The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Eryca IPGKBM, 2022-04-03 00:51:01

TUGASAN 2 BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA

PENGHASILAN PRODUK

KESANTUNAN

BERBAHASA

BMMB1144

TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK
PENSYARAH: DR ZANARIAH

Penghargaan

Selamat sejahtera diucapkan kepada Dr Zanariah Binti Hamid selaku pensyarah subjek
Kesantunan Berbahasa. Saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana saya

dapat menyiapkan tugasan kerja kursus penghasilan produk bagi subjek Kesantunan
Berbahasa secara individu ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Zanariah yang
banyak membantu dan membimbing saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi
sokongan kepada saya dan dorongan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa mereka,

tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja ini dengan sempurna.
Sokongan dan kata-kata semangat serta kerjasama rakan seperjuangan telah banyak
membantu saya sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini. Saya amat terharu kerana

mereka telah banyak membantu saya dan terhutang budi terhadap mereka.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
telah membantu saya sama ada secara langsung ataupun tidak secara langsung sepanjang

proses kerja kursus ini. Sekian, terima kasih.

PENULIS

ERYCA LEE HUE PEI
ANGKA GILIRAN:2021192310110
N. KAD PENGENALAN:030401-05-0058
KELAS: H5

PEDAAASSS

Pada zaman dahulu, terdapat seekor arnab
yang tinggal di dalam hutan yang pandai
menanam pokok cili. Arnab ini telah menanam
banyak pokok cili dan membesar dengan
cepat.

Jauh di dalam hutan pula, terdapat
tiga ekor monyet yang sangat nakal.
Mereka suka mencuri barang dan
harta bukan hak milik mereka serta tidak
rasa bersalah atas perbuatan mereka.

Walaupun sudah beberapa kali ditegur,
namun mereka masih bersikap acuh tak acuh
seperti masuk telinga kiri, keluar telinga
kanan.

Pada hujung bulan itu, arnab telah menjemput
semua haiwan yang tinggal di dalam hutan
untuk ke rumah arnab kerana dia ingin
berkongsi hasil tanamannya bersama
rakan-rakan yang lain. Arnab akan
mengadakan satu majlis makan
pada hari Jumaat nanti.

Arnab telah menyuarakan hasratnya : "Saya
rasa, lebih baik kita tidak menjemput monyet
tiga sekawan itu kerana saya ingin memberi
pengajaran kepada mereka.

X XX

Haiwan-haiwan semua mengangguk tanda
bersetuju terhadap pandangan arnab.Semua
haiwan di dalam hutan mendapat kad
jemputan kecuali tiga monyet itu .

X

X XX

Selepas perjumpaan itu, masing-masing pun
balik ke rumah. Tiga sekawan monyet itu yang
baru selesai mencuri pisang tanaman semut,
terdengar perbualan semut.

"senyap.....sssssssenyap, nanti mereka
dengar!" Monyet- monyet itu berasa hairan
dengan apa yang dibisikkan oleh semut-semut
itu.

Salah seekor semut tertinggal kad jemputan
arnab di luar rumah mereka. Hal ini telah
menimbulkan lagi rasa ingin tahu monyet. Mereka
telah membuka kad itu dan berasa amat marah.

"Cis, arnab tidak menjemput kami bertiga!"
Mereka bertiga meninggalkan tempat itu dan
memikirkan idea untuk membalas dendam
terhadap arnab.

Pada waktu malam, monyet-monyet itu pulang ke
rumah dengan kemarahan. Mereka menghentak-
hentak kaki tanda tidak puas hati.

Pada masa itu, seekor daripada mereka
ternampak bayang-bayang mereka akibat
pancaran lampu jalan raya yang mengakibatkan
bayang-bayang itu menjadi besar dan
menakutkan. Hal ini telah memberi idea kepada
mereka.

Mereka telah bersubahat untuk ke rumah semut
dahulu. Sebelum itu, mereka mencuri lampu
suluh kepunyaan burung hantu supaya
mereka tidak dapat meronda pada malam
tersebut.

X

Mereka tiba di busut semut dan
menakutkan mereka. Seekor monyet
menggunakan pembesar suara
kepunyaan gajah yang sudah lama
dipinjam oleh mereka tanpa
pengetahuan gajah.

Monyet itu telah bersuara: " Wahai semut
sekalian, bawakan saya surat jemputan arnab
jika tidak, saya akan musnahkan rumah dan
keluarga kamu!"

Semut-semut berasa sangat gementar kerana
mereka tidak pernah berjumpa dengan bayangan
besar dan segera mencari arnab untuk
memberitahu hal ini.

Arnab yang celik itu telah mempunyai satu idea.
Arnab akan memberi semut-semut itu biji benih
cili palsu kerana ingin memperdaya bayang-
bayang itu. Arnab menyuruh semut memberitahu
bayang itu bahawa benih itu mesti disiram setiap
hari hingga Jumaat ini dan akan membuahkan
hasil yang banyak.

Arnab sudah dapat mengesyaki bahawa perkara
ini ialah angkara monyet. Selepas itu, semut
bergegas mencari bayang itu dan memberi
mereka benih palsu.

Setelah monyet menerima benih, mereka pun
menyiram benih itu setiap hari dan menjaga benih
itu dengan rapi. Tetapi pada hari Jumaat seperti
yang dijanjikan, benih itu tidak membuahkan
hasil.

Monyet berasa tertipu dan sangat panas hati.
Mereka tidak putus asa dan telah memikirkan
satu lagi idea untuk mendapatkan kad jemputan
itu. Mereka telah pergi ke busut semut dan
merosakkan rumah mereka semasa semut keluar
bekerja dan mencuri satu kad jemputan.

Semut itu telah memberitahu hal sebenar kepada
arnab. Arnab berasa sangat simpati terhadap
situasi yang dihadapi oleh semut dan telah
mempelawa mereka tinggal di rumahnya
sementara waktu ini.

Arnab juga runsing memikirkan cara terbaik
untuk memberi pengajaran kepada monyet itu.

Pada hari Jumaat malam, arnab telah
menyediakan banyak hidangan cili yang begitu
enak sekali. Arnab juga telah menyediakan satu
pinggan besar di luar rumah. Pinggan itu adalah
disediakan untuk monyet-monyet.

Arnab telah meletakkan lebih banyak cili dan
banyak rempah. Arnab ingin melihat reaksi
mereka selepas memakan makanan itu.

Monyet itu telah makan hidangan itu dengan
gelojoh. Tiba-tiba, rasa pedas dan pedih di tekak
mereka. Monyet menjerit"Pedass,
pedaaaaassssssssssssss. Semua haiwan yang
berada di rumah arnab ketawa terbahak-bahak
melihat monyet yang bertempiaran mencari air.

Selepas kejadian itu, monyet insaf dan
berjanji tidak akan nakal lagi. Mereka
berkawan dengan semua haiwan dan
memulangkan barang yang dicuri oleh
mereka kepada pemilik asalnya. Haiwan-
haiwan di hutan memaafkan kesilapan
monyet itu.

PENGAJARAN

KITA TIDAK SEHARUSNYA MENCURI
HARTA BUKAN MILIK KITA.

KITA MESTILAH TIDAK BERPUTUS ASA
DALAM PELBAGAI CABARAN.

KITA MESTILAH INSAF AKAN KESILAPAN
DAN TIDAK MENGULANGINYA LAGI.

KITA HARUSLAH MEMAAFKAN ORANG
LAIN JIKA MEREKA SEDAR AKAN
KESILAPANNYA.

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version