The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROHANA BT TUKIMUN Moe, 2022-07-09 03:21:01

Info Aidiladha

AIDILADHA 2022

SELAMAT HARI
RAYA AIDILADHA

DARIPADA:
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SAM TANJONG KARANG



Pada 10 Zulhijah, seluruh umat Islam di
dunia akan menyambut Hari Raya
Aidiladha. Pada setiap tahun kita
menyambutnya tetapi adakah kita tahu
intisari di sebalik sambutan ini? Adakah
kita mengetahui mengapakah umat Islam
menyambutnya pada setiap tahun?

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji
merupakan perayaan yang dirayakan di
seluruh dunia bagi menandakan
berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat
haji di Mekah iaitu rukun Islam kelima bagi
mereka yang mampu dan menandakan
bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-
bahagikan kepada fakir miskin.

Tarikh penting dalam sejarah
Islam kerana Nabi Adam dan
isterinya Hawa dikeluarkan
dari syurga dan diturunkan ke
bumi sebelum berjumpa di
padang Arafah, di luar bandar
Mekah

Ibadah ini merupakan
penyembelihan binatang ternakan

untuk mendekatkan diri kepada
Allah Taala pada hari Raya Haji

dan 3 hari Tasyrik.

AIDILADHA : MENGINGATI PERISTIWA
PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S

Aidiladha merupakan perayaan yang
istimewa kerana umat Islam memperingati
kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam
menunaikan perintah Allah dan kesabaran
anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi
perintah Allah s.w.t.

AIDILADHA : MENGINGATI PERISTIWA
PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S

Nabi Ibrahim telah bermimpi berturut-turut selama
tiga hari bahawa Allah telah memerintahkannya
untuk menyembelih Nabi Ismail. Nabi Ibrahim pun
memaklumkan mimpinya itu kepada Nabi Ismail
dan bertanya apakah pendapat anaknya itu, lalu
Nabi Ismail pun menjawab pada ayahnya
agar melaksanakan segala yang diperintahkan
oleh Allah S.W.T.

AIDILADHA : MENGINGATI PERISTIWA
PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail berserah dan taat
melakukan perintah Allah S.W.T. Apabila mereka
tiba di destinasi, Nabi Ibrahim membaringkan dan
menutup mata Nabi Ismail seperti yang dirancang
anaknya.Tanpa melengahkan masa, Nabi Ibrahim
pun mengangkat pedang dan memancung leher
anaknya.

AIDILADHA : MENGINGATI PERISTIWA
PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S

Darah memercik pada badan Nabi
Ibrahim tetapi yang disembelihnya itu
ialah seekor kibas dan bukan anaknya.
Nabi Ibrahim berasa bersyukur akan
kebesaran Allah S.W.T. Bapa dan anak
pun berpelukan sambil memuji
kebesaran Allah s.w.t.

AIDILADHA : MENGINGATI PERISTIWA
PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S

Daripada peristiwa inilah, umat Islam
sedunia menyembelih binatang-
binatang korban dan
mengagihkannya kepada golongan
yang kurang bernasib baik.

KEISTIMEWAAN HARI RAYA AIDILADHA

1) Salah satu keistimewaan Aidiladha
dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban.
Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan
dalam empat hari iaitu bermula waktu
selepas khatib menyampaikan khutbah
Aidiladha sehingga sebelum tenggelam
matahari pada hari ke-13 Zulhijah

KEISTIMEWAAN HARI RAYA AIDILADHA

2) Hari Aidiladha jatuh pada hari kesepuluh
pada bulan Zulhijah, bulan terakhir pada
kalender Hijrah Islam iaitu merupakan tarikh
penting dalam sejarah Islam kerana Nabi
Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari
syurga dan diturunkan ke bumi sebelum
berjumpa di padang Arafah, di luar bandar
Mekah.

KEISTIMEWAAN HARI RAYA AIDILADHA

3) Orang Islam disunatkan mengenakan
pakaian yang paling cantik, paling bersih,
dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada
pagi hari raya korban, umat Islam akan
mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya
sebanyak 2 rakaat yang akan diadakan pada
sebelah pagi. Biasanya agak awal sedikit
berbanding Hari Raya Aidilfitri.

