The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Copy of Cute Climate Change Stickers for Marketing Newsletter by Slidesgo

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 07silentkiller07, 2023-06-22 23:43:43

Insinerator

Copy of Cute Climate Change Stickers for Marketing Newsletter by Slidesgo

INSINERATOR; MENGATASI ISU SISA PEPEJAL WAN MUHAMMAD AIMAN BIN WAN MUSTAPA 2022162310110 3 PPISMP RBT 3 Asas kelestarian dan teknologi hijau PALS1012 Dr. Hairiah Binti Munip


Isi kandungan 1.0 Penghargaan 3 2.0 Pengenalan 4 3.0 Kaedah lain pelupusan sisa pepejal 11 4.0 Insinerator 18 4.1 Jenis jenis insinerator dan cara ianya berfungsi 20 4.1.1 Insinerator kiln rotary 20 4.1.2 Insinerator berbilang perapian 21 4.1.3 Insinerator parut bergerak 22 4.1.4 Insinerator parut tetap 23 4.1.5 Insinerator suntikan cecair 24 4.1.6 Insinerator katil berbendalir 25 4.1.7 Insinerator suar gas buangan 26 4.1.8 Ruang pembakaran bermangkin 27 4.2 Proses yang berlaku 28 4.3 Kelebihan 30 4.4 Kekurangan 32 5.0 Kesimpulannya 34 6.0 Rujukan 35 2


Penghargaan Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi Muhammad S.A.W., kepada ahli keluarga dan para sahabat. Syukur kepada Allah kerana dengan kasih sayang , limpah kurnia-Nya dan izin Nya, tugas ini dapat saya selesaikan. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah tercinta saya, Dr. Hairiah Binti Munip kerana dengan sokongan dan tunjuk ajar dari beliaulah yang banyak menyumbang kepada keberhasilan penulisan saya. Seterusnya, terima kasih juga kepada ke dua ibu bapa saya yang juga banyak memberi sokongan moral kepada saya dengan cara banyak memberikan nasihat dan kata-kata semangat. Selama saya berada jauh dari mereka tetapi membuatkan saya berasa dekat dengan mereka dengan masa yang diluangkan kepada saya. Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak memberi sokongan dan bantuan kepada saya. Tidak jemu dengan pertanyaan saya yang terus menerus diajukan kepada mereka. Diharapkan agar usaha dalam menyiapkan tugasan ini dapat menguatkan lagi hubungan persahabatan kami. Akhir kalam, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya sepanjang tugasan ini disiapkan. 1.0 3


2.0 Pengenalan You can enter a subtitle here if you need it 4


Isu Alam Sekitar Mutakhir ini, pelbagai isu dan bencana muncul dan menimpa negara kita ini. Perkara ini menjejaskan banyak pihak dan memusnahkan alam sekitar yang juga merupakan tempat tinggal kita. Isu alam sekitar merujuk kepada masalah dan perhatian yang timbul berkaitan dengan keadaan dan kelestarian alam sekitar. Isu-isu ini timbul kerana tindakan manusia yang bersikap tidak bertanggungjawab terhadap persekitaran, sumber daya semulajadi, dan kehidupan haiwan serta tumbuhan. Berikut merupakan beberapa isu alam sekitar yang sering timbul di negara kita. 5


Pencemaran udara berlaku apabila terdapat zarah zarah berbahaya atau bahan kimia dalam udara yang dapat memudaratkan kesihatan manusia dan ekosistem. Contohnya, pencemaran udara disebabkan oleh emisi daripada pembakaran fosil, pembuangan sisa industri, atau penggunaan bahan kimia tertentu. Dan yang paling biasa terjadi ialah pembakaran terbuka, dimana hasil pembakaran sebarang bahan dibebaskan secara langsung ke udara. 01 Pencemaran udara 6 Rajah 1.0; kes pembakaran terbuka di borneo


Pencemaran air merujuk kepada pencemaran sumber air seperti sungai, tasik, dan laut. Ia berlaku apabila bahan-bahan beracun, sisa industri, atau kumbahan manusia dicemari ke dalam sistem air. Pencemaran air boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan akuatik dan kesihatan manusia yang mengandalkan sumber air tersebut. Menurut akhbar Sinar Harian pada 2022, Sungai Rambai di lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan merupakan sungai yang paling tercemar pada tahun 2020. Dimana menurut Pengarah Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar(JAS) Rosli Mustafa berkata punca utama pencemaran tersebut adalah daripada pelepasan kumbahan atau buangan daripada kawasan penternakan atau penempatan penduduk di sekitar kawasan berhampiran sungai. 02 Pencemaran air 7 Rajah 2.0; Ilustrasi pencemaran air


