HEBAHAN
INFO SKIM TAKAFUL
ANJURAN :
UNIT TAKAFUL
HAL EHWAL MURID (HEM)
SAM TANJONG KARANG
PENDAHULUAN
Ramai antara ibu bapa kurang menyedari akan insuran
perlindungan yang diperuntukkan kepada anak mereka yang
belajar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Sekiranya anda mengetahui, tahukah berapa jumlah amaun
sebenarnya bayaran insuran tahunan kepada anak anda?.
Apakah jenis skop perlindungan yang diberikan? Bagaimana
cara anda untuk menuntut insuran tersebut sekiranya
berlaku sesuatu yang tidak diingini misalnya kemalangan
yang menyebabkan kematian atau kecacatan kekal pada
tubuh badan?. Oleh itu, kami daripada Unit TAKAFUL, HEM
SAM Tanjong Karang dengan berbesar hati akan berkongsi
kepada ibu bapa mengenai perlindungan insurans yang
diperuntukkan oleh kerajaan ini.
SKIM TAKAFUL PELAJAR
SEKOLAH MALAYSIA
Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia
Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) diperkenalkan
oleh kerajaan dan perlindungan ini dibayar oleh Kementerian
Pendidikan Malaysa (KPM) melalui Bahagian Kewangan
Kementerian itu terus kepada Syarikat Takaful Malaysia Sdn
Bhd. Perlindungan insuran ini diberikan kepada pelajar
bermula daripada pelajar pra-sekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah dan tingkatan enam.
Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia
Tempoh perlindungan adalah selama mana pelajar tersebut
belajar di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
dengan bayaran tahunan bagi setiap pelajar adalah
sebanyak RM1.50 manakala bagi pelajar luar negara adalah
sebanyak RM1.60 (termasuk GST). Bagi pelajar luar negara,
mereka harus membayar sendiri perlindungan insurans
tersebut bersama-sama dengan yuran pengajian ketika
mendaftar. Di samping itu, skim perlindungan ini
merangkumi tempoh 24 jam dan meliputi seluruh dunia. Jadi
sekiranya berlaku sebarang kecelakaan ketika pelajar
berada di luar negara, perlindungan insurans tetap akan
diberikan kepada mereka.
JUMLAH AMAUN YANG BOLEH DITUNTUT
SKIM TAKAFUL KEMALANGAN
DIRI BERKELOMPOK
TUJUAN SKIM
Sesuai dengan perubahan dan kemajuan sistem
pendidikan di Malaysia, pelajar-pelajar sentiasa
terdedah kepada pelbagai musibah dan risiko
kemalangan yang amat perlu diberi manfaat
perlindungan insurans/takaful bagi membantu
mereka atau keluarga mereka bagi menghadapi
keadaan yang tidak diduga. Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam melancarkan ”Kempen Sekolah
Penyayang” merasakan suatu skim perlindungan
hendaklah dilaksanakan demi kebaikan semua pihak
serta rasa prihatin dan tanggungjawab terhadap
kebajikan dan kesejahteraan pelajar.
PELAKSANAAN SKIM
Skim ini disediakan oleh Syarikat Takaful
Malaysia Sendirian Berhad (STMSB) dan
penyertaan adalah wajib bagi semua pelajar
sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.
SKOP PERLINDUNGAN
TPSM yang dicadangkan ini menyediakan manfaat
perlindungan kepada pelajar atau warisnya jika ditakdirkan
berlaku kematian atau keilatan akibat pelajar berkenaan
ditimpa kemalangan, yang mana termasuk :
i) mati lemas, terhidu gas, keracunan makanan dan patukan
ular;
ii) menunggang motosikal sama ada sebagai penunggang
atau pembonceng;
iii) rusuhan dan kekacauan awam.
SKOP AMAUN (RM)
A) KEMATIAN akibat kemalangan - 7,500
B) HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH akibat
kemalangan - 25,000
C) KEHILANGAN ATAU HILANG UPAYA KEKAL seperti berikut
: - 25,000
a) Satu atau kedua-dua tangan di atas paras dari
pergelangan, atau
b) Satu atau kedua-dua kaki di atas paras dari buku lali, atau
c) Kehilangan langsung penglihatan sebelah atau kedua-dua
mata Akibat dari kemalangan.