KEISTIMEWAAN HARI RAYA AIDILADHA

4) Keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik
ialah ibadat korban. Selepas
bersembahyang, upacara korban akan
dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri
yang dikorbankan akan disembelih secara
beramai-ramai di kawasan masjid sebelum
dibahagi-bahagikan kepada orang ramai
terutamanya kepada golongan fakir miskin.

AMALAN SUNAT BERPUASA

1 ZULHIJAH = 1 JULAI 2022 (JUMAAT)
2 ZULHIJAH = 2 JULAI 2022 (SABTU)
3 ZULHIJAH = 3 JULAI 2022 (AHAD)
4 ZULHIJAH = 4 JULAI 2022 (ISNIN)
5 ZULHIJAH = 5 JULAI 2022 (SELASA)
6 ZULHIJAH = 6 JULAI 2022 (RABU)
7 ZULHIJAH = 7 JULAI 2022 (KHAMIS)
8 ZULHIJAH = 8 JULAI 2022 (JUMAAT)
9 ZULHIJAH = 9 JULAI 2022 (SABTU)

PUASA TARWIYAH

8 ZULHIJAH
8 JULAI 2022

PUASA ARAFAH

9 ZULHIJAH
9 JULAI 2022

AMALAN ORANG YANG BERKORBAN

BERMULA 1 ZULHIJAH
DISUNATKAN UNTUK TIDAK

MENGGUNTING RAMBUT,
MEMOTONG KUKU SEHINGGALAH

BINATANG KORBAN TELAH
DISEMBELIH.

Fadilat Ibadah Korban

• Menebus dosa kecil
• Mendapat kebajikan (hasanah) bagi

setiap bulu binatang korban
• Kedudukan mulia di sisi Allah Taala
• Membentuk peribadi ikhlas, bersyukur,

belas kasihan dan tolong menolong
• Menyembuh penyakit rohani dan sosial

Syarat Umur Binatang Untuk Dijadikan
Korban Secara Sah
1. Unta – berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun
2. Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk
ke 3 tahun
3. Biri-biri/kibas – setahun masuk 2 tahun
atau gigi hadapan sudah bersalin walaupun
belum cukup umur TETAPI melebihi 6 bulan

Binatang yang mempunyai kecacatan
seperti:
Tidak bertelinga atau terpotong
telinga walau sedikit
Ekor dan lidahnya terpotong
Binatang yang kurus dan kurang
dagingnya
Buta
Tempang
Bunting

APAKAH PEMBAHAGIAN DAGING
KORBAN YANG AFDAL?

Ini bagi mereka yang melakukan korban sunat:

• 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan
ahli keluarganya

• 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin

• 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai
termasuk orang kaya atau jiran-jiran

PENUKARAN KELAMBU KAABAH

• Kelambu Kaabah (Kiswah) ditukar pada 9
Zulhijah iaitu hari wukuf bagi mereka yang
mengerjakan haji dan sehari sebelum
Aidiladha.

PENUKARAN KELAMBU KAABAH

• Kain Kiswah berukuran 14 meter tinggi
dan 47 meter panjang. Terdiri daripada
lima lapisan kain, termasuk tirai yang
menutup pintu Kaabah, yang dijahit serta
disulam kainnya, yang mengambil masa
lapan hingga sembilan bulan untuk
disiapkan.

PENUKARAN KELAMBU KAABAH

• Antara kalimah atau ayat yang tertera pada
kiswah itu ialah kalimah syahadah, surah Ali
Imran ayat 96, al-Baqarah ayat 144, surah al-
Fatihah dan surah al-Ikhlas.

Sumber rujukan:

Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
https://www.mysumber.com
Buku Soal jawab Fiqh Ibadah (Bab Puasa, Haji, Korban
dan Akikah), Ustaz Abu Usamah.
Blog : Cara Pelaksanaan Ibadah Korban
Blog : Apakah Pembahagian Daging Korban Yang Afdal?

TERIMA KASIH

PUSAT SUMBER SEKOLAH
SAM TANJONG KARANG
45500 TANJONG KARANG
SELANGOR

SAMTK TEKAD KE HADAPAN
ILMU ITU CAHAYA


Click to View FlipBook Version