The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pusatsumbersrabmersing2014, 2023-06-20 22:05:28

BUKU PROGRAM PIBG 2023

BUKU PROGRAM PIBG 2023

1 PENERANGAN SYARAT CABUTAN BERTUAH 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan penerangan syarat cabutan bertuah oleh Puan Norrul Azwani Yanty. 1.2 Puan Norrul Azwani Yanty menerangkan tentang syarat cabutan bertuah kepada hadirin. Pautan cabutan bertuah diberi dalam ruangan In Call Message di dalam Google Meet. Konsep cabutan bertuah adalah satu keluarga satu undian. Sekiranya ibu bapa mempunyai lebih daripada seorang anak, hanya perlu mendaftar cabutan bertuah untuk satu nama sahaja. Kaedah cabutan bertuah kali ini berbeza dengan cabutan bertuah pada Mesyuarat Agung PIBG tahun lepas. 1.3 Cabutan bertuah kali ini menggunakan Wheel of Name. Nama pemenang cabutan akan dipaparkan pada Google Meet. Sekiranya nama yang bertuah terpilih, nama tersebut diminta memberikan respon untuk mengesahkan kehadiran pada ketika itu. Cabutan bertuah diberi mengikut bilangan hadiah. Terdapat 84 hadiah untuk diberikan jadi sebanyak 84 cabutan nama dilakukan. 1.4 Nama pemenang cabutan diminta untuk hadir ke sekolah pada 11.30 pagi - 12.30 tengah hari , bersambung pada 2.30 – 3.30 petang untuk mencabut satu nombor bagi menentukan hadiah yang diperoleh. Hadirin boleh merujuk pada pautan yang diberi untuk maklumat lanjut. 2 BACAAN DOA 2.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Asrul Anwar Bin Mohd Ali menggantikan Ustaz Mohd Ali Bin Supandi yang tidak dapat hadir ke mesyuarat kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. 3 UCAPAN GURU BESAR 3.1 Guru Besar, En. Mohd Azran Bin Jusoh memberi ucapan alu- aluan bagi memulakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-14. 3.2 Guru Besar menyatakan kesyukuran kerana dapat berkumpul secara maya sekali lagi sempena Mesyuarat Agung PIBG SRAB Kali Ke-14. 3.3 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang dapat turut serta dalam Mesyuarat Agung PIBG SRAB Kali Ke-14.


3 3.4 Guru Besar menyatakan bahawa untuk mesyuarat yang seterusnya akan diadakan secara bersemuka kerana kita telah beralih ke fasa endemik. Beliau sangat teruja untuk berjumpa ibu bapa dalam mesyuarat secara bersemuka. 3.5 Guru Besar mengatakan bahawa bermula 21 Mac 2022, tiada lagi penggiliran untuk murid- murid ke sekolah. Berita ini merupakan berita yang sangat menggembirakan buat guru- guru dan ibu bapa/penjaga kerana pengajaran secara bersemuka adalah sangat dirindui. 3.6 Guru Besar memberitahu bahawa pihak sekolah telah membuat persiapan rapi untuk menerima kemasukan sepenuhnya murid- murid secara bersemuka. Kerja- kerja menambah baik prasarana di sekolah dijalankan untuk memastikan kipas dan lampu berfungsi, pintu dan tingkap sempurna, tandas murid dibaik pulih, bilik guru dinaik taraf untuk keselesaan guru dan persekitaran sekolah diceriakan. 3.7 Guru Besar memberitahu bahawa pihak sekolah telah menerima beberapa peruntukan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah daripada pelbagai pihak. Antara pembangunan yang bakal dibuat adalah pembinaan pagar baru di sekeliling kawasan sekolah, membaik pulih surau dan sebagainya. Jika tiada halangan, perancangan pembangunan sekolah akan dijalankan pada tahun ini. 3.8 Guru Besar memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG sekolah kita ini, perlu diadakan segera kerana terdapat perkara yang perlu disegerakan dan perlu memohon kelulusan segera dalam mesyuarat kali ini. 3.9 Guru Besar mengatakan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar atau pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, tetapi perlu seiring dengan komitmen dan kerjasama daripada pihak ibu bapa. 3.10 Guru Besar memohon agar semua pihak menggunakan pendekatan musyawarah sekiranya timbul sebarang masalah atau salah faham sesama pihak. Pihak sekolah sentiasa terbuka untuk menerima apa jua pandangan untuk kebaikan bersama. 3.11 Guru Besar mengakhiri ucapan dengan merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG dan mengucapkan tahniah atas komitmen yang diberikan kepada pihak sekolah. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini.


