The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PESTA GEMA PATRIOTISME SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marliyanayunos84, 2021-08-01 05:12:42

UCAPAN PERASMIAN PENGETUA

PESTA GEMA PATRIOTISME SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA

TEKS UCAPAN PENGETUA

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN
PROGRAM PESTA GEMA PATRIOTISME

SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA
Sekolah Kluster Kecemerlangan

NOOR LAILA BINTI HAMZAH
PENGETUA CEMERLANG

SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA

TARIKH : 2 OGOS 2021
MASA : 7.30 PAGI

TEMPAT : APLIKASI GOOGLE MEET

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM MELAKA BERWIBAWA, PINTAR, HIJAU BERSIH,
SALAM JPN MENDIDIK DARIPADA HATI DENGAN PENUH INTEGRITI,
SALAM PPD MELAKA TENGAH ABOVE AND A BEYOND OTHERS,
SALAM SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA TERUNGGUL DAN TERNAMA,
SALAM 5C IAITU CERDIK, CERGAS, CERDAS, CERIA DAN CANTIK,
SALAM 5S IAITU SAPA, SALAM, SENYUM, SAYANG DAN SOPAN

YANG BERUSAHA
PUAN HJH. SALMINAH BINTI SURADI
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
PUAN HJH. SABARIAH BINTI IBRAHIM
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,
PUAN HJH. NORLIA BINTI AMAN
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
BARISAN GURU-GURU KANAN PENTADBIRAN,
GURU-GURU DAN MURID-MURID SEKALIAN.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada
Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan iradat dari Nya,
kita dipanjangkan umur dapat bersama-sama lagi pada pagi ini
untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Pesta Gema
Patriotisme sempena Bulan Kemanusiaan dan Bulan
Kemerdekaan peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan
Tinggi Perempuan Melaka.

Para hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur dan
gembira kerana pada hari ini kita masih dapat menyambut Hari
Kemerdekaan negara yang ke 64 pada tahun ini. Masih dapat
menyambut kemerdekaan ketika negara di ambang pandemik
COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Syukur ke hadrat ilahi, kita masih hidup secara aman, harmoni
serta semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan
masyarakat rakyat Malaysia.

Tema pelancaran bulan kemanusiaan, iaitu ‘Menjulang
Generasi Berani, Berilmu dan Berakhlak dan Berguna kepada
Masyarakat’ amat bertepatan dengan tema kemerdekaan pada

tahun ini, iaitu ‘Malaysia Prihatin’ terutamanya dalam
membentuk para pelajar yang bakal menjadi pemacu negara
dan meneruskan kegemilangan kemerdekaan pada masa akan
datang.

Untuk menjadi sebuah negara yang berjaya, sesebuah
negara memerlukan masyarakat yang sentiasa berilmu,
berakhlak, berani dan penuh dengan sifat keperimanusiaan
yang disulami dengan kasih sayang dan prihatin antara satu
sama lain.

Saya percaya sebagai seorang rakyat Malaysia yang baik,
anda semua patut merasa bangga kerana menjadikan amalan
berbudi pekerti serta mengamalkan nilai-nilai murni dapat
menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang kaum sekaligus
menjamin keamanan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita
cintai.

Setiap warganegara dari kecil hingga dewasa mempunyai
peranan dan tanggungjawab, begitu juga para pemimpin
masyarakat dan rakyat jelata. Sebagai seorang murid sekolah,
anda haruslah bersyukur dan berusaha dengan gigih untuk
mencapai cita-cita. Sentiasa berani untuk menegakkan
kebenaran demi mempertahankan negara. Secara tidak

langsung, anda juga menyumbang kepada pembangunan
Malaysia di masa akan datang.

Harapan saya agar anda semua mengekalkan ciri-ciri
warganegara yang baik, berakhlak mulia, berdisiplin, berani
serta saling hormat menghormati antara satu sama lain apabila
dewasa nanti.

