PERJUMPAAN AKTIVITI KOKURIKULUM
KALI KEEMPAT TAHUN 2021
SAM TANJONG KARANG
TARIKH : 22 SEPTEMBER 2021 (RABU)
MASA : 2:00 – 3:00 PETANG
AKTIVITI :
PAMERAN BERTEMA KESIHATAN
(KHASIAT ULAM-ULAMAN) DAN
KUIZ LITERASI MAKLUMAT
PAMERAN BERTEMA MAYA
TEMA : KESIHATAN
(KHASIAT ULAM – ULAMAN)
Anjuran :
Unit Pusat Sumber
Persatuan Pusat Sumber
APA ITU ULAM ?
Ulam boleh ditakrifkan sebagai bahagian
tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari pucuk, daun,
batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang
dimakan mentah, dicelur, dikukus atau direbus sebelum
makan.
Selalunya bagi menambah rasa kepada ulaman
yang dimakan,perlu dicecah dengan sambal belacan,
budu, cencaluk, mayonis, atau cecahan-cecahan lain.
Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk
yang lain.
Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama
dalam kalangan masyarakat Melayu di kampung-
kampung dan kini mulai terdapat di kawasan bandar-
bandar juga.
ULAM RAJA
Ulam Raja/ Kenikir
Asal : Kawasan tropika dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar
dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di
Malaysia dan negara-negara ASEAN.
Ciri-ciri:
- Daun herba mengeluarkan bau apabila diramas.
- Pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya
sebagai ulam, yang berwarna unggu dimakan mentah
bersama nasi.
- Mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak
dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan
vitamin A.
Dalam perubatan
Ulam raja telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki
peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan
tulang dalam kalangan orang Melayu dan Jawa.
PETAI
Famili : Fabaceae
Nama Botani :Parkia speciosa
Asal :
- kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap.
- Tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei dan
Thailand.
Ciri –ciri :
- Isi kacangnya yang berwarna hijau terang
- Bau busuk yang agak kuat ialah bau gas metana semulajadi yang
tersimpan dalam isi kekacangnya
Khasiat :
Mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi iaitu sebanyak 8
peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium,
fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C
ULAM SELOM
Nama Botani : Oenanthe Javanica
Asal :
- Oenanthe (perkataan Greek yang bermaksud jambak
bunga). Javanica (merujuk kepada Pulau Jawa yang
merupakan tempat tumbuhan selom mula-mula dikutip
untuk dibuat kajian).
Ciri-ciri :
- Tidak berbulu, licin, dan biasanya tumbuh secara akuatik.
- Berwarna hijau tetapi kadang-kadang kemerahan
- Bunganya tumbuh berjambak pada bahagian pucuk
batang dan berwarna putih serta bersaiz kecil.
Khasiat:
- Masyarakat terdahulu menggunakan daun selom untuk
merawat pelbagai penyakit seperti penyakit kuning,
hepatitis, demam, tekanan darah tinggi, sakit perut,
keradangan dan jangkitan salur kencing.
PEGAGA
Pegaga/pennywort / gotu kola
Nama Saintifik : Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica
Asal : Malaysia, India, utara Australia, Indonesia, Iran,
Melanesia, New Guinea dan beberapa bahagian Asia lagi.
Ciri-ciri :
- Tumbuhan herba yang hidup melata di atas tanah.
- Sedikit beraroma dan rasa sedikit pahit.
- Matang dalam tiga bulan dan seluruh pokok termasuk
akar dituai secara manual.
Khasiat:
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein,
gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C.
Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh
mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah
kegemukan
JERING
Asal :Malaysia, Indonesia dan kawasan ASEAN.
Ciri-ciri :
- Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau.
- Enak dimakan bersama sos ataupun kelapa parut
bergula.
- Buah dan pucuknya berasa lemak-lemak pahit dan
pedar. Sesiapa yang memakan buah jering akan
mengeluarkan air kencing yang berbau hancing kuat.
Dari segi perubatan : biji jering mengandungi sejenis
bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk
membuang air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing
manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan
sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit
kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering
mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.
BUAH KERDAS
Kerdas / genuak
Nama saintifik : archidendron bubalinum
Ciri-ciri :
- Mengeluarkan bau yang agak kuat
- Pokok Kerdas merupakan sejenis pokok berkayu, dan
malar hijau.
- Kulit kerdas agak keras dan liat
- Warna isinya bergantung kepada ketuaan buah ini
jika sudah tua atau disimpan lama warnanya akan
menjadi kehitaman dan jika isinya masih muda atau
baru dipetik bewarna kuning pucat (keputih-putihan).
Khasiat :
Dapat membersihkan buah pinggang, melawaskan
kencing, mengelakkan penyakit kencing manis serta
awet muda.
BUNGA KUNYIT
Bunga kunyit akan tumbuh majmuk seperti bersisik di
sekeliling dalam satu induk.
Bunga kunyit sangat enak dijadikan ulam yang dimakan
mentah yang dicicah dengan sambal, budu dan bahan
pencicah yang lain. Sesuai juga dibuat kerabu.
Bunga kunyit dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi
terutama bagi ibu-ibu yang berpantang (selepas bersalin)
untuk mempercepat penyembuhan luka dalaman dan
juga untuk kesihatan rahim serta mengembalikan bentuk
tubuh yang asal.
Bunga kunyit juga sesuai diamalkan sebagai bahan
untuk awet muda serta kecantikan semulajadi luar dan
dalam.