4 UCAPAN PENGERUSI 4.1 Yang Dipertua Agung PIBG, Encik A. Kadir Jailani Bin Hanafiah memberi ucapan kata- kata aluan dan menyatakan kesyukurannya kerana dapat berkumpul untuk bermesyuarat walaupun secara maya. 4.2 YDP mengucapkan terima kasih dan syabas kepada barisan ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus untuk mengadakan mesyuarat kali ini dan mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang sedaya upaya berusaha untuk turut serta dalam mesyuarat kali ini. 4.3 YDP mengatakan bahawa sebagai YDP PIBG, beliau dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Ditambah pula dengan pengalaman pertama semua pihak dalam melaksanakan setiap tugas dalam SOP yang begitu ketat kerana kita masih lagi di dalam waktu wabak covid-19, banyak program dan aktiviti yang melibatkan banyak pihak terpaksa ditangguhkan bagi memastikan keselamatan setiap guru dan muridmurid. 4.4 YDP berkata walaupun begitu, beliau berkata bahawa pihak AJK PIBG sentiasa memikirkan yang terbaik untuk anak murid SRAB dan menyokong supaya kebajikan anak murid di sekolah ini sentiasa diberikan keutamaan walaupun kadang kala ada perkara-perkara yang perlu disemak kembali agar tidak melanggar arahan yg telah dikeluarkan oleh pihak KKM dan KPM. 4.5 YDP berkata walaupun sumber kewangan PIBG melalui sumbangan yang telah diberikan oleh setiap keluarga adalah terhad, beliau dan AJK PIBG telah mencuba untuk menggunakan sumbangan tersebut dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah bagi meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak di sekolah ini. Oleh itu beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan PIBG. 4.6 YDP juga berkata bahawa selain daripada sumbangan kewangan, pihak PIBG juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu beliau menyeru agar ibu bapa turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka. Insya Allah, kejayaan yang anak-anak kecapi akan sentiasa menjadi memori indah buat semua. 4.7 Akhir kata, YDP menyeru semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SRAB Mersing terus melakar kejayaan dan beliau juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga.


5 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Setiausaha PIBG, Cik Aliah Atiqah membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 bagi tahun 2021. Dicadang untuk disahkan oleh Puan Khairulbariah Binti Khairuddin. Disokong untuk pengesahan oleh Noriah Binti Abdullah. 6 PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN Bendahari PIBG, Puan Ropiah Binti Jenal membentangkan penyata kewangan PIBG berakhir 30 April 2022. Dicadang untuk disahkan oleh Mohd Hishamudin Bin Taib. Disokong untuk pengesahan oleh Rahimah Binti Ali. 7 PEMBENTANGAN USUL Terdapat 12 usul daripada ibu bapa/penjaga/guru/AJK PIBG/PIBK yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14. Antara usulnya adalah: 7.1 Pusat Sumber Sekolah Diperkasakan 7.1.1 Dr. Aida Qamariah binti Ishak mencadangkan agar Pusat Sumber Sekolah diperkasakan. Beliau memohon untuk pihak PIBG memberi sumbangan kewangan untuk membeli buku rujukan PSS dan berharap agar pihak PIBG mempertimbangkan sumbangan kewangan untuk perbelanjaan PSS diberikan secara berkala. PENCADANG USUL DITERIMA : Pn. Aren Noor Binti Omar PENYOKONG USUL DITERIMA : Pn. Rahimah Binti Ali 7.2 Dewan Terbuka Dinaik Taraf 7.2.1 Dr. Aida Qamariah binti Ishak juga mencadangkan agar dewan terbuka dinaik taraf kerana sejak sesi persekolahan dijalankan seperti waktu persekolahan biasa, murid- murid menggunakan dewan terbuka untuk solat zohor berjemaah oleh sebab surau sekolah tidak dapat menampung murid untuk solat berjemaah. Beliau berharap agar dewan terbuka dapat disempurnakan supaya murid- murid dapat solat dengan lebih selesa. PENYOKONG USUL DITERIMA : Pn. Nurhashimah Binti A Wahab