SKOP AMAUN (RM)
D) KHAIRAT KEMATIAN mati akibat Kemalangan atau sakit
biasa - 1,000
E) ELAUN WANG TUNAI bagi setiap hari, Semasa tempoh
dimasukkan ke hospital Kerajaan Malaysia disebabkan oleh
kemalangan sehingga maksima 60 hari berturut-turut mulai
dari tarikh kemalangan. - 25.00 sehari
SKOP PERLINDUNGAN
Had perlindungan bagi mana-mana satu pengangkutan,
walau bagaimanapun, adalah tertakluk kepada amaun
manfaat perlindungan RM3 juta. Tuntutan melebihi syarat ini
akan dibahagikan mengikut kiraan pro-rata.
TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan
meliputi seluruh dunia.
TEMPOH PERLINDUNGAN
Tempoh perlindungan bermula dari hari pertama
persekolahan dan berkuatkuasa selama setahun dan akan
berterusan pada tahun-tahun berikutnya. Perlindungan ke
atas seseorang pelajar, walau bagaimanapun, tamat secara
serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau
diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah-
sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.
KEKECUALIAN
Tempoh perlindungan bermula dari hari pertama
persekolahan dan berkuatkuasa selama setahun dan akan
berterusan pada tahun-tahun berikutnya. Perlindungan ke
atas seseorang pelajar, walau bagaimanapun, tamat secara
serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau
diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah-
sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.
KEKECUALIAN
Walaupun skop perlindungan TPSM adalah sangat luat, ia
adalah tertakluk kepada kekecualian-kekecualian seperti
berikut :
(i) Sukan merbahaya seperti luncur (ski) air, polo, memburu,
payung terjun, perlumbaan bermotor, tinju, gusti dan
sebagainya;
(ii) Perlumbaan, ujian kelajuan atau ujian am kenderaan
bermotor;
(iii) Keilatan atau kurang upaya yang sedia wujud;
(iv) Bunuh diri, atau cubaan bunuh diri dan kecederaan yang
disengajakan;
KEKECUALIAN (SAMBUNGAN)
Walaupun skop perlindungan TPSM adalah sangat luas
tetapi tertakluk kepada kekecualian-kekecualian seperti
berikut :
(v) Penyakit atau wabak;
(vi) Pengaruh alkohol atau dadah;
(vii) Mengandung atau keguguran;
(viii) Peperangan dan risiko yang seumpamanya;
(ix) Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Syariah;
(x) Risiko nuklear dan yang seumpamanya.
Kekecualian ini, walau bagaimanapun, tidak terpakai kepada
manfaat (D) kecuali (iv), (vi), (viii), (ix) dan (x).
TUNTUTAN
1. Bagi memudahkan urusan tuntutan, pelajar-pelajar atau
waris mereka boleh mengemukakan tuntutan terus ke
Pejabat STMSB yang berdekatan melalui sekolah di mana
pelajar berkenaan didaftarkan. Semua tuntutan hendaklah
dikemukakan dengan menggunakan Borang Tuntutan
(seperti Lampiran) dan disokong oleh dokumen-dokumen
berkaian sebagaimana yang ditentukan oleh STMSB.
TUNTUTAN
2. STMSB akan menimbang dan mengurus tuntutan terus
dengan pelajar-pelajar berkenaan atau waris mereka
melalui sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan.
Apabila sesuatu tawaran dibuat, penerimaan tawaran
hanya boleh dibuat oleh Guru Besar/Pengetua sekolah
terbabit sahaja. Penerimaan tawaran ini adalah
pelepasan sepenuhnya tanggungan STMSB.
TUNTUTAN
3. Mana-mana pelajar atau ahli warisnya tidak berhak
berurusan secara langsung mengenai TPSM dan
hanya Guru Besar/Pengetua sekolah sebagai wakil
Kementerian Pendidikan sahaja yang berhak
berurusan dengan STMSB.
TUNTUTAN
4. Semua bayaran tuntutan akan dibuat atas nama
sekolah. Sementara itu sekolah pula
bertanggungjawab membuat bayaran tuntutan
berkenaan kepada pelajar atau ahli warisnya.
TUNTUTAN
5. Bagi melicinkan pentadbiran, satu penyata tuntutan
yang telah dibayar dan diselesaikan berserta yang
masih dipertimbangkan akan dikemukakan kepada
Kementerian Pendidikan secara bulanan oleh STMSB.
TUNTUTAN
6. TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari
semalam dan meliputi seluruh dunia.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
SEMOGA MEMBERIKAN MANFAAT
BUAT SEMUA