Perubahan iklim adalah fenomena pemanasan global yang disebabkan oleh peningkatan gas rumah hijau dalam atmosfera akibat aktiviti manusia seperti pembakaran bahan bakar fosil dan pengeluaran gas rumah hijau hasil daripada aktiviti perindustrian. Perubahan iklim menyebabkan peningkatan suhu, perubahan corak cuaca yang ekstrem, dan impak negatif pada ekosistem dan manusia. 03 Perubahan iklim 8 Rajah 3.0; ilustrasi perubahan iklim


Akhir sekali, isu sisa pepejal yang kebanyakannya dihadapi oleh negara negara membangun. Kuantiti sisa pepejal yang dihasilkan oleh rakyat kita setiap hari adalah sebanyak 36,699 tan. Iaitu purata setiap seorang membuang sebnayak 1.17kg sampah setiap hari (MKN,2022). Isu ini timbul adalah disebabkan oleh peningkatan bahan buangan domestik , perniagaan, kilang dan sikap majoriti rakyat malaysia yang tidak mengamalkan amalan kitar semula. Perkara ini menyebabkan negara kita memerlukan tempat pelupusan bagi memastikan rakyat di negara kita dapat hidup dengan harmoni. 04 Isu sisa pepejal 9 Rajah 4.0; Poster penghasilan sampah dalam sehari


Isu sisa pepejal Tetapi di negara kita, kita sudah pun mempunyai sebanyak 161 tempat pelupusan, tidak termasuk 10 pihak berkuasa di sabah dan sarawak. 77 daripadanya adalah terdiri dari tapak pembuangan terbuka (open dumping), 49 daripadanya adalah dari jenis pelupusan terkawal (controlled tipping), manakala 19 tapakmempunyai bund dimana sisa pepejalnya dikambus setiap hari dan sepuluh tapak pula mempunyai kemudahan paip pengumpulan leachate dan paip pengudaraan serta selebihnya mempunyai sistem rawatan leachate (IKIM,2014). Walaubagaimanapun, jumlah ini diyakini masih belum mencukupi. Seterusnya menyebabkan insinerator dikatakan mampu menjadi solusi kepada masalah tersebut. 10


Kaedah pelupusan 3.0sisa pepejal You can enter a subtitle here if you need it 11


Pelupusan tumpuan Kaedah ini melibatkan pembuangan sisa pepejal ke dalam tapak pelupusan tumpuan yang telah ditetapkan. Di tapak pelupusan tumpuan, sisa pepejal dimampatkan dan ditutup dengan tanah bagi tujuan mengurangkan bau dan risiko pencemaran. Walau bagaimanapun, kaedah ini memerlukan kawasan yang besar dan boleh mencemarkan tanah dan air jika tidak diurus dengan betul. 12


Kaedah ini melibatkan penapisan dan pemisahan bahan sisa pepejal untuk mengenalpasti bahan yang boleh dikitar semula atau diproses semula. Ini membantu memastikan penggunaan semula sisa pepejal yang mungkin berguna sekaligus dapat mengurangkan kuantiti bahan yang akan dihantar ke tapak pelupusan. Penapisan dan pemisah 13


Kitar semula kitar semula melibatkan mengumpul, memproses, dan mengubah semula bahan sisa pepejal yang boleh dikitar semula menjadi produk baru. Contohnya, kertas, plastik, logam, dan kaca boleh dikitar semula. Pengitaran semula membantu mengurangkan kebergantungan pada sumber asli dan mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan. 14


Pengomposan adalah kaedah pelupusan sisa pepejal organik seperti sisa makanan dan tumbuhan. Dalam proses ini, bahan organik dibiarkan terurai secara semulajadi oleh mikroorganisma untuk menghasilkan kompos yang berguna sebagai baja organik untuk tumbuh tumbuhan. Pengomposan 15


Pembakaran Terkawal Kaedah ini melibatkan pembakaran sisa pepejal pada suhu tinggi dengan penggunaan teknologi kawalan emisi yang ketat. Selain mengurangkan kuantiti sisa pepejal, kaedah ini juga menghasilkan haba yang dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga seperti tenaga elektrik. 16


