud
yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya.Satu salinan peraturan
sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di
papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan pengetua hendaklah selalu menarik
perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu.
Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefect) mestilah faham
benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan pengawas ini
mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga
hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak
yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatertib.
4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang
bertulis. Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah
sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk
tiap-tiap perkara. Guru-guru besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti
semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan
mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut
keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Guru Besar juga boleh
menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut
sekolah masing-masing.
Para 6
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan
perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas
mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara
tingkah laku yang baik dan buruk. Guru- guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-
tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu
keputusan yang baik.
4
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapaicita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
LAGU NEGARAKU LAGU SEKOLAH
Negaraku Marilah Kita Bersama,
Tanah Tumpahnya Darahku, Majukan Rakyat Semua,
Rakyat Hidup Bersatu Ibu Tenaga,
Bersatu Dan Maju, Ilmu Itu Cahaya.
Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan, Berganding Bahu Bersama,
Membina Semangat Maju,
Raja Kita Sekolah Harum Namanya,
Selamat Bertakhta,
Rahmat Bahagia Sekolah Kongkong Laut.
Tuhan Kurniakan.
Bersatu Kita Teguh,
Raja Kita Bercerai Kita Roboh.
Selamat Bertakhta
Amalkan Yang Mulia,
Ilmu Itu Cahaya.
Marilah Kita Bersama,
Majukan Rakyat Semua,
Bersatu Ibu Tenaga,
Ilmu Itu Cahaya.
5
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
VISI & MISI KPM
VISI
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestari Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara
IKRAR MURID
BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar SK KONGKONG LAUT berikrar akan mematuhi
segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip
Rukunegara sepanjang masa.
Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih
tua daripada kami.
Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan
diri, keluarga, bangsa, agama dan Negara
6
PENGENALAN DISIPLIN SEKOLAH
DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai :
“…… kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-
undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.
Disiplin juga bermaksud kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu
dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan
mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menggangu kepentingan orang
lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai
semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada
menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat .”
MATLAMAT
1. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu prestasi pelajaran murid dari masa
ke semasa.
2. Menambah dan memupuk minat dan semangat untuk belajar serta
menambah ilmu pengetahuan di kalangan murid.
3. Melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggungjawab serta berdisiplin,
bersatu padu dan setia kepada negara.
4. Melahirkan masyarakat berakhlak mulia dan taat kepada perintah agama.
5. Melahirkan insan yang kamil.
6. Mempertingkatkan serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap
sekolah.
PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN
Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut :
• Keadilan dan layanan samarata
• Pertimbangan minat dan keperluan pelajar
• Kebebasan-tertakluk kepada undang-undang
• Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan yang harmoni
• Perpaduan masyarakat dan negara
7
ETIKA PELAJAR
A. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri
B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga
C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
D. Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah
E. Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat
F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama
G. Tanggungjawab pelajar terhadap negara
A. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP DIRI SENDIRI
1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental.
2. Bersopan santun, jujur dan amanah.
3. Menghargai masa dan menepati masa
4. Berjimat cermat
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Sabar dan bertolak ansur
7. Menghormati hak asasi orang lain
8. Berani dan cekal hati
9. Bersikap dedikasi
10. Bersifat berdikari
11. Bersifat rajin dan berusaha
B. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP KELUARGA
1. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa
2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga
3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang yang
bermoral
4. Menjaga nama baik sekolah
C. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP RAKAN
1. Menghormati rakan
2. Tolong menolong antara rakan
D. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP SEKOLAH
1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah
2. Menghormati guru-guru
3. Belajar dengan bersungguh-sungguh
4. Menaikkan imej sekolah
5. Memupuk nilai-nilai moran yang tinggi
6. Bekerjasama di antara satu sama lain
7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah
8
E. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP MASYARAKAT
1. Tolong menolong dan bekerjasama
2. Menghormati orang-orang yang ebih tua
3. Boleh bertolak ansur
4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Rasa kesefahaman dan sabar
7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan
8. Bersifat kasihan terhadap sesame manusia dan bukan manusia
F. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP AGAMA
1. Taat kepada perintah Allah (Tuhan)
2. Mempertahankan kesucian agama
3. Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari
G. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP NEGARA
1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara
2. Mematuhi undang-undang
3. Mengamalkan konsep Rukunegara
4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam
5. Menjaga dan menaikkan imej negara
9
PERATURAN SEKOLAH
1. Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang intelek,
emosi, jasmani dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia
yang berilmu dan berpengetahuan serta akhlak mulia berketerampilan serta
bertanggungjawab.
2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut para pelajar perlu mendapat
didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin
tinggi dengan sahsiah yang baik.
3. Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan
ketenteraman dan keselesaan pelajar semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran dan sepanjang murid berada di sekolah.
4. Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah selaras dengan peraturan
dan disiplin murid sekolah-sekolah rendah di Malaysia.
5. Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Guru Penolong
Kanan, guru-guru, ibubapa atau penjaga dan kakitangan sekolah untuk
menjaga nama baik sekolah untuk meningkatkan disiplin diri.
6. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai
panduan dan makluman kepada murid-murid, guru-guru, ibubapa atau penjaga
serta kakitangan sekolah.
7. Buku Peraturan Sekolah ini, hendahlah dibawa oleh murid setiap hari ke sekolah.
10
GARIS PANDUAN
PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH UNTUK MURID
PERKARA 1 : PERATURAN AM
1.1 WAKTU PERSEKOLAHAN
1.1.1 Kehadiran ke sekolah adalah wajib pada hari-hari persekolahan.
1.1.2 Waktu persekolahan adalah seperti berikut:
HARI WAKTU Waktu Pulang
PERSEKOLAHAN
Ahad TAHAP 1 TAHAP 2
Isnin 7.15 pagi
Selasa 7.15 pagi 1.05 petang 1.35 petang
Rabu 7.15 pagi
Khamis 7.15 pagi 1.05 petang 1.35 petang
7.15 pagi 1.05 petang 1.35 petang
1.05 petang 1.35 petang
1.05 petang 1.35 etang
1.1.3 Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh
1.1.4 dikenakan tindakan disiplin.
1.1.5 Setiap murid adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai
1.1.6 apa jua kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah.
1.1.7 Kelas tambahan atau sekolah gantian adalah dianggap sebagai waktu
persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh murid.
1.1.8 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari Kawasan
sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan.
Semua murid mesti tiba sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng berbunyi
kerana perhimpunan harian diadakan pada 7.10pagi di Tapak Perhimpunan.
Guru waktu pertama akan mengiringi murid masuk bersama ke dalam kelas.
Waktu persekolahan boleh bertambah mengikut keperluan atau arahan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan diberitahu jika ada perubahan.
11
1.2 KETIDAKHADIRAN
1.2.1 Murid yang tidak hadir kerana sakit kerana atau sesuatu sebab tertentu
hendaklah :
1.2.2
1.2.3 a. memberitahu sekolah melalui guru kelas dengan segera dan
1.2.4 membawa bersama-sama surat akuan doktor atau
1.2.5
b. makluman daripada ibubapa apabila hadir semula ke sekolah dengan
menyatakan sebab-sebab yang munasabah.
Murid yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut turut atau lebih hendaklah
menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada doktor/ibu
bapa/penjaga.
Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan
doktor/ibu bapa/penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan
boleh diambil tindakan.
Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum.
Murid yang sampai lewat daripada jadual waktu sekolah akan diambil
tindakan yang sewajarkan.