7 7.3 Yuran Makan Diberikan Satu Harga Yang Baru 7.3.1 Puan Lizawati binti Khamis, Encik Esbolah bin Sahadon dan Puan Rafiza Binti Seth mencadangkan agar yuran makan diberikan satu harga yang baru berikutan dengan kenaikan harga pasaran sekarang. Ibu bapa diminta untuk akur dengan realiti ekonomi sekarang. PENYOKONG USUL DITERIMA : Pn. Nur Salwa Binti Abdul Halim 7.4 Mengunakan Ruang Parkir Yang Disediakan Untuk Menunggu Anak-Anak 7.4.1 Puan Norshadila binti Ahmad Badela & Puan Puziahhaiza binti Pazui mencadangkan agar ibu bapa/ penjaga murid perlu mengunakan ruang parkir yang disediakan untuk menunggu anak-anak bagi mengelakkan kesesakan dan menghalang lalu lintas serta mencadangkan agar pengawal keselamatan perlu memantau ibu bapa yang memarkir pada tempat yang tidak sesuai. GPK 1, Ustaz Ros Bin Hashim memberi respon bahawa tindakan seterusnya akan diambil. 7.5 Guru Matapelajaran Berkongsi Gambar Tugasan Murid 7.5.1 Puan Noriah binti Abdullah mencadangkan agar guru matapelajaran berkongsi gambar tugasan murid untuk mmemudahkan ibu bapa memantau kerja rumah murid. GPK 1, Ustaz Ros Bin Hashim memberi respon bahawa guru- guru yang berkenaan akan berbuat demikian. 7.6 Penyediaan Rak Buku/ Locker Berkunci/ Kotak Di Dalam Kelas 7.6.1 Puan Nur Hidayah binti Hilmi, Puan Norezan binti Bakar, Puan Siti Suraya binti Kamis & Puan Siti Norzaleha binti A.Aziz, mencadangkan penyediaan rak buku/ locker berkunci/ kotak di dalam kelas untuk mengurangkan beban buku teks anakanak yang semakin berat. GPK 1, Ustaz Ros Bin Hashim memberi respon bahawa perkara ini akan dibincangkan semula Bersama guru kelas.