Insinerasi adalah kaedah di mana sisa pepejal dibakar pada suhu tinggi. Proses pembakaran ini mengurangkan jumlah sisa pepejal dan menghasilkan haba yang boleh dimanfaatkan untuk penghasilan tenaga. Walau bagaimanapun, langkah langkah untuk mengurangkan emisi pencemaran dan memastikan pengendalian haba yang selamat perlu diambil. Pilihan kaedah pelupusan sisa pepejal haruslah berdasarkan faktor seperti jenis sisa pepejal, kesan alam sekitar, dan kebolehgunaan semula sisa pepejal. Kombinasi pelbagai kaedah pelupusan juga boleh digunakan dalam pengurusan sisa pepejal untuk mencapai penyelesaian yang berseimbang dari segi persekitaran dan kelestarian. Insinerasi 17


4.0 Insinerator 18


Insinerator Insinerator ialah peranti yang diguakan untuk membakar bahan bangan iaitu sisa pepejal secara Terkawal. Proses pembakaran menukarkan bahan buangan kepada abu, gas dan haba. Gas abu dan serombong biasanya dilepaskan ke atmosfera, manakala haba dapat dimanfaatkan untuk menjana elektrik atau untuk menyediakan haba untuk proses perindustrian atau untuk sistem pemanasan daerah. Pembakaran adalah kaedah pelupusan sisa yang kontroversi, kerana ia boleh membebaskan bahan pencemar ke udara jika tidak dikawal dengan betul. 19


Biasanya, relau berputar digunakan untuk pembakaran jenis sisa industri dan berbahaya, tetapi ia juga digunakan dalam beberapa insinerator sisa pepejal perbandaran. Reka bentuk asas terdiri daripada dua ruang rawatan haba: ruang utama yang condong sedikit di mana sisa dimasukkan ke dalam (bersama-sama dengan salur masuk udara ekzos panas dengan oksigen), diputar, dan terurai secara terma oleh sinaran haba dari ruang sekunder: ruang pembakaran semula terletak di bahagian belakang relau di mana udara penguraian dan baki sisa dibakar sepenuhnya dengan bekalan udara sekunder. relau putar menawarkan faedah memancarkan tahap NOx yang rendah dan memusnahkan sebatian berbahaya dengan cara terma. 4.1 Jenis insinerator 4.1.1 Insinerator kiln rotary 20 Rajah 5.0; Insinerator jenis kiln rotary


4.1.2 Insinerator berbilang perapian Dibina dengan lajur perapian bulat. Sampah disalurkan ke dalam insinerator melalui bahagian atas dan ditolak sepanjang laluan lingkaran di sekeliling setiap perapian. Di bahagian bawah, bahan tersebut di sejukkan dan dilepaskan sebagai abu. . 21 Rajah 6.0; insinerator jenis berbilang perapian


4.1.3 Insinerator parut bergerak Reka bentuk pembakaran biasa bagi insinerator sisa pepejal perbandaran ialah jeriji bergerak. Kren memendapkan sisa pada jeriji menurun, yang bergerak ke dalam kebuk pembakaran dan akhirnya turun untuk mendepositkan sisa yang terbakar di dalam lubang abu di hujung bertentangan jeriji. Parut bergerak adalah katil logam berliang yang membolehkan udara pembakaran primer bergerak dari bawah. Dengan adanya pergolakan, udara pembakaran sekunder yang dibekalkan oleh muncung di atas jeriji memudahkan pembakaran penuh. 22 Rajah 7.0 insinerator perut bergerak


4.1.4 Insinerator parut tetap Bahan api dan oksigen mengekalkan nyalaan langsung untuk membolehkan pembakaran sampah. Insinerator parut tetap ialah sejenis insinerator yang menggunakan parut atau katil tetap untuk membakar sisa. Sisa itu diletakkan di atas jeriji, di mana ia dibakar pada suhu tinggi untuk mengurangkannya menjadi abu dan gas.Kelebihan utama insinerator parut tetap ialah ia membolehkan pembakaran sisa pepejal yang cekap dan lengkap. Sisa terus disuap ke jeriji, Di mana ia dibakar dengan cara terkawal, menghasilkan pelepasan yang lebih rendah dan kecekapan keseluruhan yang lebih tinggi. 23