TINDAKAN HARI TIDAK HADIR HARI TIDAK HADIR
(BERTURUT-TURUT / BERTERUSAN) (TIDAK BERTERUSAN / BERKALA)
Surat Amaran
Pertama Pada hari ke 3 Pada hari ke 10
(tidak hadir hari ke 3) (tidak hadir hari ke 10)
Surat Amaran
Kedua 7 hari selepas 10 hari selepas
surat Amaran Pertama surat Amaran Pertama
Surat Amaran ( Tidak hadir hari ke 10) ( Tidak hadir hari ke 20)
Terakhir
7 hari selepas 20 hari selepas
Buang surat Amaran Kedua surat Amaran Kedua
Sekolah ( Tidak hadir hari ke 17) ( Tidak hadir hari ke 40)
JUMLAH HARI
TIDAK HADIR 14 hari selepas 20 hari selepas
surat Amaran Terakhir surat Amaran Terakhir
( Tidak hadir hari ke 31) ( Tidak hadir hari ke 60)
30 HARI BERTERUSAN 60 HARI BERKALA
1.3 KEHADIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM
1.3.1 Kehadiran aktiviti kokurikulum adalah wajib untuk semua murid tahun 4,5 dan
1.3.2 6 mengikut jadual yang disediakan setiap Hari Rabu.
Semua murid Tahap 2 diwajibkan menyertai ketiga-tiga unit kokurikulum
1.3.3 berikut:
1.3.4
1.3.5 a. Unit Beruniform
b. Persatuan / Kelab Akademik
c. Permainan / Sukan
Murid mestilah memakai pakaian unit beruniform atau baju Pendidikan
jasmani sekolah setiap kali mengikuti aktiviti kokurikulum.
Selipar atau baju yang pelbagai tidak dibenarkan.
Sekiranya murid tidak hadir ke aktiviti kokurikulum tiga kali berturut-turut tanpa
sebab tindakan akan dikenakan.
12
PERKARA 2 : PERHIMPUNAN SEKOLAH
2.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan pada hari ahad setiap minggu mulai jam
7.15 pagi.
2.2 Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah. Kehadiran semua
guru dan murid adalah diwajibkan.
2.3 Apabila mendengar loceng isyarat perhimpunan, murid- murid hendaklah
segera ke tapak perhimpunan.
2.4 Berjalan ke tapak perhimpunan dengan tenang dan tidak bising dengan
diiringi oleh Pengawas bertugas.
2.5 Murid tidak dibenarkan membuat bising serta mendengar segala pesanan
dan mematuhi arahan di perhimpunan.
2.6 Peraturan berbaris : murid yang rendah dihadapan dan murid yang tinggi
dibelakang.
2.7 Murid-murid yang sampai sesudah loceng berbunyi (lewat), dikehendaki terus
ke tempat perhimpunan dan beratur di barisan paling belakang di dataran
Perhimpunan.
2.8 Murid mesti berdiri tegak (sedia) bila lagu Kebangsaan, Negeri dan sekolah
dinyanyikan.
2.9 Semasa berjalan masuk ke kelas, murid kekal dalam barisan kelas masing-
masing dan berjalan dalam suasana yang tenang dan tidak hingar-bingar.
PERKARA 3 : WAKTU REHAT
3.1 Murid hanya boleh keluar ke kantin untuk rehat sejurus sahaja loceng rehat
dibunyikan.
3.2 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat
kecuali diarah oleh guru.
3.3 Waktu rehat murid ialah:
TAHAP WAKTU MULA WAKTU AKHIR
Tahap 1 9.45pagi 10.05pagi
Tahap 2 9.45pagi 10.05pagi
PERKARA 4 : KEBENARAN KELUAR-MASUK KELAS
4.1 Keluar kelas perlu ada PAS KELUAR, tanpa pas dianggap tanpa kebenaran.
4.2 Keluar kelas ke tandas atau sebarang urusan, murid mesti mendapat
kebenaran guru (sedang mengajar) atau ketua/penolong ketua darjah
jika guru tiada.
4.3 Murid perempuan digalakkan bergerak berdua untuk keselamatan.
13
PERKARA 5 : BUKU KAWALAN KELAS
5.1 Untuk merekod kehadiran murid dan guru yang masuk setiap waktu PdPc dan
ditulis setiap hari persekolahan.
5.2 Ketua Kelas hendaklah mengambil buku ini di pejabat, dan guru waktu terakhir
hendaklah memastikan buku ini dihantar semula ke pejabat oleh ketua kelas.
5.3 Guru yang masuk ke kelas pada waktu pertama pula akan merekod
kehadiran murid pada hari tersebut.
5.4 Guru Mata Pelajaran boleh merekod salah laku murid yang selalu
menimbulkan ‘masalah’.di dalam kelas.
PERKARA 6 : PAKAIAN DAN RAMBUT
PAKAIAN
Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang murid di sekolah.
Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
6.1 PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI
6.1.1 Seluar panjang berwarna biru gelap.
6.1.1 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. tidak dibenarkan
6.1.1 memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell
bottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh.
6.1.1 Baju kemeja sekolah berwarna putih, berlengan pendek sahaja,
6.1.1 berpoket satu sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak
6.1.1 terlalu ketat. Sekiranya memakai baju kemeja lengan panjang tidak
dibenarkan melipat lengan baju tersebut. Baju dimasukkan ke dalam
seluar.
Kasut kanvas hitam bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah
inci dipakai dengan stoking hitam berukuran sejengkal daripada buku
lali.
Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi
mengelakkan kehilangan kasut.
Tali pinggang hendaklah berwarna gelap yang kepalanya tidak besar
dan tidak berhias.
6.2 PAKAIAN MURID PEREMPUAN
6.2.1 Baju kurung sekolah berwarna putih, berlengan panjang. Tidak
berfesyen, tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis
6.2.2 kain yang jarang.
6.2.3 Kain sarung warna biru gelap, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali)
dan tidak terlalu labuh sehingga menyapu lantai.
Bertudung putih dan anak tudung berwarna putih sahaja.
14
6.2.4 Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi
setengah inci dipakai dengan stokin hitam berukuran sejengkal
6.2.5 daripada buku lali.
6.2.6 Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi
mengelakkan kehilangan kasut.
Dilarang memakai alat-alat solek dan barang-barang kemas ke
sekolah.
6.3 PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH
6.3.1 Lelaki
Baju biru muda lengan panjang, seluar panjang berwarna biru
gelap dan tali leher berlambang sekolah serta Blazer. Kasut kanvas
hitam dan sarung kaki hitam.
6.3.2 Perempuan
Baju biru muda lengan panjang dengan sarung berwarna biru tua
dan tudung biru muda, tali leher berlambang sekolah serta Blazer serta
kasut kanvas hitam dan sarung kaki hitam.
6.3.3 Lencana pengawas dan tali leher serta tanda nama hendaklah
6.3.4 sentiasa dipakai setiap waktu di sekolah atau pada bila-bila masa
pengawas itu berada di sekolah.
Segala perubahan pakaian pengawas adalah tertakluk kepada
persetujuan pihak pentadbiran sekolah dan ianya difikirkan sesuai.
6.3.5 Ketua murid dan pengawas
i. Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh
Guru Besar dengan kerjasama guru-guru.
ii. Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat,
Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas
iii. Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya
berterusan tetapi Guru Besar dan guru-guru boleh menyingkirkan
seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu.
iv. Pengetua ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan
itu.
