The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

5.2.3 PERUBAHAN KEADAAN JIRIM DISEBABKAN OLEH PENYERAPAN DAN PEMBEBASAN HABA BERDASARKAN TEORI KINETIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wani9186, 2021-08-08 21:10:13

5.2.3 PERUBAHAN KEADAAN JIRIM DISEBABKAN OLEH PENYERAPAN DAN PEMBEBASAN HABA BERDASARKAN TEORI KINETIK

5.2.3 PERUBAHAN KEADAAN JIRIM DISEBABKAN OLEH PENYERAPAN DAN PEMBEBASAN HABA BERDASARKAN TEORI KINETIK

5.2.3 PERUBAHAN KEADAAN JIRIM DISEBABKAN OLEH
PENYERAPAN DAN PEMBEBASAN HABA BERDASARKAN
TEORI KINETIK



PENDIDIHAN

• Cecair → Gas
• Berlaku pada takat didih
• Menyerap haba

PENDIDIHAN

• Apabila cecair dipanaskan, TENAGA HABA diserap oleh
zarah

• Zarah-zarah akan cecair menerima tenaga kinetik dan
bergetar dengan LEBIH KUAT

• Pada takat didih, zarah-zarah cecair menerima tenaga
yang cukup untuk MENGATASI DAYA TARIKAN
ANTARA ZARAH dan bergerak bebas

• Maka cecair bertukar menjadi gas

PEMBEKUAN

• Cecair → pepejal
• Berlaku pada takat beku
• Membebaskan haba

PEMBEKUAN

• Apabila cecair disejukkan , zarah-zarah
KEHILILANGAN tenaga dan daya tarikan antara zarah
MENINGKAT

• Zarah-zarah cecair tidak dapat bergerak bebas dan
BERGETAR setempat sahaja

• Maka cecair membeku menjadi pepejal

PENYEJATAN

• Cecair → Gas
• Berlaku pada sebarang suhu
• Menyerap haba dari sekeliling

PENYEJATAN

• Ialah proses pertukaran bahan daripada cecair kepada
gas

• Penyejatan boleh berlaku pada sebarang suhu di bawah
takat didih

• Ikatan zarah-zarah terputus dan zarah-zarah terbebas
ke udara

PELEBURAN

• Pepejal → cecair
• Menyerap haba

PELEBURAN

• Apabila pepejal dipanaskan , tenaga haba DISERAP oleh
zarah

• Zarah-zarah menerima tenaga kinetik dan bergetar dengan
KUAT

• Pada takat lebur, zarah-zarah menerima tenaga yang cukup
untuk MENGATASI DAYA TARIKAN ANTARA ZARAH-
ZARAH dan bergerak bebas

• Maka, pepejal melebur dan berubah menjadi cecair

KONDENSASI

• Gas → Cecair
• Berlaku di bawah takat didih
• Membebaskan haba

KONDENSASI

• Apabila gas disejukkan , zarah –zarah KEHILANGAN
tenaga dan daya tarikan diantara zarah-zarah MENINGKAT

• Zarah-zarah gas bergerak PERLAHAN dan mula
MENDEKAT antara satu sama lain

• Maka gas bertukar menjadi cecair

PEMEJALWAPAN

• Gas → pepejal @ pepejal → gas

PEMEJALWAPAN

• Adalah satu proses perubahan jirim daripada
pepejal kepada gas dan gas kepada pepejal
secara langsung tanpa melalui keadaan cecair.

• Contohnya ais kering

SUHU DAN JISIM
SUHU TIDAK BERUBAH SEMASA PENDIDIHAN , PELEBURAN DAN
PEMBEKUAN

• Apabila suatu bahan mencapai takat didih, takat beku dan takat lebur suhu
akan kekal tidak berubah

• Suhu KEKAL kerana semua haba yang diserap atau dibebaskan semasa
proses pendidihan, peleburan dan pembekuan digunakan untuk MENGUBAH
KEADAAN JIRIM

• Haba tersebut tidak menyebabkan perubahan dalam tenaga kinetik molekul
• Tenaga kinetik adalah tenaga yang dimiliki oleh suatu jasad yang

BERGERAK

SUHU TIDAK BERUBAH SEMASA PENDIDIHAN , PELEBURAN
DAN PEMBEKUAN

• Apabila suhu cecair mencapai
takat didih (100 darjah celcius)

• Suhu tidak akan meningkat
sehingga semua cecair
berubah menjadi gas

• Begitu juga apabila suhu
cecair diturunkan ke takat
beku (0 darjah celcius)suhu
kekal tidak berubah sehingga
semua cecair berubah menjadi
pepejal

JISIM TIDAK BERUBAH SEMASA PERUBAHAN FIZIK

• Perubahan fizik merupakan perubahan keadaan bahan dari suatu
bentuk ke bentuk yang lain

• Tiada bahan-bahan baharu terbentuk dan zarah-zarah TIDAK
BERUBAH selain daripada memperoleh dan membebaskan tenaga

• Perubahan fizik juga adalah BERBALIK

JISIM TIDAK BERUBAH SEMASA PERUBAHAN FIZIK

• Ais terdiri daripada zarah air. Apabila ais mencair, air yang dibentuk
terdiri daripada zarah air yang sama dan apabila air trrsebut
dididihkan, wap akan terhasil juga terdiri daripada zarah-zarah air
yang sama

• Hanya susunan , tenaga dan pergerakan zarah sahaja yang
berubah

• Apabila perubahan fizik berlaku, jisim bahan turut tidak berubah
• Jika 100g ais dicairkan, 100g air akan terbentuk dan jika air tersebut

dididihkan, 100g wap air akan terhasil


Click to View FlipBook Version