7 7.7 Guru-Guru Memberi Makluman Awal Tentang Aktiviti Pembelajaran 7.7.1 Puan Noorshafella binti Md Lazim mencadangkan agar guru-guru memberi makluman awal tentang aktiviti pembelajaran untuk ibu bapa membuat persediaan awal. GPK 1, Ustaz Ros Bin Hashim memberi respon bahawa guru- guru selalunya akan memberikan makluman awal, sekiranya ada maklumat yang lambat diberi, terdapat sebab munasabah. 7.8 Tindakan Tegas Guru Kepada Murid 7.8.1 Puan Noorshafella juga memohon tindakan tegas guru kepada murid yang melakukan kekerasan kepada murid lain dan memaklumkan kepada ibu bapa murid yang melakukan kekerasan. GPK 1, Ustaz Ros Bin Hashim memberi respon bahawa guru- guru akan melakukan tindakan yang sewajarnya berkenaan kes ini. 7.9 Laluan Berbumbung Ke Tempat Menunggu Wakaf 7.9.1 Puan Aishah mencadangkan agar laluan berbumbung ke tempat menunggu wakaf,bagi memudahkan pelajar bergerak bila hujan atau berbumbung di tempat menunggu depan sekolah, bagi memudahkan ibu bapa berhentikan anak bila hujan. Dana melalui kutipan ibu bapa. GPK 1, Ustaz Ros Bin Hashim memberi respon bahawa cadangan ini akan dibincangkan semula dengan persetujuan pelbagai pihak. 7.10 Guru-Guru Memberikan Yang Terbaik 7.10.1 Puan Nur Shahira Riza Bt. Reynaldo menyeru agar guru-guru memberikan yang terbaik kepada murid-murid SRAB Mersing. GPK 1, Ustaz Ros Bin Hashim memberi respon bahawa semua guru di SRAB Mersing sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk anak murid di sekolah ini. 7.11 Cikgu Darjah 1 Tidak Terlalu Garang 7.11.1 Puan Suhaila binti Husin berharap cikgu darjah 1 tidak terlalu garang sehingga anak takut ke sekolah GPK 1, Ustaz Ros Bin Hashim memberi respon bahawa sebenarnya guru- guru di SRAB Mersing tidak garang, tetapi tegas.


7 7.12 Kelas Mengaji Di Sekolah Diadakan Semula 7.12.1 Puan Naterah binti Isa & Puan Suhaila binti Husin mencadangkan agar kelas mengaji di sekolah diadakan semula seperti tahun sebelum wabak Covid melanda. GPK 1, Ustaz Ros Bin Hashim memberi respon bahawa cadangan ini akan dibincangkan semula. 8 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG BARU Majoriti hadirin mecadangkan dan bersetuju agar Ahli Jawatankuasa PIBG 2021/2022 dikekalkan untuk sesi 2022/2023. AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023: YDP : EN. A. KADIR JAILANI BIN HANAFIAH NAIB YDP : EN. MOHD HISHAMUDIN BIN TAIB SETIAUSAHA : CIK ALIAH ATIQAH BINTI MOHD ROSMAN BENDAHARI : PN. ROPIAH BT JENAL JURUAUDIT DALAMAN : AHMAD YUSOF BIN HARUN PEMEGANG AMANAH : EN. MUHD RIFANA BIN BAHARI AJK 1 : EN. ESBOLAH BIN SAHADON AJK 2 : EN. NORAMALI BIN SETH AJK 3 : PN. NORFUZIDAH BINTI JENAL AJK 4 : PN. FAZILAH BINTI BUANG AJK 5 : EN. BADLISHAH BIN A. RAHMAN AJK 6 : EN. ASRUL ANWAR BIN MOHD ALI AJK 7 : EN. NORHEEDA BINTI MOHD ZAKARIA AJK 8 : PN. ROS LINDA BINTI BAHAROM AJK 9 : PN. NORRUL AZWANI YANTY BINTI IBRAHIM AJK 10 : PN. HAMIDAH BINTI JONID 9 HAL - HAL LAIN 9.1 Penyediaan Kotak Penyimpanan Individu (Storage Box) 9.1.1 Pn. Normaizatul Akma menyuarakan pandangan untuk ibu bapa mempunyai inisiatif awal menyediakan storage box untuk anak masing- masing mengikut saiz yang bersesuaian untuk diletakkan di bawah meja anak- anak. 9.1.2 Hasil keputusan perbincangan mengatakan bahawa guru kelas perlu menetapkan satu saiz kotak penyimpanan standard yang sesuai untuk diletakkan di dalam kelas kerana mengambil kira saiz kelas.