15
6.3.6 Sifat-sifat Kelayakan
a. Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar
hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di
samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian
yang cergas dalam kegiatan sekolah.
b. Lain-lain kelayakan :
i. bertanggungjawab dengan sepenuhnya
ii. berwibawa dan bekerjasama
iii. rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
iv. jujur dan berakal
v. menepati masa
6.3.7 Tugas-tugas pengawas
a. Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah
untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan
semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan
peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.
b. Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah
terutama sekali di perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan
Jasmani, bilik alat pandang dengar dan makmal kom[uter supaya
tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah
menjaga kebersihan kelas dan sekolah.
c. Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka
semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan
upacara sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan giliran
tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang
bertanggungjawab akan diberi amaran.
d. Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap
tegas tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka
tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga
keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar
peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran
ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin.
6.4 PAKAIAN PADA WAKTU BIASA
Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju-
T sekolah berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk
mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar.
6.4.1 Kelas / Aktiviti Tambahan
a. Pakaian sekolah atau baju t sekolah dan seluar slack atau trek.
16
6.4.2 Pendidikan Jasmani
a. Lelaki
Baju T putih berlambang sekolah dan seluar trek biru tua.
b. Perempuan
Baju T lengan panjang berlambang sekolah dan seluar trek biru
tua serta mini telekung putih.
6.4.3 Latihan Sukan / Permainan
a. Lelaki
Baju T mengikut warna rumah dan seluar trek biru.
b. Perempuan
Baju T lengan panjang mengikut warna rumah dan seluar trek
biru tua serta mini telekung putih
6.4.4 Badan beruniform / persatuan / kelab
a. Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian sebagaimana
yang ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing.
PERKARA 7 : LENCANA DAN TANDA NAMA
7.1 Murid-murid dimestikan memakai lencana sekolah dan tanda nama (name
tag) samada pada hari-hari persekolahan biasa atau semasa menyertai
aktiviti lawatan kokurikulum.
PERKARA 8 : RAMBUT
8.1 Murid lelaki ditegah berambut panjang, rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa
pendek iaitu :
8.2 Murid tidak dibenarkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen
tertentu.
8.3 Murid lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang
diarah dalam Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2/1976 .
8.4 Rambut murid perempuan yang melebihi paras bahu hendaklah didandan
atau diikat dengan kemas menggunakan riben warna putih atau biru tua.
8.5 Rambut hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
17
PERKARA 9 : KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN
9.1 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama
sekali.
9.2 Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.
9.3 Murid dilarang memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai
leher dan rantai kaki.
9.4 Murid tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun glass).
9.5 Murid dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak
bewarna-warni,pakaian jeans dan pakaian tidak menutup aurat semasa ke
sekolah.
9.6 Setiap murid dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi
peraturan-peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada
dikawasan sekolah.
PERKARA 10 : KESELAMATAN
10.1 KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH
10.1.1 Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa
kebenaran.
10.1.2 Murid yang perlu pulang semasa pembelajaran dijalankan atas sebab
yang mustahak mesti mendapat kebenaran bertulis Guru
Besar/Penolong Kanan dan mencatat nama dalam BUKU KELUAR
KAWASAN SEKOLAH serta diiringi penjaga.
10.1.3 Murid yang memerlukan rawatan doktor hendaklah mendapat
BORANG RAWATAN dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong
Kanan.
10.1.4 Murid tidak dibenarkan bercakap dengan orang luar atau pelawat
termasuk ibubapa semasa waktu belajar kecuali dengan kebenaran
Guru Besar / Penolong Kanan.
10.1.5 Jika terdapat orang luar yang mencurigakan di dalam Kawasan
sekolah, hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Guru Besar /
Penolong Kanan/Guru Bertugas.
10.1.6 Sebarang kemalangan yang berlaku di dalam Kawasan sekolah
mestilah diberitahu kepada Guru Bertugas/Guru Pengawas.
10.1.7 Murid perempuan tidak dibenarkan berada di tempat sunyi
berseorangan.
18
PERKARA 11 : KENDERAAN
11.1 Basikal yang digunakan mesti dalam keadaan lengkap dengan loceng,
lampu, tongkat, brek dan kunci.
11.2 Ketika di sekolah semua basikal mestilah diletakkan dengan teratur di tempat
yang disediakan dan hendaklah berkunci.
11.3 Murid di larang berkumpul di tempat basikal pada sebarang masa.
11.4 Semua basikal dilarang diletakkan/disimpan di luar Kawasan sekolah. Sekolah
tidak bertanggu ngjawab jika berlaku sesuatu kehilangan dan sebagainya.
11.5 Murid tidak dibenarkan menunggang basikal dalam kawasan sekolah.
PERKARA 12 : PERJALANAN LALU LINTAS
12.1 Semua murid dikehendaki mematuhi undang-undang keselamatan
jalanraya dan peraturan-peraturan perjalanan dalam kawasan sekolah.
12.2 Murid mesti berjalan dalam barisan di tempat khas untuk pejalan kaki.
12.3 Murid yang menggunakan bas hendaklah berbaris dan tidak berebut-rebut
semasa menaiki dan menuruni bas serta menjaga kelakuan semasa di dalam
bas.
12.4 Murid yang datang dengan kereta/motor/bas dilarang berhenti depan pagar
sekolah atau menghalang jalan masuk/keluar ke kawasan sekolah.
PERKARA 13 : BARANG-BARANG LARANGAN DAN KEHILANGAN BARANG
13.1 Barang-barang larangan adalah DILARANG dibawa ke kawasan sekolah iaitu:
13.1.1 Membawa,mengedar atau menghisap ROKOK (SPI 4/1997), VAPE
atau sebarang jenis inhalan di sekolah (Rujuk SPI 8/1986)
13.1.2 Radio walkman, MP4, discman dan sebarang jenis mainan
13.1.3 Telefon bimbit termasuk charger, SIM card, kamera dan lain- lain alat
aksesori berkaitan. (Rujuk SPI 2/2009)
13.1.4 Rokok/ mancis/pemetik api.
13.1.5 Gula-gula getah (chewing gum )
13.1.6 Minuman keras.
13.1.7 Barang kemas dan sebarang bentuk perhiasan termasuk pin baju.
13.1.8 Buku/majalah/risalah/gambar/CD/VCD berunsur lucah.
13.1.9 Benda-benda tajam dan berbahaya.
13.1.10 Makanan ‘junk food’
13.1.11 Barang-barang lain yang disifatkan oleh Guru Besar tidak perlu dan
membahayakan keselamatan pelajar.
13.1.12 Barang-barang larangan yang dirampas oleh pihak sekolah TIDAK
dipulangkan kepada pelajar.
13.1.13 Murid-murid yang membawa telefon bimbit di kawasan sekolah akan
diambil tindakan disiplin. Guru akan mengambil dan menyimpan
telefon tersebut serta memaklumkan tindakan tersebut kepada
ibubapa /penjaga. (Rujuk SPI 2/2009)
13.1.14 Murid yang kehilangan barang hendaklah melaporkan kepada Guru
Kelas/Guru Bertugas/Penolong Kanan HEM.
19
13.1.15 Murid yang menjumpai barang-barang dimana sahaja di dalam
13.1.16 Kawasan sekolah, hendaklah menyerahkannya kepada mana-
mana guru/Guru Bertugas / Pengawas/Penolong Kanan HEM.
Adalah menjadi kesalahan kepada murid yang menyimpan barang
yang dijumpai tanpa kebenaran.