Murid-murid yang disayangi sekalian,

Sebagai generasi muda pada hari ini, saya berharap kamu
semua dapat menerapkan nilai kemerdekaan negara yang
sebenar dalam diri masing-masing. Pada zaman sekarang, erti
kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan

secara fizikal semata-mata tetapi kita harus sentiasa
berwaspada dan menghindari penjajahan mental melalui
pengaruh-pengaruh negatif serta amalan-amalan yang
merosakkan negara.

Setelah 64 tahun merdeka, keadaan negara kita sekarang
jauh lebih baik daripada sebelum merdeka dengan

pembangunan yang pesat serta ekonomi yang kukuh dalam
menjamin kesejahteraan rakyat. Masyarakat kita sekarang lebih
berpendidikan dan berjaya.

Menjadi harapan saya agar murid-murid dari SMK Tinggi
Perempuan Melaka menggunakan peluang yang ada untuk
mengejar cita-cita berjaya dalam hidup.

Murid-murid sekalian,
Kalau kita lihat senario dunia sekarang yang berhadapan
dengan pandemik, banyak negara yang sama-sama sedang
berjuang untuk mempertahankan negara dan rakyatnya
daripada virus COVID-19.

Begitu juga kita di Malaysia, tidak kira dari semua lapisan
masyarakat terutamanya barisan hadapan sentiasa berusaha
dan berkorban demi mempertahankan negara dan seluruh
rakyat Malaysia daripada terus dijangkiti penyakit yang
membimbangkan ini. Kerjasama semua pihak amat diperlukan

dan ini merupakan pengorbanan kita semua kepada negara.

Murid-murid sekalian,

Dalam bidang pendidikan, kita semua perlulah sentiasa
memberi kerjasama dan sentiasa bersungguh-sungguh
mendalami ilmu dalam pelbagai cara yang telah disediakan.

Terdapat banyak aplikasi yang boleh kita gunakan untuk
menuntut ilmu. Aplikasi digital melalui Delima, Telegram,
whatsapp, e-mail telah disediakan untuk memudahkan
pembelajaran murid-murid. Gunakan aplikasi yang disediakan
semaksimum yang boleh. Sentiasa berani ke hadapan dan
mencari ilmu baru untuk memantapkan diri walau dalam apa jua

rintangan yang kita hadapi. Sentiasa bersemangat tinggi dan
berusaha untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa.Tidak
sepatutnya kita menjadikan pandemik ini, asbab kita menjadi
murid yang tidak berilmu dan tidak berjaya. Murid-murid perlu
sentiasa bersedia untuk mengadaptasi ilmu dalam bentuk norma
baru dan sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan.

Para hadirin sekalian, sesungguhnya, tujuan program ini
diadakan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada
negara melalui aktiviti-aktiviti yang bakal kita jalankan sepanjang
bulan Ogos sehingga majlis penutup bulan kemerdekaan kelak.
Semoga segala perancangan yang dibuat dapat dijalankan
dengan baik dan sempurna.

Para hadirin sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan, saya menyeru agar kita sama-
sama menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan
mengibarkan jalur gemilang termasuk di rumah kita sendiri.

Murid-murid digalakkan untuk menyertai setiap aktiviti yang
dijalankan sepanjang program. Murid dapat mengambil peluang
ini untuk menimba pengalaman di samping dapat menambah
markah dalam PAJSK masing-masing.

Segala kerja sama yang ditunjukkan dalam program ini serta
program akan datang memberi kekuatan untuk kita meneruskan
perjuangan mempertahankan kemerdekaan.

Murid-murid diingatkan supaya mengikut segala arahan yang
telah ditetapkan oleh pihak berkuasa terutamanya ketika situasi
pandemik sekarang. Rakyat dan murid yang baik akan sentiasa
patuh dan akur dengan arahan pemerintah demi kesejahteraan
semua rakyat Malaysia.

Semoga sempena sambutan Kemerdekaan ke-64 ini, kita sama-
sama dapat menghentikan penyebaran COVID-19 di samping
dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Sekian,wabillahi taufik wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Click to View FlipBook Version