9 9.2 Naik Taraf Keseluruhan Ruang Menunggu Untuk Anak-Anak Di Wakaf Belakang Sekolah 9.2.1 En. Zulkefli Jamil meminta pihak PIBG agar mengusahakan untuk menaik taraf keseluruhan ruang menunggu untuk anak- anak di wakaf belakang sekolah serta menaik taraf susur gajah dan tempat duduk boleh dibina di antara ruang menunggu pertama dan ruang menunggu kedua. Naik taraf perlu disesuaikan dengan aliran trafik ibu bapa menurunkan anak- anak. 9.2.2 Hasil perbincangan mengatakan bahawa peruntukan akan diminta daripada Majlis Daerah dan perlu meminta kebenaran YB untuk menaik taraf ruang menunggu. 9.3 Mesyuarat PIBG Secara Bersemuka 9.3.1 En. Badlishah menyuarakan agar Mesyuarat AJK PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang diadakan secara bersemuka. 9.3.2 Respon yang diberikan adalah mesyuarat seterusnya yang akan diadakan bakal diadakan secara bersemuka kerana negara sudah tidak berada dalam keadaan pandemik lagi. 9.4 Sumbangan PIBG 2022 dan 2023. 9.4.1 En. A. Kadir Jailani mencadangkan bahawa nilai sumbangan PIBG bagi keluarga yang mempunyai seorang anak di SRAB Mersing adalah sebanyak RM30 , manakala bagi keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak nilainya adalah sebanyak RM50. 9.4.2 Hasil perbincangan menetapkan bahawa sumbangan PIBG adalah sebanyak RM30 untuk setiap keluarga tetapi sekiranya ibu bapa/ penjaga ingin memberikan sumbangan lebih amatlah dialu- alukan. Cadangan : En. A Kadir Jailani bin Hanafiah Sokongan : En. Nor Amali bin Seth 10 PENUTUP Ucapan penangguhan oleh juruacara majlis, Dr. Aida Qamariah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari dan sesi cabutan bertuah diteruskan. Disediakan oleh, Disemak Oleh, ..........................................……… ……...............................………. (CIK ALIAH ATIQAH BT MOHD ROSMAN) (EN. A. KADIR JAILANI B HANAFIAH) Setiausaha PIBG 2021/2022 Yang Dipertua PIBG 2021/2022 Tarikh : 22 Mei 2022 Tarikh : 22 Mei 2022


