The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syakirinainaa, 2023-01-31 02:48:10

Dato' Seri Aminuddin Baki

Latar Belakang & Tokoh

LATAR BELAKANG Selepas menamatkan ijazah di Singapura, Aminuddin menjadi guru sementara di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf kemudian, berkhidmat di Sekolah Anderson hingga tahun 1952. Ketika berkhidmat sebagai guru, beliau mendapat tajaan pengajian bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London, lalu beliau menyambung pengajian sehingga tahun 1953. Di London, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Kaedah-kaedah dalam bidang pendidikan. Setelah pulang ke tanah air, Aminuddin mendapat tawaran untuk berkhidmat sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Di sana, beliau memperkenalkan silibus baru yang tidak terdapat dalam sukatan pelajaran iaitu Sejarah Islam.


Mewujudkan Sijil rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Melibatkan diri dalam penyediaan Penyata Razak pada tahun 1955. Menjadi ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman Talib pada tahun 1960. Memperkenalkan Sejarah Islam kepada guru-guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. (tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran) SUMBANGAN


“Tiada miskin seorang pelajar kerana sedikit harta dan keluarga, Tetapi miskin seorang pelajar kerana sedikit ilmu dan amal. Tiada kaya seorang hartawan kerana banyak harta dan keluarga, Tetapi kaya seorang hartawan kerana banyak ilmu dan amal." -Allahyarham Aminuddin Baki-


Click to View FlipBook Version