The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Azeem, 2024-06-21 10:51:56

Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.2/2024

Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.2/2024

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 2 / 2024 SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN MENUMBOK Tarikh : 20 Mac 2024 (Rabu) Tempat : Bilik Gerakan SK Pekan Menumbok Masa : 12.30 tengahari Pengerusi : Guru Besar SK Pekan Menumbok HADIR 1. Nordin Bin Mohd Taip Guru Besar 2. Muhammad Azeem Bin Charles Abdullah Penolong Kanan Pentadbiran 3. Rohaidah Samsu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 4. Mohd Pajiri Bin Adanih Penolong Kanan Kokurikulum 5. Aisyah Binti Ag Damit Guru Penolong 6. Azriman Bin Rasidi Guru Penolong 7. Christcyee Lynn Christopher Guru Penolong 8. Dayang Arimah Binti Ibrahim Guru Penolong 9. Dg Ramnah Binti Tahir Guru Penolong 10. Fatin Farhana Binti Mukhatar Guru Penolong 11. Fatin Shahidah Binti Jaukal Guru Penolong 12. Hafizah Binti Harith Guru Penolong 13. Jamilah Bte Zinin Guru Penolong 14. Jismah Binti Jadul Guru Penolong 15. Kimlian Binti Kimlaw Guru Penolong 16. Lidia Binti Jismy @ Gandam Guru Penolong 17. Marlenahlelawati Binti Abd Ghani Guru Penolong 18. Mohammad Noorsharizam Abidin Guru Penolong 19. Mohd Nasrol Bin Wahid Guru Penolong 20. Mohd Shahril Izam Bin Wahid Guru Penolong 21. Mohd Syafik Bin Kamaruddin Guru Penolong 22. Mohd Zulhelmi Bin Idrus Guru Penolong 23. Nadia Binti Luis Guru Penolong 24. Nadzirah Binti Latip Guru Penolong 25. Nazri Bin Muara Guru Penolong 26. Norhafeezah Binti Sulaiman Guru Penolong 27. Norzaihan Binti Abd Hassan Guru Penolong 28. Nor Haibah Binti Salim I Guru Penolong 29. Nurniraazatie Binti Ramlee Guru Penolong 30. Rohana Binti Lamsin Guru Penolong 31. Richard Alexander De Silva Guru Penolong 32. Shyalinah Bt Suhimi Guru Penolong 33. Sopiah Binti Malai Salleh Guru Penolong 34. Wan Robia’tul A’dawiyah Binti Wan M. Azhari Guru Penolong 35. Jefry Harith AKP 36. Masnah Binti Awang Amin AKP 37. Norlela Marhayanie Binti Abd Ghani AKP 38. Nur Shazwani Mat Noor AKP 39. Salmah Binti Madani AKP 40. Roziah Bt Md Esa AKP 41. Salamah Binti Saban AKP


URUSETIA (Setiausaha dan Penolong Setiausaha Kurikulum) 42. Nazri Bin Muara Guru Penolong 43. Zuraidah Binti Mohd Kiflee Guru Penolong AGENDA 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran semua ahli dan berharap objektif mesyuarat dapat dicapai bagi mesyuarat kurikulum bil-2 2024. Tindakan : Makluman 1.2 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru bahawa beban tugas sesuatu program tidak kira peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan sama sahaja dan yang berbeza adalah impak program kepada murid Tindakan : Makluman 1.3 Pengerusi berkongsi hasrat JPN menerusi strategi pelaksanaan Noktahkan 5.0 iaitu penguasaan kemahiran 3M dan pencapaian minima TP3 dalam PBD Tindakan : Makluman 1.4 Pengerusi juga mengingatkan bahawa guru-guru yang tidak mencapai KPI dalam aspek penguasaan 3M akan diberikan bimbingan secara kursus dalam cuti Tindakan : Makluman 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1 / 2024 2.1 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 / 2024 telah dicadang untuk disahkan oleh Puan Rohaidah Samsu dan disokong oleh Encik Richard Alexander. Tindakan : Makluman 3.0 PERKARA BERBANGKIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1 / 2024 3.1 Maklum balas Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 / 2024 dibentangkan oleh Encik Nazri Bin Muara, Setiausaha Kurikulum selaku Ketua Urus Setia. Tindakan : Makluman


3.2 Pengerusi mengingatkan semua ahli mesyuarat untuk memastikan isu yang ditimbulkan dan diputuskan dalam mesyuarat kurikulum mestilah diselesaikan sebelum mesyuarat seterusnya dilaksanakan. Tindakan : Makluman 4.0 PELAPORAN DAN PEMBENTANGAN 4.1 Pembentangan 1 : Carta organisasi Kurikulum 2024 / 2025 4.1.1 Pengerusi membentangkan carta organisasi kurikulum bagi sesi 2024/2025 yang telah dibuat berdasarkan enrolmen guru terkini yang mana hanya terdapat sedikit sahaja perubahan selepas tambahan seorang lagi guru baharu iaitu Cik Nurniraazatie Ramlee. Tindakan : Makluman 4.2 Pembentangan 2 : Rancangan pengajaran harian (RPH) 4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa penghantaran RPH boleh dibuat secara manual atau e-RPH secara online menerusi google drive dan dihantar pada setiap hari jumaat Tindakan : Makluman 4.3 Pembentangan 3 : Project Based Learning (PBL) 4.3.1 Pengerusi mengingatkan agar semua guru subjek melaksanakan PBL sekurang-kurangnya satu untuk setiap subjek dalam usaha membantu murid mencapai minima TP4 dan tiada isu murid gagal. Jadual pelaksanaan akan diapungkan sebagai rujukan semua guru Tindakan : Semua guru 4.4 Pembentangan 4 : PDPC dan Borang Keberhasilan 4.4.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru bahawa pencerapan PDPC akan dibuat sebanyak dua kali dalam setahun selain learning walk yang akan sentiasa dilaksanakan dari masa ke semasa, Tindakan : Makluman