Murid tidak digalakkan membawa wang yang banyak ke sekolah
serta menggunakan alat-alat yang mahal harganya.
PERKARA 14 : KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH
Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002
14.1 Beratur
a. Semua pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum permulaan
kelas.
b. Pelajar dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat
sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain.
c. Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke
mana-mana tempat.
14.2 Waktu balik
a. Lima minit sebelum loceng terakhir, pelajar mestilah mengemaskan
kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas
jika digunakan.
b. Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan teratur.
Pelajar hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan
apabila diarahkan.
c. Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang
mengawal laluan.
d. Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah
menunggu di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.
e. Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.
f. Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu
jalan dan tidak secara beriringan.
14.1 Makmal
a. Pelajar dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran / kehadiran guru
berkenaan.
b. Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.
c. Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan alat-
alat yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau arahan guru
berkenaan.
d. Pelajar dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari makmal.
e. Pelajar dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru
berkenaan.
20
f. Pelajar dilarang menyalakan penunu Bunsen dengan sebarang kertas.
g. Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau bahan-bahan pepejal
yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata tempat.
14.2 Bilik-bilik khas
a. Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel KH,
pusat sumber, bilik tayang dan makmal komputer tanpa kebenaran /
kehadiran guru berkenaan.
b. Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.
c. Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan
alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan
guru.
d. Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah mengikut
arahan guru berkenaan.
PERKARA 15 : PELAWAT
15.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada
15.2 waktu rehat.Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan
15.3 pelajar.
15.4 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa
dengan pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan.
Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan
berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah
mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.
Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan.
PERKARA 16 : TINGKAHLAKU MUSNAH DAN JENAYAH
16.1 Tidak merosakkan harta benda sekolah, guru-guru, kantin dan kawan-kawan.
16.2 Dilarang mencederakan guru/pengawas atau murid lain.
16.3 Dilarang menganggotai kumpulan haram,memeras ugut, mencabul
kehormatan.
16.4 Dilarang menunjuk perasan/menganggu ketenteraman sekolah.
16.5 Dilarang membawa benda berunsur lucah dan tidak bermoral.
16.6 Tidak berjudi/bertaruh,mencuri,melawan/mengancam/memukul.
21
PERKARA 17 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR
17.1 Murid tidak dibenarkan menganjurkan lawatan sendiri atau kumpulan atas
17.2 nama sekolah.
17.3 Hendahlah mendapat surat izin waris dan memakai pakaian seragam sekolah
ketika lawatan.
Hendaklah menjaga tingkahlaku dan peraturan lawatan yang ditetapkan
oleh guru pengiring.
PERKARA 18 : TATATERTIB
18.1 KAWASAN SEKOLAH
18.1.1 Murid adalah diwajibkan berada di dalam kawasan sekolah pada
18.1.2 waktu persekolahan.
18.1.3 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang
18.1.4 waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru.
Murid yang dibenarkan keluar mestilah memakai “PAS KELUAR”.
18.1.5 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan murid-murid tidak
18.1.6 dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas kecuali
mendapat kebenaran guru.
18.1.7 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu
belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam
18.1.8 masa belajar, murid-murid tidak dibenarkan mengadakan
mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat
pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.
Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab
tertentu hendaklah mendapat kebenaran dari guru kelas.
Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran
waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua kelas
bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk
mengajar.
Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, murid
berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru kelas
dengan mengisi borang daftar sakit. Maklumat tersebut mesti
diserahkan kepada guru bertugas mingguan.
Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab
tertentu, murid hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari
Guru Besar, Penolong Kanan atau Guru kelas dengan mengisi borang
Daftar Keluar Murid.
18.2 KELAS
18.2.1 Murid di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan
keselamatan harta benda sekolah di dalam bilik darjah masing-
masing. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid samada
22
18.2.2 disengajakan atau tidak, murid kelas berkenaan wajib
18.2.3 bertanggungjawab.
18.2.4 Semua murid di dalam kelas bertanggungjawab tentang
kesempurnaan bilik darjah dari segi lantai, dinding, tingkap, lampu,
18.2.5 kerusi, meja dan sebagainya. Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam
18.2.6 keadaan bersih, kemas dan ceria.
Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong
dan pengawas kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga
ketenteraman bilik darjah dan hendaklah mencari guru yang
sepatutnya mengajar pada waktu tersebut.
Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau
penolong ketua kelas. Hanya dua orang pelajar (seorang lelaki dan
seorang perempuan) dibenarkan keluar untuk satu-satu masa dan
diwajibkan memakai Pas Kebenaran Keluar Kelas. Murid perempuan
digalakan bergerak berdua untuk keselamatan.
Setiap murid hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau
keluar jika guru berada di dalam kelas dan meminta izin ketua kelas
ketika jika tidak ada.
Murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa
rehat.
18.3 PUSAT SUMBER/ BILIK KOMPUTER/ RUANG SOLAT/ BENGKEL/BILIK AMALI
18.3.1 Semua murid hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan
18.3.2 tenang ketika ke pusat sumber, makmal komputer, bengkel dan bilik-
bilik khas yang lain. Tidak dibenarkan singgah dimana-mana ketika
dalam perjalanan itu. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut
selagi guru tiada di dalamnya.
Murid adalah bertanggungjawab akan keselamatan harta benda
sekolah di dalam pusat sumber/makmal komputer/ruang
solat/bengkel. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid
samada disengajakan atau tidak, murid kelas berkenaan wajib
bertanggungjawab.
18.4 TANDAS
18.4.1 Murid wajib memastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum dan
selepas digunakan.
18.4.2 Murid yang memakai “PAS KELUAR” sahaja dibenarkan berada di
tandas kecuali pada waktu rehat.
18.4.3 Murid tidak dibenarkan bermain-main di tandas.
18.4.4 Murid yang ingkar dalam menjaga kebersihan tandas dan tidak
mengikut tatacara penggunaan tandas yang betul akan dikenakan
tindakan disiplin.
23
18.5 KANTIN
18.5.1 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di
luar kawasan sekolah semasa sesi persekolahan walaupun waktu
rehat.
18.5.2 Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berebut -
rebut semasa membeli makanan dan minuman di kantin sekolah.
18.5.3 Murid dibenarkan berada di kawasan kantin hanya pada waktu
rehat sahaja.
18.5.4 Murid wajib memastikan kantin sentiasa berada dalam keadaan
bersih sebelum dan selepas digunakan.
18.5.5 Murid diwajibkan mengikuti segala peraturan kantin.
18.5.6 Peraturan kantin :
i. Beratur semasa membeli makanan.
ii. Jangan berebut ketika membeli makanan.
iii. Amalkan sikap bersopan-santun dan beradab ketika membeli
makanan.
iv. Selepas membeli makanan, duduk ditempat yang disediakan.
v. Basuh tangan sebelum dan selepas makan.
vi. Membaca doa sebelum dan selepas makan.
vii. Makanlah dengan sopan dan elakkan pembaziran.
viii. Letakkan bekas makanan dan minuman yang telah digunakan
ke dalam besen yang disediakan.
ix. Pastikan semua sampah dibuang ke dalam tong sampah.
x. Sila guna dengan cermat segala kemudahan yang ada di
kantin.
xi. Jimatkan penggunaan air.
xii. Dilarang membeli makanan kecuali pada waktu pagi, rehat dan
balik sahaja.
