PROGRAM
TAUTAN KASIH
ASRAMA PUTERA
TARIKH :
20 FEBRUARI 2021
MASA :
11.00 pagi
ANJURAN :
UNIT ASRAMA
&
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MATLAMAT
Matlamat program ini ialah untuk menghubungkan silaturrahim
di antara murid asrama dengan pentadbir sekolah. Selain itu, ia
bertujuan memberi pengetahuan yang tepat, kesedaran dan
persediaan menghadapi peperiksaan pasca covid-19 agar mereka
lebih memahami dan bersedia mental dan fizikal untuk lebih
bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan.
LATAR BELAKANG
Pentadbir SMK Tinggi Klang menerima Pengetua, PK Pentadbiran
dan PK Petang yang baru bagi tahun 2021. Dengan itu, Unit Asrama
dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil
inisiatif bagi memperkenalkan barisan pentadbir baru kepada
pelajar-pelajar asrama. Dengan perkenalan ini, diharapkan ia dapat
menyuntik semangat silaturrahim dan rasa bersama untuk
memajukan sekolah kerana kejayaan murid adalah kejayaan
sekolah.
OBJEKTIF
• Mempertautkan kasih antara pentadbir dan pelajar asrama
• Membina ikatan ukhuwah murid bagi menyediakan mereka dari
segi pemikiran dan tindakan supaya lebih positif menghadapi
kehidupan untuk berjaya.
• Membina jati diri dan kendiri positif dalam diri murid sebagai usaha
membendung budaya-budaya yang tidak sihat dalam kalangan
murid.
JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat : Tuan Haji Abdul Hakim @ Abdul Khakin bin Samuri
(Pengetua SMK Tinggi Klang)
Pengerusi : Pn. Hajah Roslina binti Abdullah Sani
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Pn.Wan Faizah binti Wan Mahmood
(Penolong Kanan HEM )
Naib Pengerusi II : Pn. Hajah Aziah binti Abu Ziden
(Penolong Kanan Petang)
Penyelaras : En. Khairuman bin Mohamed Jais
(Guru Bimbingan & Kaunseling)
Setiausaha : Pn. Hajah Zuaiza binti Paiman
(Guru Bimbingan & Kaunseling)
Pen. Setiausaha : Pn. Nik Nor Farhana binti Nik Yusoff
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Bendahari : Pn. Nor Fara Edayu (Penyelia Asrama)
AJK Teknikal : En. Syed Syaqiel bin Syed Sharifuddin
(Warden Asrama Putera)
Bacaan Doa : En. Akram Hijri bin Abdullah Akhili
(Warden Asrama Putera)
Dokumentasi : Pn Zuaiza binti Paiman
TENTATIF PROGRAM
11.00 pagi : Kata alu-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan doa
Salam “Tautan Kasih” Tuan Pengetua
Mengisi borang penilaian
Makan tengahari
Bersurai
PENUTUP
Semoga program yang dijalankan mampu mencapai objektif yang
ditetapkan dan memberi impak yang besar kepada
pelajar asrama untuk menjadi insan yang hebat
dan mendapat kejayaan yang cemerlang
di dunia dan akhirat
SEKALUNG BUDI
SETULUS PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang telah
memberikan bantuan dan kerjasama dalam
menjayakan Program Tautan Kasih Asrama
Putera 2021