The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jilid 4 Bil 1_Audit Bahaya Bising_Mei2021-signed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norainjsg, 2023-03-08 18:06:27

Audit Bising _Jilid 4 Bil 1_2021

Jilid 4 Bil 1_Audit Bahaya Bising_Mei2021-signed

MEI 2021 UiTM Cawangan Pulau Pinang J K K P N A U D I T B A H A Y A B I S I N G e ISSN 2735-1777 Jilid 4 Bilangan 1 PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) JAWATANKUASA KESELAMATA N DAN KESIHATAN PEKERJAAN UiTM NEGERI (JKKPN)


Diterbitkan oleh Penerbit Unit Pengurusan Kualiti (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UiTM Negeri) UiTM Cawangan Pulau Pinang 13500 Permatang Pauh Pulau Pinang © 2021 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UiTM Negeri (JKKPN), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang 13500 Permatang Pauh, Penang Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penerbit. HAK CIPTA TERPELIHARA Tarikh Penerbitan: 10 Mei 2021 e ISSN 2735-1777


AHLI JAWATANKUASA Pengerusi (Rektor) : Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang Penyelaras KKP UiTMCPP Kampus Permatang Pauh: Dr. Norain Isa Penyelaras KKP UiTMCPP Kampus Bertam: Dr. Mohd Azhar Mohd Noor Penyelaras Audit Dalaman KKP: Nor Aimi Abdul Wahab Editor/Auditor/Penulis : Dr. Norain Isa (Ketua) : Nor Aimi Abdul Wahab : Nur Maizatul Azra Mukhtar : Ts. Dr. Haslinda Abdul Hamid Ahli Jawatankuasa Audit Bahaya Bising (SU-SUB JKKPN) : Ir. Mohd Azahar Mohd Ariffin (FKK) : Ts. Dr Haslinda Abdul Hamid (JSG) : Ts. Mohd Rafe Abdul Majid (FKA) : Nur Maizatul Azra Mukhtar (FSK) : Muhamad Ridzuan Arifin (FKM) : Mohamad Farhan Azmi (FPHP) : Noor Azli Affendy Lee (APB) : Saiful Nizam Warris (JSKM) : Rizal Mat Jusoh (FKE) : Ropishah Idris (FF)


PRAKATA Alhamdulillah, syukur atas rahmat dan keizinanNya memberikan ruang dan peluang dalam penerbitan dokumen dan pelaporan perihal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Sekalung apresiasi diucapkan kepada semua yang menyumbang dalam proses pemeriksaan berkaitan pendedahan bunyi bising ini. Tahniah, diucapkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UiTM Negeri (JKKPN), UiTM Cawangan Pulau Pinang atas inisitaif dan usaha murni ini. Makalah penerbitan ini, bakal memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Berdasarkan statistik daripada pihak JKKP@DOSH, di Malaysia, penyakit pekerjaan yang paling banyak dilaporkan adalah gangguan pendengaran disebabkan bising pekerjaan (ONRHD). Walaupun angka ini berkemungkinan disebabkan oleh peningkatan kesedaran di kalangan pekerja atau majikan untuk melaporkan kes-kes penyakit pekerjaan, tetapi ia turut menunjukkan bahawa kes penyakit pekerjaan semakin meningkat. Justeru, dengan adanya Pemeriksaan KKP berkaitan pendedahan bunyi bising ini, saya yakin bahawa setiap Bahagian, Fakulti, Jabatan dan Unit yang terlibat dengan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) akan menambahbaik Sistem Keselamatan dan Kesihatan di PTJ masingmasing. Semoga dengan penerbitan dokumen ini akan memantapkan lagi perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan seterusnya penilaian terhadap Sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di semua Bahagian, Fakulti, Jabatan dan Unit di UiTM Cawangan Pulau Pinang. PROF. Ts. DR. SALMIAH KASOLANG Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UiTM Negeri (JKKPN) UiTM Cawangan Pulau Pinang


ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN 3 Ahli Jawatankuasa Audit LAPORAN AUDIT BAHAYA BISING 7 Kesimpulan Laporan Akhir 8 80 LAMPIRAN 4 Prakata 2 Hak Cipta Terpelihara 5 Isi Kandungan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Fakulti Kejuruteraan Kimia Fakulti Kejuruteraan Awam Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Fakulti Sains Kesihatan Fakulti Farmasi Jabatan Sains Gunaan Jabatan Sains Komputer dan Matematik Akademi Pengajian Bahasa 94 155 213 144 248 251 255 Fakulti Pengurusan Hotel dan Pengurusan Peraturan-Peraturan KKP (Pendedahan Bising) 2019 Tataamalan Industri bagi Pengurusan Pendedahan Bising Pekerjaan dan Pemuliharaan Pendengaran 2019 6 Pengenalan kepada Bahaya Bising 265