PERKARA 19 : KAWASAN-KAWASAN LARANGAN
19.1 Semua murid DILARANG berada di tempat-tempat berikut kecuali dengan
dengan kebenaran guru/pihak berkuasa sekolah.
i. Bilik-bilik darjah, stor sukan, bilik khas, makmal dan pondok keselamatan
sebelum waktu persekolahan, semasa rehat dan selepas waktu balik.
ii. Pejabat sekolah, bilik guru serta kawasan sekitarnya.
iii. Tandas guru dan sekitarnya.
iv. Tandas murid lelaki bagi pelajar perempuan dan tandas pelajar
perempuan bagi murid lelaki.
v. Kawasan letak kereta guru.
vi. Kantin sekolah jika bukan waktu rehat.
vii. Dewan sekolah
viii. Lain-lain tempat yang diumumkan dari masa ke semasa.
24
PERKARA 20 : LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
20.1 Sesiapa setelah ternampak kebakaran hendaklah tanpa ragu- ragu
membunyikan loceng isyarat (Penggera kebakaran) atau fire alarm yang
berhampiran.
20.2 Sekiranya loceng penggera kebakaran dibunyikan hal ini bermaksud amaran
bahawa / kejadian kecemasan / kebakaran berlaku dalam bangunan itu.
20.3 Apabila loceng isyarat dibunyikan (masa berdering adalah lama), murid-murid
hendaklah segera beratur dalam satu barisan dengan serta merta, kemudian
meninggalkan bilik darjah mengikut laluan atau tangga yang telah ditetapkan
bersama-sama dengan guru mengajar pada masa itu.
20.4 Murid-murid mestilah berjalan dengan senyap dan pantas tanpa terburu-buru
berlari dan tanpa potong-memotong sehingga sampai ke tapak perhimpunan
atau padang / kawasan lapang yang telah ditetapkan.
20.5 Murid-murid yang berada ditempat lain (bilik-bilik khas) juga hendaklah segera
meninggalkan tempat itu dan menuju ke laluan yang paling hampir.
20.6 Berkumpul (barisan duduk) mengikut kelas yang telah ditetapkan. Ketua kelas
hendaklan memastikan bilangan murid dan memaklumkan kepada guru kelas
dengan segera jika jumlah murid tidak mencukupi.
20.7 Guru kelas hendaklah membawa buku kedatangan kelas masing-masing dan
membuat bancian serta melaporkan dengan segera kepada guru bertugas
atau pihak pentadbiran jika ada kehilangan pelajar.
20.8 Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Rendah (atau guru yang berada dalam
pejabat) hendaklah mengambil semua buku kedatangan pelajar (jika ada)
20.9 Patuhi segala arahan semasa berada di tempat berkumpul atau sentiasa
berada dalam tertib/duduk berbaris. Jangan bergerak sehingga
dimaklumkan.
20.10 Guru-guru hendaklah mengawal segala pergerakan pelajar untuk
menghindarkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
20.11 Tidak dibenarkan sesiapa pun meninggalkan perhimpunan tanpa kebenaran
Guru Bertugas.
25
PERKARA 21 : LANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH
21.1 Perlantikan dan pemilihan pemimpin kecil sekolah akan dibuat oleh satu
Jawatankuasa Pemilih yang diketuai oleh Guru Besar.
21.2 Jawatankuasa Pemilih ini boleh menyingkirkan seseorang itu dari sebarang
jawatan pemimpin kecil sekolah yang dipegangnya sekiranya perlu dengan
sebab-sebab yang munasabah.
21.3 Jawatan yang diwatikahkan kepada Permimpin Kecil ini tidak bersifat hakiki.
Lantikan ini akan diperbaharui setiap tahun bergantung kepada kelayakkan
murid dan perlantikan akan dilakukan setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa
Pemilih.
21.4 Kriteria-kriteria kelayakan:
i. Prestasi akademik yang baik
ii. Akhlak dan sahsiah yang terpuji
iii. Sifat kepimpinan
iv. Penampilan diri yang kemas
v. Aktif dalam kegiatan sekolah dan aktiviti kokurikulum
vi. Kehadiran ke sekolah yang memuaskan
21.5 Lain-lain kelayakan :
i. Bertanggungjawab dengan sepenuhnya
ii. Berwibawa dan bekerjasama
iii. Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
iv. Jujur
v. Menepati masa
21.6 Semasa menjalankan tugas, pemimpin-pemimpin kecil sekolah perlu bersikap
tegas dalam masa yang sama bersopan santun dengan semua murid.
21.7 Pemimpin-pemimpin kecil sekolah tidak boleh bertindak sesuka hati diluar
batas undang-undang sekolah.
21.8 Sekiranya terdapat murid yang enggan mengikut arahan pemimpin kecil
sekolah atau melanggar peraturan, segera laporkan kepada guru.
21.9 Berikut adalah jawatan-jawatan bagi pemimpin kecil sekolah :
i. Pengawas Sekolah
ii. Pengawas Pusat Sumber (PSS)
iii. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
iv. Ketua Kelas
v. Penolong Ketua Kelas
21.10 Peraturan-Peraturan Pelajaran(Disiplin Sekolah)1959.Peraturan 6.
Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari masa ke semasa, tertakluk kepada
apa-apa syarat dan hal yang ditakrifkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin
sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu
atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi
kecuali yang disebut di atas, tiada seorang pun guru atau murid boleh
menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan nyata dari Guru Besar
dalam sesuatu hal yang tertentu.
21.11 Pemimpin Kecil Sekolah yang terlibat dengan salahlaku disiplin yang serius
akan digugurkan dan hilang kelayakkan memegang jawatan yang
disandang.
26
PERKARA 22 : LEMBAGA PENGAWAS
22.1 Lembaga Pengawas adalah di bawah jagaan Guru Disiplin.
• Lembaga Pengawas bertanggungjawab dan berfungsi sebagai mata
22.2
22.3 dan telinga pihak pentadbiran sekolah untuk mengekalkan disiplin yang
22.4 baik.
22.5 Lembaga Pengawas berfungsi bagi melaksanakan peraturan- peraturan
22.6 disiplin dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid lain dalam
segala bidang.
Pengawas sebagai pemimpin kecil di kalangan murid dan menjadi
penghubung diantara murid dengan pihak pentadbir sekolah serta
membantu guru-guru atau pihak sekolah dalam hal yang tertentu.
Bertanggungjawab memastikan pelajar mematuhi peraturan sekolah dan
hendaklah melaporkan kepada Guru Disiplin sebarang kejadian yang
melanggar peraturan sekolah.
Pengawas berhak menegur, melapor dan mencatat kesalahan pelajar tetapi
tidak boleh mengenakan sebarang hukuman kepada pelajar.
Pengawas-pengawas yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan
tindakan tatatertib.
PERKARA 23 : LAWATAN /PELAWAT/IBUBAPA
23.1 Murid-murid dikehendaki menghormati dan memberi salam kepada mana-
23.2 mana pelawat yang hadir ke sekolah ini.
Semua pelawat termasuk ibu bapa/penjaga perlu berjumpa dengan Guru
23.3 Besar terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran. Pelawat tidak
23.4 dibenarkan pergi sendiri ke kelas atau ke bilik guru untuk berjumpa dengan
murid atau guru.
Perjumpaan pelawat dengan murid dan guru hanya dilakukan di tempat yang
dikhaskan oleh pihak sekolah sahaja.
Segera membuat laporan kepada guru-guru jika disyaki atau melihat individu-
individu yang mencurigakan masuk ke kawasan sekolah.