4.4.2 Pengerusi juga mengingatkan agar semua guru mengisi lengkap borang keberhasilan dan borang standard 4 dengan berpandukan KPI kurikulum semasa iaitu pencapaian minima TP4 dan tiada lagi murid dalam TP1 dan TP2. Tindakan : Semua guru 4.5 Pembentangan 5 : Inovasi dan Data EMIS 4.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa bagi tahun 2024 penyelaras inovasi akan diketuai oleh Cikgu Lidia dan akan dibantu oleh Cikgu Sofiah. Tindakan : Makluman 4.5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa SK Pekan Menumbok sudah membentuk satu jawatankuasa KIK yang akan dipelopori oleh pasukan SERASI SK Pekan Menumbok di bawah unit HEM dan bersedia mengikuti INOSEL 2024 pada bulan julai ini. Tindakan : Makluman 4.5.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa sekolah menerusi penyelaras EMIS Cikgu Aisyah, telah membuat Pangkalan Data Khas untuk SK Pekan Menumbok bagi memudahkan akses data ke PPD Tindakan : Makluman 4.6 Pembentangan 6 : PLC dan SPLKPM 4.6.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua Ketua Panitia untuk melaksanakan PLC sekurang-kurangnya empat kali setahun mengikut bulan yang telah ditetapkan, direkodkan dalam appshet dan SPLKPM. Tindakan : Makluman 4.6.2 Pengerusi juga mengingatkan kepada semua guru untuk mengikuti webinar terbuka yang ada selain membuat pembacaan buku bagi menambah hari berkursus dan mata kredit dalam SPLKPM Tindakan : Makluman 4.7 Pembentangan 7 : Cuti Peristiwa 4.7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa empat kali cuti peristiwa dalam setahun bagi sesi 2024 / 2025 yang telah dimohon sudah diluluskan. Tindakan : Makluman


5.0 HAL-HAL LAIN 5.1 Cikgu Rohana selaku bendahari Kelab Guru dan Staf mengingatkan kepada semua guru dan staf untuk menjelaskan yuran kelab bagi tahun ini. Tindakan : Semua guru dan staf 5.2 Ustaz Muhamad Syafik memaklumkan status semasa pelaksanaan PLC yang sudah dijalankan sehingga kini. Tindakan : Makluman 5.3 Cikgu Azriman berkongsi dapatan sempena Jelajah Integriti dan Anti Gangguan Seksual yang mana memaklumkan kepada semua guru dan staf agar membuat laporan sekiranya berlaku kes gangguan seksual dalam apa jua bentuk. Tindakan : Makluman 5.4 Ustazah Zuraidah memaklumkan kutipan RM10 untuk jamuan moreh melibatkan guru dan staf muslim. Tindakan : Makluman 6.0 PENUTUP 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana telah memberi kerjasama bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang. Dicatat oleh, Urusetia Mesyuarat Kurikulum Bil. 2 2024 Sekolah Kebangsaan Pekan Menumbok. Tarikh : 20 Mac 2024 (Rabu)


MAKLUM BALAS MNama Mesyuarat : Mesyuarat Kurikulum Bil. 2 / 2024 SK PekaTarikh : 20 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tengahari – 2.30 petang Tempat : Bilik Gerakan SK Pekan Menumbok Pengerusi : Encik Nordin Bin Mohd Taip, Guru Besar CMUKA SURAT PARA PERKARA 1.0 Ucapan Pengerusi 3 4.3.1 Pengerusi mengingatkan agar semua guru subjek melaksanakan PBL sekurang-kurangnya satu untuk setiap subjek dalam usaha membantu murid mencapai minima TP4 dan tiada isu murid gagal. Jadual pelaksanaan akan diapungkan sebagai rujukan semua guru 4 4.4.2 Pengerusi juga mengingatkan agar semua guru mengisi lengkap borang keberhasilan dan borang standard 4 dengan berpandukan KPI kurikulum semasa iaitu pencapaian minima TP4 dan tiada lagi murid dalam TP1 dan TP2 5 5.1 Cikgu Rohana selaku bendahari Kelab Guru dan Staf mengingatkan kepada semua guru dan staf untuk menjelaskan yuran kelab bagi tahun ini Disediakan Oleh : Urus Setia Mesyuarat Kurikulum Bil. 2 / 2024 SK Pekan Menumbok Tarikh : 4 Jun 2024


MINIT MESYUARAT an Menumbok Cemerlang SK Pekan Menumbok TINDAKAN MAKLUM BALAS Semua guru Semua guru subjek telah mula melaksanakan PBL dan mengapungkan hasil PBL murid ke dalam telegram pada 24 Mei 2024 Semua guru Semua guru sudah melengkapkan borang keberhasilan dan borang standard 4 dengan berpandukan KPI sesi semasa pada 31 Mei 2024 Semua guru dan staf Semua guru dan staf sudah membuat bayaran yuran kelab sekurang-kurangnya bayaran untuk dua bulan pada 31 Mei 2024


Click to View FlipBook Version