JANTUNG PISANG
Jantung pisang adalah bunga pisang yang akan bertukar
menjadi buah pisang apabila matang.
Jantung pisang ada dijual dipasar-pasar untuk dijadikan
ulam oleh masyarakat Melayu.
Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan untuk
dimakan bersama sambal belacan.
Jantung pisang dikenali sebagai ‘banana blossom’ atau
‘banana flower’ dalam bahasa Inggeris.
Khasiat :
Membantu mengelakkan jangkitan, awet muda,
mencegah anemia, melancarkan pencernaan,
menurunkan berat badan, membantu tidur yang lena dan
pelbagai khasiat yang tersembunyi yang lain.
KACANG BOTOR
Kacang Botor /kacang botol/ kacang kelisa/ kacang sirek,
atau kalkang (Inggeris: winged bean atau Goa bean)
Asal : Tumbuhan kekacang tropika, dikatakan berasal dari
Papua New Guinea.
Ciri-ciri :
- Tumbuhan memanjat separa berkayu, batang berbentuk
silinder dan licin tanpa bulu.
- Berwarna hijau ketika muda dan bertukar perang
setelah tua.
Khasiat: Meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan
keradangan,membantu mengurangkan berat badan,
membina otot, meningkatkan tenaga, mengurangkan risiko
diabetes, mencegah penuaan pramatang, mengurangkan
sakit kepala, membantu dalam penyakit asma, menguatkan
tulang, meningkatkan darah dalam badan.
PERIA KATAK
Nama botani: Momordica charantia
Keluarga :Cucurbitaceae.
Ciri-ciri :
- Kulitnya menggerutu, berwarna hijau muda ketika
mentah.
- Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih
mentah.
- Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi
merah ketika masak.
Khasiat : Rasa pahit peria katak datangnya daripada
kandungan kuinin yang tinggi, telah dianggap oleh
orang-orang Asia, serta Panama dan Columbia,
sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam
malaria.
CEKUR
Nama botani: Kaempferia galanga Linn
Keluarga: Zingiberaceae
Asal: Tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia
Ciri-ciri :
- tumbuh mencecah 10 cm, tumbuh merumpun.
- Isi rizom berwarna putih dan kulit berwarna coklat keperangan.
- Daun tunggal, lebar, tiada tangkai, berbentuk panjang memujur dengan
hujung meruncing,, permukaan berkilat,
- berbau wangi.
Popular dalam kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan
angin dan menguncupkan rahim.
Mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus
dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, dapat
mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan.
TIMUN
• Nama saintifik : Cucumis sativus
• Timun ialah tanaman yang ditanam secara meluas dalam keluarga labu
Cucurbitaceae yang menghasilkan buah cucumiform.
• Timun kaya dengan manfaat kesihatan. Antaranya ialah kaya dengan
antioksidan, membantu menghidrasi badan dan mengawal paras gula
dalam darah.
• Khasiat :
• Mengandungi banyak nutrien seperti protein, kalsium, zat besi,
magnesium, fosforus, vitamin A, B1,B2 dan C. Mengandungi racun
alkoholis jenis hipoxanti yang berkesan untuk merawat kanak-kanak
kecacingan, membantu marawat sakit tekak akibat batuk dan juga
dapat mengubati penyakit berak berdarah.
KOBIS
• Nama Ulam : Kobis
• Nama saintifik : Brassica Oleracea
• Khasiat :
Sayur ini mengandungi belerang atau sulfur, iaitu sejenis zat
galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja
berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malahan
juga berkesan untuk mengubati masalah–masalah lain di usus.
Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium,
potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan
masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh
mereka yang lali arak.
SALAD
• Nama Ulam : Salad
• Nama saintifik : Lactuca sativa
• Khasiat :
• Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar
kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya
dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C,
mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali
sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.
• Penggunaan : Salad dimakan sejuk dan mentah di dalam hidangan
salad, hamburger, taco, lain lain hidangan
LIMAU KASTURI
• Nama Ulam : Limau Kasturi
• Nama Saintifik : Citrus Microcarpa
• Khasiat :
• Jus buah limau kasturi membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid.
Asid sitrik yang terkandung dalam limau kasturi berkesan
menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga
boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan
penghadaman. Limau juga mengandungi vitamin A.
• Penggunaan : Limau Kasturi (Citrus microcarpa) sering dijadikan
minuman sejuk bersama air batu. Dipercayai mampu menyejukkan
badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.
PUCUK GAJUS
• Nama Ulam : Pucuk Gajus
• Nama saintifik : Annacardium Occidentale
• Khasiat : Mengubati sembelit, penyakit kulit
(dermatosis), cirit-birit, selesema, mual /nausea, thrush.
• Penggunaan : Dalam perubatan tradisional, daun gajus
yang ditumbuk lumat dan disapukan untuk meredakan
sakit gigi, penyakit kulit dan kesan daripada kulit
terbakar. Daun juga biasanya direbus, air rebusan
tersebut diminum dan ia mampu merawat cirit birit,
sakit perut, kencing manis. Air rebusannya juga boleh
bertindak sebagai “air moist” untuk menyegar dan
membersihkan mata. Pada bahagian bunga pula, ia
juga boleh direbus dan air rebusan tersebut diminum
untuk mengubati batuk.
SEKIAN, TERIMA KASIH
TAMAT