BIL NAMA PERTANDINGAN PERINGKAT TEMPAT/ KEDUDUKAN 1 KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH KETIGA RAYYAN ZAHIN 2 KEJOHANAN SEPAK TAKRAW DAERAH SUKU AKHIR 3 KEJOHANAN BOLA JARING DAERAH KEEMPAT 4 KEJOHANAN CATUR DAERAH 5 KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAERAH KEEMPAT 6 KEJOHANAN OLAHRAGA DAERAH KE 11 Lontar Peluru JOHAN DINAIRA AZ-ZAHRA Lompat Tinggi ( Perempuan ) NAIB JOHAN Batrisya Lompat Tinggi ( Lelaki ) KETIGA DANISH HELMI 7 KEJOHANAN MEMANAH DAERAH JOHAN AMNAH NAFISAH KETIGA TANIA 8 PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN 9 TILAWAH AL-QURAN ( PPID) DAERAH Al-Quran Tahap 1 ( Putera) JOHAN ASHROF Bercerita Kisah Al-Quran Tahap 2 JOHAN MUHD ADAM Seni Khat ( Puteri) JOHAN DINAIRA AZ- ZAHRA Mentafsir Ayat JOHAN ZARFINA IFFAH Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 JOHAN NUR HANA SOFEA Berzanji Putera JOHAN AMEER SAIFULLAH Tilawah Al-Quran ( Puteri ) NAIB JOHAN ANEESA Bercerita Kisah Al-Quran Tahap 2 NAIB JOHAN AINA DARWISYAH Berzanji Puteri NAIB JOHAN NURIN AISYNADINE Syarahan Bahasa Arab Puteri NAIB JOHAN NUR ASMA Seni Khat ( Putera) KETIGA AMIR MUJIB 10 MAHRAJAN KESENIAN ADAB DAN NILAI DAERAH *Daie Cilik ( Lelaki ) KETIGA ZAHIN IKRAM *Daie Cilik ( Perempuan) NAIB JOHAN DAYANG ZARAA ZAINURVIA *E-Kalam Arabiy PENYERTAAN ZARFINA IFFAH *e-Hafazan ( Lelaki ) PENYERTAAN AHMAD MUIZUDDIN *e-Hafazan ( Perempuan ) NAIB JOHAN PUTERI AUNI HANANI *e-Pertandingan Nyanyian solo Kerohanian (Perempuan) PENYERTAAN PUTERI AUNI HANANI *Seni Khat Siber ( Lelaki ) KETIGA AMIR MUJIB *Seni Khat Siber (Perempuan ) JOHAN DINAIRA AZ-ZAHRA *e-Pertandingan Deklamasi Sajak ( Lelaki) PENYERTAAN AHMAD NU'MAN *e-Pertandingan Deklamasi Sajak ( Perempuan) PENYERTAAN NUR NISA TANIA *e-Pertandingan Dendangan Syair ( Lelaki) NAIB JOHAN NIK MUHD FATHI *e-Pertandingan Dendangan Syair ( Perempuan) PENYERTAAN NUR AINA DARWISYAH *e-Pertandingan Video Animasi JOHAN IMAN MAWADDAH HARRAZ ZAFRAN WAN QISYA 11 KARNIVAL BAHASA MELAYU DAERAH *Mendeklamasikan sajak JOHAN ZARFINA IFFAH *Dendangan syair JOHAN PUTERI AUNI HANANI *Pidato JOHAN MUHD ADAM *Bercerita Tahap 1 KETIGA NUR HANA SOFIAH *Mengarang sajak KETIGA & KEEMPAT MUHD ADAM & HADIRAH * Menulis Esei KELIMA NUR ALIYA AMANI 12 MAHRAJAN KESENIAN ADAB DAN NILAI NEGERI *Seni Khat Siber (Perempuan ) PENYERTAAN DINAIRA AZ-ZAHRA *e-Pertandingan Video Animasi PENYERTAAN IMAN MAWADDAH HARRAZ ZAFRAN WAN QISYA