PENGENALAN Bunyi bising merupakan satu hazad yang biasa ditemui di kebanyakan tempat kerja. Pendedahan bising kepada pekerja akan memberikan kesan buruk kepada pekerja seperti hilang pendengaran, stress, menjejaskan produktiviti dan menyebabkan gangguan komunikasi. Majikan perlu mengenalpasti kemungkinan pekerja berada di tempat yang terdedah kepada bising berlebihan berdasarkan kepada Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 [P.U (A) 60] yang telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2019. Peraturan ini bertujuan untuk melindungi pekerja dari bahaya bising. Bising berlebihan ditakrifkan sebagai: I. Paras pendedahan bising harian melebihi 82 dB(A) II. Dos bising diri harian melebihi 50 % III. Paras tekanan bunyi maksimum melebihi 115 dB(A) atau IV. Tekanan bunyi puncak melebihi 140 dB(C). Pendedahan bising ini dapat dikenalpasti dengan melaksanakan pengenalpastian bising berlebihan di tempat kerja. Pengenalpastian bising berlebihan ini hendaklah dilakukan bagi setiap kawasan di tempat kerja mengikut aktiviti atau proses kerja dengan mengunakan Senarai Semak Pengenalpastian Bahaya Bising. Pengenalpastian ini perlu melibatkan pekerja yang terjejas dan mereka yang mahir serta mempunyai pengalaman dalam mengendalikan aktiviti atau proses kerja yang dinilai. Sekiranya bising berlebihan dikenalpasti dalam aktiviti atau proses kerja yang dinilai, penaksiran risiko bising perlulah dilaksanakan. Sekiranya terdapat pekerja yang terdedah kepada bising berlebihan, majikan perlu memastikan pekerja dilindungi melalui kaedah kawalan kejuruteraan, kawalan pentadbiran dan penggunaan alat pelindung diri. Selari dengan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 [P.U (A) 60], Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri (JKKPN), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah melaksanakan Pengenalpastian Bising Berlebihan Disember 2020 sehingga Mac 2021 di fakulti-fakulti dan pusat akademik di UiTM Cawangan Pulau Pinang menggunakan senarai semak yang telah disediakan. Diharapkan dengan adanya penilaian ini dapat membantu pihak JKKP bagi mengenalpasti bising berlebihan dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah bising berlebihan di kalangan pekerja.


RUMUSAN LAPORAN Audit pengenalpastian bahaya bising UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan pada Disember 2020 sehingga Mac 2021. Audit ini bertujuan untuk mengenalpasti bahaya bising terhadap pekerja di makmal-makmal pengajaran dan pembelajaran. Pengenalpastian bahaya bising ini dilaksanakan bepandukan Senarai Semak Pengenalpastian Bahaya Bising yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Audit ini telah dilaksanakan di: I. Akademi Pengajian Bahasa (APB) II. Jabatan Sains Gunaan (JSG) III. Fakulti Farmasi (FF) IV. Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) V. Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) VI. Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) VII. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) VIII. Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) IX. Fakulti Sains Kesihatan (FSK) X. Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM) Terdapat 10 perkara yang disemak untuk audit pengenalpastian bahaya bising ini di antaranya adalah maklumbalas pekerja terhadap keadaan bising di makmal, peralatan yang digunakan samaada mengeluarkan bunyi bising, mengenalpasti bising yang disebabkan oleh hentaman atau sumber letupan, penggunaan alat pelindung diri dan mengenalpasti kelengkapan yang mempunyai paras bising lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan berdasarkan maklumat dari pengilang. Hasil daripada audit ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk memastikan bahaya bising di makmal adalah terkawal iaitu : 1. Aduan pekerja yang perlu meninggikan suara semasa berkomunikasi dengan individu lain dalam jarak kira-kira satu meter. 2. Penggunaan peralatan berkuasa atau jentera yang bising. 3. Bising yang disebabkan oleh hentaman atau sumber letupan. 4. Kelengkapan yang mempunyai paras bising yang lebih tinggi dari paras tekanan bunyi puncak 140 db(C) atau paras tekanan bunyi 82 db (A). Penemuan berkaitan perkara ini dikenalpasti di beberapa makmal terutamanya melibatkan makmal kejuruteraan. Laporan terperinci berkaitan penemuan untuk setiap makmal disertakan bersama laporan ini. Hasil dari penemuan ini akan dibentangkan pada mesyuarat JKKPN yang akan datang. Tindakan segera perlu diambil supaya penaksiran risiko berkaitan bunyi bising dapat dilaksanakan sekiranya perlu. Pengenalpastian bahaya bising juga perlu dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan bahaya bising adalah terkawal supaya dapat melindungi para pekerja.


Click to View FlipBook Version