4.1.5 Insinerator suntikan cecair Sisa cecair disuntik terus ke dalam gas panas di dalam insinerator. Ini mengakibatkan pencampuran sisa cecair dengan haba dan gas. Ini membolehkan pengoksidaan serta-merta dan penukaran sisa yang disuntik dan bahan cemar. sisa cecair diatomkan menjadi kabus halus dan kemudian disuntik ke dalam kebuk pembakaran, di mana ia dibakar pada suhu tinggi. 24 Rajah 8.0; Insinerator suntikan cecair


4.1.6 Insinerator katil berbendalir kebanyakannya untuk pembakaran sisa berbahaya. Terdapat pelbagai jenis pembakar katil terbendalir (katil terbendalir menggelegak, berputar dan beredar), tetapi prinsip reka bentuk kekal sama: zarah buangan terampai oleh aliran udara pembakaran ke atas yang disuntik dari bawah supaya kelihatan seperti bendalir; pergolakan yang terhasil meningkatkan pencampuran seragam dan pemindahan haba, menghasilkan kecekapan pembakaran yang lebih tinggi. Kecekapan pembakaran yang dipertingkatkan adalah faedah teknologi katil terbendalir, tetapi prasyaratnya ialah penyeragaman input sisa dalam saiz dan nilai haba, yang memerlukan prarawatan sisa yang banyak, selalunya terdiri daripada pengurangan saiz dan pencampuran. 25 Rajah 9.0; insinerator katil bendalir


4.1.7 Insinerator suar gas buangan Insinerator suar gas buangan ialah sejenis insinerator yang digunakan untuk membakar gas buangan yang dihasilkan oleh proses perindustrian. Gas buangan biasanya terdiri daripada sebatian organik meruap (VOC) dan bahan pencemar lain yang mesti dibakar untuk mengelakkannya daripada dilepaskan ke atmosfera. Biasanya digunakan dalam kemudahan perindustrian, loji penapisan minyak dan gas, loji kimia, dan proses industri lain di mana gas buangan dihasilkan. Insinerator suar gas buangan direka untuk membakar gas buangan dengan cara terkawal dan selamat, menghalang pembebasan bahan pencemar ke atmosfera. 26


4.1.8 Ruang pembakaran bermangkin Digunakan untuk membuang bahan pencemar gas seperti sebatian organik meruap (VOC) (Kompaun Organik Meruap). Ini adalah bahan kimia yang mudah berubah menjadi gas. Insinerator bermangkin meningkatkan kadar pengoksidaan, membolehkan pengurangan bahan pencemar pada suhu yang lebih rendah daripada jenis insinerator lain. Insinerator ini akan membantu dalam pembangunan strategi pengurusan sisa yang kos efektif. 27 Rajah 10.0; ruang pembakaran bermangkin


4.2 Proses yang berlaku di dalam insinerator Insinerator adalah sebuah fasiliti pengurusan sisa pepejal yang menggunakan proses pembakaran untuk mengurangkan jumlah sisa pepejal dan mengubahnya menjadi abu. Berikut adalah beberapa proses yang berlaku di dalam insinerator: Pengumpulan dan Pemuatan Sisa Pepejal. Sisa pepejal dikumpul dan diterima di tapak insinerator. Pada langkah ini, sisa pepejal akan diperiksa untuk memastikan hanya bahan yang sesuai yang dimasukkan ke dalam insinerator. Sisa pepejal kemudiannya akan dimuatkan ke dalam sistem pemakanan untuk diproses. ` Seterusnya, sisa pepejal dimasukkan ke dalam sistem pemakanan yang mengawal aliran dan jumlah pepejal yang masuk ke dalam ruang pembakaran. Pengawalan ini penting untuk memastikan proses pembakaran berlaku dengan lancar,efisien dan stabil. Sebelum sisa pepejal memasuki ruang pembakaran utama, ia akan melalui langkah pemanasan awal. Pemanasan ini dilakukan dengan menggunakan bahan api seperti minyak, gas asli, atau bahan bakar pepejal untuk mencapai suhu optimum untuk pembakaran. 28