13 PERTANDINGAN MEWARNA MINGGU SAINS KEBANGSAAN PENYERTAAN NEGARA 14 TILAWAH AL-QURAN (PPID) NEGERI *Bercerita Kisah Al-Quran Tahap 2 PENYERTAAN MUHD ADAM *Seni Khat Puteri PENYERTAAN DINAIRA AZ-ZAHRA 15 NOSTALGIA KAD UCAPAN HARI GURU NEGERI KEEMPAT ZARFINA IFFAH 16 KEJOHANAN MERENTAS DESA NEGERI PENYERTAAN RAYYAN ZAHIN 17 KEJOHANAN SEPAK TAKRAW NEGERI PENYERTAAN RAYYAN ZAHIN 18 KEJOHANAN BOLA JARING NEGERI PENYERTAAN NUR AISYAH HUMAIRAH ZARRA ADDIANA DINAIRA AZ-ZAHRA 19 KEJOHANAN MEMANAH NEGERI PENYERTAAN AMNAH NAFISAH NUR NISA TANIA 20 KEJOHANAN BOLA SEPAK ANTARABANGSA PEYERTAAN RAYYAN ZAHIN 21 KARNIVAL BAHASA MELAYU NEGERI *Pidato PENYERTAAN MUHD ADAM *Dendangan Syair PENYERTAAN PUTERI AUNI HANANI *Deklamasi Sajak PENYERTAAN ZARFINA IFFAH 22 TILAWAH AL-QURAN NEGERI *Tilawah Al-Quran L Tahap 1 PENYERTAAN MUHD ASYROF *Bercerita Tahap 1 PENYERTAAN NUR HANA SOFIAH *Berzanji L PENYERTAAN AMEER SAIFULLAH *Mentafsir Ayat PENYERTAAN ZARFINA IFFAH 23 KEJOHANAN MEMANAH SEMPENA HSN DAERAH JOHAN AMNAH NAFISAH KEEMPAT AHMAD MUIZUDDIN 24 PERTANDINGAN SUKAN RAKYAT PPIM DAERAH *Galah Panjang JOHAN * Kaki Tiga JOHAN *Tating Lawi KETIGA *Ceper KETIGA NUR EFFAH AMNAH *Dam Haji KELIMA DINAIRA AZ ZAHRA *Batu Seremban KELIMA KEYSHA AFEEFAH *Boling Kelapa KELIMA AUNI QISTINA RIF'AH WARDAH 25 KEJOHANAN U9 4 A-SIDE WHITE EAGLES DAERAH JOHAN PEMAIN TERBAIK ARYAN DANI KHAIRI AMRI WAN FAKRULLAH NASRI MAHADI 26 PERTANDINGAN SUKAN RAKYAT PPIM NEGERI *Lerek Gelung JOHAN AINA DARWISYAH AUNI FATHIAH AMNI FARHAH KEDUA NUR AISYAH ZARFINA IFFAH KETIGA AMNI IRDINA NUR HADIRAH *Baling Getah JOHAN QALIESYA KE 3 UMMU HABIBAH 27 KOKURIA ARAB KEBANGSAAN *Tasrif ( Lelaki ) GANGSA MUHD ADAM *Tasrif ( Perempuan ) PERAK ZARFINA IFFAH *Imlak ( Lelaki ) GANGSA MUHD AIDIL *Tasrif ( Perempuan ) PERAK DINAIRA AZ ZAHRA *Syair GANGSA PUTERI AUNI HANANI


1.Puan Norhani binti Abd Wahab, Puan Nur Shahira Riza, Puan Nurazura Binti Ayob, Puan Nur Shahira Riza, Puan Nurul Ain binti Affindi dan Encik Aswadi bin Sagiran mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan kelas tambahan mengaji sehingga pukul 5.00 petang. 2. Puan Nurzeyana Binti Tompang, Puan Nur Farhanah binti Abdul Shukor, Puan Amelia Binti Mohd Zakaria, Puan Norazura Binti Mat Daud dan Puan Zamzainah mencadangkan agar makanan yang disediakan berkualiti,berkhasiat,ada rasa, bersih dan pelbagaikan menu bagi menarik minat pelajar Makan dengan berselera serta elak pembaziran. 3. Encik Bukhari Bin Sulaiman memohon dengan agar pihak berwajib dapat memastikan makanan yang dijual di sini seperti roti dan ayam datangnya daripada pengusaha Muslim. 4. Puan Amelia Binti Mohd Zakaria, dan Puan Norazura Binti Mat Daud mencadangkan agar pihak sekolah dapat mewujudkan akaun bank bagi pembayaran yuran makan atas talian dan menyediakan jadual bayaran Makanan yang sudah ditetapkan bagi elak kecelaruan. 5. Puan Fuzidah mencadangkan supaya yuran makan dimansuhkan. 6. Puan Nurulazlin binti Saheran, Encik Ismail bin Basaran, Encik Farid bin Maarof dan Encik Mohamad Zarqani bin Yeop mencadangkan cara untuk mengatasi masalah beg berat iaitu dengan membenarkan buku ditinggal/disimpan di dalam kelas sama ada di dalam meja/bahagian belakang kelas, menyediakan bekas/almari/rak untuk tinggalkan buku di sekolah, 7. Encik Farid bin Maarof juga mencadangkan agar ibu bapa boleh memberi sumbangan untuk pembelian bekas/almari/rak sekiranya diperlukan dan sekiranya tidak boleh panjangkan masa untuk satu subjek. 8. Encik Shahrim bin Ahmad mencadangkan agar membina laluan berbumbung dari pintu pagar belakang hingga ke pondok menunggu mengelak dari terkena hujan dan cuaca panas, membetulkan saliran/longkang di sepanjang jalan menuju ke pagar belakang kerana air selalu bertakung ketika hujan lebat dan menulis surat kepada pihak berkaitan supaya membuat lubang air keluar di antara pintu belakang dan Zebra Crossing kerana air bertakung semasa hujan di tempat laluan melintas jalan. 9. Encik Mohamad Hazwan bin Hamzah mencadangkan agar mengadakan sumbangan daripada ibu bapa untuk mengganti dan menaik taraf fasiliti kelas seperti kipas, lampu dan lain-lain.