27
PERKARA 24 : KEMALANGAN
24.1 DALAM KAWASAN SEKOLAH
24.1.1 Pelajar hendaklah melaporkan segera pada Guru Bertugas.
24.1.2 Pelajar yang cedera mesti dapatkan rawatan kecemasan
mengikut keadaan kemalan.
24.1.3 Sekiranya kemalangan serius, guru bertugas akan menghantar
pelajar berkenaan ke klinik Padang Tengku, dan melaporkan kepada
ibubapa/penjaga pelajar.
24.2 DI LUAR KAWASAN SEKOLAH
24.2.1 Pelajar hendaklah mendapatkan rawatan kecemasan mengikut
keadaan kemalangan.
24.2.2 Ibubapa/penjaga segera laporkan kepada pihak sekolah
dengan dokumen yang lengkap untuk urusan tuntutan insuran.
PERKARA 25 : KEGIATAN LUAR
25.1 Murid-murid dilarang menyertai atau melibatkan diri dalam kegiatan luar yang
25.2 tiada kaitan dengan aktiviti sekolah kecuali dengan kebenaran bertulis
daripada guru/ibubapa/penjaga.
Murid-murid adalah dilarang keras melibatkan diri secara langsung atau tidak
langsung dalam sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap.
PERKARA 26 : PEPERIKSAAN
26.1 Murid hendaklah hadir ke sekolah untuk menduduki sebarang peperiksaan
26.2 mengikut jadual waktu peperiksaan yang telah ditetapkan.
Murid yang tidak hadir pada hari peperiksaan tanpa alasan yang munasabah
26.3 dikira TIDAK HADIR dan tidak dibenarkan untuk mengulang semula kertas
peperiksaan tersebut.
Murid dilarang meniru waktu peperiksaan/ujian dan ketidakhadiran tanpa
sebab boleh dianggap gagal dalam matapelajaran yang tidak diambilnya.
PERKARA 27: BAYARAN TAMBAHAN
27.1 Semua murid dikehendaki menjelaskan bayaran tambahan sekolah yang
27.2 diluluskan Jabatan Pelajaran Johor kepada guru kelas.
27.3 Derma untuk PIBG bagi satu keluarga ditetapkan pada jumlah RM50.00 dan
sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa.
Resit bayaran rasmi atau sementara bagi menandakan bayaran telah dibuat
hendaklah disimpan sebagai bukti semasa membuat bantahan atau bila-bila
masa dikehendaki.
28
PERKARA 28 : SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT
28.1 Murid-murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Kelas
28.2 atau Guru Bertugas.
28.3 Murid-murid yang menghidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah
28.4 sehingga sembuh.
Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan dan
28.5 mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah.
Murid-murid yang uzur ( kurang sihat ) dan tidak boleh mengikuti Pelajaran
Pendidikan Jasmani dikehendaki berada di lapangan Pendidikan Jasmani
juga. Tidak dibenarkan berada di dalam kelas.
Murid-murid yang kurang sihat tidak sepatutnya hadir ke sekolah kerana
mereka tidak berupaya mengikuti pembelajaran seperti
biasa.Ibubapa/Penjaga seharusnya membawa anak-anak mendapatkan
rawatan terlebih dahulu.
PERKARA 29 : RAWATAN ATAU CUTI SAKIT
29.1 Pelajar yang hendak ke hospital/klinik hendaklah mendapat kebenaran Guru
Besar atau Guru Penolong Kanan atau Guru Bertugas dengan mengisi borang
29.2 rawatan. Murid-murid yang hendak ke rumah sakit mesti dengan ibubapa /
29.3 penjaga
29.4 Pelajar yang mendapat cuti dibenarkan pulang ke rumah..
Sekiranya pelajar tidak memerlukan rawatan dan hanya perlu berehat, pelajar
dibenarkan berehat di bilik yang sesuai dengan kebenaran guru bertugas dan
dicatatkan dalam buku kawalan kelas.
Pelajar yang sakit hanya dibenarkan pulang dengan dijemput oleh
ibubapa/penjaga atau dintar oleh Guru Bertugas.
PERKARA 30 : KEBERSIHAN
Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil.6/1997
30.1 Tong Sampah
a. Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di
sekolah.
b. Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan
membuang sampah sahaja.
c. Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah
dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul.
30.2 Kantin Sekolah
a. Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari
kawasan kantin sekolah.
29
b. Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh
tangan sahaja.
c. Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam
sinki atau parit di sekeliling kantin.
d. Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam
tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan.
30.3 Bilik Darjah
a. Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas
dan teratur.
b. Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga,
tidak dicakar atau dikotorkan.
c. Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan
memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta Kawasan
laluan koridor.
d. Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan
seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi.
30.4 Tandas
e. Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan.
f. Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.
g. Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas
sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.
PERKARA 31 : ALATAN SUKAN
31.1 Mengambil atau menggunakan peralatan Pendidikan
31.2 Jasmani/Permainan/Sukan mestilah mendapat kebenaran guru dan tidak
31.3
31.4 dibenarkan murid mengambilnya sendiri.
31.5 Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik
Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan pendidikan jasmani,
Alatan yang rosak atau hilang semasa digunakan adalah menjadi
tanggungjawab kepada murid yang berkenaan.
Murid perlu menyimpan semula peralatan sukan yang telah digunakan ke
dalam stor sukan dalam keadaan baik dan teratur.
30
PERKARA 32: HARTA BENDA SEKOLAH
32.1 Usaha menjaga harta sekolah adalah tanggungjawab bersama.
32.2 • Semua pihak hendaklah menggunakan dan menjaga setiap kemudahan
yang disediakan di sekolah dengan sebaik-baiknya, dalam masa yang
sama bekerjasama membenteras perbuatan memusnahkan harta benda
sekolah.
Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak
sengaja, murid/kumpulan murid terlibat dikehendaki mengganti/membayar
harga barang tersebut.
PERKARA 33 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Peraturan Penggunaan Buku Teks perlu diberi perhatian serius dan dipatuhi oleh
pelajar yang meminjam buku teks.
33.1 Semua Buku teks yang dipinjam oleh pelajar adalah hak kerajaan.
33.2 Pihak sekolah akan mengeluarkan dan membahagikan buku teks kepada
pelajar yang layak menerimanya berdasarkan syarat- syarat yang ditetapkan
oleh SPBT KPM.
33.3 Pihak sekolah berhak menarik balik buku-buku Teks SPBT dari pelajar jika :
i. Berhenti atau tamat sekolah
ii. Pihak sekolah mendapati pelajar tersebut tidak layak c) Pelajar didapati
cuai menjaga buku teks SPBT.
33.4 Menjadi tanggungjawab murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku
tersebut.
33.5 Murid diwajibkan menulis nama di bahagian belakang buku teks dan
menyampul/membalutnya dengan plastik pembalut buku jernih.
33.6 Murid dilarang menulis sebarang catatan atau
melukis/menconteng/mengotorkan buku teks kecuali menulis nama dan kelas
di ruangan yang disediakan.
33.7 Pindaan hakmilik yang telah ditetapkan dilarang kecuali mendapat
kebenaran guru SPBT.
33.8 Murid dilarang meninggalkan buku teks di dalam kelas atau dimana-mana
tempat lain.
33.9 Buku Teks yang hilang hendaklah dilaporkan dengan segera guru kelas atau
guru SPBT untuk tindakan selanjutnya.
33.10 Pelajar yang terjumpa buku teks SPBT hendaklah mengembalikan kepada
pelajar berkenaan atau Guru SPBT.