Pembakaran Utama: Sisa pepejal dimasukkan ke dalam ruang pembakaran utama yang mempunyai suhu yang tinggi, biasanya antara 800 hingga 1,200 darjah Celsius. Pada suhu ini, sisa pepejal terbakar dengan cekap dan menghasilkan haba. Proses pembakaran melibatkan interaksi antara sisa pepejal, oksigen, dan bahan api tambahan seperti bahan api fosil. Pembakaran ini menghasilkan gas buangan, haba, dan abu. Kemudiannya, sistem kawalan pembebasan digunakan bagi mengurangkan pelepasan pencemar ke udara. Ia melibatkan penggunaan peralatan seperti sistem penjernihan gas buangan, peranti pemantauan, dan sistem penapisan untuk menangkap dan mengurangkan zarah berbahaya, gas, dan bahan kimia beracun yang dihasilkan semasa proses pembakaran. Haba yang dihasilkan semasa pembakaran juga dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan wap atau tenaga elektrik. Insinerator moden selalunya dilengkapi dengan sistem pemulihan haba, di mana haba yang dihasilkan dapat digunakan bagi tujuan memacu turbin dan menghasilkan tenaga elektrik. Akhir sekali, setelah proses pembakaran selesai, abu yang tinggal merupakan sisa pepejal pepejal yang tidak terbakar semasa proses pembakaran. Abu ini boleh dikumpul dan diproses lebih lagi untuk mengurangkan jumlah dan mencapai tahap keselamatan yang diperlukan sebelum dibuang. Proses ini perlu dikawal dengan teliti dengan baik bagi memastikan pengurangan pelepasan pencemar dan memberikan hasil yang optimum terhadap alam sekitar. 29


4.3 Kelebihan Menurut BERNAMA,2013, penggunaan insinerator mampu membantu dalam menyelesaikan isu berkaitan alam sekitar kerana penggunaannya adalah selamat, dan tidak membawa kesan yang negatif kepada kesihatan manusia mahupun kepada persekitarannya. Hal ini demikian kerana kadar penghasilan gas rumah hijau dari insinerator adalah sangat sedikit. Seterusnya perkara ini dapat membantu dalam usaha membendung perubahan iklim dan pemanasan global. Menurutnya lagi, insinerator dapat membekalkan tenaga boleh diperbaharui yang boleh diguna semula seperti tenaga elektrik yang mampu mengurangkan kebergantungan kita terhadap sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti bahan api fosil yang kini kian berkurang. Ianya juga dapat mengurangkan keperluan kepada kawasan tapak pelupusan, buktinya negara negara lain seperti Jepun, Jerman dan Austria kini tiada lagi keperluan zon penampan, malahan insinerator di negara mereka dibina berhampiran hospital, sekolah, dan pusat komuniti. Jelaslah perkara ini dapat memanjangkan tempoh jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal dan menjadi alternatif lain bagi masalah kekurangan tapak pelupusan. Hal ini kerana separuh dari sisa pepejal yang dihasilkan boleh dibakar setiap hari. 30


80-90 peratus kuantiti sisa pepejal dapat dikurangkan dengan teknologi insinerator (BeritaHarian,2013). Menurut BERNAMA,2013, teknologi ini adalah selamat kerana tidak membawa kesan buruk terhadap kesihatan manusia bahkan kepada alam sekitar. Perkara ini sekaligus dapat membantu dalam menangani isu berkaitan alam sekitar. Antaranya kita dapat menangani pembentukan dan pelepasan bahan kimia toksik yang juga mampu mengurangkan pemanasan global (KOSMO,2014). Teknologi ini juga dapat mengelakkan daripada penyebaran penyakit kerana melalui suhu yang tinggi, ianya mampu membakar kuman yang terdapat dalam sisa pepejal. Hasil pembakaran iaitu abu pula adalah 99 peratus selamat untuk ditanam dimana mana tapak pelupusan sedia ada. Teknologi canggih dari negara lain juga dapat diperkenalkan di negara kita seterusnya membuka peluang kepada tenaga kerja tempatan untuk mempelajari teknologi baharu. 31


4.4 Kekurangan Di sebalik kelebihan yang ada pada insinerator, ada juga kelemahannya. Antaranya ialah; Kos yang tinggi. Kos untuk membina insinerator, proses pembakaran, mengendalikan dan menyelenggara memerlukan kos yang banyak. Sebagai contoh, pusat pembakaran mini di Langkawi yang menelan kos sebanyak RM5.7 juta. Di samping kos permulaan yang tinggi,loji pembakaran sampah memerlukan pengambilan pekerja ataupun operator yang mahir dan berdedikasi. 32 Rajah 11.0; Loji Insinerator di Langkawi, Kedah