10. Encik Suhaimi Mohamed mencadangkan agar mengambil tindakan susulan berkenaan aduan pokok condong yang boleh membahayakan semua di seberang jalan parkir/tempat menunggu anak-anak pulang di laluan belakang (telah diadukan ke unit aduan MDM). 11. Puan Amelia Binti Mohd Zakaria dan Puan Norazura Binti Mat Daud mencadangkan agar pihak sekolah menetapkan bayaran tahunan bagi pembelian alatan tulis/kelengkapan bagi penyediaan untuk segala aktiviti yang akan dilaksanakan di kelas. 12. Encik Farid bin Maarof meminta pihak sekolah mengambil tindakan segera bagi anak murid yang mengganggu murid-murid lain lebih-lebih lagi jika melibatkan tekanan emosi murid. 13. Encik Suhaimi Mohamed mencadangkan agar semua pihak mematuhi cara pemanduan yang sopan dan betul ketika menghantar dan mengambil anak masingmasing contohnya masuk laluan parkir sedara menyongsang dan parkir ikut tempat. 14. Encik Azrul Hafiz bin Mat Ali meminta ibu bapa tidak membuat u-turn ketika anakanak pulang dari sekolah bagi melancarkan perjalanan. 15. Puan Nor Hayate binti A.Rahim mencadangkan agar penyelenggaraan tandas secara berkala agar memberi keselesaan kepada murid-murid. 16. Puan Norhafidzah binti Abd Halim mencadangkan agar memasang Rubber Speed Hump di laluan kereta berhampiran Crossing Lane kerana laluan kereta hampir dengan kawasan pelajar melintas. 17. Puan Ilah binti Md Taslim mencadangkan agar mengadakan mesyuarat Agung secara atas talian. 18. Puan Noorshafella binti Md Lazim mencadangkan agar pihak sekolah meneruskan apa yang dirancang kepada murid-murid. 19. Encik Muhamad bin Ismail mencadangkan agar pihak sekolah mempercepatkan proses pemberian baju sukan dan baju KRMJ.


AKTIVITI SUMBANGAN 1. Sumbangan Pusat Sumber 2. Sumbangan Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2022 3. Sumbangan Tilawah Al-Quran 4. Sumbangan Sukan MSSD Mersing 5. Sumbangan Hari Anugerah Apresiasi 6. Sumbangan Hari Kanak-kanak BIL PERKARA TARIKH 1. Pemasangan TV Android di kelaskelas. 14 Mac 2023 2. Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah – Aktiviti Sukaneka bersama Ibu Bapa 19 Mac 2023 3. Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah – Aktiviti Gotong-royong bersama Ibu Bapa 22 Mac 2023


Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Mersing merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : YDP & NYDP AJK, Ibu bapa/ penjaga dan kakitangan SRAB Mersing serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.


Click to View FlipBook Version