33.11 Pelajar yang tidak memulangkan dan telah merosakkan buku teks mestilah
membayar gantirugi mengikut nilai buku dalam tempoh yang ditetapkan.
Pihak sekolah berhak menuntut daripada ibubapa/penjaga. Dan pelajar
tersebut tidak akan dipertimbangkan untuk pinjaman tahun berikutnya.
33.12 Murid yang berpindah masuk atau keluar hendaklah membawa bersama
buku Teks tersebut.
31
PERKARA 34 : PERATURAN KHAS
34.1 Ibu bapa/penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan murid-
34.2 murid, perlu memaklumkan pihak sekolah sebelum mengambil sebarang
34.3 tindakan.
Murid-murid hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah
seperti surat, resit, kad ujian, dan seumpamanya kepada ibubapa/penjaga
apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak sekolah.
Ibu bapa/penjaga yang menghantar anaknya ke sekolah dengan
menggunakan kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
Mereka boleh menurunkan anak-anak di hadapan pondok pengawal
keselamatan sahaja.
PERKARA 35 : BUDI PEKERTI / TINGKAHLAKU / KELAKUAN YANG PATUT DIAMALKAN
35.1 Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi segala arahan/pesanan/nasihat
35.2 dan amanah yang diberikan oleh guru.
35.3 Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perilaku yang baik di sekolah
dan di luar sekolah.
35.4 Bersopan santun semasa bercakap/berbicara dengan guru, kakitangan
35.5 sekolah, pekerja-pekerja sekolah, pelawat-pelawat yang datang ke sekolah
dan kawan-kawan iaitu memulakan perbualan dengan ucapan salam
hormat.
Sentiasa berhasrat ingin menjaga nama baik sekolah.
Murid-murid hendaklah mengelakkan diri dari
merahsiakan/bersubahat sebarang kegiatan jahat yang mereka lihat/ketahui
di kawasan sekolah.
PERKARA 36 : KHIDMAT NASIHAT
36.1 Mana-mana murid yang mempunyai masalah boleh pada bila-bila masa
36.2 berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling/Kaunselor untuk
mendapatkan bantuan khidmat nasihat.
Murid-murid boleh membuat janji temu dengan kaunselor sama ada pada
waktu persekolahan ataupun semasa luar waktu persekolahan. Jika murid
perlu berjumpa kaunselor semasa waktu persekolahan murid perlu meminta
izin dari guru yang mengajar pada waktu tersebut.
32
PERKARA 37 : SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT
37.1 Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru
37.2 Bertugas, Pengawas atau Ketua kelas.
37.3 Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah
sehingga sembuh.
37.4 Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau
37.5 mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah
Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat kebenaran
dari pihak sekolah.
Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital kerajaan
jika sakit kuat.
PERKARA 38 : MAKLUMAN UMUM
38.1 Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada penyesuaian
38.2 masa/keadaan yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib sekolah atau atas
38.3 nasihat Guru Besar.
38.4 Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku peraturan ini murid-
38.5 murid wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang
tidak tercatat di dalam buku ini.
Murid-murid juga dikehendaki mematuhi arahan- arahan/peraturan-
peraturan dari masa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
Murid-murid sebagai manusia yang Allah kurniakan akal fikiran hendaklah
memahami bahawa hidup ini penuh dengan peraturan walau di mana jua
kita berada.
Justeru itu semua murid mestilah mematuhi dan menghormati peraturan
sekolah yang telah ditetapkan pada bila-bila masa selagi menjadi murid di SK
Padang Tengku.
33
PERKARA 39 : JENIS-JENIS KESALAHAN DISIPLIN
39.1 Terdapat tiga kategori kesalahan iaitu kesalahan ringan, kesalahan
39.2 sederhana dan kesalahan berat :
i. Kesalahan ringan menggunakan kod R
ii. Kesalahan sederhana menggunakan kod S
iii. Kesalahan berat menggunakan kod B
Ianya dapat dibahagikan kepada LIMA bahagian yang utama iaitu:
i. Tingkahlaku Jenayah
ii. Tingkahlaku Lucah
iii. Tingkahlaku Anti-Sosial
iv. Tingkahlaku Tidak Jujur dan
v. Tingkahlaku Tidak sopan
PERKARA 40 : HUKUMAN
40.1 Hukuman yang dikenakan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama,
40.2 berdasarkan kepada jenis dan beratnya salahlaku tersebut :
i. Tindakan menghukum
40.3 ii. Tindakan pencegahan
40.4 iii. Tindakan polis
Jenis hukuman yang akan dilaksanakan adalah :
i. Amaran
ii. Denda
iii. Penahanan dalam kelas
iv. Hukuman Rotan
v. Gantung Persekolahan
vi. Buang daripada sekolah
Tujuan utama menghukum murid adalah untuk mencegah berlakunya
salahlaku dari perbuatan melanggar disiplin.
Dalam memutuskan hukuman yang paling sesuai atau patut dikenakan,Guru
Besar/Guru Disiplin akan menimbangkan keperluan mengenakan satu
hukuman yang boleh memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada
mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa, bahkan
juga kepada yang melakukan salahlaku itu sendiri supaya mereka tidak
mengulangi salahlaku itu. Satu sistem hukuman bersifat mencegah
bergantung kepada beratnya hukuman itu.