Seterusnya, kebergantungannya kepada bahan api. Proses pembakaran memerlukan bekalan bahan api yang stabil untuk beroperasi. Sekaligus menjadikan insinerator bukan penyelesaian yang mampan kerana pembakaran bahan api fosil mempunyai kesan alam sekitar dan juga jejak karbon. Disamping itu, walaupun proses pembakaran dapat mengelakkan penyakit berjangkit, tetapi kesihatan pekerja dan penduduk di kawasan setempat mungkin akan terjejas. Risiko untuk mengalami masalah kesihatan seperti masalah pernafasan dan kanser akan meningkat. Selain pencemaran udara yang mungkin disebabkan oleh bahan pencemar yang terbebas ke udara, insinerator juga menyebabkan pencemaran bunyi dan bau. Pencemaran bau di loji insinerator semestinya berasal dari sisa pepejal yang dilonggokkan di kawasan pelupusan. Walaubagaimanapun, alat ini boleh menjadi penyelesaian yang paling efektif apabila direka, dikendalikan, dan dikawal dengan betul. 33


5.0 Kesimpulannya Teknologi insinerator memerlukan sokongan serta kerjasama daripada semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai untuk menjamin pelaksanaan yang sempurna. Masyarakat harus sedar bahawa cara pengurusan sisa pepejal yang dipraktikkan sekarang iaitu menggunakan kaedah tapak pelupusan sampah bukan lagi merupakan cara terbaik untuk Malaysia maju kehadapan. Malahan, kaedah konvensional melalui tapak pelupuan sisa pepejal akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar pada masa hadapan. Sehubungan itu, pihak kerajaan memandang serius perkara ini dengan merangka pelan untuk membina tiga insinerator yang akan menggunakan teknologi Stoker di Taman Beringin, Kuala Lumpur; Bukit Payong, Johor dan Sungai Udang, Melaka. Teknologi yang bakal digunakan di tiga lokasi ini dianggarkan boleh memuatkan 1,000 tan sampah sehari. Perdana Menteri Malaysia turut mengeluarkan arahan agar Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mewujudkan tender antarabangsa bertujuan mendapatkan teknologi terbaik untuk pembinaan insinerator dari luar negara. Adalah menjadi harapan semua agar permasalahan yang berkaitan dengan pelupusan sisa pepejal di Malaysia tidak akan berlarutan lagi dengan penggunaan teknologi yang lebih moden ini dan diharapkan dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada manusia. 34


6.0 Rujukan Berita Harian, 25 Julai 2013. Kementerian rancang bina tiga incinerator: http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Kementerianrancangbinatigainsinerator/Article BERNAMA, 2013, Teknologi Insinerator Selamat. Penuh: 21 Oktober 2013. http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=987200. Bio, S. (2023, January 12). Incinerator - Definition, Principle, Types, Applications. Microbiology Note – Online Biology Notes. https://microbiologynote.com/ms/jenis-prinsip-definisi- insinerator/#what-is-incinerator Kosmo. 29 Ogos, 2014. Penyelesaian Krisis Sisa Pepejal oleh Nadzarul Amir Zainal Azam. Penuh:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011dandt=1026danpub=Kosmoda nsec=Infi nitidanpg=in_01.htm#ixzz3Bk8pzxEj 35


Malik, N. A., & Malik, N. A. (2022). 36,699 TAN SAMPAH DIBUANG SETIAP HARI! Laman Web MKN. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/06/01/36699-tan-sampah-dibuang-setiap-hari/#:~:text=Tahukah%20anda%2C%20rakyat%20Malaysia% 20membuang,tinggal%20lambat%2Dlaun%20akan%20penuh. Sejarah Semenyih 2004 - -� Buat tatapan semua khususnya peminat sejarah. (n.d.). https://smeh.tripod.com/gebroga.htm SUNGAI RAMBAI SUNGAI PALING TERCEMAR DI MALAYSIA. (2022, September 23). Sinar Premium. https://premium.sinarharian.com.my/article/212939/video/laporan-khas/sungai-rambai-sungai- paling-tercemar-dimalaysia#:~:text=Sungai%20Rambai%20di%20Lukut%2C%20Port,pada%20tahun%202019%20d an%202020. 36


Click to View FlipBook Version