34
PERKARA 41 : JENIS KESALAHAN, HUKUMAN DAN PUNCA KUASA
41.1 Kesalahan Berat
Kod Jenis Kesalahan Hukuman/Tindakan Akta/Pekeliling
B01
B02 Membawa, menyimpan, mengedar, Tindakan : Praturan-
B03 1. Hubungi ibu bapa / peraturan
B04 menghisap atau bersubahat dalam pelajaran (disiplin
B04A penjaga sekolah) 1959
B05 kegiatan dadah berbahaya 2. Hubungi agensi
B06 Akta Dadah
B08 Membawa, menyimpan, menghisap Penguatkuasa / Polis Berbahaya
B09 3. Lapor kepada JPN Akta Senjata Api
B10 atau mengedar bahan tembakau Akta Rumah Judi
B11 Johor Kanun Kesiksaan
Membawa, menyimpan, meminum 4. Kaunseling
B23 5. Mendokumentasikan Pekeliling Ikhtisas :
atau mengedar minuman beralkohol Bil. 1/1972
B24 Hukuman : Bil. 6A/1975
atau sebarang benda yang 1. Amaran keras Bil. 9/1975
B25 2. Dirotan 1-3 kali Bil. 8/1983
B26 memabukkan /mengkhayalkan Bil. 6/1995
B27 (dipunggung Bil. 7/1995
B28 Menyebabkan/melakukan berlapik) Bil. 4/1996
3. Membayar ganti rugi Bil. 4/1997
pergaduhan atau kekerasan 4. Digantung sekolah Bil. 8/1998
tidak melebihi 14 Bil. 10/1998
Membubuh/menyebabkan hari Bil. 18/1998
5. Dibuang sekolah Bil. 6/2000
kematian/ cuai menyebabkan 6. Mahkamah Bil. 6/2001
Bil.7/2001
kematian Kuasa Pelaksana : Bil. 8/2001
1. Guru Besar /Guru Bil. 9/2001
Mengancam/menyerang/memukul 2. Guru yang diberi Bil. 10/2001
Bil. 4/2002
dan mencederakan kuasa Bil. 3/2003
Bil. 7/2003
Biadap dan tingkahlaku tidak sopan Bil. 8/2003
Bil. 9/2003
Membawa, menyimpan,
menggunakan senjata api, senjata
berbahaya, bahan letupan atau
alatan berbahaya
Melakukan buli, penderaan atau
paksaan terhadap pelajar lain
Mencuri, merompak, memecah
masuk dan menceroboh Kawasan
larangan
Menganjur, melakukan perjudian
atau membabitkan diri dalam
pertaruhan
Menganjur atau membabitkan diri
dalam acara kebudayaan yang
bertentangan dengan nilai-nilai
masyarakat Malaysia
Melakukan ponteng sekolah
berterusan(berturut-turut) selama 31
hari atau berkala selama 60 hari
dalam satu sesi persekolahan
Mengganggu atau menjejaskan
kuasa Guru Besar/Guru yang
menjalankan tugas
Mengedar, memiliki, membawa,
melukis dan mempamerkan bahan
lucah
Mengeluarkan kata-kata lucah,
kesat dan melakukan perbuatan
lucah
Melakuka hubungan yang
mencurigai
35
B29 Tidak Amanah, menipu dan meniru
dalam ujian/peperiksaan
Melibatkan diri dalam ajaran
B30 sesat/parti politik dan menyebarkan
fahaman serta mengedarkan risalah
atau lambing-lambang
Kesalahan-kesalahan lain yang
B31 termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah
B32 Melakukan mana-mana kesalahan
sederhana melebihi 3 kali
41.2 Kesalahan Sederhana
Kod Jenis Kesalahan Hukuman/Tindakan Akta/Pekeliling
Menyalahgunakan/menggunakan Tindakan : Praturan-
S01 peralatan/ sumber bukan bekalan 1. Hubungi ibu bapa / peraturan
elektrik sekolah tanpa kebenaran penjaga pelajaran (disiplin
S02 Keluar dari Kawasan sekolah tanpa 2. Hubungi agensi sekolah) 1959
kebenaran Penguatkuasa / Polis
S03 Ponteng sebarang acara rasmi 3. Lapor kepada JPN Akta Dadah
sekolah Johor Berbahaya
S04 Tidak menghormati lagu, bendera, 4. Kaunseling Akta Senjata Api
jata sekolah, negeri dan kebangsaan 5. Mendokumentasikan Akta Rumah Judi
Fesyen rambut yang keterlaluan Kanun Kesiksaan
S05 seperti punk, skin head, Hukuman :
line) atau 1. Amaran keras
berkaza(membuat Pekeliling Ikhtisas :
bewarna 2. Dirotan 1-3 kali Bil. 1/1972
S06 Mencukur bulu kening bagi pelajar (dipunggung Bil. 6A/1975
perempuan berlapik) Bil. 9/1975
S07 Menconteng pada harta benda 3. Membayar ganti Bil. 8/1983
sekolah dan orang lain rugi Bil. 6/1995
Memakai barang kemas / perhiasan 4. Digantung sekolah Bil. 7/1995
tidak melebihi 14 Bil. 4/1996
diri keterlaluan, menindik telinga /
hari Bil. 4/1997
S08 lidah/hidaung dan bawah bibir dan
memakai subang lebih daripada satu 5. Dibuang sekolah Bil. 8/1998
pada cuping telinga 6. Mahkamah Bil. 10/1998
Bil. 18/1998
S09 Melukis tatu(tattoo), memakai inai Kuasa Pelaksana : Bil. 6/2000
pada anggota badan Bil. 6/2001
1. Guru Besar /Guru Bil.7/2001
S10 Membawa orang lain masuk ke 2. Guru yang diberi Bil. 8/2001
kawasan sekolan tanpa kebenaran Bil. 9/2001
kuasa Bil. 10/2001
Kesalahan-kesalahan lain yang Bil. 4/2002
Bil. 3/2003
S11 termasuk dalam kategori ini oleh Bil. 7/2003
Jawatankuasa Disiplin Sekolah
S12 Melakukan mana-mana kesalahan
ringan melebihi 3 kali
S13 Membawa barangan larangan yang Bil. 8/2003
diwartakan oleh Guru Besar Bil. 9/2003
36
41.3 Kesalahan Ringan
Kod Jenis Kesalahan Hukuman/Tindakan Akta/Pekeliling
R01 Menyimpan misai, janggut atau Tindakan : Praturan-
jambang 1. Hubungi ibu bapa / peraturan
R02 Berkuku panjang atau berambut penjaga pelajaran (disiplin
panjang 2. Hubungi agensi sekolah) 1959
R03 Bermain dalam bilik darjah, koridor Penguatkuasa / Polis Akta Dadah
atau Kawasan yang dilarang 3. Lapor kepada JPN
Mengguna dan membawa keluar Johor Berbahaya
R04 sebarang peralatan bilik darjah tanpa 4. Kaunseling Akta Senjata Api
kebenaran 5. Mendokumentasikan Akta Rumah Judi
R05 Keluar bilik darjah tanpa kebenaran Kanun Kesiksaan
Berada dikantin tanpa kebenaran Hukuman : Pekeliling Ikhtisas :
Bil. 1/1972
R06 pada waktu pengajaran dan 1. Amaran keras Bil. 6A/1975
Bil. 9/1975
pembelajaran 2. Dirotan 1-3 kali Bil. 8/1983
Bil. 6/1995
R07 Menyimpan dan menggunakan alat (dipunggung Bil. 7/1995
permainan sekolah tanpa kebenaran berlapik) Bil. 4/1996
Bil. 4/1997
R08 Menggunaka harta benda sekolah 3. Membayar ganti Bil. 8/1998
tanpa kebenaran rugi Bil. 10/1998
Bil. 18/1998
Memasuki dan tidak mematuhi 4. Digantung sekolah Bil. 6/2000
tidak melebihi 14 Bil. 6/2001
R09 arahan makmal, bengkel, bilik khas, Bil.7/2001
hari Bil. 8/2001
bilik komputer dan kenyataan bertulis Bil. 9/2001
5. Dibuang sekolah Bil. 10/2001
R10 Memakai barang kemas, alat solek 6. Mahkamah Bil. 4/2002
atau perhiasan
R11 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran Kuasa Pelaksana :
1. Guru Besar /Guru
R12 Makan atau minum dalam bilik darjah 2. Guru yang diberi
R13 Melakukan pembaziran elektrik
Tidak memakai pakaian seragam kuasa
R14 sekolah yang lengkap
R15 Semua kesalahan yang bersabit
dengan pembelajaran
Bil. 3/2003
R16 Lewat ke sekolah tanpa mengambil Bil. 7/2003
slip lewat Bil. 8/2003
Bil. 9/2003
37
BORANG PENGAKUAN
Guru Besar
SK Kongkong Laut
Kg. Kongkong
81760 Masai,
Johor.
BUKU PANDUAN PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH
Perkara diatas adalah dirujuk.
PENGAKUAN SETIA PELAJAR
Bahawasanya saya ________________________________________________________murid
SK Kongkong Laut telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini.
Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan
bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya
melanggar peraturan-peraturan tersebut.
Tandatangan murid,
………………………………………………………………...
Nama murid :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh :
PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA
Bahawasanya saya ___________________________________________ibu bapa / penjaga
murid yang Bernama______________________________________________yang belajar di
SK Kongkong Laut telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini.
Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak
jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan tersebut.
Tandatangan ibu bapa / penjaga
………………………………………………………………...
Nama ibu bapa / penjaga:
No. Kad Pengenalan :
Tarikh :
38